CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223157|Reply: 20

AIR KENCING BERDARAH?|PENYEBAB DAN RAWATAN KENCING BERDARAH

[Copy link]
Post time 18-10-2013 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda melihat kandungan air kencing anda mengandungi darah?Sekiranya hal ini  berlaku kepada anda,apakah yang sepatutnya anda lakukan?Ketika saya mula-mula mengalaminya dulu,saya menjadi agak panik kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku kepada saya.Jadi,pada artikel kali ini kita sama-sama akan mengetahui apakah yang sepatutnya dilakukan sekiranya air kencing mengandungi darah.




Kehadiran darah di dalam air kencing dinamakan sebagai hematuria.Secara umumnya,hematuria ini terdapat 2 jenis.Jenis  yang pertama ialah masalah di mana anda tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam kandungan air kencing dengan mata kasar.Ianya  dapat dikesan hanya apabila dilihat menggunakan mikroskop.Hematuria jenis ini dipanggil sebagai microscopic hematuria.

Jenis yang kedua pula ialah anda dapat melihat dengan jelas air kencing anda berwarna merah.Keadaan yang kedua ini pula dinamakan gross hematuria.Ini bermakna yang anda dapat melihat kehadiran darah di dalam air kencing hanya dengan melihat melalui mata kasar.

Selalunya apabila berlakunya keadaan ini,persoalan yang sering muncul ialah “Apakah yang patut saya lakukan jika air kencing saya mengandungi darah?” atau “Haruskah saya bimbang sekiranya air kencing saya mengandungi darah?”Mengapa perkara ini menjadikan kita risau dan bimbang?Ini kerana kebiasaannya kita tidak akan melihat darah apabila kita membuang air kecil.

Hematuria sebenarnya lebih kepada tanda bagi masalah kesihatan anda dan ianya mendasari penyakit yang anda hidapi.Perkara terbaik yang harus anda lakukan ialah segeralah berjumpa dengan doktor  sekiranya anda melihat darah di dalam air kencing.Ini penting kerana ianya dapat membantu menyembuhkan penyakit yang anda hidapi.

Apakah penyebabnya?

Ada banyak sebab terjadinya hematuria.Sesetengahnya tidaklah begitu serius.Bagi sesetengah orang,darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya.Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.Antara penyebab berlakunya hematuria kepada seseorang ialah:


Jangkitan pada saluran kencing.Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita.Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki.Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing,ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.

Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing.Beberapa zat di  dalam urin anda, terutamanya bila ia berkumpul,boleh membentuk batu kristal kecil. Kadang-kadang,batu kristal ini dapat menjadi lebih besar bila berada dalam jangka masa yang lama di dalam buah pinggang atau pundi kencing anda.Batu yang terbentuk pada struktur saluran kencing yang lebih kecil boleh menyebabkan rasa sakit dan hematuria.
Kanser. Dalam beberapa kes,adanya darah di dalam air kencing mungkin menjadi tanda bahawa terdapatnya sel kenser di dalam salah satu organ perkencingan anda.Namun,sebaiknya berjumpalah dengan doktor kerana merekalah yang akan menentukan adakah hematuria anda disebabkan oleh kanser atau tidak.

Ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyebabkan berlakunya hematuria terjadi, seperti aspirin, heparin dan antiobiotik tertentu.
Senaman. Kadang-kadang,hematuria juga boleh disebabkan dengan melakukan senaman yang berat.Ahli-ahli perubatan juga masih tidak mengetahui mengapa senaman boleh menyebabkan hematuria. Sesetengah dari mereka percaya ianya berlaku mungkin kerana berlaku kecederaan pada pundi kencing.
Dalam beberapa kes hematuria, penyebab yang sebenarnya tidak dapat dijumpai.

