CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37807|Reply: 234

Marion Counter Jawab Gosip Ke Set Lokasi Dengan Jet Peribadi

   Close [Copy link]
Post time 29-1-2014 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest


Kredit foto Faisol Mustafa.

Bergelar pengacara selebriti bertaraf antarabangsa, Marion Counter cukup bertuah apabila dia bukan saja mampu hidup mewah bahkan seringkali mendapat layanan istimewa daripada pihak produksi. Ini berikutan timbul khabar angin mengatakan wanita jelita ini kerap diterbangkan dengan jet peribadi ke set lokasi penggambaran.

"Hanya sekali-sekala. Tapi saya tak terlalu memikirkan tentang semua itu. Apa yang penting ialah saya sentiasa inginkan kesihatan yang baik, keluarga dan anak-anak saya sihat dan kami hidup gembira. Pada saya kemewahan itu adalah bonus.

"Ya, saya dianggap bertuah tapi saya juga lalui banyak perkara getir dalam hidup saya. Ayah saya meninggal dunia di ketika usia saya masih muda, adakah saya dikira bertuah? Setiap orang melalui suka duka hidup mereka sendiri. Dan Alhamdulillah... saya bersyukur dengan apa yang saya perolehi hari ini", kata hos prorgam E! News Asia ini kepada pihak media ketika temui di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, semalam.

Marion atau nama sebenarnya Marion Rose Counter Abdullah, 33, berkata demikian tatkala diminta mengulas desas desus dia dikatakan sering mendapat layanan istimewa semasa bertugas juga perasaannya menjalani hidup dalam serba kemewahan.


Kredit foto Faisol Mustafa.

Dalam pada itu Marion mengakui sebagai seorang selebriti gerak gerinya sering menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi di zaman sekarang, laman sosial menjadi penghubung utama antara artis dan peminat. Sama seperti kebanyakan artis yang suka berkongsi apa saja aktiviti mereka menerusi Instagram, Marion juga tidak terkecuali.

Ironinya setiap kali dia memuatnaik gambar di laman sosial instagramnya, ada saja komen dari peminat samada komen positif mahupun negatif.

Bagi ibu dua cahaya mata ini, dia tidak kisah dengan segala kritikan yang dilemparkan teradap dirinya. Namun dia tidak boleh terima jika anak-anaknya juga turut menjadi bahan kritikan.

"Memang, ada juga yang memeri komen yang kejam dan menyakitkan hati. Tapi oleh kerana saya pilih untuk tidak privasikan Instagram saya, jadi saya sedia menerima apa saja kritikan baik postif atau negatif. Kalau saya tak boleh terima, saya haruslah privasikan akaun saya.

"Sebenarnya kadang-kadang saya tak faham pun apa yang mereka kritik tentang saya sebab slang-slang yang digunakan oleh mereka memang sukar untuk saya faham. Jadi, saya buat tak kisah sajalah. Saya pun dah biasa dengan kritikan sejak dari sekolah menengah lagi.

"Tapi saya tak boleh kalau orang bercakap buruk pasal anak saya. kenapa mereka nak 'serang' kanak-kanak dan bayi yang tak berdosa. Niat saya hanya mahu berkongsi dengan peminat. Itu saja. Disebabkan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap anak saya, sekarang ni saya dah jarang muatnaik gambar anak-anak saya", ujarnya.

Marion berkahwin dengan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasaruddin pada 16 Disember 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Leia Rose Counter (3 tahun), dan Lana Rose Counter (3 bulan).

Berkongsi mengenai kehidupannya kini, Marion berkata fokus utamanya kini lebih kepada menguruskan anak-anak dan keluarga berbanding menumpukan perhatian pada kerjayanya.

"Saya bahagia dengan suami dan anak-anak. Kalau diizinkan saya ingin seorang lai cahaya mata, tapi nak anak lelaki.

"Sejak berkahwin saya dah perlahankan aktiviti seni saya. Saya terfikir juga nak berhenti kerja. Tapi bila produksi panggil saya untuk buat program, saya tak fikir panjang dan terus bersetuju. Saya rasa saya masih suka dengan kerja saya. Tapi saya tetap utamakan keluarga saya. Saya akan berhenti kerja kalau nanti saya sudah mula merungut dan tak suka dengan kerja saya" katanya.....................................................................



Baca Lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... n-jet-peribadi.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 10:31 AM | Show all posts
Untong laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 10:33 AM | Show all posts
she mampu. why bother
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 10:40 AM | Show all posts
lepas kawen baru mewah. dulu2 mewah ke??
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 10:45 AM | Show all posts
untung la dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 10:47 AM | Show all posts
Muka die ni ada iras2 umi nazeera versi cerah skit la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2014 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesenangan jugak satu bentuk ujian
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Wei ni serious aku jealous...marion u so lucky  :Q...
Loving husband,kaya plak tu..great career..family and kiddos...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 10:52 AM | Show all posts
kaya sgt2 da ni.. menteri pun tak pg meeting nek jet..
hehehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ko pun perlahankn aksi menunjuk dlm ig ko jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 10:57 AM | Show all posts
Apa nak hairan nya pun, dah memang family naza tu kaya raya. Bukan she sorang yang naik private jet dalam family tu.
Takyah nak jealous uolls, harta dunia je tu... iolls lebih jealous kat mizznina, dunia dah kaya raya akhirat pun in sha allah  ada usaha nak jadi lebih baik..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:08 AM | Show all posts
Biaq pilah dia. Bukan dia usik duit orang pun
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:09 AM | Show all posts
she can afford it so why the big fuss??

kalau mamat sepah naik private jet , mungkin la boleh dipersoalkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:16 AM | Show all posts
untungnya dia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:18 AM | Show all posts
huiii... beshnyer naik private jet, agak2 berapa ringgit ha harga private jet nih, ingat nak beli lar sebuah...boleh lar nak belagak sambil upload gambar dalam instagram...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:21 AM | Show all posts
seb bek la marion counter ni yang kawin ngan nasa
tokleh bayang kalo pojiah ghous yang kawin ngan nasa
mesti ari2 uplod gambo tersengih2 naik jet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 11:22 AM | Show all posts
hati hati naik tangga, takut tergelincir/jatuh, terlalu sakit...
alhamdulillah, suami kacak/baik/berharta. syukran. semuga kekal hingga ke syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:29 AM | Show all posts
Alhamdulillah..rezeki beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:32 AM | Show all posts
Nasib dia lah
Tp hati x senang jugak
Ramai nak cekup laki kaya ni
Tambah2 bila usia bini dah kertu
Bertabah lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:33 AM | Show all posts
Kat luar halus je minah ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.197254 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list