CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54916|Reply: 607

ELLA - Ratu Rock!

 Close [Copy link]
Post time 18-11-2003 12:29 PM | Show all posts |Read mode


(UTUSAN MALAYSIA)

ELLA - Usia 40 tidak menakutkan saya
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

BAGI seorang lelaki, hidup bermula di usia 40 tahun. Namun untuk seorang wanita, usia 40 tahun adalah lambang `ketakutan'. Bagaimanapun, ratu rock Ella tidak pernah menganggap diri sudah tua, meskipun beberapa tahun lagi usianya bakal berinjak ke angka 40-an.

Ella tetap segar dan ceria, sama seperti zaman remajanya. Gayanya masih ringkas, cukup hanya dengan jeans dan kemeja T apabila berpergian.

Sangat jelas bahawa Ella berjaya membuang segala stigma wanita seusianya. Dia menjadikan peningkatan usia bukan lagi satu tabu dalam hidup.

``Saya tidak takut pada usia 40. Ia hanya satu nombor,'' jelas Ella dengan gaya manja dan bersahaja kepada Gaya Hiburan ketika ditemui baru-baru ini.

Tentang cinta, kahwin dan kesunyian sebagai wanita, kami bicarakan di petang yang mendamaikan itu.

Di usia sekarang, Ella masih sendiri. Tanpa seorang lelaki bernama suami dan anak-anak menemani, apakah Ella tidak kesunyian?

ELLA : Kadang-kadang. Kesunyian akan datang bila masa cuti, tidak ada benda mahu buat. Jarang keluar rumah, rasa macam.... alamak, tak ada kawan mahu jalan-jalan. Jojie (kakak) akan jadi TV dan peneman setia.

Emak ada tanya pasal jodoh?

ELLA : Dia tanya, selalu tanya. Tetapi sekarang dia sudah faham sangat keadaan Ella. Lagipun, kahwin bukan kerja senang. Orang tu kena faham. Kalau tidak faham, asyik gaduh, malaslah.

Banyak yang tanya, sampai bila mahu hidup solo? Ella mesti banyak calon, tapi memilih sangat.

ELLA : Mana ada. Tidak adalah. Kawan-kawan setakat `hai- hoi' tu adalah. Tapi habis setakat itu saja. Belum ada yang betul-betul serius.

Ella pernah bertunang pada usia awal 20 tahun. Kemudian putus. Selepas itu tidak kedengaran lagi Ella serius dengan mana-mana lelaki. Ada menganggap Ella kecewa dengan cinta lama dan sehingga ke hari ini membenci lelaki?

ELLA : Tidak. Ella rasa setiap lelaki ada kekuatan masing-masing. Ella masih perlukan lelaki dalam hidup. Tetapi setakat ini, Ella rasa belum ada lelaki yang dapat ambil hati Ella. Sebab itu Ella pun rasa belum ada satu perkara yang boleh mengikat Ella dengan seseorang lelaki.

Emak tidak bimbang dengan status Ella sekarang?

ELLA : Sebelum ini emak selalu juga bertanya. Tetapi bukan mendesak. Tetapi sekarang emak Ella sudah faham, zaman sudah berubah. Nasib baik, emak Ella terbuka dan dia percaya soal jodoh. Lagipun, kita tidak kacau orang, tidak buat perkara kurang senonoh yang menjejaskan nama baik orang tua. Buat apa hendak bimbang?

Kalau emak sendiri carikan calon untuk Ella macam mana?

ELLA : Ella tidak kisah. Kalau emak hendak cari pun baik juga. Tetapi kenalah yang Ella suka. Yang penting Jojie kena kahwin dulu. Tidak mahu langkah bendul kata orang.

Kalau esok, ada seorang putera raja datang meminang macam mana?

ELLA : Allahuakbar! No komen. Tak nak fikir pasal itu lagi. Anak raja mana satu pula ni? Dalam mimpi kot.

Ella rasa jodoh Ella dengan orang yang macam mana?

