CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sanaa1

A Place Called Home

[Copy link]
 Author| Post time 23-2-2014 04:30 PM | Show all posts

Petang itu keadaan di dalam pejabat agak dingin. Mungkin kerana hujan turun dengan lebatnya sejak pagi namun kedinginan yang ada tidak menghalang Nadiah untuk terus tekun meneliti dokumen-dokumen daripada kliennya. Sesekali matanya melirik kepada in-tray yang masih banyak perlu diteliti. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan Kak Asma masuk dan menambah file yang perlu disemak. Kertas dan file yang makin menggunung membawa Nadiah melepaskan keluhan berat dan meluruskan badannya sebentar.


“Balik lambat lagi lah ya hari ni” kata Asma kepada Nadiah seakan mengerti isi hati Nadiah.


“Terpaksalah kak, nak buat macam mana”, jawab Nadiah sambil mengeliatkan badannya. Pergerakan yang sedikit itu membawa Nadiah merasa lapar tiba-tiba lalu meminta Kak Asma membuatnya secawan milo.


“Kalau Nadiah mintak akak buat sepuluh cawan pun boleh saja tapi hati ni meronta-ronta nak tahu, nampaknya sejak balik raya ni asyik mengunyah saja…sikit-sikit lapar…ntah-ntah Nadiah dah berisi agaknya ni?”, tanya Kak Asma menyerkap jarang.


Hanya gelengan kepala Nadiah berikan sebagai jawapan dan mengukuhkannya dengan kerja yang banyak lalu menyalahkan stress sebagai punca dirinya cepat lapar. Tawa kecil yang Kak Asma berikan dengan mudah buat Nadiah gabra semula, akan tetapi hanya sebentar disebabkan kerja yang banyak dan bertimbun.


Sudah masuk minggu ke3 Syawal dan lazimnya warga kota akan menyambut raya tanpa henti. Di sana sini pasti ada jemputan rumah terbuka. Lazimnya seperti tahun-tahun yang lepas Nadiah pasti menerima saja jemputan yang datang namun di tahun ini kelainan yang ada buat Nadiah kerana berhariraya di kampung halaman Faris. Oleh itu kebanyakan jemputan Nadiah wakilkan kepada kakitangan yang lain oleh kerana bebanan kerja yang banyak juga. Namun begitu Nadiah sebaik mungkin tidak mahu menolak jemputan yang datang dari alumni pelajar-pelajar Malaysia di London School of Economics. Kad jemputan itu masih Nadiah belek dan perlukan jawapan Faris sebelum menjawab dan mengharapkan Faris tidak keberatan menemaninya.


“Assalammualaikom Nadiah”, tegur satu suara di belakangnya di tengah-tengah kumpulan pelajar yang memenuhi ruang ballroom JW Marriot Putra Jaya. Ucapan salam yang diberi Nadiah sambut beriring senyuman dan pertanyaan kabar.


Semenjak perjumpaan tidak sengaja lebih kurang 3 bulan yang lalu, Nadiah tidak lagi terserempak dengan Azlan ataupun Hisham di mana-mana dan pastinya jawapan yang pernah Nadiah beri akan mencari kepastian di hari ini.


“You seorang saja ke”, tanya Azlan pula.


“I rasakan both of you ni dah jadi pasangan agaknya…kemana pergi mesti berdua..awek tak ada ke?”, kata dan pertanyaan Nadiah mengundang tawa dari Azlan dan Hisham sehingga ada juga mata dan kepala yang memandang mereka hingga tersipu malu.


“No…she’s with her bodyguard”, datang Faris yang entah dari mana terus saja memeluk pinggangnya lalu mengundang tanya di mata Azlan dan Hisham.


“Azlan…Hisham kenalkan Faris, my husband. Darling, this is Azlan and Hisham…my close friends and course mate masa kat universiti”, kata Nadiah memperkenalkan mereka tanpa segan silu menunjukan manjanya kepada Faris di hadapan dua orang kawan lamanya itu.


Huluran tangan disambut mesra pada pandangan Nadiah akan tetapi punyai penuh tanda tanya di mata kedua rakannya. Walaupun sudah dijelaskan bahawa memang benar dirinya sudah bernikah lebih kurang 4 bulan yang lalu namun Azlan dan Hashim masih meraguinya membuat Nadiah tertanya-tanya kenapa jadi begitu.


“Bro…seriously you dah kawin ngan makcik nie? Dia ni garang mengalahkan mak tiri”, tanya Azlan bersungguh-sungguh lalu memegang bahu Faris. Tidak dapat Nadiah nak tahan tawanya apabila muka Azlan berkerut-kerut masih menunjukan rasa tidak percaya. Walaupun Hisham masih tidak berkata apa, sesekali melihat gelengan serta senyum senggehnya juga mentafsirkan rasa tidak percaya.


“Sekarang pun macam tu jugak…tapi nak buat macam manakan…dah aku tergoda. Sebelum jadi apa-apa lebih baik nikah”, jawapan panjang lebar Faris serta kenyitan matanya kepada Nadiah telah meledakkan tawa Azlan dan Hisham dan sekali lagi menjadi perhatian umum. Sepantas jawapan itu cepat saja Nadiah bercekak pinggang dan membulatkan matanya kepada Faris.


“Congratulations to both of you”, kata Hisham pula dengan menghulurkan tangan kepada Faris “I tabik springlah kat you Bro…and please take good care of my dear friend”, sambung Hisham dalam jenaka lalu menjadikan Faris selesa bersama mereka. Tidaklah Nadiah tahu apa yang mereka bualkan setelah meninggalkan mereka bertiga, yang pasti liat pula untuk tiga lelaki itu untuk mengucapkan selamat malam dan bersurai. Tertinggal jugalah Nadiah didalam perbualan serta gelak tawa mereka sepanjang meningggalkan dewan dan berjalan sama untuk ke tempat letak kereta. Sepanjang perjalanan pulang pula Faris makin nakal mengusik sehingga Nadiah mematikan diri saja kerana sememangnya musykil dengan apa yang berlaku.


Setelah sebulan berpuasa kini tibalah pula ke penghujung Syawal. Di minggu yang terakhir Kak Long menjemput Faris dan Nadiah ke majlis open house di rumahnya. Sebaik tiba Nadiah ditegur dan diserang oleh Kak Long dan Angah yang mengatakan Nadiah makin berseri-seri dan badan makin berisi sehingga tidak menghiraukan bekas spaghetti olio seafood yang Nadiah hulurkan.


“Hahh muntah-muntah? Betul tu sayang baik pegi check”, sampuk Faris tidak semena-mena tanpa tahu hujung pangkal. Apalagi senggeh sajalah apabila Kak Long menegur dan berkata lain kali orang tua-tua cakap jangan menyibuk.


Pertanyaan Kak Long dan Kak Ngah serta gurauan Abang Long tentang berat badannya yang makin berisi dan menganggap dirinya berbadan dua tidak diambil kisah oleh Nadiah. Namun begitu sebaik saja tiba di rumah terus saja Nadiah berdiri di hadapan cermin membelek selagi ada ruang untuk memastikan cakap-cakap orang tadi adalah benar, lalu Nadiah teringat melihat dirinya di hadapan cermin semasa di kampung. Di masa itu dia sendiri merasakan seolah ada perubahan akan tetapi tidak dihiraukan juga.


“Ok Nadiah…mulai esok diet ya…jaga makan serta puasa Isnin dan Khamis”, kata Nadiah kepada dirinya. “Habis dah semua orang tegur”, sambung Nadiah lagi dengan menepuk-nepuk pipinya yang makin tembam kata Kak Long dan juga Kak Ngah tadi dan tidak ketinggalan Kak Asma yang asyik berkata yang serupa sejak akhir-akhir ni.


“Tak payah lah susah-susah nak diet. I like you just the way you are, pumpkin” kata Faris sambil memeluk erat pinggang isterinya dan membuai Nadiah kiri dan kanan.


“Ohh pumpkin…awak nak cakap saya gemuk lah ni” kata Nadiah dengan geram sambil mencubit lengan suaminya.


“Hai makin berseri-seri nampaknya adik Kak Long nie…tak ada muntah-muntah….ntah-ntah dah berisi kut”, kata kedua orang kakak iparnya serta Kak Asma datang kembali apabila Nadiah mengemas diri sebelum tidur. “Tak mungkinlah…bulan lepas elok saja period aku”, kata Nadiah cuba menyakinkan dirinya. “Tapi tak flow”, gusar semula hatinya bila mengenangkan kitaran haidnya sejak Ramadhan tidak lancar.


Setelah sekian lama berperang dengan diri sendiri akhirnya Nadiah membuang jauh segala rasa dan membaringkan dirinya disebelah Faris. Semasa membetulkan duduk kepalanya di dada Faris belaian mesra jari jemari Faris di rambutnya menguntum senyum di bibir Nadiah.


“Good night Princess…sleep well”, ucap Faris.


“Good night sweetheart”, balas Nadiah yang terus membawanya ke alam mimpi.


*****


Idea Asal : Ally

Olahan bersama : Ally dan Sanaa – September 2013

Disclaimer: Hakcipta terpelihara. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Nama dan tempat juga adalah khayalan penulis dan tiada sangkut paut kepada sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang cetak di luar blog ini adalah dilarang. Terima kasih.


Bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2014 10:19 PM | Show all posts
Chapter 5

Sepanjang balik dari bercuti raya boleh dikatakan Nadiah tidak berehat langsung sehingga terpaksa membawa balik kerja ke rumah. Nasib baik jugalah Faris tidak terlalu cerewet tentang makan walaupun kadang-kadang sekadar membuat mee hoon soup ataupun tomyam dan yang paling senang adalah sandwich. Sekali dua apabila Faris pulang awal, dia pula yang menyediakan makan malam kerana yang penting bagi Faris mereka makan bersama di rumah.


Keletihan yang dirasa sekarang sudah tidak tertanggung kerana badannya sudah mula terasa sakit dan sengal. Hanya kepada Faris tempat Nadiah meluahkan segala kepenatannya dan tidak pernah menolak permintaannya apabila diminta picit yang adakalanya sehingga dia tertidur. Kasihan pula Nadiah kepada suaminya itu dan berharap sangat kes yang ada ini dapat diselesaikan segera. Semasa sibuknya ada juga Faris bertugas di luar dan ingin sangat rasa hatinya untuk ikut sama sekadar merehatkan badan dan minda barang sehari dua.


“Princess, lets go for a holiday end of this month. Semenjak balik cuti raya, awak sibuk dengan kerja-kerja kat office, saya tahu awak dah terlalu penat dan letih”, kata Faris kepada Nadiah semasa mengurut belakang Nadiah malam itu.


“Where to sweetheart?” tanya Nadiah dengan manja kerana ajakan Faris seperti pucuk dicita ulam mendatang.


“Adalah…surprise…just block your calendar for 4 days 3 nights princess” kata Faris sambil mencium pipi Nadiah.


