CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayangidaku

ELLA - Ratu Rock!

 Close [Copy link]
Post time 8-9-2006 03:40 PM | Show all posts
mcm mane bleh telepas dari studio 1 ella smlm.. rugi nyee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2006 05:34 PM | Show all posts
Originally posted by ReksakseHuduh23 at 6-9-2006 01:11 PM
lyn.. heaven versi ella
http://www.youtube.com/watch?v=f ... related&search=



thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you thank you :tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 6-9-2006 02:44 PM


Aku suka Ella dulu sampai sekarang...
Tapi memang 30110 dgn Ella USA la album dia paling best sekali




dia punye pes solo, pengemis cinta pun best...
tapi...memang ELLA USA berhantu, dulu kawan aku budak cina pun beli kaset tu...bleh singalong lagu  Nuri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 05:37 PM | Show all posts
Originally posted by sore_itam at 6-9-2006 02:46 PM
'ella usa' bg aku album paling melayu hebat yg penah aku ada ..best2 sgt2!!!



aku nye peberet kat USA ni kan, lagu Rindu..

ntah hapesal, tapi aku suka betul lagu dia, lirik dia...kena sey.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by pozi at 7-9-2006 01:04 PM
Kadang meluat juga tengkok Ella ne..macam overact..manja dia lebih lebih-suara seperti di buat2 je.  Quite recently keluar kat muzi@ria dengan Amysearch - dia pegang2 Amy and nampak Amy kurang selesa


heheehe tak bleh imejin...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 06:27 PM | Show all posts
baik korang beli greatist hits dia. tak rugi...................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2006 12:13 AM | Show all posts
Originally posted by peacefrog at 8-9-2006 06:27 PM
baik korang beli greatist hits dia. tak rugi...................



tapi greatest hits kalo untuk artis2 setengah masak nye kualiti, jenis satu dua lagu  je sedap,  memang ok la...

tapi kalo untuk Ella,  aku rasa greatest hits tu sebagai warm up jek..
nak dengar, kena beli album satu2 pasal banyak lagu sedap yang tak bleh masuk greatest hits...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 07:54 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 6-9-2006 02:44 PM


Aku suka Ella dulu sampai sekarang...
Tapi memang 30110 dgn Ella USA la album dia paling best sekali


ye betul. sy pon skE bangat ngan Ella my sweet honey nie... dlm ella USA tu semua aku ske!!! standing in the eyes of the world, etc..
semoge die kawin cepat2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2006 11:57 PM | Show all posts
Originally posted by ReksakseHuduh23 at 6-9-2006 01:11 PM
lyn.. heaven versi ella
http://www.youtube.com/watch?v=f ... related&search=


mp3 version utk ella-heaven ni ada tak???
gua nak layan kat mp3 player.....
thx in advance if sapa2 can provide me the link....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 08:03 AM | Show all posts
aku teringat waktu tahun 1999 dlm urtv tak silap aku, gambar ella buat persembahan tak pakai bra, nampaklah pokies nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by ra5101 at 15-9-2006 08:03 AM
aku teringat waktu tahun 1999 dlm urtv tak silap aku, gambar ella buat persembahan tak pakai bra, nampaklah pokies nyer..

aku da ada bgtau yg ni kat mana tah.. ramai tk pecaya.. aku ingat ag..baju dia pakai kaler ijo..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by ReksakseHuduh23 at 8-9-2006 03:40 PM
ak a..aku pon naik lemas tgk keletah ella..

:setuju:eeeeeeeeeeee........:geram::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by ReksakseHuduh23 at 15-9-2006 10:39 AM

aku da ada bgtau yg ni kat mana tah.. ramai tk pecaya.. aku ingat ag..baju dia pakai kaler ijo..


Tak silap majalah keluaran akhir-akhir tahun 1999, aku ingat lagi sbb time tu tengah buat praktikal. Sapa yg ada tu boleh ler kongsi kat sini. Dah lah pokies nampak underwear lagi:... walau apa-apapun bab nyanyian mmg aku respect.:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 02:42 PM | Show all posts
aku ada..tp malas plak nk selongkar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 04:44 PM | Show all posts
Ella ada produk kecantikan sendiri
Oleh RADIN SRI GHAZALI  

MEMPUNYAI barangan dengan nama sendiri bagaikan satu trend terkini untuk golongan artis Malaysia.

Ramai yang mengorak langkah sebagai usahawan demi memantapkan lagi penjenamaan  mereka di pesada dunia seni.

Malah ada juga yang mengatakan bahawa mempunyai perniagaan sendiri bagaikan menyediakan payung untuk hari-hari hujan kelak.



Ella kini seorang usahawan produk kecantikan
(Foto The Star Oleh Ricky Lai)

Jika Mawi sibuk dengan Mawi World Sdn Bhd, manakala penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu, Azaharina pula sibuk dengan perniagaan reka hiasan dalaman, ratu rock negara pula kini sibuk pula dengan produk kecantikannya, Ella Skin Care.

