CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lee_sakura

Misteri gunung-gunung di Malaysia

  [Copy link]
Post time 1-1-2021 11:47 AM | Show all posts
markming replied at 16-12-2020 04:37 PM
Salam semua. Seronok baca cerita pengalaman pendaki-pendaki gunung dalam ni.

Aku pun ada satu cer ...

weh mana sambunagn citer ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2021 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak boleh kot panjat gunung sebab terlalu bnyak.pantang larang..aku ni suka.langgar peraturan..dlm hidup sekali ja pernah panjat gunung tebu

Wak tu mlm masa nak tidur aku jerit eh beruang beruang! Lepas tu aku suluh lampu ke atas

Kawan kwan dan senior semua marah..jangan celupar!

Masa.mendaki pun aku menjerit2 dan usik kawan2 aku

Hantu ikut! Hantu ikut!

Hahahhaa

Tahun depannya diorang tak kasi aku join mendaki lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
markming replied at 16-12-2020 04:37 PM
Salam semua. Seronok baca cerita pengalaman pendaki-pendaki gunung dalam ni.

Aku pun ada satu cer ...

Ternanti sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 11:30 AM | Show all posts
sekngucing replied at 3-1-2021 12:39 AM
Aku tak boleh kot panjat gunung sebab terlalu bnyak.pantang larang..aku ni suka.langgar peraturan..d ...

Masa student dulu ada pengalaman mendaki Gunung Senyum. Dalam ramai tu ada sorang budak pempuan ni mcm perangai ko lah...menyanyilah...kalau bab maki laju je mulut cakap kuat-kuat. Even renjer tegur suruh senyap pun tak jalan. Kitorang yg dah lali dgn perangai minah ni mmg meluat habih tgk minah ni. Nak jadi cerita tgh dia sedap menyanyi dalam hutan dgn sumbang sesumbangnya..tertiba dia jatuh dan cedera...Dok haduih2...baru ko tau..padan muka bisik semua org senyum je tgk si minah..kih3.

Apa nak buat dalam ramai kawan, kalau ada yg tak semenggah..nak buat mcm mana...hadap je lah selagi boleh.




Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 03:27 PM | Show all posts

Panjang tapi baca sampai habis. Sampai ke sudah tak jumpa pendaki yg hilang. Semuanya rahsia Allah. Ada tempat untuk manusia dan ada tempat untuk makhluk lainnya.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 7-1-2021 03:27 PM
Panjang tapi baca sampai habis. Sampai ke sudah tak jumpa pendaki yg hilang. Semuanya rahsia Allah ...

Sambung ape tah acik malas nak beklog
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 3-4-2019 06:31 PM
Dulu masa zaman lutut masih kental, gigih jugak aku memanjat. Kadang2 tiap2 minggu masuk hutan. Gigi ...

Kenapa kalau ada pak belang berdekatan kena teruskan bercakap? Sedara aku askar pernah cakap rimau ni kalau boleh tak nak bertembung dengan manusia. Dia macam ada pantang. Kalau dah jumpa wajib ngap kalau tak dia yang dapat susah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok sebenarnya hiking terutama kalau hiking dengan kawan2. I ada jugak pengalaman seram masa hiking.

1. Gunung Yong Belar - ditegur ‘tumpang lalu’
2. Trans Korbu dan Gayong - bertembung dengan lelaki berjubah sedang baca Al-Quran
3. Trans Naning - witness pocong tidur sebelah kawan, melompat diluar khemah

Pokoknya semua bergantung pada niat asal kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 06:07 AM | Show all posts
JunkMail replied at 3-4-2019 06:31 PM
Dulu masa zaman lutut masih kental, gigih jugak aku memanjat. Kadang2 tiap2 minggu masuk hutan. Gigi ...

Pengalaman ngeri aku kt ltb,kene gigit pacat nk dkt 26 ekor..sampai bengkok kaki aku
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kitab replied at 10-4-2019 01:03 PM
SETIAP KALI NAIK GUNUNG, MSTI ADA LEBAM2 DI SEKITAR LUTUT ATAU PEHA (TP BUKAN SEMUA KESAN JATUH ATAU ...