Sebaik sahaja meninggalkan lapangan terbang puas Nadiah bertanya lagi ke manakah arah percutian mereka dan jawapan Faris tetap sama surprise and enjoy itlalu Nadiah terus mendiamkan diri. Tatkala tiba di perkarangan Sutera Harbour tidak pula Nadiah terbayang akan menaiki sebuah bot laju untuk ke sebuah pulau. Perjalanan yang hanya mengambil masa selama 15 minit itu amat menyenangkan mata memandang dengan kejernihan air laut dan resort yang tersergam di hadapan mata.


Kedamaian dan ketenangan tercipta sebaik saja menjejakkan kaki di Gaya Island Resort, Pulau Gaya yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu. Pulau Gaya adalah di antara pulau-pulau yang membentuk Tuanku Abdul Rahman Marine Park.


“Dah sampai mana tu, Princess?” sapaan Faris mengejutkan Nadiah daripada lamunan. Begitu asyik sekali Nadiah merenung air laut di tepi jeti, yang cukup jernih hingga menampakkan terumbu karang serta ikan-ikan kecil berenang. Nadiah hanya tersenyum dan berjalan mengikut Faris menuju ke lobi hotel.


Segenap ruang lobi Gaya Island Resort menjadi perhatian Nadiah…”manalah Faris dapat tahu tempat ni”, tanya Nadiah sendiri. Ketika sampai di bilik penginapan mereka, Kinabalu Villa yang terletak di atas bukit, Nadiah tenggelam lagi dengan keindahan kawasan sekitar yang menghadap Laut Cina Selatan serta Gunung Kinabalu. Angin yang bertiup di balkoni bilik itu begitu enak membelai wajah dan rambutnya. Mudah sungguh Nadiah tenggelam di dalam angan hanya dengan memerhati kehijauan hutan dan tiupan angin sehingga Faris mengusiknya mengenang orang jauh.


Sekilas mata memandang segalanya nampak mahal serta exclusive dan fikiran Nadiah juga masih berkisar bagaimana Faris mengetahui tempat ini. Perasaan ingin tahunya menggunung tinggi namun Faris lebih suka membatukan diri lalu Nadiah berjanji untuk menikmati percutian ini dengan sebaiknya.


“Thank you for the lovely surprise. Hmm..awak dapat banyak bonus ke? This is a very expensive resort” tanya Nadiah dengan rasa penuh ingin tahu yang belum hilang.


“Bukan bonus tapi menang loteri, dapat kahwin dengan anak Dato’ Malek” jawab Faris sambil tergelak besar.


“Anything for you, Princess. Ini kira honeymoon lah ya” kata Faris sambil tersenyum nakal.


Hanya Allah yang tahu perasaan Nadiah sekarang, bersama dengan kasih dan cintanya untuk Faris walaupun sesekali panggilan manja pumpkin dan ripe peachesitu seolah-olah membisikan sesuatu. Usikan, gurauan, manja, kasih dan cinta yang Faris hulurkan sudah terlihat oleh mata ramai dan sebagai seorang wanita dan isteri Nadiah tahu yang dia amat beruntung. Berada di sini di dalam pelukan dan belaian manja seorang suami sesekali ada suara halus yang tetap membisikan kisah silam dan seorang wanita yang pernah mencipta impian bersama Faris. “Apakah sebab ini kau ingin menjadi aku Aisyah?”, nama itu datang jua di dalam enaknya rasa diulit manja oleh Faris.


“Cantiknya sunset” kata Nadiah ketika mereka menikmati makan malam berlatar belakangkan Laut China Selatan.


Pulau Gaya adalah private island. Jadi penghuni resort benar-benar merasa privacydi situ. Kawasan resort hanya dikelilingi pantai yang cantik dan hutan yang masih belum tercemar. Pengunjung resort akan menghabiskan masa dengan bersantai,snorkelling, jungle hiking dan juga spa.


“Itulah indahnya ciptaan Allah” kata Faris sambil tangannya ligat merakam keindahan matahari terbenam.


Tidak semena-sema perasaaan cemburu terbit di dalam diri Nadiah apabila Faris terlalu teruja merakamkan suasana di senja itu. Setelah hampir 5 bulan mendirikan rumahtangga hanya baru-baru ini saja Nadiah tahu kegemaran dan hobi Faris, walaupun menyedari Faris mempunyai kamera serta alatan video yang sophisticatedselama ini.


“Tahu lah sunset tu cantik tapi bini kat depan ni jangan dilupa cik abang oii. Penat saya make up cantik-cantik ni” bebel Nadiah sambil memuncungkan mulutnya.


Sebaris usikan Nadiah kepada Faris membawa lelaki itu duduk di hadapannya lalu terus merakam wajah isterinya itu di lensa kamera. Menjerit lah Nadiah geram dengan Faris yang mengambil gurauannya secara serius lalu menjadikan malam mereka dihiasi dengan gelak tawa dan usik mengusik sesama mereka.


“What we are going to do tomorrow?” tanya Nadiah ketika dia membelek-belekbrochure berkenaan resort sebelum tidur. Pertanyaan Nadiah tidak mendapat layanan Faris walaupun puas ditanya.


“Awak tanya brochure ke tanya saya?” tanya Faris tiba-tiba.


Sepantas pertanyaan diberi Nadiah mengangkat muka apabila menyedari bahawa tidak memandang Faris semasa bertanya tadi. Sebelum sempat untuk Nadiah berkata apa…Faris sudah ke bilik air dan loceng bilik mereka pula berbunyi memaksa Nadiah membukanya.


Senyuman dua orang pekerja hotel Nadiah balas mesra dan merah padam sudah pipi Nadiah apabila mereka berdua mengucapkan selamat berbulan madu. Seraya dengan ucapan diberi, Nadiah mengucapkan terima kasih.


Sebuah fruit basket yang dihiasi oleh carnation berbagai warna bersama strawberry, berries, grape, praline and chocolate didalam kotak berwarna emas tersusun cantik. Di tangannya pula sebuah kotak yang dibalut dengan kertas berwarna merah jambu berserta kuntuman-kuntuman kecil paper roses di tengah-tengah. Jari jemari Nadiah membelek bungkusan di tangannya dan matanya juga memerhati susunan buah serta kotak praline and chocolate yang ada.


Tanpa ragu-ragu Nadiah tahu ia adalah pemberian dan rancangan Faris kerana kesemua jenis buah dan praline adalah kegemarannya. Sekeping kad kecil yang terikat di celah-celah paper roses Nadiah selak lalu tertera nama Flora Nikrooz. Walaupun honeymoon yang sudah terlambat, segala apa yang Faris rancang masih mampu menerbitkan keghairahan mereka suami isteri.


“Please wear it”, kata Faris mengejutkan Nadiah dari lamunan. Sejuknya bibir Faris bermain di leher dan tengkuknya di biarkan saja dan sesekali kedengaran tawa kecilnya sendiri apabila cuba berunding dengan kenakalan suaminya itu.


“Untuk saya pakai ke ni?” tanya Nadiah kepada Faris berulang kali apabila lingerie labuh paras buku lali berwarna merah terang (chille red) dikeluarkan dari bungkusannya.


“Pleaseee…” rayu Faris bersama mimik muka bagai anak kecil meminta sesuatu.


Keadaan yang damai dan sunyi di resort itu membuatkan tidur Nadiah begitu lena dan nyenyak sekali. Perasaan malas menguasai dirinya apabila begitu susah hendak bangun untuk solat Subuh sehingga Faris hampir merenjiskan air ke mukanya. Selepas solat Subuh aturcara mereka bermula dengan menanti terbitnya mentari pagi.


“Sayang tengoklah betapa cantiknya sunrise kat sini. Subhanallah. Ada background laut dan gunung Kinabalu lagi tu” kata Faris sambil asyik memetik kameranya.


Entah apa yang mengasyikkan atau mungkin dinginnya suasana di balkoni itu membuat Nadiah terlena kembali. Besar kemungkinan juga fikiran dan badannya sudah melilit kata relax lalu setiap kali merebahkan badannya terus saja terlena. Makin lena dan tenggelam Nadiah di alam mimpi di atas day bed apabila wajahnya dibelai Faris. Di antara sedar dan lena Faris mengejutnya untuk menyaksikan matahari terbit.


“Subhanallah”, itu saja yang terucap di bibir Nadiah apabila sedikit demi sedikit melihat matahari merangkak naik. Keajaiban Allah yang dapat dilihat di pulau yang terlalu indah ini.


“Can we stay here forever?” tanya Nadiah ketika merebahkan badannya di atas kerusi di tepi pantai itu.


“Botak lah laki awak” jawab Faris lalu tergelak besar.


Senyum lebar Nadiah berikan apabila mendengar kata-kata Faris. Telinganya terbuai-buai dengan bunyi deruan ombak menghempas pantai yang begitu menenangkan. Sekali lagi Nadiah cuba mencungkil rasa hati Faris dengan bertanyakan kenapa nama timangan Princess menjadi pilihan. Lama Faris terdiam dan Nadiah sabar menanti.


“Jujurnya saya tahu awak merindui nama itu”, jawab Faris lalu menoleh ke arahnya. Tiupan angin sudah mengerbangkan rambutnya dan Faris menolaknya ke tepi membuat pandangan mereka bertemu. Selain menggerakkan bibirnya menutur kata terima kasih tiada apalagi yang mampu Nadiah luahkan. Di satu ruang hatinya mengatakan Faris terlalu memahami.


Sepanjang hari itu mereka banyak menghabiskan masa dengan aktivity snorkelling dan bersantai di tepi pantai Tavajun Bay. Pantai itu merupakan private beach yang mana pengunjung terpaksa menaiki bot selama 5 minit untuk ke sana. Pihak resort juga telah membekalkan bakul picnic untuk hidangan tengahari mereka nanti.


Percutian singkat mereka akan berakhir esok dan pada malam terakhir mereka di resort itu, Nadiah dan Faris dikejutkan dengan complimentary gift dari pihak resort, iaitu sunset cruise. Sebuah kapal layar mewah bernama Lumba Lumba bakal membawa Nadiah dan Faris untuk melihat matahari terbenam di dalam suasana yang paling romantis. Membelek brochure yang ada tidak terkira betapa terujanya mereka berdua menerima hadiah itu.


Terdapat 3 pasangan lain yang menyertai Sunset Cruise itu tetapi mereka semua adalah warga asing dan juga warga emas. Di atas kapal itu mereka dihidangkan makan malam berlatar belakangkan panorama matahari terbenam di tengah Laut China Selatan.


Suasana yang romantik itu benar-benar membuat Nadiah dan Faris tenggelam di dalam emosi masing-masing. Mereka asyik berpegangan tangan dan berbisik sesama mereka sehingga mendapat usikan daripada pasangan-pasangan lain. Merah padam muka Nadiah menahan malu apabila diusik sebagai pengantin baru. Saat itu baru dia tersedar yang usia perkahwinan mereka baru sahaja berada dibulan ke4 dan baru nak bertatih ke5 bulan. “Ya Allah terima kasih atas segala nikmat yang Kau berikan” bisik hati Nadiah.


