CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shahizul

MENCARI TEMAN MERUPAKAN SEORANG PENGANUT KRISTIAN / YAHUDI

[Copy link]
 Author| Post time 26-11-2013 10:23 AM | Show all posts
bobkee posted on 25-11-2013 05:28 PM
Generally penganut-penganut agama yang berbeza yang duduk setempat usually live in peace. Tetapi sel ...

Salam sejahtera..

Kamu seorang Kristian atau muslim ni? kihkihkih... bunyi mcm muslim pulak...

setahu saya, dulu... kristian dan muslim ada mengikat perjanjian... banyak sangat perjanjian... mengenai pendamaian... betul?

perang salib antara Salahuddin Al-Ayubi dengan Richard The Lion Heart pun bukan sebarang perang... bukan perang dengan hasad dengki yang buruk dan busuk.... tetapi peperangan yg sangat mulia, dan kedua2 pihak saling hormat menghormati antara satu sama lain...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2013 11:13 AM | Show all posts
shahizul posted on 26-11-2013 10:23 AM
Salam sejahtera..

Kamu seorang Kristian atau muslim ni? kihkihkih... bunyi mcm muslim pulak...  ...

Salam sejahtera.

LOL. Good question. Mungkin kedua-duanya sekali.

Jikalau gelaran "Muslim" itu membawa erti seorang yang menyerah dan beribadah sepenuhnya kepada Allah, maka Muslimlah saya. Jikalau gelaran "Kristian" itu membawa erti seorang yang berpegang kepada syahadah sepertimana diulaskan di dalam pengakuan-pengakuan iman ekumenikal, maka Kristianlah saya. Namun pada dasarnya, saya cuma seorang insan yang berdosa yang diselamatkan Allah kerana kurnia rahmat-Nya melalui iman.

But I don't think your intention is to discuss theology, is it? So let's get to know each other better and do our small part towards fostering interfaith understanding here

Shalom.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 11:39 AM | Show all posts
bobkee posted on 26-11-2013 11:13 AM
Salam sejahtera.

LOL. Good question. Mungkin kedua-duanya sekali.

Salam sejahtera

Gotcha! yeay!! You are the friend that im seeking for; to discuss something about iman... faith.... destiny.... and how do you live your life.... You do know that Muslims Berserah dan beribadat... but i dont know about Christians... and i would like to know... because some Christians are better than certain Muslims in the sense of akhlak...

Those Christians like you are waiting for Jesus to come and led to the "Right Path" is it?

I also so curious with what you said, maybe both(muslim and christian)...kekekekeke
pengakuan-pengakuan iman ekumenikal Christianity <<<< apa ye? hehehehehehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 11:42 AM | Show all posts
But I don't think your intention is to discuss theology, is it? So let's get to know each other better and do our small part towards fostering interfaith understanding here


tak faham ini... kekekeke.. sorry, im not so expert in english......
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 06:04 PM | Show all posts
shahizul posted on 26-11-2013 11:39 AM
Salam sejahtera

Gotcha! yeay!! You are the friend that im seeking for; to discuss something  ...
Those Christians like you are waiting for Jesus to come and led to the "Right Path" is it?
Yes and no. Kami percaya bahawa "the 'Right Path'" memang sudah ditunjukkan.

Injil Yohanes di dalam Alkitab menyatakan:
Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah. Sejak permulaan, Firman itu bersama-sama Allah. Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa Dia. Firman itu sumber hidup, dan hidup itu memberikan cahaya kepada manusia. Cahaya ini bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak dapat memadamkannya. - Yohanes 1:1-5

Ungkapan "Firman" ini diterjemahkan daripada "Logos" di dalam bahasa Yunani kuno, yang membawa maksud yang agak kompleks tetapi kerap kali dikaitkan dengan maksud "penjelmaan", "titah", "pengertian" ataupun "hala tuju".

Injil Yohanes juga merekodkan Yesus (yakni Nabi Isa di dalam konteks Islam) sebagai berkata:
Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku. Kerana kamu mengenal Aku, kamu akan mengenal Bapa-Ku juga. Mulai sekarang kamu mengenal Dia dan sudah melihat Dia.” - Yohanes 14:6-7
Namun demikian, kami juga menantikan kepulangan Yesus untuk menyempurnakan ciptaan Allah di mana alam fana akan dibaqakan dan pemerintahan Allah didirikan untuk selama-lamanya.

Kepercayaan ini berkait secara langsung dengan fahaman kami mengenai ciptaan alam fana. Kami percaya bahawa segala alam dicipta sempurna oleh Allah. Adam dan Hawa diberikan kuasa untuk memerintah segala yang dicipta Allah. Namun demikian, Adam dan Hawa terjerat dosa dan kesempurnaan ciptaan Allah dicemar. Kesempurnaan ciptaan hanya akan dipulihkan semula setelah kepulangan Yesus ke dunia. Oleh itu, Yesus Kristus juga diberikan gelaran "Adam yang kedua".
I also so curious with what you said, maybe both(muslim and christian)
Jawapan retorik lah

Seperti yang saya jawab sebelum ini:
Jikalau gelaran "Muslim" itu membawa erti seorang yang menyerah dan beribadah sepenuhnya kepada Allah, maka Muslimlah saya. Jikalau gelaran "Kristian" itu membawa erti seorang yang berpegang kepada syahadah sepertimana diulaskan di dalam pengakuan-pengakuan iman ekumenikal, maka Kristianlah saya.
... maka jawapan "maybe both" ... depending on your point of view
pengakuan-pengakuan iman ekumenikal Christianity <<<< apa ye?
Secara amnya umat Kristian, tanpa mengira mazhab ataupun aliran, berpegang kepada tiga pengakuan iman yang dirumus pada zaman-zaman awal pendirian gerakan Kristian sebagai sebuah agama. Ini dikenali sebagai pengakuan-pengakuan iman ekumenikal ataupun sejagat.