Mmg betul sgt bab lebam2 tu.
Walauopun rasanya x de langgar apepun..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 01:22 PM | Show all posts
Edited by markming at 19-2-2021 04:11 PM
markming replied at 16-12-2020 04:37 PM
Salam semua. Seronok baca cerita pengalaman pendaki-pendaki gunung dalam ni.

Aku pun ada satu cer ...

Sambungan….

MISI GAGAL: PART II

Perjalanan hari kedua ini melalui denai-denai mencanak 60-70 darjah yang dipenuhi akar pokok dan lumut-lumut hijau. Sesekali melalui denai mendatar (diskaun) dan peluang diskaun ini aku gunakan sebaik mungkin dengan menyalakan sebatang rokok bagi menghalau agas dan nyamuk (alasan), selain memberi masa untuk member perempuan yang jalan sekali dengan aku (aku namakan N) untuk melepaskan lelah. Sambil-sambil berasap, sempat aku laung group belakang yang terdiri daripada S, K dan A.

“Woooo!!!,” jerit aku.

“Yuhuuuu,” balas mereka.

Aku yakin jarak mereka tak berapa jauh sangat. Dalam 10 minit. Rokok aku matikan, puntung aku sumbat dalam poket pinggang beg.Sebagai pendaki, memang kami diajar untuk berpegang kepada prinsip “leaves nothing but footprint, take nothing but pictures”.

“Jom gerak”, kata aku kat N.

Perjalanan ke Simpang Y Bubu diteruskan melalui denai-denai hutan yang mulai gelap dilitupi kanopi hutan yang menutup cahaya matahari. Sesekali aku jeling jam di tangan. Waktu menunjukkan jam 6.

“Oiiiii!!,” aku laung.

“Woiiiii!!,” sayup-sayup aku dengar balasan group depan. Group belakang senyap. Aku menyangkakan mungkin mereka sudah mental, malas untuk menyahut.

“Jom laju sikit, dah senja ni,” kata aku kepada N.

“Baik bos,” balas N tersenyum pahit.

Setelah berjalan lebih kurang 1 jam, kami berdua akhirnya sampai ke Simpang Y Bubu. Jam menunjukkan pukul 7 malam. Beg aku labuhkan ke atas tanah di samping beg-beg group depan yang dah sampai awal 20 minit. Aku capai rokok, nyalakan dan letak di bibir.

“Ming, mana S, K dan A?” tanya Bos. Bos ni adalah gelaran kami kepada gogo trip. Memang semua orang yang kenal dia panggil dia Bos. Bos ni adalah seorang anggota ATM berpangkat Mejar.

“Ada Bos, belakang tu je, dalam 15 minit,” balas aku.

“Ooo tak jauh pun”, balas Bos.

Plan asalnya adalah untuk tunggu group belakang sampai dan shoot terus ke Puncak YY. Sementara menunggu S, K dan A tiba,masing-masing duk bersembang sambal-sambil makan kudapan ringan.

Setelah menunggu hampir 20 minit, S, K dan A masih belum tiba. Bos mengajak aku untuk backtrack dalam 200 meter untuk menunggu ketibaan diorang. Sambil-sambil menunggu, kami berdua laung memanggil diorang bertiga. Senyap. Tiada sahutan.

“Mana diorang ni Ming?” tanya Bos.

“Tadi tak jauh pun belakang saya Bos,” balas aku.

Jam menunjukkan pukul 7.25. Hari dah beransur gelap. Cahaya matahari hanya tinggal remang-remang.

Jam 7.30 malam. S, K dan A mulai tiba ke spot aku dan Bos menunggu. Masa tu aku dan Bos dah pelik, S berjalan menunduk dan senyap manakala backpack nya dipikul oleh K. So, si K ni pikul 2 backpack termasuk dia punya.

“Apahal dengan S ni K,” tanya aku kepada K.

K membalas dengan isyarat jari telunjuk kat bibir menyuruh aku untuk diam.

Injured,” bisik dia kat aku.

Aku segera mengambil backpack S lalu berjalan ke checkpoint manakala Bos memegang lengan S dan menuntunnya ke checkpoint.

Sampai ke checkpoint, S didudukkan di sebelah N dan dihulurkan air manis untuk menambah tenaga.

“Kau sakit kat mana S?” tanya N kepada S.