“Thank you sayang” ucap Nadiah sambil melentokkan kepalanya di dada Faris. Mereka begitu asyik menikmati saat matahari terbenam yang begitu indah sekali. Langit sudah bertukar menjadi jingga ketika matahari sayup-sayup melabuhkan dirinya. Keadaan laut yang tenang juga mendamaikan keadaan.


“You’re welcome, Princess…and I love you” ucap Faris sambil merenung tepat ke arah muka Nadiah.


“I love you too sweetheart” balas Nadiah berserta senyuman.


*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 10:22 PM | Show all posts

Setelah bercuti selama 5 hari dan berada di pulau yang jauh dari hiruk pikuk kota serta mampu melupakan segala fail yang bertimbun, Nadiah kembali rasa bertenaga.


Percutian penuh bermakna itu merupakan hadiah daripada suaminya Faris dan sebaik mungkin Faris mengembalikan suasana romantis malam pertama mereka. Walaupun bulan madu yang terlambat, di antara segan dan malu yang masih bersisa tidak Nadiah nafikan keghairahan cinta mereka bersemarak sepanjang percutian tersebut.


“Mentol terbakar pun tak apalah hari ni…cahaya wajah Puan Nadiah dah boleh terangkan seluruh pejabat ni”, usik Farah setiausaha ayahnya sebaik Nadiah melangkah masuk. “Betul tak Dato’?”, tanya Farah pulak kepada Dato’ Malek yang berdiri disisinya waktu itu.


Tanpa perlu menunggu lama merah padam muka Nadiah dengan usikan itu dan ayahnya pula mendepangkan tangan untuk memberi pelukan.


“I’m so happy for you Princess…let me know the good news soon”, kata Dato’ Malek sebelum melepaskan pelukannya kepada Nadiah. Pandangan anak dan ayah bertemu menjadikan senyuman Dato’ Malek panjang dan melebar lalu mewujudkan tanda tanya yang paling dalam di fikiran Nadiah walaupun ayahnya dan Farah sudah berlalu pergi.


Keceriaan Nadiah serta seri wajahnya menjadi usikan rakan dan kakitangan Malek and Co untuk beberapa hari sejak dia kembali bekerja. Keriuhan yang tidak seberapa pada awalnya menjadi gamat apabila Ira kembali bertugas. Kecoh dan kepochi Ira menjadi-jadi selepas Nadiah memberikan Ira buahtangan dari Sabah, seutas rantai tangan Sabah Pearl.


“Kaulah kawan sejati aku Nad…Thank you so much”, ucap Ira dan terus saja memakai rantai tangan tersebut.


“Dapat rantai tangan terus jadi kawan sejatilah ya?” usik Nadiah pula disambut senggeh panjang Ira dengan berbagai pertanyaan tidak ubah seperti bertih digoreng.


Usikan Ira tidak ubah seperti usikan-usikan rakan kerja yang lain semasa Nadiah kembali bertugas cuma sesetengah soalan Ira harus dikenakan censorship board.


“Everything is great. The island, the resort and the husband”, jawapan Nadiah berikan apabila Ira sibuk bertanya tentang bulan madunya. Terpekik Ira apabila jawapan sebegitu Nadiah berikan, lantas tergelak besar Nadiah apabila melihat Ira pula yang merah padam mukanya apabila diusik yang dia juga akan melalui segalanya bersama Arif tidak lama lagi.


“Let’s have lunch…leaving for Jakarta this evening”, ringkas dan padat sms Faris berbunyi membawa Nadiah bermohon diri daripada Ira.


“Berat benar mengeluh tu Nadiah…kenapa?”, tanya Kak Asma sebaik saja Nadiah tiba di hadapan mejanya.


“Hmmm…Faris nak ke Jakarta lewat petang ni kak…saya nak keluar lunch dengan dia sekarang”, jawab Nadiah tidak bermaya. Entah kenapa sejak balik dari Pulau Gaya setiap hari Nadiah tak berhenti berdoa semoga Faris tidak perlu keluar kota dalam beberapa bulan ini. Telah berkali dia duduk termanggu memikirkan doanya sendiri dan sehingga hari ini Nadiah tidak temui jawapan.


Sebaik pulang dari Pulau Gaya, tidak sempat baju kering Faris terbang ke Hong Kong untuk 3 hari dan tidak sampai 10 hari berada di rumah hendak terbang pula ke Jakarta. Macamlah tak ada pekerja lain yang boleh dihantar, sunggut Nadiah dan terus mengomel sendiri tentang jadual kerja suaminya yang asyik tidak menentu kebelakangan ini.


Sebelum jumpa Faris untuk makan tengahari dan jauh sekali menghantar Faris ke airport telah berpuluh keluhan Nadiah lepaskan. Usikan Kak Asma yang mengatakan dia rindukan Faris sebelum berangkat mengundang senyum di bibirnya. “Sememangnya aku sentiasa merindukan Faris, dan rasa itu makin menghimpit sejak akhir-akhir ini sehingga membuat Faris dalam kebimbangan semasa berada di Hong Kong”, keluh Nadiah lagi apabila teringat kembali apa yang terjadi di waktu itu.


“I hate it when you are not around especially when I really need you”, rungut Nadiah sebaik saja Faris bertanyakan kenapa masih belum tidur lagi.


“It’s only for a week darling…kenapa ni?” pujuk Faris mula menyentuh hati Nadiah dan sebelum airmatanya menitis Nadiah mengucapkan selamat malam.


Keresahan menjadi teman Nadiah di malam itu dan sebaik bangun untuk solat Subuh dirasakan dirinya kurang bermaya. Walaubagaimanapun dikuatkan hatinya untuk mandi dan menunaikan tanggungjawabnya kepada yang Esa. Lama Nadiah bertafakur di atas sejadah meniti bicara dan rajuknya dengan Faris bermula dari waktu makan tengahari, di airport dan panggilan telefon lewat malam semalam sebaik saja Faris sampai di Jakarta.


“Kenapa aku makin sensitif sekarang ini? Selera makan ok saja…ingatkan dulu sering dan cepat letih kerana kerja banyak…tapi sekarang ini beban kerja dah kurang, letih tetap sama. Mudah sangat pulak tu aku terasa hati dengan Faris”, tidak mampu Nadiah huraikan kekusutan hatinya sendiri dan keluhan menjadi rakan karibnya beberapa hari ini.


Setelah lama bertafakur, Nadiah melawan segala rasa dengan mengemas almari pakaiannya dan barang-barang peribadi miliknya sementara menanti waktu hendak ke pejabat.


“Bilalah aku nak diet nie? Hmmm…baju raya dah rasa ketat…aneh betul”, bebel Nadiah sendiri. Tatkala laci dibuka mata Nadiah tertancap kepada 2 bungkusansanitary pad yang tidak dibuka lagi. Terkaku Nadiah sebentar apabila telinganya memusing kembali kata-kata Kak Asma, Kak Long dan juga Kak Ngah..“Hai makin berseri-seri nampaknya adik Kak Long nie…tak ada muntah-muntah….ntah-ntah dah berisi kut nie”.


Di antara deringan yang berbunyi dan liarnya mata memandang bungkusan berwarna hijau itu bibir Nadiah mencetus kata ““Alamak dah lewat dah tapi tak mungkin kut” kata Nadiah memujuk hatinya sendiri. Sekilas itu semuanya berceramuk dalam satu; mengingatkan kitaran haidnya, usikan setiausahanya dan kedua kakak iparnya serta rajuk manjanya dengan Faris. Perasaan panik dan takut sudah mula menghantui diri menjadikan Nadiah tidak tentu arah.


“I need to find out” kata Nadiah lalu mencapai beg tangannya dan kunci kereta.


Debaran yang ditanggung sejak subuh tadi bertemu jawabnya. Hampir pitam Nadiah apabila melihat keputusan positif pregnancy kit yang berada di tangannya. Berkali-kali dia membaca penerangan dan arahan di kotak tersebut dengan harapan pemahamannya itu salah. Peluh dingin mula membasahi badan Nadiah.


“I’m not ready. It is too soon”, bisik Nadiah berkali-kali sepanjang perjalanan pulang dari hospital.


Airmatanya berjurai-jurai sehingga memaksa Nadiah berhenti di kawasan kecemasan.


“Tahniah…kandungan Puan berada disekitar 11 ke 12 minggu”, dengan lembut dan perlahan doktor pakar sakit puan mengesahkannya. Setelah itu segala apa yang dibicarakan, Nadiah hanya mengangguk kerana sudah tidak mampu untuk berfikir apa lagi.


Segala-galanya bermula begitu pantas bagi Nadiah. Perkenalan tidak sengaja dan singkat dengan Faris, diikuti dengan perkahwinan mereka dan sekarang dia telah mengandung. Sesungguhnya dia benar-benar tidak menyangka ini semua dan persediaan dalam dirinya untuk menjadi seorang ibu tiada langsung. Amat dia menyedari mulai sekarang hidupnya dan Faris akan berubah sepenuhnya selepas ini.


“Jangan asyik cakap tak bersedia…adakalanya keadaan menghimpit lalu memaksa kita bersedia. You are not your mother Nad”, kata-kata usikan serta pesanan Ira sudah terbukti. Memang benar persediaan amat diperlukan sekarang akan tetapi malangnya akal dan fikiran Nadiah serta perasaannya tidak berjalan selari. Dunianya terasa gelap dan menemui jalan buntu.


*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 10:24 PM | Show all posts

Pencariannya selama sebulan ini berhasil apabila di depan matanya tertera 2 nama yang dicari di laman social. Kedua-dua nama itu memiliki account twitter dan instagram yang tidak berkunci akan tetapi Aisyah gagal menemui nama Ahmad Faris dan Nadiah Malek di facebook.


Pertemuan itu sekali lagi memberinya peluang untuk mengenali siapakah Nadiah Malek dan bagaimana mereka bertemu. Keyakinan Aisyah pancakkan di hati bahawa kali ini dia akan mampu memusnahkan wanita anggun bernama Nadiah Malek di depan mata Ahmad Faris.


Perasaan yang bersarang di hati Aisyah sekarang adalah perasaan yang tidak mungkin di kategorikan di mana-mana kerana selama dia berusaha dan bekerja keras hidupnya tidak dapat menandingi Nadiah. Memburukan lagi keadaan seorang lelaki yang dikenali sejak di zaman sekolah rendah menyintai wanita itu sepenuh hatinya. Keayuan, keanggunan dan kemesraan yang ditunjukkan Nadiah telah menambat hati orang kampung sehingga mengharapkan Faris sering membawa Nadiah pulang.


“The perfect getaway…thank you sweetheart”, tulis Nadiah di sekeping gambar mereka berdua di atas bot berlatarbelakangkan matahari terbenam.


“You are most welcome darling”, balas Faris dengan beberapa icon ciuman bibir dan juga bunga.


