CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata III

  [Copy link]
 Author| Post time 8-6-2014 07:39 AM | Show all posts


Kota Cinta

Tak terjangka
kaki ini jejak kota cinta
pelbagai rona
pelbagai rupa
rentas budaya
di kaki menara.

CNM, 8 Jun 2014, Amarante Champs Elyse'es.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2014 03:48 PM | Show all posts


Kota Paris

Katanya kota romantis
ruang mencipta kenangan manis.

Jenama terlaris
ke sejarah Perancis
menarik orang berbaris.

Aku mencatat dan menulis
ada lebih ada kurangnya kota metropolis
manusia pelbagai lapis
adat sopan tak kurang yang menghiris.

CNM, 8/6/14, Amarante Champs Elyse'es.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2014 08:55 PM | Show all posts


Laut Kasih 343

Di kota cinta
kasih kian menyala
biar gemerlap hingga syurga.

Cinta teguh antara
satu hati satu jiwa
anugerah paling berharga
moga ditakdirkan syurga.

CNM, 10 Jun 2014, BBB.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 01:47 PM | Show all posts
Laut Kasih 344

Kasih
cintamu yang berlimpahan
akan kuabadikan
menjadi tunjang kesetiaan
sepanjang zaman.

Kasih
cinta ini milikmu
moga berbahagia hatimu
andai terpisah kita oleh waktu
kenangi daku dalam doa-doamu.

CNM, 11 Jun 2014

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 06:37 PM | Show all posts


Kenyang

Sepurnama ini
apa pun angin menyapa
pandangan tertancap
senyuman terukir
pada lincah kelibat
kaki-kaki beraksi
pada pentas piala dunia.

Kenyang kaki bola.

CNM, 11/6/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 11:25 PM | Show all posts
Pasal Bola

i
Orang duduk kedai kopi
cerita begitu begini
boleh lupa bini.
ii
Orang cakap tak henti
pasukan menang penalti
dapat piala dihajati.

iii
Orang bergaduh laki bini
rebut alat kawalan TV
kerana perlawanan diminati.

iv
Orang ditembak mati
kerana gol dibolosi
manusia hilang peri.

v
Orang kalah judi
pertaruhan jutaan rupee
malang masih tak sedar diri.

vi
Orang tak puas hati
pengadil tak bagi penalti
pemain dilayang kad lagi.

vii
Orang boleh mati
diserang sakit jantung darah tinggi
pasukan tewas walau mendahului.

viii
Orang saling membenci
kerana pasukan disanjungi
tiada semangat sukan di hati.

ix
Orang mencaci maki
keputusan tak menyebelahi
kalah berkali-kali.

x
Orang tersenyum sendiri
lihat gelagat peminat beraksi
adakala sedih berhari-hari.

CNM, 11 Jun 2014.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-6-2014 05:12 PM | Show all posts
Pasal Bola II

i
Kaki judi
mengharap pasukan menjadi
menang besar boleh joli.

ii
Kaki sorak
bertempik berteriak
sokongan padu tak berganjak.

iii
Kaki niaga
jual cendera mata
cari pendapatan buat keluarga.

iv
Kaki kutuk
tunggu masa menusuk
kelemahan lawan dirujuk.

v
Kaki tidur
tak kesah janji berdengkur
siaran ulangan pasti menghibur.

vi
Kaki bola
ramai menonton sama-sama
bertaruh siapa yang kena.

vii
Kaki meramal
macam-macam perihal
kalau salah buat muka tebal.

viii
Kaki kritik
emosi tak boleh dijentik
salah cakap darah naik.

ix
Kaki 'pukul'
cari sudut unggul
harap gambar cantik dirangkul.

x
Kaki stadium
bersesak memanas stadium
sokongan tak pernah merudum.

CNM, 12/6/14.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2014 06:51 PM | Show all posts
Melerai

Bila melerai
bercerai-berai
kira selesai
tutup tirai
jangan dedah walau sehelai.

Setelah menyelesai
kenapa dihurai?
itu bukan damai
itu membarai
kisah yang tak sesuai.

CNM, 12/6/14
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2014 07:01 PM | Show all posts
Sentiasa Ada

Seteruk mana tingkah
ke lubuk mana pun memukat dosa
ke kubang mana melacur maruah
jejak pulang masih ada
terbuka.

Toleh!
Tolehlah ke belakang
andai haluan tanpa tujuan
lebih baik kembali dengan sesalan
dari terus hanyut dalam kepalsuan.

Kunci tergantung di pintu hatimu.

CNM, 12/6/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2014 10:01 PM | Show all posts
Laut Kasih 345

Kasih
dikau menjelma
menghembuskan bayu laut kasihmu
yang membelai pipi jiwaku
lena daku dalam rangkulan cintamu.