Walaupun perbezaan memang ada diantara mazhab-mazhab (kalau tak ada perbezaan maka tiadalah perpecahan kepada mazhab-mazhab), secara umumnya perbezaan-perbezaan ini tidak merangkumi kepercayaan-kepercayaan wajib dan boleh dikenal pasti sebagai kesan perbezaan konteks sejarah, geografi dan sosio-politik setempat di mana mazhab-mazhab ini dimulakan. Pada dasarnya, syahadah yang diulaskan oleh ketiga-tiga pengakuan iman ini tidak dipertikaikan oleh umat Kristian secara keseluruhannya.

Teks pengakuan-pengakuan iman ini adalah seperti berikut:

Pengakuan Iman Rasuli
Manuskrip terawal bertarikh ca. 180 Masehi
Aku percaya kepada Allah,
Bapa Yang Maha Kuasa,
Pencipa langit dan bumi;

Dan kepada Yesus Kristus,
Anak-Nya yang tunggal, Allah kita,
Yang dikandung daripada Roh Kudus,
Dilahirkan oleh anak dara Maria;
Yang menderita sengsara di bawah pemerintah Pontius Pilatus,
Disalibkan, mati dan dikuburkan;
Pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati,
Naik ke syurga,
Duduk di sebelah kanan Allah Bapa Yang Maha Kuasa;
Dan dari sana Dia akan datang,
Untuk mengadili orang hidup dan mati.

Aku percaya kepada Roh Kudus,
Gereja yang kudus dan am,
Persaudaraan orang kudus,
Kebangkitan tubuh,
Dan kehidupan kekal. Amin
Pengakuan Iman Nicea
Hasil Persidangan Umum Nicea (325 Masehi) dan Konstantinopel (381 Masehi)
Kami percaya kepada Allah, Bapa yang Maha Kuasa,
Pencipta langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di dalamnya
Dan kepada satu Tuhan Yesus Kristus, Anak tunggal Allah,
dilahirkan dari Bapa sebelum segala ciptaan; Cahaya dari cahaya
Tuhan sejati; dilahir, bukan dicipta, sehakikat dengan Bapa
dan daripadaNya segala sesuatu diciptakan.

Untuk kita dan keselamatan kita, Dia turun dari syurga,
menjelma semula dengan kuasa Roh Kudus
dilahirkan menerusi anak dara Maria dan menjadi manusia
Kerana kita Dia disalibkan oleh Pontius Pilatus
menderita dan dikuburkan
Dan menurut Alkitab bangkit semula pada hari ketiga
Dan naik ke syurga dan kini duduk di sebelah kanan Allah Bapa
Dia akan kembali dalam kemuliaan, untuk menghakimi yang hidup dan yang mati
dan kerajaanNya akan kekal selama-selamanya:

Kami percaya kepada Roh Kudus, Tuhan dan Sumber Kehidupan
yang timbul dari Allah Bapa
Bersama Allah Bapa dan Anak, disembah dan dimuliakan.
Dia telah bersabda menerusi Rasul-rasul-Nya.

Kami percaya kepada gereja yang kudus, esa dan am
Kami percaya kepada baptisan sebagai tanda penebusan dosa,
Kami menantikan hari di mana yang mati akan bangkit semula
dan kehidupan yang kekal sesudahnya.
Amin.
Pengakuan Iman Athanasius
Manuskrip terawal bertarikh ca. Abad ke-8 Masehi
Sesiapapun yang ingin diselamatkan, harus berpegang teguh pada iman sejagat; Sesiapa yang tidak memelihara iman keseluruhan secara utuh akan binasa selama-lamanya.

Inilah iman sejagat:

Kita menghormati Allah yang Esa di dalam Tritunggal dan Tritunggal di dalam keesaan, tanpa pencampuran keperibadian dan tanpa pemisahan intipati mereka. Kerana keperibadian dari Bapa adalah satu, dari Anak adalah keperibadian yang lain, dan dari Roh Kudus adalah keperibadian yang lain. Akan tetapi Bapa, Anak dan Roh Kudus hanya memiliki satu keilahian, kemuliaan yang sama, keagungan yang sama. Sebagaimana Bapa, demikianpun Anak dan Roh Kudus. Bapa tidak diciptakan, Anak tidak diciptakan, Roh Kudus tidak diciptakan. Bapa itu Maha besar, Anak itu Maha besar, Roh Kudus itu Maha besar. Bapa itu kekal, Anak itu kekal, Roh Kudus itu kekal. Namun demikian tidak ada tiga yang kekal, tetapi satu yang kekal. Mereka juga bukan tiga kenyataan ilahi yang tidak diciptakan dan bukan tiga yang maha besar tetapi satu yang tidak diciptakan dan maha besar. Bapa itu Mahakuasa, Anak itu Mahakuasa, Roh Kudus itu Mahakuasa, namun bukan ada tiga kenyataan ilahi yang mahakuasa tetapi hanya satu kenyataan ilahi yang Mahakuasa.