Tiada nama tempat yang tertera di setiap gambar akan tetapi Aisyah syaki tempat yang sama. Beberapa keping gambar yang ada di instagram Faris juga punyai latar sama cuma yang berbeza Faris memuat turun gambar Nadiah sebagai subjek utama.


Nanah dan kudis yang dirawat selepas sambutan hari raya kini merobek kembali apabila melihat kemesraan dan kemanjaan mereka berdua. Bertambah sakit di hatinya apabila gurauan penuh kasih tertulis kemas di insta masing-masing.


“Hi meroyan pulak makcik nie”, getus Aisyah di hati apabila membaca twitter Nadiah. Tidak banyak yang di tweet semenjak raya kecuali hal-hal yang bersangkut paut dengan undang-undang. Melalui twitter Nadiah, andaian Aisyah buat dan merasakan bahawa Nadiah mungkin kembali menjadi seorang pensyarah.


“Where is Faris?”, tanya Aisyah lagi lalu terus mencapai telefon bimbitnya. Panggilan tidak menunggu sesaat untuk terus ke peti simpanan suara lalu nombor pejabat Aisyah hubungi. Ternyata pencariannya hampa apabila penyambut tetamu serta setiausaha Faris tidak mahu langsung memberitahu di mana Faris berada walaupun Aisyah berdalih tentang kerja dan pelanggan.


Penyiasatan Aisyah terhadap instagram Faris dan Nadiah masih belum berakhir. Walaupun mata, hati dan perasaannya makin sakit dengan gambar-gambar manja mereka, caption bulan madu telah menularkan lagi racun perosak di hatinya. Bisa dan ganas racun itu makin menular dan membunuh apabila mendapat tahu nama-nama timangan yang Faris berikan kepada Nadiah. Hatinya masih tidak puas kerana tidak mengetahui di manakah destinasi bulan madu mereka berdua.


Hilai tawanya makin menjadi-jadi apabila menerima bungkusan daripada Flora Nikrooz. Dalam masa tidak sampai dua minggu 2 helai nightwear dan lingerie yang ditempah online sampai ke tangannya. Warnanya sama seperti Nadiah cuma yang membezakannya set Aisyah adalah chemise and wrap set. Menari-nari Aisyah di dalam pakaian tidur tersebut dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan mencium gambar Faris sehingga dia terlena.


*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 10:26 PM | Show all posts

Kerinduan yang bertakung di kolam hatinya tidak tertanggung. Apabila Nadiah memberitahu tidak dapat menjemputnya di airport, kecewa bertapak jua akan tetapi apabila mengingatkan perjalanan yang jauh untuk ke KLIA, Faris buang segala rasa. Entah bagaimana ketika cuba membaca di dalam pesawat fikiran Faris terlayang semasa mereka bercuti di Pulau Gaya dan beberapa minggu sebelumnya.


“Ya Allah boleh dia terlelap kat sini” kata Faris menggelengkan kepalanya apabila melihat Nadiah sudah terlena diatas day bed sementara menanti matahari terbit.


Di penghujung puasa apabila Nadiah mengadu letih dan senang penat, Faris hanya merasakan mungkin sudah nak akhir puasa dan bebanan kerja membuat Nadiah begitu. Kesemuanya terlalu pantas dan merupakan satu pengalaman yang baru bagi Nadiah. Semenjak itu boleh dikatakan Nadiah tiada break langsung semenjak mereka berkahwin.


Bermula dengan menguruskan majlis perkahwinan mereka, berpindah rumah, berpuasa, menyambut raya termasuk kesibukkan kerja. Oleh kerana itu jugalah Faris merancang percutian untuk mereka berdua, supaya Nadiah boleh berehat secukupnya. Tekanan kerja mula berkurang selepas percutian mereka akan tetapi keluhan penat Nadiah tidak henti lalu menjadi kebimbangan buatnya dan manja rajuk Nadiah juga sukar ditafsir.


“Sweetheart…kat office tu tak ada orang lain ke yang boleh buat kerja”, bentak Nadiah semasa Faris memberitahu akan ke Jakarta selama seminggu. Mereka hanya sempat jumpa untuk makan tengahari bersama dan balik ke rumah untuk siapkan beg. Menyedari yang dia meninggalkan rumah amat kerap kebelakangan ini mungkin menjadikan Nadiah begitu, baru pulang dari Hong Kong tidak sampai dua minggu sudah ke Jakarta pula.


“Nadiah mengandung ke Ris”, tanya Ridzwan hampir membuat dia tercekik gula-gula yang ada di dalam mulutnya.


“Angin selat mana pulak yang bertiup ni…tiba-tiba saja kau serkap jarang cakap bini aku mengandung?” soal Faris pula.


Bermula dari situ kerap benar Ridzwan mengusiknya sehingga apa yang dimakan juga menjadi tafsiran kawan karibnya itu. Terpinga juga Faris ketika Nadiah asyik menangis setiap kali dia menalifon, apabila ditanya cakap tak ada apa-apa cuma rasa sunyi kat rumah. Kehairanan menguasai fikiran Faris ketika pesawat Garuda Indonesia membelah awan.


Sebaik tiba di rumah kereta Nadiah ada di porch lalu Faris menyangkakan mesyuarat Nadiah habis awal ataupun dibatalkan. Akan tetapi sebelum sempat masuk ke rumah Faris menerima sms daripada Nadiah mengatakan dia tidak memandu pagi tadi, letih katanya.


“Letih lagi? Sakit ke dia? Apakah gurauan Ridzwan itu satu kenyataan?”, berbagai persoalan pula menghantui fikirannya. Tanpa menghiraukan untuk mengemas bag pakaiannya Faris merebahkan diri di sofa kerana yang pasti Nadiah akan lambat balik. Akan tetapi sebaik saja baru hendak melelapkan mata Faris teringat bagaimanakah Nadiah nak balik nanti? Perlukah dijemput?


“Akak tak tahulah Faris sejak seminggu dua ni lain benar perangai Nadiah. Suka sangat termenung lepas tu asyik cakap penat tapi selera makan elok saja. Puas jugak akak tanya tapi dia senyum saja. Hah lagi satu cepat jugak merajuk dah macam budak-budak pulak”, cerita Kak Asma semasa Faris menalifon bertanyakan di mana dan keadaan Nadiah. Oleh kerana tidak tahu apa perancangan sebenarnya Faris mengambil keputusan menanti Nadiah di rumah.


“I miss you princess” bisik Faris ke telinga isterinya sebaik saja Nadiah sampai di rumah. Namun Nadiah tidak menyambutnya dengan gembira bahkan dengan pantas Nadiah cuba melepaskan pelukannya amat mengecewakan Faris. Lalu menjadikan segala apa yang terlintas difikirannya sepanjang penerbangan tadi perlu dicari jawapan.


“Nak pergi mana lagi lepas ni?” tanya Nadiah garang. “Tak sempat baju kering lagi ke?” soal Nadiah lagi dengan bercekak pinggang membuat Faris makin bingung.


Kerisauan yang bertapak di hatinya sekian lama menjadi mimpi ngeri secara tiba-tiba apabila airmata Nadiah menitis semasa dia memegang kedua belah pipi isterinya itu. Tangisan Nadiah mampu menjadi raungan kalau di biarkan lalu Faris hanya mendakap isterinya erat tanpa berkata apa oleh kerana setiap pertanyaan pasti mengundang hiba di hati Nadiah.


Terlalu lama dirasakan Faris memujuk Nadiah di kali ini. Tangisnya sudah bagaikan sawan. Sedih sudah bertapak di hatinya apabila melihat Nadiah lena dalam sendu tetapi masih tidak mahu melepaskan pegangan tangannya. Berbagai pertanyaan juga sudah hadir di dalam dirinya namun tiada jawapan yang ditemui kerana Nadiah tidak mahu bersuara langsung walaupun 3 potong pizza habis dimakan bersama 2 ketul chicken wing. Itu tidak termasuk mushroom soup dan garlic bread. Perangai dan perwatakannya makin menjadi tanda tanya kerana selera Nadiah yang makin bertambah.


“Princess…boleh tak bagi tahu saya apa yang tak kena? Awak buat saya benar-benar risau”, tanya Faris amat berhati-hati semasa mereka makan. Jujurnya dia sudah takut melihat selera Nadiah kerana sebaik saja sampai di rumah Nadiah mengeluarkan cheese cake pula. “Sudahlah tadi menangis tak henti…sekarang makan pun macam tak tahu nak berhenti”, bingung Faris memikirkannya sambil mengusap manja kepala Nadiah di dalam tidurnya. Apapun yang pasti ada masalah besar di sebalik semuanya ini. Itulah telahan Faris sebelum melelapkan matanya di malam itu.


“Cakaplah dengan saya, apa yang tak kena ni. Saya ada buat salah ke?” akhirnya Faris bersuara selepas seminggu Nadiah masih membisu. Pujukan Faris meminta Nadiah berterus terang tidak mendatangkan apa-apa reaksi sehingga memaksa Faris mengaku dirinya yang bersalah kerana tidak peka dengan kesihatan Nadiah. Kata-kata Faris itu mengundang airmata Nadiah macam air hujan. Puas sudah Faris merayu dan akhirnya dalam sedu sedannya, Nadiah melepaskan ledakan bom yang mampu membunuh Faris di saat itu.


“Kelmarin saya pergi jumpa doktor” akhirnya Nadiah bersuara.


“Apa doktor cakap sayang?” tanya Faris dengan lembut dan tidak sabar. Sebaik mungkin Faris mahu nampak tenang di hadapan isterinya kerana debaran yang sekian lama sudah memakan dirinya. Segala macam rasa juga menyerang dirinya sementara menanti Nadiah bersuara. “Ya Allah…tabahkanlah hati ku untuk mendengar luahan hati isteriku ini”, doa Faris kerana sudah makin resah dan panik.


“I am pregnant”, ucap Nadiah sepatah.


Tercengang, terperanjat, rasa tidak percaya dan bimbang tidak terkecuali setelah kenyataan Nadiah tadi. Amat sukar dan terlalu payah semuanya hendak dirungkaikan dalam masa yang singkat.


“Saya nak cakap dengan awak pasal anak…saya belum bersedia lagi”, kata-kata Nadiah 3 bulan yang lalu datang menyinggah.


Terketar-ketar jari jemari Faris menyeka airmata Nadiah yang menitis. Semuanya sudah jelas kini, akan tetapi apakah mampu dia menyakinkan Nadiah bahawa semuanya akan berjalan lancar mulai sekarang? Ketakutan yang menyelubungi Nadiah adalah nyata dan mesti dihadapi bersama. Berita tadi adalah berita gembira untuknya namun sekali lagi ia amat jelas Nadiah begitu trauma dengan segalanya.


“How far are you?” tanya Faris perlahan. Debaran jantungnya amat kuat kerana seolah sudah ada tanda yang diberikan, sepatah kata dan silap bicara Nadiah pasti akan melenting dan boleh membuatkan dirinya menjadi gila nanti.


