CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7176|Reply: 22

Misteri: Mayat "Hidup" Semula

  [Copy link]
Post time 3-10-2013 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Ni dari BH Online hari ni:
Gempar mayat 'hidup semula'2013/10/03 - 03:53:15 AMCetakEmel Kawan

[url=]
[/url]
[url=]Tweet[/url][url=]
[/url]




Anak dan cucu Chai Gaik (gambar kecil) memberikan penghormatan terakhir di rumah mendiang, di Kampung Cina Kuala Gula, semalam. - Foto Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Satu keluarga di sini, gempar apabila mayat seorang keluarga mereka bergerak, manakala matanya terbuka, lima jam selepas disahkan mati.

Kejadian berlaku di Kampung Cina Kuala Gula, di sini, ketika keluarga mahu memasukkan mayat Tan Chai Gaik, 69, ke dalam keranda, jam 1.30 petang kelmarin.

Adik mendiang, Chai Soon, 55, berkata mereka terkejut kerana pembantu perubatan yang datang merawat Chai Gaik mengesahkan kakaknya meninggal dunia kerana sakit tua, kira-kira jam 8.30 pagi.  


“Selepas diletakkan ke dalam keranda di rumahnya kira-kira lima jam kemudian, semua ahli keluarga termasuk anak mendiang melakukan upacara sembahyang dan meratapi pemergiannya.

“Ketika nama Chai Gaik disebut anak perempuan keduanya, tiba-tiba mata mendiang terbuka dan menggerakkan sedikit badannya.

“Kejadian itu menggemparkan semua yang ada di situ, malah ada anak mendiang menjerit kegembiraan kerana menyangka mendiang hidup kembali,” katanya di rumah mendiang di sini, semalam.

Chai Soon berkata, mereka menghubungi pembantu perubatan yang merawat mendiang dan memintanya membuat pemeriksaan semula.
Tekanan darah stabil

Katanya, pembantu perubatan itu juga terkejut apabila mendapati tekanan darah mendiang memberikan bacaan stabil, walaupun tidak lagi bernafas dan tiada denyutan nadi.

“Pembantu perubatan itu segera mengarahkan ambulans dari Klinik Kesihatan Kuala Gula menghantar mendiang ke Hospital Taiping bagi membolehkan pengesahan semula dibuat terhadap keadaan sebenar mendiang.

“Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mendiang mati sejak disahkan kali pertama,” katanya.

Sementara itu, sumber Pejabat Kesihatan Daerah Kerian menafikan mendiang hidup semula selepas beberapa jam selepes disahkan mati.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan pergerakan pada mayat disebabkan tindak balas anggota fizikal terhadap kesan perubatan atau pemakanan yang diambil sebelum warga tua itu meninggal.

“Pemeriksaan kedua mendapati tiada sebarang aktiviti pernafasan dan denyutan nadi dicatatkan, ditambah keadaan tangan mangsa yang mengeras, menyebabkan ujian gula dalam darah tidak dapat dijalankan,” katanya.

Ada sesapa boleh explain situasi ni? Dari segi saintifik, ada tekanan darah bermakna jantung masih mengepam darah........







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 09:42 AM | Show all posts
saraf mengembang sbb panas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2013 10:22 AM | Show all posts
skeezotone posted on 3-10-2013 09:42 AM
saraf mengembang sbb panas

errrrrrrrrrrrrrrrrrrrr........ maksudnya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:23 AM | Show all posts
duquesne posted on 3-10-2013 10:22 AM
errrrrrrrrrrrrrrrrrrrr........ maksudnya?

mayat ni bukan stakat bole bukak mata jer.. mayat siap bangun dr pinggang ke atas pon ada sbb saraf/otot mengeras kalo xsilap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2013 10:28 AM | Show all posts
skeezotone posted on 3-10-2013 10:23 AM
mayat ni bukan stakat bole bukak mata jer.. mayat siap bangun dr pinggang ke atas pon ada sbb sara ...