ELLA : Insya-Allah, Ella bukan memilih sangat. Cukuplah kalau dia tidak kisah apa yang Ella hendak buat dalam karier Ella. Lebih penting lagi, dia boleh membawa Ella ke jalan yang emak Ella hendak. Yang boleh memimpin dan menjadi `king' dalam hidup kita. Sebagai pemimpin.

Daripada dulu hingga sekarang, Ella nampak tidak banyak berubah. Nampak `enjoy' sangat dengan hidup. Apa rahsianya?

ELLA : Mungkin ini kerana orang-orang di sekeliling saya. Adik-beradik saya. Emak Ella sendiri pun selalu cerita pasal masa remaja dia dan bagaimana dia bercinta dengan ayah Ella. Itu yang buat kami adik-beradik rasa sentiasa `segar' dan ceria. Kami dah cuba amalkan apa yang dia sudah lakukan. Rasa hidup bermakna.

Ella tidak rasa takut umur sudah hampir ke angka 40 tahun?

ELLA : Tidak pernah takut. Malah ia sesuatu yang saya sangat-sangat suka. Saya tidak kisah tentang umur yang semakin bertambah sebab saya suka pertambahan usia. Semakin berusia semakin matang dan saya terdedah dengan lebih banyak perkara. Bukankah pengalaman itu sesuatu yang mematangkan?

Apa nasihat Ella kepada wanita-wanita di luar sana yang cukup bimbang kepada peningkatan usia?

ELLA : Jangan anggap peningkatan usia sebagai sesuatu yang negatif. Sebenarnya banyak hal positif yang dapat dikembangkan terutamanya pada prestasi kerja. Mereka yang memasuki usia ini telah banyak memiliki pengalaman, baik dalam pergaulan, pekerjaan mahu pun kehidupan.

Apakah perkara paling bodoh yang Ella pernah buat?

ELLA : Ella pernah kecewakan emak bila ambil keputusan untuk bercinta dengan seseorang yang dia tidak suka. Keluar menyorok-nyorok, emak tidak tahu. Tetapi akhirnya apa yang emak tidak suka itu, menjadi kenyataan.

Dengan siapa?

ELLA : Tak mahu sebut nama. Orang yang tahu-tahulah. Tapi dia baik sangat. Apa hendak buat, tidak ada jodoh antara kami.

Dengan bekas tunang tu ke?

ELLA : Yalah.

Tidak cuba cari dia sekarang?

ELLA : Dia di Jepun, sudah kahwin. Bukan `first love' tetapi kawan yang paling serius pada masa remaja tu.

[ Last edited by sayangidaku on 18-11-2003 at 12:31 PM ]

[ Last edited by  houdini at 7-8-2008 01:32 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2003 12:34 PM | Show all posts
kenapa imej ella ni aku tengok sekali imbas mcm tiru avril lavigne. dulu masa alanis morisstte tgh top...ella mcm tiru alanis, skang ni tiru avril lak. tak sesuaila.......
rockers2 pompuan kat barat sana pon, bile dah tua sket, takderla imej diorang mcm ella ni, mcm chrissy hynde dan pat benatar tu.

pastu rambut ella dulu hitam... tetiba aje jadik warna.

[ Last edited by sayangidaku on 18-11-2003 at 12:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 12:38 PM | Show all posts
Kalau tak silap kakak dia Jojie tu dulu pernah berkahwin dengan lelaki Perancis tapi bercerai..(betul ker ???).Ella ni jodoh dia "liat" kata orang tua tua atau dia sendiri yang mempunyai alasan sendiri...hanya dia dan Tuhan yang tahu...
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
Post time 18-11-2003 12:42 PM | Show all posts
herm moga ella cepat dapat jodoh...dan berentilah dari bidang nyanyian.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 18-11-2003 12:34 PM:
kenapa imej ella ni aku tengok sekali imbas mcm tiru avril lavigne. dulu masa alanis morisstte tgh top...ella mcm tiru alanis, skang ni tiru avril lak. tak sesuaila.......
rockers2 pompuan kat bar ...


