CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3843|Reply: 25

[Tempatan] kanak-kanak hilang dalam hutan

[Copy link]
Post time 17-10-2013 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak hilang dalam hutan
MOHD RIZAL ABDULLAH
17 Oktober 2013

     FOTO:Kanak-kanak hilang dalam hutan        Penduduk sekitar turut membantu mencari kanak-kanak terbabit. Gambar kecil: Ainaadia dan Mohd Hafiz.

BALING - Empat kanak-kanak berusia 10 sehingga 14 tahun hilang di dalam Hutan Simpan Gunung Inas dipercayai dibawa seorang lelaki yang juga penduduk tempatan.

Ainaadia Mat Dahari, 13, bersama adiknya, Ahmad Mohamad Mat Dahari, 11, dan dua rakan, Mohd Hafiz Rizuan, 14, serta Rohaizat Jamaludin, 10, dilaporkan hilang kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Menurut sumber, mereka termasuk dua lagi rakan sebaya yang lain mengikut lelaki yang kononnya ingin membawa mereka menjerat burung di dalam hutan tersebut.

Bagaimanapun, dua rakan kanak-kanak itu mula risau setelah memasuki kawasan hutan dan nekad pulang ke rumah masing-masing sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga.

Salah seorang bapa mangsa, Mat Dahari, 57, dari Kampung Bukit Rawa, Sedim berkata, sebelum kejadian, dua anaknya, Ainaadia dan Ahmad Mohamad keluar rumah untuk menyambut ibadah korban.

Menurut Mat Dahari, anak-anaknya itu biasanya akan pulang ke rumah awal untuk menunaikan solat di surau berdekatan rumahnya.

“Saya mula risau setelah mereka masih tidak pulang walaupun hampir Maghrib. Saya kemudiannya memaklumkan kepada orang kampung.

“Ketika itu, barulah kawan-kawan anak saya beritahu mereka ikut seorang lelaki untuk menjerat burung di dalam hutan,” katanya.

Susulan itu, dia membuat laporan polis pada jam 10 malam kelmarin berikutan bimbang dengan keselamatan anak-anaknya termasuk dua rakan mereka yang hilang.

Seorang lagi waris kanak-kanak terbabit, Rizuan Md Bim, 38, juga dari Kampung Bukit Rawa berkata, anaknya, Mohd Hafiz, seorang yang sangat mudah mesra dengan orang ramai.

“Kejadian ini mula disedari selepas dia (Mohd Hafiz) tidak pulang ke rumah. Saya mula risau seterusnya memaklumkan kepada rakan-rakan yang lain. Ketika itu barulah saya tahu ada tiga kanak-kanak lain turut mengikut lelaki terbabit,” katanya.

Pada malam yang sama juga (malam kelmarin), penduduk kampung telah memulakan operasi mencari sebelum disambung semula semalam.

Turut bersama adalah anggota bomba dan penyelamat, pasukan polis bersama unit anjing pengesan, jabatan pertahanan awam termasuk anggota Rela.

Kira-kira 100 penduduk termasuk anggota keselamatan melakukan operasi mencari di sekitar termasuk di dalam hutan tersebut bermula jam 7 pagi, semalam.
Sehingga berita ini ditulis, keempat-empat kanak-kanak itu masih belum ditemui.



-sinar harian-

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 12:17 PM | Show all posts
dah jumpa baru nak bukak thread ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:18 PM | Show all posts
adoi...tepok dahbaca berita mcm ni.
harap2 survive la dlm hutan tu.
harap2 lelaki berkenaan bukan pedobear la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:24 PM | Show all posts
semlm dgr kat radio kata dah 5 budak hilang... skerinyer!! hrp2 lah bdk2 tuh semua ok!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:25 PM | Show all posts
bapak dia ke bawak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:26 PM | Show all posts
alahai...hilang dalam hutan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2013 12:31 PM | Show all posts
macam mana boleh selamber je budak2 tu ikut lelaki tu, lelaki yang dikenali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:37 PM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 17-10-2013 07:17 AM
dah jumpa baru nak bukak thread ka?

depa dah dijumpai kaa?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 12:38 PM | Show all posts
Sonang2 jo budak tu ikut lelaki tu.

Jgn  jd kes2 trajis udah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:39 PM | Show all posts
dah jumpa ke belom neh??saper lelaki yg drg ikut tu??
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:46 PM | Show all posts
Mungkin lelaki tu tak ajak, tetapi bebudak tu yang ikut.. pulak tu bukan senang nak pantau bebudak dalam utan.. last last ilang.. memang diakui pada umur camni bebudak memang suka aktiviti camni,
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:46 PM | Show all posts
cfa posted on 17-10-2013 12:31 PM
macam mana boleh selamber je budak2 tu ikut lelaki tu, lelaki yang dikenali ke?

kalau tak silap baca aku..lelaki yg budak2 tu ikut dari kpg yg sama juga.harapan dan doa aku agar mereka di temui dgn keadan baik
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:49 PM | Show all posts


BALING: Misteri kehilangan empat kanak-kanak termasuk dua beradik apabila mengikuti seorang lelaki yang mendakwa mahu menjerat beruk dalam Hutan Simpan Gunung Inas, Lata Sedim, di sini, berakhir apabila ditemui dalam keletihan, kira-kira 7 petang tadi.

Kesemua mereka ditemui kira-kira 26 jam kemudian di satu lokasi dalam hutan simpan berkenaan.

Bagaimanapun, kelibat lelaki berusia 38 tahun yang membawa empat kanak-kanak itu gagal dikesan.

Empat kanak-kanak itu ialah Mohd Hafiz Redzuan, 14, murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Lindungan Raja, Sedim; Ainaanadia Mat Dahari, 13, pelajar Sekolah Menengah Labu Besar; adiknya Ahmad Mohamad, 11, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, yang juga belajar di SK Seri Lindungan Raja, Sedim.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang semalam, selepas keempat-empat mereka menjamu selera di rumah lelaki berkenaan yang menemui kanak-kanak itu sedang bersiar di kawasan kampung terbabit pada petang Aidiladha.


Penolong Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Unit Pasukan Khas Storm Alor Setar Mohd Ridzuan Nut Jamudin, berkata semua kanak-kanak terbabit ditemui kira-kira 800 meter dari Pusat Kawalan Operasi yang dibuka di kawasan itu dalam keadaan lemah dan keletihan.

Alhamdulillah.. dah dijumpai semula... nasib baik tk jadi apa-apa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:50 PM | Show all posts
da jumpa ke belum
lelaki tu sape..org kpg tu jugak atau siapa
lelaki tu x muncul2 ke pulak..sama gak hilang
smoga tiada perkara buruk berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 12:55 PM | Show all posts
syukur dah jumpa..tp dorang buat ape sebenarnye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2013 12:58 PM | Show all posts
ooh dah jumpa rupanya..Alhamdulillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 01:02 PM | Show all posts
bukan td pg kata dah jumpa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:07 PM | Show all posts
laki ni anak jin ke apa, jap2 ilang
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:38 PM | Show all posts
voiletiris posted on 17-10-2013 12:46 PM
kalau tak silap baca aku..lelaki yg budak2 tu ikut dari kpg yg sama juga.harapan dan doa aku agar  ...

oohh.. tak perasan masa baca tadik...apa pun syukur Alhamdulillah.. dah jumpa dah budak2 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 01:46 PM | Show all posts
hmmm.. bunian kah?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.089571 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list