“11 to 12 weeks”, jawab Nadiah dalam sendu sedannya.


Ucapan syukur terlafaz di bibir Faris lalu memberi ciuman di dahi Nadiah dan dengan penuh kasih membawa Nadiah ke dalam pelukannya. Hanya Allah saja yang tahu perasaannya sekarang ini dan debarnya menghadapi tangis isteri yang tidak henti. Pujukan Faris supaya Nadiah berhenti menangis amat berhati-hati dengan harapan mampu membuat tangisnya reda dan berhenti.


*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 10:29 PM | Show all posts

Kesesakan lalu lintas menjadi pemandangan Nadiah di pagi itu. Hatinya yang berkumat kamit dengan segala rasa meredah kotaraya bersama dengan bayangan-bayangan semalam. Debar jantungnya resah hatinya masih berkata bersulam rasa bersalah terhadap suami dan anak di dalam kandungannya. Di dalam esak tangisnya dibelai mesra oleh Faris tidak melegakan hantu yang merasuk fikirannya.


“Awak ni tak faham atau saja buat tak faham?” jerit Nadiah dan dengan pantas melepaskan dirinya daripada pelukan Faris. Semasa itu bagaikan semuanya sudah tidak masuk akal lalu Nadiah bangun berjalan mundar mandir di hadapan Faris dengan bebelannya.


“Kan saya cakap saya tak ready lagi. It’s too soon. Everything is moving too fast” kata Nadiah lagi bersama dengan tangis yang kembali.


“Nadiah, saya tahu awak belum bersedia. Jujur saya sendiri terkejut dengan berita ni. Tapi ini kan rezeki Allah. Nak tak nak kita kena terima dengan hati yang terbuka” pujuk Faris dengan lembut dan cuba menenangkan perasaannya.


Akan tetapi segala pujukan Faris menjadi racun berbisa buatnya kerana keadaan dirinya bersama Faris pasti dan akan tentu berubah. Walaupun Faris berjanji akan bersamanya dalam menghadapi semua ini dan ini adalah rezeki buat mereka berdua, tidak ada satupun dapat Nadiah terima. Lembut jari jemari Faris mengesat airmatanya sudah menjadi duri yang amat tajam.


“You just don’t understand or don’t want to understand” jerit Nadiah dan terus berlari meninggalkan Faris di dalam kebingungan.


Hari ini sudah masuk tiga hari Nadiah mengikut kata hatinya dan segala rayuan serta pujukan Faris terus membawanya memberikan layanan dingin terhadap suaminya itu. Pelawaan Faris untuk menghantar dan mengambilnya ke pejabat di tolak dengan kasar. Segala pertanyaan Faris juga dijawab acuh tak acuh sahaja. Malah sarapan pagi yang disediakan oleh Faris langsung tidak dijamah Nadiah dengan alasan dia dah lewat ke pejabat.


Siang malam hidupnya terganggu dengan berbagai igauan sehingga dia tidak tahu apa yang patut dibuat. Hidupnya diseliputi segala gangguan dan mimpi-mimpi yang tidak pasti.


“Mummy tak sempat Nadiah…Pakcik Musa akan hantar Nadiah nanti and daddy will pick you up”, teringat Nadiah kepada alasan ibunya dahulu. Perkataan yang tidak pernah asing dalam hidupnya adalah “tak sempat” dan orang yang akan menggantikan tempat seorang ibu adalah Pakcik Musa seorang pemandu yang akan sentiasa mengesat airmatanya.


“Nadiah anak yang baik…percayalah cakap Pakcik ni nak…mummy dan daddy sayang Nadiah sebab itu mereka berusaha keras supaya Nadiah dapat pegi sekolah yang elok, dapat pelajaran yang baik, dapat pergi bercuti dan macam-macam lagi. Semuanya untuk Nadiah”, pujukan lelaki separuh abad itu datang kembali semasa Nadiah menangis berhari-hari apabila keputusan menghantarnya ke England adalah muktamad.


“Mereka tak sayang Nadiah…mereka nak bercerai dan tak nak jaga Nadiah lagi”, jeritnya pada Pakcik Musa dan memaksa lelaki itu memegang erat kedua tangannya supaya tidak terlepas lari.


Semenjak Faris mengetahui dirinya hamil, dengan sengaja juga Nadiah membiarkan sahaja Faris mengemas meja dan mencuci pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Kehidupan mereka sudah menjadi bisu kerana Nadiah akan mengurung diri di dalam bilik dan Faris pula akan menonton television atau membaca hingga lewat malam.


Setelah hampir dua minggu Nadiah melayan perasaan marahnya serta menyalahkan pujukan dan perhatian yang Faris berikan menambah sakit di hatinya. Hanya semalam baru Nadiah tersedar bahawa dia amat bersalah terhadap suaminya itu akan tetapi masih tidak tahu bagaimana untuk membetulkan keadaan. Setiap kali memandang Faris pasti rasa marah dan sakit hatinya akan kembali. Semenjak perang dingin yang dia cetuskan, Faris hanya masuk untuk tidur apabila sudah lewat malam. Kadang-kadang dia tidak sedar pukul berapa Faris masuk tidur.


“Apa yang patut mummy lakukan sayang. Anak mummy please help me”, rayu Nadiah kepada bayi di dalam kandungannya tanpa disedari.


“Kenapa tak tidur lagi ni?” tanya Faris sambil berjalan menuju ke arahnya. Secepat itu juga Nadiah memeluk kakinya bagai orang ketakutan.


“Don’t touch me. This is all your fault” kata Nadiah sambil memandang tajam kepada Faris.


“Tell me Nadiah, what do you want me to do?” tanya Faris perlahan masih berlembut dan menahan marah. Nadiah hanya membatukan dirinya.


“Ok..fine. This is all my fault. Awak benci sangat dengan anak dalam rahim awak tu, samalah juga awak membenci saya…or do I need to remind you of all the steamy days and nights we spent together? Blame it all on me Nadiah!!! If all that makes you happy”, jerit Faris dan berlalu pergi. Hempasan pintu yang Faris berikan membuat Nadiah tersentak.


“It’s a wake-up call for you Nadiah”, suara hatinya berkata setelah rasa terkejutnya reda dengan herdikan Faris sebentar tadi. Kecut sudah perutnya serta kaku sudah kakinya untuk bersemuka dengan Faris.


“From now on saya dah tak nak ambik tahu lagi sebab saya pun tak tahu apa yang saya boleh buat untuk hilangkan rasa sakit hati awak tu. Suka hati awak lah nak buat apa”, kata-kata Faris menjadi irama telinganya sepanjang malam hingga dia tertidur dalam tangisan.


Seperti ada orang mengejutkannya, Nadiah tersedar dari tidur lantas melihat jam baru pukul 3.30 pagi. Terkejut lagi dia apabila melihat Faris tiada disisinya. “Tak tidur lagi ke dia?” tanya hati Nadiah lalu bangun dan keluar dari bilik. Berhati-hati Nadiah mengatur langkah supaya tidak kedengaran dan hatinya berdebar-debar apabila melihat television masih terpasang. Hatinya terus digamit sayu apabila matanya memandang kepada sekujur tubuh yang lena di atas sofa.


“I’m sorry” bisik Nadiah. Kesedaran tentang segala yang berlaku selama dua minggu ini dan sejak menerima berita kehamilannya amat disedari akan tetapi kedegilan dan ketakutan menguasai segalanya. Airmatanya tumpah lagi apabila jari jemarinya menyentuh lembut pipi Faris dan meninggalkan ciumannya di situ.


“Marriage is a gamble. Cinta bukan jaminan untuk hidup bahagia kerana manusia akan berubah. Cinta boleh datang dan pergi bila-bila masa sahaja. We have to fight for happiness”, kata-kata ibunya sebagai pesanan sebelum mendirikan rumahtangga hadir kembali. Merenung wajah bersih Faris di dalam lenanya pesanan tersebut kini mengundangnya mencari makna. Tidak dapat Nadiah menahan rasa lalu mengucup pula dahi Faris, suami yang telah disakiti semenjak menerima berita kehamilannya.


“Apakah kesedaran datang terlalu lewat?” Nadiah bermonolog diri apabila Faris tidak bercakap sepatah apapun dengannya bermula dari solat Subuh tadi walaupun mereka berjemaah. Hatinya terasa sesal dan sebal ketika Faris menjamah sarapan yang disediakan lalu teringat beberapa hari yang lalu dia tidak menjamah sedikitpun sarapan yang Faris sediakan untuknya.


Debaran hatinya makin menjadi-jadi apabila teringat juga yang Faris tidak mudah dipujuk, itulah yang sering Kak Long dan Kak Ngah katakan dan Nadiah pelajari sikit demi sedikit semenjak awal Ramadhan dahulu. Sifat sabar Faris memang tinggi akan tetapi jangan sesekali melangkaui batasnya, “mati lah aku kalau marahnya tak berpenghujung. Bukan senang nak pujuk dia ni. “Itulah kau Nadiah, kalau cakap tak fikir panjang” bebel pula Nadiah dalam hati sambil mencari-cari idea yang bernas supaya Faris kembali menumpukan perhatian kepadanya.


“Sweetheart, tolong hantar saya pegi office hari ni boleh?” tanya Nadiah lembut. Tidak ada bantahan daripada Faris akan tetapi hari ini adalah hari yang paling sedih buat Nadiah apabila Faris tidak mencium pipinya seperti selalu, walaupun menghulurkan tangan apabila Nadiah mahu bersalam dengannya sebelum turun dari kereta.


*****


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2014 10:32 PM | Show all posts

Sudah sebulan Aidilfitri berlalu namun imbasan sebelum bertolak dan panggilan telefon Nadiah di malam raya masih segar dalam ingatannya. Sambutan hari raya kali ini memang berlainan sekali kerana dia merasakan terlalu jauh dari segalanya termasuk suami sendiri. Pernikahan keduanya sudah masuk tahun ke4 akan tetapi makin hari makin dirasakan seperti terkurung di dalam penjara yang dicipta sendiri.


“Apakah kerana beza usia mereka yang terlalu jauh? Apakah kehendak dan keinginan yang sudah jauh berbeza? Apakah juga tahap keintiman yang tidak lagi selari?”, berbagai soalan menghentam kotak fikirannya sejak pertengahan puasa lagi. Sebelum itu perbalahan yang tidak kunjung padam di antaranya dan Nadiah sehinggalah anak tunggalnya itu berumahtangga.


Semasa berada di Fortnum and Mason, hatinya terlonjak-lonjak memikirkan Nadiah dan kenapa di kali ini jem yang dikirim. Kiriman Nadiah kali ini amat berbeza kerana selalunya perisa yang disukainya adalah strawberry dan rasberry. Entah di mana sudut hatinya merasakan Nadiah sudah berbadan dua.