Demikianlah Bapa itu Allah, Anak itu Allah dan Roh Kudus itu Allah, namun bukan ada tiga Allah, tetapi hanya satu Allah. Bapa adalah Tuhan, Anak adalah Tuhan dan Roh Kudus adalah Tuhan, namun tidak terdapat tiga Tuhan, tetapi hanya satu Tuhan. Sebagaimana kita didorong untuk mengakui kebenaran Kristiann bahwa setiap keperibadian itu adalah Allah dan Tuhan, namun Gereja sejagat juga melarang kita untuk mengakui tiga allah dan tuhan. Bapa tidak dihasilkan sesiapapun, ataupun diciptakan dan diperanakkan. Anak berasal dari Bapa sendiri, tidak dihasilkan, tidak diciptakan, tetapi diperanakkan. Roh Kudus berasal dari Bapa dan Anak, tidak dihasilkan, tidak diciptakan, tidak diperanakkan, tetapi diasalkan. Jadi terdapat satu Bapa, bukan tiga bapa, satu Anak, bukan tiga anak, satu Roh Kudus, bukan tiga roh kudus. Dan dalam Tritunggal ini tidak ada yang lebih utama atau dibelakangi, tidak ada yang lebih besar atau lebih kecil, tetapi semua tiga keperibadian adalah sama-sama kekal dan setara di antara mereka sendiri; sehingga mereka semua secara keseluruhan, seperti dikatakan di atas, baik kesatuan dalam tritunggal, mahupun tritunggal dalam kesatuan, harus disembah. Siapa yang ingin mencapai keselamatan haruslah percaya akan Tritunggal Mahakudus.

Oleh kerana itu, adalah perlu untuk keselamatan abadi, bahawa seseorang juga percaya dengan setia mengenai inkarnasi Tuhan kita Yesus Kristus. Kerana iman yang benar adalah, bahawa kita percaya dan mengaku, bahwa Tuhan kita Yesus Kristus, Anak Allah, adalah Allah dan manusia -

Dia adalah Allah, intipati Bapa, diperanakkan sebelum dunia dicipta; dan Manusia, intipati dari ibu-Nya, lahir ke dunia. Allah yang sempurna dan Manusia yang Sempurna, terdiri dari jiwa yang rasional dan jasad manusia. Setara dengan Bapa dalam hal keilahianNya, lebih rendah dari Bapa dalam hal kemanusiaanNya. Yang, walaupun adalah Allah dan Manusia, namun Dia bukanlah dua orang, tetapi Satu Kristus. Tetapi satu, bukan dari perubahan dari keilahianNya menjadi jasad, tetapi dari penerimaan dari kemanusiaanNya ke dalam Allah. Satu, sama sekali bukan kerana percampuran intipati, tetapi dari kesatuan keperibadian. Kerana sebagaimana jiwa yang rasional dan jasad adalah satu manusia, demikian juga Allah dan manusia adalah satu Kristus. Yang menderita untuk keselamatan kita, turun ke dalam Neraka, bangkit semula pada hari yang ketiga dari kematian. Dia naik ke Syurga, Dia duduk di sebelah kanan tangan Bapa, Yang Maha Kuasa Tuhan, dari situ Dia akan datang untuk mengadili yang hidup dan yang mati. Pada kedatangan siapa semua manusia akan bangkit kembali dengan tubuhnya, dan akan dipertanggungjawabkan perbuatan mereka sendiri. Dan mereka yang telah berbuat baik akan memasuki kehidupan kekal, dan mereka yang sudah melakukan yang jahat ke dalam api abadi. Inilah iman sejagat dan kecuali seseorang percaya dengan setia dan teguh, dia tidak akan diselamatkan.

Last edited by bobkee on 26-11-2013 08:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2013 08:50 PM | Show all posts
Salam sejahtera,

Good explaination! But im curious about Truth8, kenapa dia ada kefahaman yg berlainan?

kalau dalam islam, ada 4 mazhab yg utama, dan keempat2 mazhab adalah yang sama...

Macam mazhab syiah, ia adalah ajaran yang menyimpang dengan fahaman ASWJ..

Sesungguhnya kami Muslim juga menunggu nabi isa yang akan turun dari syurga membawa kebenaran... oleh kerana itu kami tidak berdakwah kepada yang bukan Islam seperti Rasul2...

ermmmm...1 lagi, jadi kamu berfahaman, Nabi Isa adalah anak Tuhan... kan?
thank for the previous explaination...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2013 01:35 AM | Show all posts
Di dalam sejarah pendirian gereja Kristian, memang terdapat golongan yang berpaksikan ajaran Yahudi di mana keesaan Tuhan diutamakan. Di dalam Alkitab pun terdapat rekod golongan ini yang dikenali sebagai "Judaizer" ataupun " Penyahudi" dan amalan mereka dikutuk oleh para-para hawariyun (ia boleh dibaca di dalam Surat Paulus kepada jemaah di Galatia serta beberapa kitab yang lain seperti Kisah Rasul-Rasul).

