CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata III

  [Copy link]
Post time 25-7-2019 07:24 PM | Show all posts
diri ini,
mampu ada dan bertahan
hanya kerana Mu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2019 09:06 PM | Show all posts
SIAPA YANG JAGA HATIMU?

Dalam jerih memikul amanah di bahu
tatkala sendu menerjah bertamu
pabila ada tingkah menyembilu
saat gurisan rasa menyesak kalbu
cikgu, siapa yang jaga hatimu?

Yang mereka tahu engkau ukir senyum bermadu
yang mereka tahu engkau pamer wajah ceria selalu
yang mereka tahu engkau tiada duka waktu ke waktu
cikgu, siapa yang jaga hatimu?

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2019 08:30 PM | Show all posts
Rangkap Pertama | Akhir

Pada rangkap pertama
setiap satunya mencuba dan mencuba
melukis rona tiada jelaga
dalam gurisan pancaroba
usaha pasrah doa...

Pada rangkap akhir
setiap satunya mengharap takdir
tersingkap segala tabir
diperlihat yang dikelir
penamatnya biar di atas sungai mengalir...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2019 08:31 PM | Show all posts
Bangsa Pendatang

Bangsa pendatang
Angkuh bertindak sumbang
Nekad menunjuk belang
Gagal bersikap adik abang
Sesuatu yang amat malang
Anggota keselamatan diserang

Perlukah lagi bersikap tenang
Era berlembut makin diganyang
Nasib rakyat kian dikubang
Dek rakusnya bangsa pendatang
Agenda menunjuk kuasa dijulang
Terlupa diri di tanah seberang
Ada adat ada pantang larang
Nasib sendiri diperdagang
Golongan harus dihalang, ditentang, dipedang...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2020 05:15 PM | Show all posts
Pabila diminta berundur

i ...perlu mula mengukur
telajak perahu katanya boleh mengundur
telajak tindak boleh tersungkur...

ii ...lena tidak lagi bermelodi dengkur
minda berputar mencari susur
berbuat baik masih membahang lecur

iii ...di matanya semuanya kabur
sudah nasi menjadi bubur
apa pun disembah terpalit lumpur

iv ... balik ke perdu akur
bahawa kamu bidak catur
ditolak ke medan tempur
jadi korban mainan luhur.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2020 07:26 PM | Show all posts
دودوق جاڠن لاري

دودوق جاڠن لاري
اوسه ڤرنه سريق ممهمي
ددوك چابرن منرجه برتوبي
اوسير ككالوتن يڠ مليڠكاري
كتنڠن سونتيكن ك دالم ديري

جابت تاڠن هولور ڤكرتي
اكور ڤربيذأن سريڠ مورناءي
نوكيل كسامءن د بنق اكسي
ڬيميلڠ ملاكر چاڤاي ۏيسي
امڤوه د تندو منجولڠ ڤريستاسي
نيلاي كمنجادين ترتابير مڽيناري

لنتونن منجينق ايموسي
عالم ڤستي ڤاليڠ مڠرتي
رحمة تركلام دجنجي
الهي مها ڤمبري.

چنم
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-1-2020 09:18 PM | Show all posts
لاوت كاسيه 415

...تيڬ ساتو|ساتو
كاسيه ايڠتكه كامو؟
ترهيتوڠ سوده 324 ڤورنام
كاسيه كيت ترڤاترا اتس نام چينتا
ترسيمڤول دڠن لفظ سوچي برسقسي
تاريخ يڠ تق لكڠ دري بنق ميموري
مودهن ترتقدير كيت ك فردوسا
دالن رستو دان ردا الهي.

چنم
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2020 08:22 PM | Show all posts
Tukar|Bertukar|Menukar

Tukar andai tersasar
kembali ke dasar
pulihkan yang mencalar

Bertukar dari pucuk ke akar
dek iklim yang membakar
kesatuan kian mencabar
sukar yang di atas melakar

Menukar yang menyelumbar
mungkin tenang ruang gelegar
mungkin jua mengundang pelakar
sabar pasang telinga dengar
apa sebenar?

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2020 06:56 PM | Show all posts
Mencari 112

Siapa dia?
Memiliki angka satu satu dua
YDPA dah bersua muka
Parlimen dipanggil berjumpa
MP mengundi dua hari bulan tiga
harap ada keputusan tertera
tak perlu pilihanraya
jimat belanja, masa & tenaga
negara kembali ada bapa
pacu gapai wawasan kemakmuran bersama.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2020 10:49 AM | Show all posts
وانيتا ملايو

وانيتا ملايو ايت;
يڠ مڽوسون بايت كاتڽ
يڠ مڠاتور تمڤوه لڠكهڽ
يڠ منجاڬ سوڤن لڠڬوكڽ
يڠ تيڠڬي بودي ڤكرتيڽ.

وانيتا ملايو ايت، ...اڠكاوكه؟
يڠ ڤوڽا سماڠت واج
يڠ ڤوڽا داي جواڠ ڤركاس
يڠ ڤوڽا سوڤن توتور كات
يڠ ڤوڽا ادب ترتيب بيچارا.

