CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

Wanita Yang Menolak Perkahwinan

  [Copy link]
Post time 13-12-2013 07:21 AM | Show all posts
Ascii posted on 12-12-2013 04:32 PM
Jodoh ini rahsia Allah, semua org yg lahir atas dunia ini sdh ditetapkan jodohnya, tp x semestinya d ...

setuju sangat. thats exactly my point! tak adil melabel wanita yang belum bertemu jodoh dengan apa-apa gelaran negatif even sebagai andartu pun tak adil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 10:01 AM | Show all posts
Wanita tidak menolak perkahwinan, cuma TIDAK TERDESAK je. Contoh luahan rasa seseorang yg dikenali oleh rakyat Malaysia.

Maya Karin belum terdesak!
NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
19 Ogos 2013




  • Maya Karin - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
[url=]<[/url] 1 / 2 [url=]>[/url]


PELAKON cantik, Maya Karin Roelcke menegaskan dia tidak kisah hidup sendiri biarpun usianya kini sudah menjangkau usia 33 tahun.
Mengakui tidak pernah terlepas dan sudah lali dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai kehidupan peribadinya.

Malah adakala Maya mengakui berasa lucu apabila orang lain lebih risau tentang dirinya yang masih belum menemui pengganti sejak berpisah dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah, tiga tahun lalu.

“Kadang kala memang ramai yang mahu mengetahui kisah cinta saya, bila saya mahu berkahwin dan sebagainya.

Tapi sejujurnya saya belum terdesak untuk hidup berpasangan dan saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang serta tenang hidup bersendirian.

“Mungkin selama 10 tahun ni tumpuan saya hanya pada kerjaya. Sekarang saya lebih fokus diri sendiri, buat aktiviti yang saya suka. Saya gemar melancong. Sambil melancong, saya mencari siapa diri saya. Misalnya, bila duduk dalam kereta api selama 5 jam saya dapat berfalsafah dan muhasabah diri.

“Kalau boleh saya nak kongsi kegembiraan dan kebahagiaan saya ini kepada seluruh wanita di seluruh dunia sebab seperti mana yang kita tahu tak semua wanita bertuah,” ujarnya yang ditemui ketika majlis sidang media
Dialog Inspirasi Kepada Wanita, L’oreal, baru-baru ini.

Mengakui pernah memikirkan baik buruk hidup sendiri, Maya berkata, dia berasa bersyukur dengan kehidupannya sekarang.

“Ramai berfikiran kita kena kahwin, kena ada anak barulah hidup kita lengkap. Tapi beberapa bulan ini saya ada berfikir adakah saya kurang lengkap kalau saya tak kahwin dan tak ada anak? Kurang lengkapkah saya sebagai wanita?

“Apa yang saya ada sekarang dari segi personaliti, pengetahuan, pengalaman, apa yang saya buat dan jalani, cara saya menolong orang, juga cara saya bawa diri dalam kerjaya. Saya bukan saja seorang wanita tapi saya adalah seseorang. Adakah itu masih tak cukup lagi? Masih tak sempurna lagikah saya sebagai wanita?

“Tapi saya tak nak panik dengan tanggapan-tanggapan orang lain. Saya seronok hidup sebagai wanita single. Alhamdulillah saya ada karier yang sangat menakjubkan,” katanya yang sudah tujuh tahun diberi kepercayaan sebagai duta L’Oreal Paris.


Akui fobia

Dalam pada itu, Maya mengakui masalah rumah tangga masyarakat yang mendapat perhatian umum seperti kes seorang suami memukul isterinya dalam sebuah lif di Pulau Pinang tempoh hari benar-benar menarik perhatiannya.

Insiden berkenaan membuatkan dia lebih yakin dengan pendiriannya iaitu tidak perlu risau menjalani kehidupan solo sehingga kini.
“Baru-baru ni saya ada tengok video seorang lelaki memukul dan menerajang isterinya di dalam lif. Masa saya tengok video tu, saya ingatkan hanya saya dan beberapa orang saja di Facebook yang tahu tentang insiden tu. Tapi rupanya di Twitter ramai yang bercakap tentang insiden tersebut.

“Bila saya tengok kejadian seperti itu, saya terkejut dan tentunya saya berasa kasihan pada wanita berkenaan. Tergamak suaminya lakukan sebegitu padanya. Ia membuatkan saya berfikir, sebagai wanita kita harus berdikari dan punya kepercayaan diri. Kalau ada kemahiran mempertahankan diri, misalnya karate dan muay thai pun bagus juga.  

“Jangan lah terlalu bergantung penuh pada suami atau lelaki. Kalau si suami atau teman lelaki tu dapat memberi kebahagiaan pada isteri atau teman wanitanya, baguslah.

“Tapi kalau dalam situasi didera dan membahayakan nyawa seperti yang dialami wanita tersebut, saya rasa lebih baik kita hidup single,” katanya.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2013 10:04 AM | Show all posts
wanitajelita posted on 13-12-2013 10:01 AM
Wanita tidak menolak perkahwinan, cuma TIDAK TERDESAK je. Contoh luahan rasa seseorang yg dikenali o ...