Pengaruh gnostik (ataupun "Kearifan Tersembunyi") juga agak ketara di zaman permulaan pendirian gereja (abad pertama sehingga ketiga Masehi), terutamanya di rantau falsafah Yunani seperti Roma, Yunani dan Palestin dimana gereja mula bertapak. Ajaran falsafah gnostik mengasingkan alam rohani dengan alam kebendaan dan tidak mempunyai ruang untuk kedua-dua alam ini bertindih.

Maka teologi yang berasaskan pengaruh-pengaruh ini melahirkan bidaah-bidaah yang menolak ajaran Tritunggal seperti Arianisme, Modalisme, Binatarianisme (ataupun separa-Arianisme) dll.

Yang kena difahami adalah bahawa pada zaman itu, gereja Kristian merupakan sebuah gerakan organik yang agak longgar dan tidak mempunyai badan-badan penyelaras seperti sekarang. Ia juga, secara lazimnya, bergerak di bawah tanah kerana dianggap sebagai sebuah gerakan yang berbentuk menghasut oleh pemerintah Empayar Roma kerana keengganan umat Kristian untuk mengiktiraf Maharaja Roma sebagai seorang tuhan. Keadaan ini cuma mula berakhir setelah Maharaja Konstantin menitahkan supaya umat Kristian diberikan kebebasan beragama dan mensahkan pengamalan agama Kristian pada 313 Masehi. Oleh itu, agak susah untuk gereja mengekang ajaran-ajaran yang menyeleweng secara keseluruhan sebelum itu.

Pengakuan-pengakuan iman yang saya kongsikan sebelum ini, khususnya Pengakuan Nicea dan Pengakuan Athanasius, dirumuskan setelah agama Kristian diberikan pengiktirafan sebagai gerakan agama yang sah. Ini berlaku ekoran beberapa peristiwa penting di dalam sejarah gereja apabila uskup-uskup dan cendekiawan-cendekiawan agama (kalau dalam Islam dipanggil ulama) dari segala pelusuk Empayar Rom dan Empayar Parsi bersidang untuk menetapkan pendirian mereka secara bertulis mengenai bidaah-bidaah yang agak berleluasa, khususnya ajaran Arianisme (325 M di Nicea) dan Binatarianisme (381 M di Konstantinopel), terutamanya di wilayah-wilayah yang kurang penatuanya, seperti di Mesir, Arabia dan Mesopotamia. Di dalam sidang-sidang yang berlangsung ini, guru-guru ajaran bidaah ini diberikan peluang untuk mengemukakan ajaran mereka dan berhujah mengenainya dengan dasar Alkitab.

So, lama kelamaan ajaran-ajaran bidaah ini semakin kekurangan kecuali di tempat-tempat yang terpencil (dari kaca mata Empayar Roma) seperti Semenanjung Arab. Secara kebetulan, beberapa sarjana dan ahli sejarah berpendapat bahawa orang Nasrani yang lazim bergaul dengan Bani Quraisy dan Bani Hasyim mungkin terdiri daripada golongan yang masih berpegang kepada bidaah-bidaah ini. Ini kemungkinan mempengaruhi persepsi agama Kristian di dalam kaca mata Islam yang mula bertapak di bumi Arab. Benar ke tidak, saya tak berani nak cakap lah

Anyway, fast forward ke Zaman Kesedaran di benua Eropah yang bermula pada abad ke-17. Pada masa itu, ilmu Orientalis mula bercambah dan banyak teks-teks kuno ditemui dan diterjemahkan kepada bahasa-bahasa moden. Ini termasuk teks-teks ajaran-ajaran yang dikira bidaah oleh gereja Kristian. Namun demikian, teks-teks ini juga mempengaruhi sebahagian daripada umat Kristian pada zaman itu (terutamanya daripada mazhab Protestan) dan antara mereka yang paling berpengaruh adalah seorang paderi Baptis dari Amerika yang bernama William Miller. Miller amat cenderung kepada wahyu-wahyu yang direkodkan di dalam Alkitab dan beliau berpendapat bahawa pemerintahan Allah cuma akan didirikan jikalau umat Kristian kembali kepada ajaran-ajaran ala Yahudi.

Walaupun ajaran Miller tidak dianggap sebagai menyeleweng (kalau ikut istilah yang dipakai Kristian, kita panggil adiaphora ataupun amalan tidak wajib) namun pengikut-pengikutnya serta waris-waris mereka yang lebih ghairah terus mengembangkan ajaran-ajaran beliau dengan pemahaman mereka tersendiri dan ada di kalangan mereka yang melangkah kearah "mewajibkan apa yang tidak diwajibkan". Antara tokoh-tokoh di kalangan ini yang agak luas pengaruhnya ialah Ellen G. White yang memulakan gerakan Church of God (Seventh Day) pada 1858.