Diagnosis

Doktor anda mungkin akan bertanya tentang masalah-masalah yang anda hadapi  dan akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Kadang-kadang,mereka juga akan mencadangkan kepada anda beberapa bentuk ujian dan prosuder untuk mencari penyebab masalah anda dan juga untuk mengubati penyakit lain yang mungkin anda hidapi. Contoh ujian yang mungkin akan dicadangkan ialah menganalisa sampel air kencing dan juga ujian pengimejan, seperti computerized tomography (CT) scan ataumagnetic resonance imaging (MRI), dan cystoscopy.

Rawatan

Rawatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah hematuria bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, jika hematuria disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, doktor akan memberikan ubat antibiotik.Tetapi jika tidak ada masalah kesihatan yang serius dijumpai,mungkin tidak ada rawatan yang khusus diperlukan.Walau bagaimanapun doktor mungkin masih akan mencadangkan agar anda melakukan rawatan susulan untuk memastikan masalah hematuria anda sudah sembuh sepenuhnya.

sumber :http://buahpinggangsihat.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2013 02:50 PM | Show all posts
mak saya dulu pun pernah kencing berdarah sampai keluar nanah jugak. bila jumpa doktor pakar, rupa-rupanya buah pinggang dah rosak dimakan dek batu karang. last2 buang sebelah buah pinggang.

sebelum jumpa doktor pakar, jumpa doktor kat klinik je. asik dapat panadol je sebab mak demam 2-3 bulan tak kebah2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 11:06 AM | Show all posts
Knowlee posted on 22-10-2013 02:50 PM
mak saya dulu pun pernah kencing berdarah sampai keluar nanah jugak. bila jumpa doktor pakar, rupa-r ...

yeke. smpi bernanah?
xde gejala lain ke?

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 10:56 AM | Show all posts
yayah8989 posted on 1-11-2013 11:06 AM
yeke. smpi bernanah?
xde gejala lain ke?

sebulan sebelum keluar nanah tu, mak saya mula2 jatuh pitam, lepas tu demam tak kebah-kebah. berapa kali jumpa doktor kat klinik panel, asik kasi pain killer, panadol. tapi takde kesan jugak. tak kebah-kebah, sampai la bila dia kencing keluar nanah tu, jumpa lagi skali doktor, dia forward ke doktor pakar kat private hospital, buat checkup yg lebih detail, baru dpt detect ada batu karang besar dlm buah pinggang. batu karang tu dah makan buah pinggang sampai keluar nanah bila kencing. operate buang batu karang besar tu, tapi lepas operate, mak still demam. then doktor pakar ckp buah pinggang tu rosak, kena buang. so, dah buang sebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee posted on 5-11-2013 10:56 AM
sebulan sebelum keluar nanah tu, mak saya mula2 jatuh pitam, lepas tu demam tak kebah-kebah. berap ...

seramnye.. mmg xleh detect pd awal ek
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 12:19 PM | Show all posts
yayah8989 posted on 5-11-2013 11:05 AM
seramnye.. mmg xleh detect pd awal ek

tak detect. bila dah sakit baru dpt detect. sementara benda tu nak develop, mak sihat je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2013 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee posted on 5-11-2013 12:19 PM
tak detect. bila dah sakit baru dpt detect. sementara benda tu nak develop, mak sihat je.

yeke. mmg x perasan kan. ishhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 10:14 PM | Show all posts
air kencing berdarah? aduhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2013 12:11 PM | Show all posts
Saya pernah kena air kencing berdarah ini 2 tahun lepas. Sakitnya Allah saja yg tahu masa nak buang air kecil. Pundi kencing pun dah 'burning'.. Masa pergi hospital dr kata pundi kencing dh 'burning'.. sys punya kes sbb dah kena jangkitan kuman e-coli.. buat rawatan cystitis.. coating pundi kencing dgn ubat cystitis setiap minggu selama 6 minggu.. Alhamdulillah skrg dh lega... sekali sekala akan rasa badan x sedap (kita boleh rasa badan sendiri) tapi saya sentiasa ada stok air jus cranberies keluaran 21st Century (byk kat Watson dan Guardian) dan cepat2 akan minum air tu utk 2-3 hari...