“Apa yang banyak sangat beli jem ni”, tegur suaminya apabila Rahimah membeli setengah dozen lemon curd dan setengah dozen orange marmalade bersama dengan dua botol strawberry dan rasberry apabila mereka di Fortnum and Mason. Namun demikian teguran tersebut tidak menghalangnya membeli seperti yang dirancangkan


“Banyaknya mummy beli…kalau banyak macam ni sampai bersalin pun tak habis lagi”, tutur Nadiah dengan ucapan terima kasih berkali-kali.


Di masa itu jenuh dirinya bertanya apakah Nadiah sedar apa yang dituturkan? Senyum, senggeh, tawa dan manja Nadiah kepada Faris nampak berlainan benar. Matanya tidak henti melirik melihat kemanjaan anak dan menantunya sehingga mungkin terlupa di mana mereka berada. Semenjak perjumpaan itu sehingga hari ini sudah hampir sebulan juga dia tidak berjumpa Nadiah. Panggilan telefon yang adapun hanya sekadar bertanya kabar.


“Mummy beria sangat nak hantar Nadiah ke England sebab Mummy dan Daddy nak divorce kan?”, jerit Nadiah di usia 14 tahun ketika rancangan untuk menghantarnya ke sekolah berasmara penuh di England adalah muktamad. Tidak akan ada sejumlah wang yang mampu mengubah masa silam, yang ada sekarang hanyalah dirinya yang mesti dan terus berusaha memenangi hati Nadiah kembali. Akan tetapi makin dicuba makin tercipta jurang di antara mereka anak beranak lebih-lebih lagi selepas pernikahannya empat tahun yang lalu.


“Aii…Mummy yang nak kawin dengan dia…mummy nanti yang nak layan segala kerenah dan kehendak dia…kenapa mummy tanya Nadiah pulak setuju ataupun tidak? Tanyalah diri mummy kenapa mummy nak kawin lagi?” perli Nadiah apabila Rahimah menegur sikap acuh tak acuhnya semasa mengenalkan Nadiah kepada Rashid bakal suaminya masa itu. Sejak dari pertemuan pertama dan sekarang setelah empat tahun Nadiah masih tidak dapat hendak merasa selesa dengan lelaki tersebut. Pernikahan dan perkahwinan Nadiah tidak mengubah apa-apa.


Sudah hampir seminggu Rahimah melayan perasaannya dan di hari ini pula sudah hampir 4 jam dia duduk menghadap kertas-kertas kerja yang berselerakan namun tidak ada satupun yang tersentuh sehinggalah loceng pintu rumahnya berbunyi dan Nadiah tercegat di situ.


“What’s wrong?” tanya Rahimah sebaik Nadiah duduk di sofa. Kedatangan Nadiah secara tiba-tiba ke rumahnya memang tidak disangka. Secara kebetulan sudah dua tiga hari fikirannya asyik berputar kepada anak tunggalnya itu dan melihat Nadiah di hari ini sudah dapat dirasakan ada yang tidak kena. Wajah anaknya itu sugul dan matanya merah. Lama Nadiah membisu walaupun berkali-kali ditanya apa yang terjadi.


“I’m pregnant mummy…13 weeks”, perlahan saja suara Nadiah memberikan kabar.


Bukan tidak bersyukur dengan berita yang disampaikan Nadiah, akan tetapi tutur kata Nadiah dan fikirannya semasa mengelamun tadi seolah tidak selari dan memerlukan waktu untuk menerimanya dengan baik. Anggukkan kepala Nadiah menyakinkan segalanya selepas itu.


“Alhamdulilah, congratulations” riang suara Rahimah menerima berita tersebut lalu memeluk anak tunggalnya itu. Namun pelukan longgar dan suramnya wajah Nadiah semasa sampai tadi memberikan amaran bahawa ada yang tidak kena, lalu Rahimah meleraikan pelukannya dan mahukan kepastian. Jawapan Nadiah sedikit sebanyak menggoncangkan hatinya dan sekilas rasa membawa Rahimah kepada episod-episod duka hidupnya

.
“I am not ready, mummy. This is too much for me to handle.” jawab Nadiah.


Terbayang kembali kemesraan dan cantiknya Faris dan Nadiah di hari pernikahan mereka. Pertemuan pertamanya dengan Faris memberikan aura yang terlalu positif. Sikap dan peribadi anak muda itu menawan hatinya dan justeru itu menampakkan kasih sayang yang ikhlas terpancar dari sinar matanya.


“Kenapa Nadiah cakap macam tu, you and Faris love each other so much, I’m sure you have made him the happiest man with this news” kata Rahimah lagi.


“Nadiah takut mummy. Everything is moving too fast for me and Faris. Kami hanya kenal 1 bulan sebelum kahwin. He proposed. I accepted within 2 days. 1 month later we’re married and now I’m pregnant” akhirnya Nadiah membocorkan rahsia yang disimpan kemas selama 5 bulan tanpa berfikir akibatnya nanti.


Tiada ada siapa yang mungkin percaya kata-kata Nadiah kalau melihat keserasian, kemesraan dan juga manja mereka di hari pernikahan tersebut. Walaupun jelas wajah malu pengantin baru mereka terlalu cantik di hari itu.


“Mummy tak salah dengarkan?” tanya Rahimah menginginkan kepastian. Anggukkan kepala yang Nadiah berikan masih tidak menjelaskan segalanya. “So this is love at first sight?” tanya Rahimah lagi.


“No mummy. Nadiah sendiri tak pasti tentang perasaan Nadiah masa itu. He is so nice, a guy anyone will die for, I just accepted his proposal because I want to escape from you and daddy. Mummy ingat kan, mati-mati Nadiah tak nak ikut mummy beraya kat London.” kata Nadiah berterus terang.


Antara jenaka dan kenyataan, terlepas juga gelak Rahimah mendengar penjelasan Nadiah. Entah kenapa dia merasa geli hati mendengarnya.


“Nadiah, Nadiah…soal nikah kahwin kamu buat main-main ya” soal Rahimah.


Sejurus selepas itu antara mereka diam seketika, Nadiah masih menunjukan muka monyoknya dan Rahimah pula cuba menyusun kata-kata bagi menenangkan perasaan anak tunggalnya yang bakal menjadi seorang ibu. Andai di titi segala pengalaman silam, Nadiah adalah anugerah buat dirinya walaupun rumahtangga yang dibina atas dasar cinta tidak mampu dipertahankan. Bukan dia dan Malek tidak berusaha untuk mempertahankan segalanya akan tetapi kehendak dan keinginan yang makin jauh dan berbeza menjarakkan mereka. Tatkala keputusan menghantar Nadiah ke England difikirkan jalan terbaik, mereka masih mampu dan tetap bertahan sehingga usia Nadiah 17 tahun dan Malek juga telah mulai mengenali Maria waktu itu. Desakan Nadiah untuk mengetahui rancangan mereka juga berjaya disembunyikan sehingga sekarang walaupun tuduhan Nadiah letakkan di hari pertama mengetahui segala rancangan. Apapun Rahimah amat bersyukur Nadiah tidak menjadi seorang anak yang liar dan hilang arus pedoman.


“Dulu mummy pernah rasa apa yang Nadiah rasa. Bila mummy dapat tahu yang mummy pregnant. Masa tu mummy fikir what’s going to happen to my career? Akhirnya mummy sedar yang hendak tak hendak mummy kena bersedia dan menerima semuanya” giliran Rahimah pula berterus terang.


Wajah Nadiah yang sudah sedia kala monyok dan pucat berubah menjadi tanda tanya apabila dia memberitahu Nadiah bahawa melahirkan Nadiah, melihat dia membesar, menggenggam seguluh ijazah, mendirikan rumahtangga dan kini bakal bergelar ibu adalah kejayaan sebenar hidupnya. Hanya Allah saja yang tahu betapa tebal kekesalan dalam dirinya kerana mengabaikan keluarga dan rumahtangga hanya kerana mengejar cita-cita dan impiannya meraih kedudukan di dalam pekerjaan. Tidak banyak yang Rahimah minta daripada Nadiah sekarang, cuma berharap agar anaknya itu dapat memberikannya peluang kedua bagi membaiki kesilapan lalu walaupun kini mereka bukan lagi sebuah keluarga yang sempurna.


“Do you think I will be a good mom?” tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut Nadiah.


*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 10:34 PM | Show all posts

Kelegaan menghampiri Nadiah selepas pertemuan dengan ibunya. Begitu lama sudah mereka tidak duduk berdua dan anak seolah menyatukan mereka kembali walaupun Nadiah masih dirundung rasa tidak menentu apabila mengenangkan zaman remajanya serta serba sedikit luahan rasa ibunya tadi. Kenyataan kini berada di ambangnya dan sudah mula terselit rasa gembira apabila meletakan tangannya di perut yang pasti akan membesar sedikit masa lagi.


“Nadiah bukan saja akan menjadi seorang ibu yang baik bahkan Nadiah telah buktikan menjadi seorang isteri yang baik. Tengok saja diri Nadiah sekarang, menguruskan makan pakai Faris dan juga rumahtangga. Mummy juga percaya Nadiah menyintai Faris sepenuh hati. I’m never a good example of a mom and wife so don’t ever think you are going to end up like me. Bersyukur sebanyak-banyaknya kerana Faris suami Nadiah dan percayalah tidak lama lagi rumahtangga kamu berdua akan lebih bersinar dan bercahaya dengan kehadiran cahayamata, benih kasih yang disemai”, luahan serta nasihat Rahimah membuatkan suaranya bergetar di hujung bicara.


Meniti kembali kata-kata ibunya dengan membuang jauh pandangan di hutan simpan kawasan rumahnya Nadiah sekali lagi berjanji pada diri tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh kedua orang tuanya dahulu. Walaupun sudah lama Nadiah tahu bahawa ibunya mementingkan kerjaya dari keluarga dan rumahtangga, akan tetapi hatinya bagai disiat-siat lagi tatkala mendengar sendiri dari mulut wanita itu.


“I love you baby”, kata Nadiah tiba-tiba dan terus meletakkan kedua tapak tangannya di atas perutnya. Terasa ketegangan yang ada kerana Nadiah sedar janin itu semakin membesar. “Forgive me sayang…mummy janji akan jaga anak mummy dengan penuh kasih sayang dan mummy janji tidak akan marah daddy lagi”, ucap Nadiah seterusnya dengan lelehan airmata.


“Jangan biarkan Faris merajuk lama-lama, tak elok. Mintak ampun dan maaf dengannya dan janji dengan mummy yang Nadiah tidak akan sakitkan hati Faris lagi”, pesanan ibunya datang menyinggah. Hari ini sudah masuk hari ke3 Faris menyepikan diri, jangankan nak bercakap menjawab sms pun jauh sekali. Sejak semalam dia asyik menangis saja begitu juga bila berjumpa mummy tadi sehingga sudah sakit rasanya seluruh anggota badan menahan pilu.