Antara mereka yang terpengaruh ini adalah seorang tokoh yang bernama Herbert W. Armstrong yang memulakan ajarannya yang berdasarkan ajaran White dengan acukan ajaran binatarianisme serta ideologi "British Israelisme" (ajaran yang mula bercambah pada abad ke-19 di mana bangsa kulit putih dianggap sebagai turunan 10 bani-bani Yahudi dari kerajaan Israel yang berselerak entah ke mana setelah kerajaan itu dijajah Assyria pada 722 SM, baki 2 bani Yahudi itu masih bertapak di kerajaan Judah dan keturunan mereka merupakan bangsa Yahudi zaman ini). Armstrong mendirikan sebuah gerakan agama pada tahun 1930an yang pada dasarnya berpaksikan ajaran Kristian tetapi merangkumi ajaran-ajaran yang dianggap terpesong oleh gereja Kristian secara umumnya. Gerakan ini dinamakan Worldwide Church of God (WCG).

Setelah Armstrong meninggal dunia pada 1986, WCG mula menilai semula ajaran-ajaran Armstrong dan pada 1995, WCG secara rasminya menolak ajaran-ajaran Armstrong dan berpaling semula kepada ajaran-ajaran umum Kristian. Ini menyebabkan perpecahan di dalam WCG kerana masih banyak pengikutnya berpegang kepada ajaran Armstrong. Kebanyakkan daripada pengikut yang tidak setuju dengan tindakan WCG untuk menolak ajaran-ajaran Armstrong keluar daripada WCG dan memulakan gerakan-gerakan pengganti (successor movements) untuk meneruskan ajaran Armstrong dan menentang WCG yang dianggap mereka syirik dan terpesong. Kebanyakkan daripada "successor movements" ini menggunakan ungkapan "Church of God" di dalam nama rasmi mereka.

Antara gerakan-gerakan ini adalah United Church of God (UCG) yang dianggotai Truth.8 dan ajaran-ajaran yang disebarkannya di dalam forum ini berdasarkan ajaran-ajaran yang dipegang dan diajar Armstrong.

Walaupun pada pendapat peribadi saya, ajaran Truth.8 itu terpesong daripada ajaran Kristian sejagat, namun saya tidak membuat kenyataan seperti demikian di dalam dialog saya dengannya. Saya cuma risau bahawa kamu akan mendapat gambaran yang kurang tepat mengenai apa yang dipercayai oleh umat Kristian secara umumnya dan menyerlahkan perbezaan diantara apa yang dikemukan oleh Truth.8 berbanding dengan ajaran Kristian yang umum.

Saya harap penjelasan serta konteks sejarah ini memberikan kamu gambaran yang lebih jelas mengenai "konflik maya" yang berlaku diantara Truth.8 dengan saya.

Ok ... dah lewat ni. Besok nak kerja lagi. Good night Last edited by bobkee on 27-11-2013 08:49 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2013 09:53 AM | Show all posts
bobkee posted on 27-11-2013 01:35 AM
Di dalam sejarah pendirian gereja Kristian, memang terdapat golongan yang berpaksikan ajaran Yahudi  ...

Salam sejahtera....

Saya sebenarnya membaca, tapi tak dapat faham... hehehehe... mungkin kita patut bersua muka untuk menerangkan kepada saya dengan lebih terang... hehehehe... Saya bukan mencari kebenaran, kerana kebenaran itu saya telah temui, tetapi pada saya Islam dan Kristian boleh berdamai... boleh dibuat kawan... malah didalam al-Quran sendiri membolehkan seorang Muslim untuk berkahwin dengan seorang AhlulKitab(yahudi/kristian)...
Saya juga kagum dengan akhlak sesetengah orang kristian, dan ini membuatkan saya ingin tahu lebih detail mengenai iman mereka... dan pada penerangan sebelum ini, saya agak nampak persamaan dari segi konsep iman Kristian dengan Islam...

Btw, saya ada menghadiri kursus perbandingan agama... saya juga tahu kitab bible adalah hasil gabungan dari 3 buah penulisan, old tes(Taurat) dan new tes(injil), dan ada juga diselitkan beberapa penulisan daripada Saint(Spt St John, St Paul).Maaf jika saya tersalah, saya tidak berapa faham dengan itu...hehehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 01:03 PM | Show all posts
Naratif sejarah yang linear agak sukar difahami kerana terdapat banyak faktor yang tersirat yang tidak dapat dimuatkan. Pendek kata, pengaruh falsafah Yunani dan amalan ajaran Yahudi kontemporari pada abad pertama ke ketiga memainkan peranan yang penting di dalam latar belakang pembangunan ilmiah agama Kristian dan juga bidaah-bidaah yang menjelma.

Kebanyakkan daripada ajaran-ajaran yang dikira tidak ortodoks oleh umat Kristian pada umumnya, khususnya ajaran nyah-Tritunggal, pada zaman kini boleh kami menyusur-galurkan asalnya daripada bidaah-bidaah yang menjelma di dalam 300 tahun pertama pembangunan gereja Kristian.