Kasih
dikau tiba
membawa wangian asmara laut kasihmu
yang memabukkan seluruh jiwaku
lemas daku dalam ghairah cintamu.

Kasih
kasihku tertumpah pada kolam hatimu.

CNM, 12/6/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 05:40 AM | Show all posts
Pasal Bola III

i
Pelancongan berganda
jana ekonomi negara
rakyat dapat faedahnya.

ii.
Stadium dinaik taraf
ikut ketetapan diiktiraf
FIFA yang menaraf.

iii
Pemain jadi ternama
aksi hebat bersama bola
menjaring senjata utama.

iv
Pemain popular serata dunia
ditawar jadi model iklan pelbagai jenama
menambah pendapatan empunya nama.

v
Jurulatih jadi tumpuan
apa taktikal digunakan
dalam mengejar kejuaraan.

vi
Pengadil pembuat keputusan
kurangkan kontroversi itu harapan
peminat tak terkilan.

vii
Teknologi memberi bantuan
mengesan jaringan
pun juga licik membuat kekasaran.

viii
Bola baru dicipta
ringan bermutu tahan lama
bantu pemain mengawal sempurna.

ix
Satu acara tumpuan dunia
menyaksi sejarah dicipta
kehebatan menjaring diperaga.

x
Piala dunia
ditunggu semua
empat tahun tak lama.

CNM, 13/6/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 03:31 PM | Show all posts


Gagal Melafazkan

Duhai insan
baik lelaki mahu pun perempuan
jangan mainkan perasaan
satu nyawa boleh diselamatkan
andai jujur melafazkan
tiada keserasian
tiada keinginan
sebelum ikatan dirancang.

Tragiknya sebuah perancangan
nyawa jadi bukti kesungguhan.

CNM, 13/6/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 09:38 PM | Show all posts
Kerana Aku Seorang Lelaki

Kalau begitu aku angkat kaki
akan aku pergi tak kembali
tak ingin aku menyakiti
walau hati ini bagai besi
aku tetap ada peri.

Cukup sampai di sini
aku lelaki
ya lelaki yang ada akal budi
tak tergamak melukai
seorang wanita sepertimu yang terlalu suci.

Pergiku jangan dicari
pergiku jangan ditangisi
pergiku jangan dinanti
kerana sekali hati ini melangkah pergi
tiada tolehan lagi.

Akan kukuburkan kenangan ini
biar jadi sejarah yang menyaksi
pergiku untuk merawat hati
hati yang telah tertusuk duri
duri yang kaucacakkan ke dalam janji.

Benarlah menyayangi tak semesti memiliki
biarlah cerita ini tamatnya begini
luka yang berdarah akan kubaluti
biar ia berparut menjadi tanda tragedi
sebuah kisah yang mengecaikan sekeping hati.

Aku lelaki
yang tahu diri
yang sedar diri tak dihargai
kehadiran bagai melukut sepi
hanya titik hitam kaucari.

Terima kasih dewi
kekhilafanku penyeri harimu
kelemahanku penyubur egomu
kuundur diri
mencari yang lebih memahami.

CNM, 13/6/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2014 08:13 PM | Show all posts
Pasal Bola IV

Perlawanan awal dapat aku katakan, pasukan yang bersedia mental fizikal lebih menyerlah dengan kesungguhan pemain. Pasukan Brazil kelihatannya cukup baik mengawal permainan dengan hataran dan percubaan tepat ke pintu gawang lawan. Memang mereka layak menang.

Pasukan Mexico juga lebih baik keseluruhannya berbanding Cameroon yang kelihatan lebih banyak bermain secara negatif dan pergerakkan yang agak perlahan ke arah pintu gol lawan. Samuel Eto'o dan rakan sepasukan perlu lebih agresif jika inginkan kemenangan dalam perlawanan kedua.

Pasukan Sepanyol pada aku terserlah kelemahan di bahagian pertahanan. Di mana Carlos Puyol yang poyo itu?. Halangan kepada kemaraan pemain Belanda sangat longgar. Beberapa kesilapan penjaga gol utama juga menyumbang kepada kekalahan yang memalukan. Rasanya perlu diberi peluang kepada penjaga gol kedua beraksi. Tahniah kepada pasukan Belanda yang seakan melepaskan geram dalam misi membalas dendam aksi final 2010.

Pasukan Chile dan Australia agak seimbang. Pada aku pertahanan skuad Kanggaro perlu diperkuatkan. Apa pun tahniah buat pasukan Chile.

CNM 14/6/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2014 11:48 AM | Show all posts
Pasal Bola V

England mempunya liga profesional yang hebat dengan jutaan penonton setiap minggu. Sayang, kehebatan liga belum mampu diterjemahkan dalam kejohanan piala dunia. Tahniah buat pasukan Itali dalam misi memburu kejuaraan piala dunia kali ini.