S diam. Tiada jawapan.

Bersambung…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:14 PM | Show all posts

Dah sambung bos.. MISI GAGAL: PART II
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 04:19 PM | Show all posts
espri6006 replied at 1-1-2021 11:47 AM
weh mana sambunagn citer ni?

Dah sambung bro MISI GAGAL
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
markming replied at 16-2-2021 01:22 PM
Sambungan….
MISI GAGAL: PART II


Ala....sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 04:06 PM | Show all posts
bila nak sambung lagi @markming
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
physics2 replied at 19-2-2021 11:30 PM
Ala....sambung lagi...

Sabar.. Tgh mengarang.. Tengok sehari dua lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
lyza2474 replied at 20-2-2021 04:06 PM
bila nak sambung lagi @markming

Tgh mengarang.. Tgk esok atau lusa akan sambung part 3..stay tune
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
markming replied at 20-2-2021 07:20 PM
Sabar.. Tgh mengarang.. Tengok sehari dua lagi

Tqvm

Baideway, tgok kat fb gunung online, depa akan buat live apa yg jadi pada Hassan Ayat ...kalau tak silap 1 march...moh le ramai2 join...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 09:38 PM | Show all posts
MISI GAGAL: PART III

“Kau sakit kat mana S?” tanya N kepada S.

S diam. Tiada jawapan.

Sebentar kemudian S mula menangis tersedu-sedu. Ah sudah! Kami memujuk S supaya diam kerana kami menyangkakan S sudah terlalu penat dan letih. Tapi eventually tangisan S mula bertukar jadi jeritan dan S mula meracau dengan suara garau dan meronta-ronta.

Kami mulai panik. Sementara 3-4 orang memegang S yang meronta tu, guider mula membuat keputusan untuk membatalkan niat untuk shoot puncak YY. Keputusan dibuat.

“Okay. Kita kena keluar ke starting point sekarang jugak. S dah kena rasuk,” kata guider kepada kami.

Gila. Nak trekking malam ke starting point mau Subuh esok baru sampai, ditambah dengan keadaan S yang meracau tu. Selepas perbincangan dibuat, kami semua setuju untuk bermalam di Simpang Y Bubu dan hanya menanti hari esok untuk meneruskan perjalanan keluar.

Ground sheet dibentang atas lantai hutan sebelah cerun. Siapa-siapa yang pernah sampai di Simpang Y Bubu akan tahu macam mana keadaan di atas sana, dengan tanah lapang yang sempit gila, kami bersesak di atas ground sheet. Sejuk tak payah cakap. Suhu mungkin turun sehingga paras 13 darjah Celsius ditambah dengan angin kencang yang bertiup.

Berbalik kepada S. S dah meracau gila-gila dengan hanya menampakkan mata putih. Kami beramai-ramai pegang tangan dan kaki dia sambil baca ayat Kursi, Fatihah dan Yasin bersilih ganti. A pulak azan kat telinga. Aku pulak picit ibu kaki dia, dengan harapan benda yang rasuk dia tu kesakitan dan keluar dari badan S. Entah betul ke tak cara aku tu, tapi sebab taktau nak buat apa dah so aku buat la macam tu.

Sesekali A buat gaya macam lalukan pisau di leher S macam sembelih. Korang pernah tengok tak lembu kena sembelih? Macam tu la benda tu bertindak balas kena “sembelih” dengan A. Mendengus, lidah terjelir. Tapi benda tu masih lagi taknak keluar dari badan S.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 9 malam. Sudah hampir satu jam setengah kami melawan jin/iblis ni. S masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda mahu pulih. Masih lagi menangis, bertempik dan meronta. Kami sudah keletihan melawan menatang ni. Sementara ada yang tengah uruskan S ni, 3-4 orang antara kami pergi bancuh teh panas dan masak maggi untuk mengalas perut dan mengurangkan kesejukan. Masa ni la pertama kali aku makan maggi masin nokhorom sebab nak jimatkan air haha. Unggun api juga dibuat bagi menambah kehangatan.

“Asyhaduan la-Ilaha illa Allah, wa-Asyhadu anna Muhammadan Rasul-Allah. Mengucap kau wahai jin kafir!” kata guider tersebut kepada ‘S’.