Saya faham bahawa saudara bukan mencari kebenaran, hanya sekadar ingin menimba pengetahuan dan mencari teman berdialog Jadi saya berharap saudara tidak salah faham dan menyangka bahawa saya sedang berdakwah Saya cuma berkongsi pengetahuan sahaja.

Kembali kepada soalan saudara mengenai Alkitab / Bible, pada dasarnya Alkitab merupakan satu koleksi kitab-kitab yang dianggap sebagai Firman Allah oleh umat Kristian. Kitab-kitab ini ditulis pada masa yang berlainan dan secara keseluruhannya merangkumi tempoh lebih-kurang 1,500 tahun.

Secara amnya Alkitab dibahagikan kepada dua bahagian - Perjanjian Lama (PL) dan Perjanjian Baru (PB).

PL mengandungi 39 kitab yang diterima oleh umat Yahudi secara umumnya (dipanggil Tanakh oleh orang Yahudi). PL boleh dibahagikan secara tematik kepada 4 bahagian utama:

  • Kitab Taurat (5 kitab)
  • Kitab Sejarah (12 kitab)
  • Kitab Kidung (5 kitab)
  • Kitab Nabi-nabi (17 kitab)

PB pula mengandungi 27 kitab dan boleh dibahagikan secara tematik kepada 4 bahagian utama:

  • Kitab Injil (4 kitab)
  • Kitab Sejarah (1 kitab)
  • Surat-surat Rasuli (21 kitab)
  • Kitab Wahyu (1 kitab)

Terdapat beberapa variasi di dalam PL yang digunakan oleh mazhab-mazhab tertentu. Beberapa mazhab seperti Katolik menerima kitab-kitab yang digunakan oleh umat Yahudi di Iskandariah pada akhir kurun sebelum Masehi. Teks kitab-kitab ini dikenali sebagai teks Septuagint dan diberi gelaran kitab-kitab Deutrokanonika di dalam penggunaan Alkitab. Manakala mazhab Protestan tidak menerima tambahan kitab-kitab tersebut sebagai kitab suci (walaupun mereka menerimanya sebagai kitab-kitab ulasan dan komentar yang penting) dan cuma menerima kitab-kitab umat Yahudi sepertimana yang digunapakai di Palestin (teks Masoretik) untuk PL.
Last edited by bobkee on 27-11-2013 01:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 01:33 PM | Show all posts
bobkee posted on 27-11-2013 01:35 AM
Di dalam sejarah pendirian gereja Kristian, memang terdapat golongan yang berpaksikan ajaran Yahudi  ...
Walaupun ajaran Miller tidak dianggap sebagai menyeleweng (kalau ikut istilah yang dipakai Kristian, kita panggil adiaphora ataupun amalan tidak wajib) namun pengikut-pengikutnya serta waris-waris mereka yang lebih ghairah terus mengembangkan ajaran-ajaran beliau dengan pemahaman mereka tersendiri dan ada di kalangan mereka yang melangkah kearah "mewajibkan apa yang tidak diwajibkan". Antara tokoh-tokoh di kalangan ini yang agak luas pengaruhnya ialah Ellen G. White yang memulakan gerakan Church of God (Seventh Day) pada 1858.
boleh terangkan dengan terperinci apa yang telah diwajibkan namun sebenarnya tidak wajib?
dari segi apa ianya tidak wajib?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 06:08 PM | Show all posts
Secara asasnya yang wajib adalah seperti yang ditafsirkan di dalam Pengakuan-Pengakuan Iman sejagat yang saya telah post diatas. Yang lainnya, seperti perayaan, amalan ibadat,  upacara dll. tiada satu kaedah yang dikira universal.

Sepertimana yang dinasihati St. Augustin, in necessariis unitas, in dubiis libertas, in omnibus caritas yang bererti "Di dalam perkara asas, perpaduan, di dalam perkara tidak asas, kebebasan, di dalam semua perkara, kemurahan".

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2014 01:57 PM | Show all posts
bobkee posted on 27-12-2013 06:08 PM
Secara asasnya yang wajib adalah seperti yang ditafsirkan di dalam Pengakuan-Pengakuan Iman sejagat  ...

Hello Bob,

How r u? Just wanna clear my mind, about ISU KALIMAH ALLAH in Christianity. Why Christians declared Allah? What in their thoughts about Allah?

Thank you in advance.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 01:56 PM | Show all posts
shahizul posted on 12-1-2014 01:57 PM
Hello Bob,

How r u? Just wanna clear my mind, about ISU KALIMAH ALLAH in Christianity. Why Ch ...

Hello Shahizul,

Good question. Soalannya mudah tetapi jawapannya mungkin rumit sedikit. Namun demikian, saya akan cuba memberikan pandangan saya dengan seringkas mungkin.

Ada beberapa aspek yang perlu diperlihatkan:

Aspek Sejarah

Umat Kristian yang mula-mula bertapak di bumi Nusantara adalah daripada mazhab Nestorian yang berkelana dari Parsi dan Mesopotamia (lebih kurang kurun ke-8 dan 9 Masehi). Bahasa yang digunakan oleh mereka adalah Syriak ataupun Aramaik Timur. Elah dan Alaha merupakan kata nama am dan kata nama khas yang digunakan untuk memanggil Tuhan yang Esa. Saudagar-saudagar Nasrani dan Yahudi daripada semenanjung Arab selatan juga menggunakan Allah sebagai kata nama am dan kata nama khas untuk memanggil Tuhan yang Esa.