“I love you with all my heart. Please forgive me”, ucap Nadiah kepada kuntuman bunga-bunga kering yang Faris hantar dahulu lalu merebahkan dirinya di katil. Telah habis segala tenaganya di hari ini untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian.


*****

Lena Nadiah dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya dan tertera nama Kak Long di skrin. Dengan tarikan nafas yang dalam Nadiah menjawab salam yang Kak Long hulurkan. Pertanyaan kabar daripada Kak Long menceriakan kembali hatinya yang mula kusam setelah sampai ke rumah.


“Tak ganggupun…Nadiah balik awal tadi”, jawab Nadiah apabila Kak Long bertanya di mana dia sekarang. Tujuan Kak Long menalifon kerana gagal menghubungi dan mendapat Faris di talian untuk menyampai pesanan jemputan kenduri sepupu mereka hujung minggu ini.


“Nadiah sihat? Faris sihat?” tanya Kak Long lagi membuat Nadiah mencongak-congak sama ada untuk menyimpan rahsia atau memberitahu saja. Jeritan gembira Kak Long berikan apabila Nadiah memberitahu bahawa mulut kakak iparnya tu masin semasa hari raya dan sekarang dirinya mengandung 13 minggu.


“Allahuakbar…Subhanallah. Congratulations. I am happy for both of you. Please take good care of yourself ok”, ucap Kak Long dengan gembira.


Di hujung talian dapat Nadiah rasakan Kak Long merasa sebak apabila mengambil nafas dan terdiam seketika. Tidak susah untuk memahami perasaan Kak Long dengan berita yang disampaikan kerana itulah doa Kak Long untuk dirinya dan Faris dari awal. Selebihnya Nadiah juga tahu itulah impian Faris dan tentu Kak Long juga teringat kepada arwah mak. Didalam putaran masa yang singkat bagaikan sakti, segala sakit hati, marah, takut dan segala macam perasaan yang menghimpitnya tiga minggu yang lalu hilang serta merta apabila menyedari bahawa dirinya amat bertuah bersuamikan Faris dan mempunyai kakak ipar seperti Kak Long dan Kak Ngah.


Kegembiraan Kak Long serta dengan pantas otaknya berfikir dan menafsir membuat Nadiah menjadi sebak. Airmata yang ditahan menitis jua lalu kesayuan yang hadir membawa Nadiah meluahkan rasa kepada kakak iparnya itu. Pujukan Kak Long yang mengatakan rajuk Faris itu tidak akan lama dan berpanjangan melegakan kembali hati Nadiah yang mula berkecamuk sebentar tadi. Tatkala talian dimatikan Nadiah berdoa agar kandungannya sihat dan selamat dan semoga kehadiran cahayamata mereka nanti akan mengeratkan kasih yang sedia ada.


*****


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2014 10:38 PM | Show all posts

Makin hari makin kusut fikiran Faris dengan masalah yang melingkari dirinya. Tidak cukup dengan kerja yang bertimbun, sikap Nadiah dengan berita kehamilannya dan masalah yang satu ini tidak pernah diduga akan dialami benar-benar sudah melampaui batas.


Kekesalan yang terbit kerana meninggikan suara kepada Nadiah serta berdiam diri selama tiga hari ini sudah tidak tertanggung rasanya namun tidak dapat dinafikan kelukaan yang dalam dengan tingkah laku Nadiah sehingga merasakan bahawa Nadiah mempermainkan kasih dan cintanya selama ini dan ikatan pernikahan mereka.


Walaupun dia tahu Nadiah masih belum bersedia menjadi seorang ibu tetapi dia tidak menyangka yang Nadiah tidak boleh menerima ketentuan Allah. “Apakah aku saja yang merasa gembira dengan berita ini? Apa faedahnya aku berdiam diri dan membiarkan Nadiah begitu?” Berapa banyak masa yang Nadiah perlukan untuk menerima kehamilannya? Berapa lama aku harus bersabar?” bermacam soalan menerjah Faris dan hanya keluhan menjadi jawabnya.


“She’s your wife Faris..she needs you the most now”, berkata pula suara hatinya yang cuba disangkal beberapa kali di hari ini. Berkali-kali dia cuba memujuk hati supaya mengalah dan cuba memahami keadaan Nadiah tetapi hatinya masih lagi sakit. Setelah penat berperang dengan dirinya Faris melangkahkan kaki untuk ke satu tempat di mana dia tahu hatinya akan tenang dan berharap jawapan yang dicari ditemui nanti.


Sebaik saja kakinya mahu melangkah keluar deringan telefon mematikan langkahnya apabila nama yang tertera di skrin adalah panggilan daripada Kak Long. Keceriaan Kak Long mendatangkan bingit di telinganya dan sekiranya boleh mahu saja memutuskan talian. Pertanyaan daripada Kak Long dijawab lesu oleh Faris dan segera memohon maaf juga kerana tidak menjawab panggilan kakaknya itu di awal tadi.


“Dah nak jadi ayah ni cuba lah ubah perangai manja tu, jangan sikit-sikit nak merajuk. Seorang suami serta bakal nak jadi ayah ni kenalah banyak bersabar dan banyak belajar perihal perubahan isteri apabila proses kehamilan berlaku. Jangan nak marah-marah bini tak tentu pasal. Perempuan mengandung ni double sensitive Ris and it is normal bila ada rasa tak bersedia ataupun takut. Apa yang Nadiah perlukan sekarang is your support…she needs you”, sedikit sebanyak kata-kata Kak Long berputar diingatannya lalu deruan air pancut di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengingatkan tujuannya datang ke mari.


Lama serta panjang perbualan Faris setelah selesai menunaikan solat sunat tadi. Hanya kepada Allah dia mengadu dan melepaskan segala rasa yang terbuku di hatinya dan sesungguhnya Allah adalah pendengar yang setia. Sesungguhnya pernikahan dan perkahwinannya masih muda justeru itu ranjau, onak dan duri belum banyak yang ditempuh dan ini adalah sedikit daripada ranjau yang ada. Memang benar kata Kak Long bahawa isterinya itu memerlukan sokongannya walaupun dia bersikap tidak rasional tatkala menerima berita kehamilannya.


“Lima bulan masih baru Faris…belum cukup ranum…she needs you. Ingat janji yang kau lafazkan dan percayanya engkau bahawa dia adalah anugerah Allah yang hadir tepat pada masanya untuk kau cintai, kasihi, sayangi dan lindungi”, suara hatinya berkata lagi dengan ingatan. Alunan azan Maghrib menyedarkan Faris bahawa dirinya sudah lama di sini dan akan pulang sebaik saja selesai solat nanti. Hatinya mula tidak keruan memikirkan bagaimana keadaan Nadiah dan di manakah isterinya itu setelah sedar yang dia tidak menjawab panggilan Nadiah seharian dan juga sms kirimannya.


*****

Malam makin menginjak usia namun bayang Faris masih belum kelihatan. Kebimbangan dan kerisauan mula menerjah pintu hatinya dan perut yang mula kelaparan juga makin mengundang untuk Nadiah makan dahulu tanpa menanti kepulangan Faris.


“Nadiah…, memang di antara kita tidak akan sama selepas ini, but we are in this together dan saya janji tidak akan membiarkan awak hadapi segalanya ni sorang-sorang but if you can’t be rasional about all this macam mana saya nak bantu awak”, kata-kata pujukan Faris diulang-ulang dalam penantian yang panjang.


Deruan enjin kereta membawa Nadiah menjengah di tingkap dan bertanya pula dirinya apakah perlu menyambut Faris atau menantinya saja di meja makan. “Apalah bodoh sangat kau ni Nadiah…dah nak pujuk tu sambutlah. Patutnya tadi kau siapkan candle light dinner tau tak”, kata hatinya dengan marah lalu pantas membuka pintu dan senyum nipis Nadiah hulurkan kerana hatinya berdebar dan jari jemarinya pula membeku.


“Daddy dan ibu kirim salam”, ujar Faris memecahkan sunyi di antara mereka sebaik saja duduk di meja makan.


“How’s your day?” tanya Faris lagi sebaik saja Nadiah menyambut salam.


“Alhamdulillah bersuara jugak dia akhirnya”, ucap Nadiah sebaik menyuap sesuap nasi lantas Nadiah juga memberitahu Kak Long ada menalifon dan hanya anggukan kepala Faris berikan.


Bunyi alarm yang tidak henti mengejutkan Nadiah dan dalam keadaan yang masih terpisat-pisat menyedari bahawa Faris tidak ada di sebelahnya. Terbeliak biji mata Nadiah apabila mencapai telefon Faris untuk mematikan alarm. Memang tidak disangka apa yang dilihatnya dan memang sah ini kerja orang gila dan rasa mual yang tiba-tiba memaksa Nadiah meluru ke bilik air.


Rasa terkejut dan terperanjat yang tadi belum reda, ditambah pula dengan terkejut apabila Faris tercegat di hadapan pintu bilik air sebaik pintu dibuka dan menghulurkan sehelai tuala kecil. Pandangan mereka bertemu dan secepat kilat Nadiah melirik matanya ke arah katil dan Faris memimpinnya ke sana.


“Did you post your Victoria Secret and Flora Nikrooz lingerie in Instagram?” tanya Faris tanpa sebarang kata pengenalan. “We are in trouble”, ujar Faris seterusnya sebaik saja Nadiah mengangguk memberi jawapan.


“Yes..we are”, jawab Nadiah bersama dengan rasa mual yang datang kembali.


Suasana teramat sunyi sebaik saja Nadiah membuka matanya dan keadaan bilik yang samar-samar dari cahaya luar menandakan matahari sudah tinggi. Terkebil-kebil mata Nadiah bersama dengan kewarasan akal mencari kekuatan untuk bangun. Wangian mawar segar menusuk hidungnya lalu Nadiah bingkas bangun. Di bantal Faris terletak 9 kuntum mawar merah hati dan sekeping nota.


“Good Morning Princess…maaf kerana tidak mengejutkan awak dari tidur, tak sampai hati bila tengok isteri kesayangan saya tido macam seorang bayi dan maaf kerana tak dapat teman awak di rumah hari ni. Hope the roses will do for time being dan jangan kemana-mana hari ni. Will call you later…I love you, Faris”


Kerinduan, marah dan rajuknya terlerai apabila setiap patah kata Nadiah baca lalu kuntuman mawar Nadiah cium dengan janji untuk mencari apakah mungkin terselit makna di sebaliknya.


Semenjak mengetahui dirinya mengandung tidak pernah dirinya merasa mual dan hendak muntah akan tetapi perubahan yang berlaku awal pagi tadi mengundang tanya di hatinya. Keadaan badan lesu dan tidak bermaya lebih kurang sama dengan dirasakan semasa hari raya walaupun masa itu tidak diketahui yang dia hamil tidak begitu dirisaukan berbanding rasa mual tadi. Di pagi ini adalah hari pertama di mana Nadiah tidak punya selera hendak makan walaupun perutnya terasa lapar dan jam juga sudah pukul 11 pagi.