hmm...betul gak a...niki pun baru terperasan..lately ni macam avril lak gaya dia..cuma nak maintain kan feminin dia, selendang mesti tak lepas....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 12:57 PM | Show all posts
betul ella tiru gaya avril , tiada syle tersendiri , berangan jadi bebudak 2 -3 belas tahun , sedar le dah jadi ayam pencen atau ayam karat dah ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2003 12:58 PM | Show all posts
tulah ella...aku betul2 tak puas hati dan tak suka dier warna rambut dier...dulu color hitam lagi menarik..aku ingatkan ella ni tak macam artis pompuan lain yang suka color rambut tapi bukan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2003 01:04 PM | Show all posts
ella patut kekalkan imej rambut hitam dia tu...... berkilat lagi......
aku start terperanjat tengok rambut dia masa kat muzik@ria aritu. dia kalerkan rambut dia utk album simbiosis kot..... cover album simbiosis tu walaubagaimanapun, cantik gak.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2003 01:09 PM | Show all posts
tulah..aku suka tengok Ella berambut hitam..cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 03:44 PM | Show all posts
mana nak color hitam dah.. dah beruban dah makcik tu so kena le warna rambut cover uban
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 04:11 PM | Show all posts
Dah tua rupanya Ella ni.....teringat dulu masa kecik-kecik dia dah nyanyi dah...
betulla dia dah tua..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 05:43 PM | Show all posts
kesian gak kat ella ni yer, mungkin dia frust kot sbb dah ramai permainkan cinta dia tak~! tapi imej baru yg dia buat nampak lebih brutal kan?mcm tak sesuai sbb dia comel ngan rambut hitam dulu.
Reply

Use magic Report

BuDAk^_^CuTE This user has been deleted
Post time 18-11-2003 06:42 PM | Show all posts
dia ni x nampak cam umor 40 pun....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by BuDAk^_^CuTE at 18-11-2003 06:42 PM:
dia ni x nampak cam umor 40 pun....

sebab kau tak tengok betul betul.. rugi hidup dia.. harta yang paling berharga selepas kesihatan adalah keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 10:14 PM | Show all posts
nampak muda je ella ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by awoks at 18-11-2003 10:14 PM:
nampak muda je ella ni


ella and the boys
dua insan bercinta
tiada tangis lagi
sembilu
usa
jauh di mata
woi....ni soundtrack2 hidup aku dari budak2 sampai sekarang.

Tapi kak Ella pakai bukak2 ni tak best la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


[dinda] This user has been deleted
Post time 19-11-2003 01:13 AM | Show all posts
ella cun.. tak macam umo 37.. penah nampak dia kat R&R ayer keroh.. body mantap gile cam budak umo 17 tahun.. kecik je orgnye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2003 01:26 AM | Show all posts
tengok ella nie..tak nampak pun mcm umur mak org..
rasa mcm akak orang jer..
macam mana dia jaga badan n kulit?
atau org belum kahwin mmg lambat nampak tua???
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2003 07:43 AM | Show all posts
ella nampak muda sebab dia buat plastik surgery..
she so sucks coz now tiada imej sendiri , peniru... copy avril..
common u dah org lama patut ader imej tersendiri , ini bila avril dah famous , tiru avril , nasib baik tak tiru cristina aguilera , tidak sexy tonggeng2 makcik ella ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2003 08:11 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 18-11-2003 12:34 PM:
kenapa imej ella ni aku tengok sekali imbas mcm tiru avril lavigne. dulu masa alanis morisstte tgh top...ella mcm tiru alanis, skang ni tiru avril lak. tak sesuaila.......
rockers2 pompuan kat bar ...



biasalahh.. artis melesia... berbulu mata aku tengok.. mesti nak tiru artis barat..... kalo Ella korang kata fotostat si Avril... aku tingat dulu penyanyi rock Shima tiru style Mariah Carey.. tak koser aku buruk apa rupa dia.... pastu Bienda pulak tiru britney spears lepas bukak tudung keluar Solehah...

siti sarah pun apa kurangnya.. tiru rambut alicia keys ngan topi nya sekali nasib baik idong dia tak potostet sekali.. :stp:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.077930 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list