وانيتا ملايو ايت،...اڠكاوكه؟
يڠ منجاڬ مرواه كلوارڬ
يڠ منجاڬ واريثن بڠسا
يڠ مندوكوڠ واوسن نڬارا
يڠ منڬق شريعة يڠ اسا.

اڠكاوكه؟

چنم
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2020 10:12 AM | Show all posts
Tepuk Dada Tanya Rasa

...mereka masih di luar sana
entah di ceruk mana
menanti yang alpa
menyelinap ke dada
bermutasi jadi perkasa
membunuh tanpa rasa
menyentap air mata

... sabar walau rasa terpenjara
musuh tak terlihat dek mata
licik menerobos mangsa ke mangsa
walau kelihatan makin reda
namun teruskan waspada
usah jadikan perjuangan sia-sia
ekonomi menyesak jantung negara
namun nyawa tiada galang gantinya

...tepuk dada tanya rasa
mahu bebas menempuh bahaya
atau duduk istiqomah memanjat doa
mudahan lenyap musuh di serata dunia...

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2020 04:08 PM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 72

Kak
hanya dia
saudara kandungmu

jaga dia
izinkan dia menumpang kasih
mudahan tiada rintih

takdir kita berbeza
namun biar bawa ke syurga...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2020 08:07 PM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 73

...dia mungkin tidak petah berbicara
tindak melakar rasa sukma
kasihnya tertumpah pada kekanda
begitu cepat berlalu masa
dewasa sudah waris ayah bonda
suburkan tautan kasih anakanda
biar rimbun menghijau berputik rasa cinta

walau takdir kita berbeza
berpimpin tangan kamu ke syurga...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2020 11:02 AM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 74

...lembut lidah berbicara
tindak lemah gemalai gaya
mengasuh anak buahnya
walau dia anak istimewa
punya hati yang menenang jiwa

takdir kita berbeza
yang terbaik tentu dariNya
walau diuji kutempuh dengan tabah
syukur atas anugerah terindah...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2020 12:45 PM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 75

...diuji
bukan sedikit air mata tertumpah
dek berkali ke dewan bedah
merawat jantung dan barah
hanya doa mampu ibu abah persembah
syukur kepada Allah
masih memberi pinjam kamu sihat sudah

...mari benam memori gundah
takdir kita berbeza terlakar payah
kesabaran hadirkan kemanisan terindah
moga tiada lagi keperitan menyinggah...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2020 11:08 AM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 76

...senyumlah nak
telah dikau rempuhi ranjau onak
keceriaan nikmati selayak
kamu berhak

...anak-anak senasibmu
satu persatu
dijemput pulang Pencipta
seawal usia
undang deraian air mata

...kini
dengan izin Ilahi
milikmu kesembuhan hakiki
moga kekal abadi
tiada lagi keperitan menyusuli...

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2020 11:18 AM | Show all posts
Takdir Kita Berbeza 77

...kasihnya saudara
terzahir dari sukma
pelihara hingga ke akhirnya

jaga dia
seperti mana ayah bonda
limpahkan kasih sayang seadanya

takdir kita berbeza
namun biar diredaNya
kekal abadi ke Jannatulmakwa.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2020 08:52 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 19-6-2020 09:03 PM

Kata Sasterawan | Kataku
...katanya Kemala
jangan berduka Malaysiaku!
...banyak sudah tumpah air mata
membasahi bumbung titiwangsa
sungainya mengalir sendu
mengenang tingkah
bangsa tanah melayu
pecah belah enggan berpadu
demi kuasa di puncak tandu
ah! persetankan hal politik
ya, politik tak pernah menyatu!

badai wabak covid menyeligi
panglima perang tegak berdiri
menghunus tajam pedang strategi
rakyat patuh bersatu memerangi
beransur covid melangkah pergi
mudahan perginya tak kembali
dan nantikan kelibat sang pelangi
mengukir ulas senyuman di langit Malaysiaku!
CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2022 08:05 PM | Show all posts
Laut Kasih 415


...tiga satu|satu
kasih ingatkah kamu?
Terhitung sudah 324 purnama
kasih kita terpateri atas nama cinta
tersimpul dengan lafaz suci bersaksi
tarikh yang tak lekang dari benak memori
mudahan tertakdir kita ke firdausi
dalan restu dan reda Ilahi.

CNM, 30/1/2020
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2022 08:18 PM | Show all posts
Ingat dia...

Saat dikau masih dibuai mimpi
dengan hati penuh reda
dia terbongkok-bongkok ke tempat kerja
berbahasa kerbau di sawah
menjajat umbi pohon-pohon getah
menebar jala usang
demi secubit rezeki
buat kamu.

Saat dikau kelusuhan pakaian
dengan sebak dada
dia membelikan kain baru
sedang baju sendiri compang camping
kamu didahulukan
demi melihat kamu girang
seperti anak-anak kebanyakan
tak kenal keperitan.

Saat dikau perlu pertolongan
dengan rasa kegusaran
dia mengangkat tangan
memohon doa kepada tuhan
lindungi anak-anak dari kesusahan
kurniakan kesejahteraan
walau diri sendiri menelan kepahitan
tabahnya tiada tandingan.

Dia
bapamu
ingat...nak, ingat
jangan jadi anak lupa daratan.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.093019 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list