"Saya merupakan seseorang yang mementingkan kecantikan paras kulit serta kesihatan dalaman. Malah setiap wanita di mana-mana jua turut mengatakan bahawa kecantikan kulit serta mempunyai paras rupa yang menawan adalah penting," ujar penyanyi rock yang berusia 40 tahun itu ketika ditemui di pelancaran album Raya O Raya di Hotel Istana baru-baru ini.

"Sebagai seorang artis, penampilan merupakan satu elemen yang mustahak. Oleh itu, saya mengambil inspirasi untuk menubuhkan produk kecantikan yang bernama Ella Skin Care," ujarnya lagi. Produk tersebut merupakan perniagaan atau usaha sama Ella bersama-sama keluarganya.

"Ini merupakan perniagaan keluarga kami yang diusahakan oleh saya dan kakak saya, Jojie," ujar ratu rock yang popular dengan lagu 'Permata Potong Permata' dan 'Layar Impian'.

Produk tersebut bakal dilancarkan serta diedarkan selepas sambutan Aidilfitri kelak.

"Pelancarannya akan dibuat serentak dengan pelancaran album studio terbaru saya," ujar Ella yang membayangkan keistimewaan acara itu nanti.

Produk pertama yang bakal dihasilkan adalah anti pengoksidaan (face mist/ face spray).

Produk ini bakal menguji sambutan masyarakat terhadap Ella Skin Care dan bakal menjadi batu loncatan kepada produk-produk yang lain.

Celcom taja konsert Ella

Setelah bersama-sama menjayakan konsert gabungan artis-artis Malaysia dan Indonesia melalui Konsert Malindo, Ella bagaikan bangkit serta bersemangat untuk menganjurkan konsert solonya sendiri.



Segala-galanya bakal terlaksana sejurus sahaja album studio saya
dilancarkan. Saya bakal mengadakan konsert bergerak ke
seluruh negeri di Malaysia"
(Foto The Star)


Apatah lagi apabila beliau dikatakan lebih menyerlah daripada gandingan Maia dan Mulan daripada kumpulan Ratu di konsert yang diadakan bulan lalu.

"Sejurus sahaja album studio saya dilancarkan, saya akan mengadakan konsert bergerak ke seluruh negeri di Malaysia.

"Rasa terharu sangat apabila salah satu syarikat gergasi telekomunikasi negara, Celcom, mahu menaja saya," ujar Ella lagi.

Namun, Ella masih berahsia akan album terbarunya yang bakal diedarkan pada penghujung tahun ini.

"Biarlah rahsia," tegasnya tersenyum ketika diminta untuk menjelaskan kedudukan album serta nama lagu yang bakal dijadikan single untuk album terbarunya.

Sambutan Aidilfitri sederhana sahaja

Memandangkan Syawal bakal menjelang tidak lama lagi, sudah semestinya golongan artis sibuk dengan persiapan. Namun, bagi Ella sambutan Hari Raya pada tahun ini sederhana sahaja.

"Saya sibuk memantapkan kerjaya saya pada tahun ini. Jadi saya kurang memberi perhatian terhadap persediaan untuk menyambut Hari Raya," ujarnya lagi yang sibuk merakamkan albumnya serta merangka aktiviti promosi selepas Hari Raya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 12:26 PM | Show all posts
hahahahahahahahaha welcome back sis ELLA
mmg gembira btol dengar dia nak buat semula konsert bergerak..mana ada artis wanita mampu menandingi kehebatan dia dlm konsert......konsert paling ramai penonton dan hapenning.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 08:06 PM | Show all posts
EMI hargai perjuangan seni Ratu Rock
Oleh Hartati Hassan Basri

BUKAN mudah mengekalkan populariti selama hampir 20 tahun, apatah lagi menjadi satu-satunya penyanyi rock wanita yang masih bertahan hingga digelar Ratu Rock.


Itulah pencapaian cemerlang Ella, 40, yang mula dikenali sebagai penyanyi Ella & The Boys kemudian bergerak solo menghasilkan lebih 10 album seperti Puteri Kota, Identiti, 30110, Ella USA, EL dan Simbiosis.

Katanya, sebagai artis dia tidak boleh emosional atau terlalu memikirkan soal populariti sebaliknya perlu mempersiapkan diri dengan produk yang baik untuk menambat peminat.

揔ita perlu bersedia dalam apa saja kemungkinan. Tapi apa yang paling penting berusaha menghasilkan lagu yang bagus dan sedap untuk memastikan diri terus diterima peminat.

揝aya juga bangga apabila syarikat rakaman menghasilkan album khas, Urban Strike - Satu Penghargaan Buat Ratu Rock Ella sempena 20 tahun pembabitannya dalam seni.

揂pabila EMI Music Malaysia usulkan cadangan ini, saya terus tertarik kerana ia satu projek yang bagus dan menarik. Sudah tentu saya terharu kerana ada pihak memberi penghargaan kepada saya,
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 08:17 PM | Show all posts
wahhh ....ayu nya ella pakai mcm tu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 01:19 PM | Show all posts
ella...i luv u
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 02:58 PM | Show all posts
go ella!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.082331 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list