Tapi tang tekanan darah stabil tu cemana plak.... kalau dah mati, mana ada reading dah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:34 AM | Show all posts
duquesne posted on 3-10-2013 10:28 AM
Tapi tang tekanan darah stabil tu cemana plak.... kalau dah mati, mana ada reading dah...

ahah la.. lupa plak tang 'tekanan darah stabil'.. camni kena tggu yg lg pakar komen ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-10-2013 10:48 AM | Show all posts
skeezotone posted on 3-10-2013 10:34 AM
ahah la.. lupa plak tang 'tekanan darah stabil'.. camni kena tggu yg lg pakar komen ni..  ...

Haa... misteri kan... ada tekanan darah... stabil pulak tu.. maknanya normal reading 110/80? Crazy tak?


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:54 AM | Show all posts
duquesne posted on 3-10-2013 10:48 AM
Haa... misteri kan... ada tekanan darah... stabil pulak tu.. maknanya normal reading 110/80? Crazy ...

ke dia idup agi cam kes org keracunan makan ikan fuku.. kalo kat jepun.. org yg keracunan makan ikan ni akan diletak tepi keranda selama 3 hari sbb dia bolm mati agi dlm masa 3 hari tapi sifat dia dh cam mati.. lps 3 hari baru betul2 mati.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2013 10:58 AM | Show all posts
skeezotone posted on 3-10-2013 10:54 AM
ke dia idup agi cam kes org keracunan makan ikan fuku.. kalo kat jepun.. org yg keracunan makan ik ...

Ikan fuku ni ikan buntal eh...

Kalau dah takde denyutan jantung, takde nadi... bukan ke dari segi teknikal dah dikata mati?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:05 AM | Show all posts
duquesne posted on 3-10-2013 10:58 AM
Ikan fuku ni ikan buntal eh...

Kalau dah takde denyutan jantung, takde nadi... bukan ke dari se ...

secara taknikal mmg dah mati tapi secara mistiknya kita xtau
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 12:02 PM | Show all posts
mm...kejadian ni berlaku di kampung parent's mak aku la...

ada seorang laki mati sebab overdos ice..badan dia ni memang gemuk la.

masa dalam keranda tu orang yang menjaga mayat dia dengar bunyi macam kreekkkkkkkkkkk...krukkkkkkkkkk............dan bunyi mengaum...urmmmmmmmmmmmm...mcam tu la...

biasanya orang iban ni adat mereka 2 3 hari baru mayat ditanam.

malam hari ke dua tu keranda pecah.. so mereka on the spot buat keranda lain..

mom kata kat orang kampung mayat megembang sebab semua urat urat dah longgar...

after buat keranda mereka seramai 12 orang nagkat mayat dia ni masuk dalam keranda..masa dah masuk dalam keranda tu..mereka dengar lagi bunyi mayat tu mengaum..mmm..

the sounds come from his chest...dah masuk dalam keranda tu..mereka nampak la dada dia ni bergerak and ada sound dari hidung...badan berpeluh... guess what?mata dia terbuka... so orang terpaksa extant lagi oran tua tak nak hantar ke kubur dulu..sebab kan dia mati overdos...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 01:33 PM | Show all posts
CHEMICAL REACTION....penah tengok orang macam ni...mati ketika bypass, heart dah stop completely...tapi setelah 30 minit line straight tu ada rythm balik, so surgeon dah buat prep nak elektrik kan dia...then line straight balik, so depa conclude....chemical reaction...........apa pun semua ni kosa Allah Taala...time dah sampai jom balik, hang tok sah gatai nak pi balik! kontrak dah expired la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 04:00 PM | Show all posts
tapi ank mendiang suka sangat kan...yerlah depa ingat mak depa hidup balik.... tapi rupanya mmg dh disahkan mati...kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
duquesne posted on 3-10-2013 10:28 AM
Tapi tang tekanan darah stabil tu cemana plak.... kalau dah mati, mana ada reading dah...

eh,bkn ke kalo dh mati,semua darah kat dlm badan dibuang?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 10:09 AM | Show all posts
dalam medical ade 2 jenis death.