‘S’ respons dengan menjawab rangkap pertama sahaja. Maksudnya jin tersebut mengakui Tuhan dia adalah Allah tapi dia tak mengakui Muhammad itu adalah Rasulullah. A pulak sembelih lagi. Terjelir lagi lidah member kena sembelih. Nak gelak pun ada tengok gaya A sembelih S tu (yang ni jadi bahan lawak lepas keluar hutan).

Sesekali Bos bertanya, “Kenapa kau kacau dia?”. “Dia ambik daun aku! Pulangkan daun aku!” balas S dengan suara garau. Ah sudah! Masa ni aku dah mula cuak sebab aku pun ada patahkan buluh-buluh kecil yang menghalang kepala dan backpack aku sepanjang laluan nak sampai ke Simpang Y Bubu ni.

“Jangan la rasuk aku pulak natang,” monolog aku dalam hati.

Alhamdulillah aku tak kena rasuk sekali.

Setelah dua jam lebih berhempas-pulas menenangkan S, barulah S menampakkan tanda-tanda mahu pulih apabila dia berkata-kata dengan suara dia, “Aku nak air”. Masa tu kami semua ucap Alhamdulillah ramai-ramai kerana menyangkakan S sudah pulih dan jin tersebut sudah keluar. Tapi betul lah kata orang, sifat jin/iblis ni suka menyesatkan dan menipu-daya manusia. Sesudah saja S minum air, dia mula meracau balik. Suara berubah jadi garau balik. Sekali lagi kami menerkam S, pegang kaki dan tangan S yang menendang-nendang dan berhempas-pulas mahu melepaskan diri.

Azan dilaungkan berkali-kali dalam keadaan sejuk ya amat tu. Aku jeling jam di tangan. Pukul 10 lebih. Sepatutnya masa ni sudah berehat atau lena di bawah fly. Tapi disebabkan jin laknatullah ni maka kami semua kena lupakan masa untuk berehat atau bersantai-santai pada malam ni.

Lama juga la nak bagi S tenang balik. Hampir pukul 11 malam, S sudah tenang sikit dan dia mula lena perlahan-lahan. Salah seorang kawan aku pasang ayat Quran di telefon bimbit, letak di sebelah telinga S. Kami perlahan-lahan angkat S dan baringkan dia di tengah-tengah ground. N usap-usap kepala S. Kami semua duduk mengelilingi S dan bersembang-sembang sambil minum teh panas.

Aku masa tu duduk menghadap N dan bersandar kat batang pokok di sebelah ground. Tengah-tengah bersembang tu, tiba-tiba aku perasan N menjegilkan mata dia ke arah belakang aku. Aku tenung je mata N tu sambil acah-acah buat rilek.

“N, hang tengok apa?” aku bertanya kat N.

“Hehe..takde apa lah,” jawab dia acuh tak acuh.

Sebenarnya masa tu aku nervous jugak. Aku tahu N nampak sesuatu kat belakang aku. Risau jugak aku kalau ‘benda’ tu tiba-tiba sergah aku kat tepi telinga. Mahu terkencing. Dah la masing-masing duk tahan je kencing. Masing-masing takut nak pergi kencing. Ni pun satu masalah jugak ni.

Tengah-tengah syok menyembang, tiba-tiba S yang lena di tengah-tengah kami semua ni bangun secara mengejut dan mula meracau balik. Maka berulanglah kembali adegan baca ayat-ayat macam korang tengok dalam filem Munafik tu lah. Susah betul la nak uruskan jin sekor ni. Dah la tenaga macam kerbau. 4 orang lelaki pegang kaki tangan, bodoh-bodoh je dia tepis.

Dah hampir tengah malam jugak baru la S tenang balik dan kembali tidur. Malam itu kami tidur rapat-rapat, dengan S di tengah. Ayat Quran di telefon bimbit dibiarkan play sampai pagi. Sejuk yang mencengkam ke tulang betul-betul menguji kami pada malam itu. Sleeping bag dan emergency blanket tidak mampu menahan kesejukan pada malam itu. Pada malam itu, kami tidur beralaskan ground dan berbumbungkan fly yang hanya boleh dibuka separuh kerana kekurangan ruang. Sekali angin bertiup, menggigil-gigil sampai pagi. Aku masih ingat, pada malam itu, aku tidur dengan menindih kaki aku di atas kaki N untuk mengurangkan kesejukan.