Bila dh kena penyakit ni saya google gejala2 simptom, sebab & akibat serta kaedah rawatan. Taulah serba sikit psl penyakit ni sbb dah melaluinya sendiri. Antaranya sebab pemakanan, kurang minum air kosong, pemakaian seluar dalam kena pakai 100% kapas, cara basuhan bahagian bawah, sebab tahan air kencing dll...

Sintom  
  
1.Rasa pedih atau bisa ketika membuang air kecil

2.Kerap membuang air kecik dengan kadar yang sedikit

3.Air kencing berbau atau hanyir

4.Perubahan pada warna air kencing iaitu menjadi pekat atau bercampur darah

5.Demam menandakan jankitan telah merebak ke buah pinggang


Langkah pencegahan:

1.Minum air yang banyak setiap 20 minit dalam masa 3 jam

2.Bersihkan bahagian sulit selepas membuang air kecil atau selepas hubungan seks

3.Bersihkan faraj dengan kerap bagi memastikan ia bebas daripada sebarang jangkitan

4.Elakkan mengguna sabun wangi, bahan-bahan pencuci faraj kerana ia boleh memusnahkan bakteria penting yang terdapat dalam faraj

5.Selepas membuang air kecil atau besar bersihkan faraj bermula dari depan ke belakang. Ini bertujuan mengelakkan bakteria daripada merebak dari dubur masuk ke vulva

6.Elakkan penggunaan antiseptik, bedak wangi, deodarant (anti peluh) dan sabun wangi ketika mambasuh bahagian sulit

7.Jangan menggunakan sebarang minyak atau syampu yang mengandungi 'hexachlorophene' ketika mandi


Berikut adalah gambar link ke jus cranberry 21st century (urinary track infection).

http://penang-wellcareshop-21st-century.blogspot.com/2013/02/sell-jual-rm564021st-century-cranberry.html



Last edited by Isfa76 on 8-11-2013 12:32 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pnah kena. bukan pada air kencing je. dlm air mani pun jd kemerah merahan. pastu rasa pedih n senak.

last year dapat tau, ada batu karang rupanya.

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 03:52 PM | Show all posts
URINEX (Untuk Batu Karang & Kencing Tak Lawas) (RM 24.00 sekotak)

Mencegah serta membantu memecahkan batu karang (Urolithiasis) & melawaskan kencing. Satu lagi produk berkualiti yang kami bawakan untuk anda. Khas untuk mereka yang mengidap Kencing Tidak Lawas & juga Penyakit Batu Karang. Dewasa ini isu kesihatan semakin banyak diperkatakan. Bukan sahaja bagi golongan yang sudah berusia, tetapi kini menjadi masalah kepada mereka yang masih muda. Dengan pelbagai kemungkinan yang boleh diambil sebagai contoh tabiat pemakanan yang tidak seimbang & kurangnya senaman telah menjadi punca meningkatnya kes kesihatan.

Tentang URINEX :
1. URINEX adalah gabungan terbaik bahan-bahan semulajadi yang dapat melawaskan kencing serta membantu memecahkan batu karang serta mengurangkan kesakitan buah pinggang disebabkan oleh gejala tersebut.
2. Pengambilan URINEX adalah amat digalakkan kepada para pesakit yang mempunyai sejarah penyakit batu karang.
3. URINEX dikeluarkan dari badan melalui air kencing sebagai glucuronides yang menstabilkan koloid kencing, meningkatkan keterlarutan garam kalsium & membantu memecahkan batu karang.
4. URINEX juga meningkatkan aliran darah buah pinggang yang menghasilkan peningkatan pembuangan air kencing & membantu mengeluarkan batu karang dari saluran kencing.
5. URINEX Insya Allah membantu anda yang menghadapi penyakit ini & telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
6. Produk ini berupaya membantu anda untuk mencegah & juga bertindak merawat penyakit batu karang & juga kencing tidak lawas. Penyakit ini dihidapi oleh lelaki & perempuan.
7. Produk yang diimport khas dari Mesir ini mengandungi 24 kapsul lembut yang mudah dimakan & dibawa ke mana-mana.