Jepun menunjukkan peningkatan mendadak dalam beberapa kejohanan piala dunia terakhir. Begitu juga dengan pasukan-pasukan dari Afrika yang mula mampu menyaingi pasukan Eropah dan Amerika Selatan. Tahniah Ivory Coast memiliki pemain yang mempunyai skil dan pengalaman seperti Drogba yang menjadi senjata pemusnah.

Juga tahniah kepada pasukan Colombia yang berjaya memanfaatkan peluang yang diperolehi untuk menjaring. Pada saya satu perlawanan yang menarik dan Greece perlu bermain dengan lebih kemas pada perlawanan kedua.

Tahniah juga buat pasukan Costa Rica teruskan kesungguhan pasukan anda. Buat Uruguay perlu kerja lebih gigih.

CNM, 15/6/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2014 12:28 PM | Show all posts
Menulis

Aku menulis engkau pun menulis. Menulis tentang apa saja yang terilham dek akal dengan izin-Nya. Dari suku kata ke beberapa perkataan yang membentuk ayat-ayat bermakna dan semestinya mempunyai nilai tersendiri. Sama ada tersurat atau tersirat tentu ada mesej yang cuba disampaikan. Bila keputusan menulis diambil biarlah tulis itu bererti bukan hanya untuk diri sendiri malah ruang lingkupnya meliputi pembaca yang mengikuti penulisan itu.

Perkongsian dalam bentuk penulisan sering kali menimbulkan pelbagai andaian dan tanggapan yang berbeza dari maksud sebenar penulis. Kita tidak mampu menghalang pembaca membuat taksirannya, namun jika tafsiran selari dengan maksud penulis ia membawa maksud mesej yang cuba disampaikan penulis dengan jayaannya diterima pembaca.

Kekreatifan menulis dengan pelbagai unsur gaya bahasa puitis menunjukkan bakat dan kebolehan penulis, namun kejelasan maksud tidak harus diketepikan. Apalah makna sebuah penulisan andai kebolehsampaian maknanya sangat sukar dicernakan?

Berlenggang-lenggoklah dengan tarian bahasa biar rentaknya menunjukkan ketinggian mutu seni kreatif dalam menyampaikan makna.

Selamat berkarya sahabat THMK.

CNM, 15/6/14 Last edited by Goldkey on 15-6-2014 12:29 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2014 10:25 PM | Show all posts
Pasal Bola VI

~Messi, Neymar, Benzema, Ronaldo, Balotelli, Van Persie menjaring aku tak pelik, kalau Cassilas/Buffon menjaring memang hebat~

CNM, 16/6/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 10:25 PM | Show all posts
Pasal Bola VII

Germany dan Portugal di atas kertas kekuatannya boleh dikata seimbang. Portugal memiliki C. Ronaldo penyerang licik yang khabarnya 100% cergas untuk beraksi. Jika tidak dibendung rapi kemaraannya Germany boleh berputih mata. Larian-larian mengelirukan perlu dihalang sebaik mungkin.

Germany pula mempunyai pemain midfield dengan kawalan kemas seperti Schweinsteiger dan Mesut Ozil yang mampu merancang membolosi benteng akhir Portugal. Pada aku pasukan yang melakukan kesilapan akan menerima padah dan menjadi mangsa kekalahan dalam perlawanan sulong mereka.

CNM, 16/6/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2014 04:39 PM | Show all posts
Duhai Pemerintah

Dengarkan keluh kesah
hati rakyat yang dalam gundah
usah putarkan madah berhelah
ketirisan audit telah dedah
haruslah diagnosis dan bedah.

Rakyat kian lelah
hidangan khidmatmu tak menyerlah
sana sini retak menanti belah
cegah sebelum parah
jangan biar nanah menjadi barah.

Atap bocor memusnah
rintik keraguan membasah
bahang kepalsuan memamah
perpaduan sedikit demi sedikit dijarah
lantaian politikmu kian reput merekah.

Andai kamu melatah
akar tunjangmu boleh patah
perjuanganmu boleh hilang getah
belum terlambat berpatah
dari terus di jalan salah.

CNM, 18/6/14. Last edited by Goldkey on 18-6-2014 04:47 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2014 10:11 PM | Show all posts


Sanggup Memperlakukan!

Di mana peri kemanusiaan?

Ya Allah ya tuhan
tergamak insan memperlakukan anak sedemikian
jauhkan kami dari kemurkaan.

Tak tergambar akan perasaan
marah benci kesal dengan manusia tiada akal fikiran
anak itu anugerah takdir pengujian
semoga kamu terbela daripada ibu yang hilang pedoman.

CNM, 21/6/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.306295 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list