Sebenarnya tidak lengkap naluri seorang wanita apabila dia tidak menjadi seorang ibu...itu lumrah alam...mcm mana sekalipun manusia menolak lumrah alam, jauh di sudut hati, beliau ingin memperolehi cahaya mata...lihat Nabi Adam dan Hawa...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2013 10:09 AM | Show all posts
ambipur posted on 12-12-2013 02:46 PM
Bila saya perhatikan komen-komen ifan ni, dari segi psikologinya, encik ifan ni penah ada pengalam ...

salam saudari ambipur,

firasat saudari sebenarnya salah, ramai andartu2 yg ingin berkenalan dgn saya...tetapi saya mempunyai pilihan saya sendiri, saya simpati dgn nasib mereka...saya tidak dapat memenuhi permintaan mereka, maklumlah kuota lelaki muslim ade 4...bagaimana saya nak memberi kasih kpd andartu2 yg seramai itu? jadi saya bantu mereka mencari pasangan yg ideal...

there is no ill-feelings towards them...but i could not give the love they seek...is but a shadow in their thoughts...

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 03:14 PM | Show all posts
ifanonline posted on 13-12-2013 10:09 AM
salam saudari ambipur,

firasat saudari sebenarnya salah, ramai andartu2 yg ingin berkenalan dgn ...

oh i don't think so. your act really shows its the other way round. don't bullshit. tq.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2013 05:44 PM | Show all posts
ambipur posted on 13-12-2013 03:14 PM
oh i don't think so. your act really shows its the other way round. don't bullshit. tq.

no bullshitting...hard thruth...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2013 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ascii posted on 12-12-2013 04:32 PM
Jodoh ini rahsia Allah, semua org yg lahir atas dunia ini sdh ditetapkan jodohnya, tp x semestinya d ...

setuju.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 09:21 PM | Show all posts
ambipur posted on 12-12-2013 02:46 PM
Bila saya perhatikan komen-komen ifan ni, dari segi psikologinya, encik ifan ni penah ada pengalam ...

saya bukanlah peminat ifan tetapi saya tidak bersetuju dgn anda. sy tidak nampak ifan mengeji andartu tetapi lebih kepada mengingatkan. beliau berhasrat membantu komuniti dan memilih andartu sebagai sasaran. so apa masalahnya disini? jika anda membaca komennya beliau hanya mengeji andartu yang tidak mahu berubah(bukannya semua andartu). andartu-andartu yang ego, terlalu mementingkan status, hanya menunggu (tetapi jika ada orang laki try direject pula)-golongan inilah yg dibenci ifan.

p/s sy tak suka anda persoal amalan agama orang. macamlah kamu bagus sangat. ayat kamu "Bercakap dengan seorang 10 orang yang bijak lebih mudah berbanding dengan seorang yang jahil...." - saya tak nampak kamu melontarkan ayat yg bijak pun tetapi lebih kepada personal attack....adakah kamu juga org yg jahil?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2013 08:16 AM | Show all posts
nikaido posted on 15-12-2013 09:21 PM
saya bukanlah peminat ifan tetapi saya tidak bersetuju dgn anda. sy tidak nampak ifan mengeji anda ...

dear ifan n whoever you are,

i think you are in the same shoe. korang ni dah ada tiket nak masuk syurga ke sampai boleh nak jadikan golongan tertentu sebagai sasaran?adakah ini yang Islam ajar? kalau aku jadikan korang sebagai sasaran apa korang rasa? kalau korang ni kompem dah ada tiket nak masuk syurga, silakanlah berkutbah pagi petang siang malam kat aku, kalau korang pon belum tentu syurga ke neraka, sila lah cermin cerminkan diri anda di hadapan cermin yang besar. tapi apapn, kalau pintu ati dah tertutup, there's nothing i can do. orang yang dah kawen pn ada kelemahan. sangat banyak. suami yang kikis duit isteri, suami yang kaki pukul, suami yang sibuk nak kawen lagi satu sebab nafsu, bini orang yang bangga berskandal...ni lagi satu topik hangat yang aku rasa patut dijadikan sasaran n aku rasa mungkin tanda-tanda akhir zaman. BINI ORANG YANG BANGGA BERSKANDAL. aku hairan betol dengan bini-bini orang ni yang bangga dan dengan tak rasa malu bercerita tentang skandal derang dengan anak ikan la dengan orang tua macam bapak la. siyes, aku dikelilingi oleh persekitaaran ini. apa kata topik ini yang en ifan highlightkan plak sebab saya rasa dosa bini orang yang berskandal ni azabnya lagi dahsyat berbanding pompuan yang tak kawen seperti yang disebut dalam alquran kan en ifan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 08:18 AM | Show all posts
ifanonline posted on 13-12-2013 05:44 PM
no bullshitting...hard thruth...

dear ifan n whoever you are,

saya pelik la sebab bukanlah dalam topik ni en ifan kata andartu ni golongan yang jual mahal n etc, nape tetiba sekarang en ifan kata derang gilakan en ifan plak. cakap berbelit la en ifan ni.