Cara Penggunaan :
Untuk dewasa adalah 1 kapsul 3-4 kali sehari sebelum makan atau sebagaimana yang dinasihatkan oleh doktor.

Manfaat yang anda perolehi :
1. Membantu memecahkan & mengeluarkan batu karang dari saluran kencing.
2. Mengurangkan kekejangan & radang saluran kencing yang dikaitkan dengan batu karang.
3. Melawaskan pembuangan air kencing & meredakan gangguan buah pinggang yang disebabkan oleh batu karang.

Sila pastikan anda mendapatkan URINEX kami yang asli. URINEX telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beserta hologram & mendapat pengiktirafan halal yang diperakui oleh JAKIM. URINEX juga digunakan oleh doktor-doktor pakar bagi merawat penyakit batu karang serta kencing tidak lawas.

Item : URINEX (Enteric-Coated) Soft Gelatin Capsules
Pembungkusan : Pack of 12 x 2's (sekotak mengandungi 24 capsules)
Buatan : Pharco Pharmaceuticals Alexandria, Egypt
No PBKD : MAL091002497T
Harga : RM 24.00 sekotak
Kos penghantaran : Mengikut kuantiti pembelian


Setiap kapsul mengandungi : Fencona 4mg; Pinene 31mg (24.8mg + 6.2mg); Barneol 10mg; Cineol 3mg; Camfen 15mg; Anethole 4mg

BERMINAT untuk mencuba suplemen URINEX - Mencegah Serta Membantu Memecahkan Batu Karang (Urolithiasis) & Melawaskan Kencing?
Boleh PM/SMS/WhatsApps saya di 016-6521445 (Mas)
Email : masayumuhdhanif@gmail.com
Website : www.cinderellacute-examo.blogspot.com
Fb Pages : https://www.facebook.com/pages/Cinderellacute-Baraka-Habbatus-Sauda-Kapsul/126502494148896

Comments

lebih sesuai di board jual/beli  Post time 8-3-2020 11:49 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 11:41 AM | Show all posts
batu karang mmg susah nak detect awal2.
dah besar n obstruct saluran kencing baru la rasa sakit
n kencing berdarah..

last2 kena operate buang batu.
nasib x baik buah pinggang rosak.

minum air 3L sehari bole elakkan batu karang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 02:49 PM | Show all posts
ok3 akan dikongsi..terima kaseh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Darah yg kluar melalui air kencing tu darah kotor kan ? Saya cuma nak tau sama ada saya perlu mandi wajib ataupun x stiap kali saya kncing berdarah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2019 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
maaf up balik topik ni

aku tgh pregnant, dan diagnose micro hema ni,

air masak da banyak sgt minum, ubat pon sama telab

tgh tgu result buah pinggang next week

jujurnya sis seram

huhuhu....  aku risau effect pada baby
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy nak tanya... Sy lepas sex dgn isteri sy buat beberapa kali... Pastu sehari kemudiannya..air kencingnya berdarah.. Takla terang sgt...ape tu? Merbahaya ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh sy tau dgn cepat tak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 12:14 AM | Show all posts
kaishi replied at 6-9-2019 11:48 PM
maaf up balik topik ni

aku tgh pregnant, dan diagnose micro hema ni,

ok je
useful thread
hope pregnancy u ari tu ok
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 12:15 AM | Show all posts
Aizzat replied at 8-3-2020 05:42 PM
Sy nak tanya... Sy lepas sex dgn isteri sy buat beberapa kali... Pastu sehari kemudiannya..air kenci ...

common
ada vaginal trauma sikit after sex
however usually taklah ketara blood in urinenya
biasanya just mciroscopic haematuria je
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 12:16 AM | Show all posts
Aizzat replied at 8-3-2020 05:43 PM
Boleh sy tau dgn cepat tak..

tag lah sy next time so that sy dapat cepat notifnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.191265 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list