CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2932|Reply: 16

[Jenayah] Pensyarah dipenjara sehari: Minta RASUAH naikkan markah pelajar

[Copy link]
Post time 4-1-2014 10:51 AM | Show all posts |Read mode


Chee Wai dibawa keluar dari Mahkamah Khas Rasuah di Ipoh, semalam.


Mengaku terima suapan RM690 daripada dua pelajar

Ipoh: Seorang pensyarah Institut Teknologi Perak (ITP) di sini, dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan menerima wang suapan RM690 daripada dua penuntutnya, tiga tahun lalu.

Pensyarah di Jabatan Matematik dan Statistik ITP, Wong Chee Wai, 42, dari Taman Indah Jaya di sini, menukar pengakuan kepada bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah pada prosiding sebutan kesnya, semalam.


Pada 31 Oktober lalu, dia mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu dan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda jumlah suapan, mana yang lebih tinggi.

Tertuduh yang turut mendapat rawatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan
kerana mengalami gangguan perasaan sejak kes itu dibicarakan, didapati bersalah menerima suapan RM690 daripada dua pelajarnya sebagai syarat untuk menaikkan markah penilaian peratusan mata pelajaran (carry mark) bagi mata pelajaran Matematik dan Statistik.


Minta suapan RM140

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa meminta suapan RM140 daripada Nor Azmira Nor Mohamad bagi menaikkan markah penilaian untuk kertas DDS 2042 subjek Matematik IV, di Perpustakaan ITP, Bangunan Greentown Square di sini, pada jam 4.15 petang, 14 September 2011.
Susulan itu, tertuduh bersetuju menerima suapan RM140 daripada individu sama dan bagi tujuan sama di hadapan kelas CR410, Blok E ITP, pada jam 3 petang, 12 Oktober 2011.

Chee Wai juga menghadapi pertuduhan meminta dan menerima wang RM250 daripada Muhamad Faezrul Udaman bagi menaikkan markah penilaian subjek Statistik di pekarangan ruang tangga antara Blok C dan Blok D bangunan ITP, pada jam 4 petang, 10 Oktober 2011.

Tertuduh turut meminta suapan RM300 daripada Muhamad Faezrul bagi tujuan menaikkan markah penilaian subjek Matematik III, pada jam 10.30 pagi, 3 Februari 2012 di bilik CR410 Tingkat 3A, bangunan sama, dan didakwa menerima wang itu pada jam 2 petang, 8 Februari 2012 di pekarangan ruang tangga Blok C dan Blok D, bangunan itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A Hafiizh Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam M Kathan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pensyarahdipenjarasehari/Article/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2014 10:54 AM | Show all posts
oh!!! ingatkan salah pelajar tu nak naikkan markah, bodek2 pensyarah

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 11:18 AM | Show all posts
Terus pensyarah tuh jadi meroyan bila kena bicara, hebat betul !!

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 11:20 AM | Show all posts
ya rabbi .... gilerlah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 11:22 AM | Show all posts
spek itam dia mcm spek yg nk btulkan rabun tu jer? haha yg ade lubang2 tu

anyway harap dpt tangkap byk lg org mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 11:34 AM | Show all posts
ape laaa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2014 11:50 AM | Show all posts
Kenapa Pensyarah je yang kena denda? pelajar yg bagi rasuah tu tak kena ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 11:58 AM | Show all posts
Gila akhirnya!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2014 11:59 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 4-1-2014 10:54 AM
oh!!! ingatkan salah pelajar tu nak naikkan markah, bodek2 pensyarah

Maybe sebab apek pensyarah tu tak handsome.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 12:01 PM | Show all posts
minta rasuah bukan minta sex ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 12:06 PM | Show all posts
ak carry mark rendah pun risau gak, pastu mula la kira bape mrkah final harus dpt utk dpt C, janji lulus..time exam dh kira2 dh soklan ni leh dpt bape mrkah, yg x best kdg2 klu soklan pilihan satu part tu bhgn A die rs leh jwb, B x..satu part B leh jwb A x..kenapa soklan yg ak rase leh jwb x digabungkan dlm satu part aje
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 04:03 PM | Show all posts
itu yang mintak dak kono duit ..ado mintak tidur sekali ...tak kono cekup
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga pesyarah yg ajak xxxx
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat malu je jadi pensyarah mcm ni. Setakat rm140 je pun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 05:34 PM | Show all posts
mat rempit mmg patut dipenjara
makan rasuah dan salah guna kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit nya mintak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2014 05:39 PM | Show all posts
adelah pasni alasan pensyarah mintak naik gaji. sbb gaji tak cukup tu yg mintak rasuah tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.145525 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list