i think you are in the same shoe. korang ni dah ada tiket nak masuk syurga ke sampai boleh nak jadikan golongan tertentu sebagai sasaran?adakah ini yang Islam ajar? kalau aku jadikan korang sebagai sasaran apa korang rasa? kalau korang ni kompem dah ada tiket nak masuk syurga, silakanlah berkutbah pagi petang siang malam kat aku, kalau korang pon belum tentu syurga ke neraka, sila lah cermin cerminkan diri anda di hadapan cermin yang besar. tapi apapn, kalau pintu ati dah tertutup, there's nothing i can do. orang yang dah kawen pn ada kelemahan. sangat banyak. suami yang kikis duit isteri, suami yang kaki pukul, suami yang sibuk nak kawen lagi satu sebab nafsu, bini orang yang bangga berskandal...ni lagi satu topik hangat yang aku rasa patut dijadikan sasaran n aku rasa mungkin tanda-tanda akhir zaman. BINI ORANG YANG BANGGA BERSKANDAL. aku hairan betol dengan bini-bini orang ni yang bangga dan dengan tak rasa malu bercerita tentang skandal derang dengan anak ikan la dengan orang tua macam bapak la. siyes, aku dikelilingi oleh persekitaaran ini. apa kata topik ini yang en ifan highlightkan plak sebab saya rasa dosa bini orang yang berskandal ni azabnya lagi dahsyat berbanding pompuan yang tak kawen seperti yang disebut dalam alquran kan en ifan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2013 08:55 AM | Show all posts
ambipur posted on 16-12-2013 08:18 AM
dear ifan n whoever you are,

saya pelik la sebab bukanlah dalam topik ni en ifan ka ...

i amnot anti-andartu...i am anti andartu ATTITUDE...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 08:07 AM | Show all posts
ifanonline posted on 16-12-2013 08:55 AM
i amnot anti-andartu...i am anti andartu ATTITUDE...

well i think you should think properly. sume orang dalam dunia ni kalau diikutkan mempunyai masalah attitude. pernah dengar tak cerita tentang keldai, budak dan orang tua? so adakah ini bermakna orang yang berkahwin tu tade masalah attitude? kalau camtu, takdela masalah perceraian dalam dunia ni ye. pls open your mind. u are so negative towards andartu. u yang sebenarnya mempunyai masalah attitude.

from your comments, i can see there is inconsistency. so please muhasabah diri dulu sebelum nak pertikaikan andartu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 10:22 AM | Show all posts
ambipur posted on 17-12-2013 08:07 AM
well i think you should think properly. sume orang dalam dunia ni kalau diikutkan mempunyai masala ...

actually  nih medium utk ifan berkenalan dgn andartu
adapun ipan ni mencari wanita matang yg berkualiti dr segi attitude, perwatakan bla..bla ..bla..

secara tak langsung, ipan ni menyedarkan andartu tentang stigma2 biasa society pada andartu...
u can see from the reply in any andartu topics yg dia bawak....
then u'll know 'how much' society hates andartu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 02:01 PM | Show all posts
Innrukia posted on 17-12-2013 10:22 AM
actually  nih medium utk ifan berkenalan dgn andartu
adapun ipan ni mencari wanita matang yg be ...

ada aku kesah. u hav your point of view n i pun ada my point of view. i lagi benci pada bini bini orang yang galak berskandal n langsung tak tau malu menceritakan pasal skandal n yang i lagi pelik takde plak masyarakat mencemuh bagai nak gila. yang andartu tak buat salah kat sesape ni juga yang ko kecam. macam orang tade agama. macam mana la nak ajar anak kalau mak sendiri pun sibuk berskandal. sama la dengan laki orang yang sibuk nak tambah cawangan. inilah hasilnya generasi yang tak berakhlak. u got it?

orang orang yang benci andartu ni ada tiket masuk syurga ke? WHO R U UNTUK BENCI ANDARTU? MALAIKAT KE? plsss la. cermin n muhasabah banyak banyak atas tikar sejadah. tapi like i said earlier, kalau dah pintu ati tertutup, tade apa yang boleh diperkatakan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 02:10 PM | Show all posts
ambipur posted on 22-12-2013 02:01 PM
ada aku kesah. u hav your point of view n i pun ada my point of view. i lagi benci pada bini bini  ...

dik awat hang panas sangat?
chill ok, bagus berkongsi pandangan...agree to disagree

like u said ramai bini org skendel sana sini sampai tahap zina tp society pejam mata jer...
tp andartu yg tak buat apa2 jugak yg kena.....thats how our society mentality works.
pegang status isteri, automatik maksum dr segala dosa & terangkat darjat sampai langit ketujuh.
walau hakikatnya depa2 ni ramai ja yg prangai & mulut hazab....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 07:08 PM | Show all posts
apa nie......chill, jodoh setiap manusia tu ada. sama ada di sini atau di sana, xyah gadoh xyah melatah

yg penting pembawakkan diri tu, kita tenang orang lain senang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.148473 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list