Kami semua hanya tidur-tidur ayam pada malam itu disebabkan kesejukan di samping menjaga S. Risau jugak takut-takut dia bangun sorang-sorang pergi lari ke apa. Takut-takut tragedi Hassan Ayat 2009 berulang di gunung yang sama.

Mujurlah sepanjang kami tidur tu tiada kejadian tidak diingini berlaku. Terjaga dari tidur esok pagi S masih ada lagi di situ. Alhamdulillah.

Namun kisah ini tidak berakhir di sini. Nantikan sambungannya…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 05:18 PM | Show all posts


Masa aku sekolah menengah, sekolah aku buat kem motivasi untuk students. Nama tempat tu mmg aku tak ingat sebab tempat tu takde signboard, tapi berpagar. Tapi, kem ni kat Perak. Sebenarnya masa kitorang nak pergi situ, cikgu kaunseling aku kasi 2 syarat 1. kalau ada benda pelik, jangan tegur. dah balik baru cerita. 2. Tak boleh sebut nama penuh, masing-masing kena pakai nickname yang tak sama dengan nama sebenar kitorang.  

Bas tak boleh nak masuk so kitorang kene berjalan angkut barang2 khemah ke kem tu. Kem tu tepi sungai, ada dewan terbuka, ada jamban tapi jamban campur, ada surau kecik kat tepi sungai tu, pastu ada lah pejabat renjer tapi kecik macam pondok pak guard je. Tapi tempat tu memang takde elektrik, suis elektrik pun takde.  Masa kitorang sampai tu, renjer tu tanya kitorang, camne kitorang tau pasal tempat ni?

Walaupun tempat tu takde letrik takde lampu, renjer tak kasi kitorang buat unggun api sebab takut hutan tu terbakar, so memang malam tu kitorang buat aktiviti pakai pelita ayam tu. Nak kencing  pun kena pergi beramai-ramai.  Gelap jangan cakapla, nasib baik kitorang ada pelita ayam tu

Malam tu kitorang semua awalnya tidur dalam khemah, tapi dalam tengah malam tu, cikgu kejutkan kitorang semua, budak-budak perempuan kena tidur dalam surau, yang budak lelaki tidur ramai-ramai dalam dewan. beg-beg semua tinggal dalam khemah.

esoknye kitorang ada aktiviti jungle trekking. tulah jungle trekking paling lama dalam sejarah hidup aku. dari pukul 7 pg dekat-dekat pukul 6 ptg baru keluar hutan. kalau ikut jadual sepatutnya sampai pkl 10 je. so masing-masing bawak roti paun tu ngan air mineral botol kecik. balik kem masing-masing terbongkang keletihan, nak masak pun tak larat. cikgu kasi excuse malam tu takde aktiviti so kitorang memang tido mati malam tu.

esok tu kitorang baliklah. ha dalam bas tu lah baru masing-masing keluarkan citer
1. malam pertama tu budak lelaki sentri sekali dengan cikgu. ada anjing masuk dalam kawasan kem, budak lelaki pun kejarlah sampai anjing tu masuk hutan. cikgu dengan team sentri tu terbau masakan kari dari dalam hutan tu. tu pasal cikgu suruh kitorang tidur beramai-ramai
2. budak-budak lelaki yang tido dalam dewan terbuka tu terdengar macam-macam bunyi dari belah hutan. bunyi macam orang merewang, bunyi kenduri la.
3.malam pertama tu, ada sorg budak perempuan ni tak boleh tido. dia terdengar suara lelaki dari luar surau tu tanya, korang dah tido ke? budak perempuan tu tanya, awak siapa. pastu senyap.
4. masa jungle trekking tu, sebenarnya kitorang tersesat. ada yang terdengar renjer tu terlepas cakap yang dia tak jumpe track yang betul. patutlah lama giler kitorang trekking
5. sape-sape yang bawak beg yang ada poket sebelah kiri, memang semua poket tu akan terbukak zipnya. tapi takde benda yang hilang. termasuklah beg aku.

sekian pengalaman saya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.512888 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list