CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21105|Reply: 138

Yuna sentap bila disalahkan nyanyi sumbang lagu Dwihati

[Copy link]
Post time 15-12-2013 02:15 PM | Show all posts |Read mode
dr tadi dok tgk yuna dok tweet2 x puas hati..pasal apa eh? psl semifinal Muzik-Muzik hr tu ke??

Last edited by bayieng on 15-12-2013 02:25 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2013 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
"was brought up again"... Maybe pasal muzik2 lettew... Aizat pun involve dlm issue ni!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Citet ape yg kuar kt paper yg buat yuna hangen nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 02:21 PM | Show all posts
esok lusa tau lah nape dia x puas hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2013 02:21 PM | Show all posts
ohh psl artikel ni ke???

http://www.hmetro.com.my/articles/TegaspilihlaguAJL28/MA/Article

Tegas pilih lagu AJL28


Walaupun pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik sudah lama berakhir, ramai penggiat industri muzik tempatan memperkatakan lagu terpilih dan gagal ke Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang bakal berlangsung 29 Januari depan.

Kita seperti biasa cuba mendapatkan jawapan mengenai soalan yang timbul dalam perbincangan bersama penggiat muzik tempatan, terutama apabila ada yang hairan bagaimana lagu duet Yuna dan Aizat, Dwihati tersingkir.

Kita juga dengar cerita yang Yuna meminta cuti lebih awal daripada pihak pengurusan syarikat rakamannya di Amerika bagi menjayakan AJL28.

Dia tidak mahu sejarah berulang seperti mana lagunya Terukir Di Bintang menjadi kontroversi kerana harus mencari penyanyi pengganti.

Mujur Aizat menggantikannya dan tuah menyebelahi mereka apabila muncul juara.

Kebetulan baru-baru ini kita terserempak dengan ketua juri Separuh Akhir Muzik-Muzik, Datuk Ramli MS.

Memang selalunya kita akan menjadikan Ramli sebagai rujukan membabitkan apa saja keputusan pertandingan muzik di peringkat nasional.

Ramai memberi pandangan lagu Dwihati tidak seharusnya tersingkir.

Menerusi sumber dalaman TV3, sewaktu penjurian awal, lagu Aizat dan Yuna itu menerima markah tinggi daripada semua juri tapi apabila keputusan akhir dibuat, apa yang berlaku sebaliknya.

Memang tidak dinafikan pada malam pertandingan kedua-dua artis popular ini menghadapi masalah teknikal, apatah lagi monitor yang ada di depan tidak kedengaran.


Ia menyebabkan paduan vokal mereka tidak setara dan ada bahagian di mana suara mereka kedengaran sumbang.

Kalau pun nyanyian mereka sumbang, setahu kita di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik, penilaian untuk malam persembahan hanya 20 peratus, selebihnya markah dibuat awal menerusi penjurian lagu.

Kata Ramli, dia harus bertegas mengenai pemilihan lagu.


Markah tidak lagi memainkan peranan jika persembahan dilakukan ‘cacat’ di mata penonton.

Apa yang berlaku, katanya, kesilapan bukan kecil dan ia membabitkan vokal penyanyi itu sendiri.

Tegas Ramli, memang ada berlaku masalah teknikal dan ia turut diakui TV3 tetapi jelasnya, sebagai penyanyi, apatah lagi sudah ada pengalaman dan bertaraf antarabangsa, Yuna seharusnya tahu apa harus dilakukan.

Bagi penyanyi pula, vokal tidak ada masalah untuk dialunkan sekali pun tanpa instrumen muzik.

Inikan pula andai ada sedikit masalah teknikal.

Mendengar penjelasan Ramli, baru kita faham kedudukan sebenar.

Mengenali beliau yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam industri muzik tempatan dan Asia serta sering menjadi ketua juri pertandingan membabitkan industri muzik, ternyata dia tegas dan tidak berkompromi dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Ramli sempat melepaskan rasa marahnya apabila ada rakan media datang bertanya dan mengaitkan pemilihan lagu Alyah, Kisah Hati dengan dirinya.

Apatah lagi kedudukannya sebagai ketua juri.

Kata Ramli, pemilihan Alyah tiada kena mengena dengan dirinya.

Walaupun dia ketua juri, pemilihan dibuat secara sebulat suara.

Selain dirinya, lima lagi juri bertanggungjawab menilai semua lagu dipertandingkan sepanjang tiga minggu itu.

Kalau dia seorang saja yang memilih dan lima lagi menolak pun tidak boleh jadi juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2013 02:22 PM | Show all posts
bung Ramli salahkan yuna semata2 ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2013 02:33 PM | Show all posts
Aku ingat telinga aku je yg dgr lagu ni masa separuh akhir dulu sumbang...rupanya memang betulah lagu tu tak best masa separuh akhir....... Muka Aizat cam x happy je masa menyanyi......

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bengang ngan ramli ms la nih ye?
Ramli salahkan yuna, as pro singer  x patut nyanyi sumbang walopun ade teknikal probs
Yuna lak salahkan musicians, key lari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2013 02:53 PM | Show all posts
Camno muzik boleh kacau bilau?
Ramli ni pon satu lah
Tegas x bertempat
Adakah kalau 1 lagu tu bagus gila
Dan dinyanyikan oleh penyanyi yg sgt bagus
Tp kebetulan masa nyanyi semi ada sedikit teknikal problem...
Terus x dpt masuk?
Abes tu x payahlah letak 20% utk persembahan
Letak 90%
Kiranya kalau sepanjang 50 tahun tu retis tu nyanyi tahap holiwud... tp 1 kali masa semi jer teknikal problem
Terus fail gitu
Euwww
Yes peraturan is peraturan
Tp ia sbg pnduan jer
Undang2 quran pon ada kelonggaran dlm bab2 trtentu
Ini pulak garis panduan muzik2
Kita ni human
Ada budi bicara
Bukannya robot
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 02:55 PM | Show all posts
Bila final AJL? Saya dah ketinggalan bas jauhnya dah beribu2 km. Tolong update saya boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 02:59 PM | Show all posts
why was the key wrong n kept changing in the first place?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2013 03:22 PM | Show all posts
aizat punya explanation plak.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2013 03:27 PM | Show all posts
sambungan tweet yuna




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 03:32 PM | Show all posts
lagu kisah hati katenyeerrr

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 04:10 PM | Show all posts
Lagu kau yg terindah khennn
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka lagu ni... Sedap.. Sayang xmasuk final. Slalu lagu yuna aku xberkenan sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2013 04:31 PM | Show all posts
suka lagu ni......
Hairan....lagu yuna selalu ada kontrobesi....hmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ramli ms dah sah sah nak menangkan si alyah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tp aku perasan yuna kalau tak dtg mana2 ptndgn dia mesti menang tp kalau dia ada mesti kalah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2013 05:36 PM | Show all posts
propaganda...nnti dah menang pengacara pun ckp.."lagu yg telah menimbulkan kontroversi"..padahal masalah live performance..boring ah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.081824 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list