    * clinical death
    * biological death


clinical death adalah apabila system pernafasan berhenti,jantung berhenti,organ lain berhenti,tapi otak masih hidup.dalam keadaan ini,korang leh check reflex seseorang itu masih ada,contoh nyer,bila kita suluh lampu kt mata org tu,anak mata dia ada reaction.anak mata akan mengecut.Dalam situsi ni seseorang itu masih boleh di-revive kn.clinical death mempunyai durasi dalam 3-4minit.selepas itu, otak akan mengalami hypoxia(kekurangan oksigen) dan mula mati.maka terjadi lah biological death.

biological death  bila otak dh mati..kerana otak sangat sensitive ngan oksigen, ia hanya boleh bertahan selama 3-4minit.maka selepas 5minit..kalau korang revivekn org tu.besar kemungkinan org tu tinggal badan saja..mindannyer sudah tiada.boleh dianggap seperti pokok...hidup tapi xde minda.kalau berjaya hidup pun ade masalah otak.so selepas 3-4 minit, doctor x akan cuba revivekn pesakit *prognosis nyer x berapa bagus.

pasal cahaya at the end of the tunnel, ketika dalam cinical death, otak akan mengalami deprieve of oxigen(kekurangan oksigen).situasi ini boleh mencetuskan hallusinasi.selain tu...bila system badan x fungsi...otak akan terima isyarat blank ...so mungkin isyarat blank tu di terjemahkn sebagai white light di dalam otak korg.....oh lupa nk bagi tau..

rigor mortis= kekejangan otot pada mayat kerana tiada ATP(tenaga).berlaku setelah 30 minit lepas mati..lebih kurang la.lepas je mati, mayat akan lembut mcm biasa.lepas 30 minit br rigor mortis

pallor mortis= pucat

livor mortis= appear kesan lebam/biru kt bahagian bawah badan.contoh nyer..kalau mayat dibaringkan secara terlentang.appear kesan biru kt bahagian belakang, di punggung.kalau mayat dibaringkan meniarap,kesan lebam appear kt dada dan perut.berlaku kerana darah turun ikut tarikan graviti.

algor mortis= suhu turun.tapi masa start decompose/pereputan..suhu naik balik skit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 10:56 AM | Show all posts
bluezink posted on 8-10-2013 10:09 AM
dalam medical ade 2 jenis death.

    * clinical death

Bagus explanation ni...

Tapi.... nak tanya jugak la.. selalunya Chinese ni dorang ambik masa nak kebumikan jenazah... bukan macam kita...

Dalam berita yang aku tepek tu, perkara tu berlaki 5 jam selepas mendiang mati... bukan 30 minit selepas mendiang mati...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2013 11:18 AM | Show all posts
skeezotone posted on 3-10-2013 10:23 AM
mayat ni bukan stakat bole bukak mata jer.. mayat siap bangun dr pinggang ke atas pon ada sbb sara ...

ha betui la tue, contoh mcm mayat sedang dibakar, boleh tetiba bangun duduk ooo
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 11:18 AM | Show all posts
duquesne posted on 8-10-2013 10:56 AM
Bagus explanation ni...

Tapi.... nak tanya jugak la.. selalunya Chinese ni dorang ambik masa n ...

dalam keranda tue panas kot? heh

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 11:19 AM | Show all posts
aiskrimvanilla posted on 8-10-2013 11:18 AM
ha betui la tue, contoh mcm mayat sedang dibakar, boleh tetiba bangun duduk ooo

yup.. drebar van jenazah pon byk citer psl mayat bangun ni.. bkn sbb mistik tapi sbb otot kejang
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 11:21 AM | Show all posts
skeezotone posted on 8-10-2013 11:19 AM
yup.. drebar van jenazah pon byk citer psl mayat bangun ni.. bkn sbb mistik tapi sbb otot kejang ...

tue yang diorang kata mayat kena rasuk antu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.373355 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list