CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15682|Reply: 115

Wanita Yang Menolak Perkahwinan

  [Copy link]
Post time 11-11-2013 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Bismillahirrahmanirrahim,
Wanita Yang Menolak Perkahwinan

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara              sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam                     menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga      yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.

Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak                      berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir                      menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan              alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan     masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana                      di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian.                      Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan             tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita,         pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.
Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi  ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah:"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang        di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.                      Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti  membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena     bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya                      akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus                      hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda,"Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti   kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak.                      Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

Last edited by ifanonline on 11-11-2013 07:43 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2013 08:02 PM | Show all posts
sekiranya wanita dan lelaki muslim melihat betapa besarnya pahala mendirikan sunnah nabi...nescaya tidak ada manusia yg single di dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipan ipan...

Moga bertimbunlah pahala atas keprihatinan kamu ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 09:01 PM | Show all posts
amin ya rabbal alamin...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 09:05 PM | Show all posts
nk kawin ngn bang ipan jela gini...bulih??








Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka benor bukak thread andartu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2013 09:29 PM | Show all posts
ifanonline posted on 11-11-2013 09:01 PM
amin ya rabbal alamin...

ko dah kawin ke belum ni ipan?

aku rasa ko ni byk sgt kenal andartu sewel la. ramai jer yg cool & baik.

buddies aku semua laki. birthday aku diorang tapau duit ramai2 belikan hadiah, next week nak keluar ramai2, diorang dgn anak isteri, aku ajak kwn perempuan aku teman aku.

bab menolak perkahwinan tu, aku rasa itu lebih applicable pada spesies2 yg suka jantina sejenis. manusia normal ni mana ada tak nak berpasangan, cuma kita tak tahu apa benda yang menghalang diorang drpd berumahtangga pada waktu2 itu. sbb itulah orang selalu ckp belum sampai jodoh.

ipan pilih la sorg andartu buat calon bini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 09:37 PM | Show all posts
anumqis posted on 11-11-2013 09:29 PM
ko dah kawin ke belum ni ipan?

aku rasa ko ni byk sgt kenal andartu sewel la. ramai jer yg cool ...

banyak pula persoalan cik anum kita malam ni...

ilmu ni saya kongsi bersama utk dijadikan pedoman...semoga kehidupan kita diberkati hendaknya...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2013 09:55 PM | Show all posts
ifanonline posted on 11-11-2013 09:37 PM
banyak pula persoalan cik anum kita malam ni...

ilmu ni saya kongsi bersama utk dijadikan ped ...

hyper. terlebih makan salad hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ifan dan andartu berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kdg terpk jap x mo kawen kalo pilihan itu dibnrkan.napa pk cmtu,sbb frust .but life goes on.i want to get married.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 09:04 PM | Show all posts
saper ler yg xmau berkahwin... niat itu ada... cuma jalan nyer agak berliku... fikir yg baik2 ajer udah!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Frust, fobia, xnak commitment tu alasan jer. Kalau dh sampai masa & ketemu Soulmate kawen jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 09:27 AM | Show all posts
Setuju ngan komen2 korang.. siapa yg xnk kawen... niat tu sentiasa ada... tp klu belum tu maksudnya belum lagi laa... sabar je menanti...

salah satunya fobia bila asyik bertemu penipu huhuhu... kew, nk cakap kawen je sesapa asal kahwin huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 10:40 AM | Show all posts
misecretary posted on 13-11-2013 09:27 AM
Setuju ngan komen2 korang.. siapa yg xnk kawen... niat tu sentiasa ada... tp klu belum tu maksudnya  ...

setuju tu...sekarang ni byk sgt penipu...
bukan jer penipu malah kaki mengikis...
xnak belajar pandai2 keje malas yang tahu kikis duit pompuan jer...
pompuan skrg keje bagus...pendapatan pun boleh tahan...
bila kawin mula la lelaki nk lepas tgn...
drpa jadi mcm ni better jangan kawin...
buat tanggung biawak hidup je baik xyah....


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 10:45 AM | Show all posts
qasehnuramy posted on 13-11-2013 10:40 AM
setuju tu...sekarang ni byk sgt penipu...
bukan jer penipu malah kaki mengikis...
xnak belajar p ...

sgt setuju....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2013 10:47 AM | Show all posts
qasehnuramy posted on 13-11-2013 10:40 AM
setuju tu...sekarang ni byk sgt penipu...
bukan jer penipu malah kaki mengikis...
xnak belajar p ...

itu persepsi sahaja...negative perception, ade ramai lelaki yg baik dan bertanggungjawab...

mcm persepsi negative lelaki terhadap andartu...

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 11:08 AM | Show all posts
slalu yg saya jumpe...andartu semua garang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2013 11:12 AM | Show all posts
mizlily posted on 13-11-2013 11:08 AM
slalu yg saya jumpe...andartu semua garang...

ade 2,3 org andartu garang dan mcm cunt dlm forum ni...hati2...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 11:19 AM | Show all posts
ifanonline posted on 13-11-2013 10:47 AM
itu persepsi sahaja...negative perception, ade ramai lelaki yg baik dan bertanggungjawab...

mcm ...

persepsi negatif pada yg dh terkena,mungkin...
tapi lelaki yang baik dan bertangunggjawab kebanyakkan dah jadi milik org...
dan juga memang betul,lelaki semua xsama...
masing2 ada kelebihan dan kekurangan...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.087995 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list