Dengan berkembangnya agama Islam ke bumi Nusantara, kognat Elah, Alaha dan Allah mula meresap ke dalam bahasa Melayu dan menjadi kata nama yang normatif bagi merujuk kepada konsep Tuhan yang Esa. Oleh kerana Islam menjadi agama yang dominan di beberapa kawasan di bumi Nusantara, maka kata nama Allah yang akhirnya menjadi kata nama am dan khas untuk konsep Tuhan yang esa.

Apabila mubaligh-mubaligh (oops ... satu lagi kata nama am yang diharamkan penggunaannya oleh orang bukan-Islam) Kristian daripada Portugal mula bertapak di Melaka pada kurun ke 16, cuma satu kata nama dikira sesuai untuk membawa maksud Tuhan yang esa kerana ia telah lazim digunakan oleh masyarakat Islam dan Nasrani di bumi Nusantara. Oleh sebab itu, apabila buku-buku doa dan kitab Kristian mula diterjemahkan ke Bahasa Melayu seawal kurun ke 16, Allah digunakan untuk membawa erti Tuhan yang esa.

Kesimpulannya, penggunaan Allah oleh umat Kristian di bumi Nusantara secara amnya, dan di Tanah Melayu secara khususnya, bermula dari detik permulaan agama Kristian mula bertapak di sini, yakni kurun ke-8 Masehi dan telah digunakan oleh umat Kristian sejak turun temurun. Di dalam konteks peribadi, saya memiliki senaskah Alkitab yang diterbitkan di dalam tahun 1938 dan juga senashkah buku doa yang diterbitkan pada tahun 1915 yang menggunakan kata nama Allah.

Walaupun terdapat beberapa kumpulan-kumpulan serpihan Kristian yang tidak setuju dengan penggunaan kata nama Allah untuk merujuk kepada Tuhan dan lebih cenderung kepada penggunaan kata nama Yahweh, ini merupakan fenomena yang agak baru dan sedikit sebanyak membawa tohmahan diskriminasi anti-Islam yang tersirat.

Aspek Theologi

Seperti umat Islam, umat Kristian berpegang kepada ke-Esaan Tuhan. Yang bezanya adalah pendekatan dan pemahaman mengenai keperibadian Tuhan yang Esa ini.

Oleh itu, untuk menghadkan penggunaan kata nama Allah kepada mana-mana satu komuniti ini memberikan implikasi secara tersirat bahawa Tuhan itu bukan setakat satu. Sudah tentu ini syirik! Di dalam Al-Quran sendiri, golongan kitabiah pun tidak pernah ditegah untuk beribadat kepada Allah.

Sekatan seperti ini juga tidak mengambil kira realiti bahawa komuniti-komuniti agama yang lain seperti Sikh juga menggunakan kata nama Allah sejak dari mulanya berkembang agama tersebut.

Aspek Perundangan

Menurut undang-undang asas Malaysia, yakni Perlembagaan Persekutuan, agama Islam diberikan status sebagai agama Persekutuan dan agensi-agensi yang menggunakan dana awam (tak kira samada sumber-sumber kewangannya berasal daripada umat Islam ataupun sebaliknya) diberikan kuasa untuk mentadbir hal-ehwal dan mengembangkan agama Islam. Namun demikian, Perlembagaan yang sama juga memberikan kuasa kepada komuniti-komuniti agama yang lain untuk mentadbir hal-ehwal agama mereka sendiri dan menegah campur tangan kerajaan di dalam hal-ehwal agama bukan Islam.

Pengharaman penggunaan kata nama Allah dan beberapa kata nama yang lain oleh masyarakat bukan Islam secara langsung melibatkan campur tangan kerajaan di dalam hal-ehwal agama bukan Islam dan ini melanggar prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Aspek Sosio-Politik

Ramai juga yang berpendapat bahawa pengharaman ini merupakan satu bentuk polemik untuk melebarkan jurang persamaan diantara masyarakat Malaysia yang majmuk bagi tujuan politik jangka-pendek pihak-pihak yang tertentu tanpa menghirau implikasi jangka-panjang terhadap masa depan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

Ini juga dilihat sebagai satu cubaan untuk mengekalkan mitos paska-kolonialisme yang diwar-warkan selama ini bahawa bangsa bukan Melayu dan agama bukan Islam adalah sebahagian daripada faktor pendatang yang membelenggu kewibawaan Malaysia. Dengan membataskan pengintipatian bahasa kebangsaan di dalam amalan dan ibadat masyarakat bukan-Islam, ini akan secara langsung mengekang pembangunan silaturahim dan perpaduan diantara setiap lapisan rakyat Malaysia.

Jadi lebih kurang beginilah hujah ringkas yang sempat saya berikan setakat ini. Banyak lagi faktor dan fakta yang tidak sempat dimuatkan di dalam post ini tetapi saya berharap ini cukup untuk memberikan gambaran mengenai sebab umat Kristian dan ramai lagi di Malaysia sekarang ini tidak menerima pengharaman penggunaan kata nama Allah oleh mereka.
Last edited by bobkee on 14-1-2014 02:12 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2014 04:17 PM | Show all posts
bobkee posted on 14-1-2014 01:56 PM
Hello Shahizul,

Good question. Soalannya mudah tetapi jawapannya mungkin rumit sedikit. Namun d ...

Hi bobkee,

Penjelasan yg menarik thanks.
Jadi apa function Allah ( Tuhan Yang Esa) bagi penganut agama Kristian?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 04:29 PM | Show all posts
Boleh tolong jelaskan secara lebih teliti persoalan bro?

Kalau dari segi penterjemahan, "Allah" digunakan untuk menterjemahkan kata nama "Elohim", "YHWH" dan "Theos". Ini berdasarkan prinsip penterjemahan alkitabiah yang digunakan oleh umat Kristian yang juga menggunakan kognat "Allah" seperti Arab, Parsi, Assyria, Malta dll.

Kalau dari segi theologi ... panjang lebar ceritanya ... LOL .... tak laratlah saya nak tulis kat forum cam ni. Kalau boleh, saya carikan bahan rujukan online untuk bacaan kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 10:30 AM | Show all posts
bobkee posted on 27-12-2013 06:08 PM
Secara asasnya yang wajib adalah seperti yang ditafsirkan di dalam Pengakuan-Pengakuan Iman sejagat  ...
Walaupun ajaran Miller tidak dianggap sebagai menyeleweng (kalau ikut istilah yang dipakai Kristian, kita panggil adiaphora ataupun amalan tidak wajib) namun pengikut-pengikutnya serta waris-waris mereka yang lebih ghairah terus mengembangkan ajaran-ajaran beliau dengan pemahaman mereka tersendiri dan ada di kalangan mereka yang melangkah kearah "mewajibkan apa yang tidak diwajibkan". Antara tokoh-tokoh di kalangan ini yang agak luas pengaruhnya ialah Ellen G. White yang memulakan gerakan Church of God (Seventh Day) pada 1858.

ok. Tq atas penerangan.

Tapi apa kesalahan tulisan Ellen G. White?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2014 04:17 PM | Show all posts
bobkee posted on 25-11-2013 05:28 PM
Generally penganut-penganut agama yang berbeza yang duduk setempat usually live in peace. Tetapi sel ...

Tumpang tanya bro... Dalam kristian percaya konsep "Trinity"... Dalam agama hindu pula konsepnya "Trimurty"... Kanapa mesti "tri"??.. Ada kaitan kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 10:49 PM | Show all posts
1-Masing masing sibuk nak bukti kitab siapa yg benar. Let say kalau kitab bible itu palsu al quran juga dalam bahaya sbb banyak kisah dalam bible dan al quran juga sama.

2-Ada banyak kisah kitab kitab dalam agama samawi itu ada persamaan dengan kitab org sumeria , kitab zoroastrisma dan banyak lagi kitab kuno yg wujud beratus tahun sebelum kitab taurat.

3.Bible ada banyak version old testament dan new testament sbb hayat agama ini lebih lama dari Islam.Penganut-penganutnya sudah berevolusi dan faham apa sebenarnya tujuan beragama. Islam juga mungkin berdepan dengan senario yg sama dalam masa seratus tahun lagi, siapa tau.

4.Dari segi feqah agama YAhudi banyak persamaan dengan Islam dan dari sefi brotherhood Islam banyak persamaan dengan kristian.

5.Sesiapa tahu ade tak buku yg menceritakan ketiga tiga persaman agama ini?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
perbincangan yg menarik. mana truth8? sy lebih tertarik dgn keluhuran kepercayaan kristian truth8. cuma minat. walaupun sy tidal mempercayai konsep ketuhanan, tp sy suka membaca hujah2 kalian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 10:55 PM | Show all posts
TigerFeith posted on 21-3-2014 08:17 AM
Tumpang tanya bro... Dalam kristian percaya konsep "Trinity"... Dalam agama hindu pula konsepnya " ...

Hello,

Saya fikir Jesus tak berkaitan dengan Hinduism jika menyentuh konsep agama. Sepanjang saya dengar, penetapan doktrin Trinity orang Kristian berlaku di Alexandria di Egypt. Saya non-Christian, jadi tidak mahu komen lanjut.

Konsep Trimurti (3 Roh) dalam Hinduism boleh dirujuk di Maitrayaniya Upanishad cawangan Krishna Yajurveda. Terdapat 108 golongan Upanishad mengikut jenis Veda serta mazhab. Ia lebih menyentuh mengenai fungsi alam semesta yang terbit dari Tuhan Maha Agung dengan perlambangan tokoh. Bila sebut mengenai Brahma, Vishnu atau Shiva bagi Hindus, bukannya merujuk satu tokoh tertentu tetapi boleh merujuk berjuta2 tokoh seperti bintang di angkasa lepas... Ini yang ringkas dan minta mahaf kepada Christians saya bukan promote other religions here.

Regards,

Vikram
Last edited by vikramavardhana on 21-5-2014 03:15 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.365322 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list