“Wait for me at KLCC around 5 this evening”, itulah bunyi sms Faris yang sekaligus membuat Nadiah kenyang. Tidak mahu difikirkan kenapa dan mengapa Faris memintanya menunggu di KLCC, segelas milo panas dan beberapa keping biskut membuka seleranya dengan segera.


Senyuman melirik menemani Nadiah membaca email dan sedikit review kerjanya dan melebarkan senyuman apabila makna 9 kuntuman mawar diketahui. “Together as long as we live” itulah maksud yang tertera dan itulah juga doa Nadiah semoga rumahtangga dan kurniaan Allah ini dapat dijaga sebaiknya sehingga ajal menjemputnya.


Tepat jam 3 petang Nadiah sudah berada di dalam KLCC dan sekadar window shopping sementara menunggu Faris. Hampir semua kedai disinggahinya untuk mencari sesuatu buat Faris akan tetapi hampa. Tiba-tiba kedai kecil berdekatan dengan Modern Mum menarik perhatiannya untuk singgah sehingga dengan segera merasakan hilang segala lenguh berjalan hampir satu setengah jam tadi. Dua buah katil kecil menghiasi tengah ruang kedai tersebut. Sebuah berwarna coklat dan sebuah lagi berwarna putih jernih siap dengan kelambu berwarna pink manakala yang satu lagi berwarna biru air. Lama Nadiah berdiri di situ menatapi hiasan yang ada serta meminta izin untuk mengambil gambar katil tersebut apabila telefon bimbitnya berbunyi.


“The bed is to small for three but if you ask me I prefer white”


Liar mata Nadiah memandang keliling kerana sms tadi datangnya dari Faris yang Nadiah pasti whatapps nya kepada Faris berselisih. Bayangan Faris tidak kelihatan walaupun telah Nadiah menjengahkan diri di luar kedai. Tanpa disedari tangannya disauk lembut dan hampir hilang kawalan sementara apabila cuba merentap dan disambut pula oleh tangan yang sama.


Dengan mengetap bibir bercampur rasa terkejut dan marah bulat mata Nadiah memandang Faris yang menyenggeh di hadapannya. Terasa juga peluh dingin di dahinya apabila Faris menguak sedikit rambut yang jatuh sehingga tidak mampu berkata. Pandangan dan senyum Faris juga menjadi kelabu untuk seketika.


“I’m sorry…shall we mem”, kata Faris lalu menghulurkan tangan.


“Where are we going”, tanya Nadiah pula sebaik saja memboloskan diri ke dalam kereta.


Perjalanan yang hanya mengambil satu pusingan membawa Faris memberhentikan kereta di hadapan G Tower. Di dalam fikiran Nadiah masih terlalu awal untuk makan malam kerana jam baru saja menunjuk pukul 5 petang. “Please don’t tell me this is another surprise”, kata hati Nadiah sebaik saja pintunya dibuka oleh pekerja valet dan dua buah overnighter beg dikeluarkan. Sekali lagi Faris menghulurkan tangan apabila Nadiah tercegat bagaikan kakinya diikat untuk berjalan.


“Kalau pujuk dengan air liur tak jalan…kenalah keluar belanja lebih dan perah otak tulis ayat-ayat cinta”, kata-kata Kak Long suatu ketika dahulu menular kembali di dalam diri Nadiah lalu terlepas tawa kecil di bibirnya.


Seraya dengan itu pinggangnya dipeluk lembut oleh Faris tatkala Nadiah sedang menikmati panorama Kuala Lumpur dari bilik mereka. Tiada bicara di antara mereka sekadar hembusan nafas yang kedengaran. Bagi Nadiah dia tidak memerlukan Faris memujuknya begini, cukup sekadar kemaafan yang diberi akan tetapi mentelaah mereka sudah di sini tidak sesekali akan Nadiah sia-siakan keindahan bilikexclusive mereka untuk malam ini. Walaupun begitu whatsapp yang diterima di awal pagi memerlukan huraian dan teramat berat pula mulut Nadiah untuk bertanya Faris ketika dirinya asyik dimanjakan.


“Sejauh mana kau berazam menghancurkan kami?”, itulah pertanyaan yang membelit fikiran Nadiah ketika melihat kembali segala whatsapp yang dikirim Aisyah kepada Faris sejak mereka pulang dari Pulau Gaya. Tertanya juga Nadiah kenapa Faris merahsiakan segalanya. Tidak membuang walau satupun pesanan yang diterima adalah wajar andainya Faris berhasrat menjadikan semuanya ini bahan bukti. Keinginan hendak bertanya tentang Aisyah dan bila pakaiannya disediakan untuk malam ini membuak-buak akan tetapi suasana romantis private room di Trattoria Tanzini menghapuskan segalanya.


“Wow…a private room”, ujar Nadiah yang terkesima dengan susun atur bilik tersebut. Sebuah meja yang telah siap disusun bersama dengan lilin dan juga lilies membawa kaki Nadiah terhenti. Terdetik di fikirannya bahawa segala ini terlalu mewah dan terlalu memaksa Faris untuk bermohon maaf walhal dia yang bersalah. Lalu dia meminta supaya pelayan meninggalkan mereka buat seketika.


Tarikan nafas Nadiah ambil dan lepaskan sebelum memegang kedua belah tangan Faris dan merenung tepat ke arah mata dan muka Faris. Sebaik saja Nadiah mahu membuka mulut Faris menguncinya dengan ciuman sehingga Nadiah tenggelam di dalam keghairahannya. Apabila Faris melepaskannya renungan serta pegangan tangan Faris dan usapan di pipinya mematikan segala bicara.


“Kita sama-sama salah…saya tidak mahu dengar ucapan maaf di malam ini. Let’s lost ourselves in each other’, bisik Faris lalu membawa Nadiah ke dalam pelukannya.


*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 10:40 PM | Show all posts

Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila berita kehamilan Nadiah diketahui oleh kaum keluarga dan rakan-rakan rapat mereka. Ucapan tahniah daripada Mak Su dengan penuh rasa kesyukuran tetap mengundang sayu di hatinya. “Bertuahnya aku”, bisik Nadiah apabila meletakan gagang telefon sebentar tadi. Menurut kata Mak Su dia asyik teringat kat mereka berdua lalu mengambil keputusan menalifon Faris dan tidak disangka-sangkanya ingatan yang kuat itu mempunyai berita gembira. Tersentuh benar hati Nadiah apabila Mak Su menyebut kalau ibu Faris masih ada tentu ada majlis lenggang perut diadakan. Usulan tentang majlis itu ada juga Mak Su war-warkan tetapi Nadiah mohon Mak Su berbincang dengan Faris dahulu dan dia akan mengikut saja nanti.


“Tahniahhhh…kan betul aku cakap tahun depan kau beraya bertiga”, pekik Ira bergema di pejabat Malek and Co lalu meluru memeluk Nadiah. Dakapan Ira dibalas mesra oleh Nadiah dengan ucapan terima kasih lalu terasa enak pula apabila Ira membuainya kiri dan kanan. Walaupun hati dan perasaan masih lagi ragu-ragu dan takut, dia sudah dapat menerima ketentuan yang sedia tertulis ini.


“Alhamdulillah…Nadiah tidak mengalami morning sickness atau apa-apa alahan. Ibu dulu kesian kat daddy sampai berumahtangga di hospital for the first 3 months. Hidup dengan drip sahaja”, cerita Maria, ibu tirinya. “Jangan biasakan diri tu marah-marah, banyakkan selawat, beristighfar, jaga makan minum dan juga pergerakan. Active is good but not over active” pesan ibu tirinya bersungguh-sungguh.


Apabila Nadiah memberitahu kadang-kadang dia terasa cramp seperti hendak datang bulan dan membuatnya risau, ibu tirinya menyarankan untuk bertanya doktor dan jenis vitamins apa yang perlu diambil. Sekali lagi hatinya berbisik kenapa ibunya sendiri tidak memberi panduan dan tunjukajar walaupun telah terlebih dahulu Nadiah memberitahunya.


Setelah mendapat sedikit maklumat dari bacaannya di internet, Kak Asma dan juga ibu tirinya Nadiah tidak terlalu memikirkan keadaan tersebut kerana datangnya juga sekali sekala dan sekejap cuma. Apa yang penting sekarang anak yang dikandung sihat serta dirinya sendiri sihat dan tidak juga Nadiah lupa mengucapkan berbanyak syukur kerana tidak mengalami morning sickness dan alahan seperti mana kebanyakan cerita yang didengarnya.


“Nah…our reading materials for the next 6 months” kata Nadiah lalu menghulurkan buku mummy-to-be kepada Faris. Berkerut kening Faris apabila menyambut buku tersebut dan mengatakan dia father-to-be jadi buku itu bukan untuknya. Lalu dengan segera Nadiah mengingatkan suaminya tentang janji yang terlafaz bahawa akan sama-sama mengharungi pregnancy ini, gelak pula yang terlepas daripada mulut Faris.


“Darling…I’ve been with you all along, all the tantrums, all the angers, rajuk manja, apa lagi… and all the unpredictable moments which I do think no books have the tips for me”, jawap Faris lalu memicit hidung Nadiah sehingga dia menjerit kelemasan. Akan tetapi sebelum beredar Faris membawa buku tersebut bersamanya membuat Nadiah mendengus geram. Tawa yang Faris berikan berterusan sehingga dia hilang di sebalik pintu kamar mereka.


Semakin hari perasaan sayang dan kasih terhadap bayi di dalam kandungannya tercipta. Perasaan itu makin hebat apabila dia bercerita kepada Faris isi hatinya sedikit demi sedikit mengenai kegusarannya, ketakutannya dan tidak kurang segala apa yang dilalui sejak zaman remaja. Ketika pengesahan dibuat Faris berada jauh daripadanya dan sebelum itu juga Faris sering keluar negeri kerana tugas membuatkan dia sering terfikir apakah yang bakal terjadi kalau Faris tiada bersamanya pada masa dan saat yang diperlukan.


“Apakah sebab tu awak marah-marah”, tanya Faris kembali.


“Jujurnya saya sendiri tidak pasti. Masa itu apa yang saya tahu saya tidak bersedia, semuanya terlalu pantas saya rasakan”, jawab Nadiah bersama keluhan.


Kini kandungannya sudah menjejak 4 bulan dan walaupun Faris masih perlu bertugas di luar, perasaan Nadiah tidak lagi dirundung resah seperti awalnya. Akan tetapi kekejangan yang berlaku secara tiba-tiba sehingga menyukarkannya untuk berjalan membawa perasaan takut di dalam dirinya dan Faris pula tiada di rumah masa itu. Dengan semangat yang tinggi Nadiah mengawal sakit yang ada dengan merehatkan diri sementara menunggu Faris pulang dari bermain futsal. Dilawan juga rasa untuk tidak menalifon Faris kerana tidak mahu Faris merasa risau tidak semena-mena.


Keadaan sekeliling amat sunyi sebaik saja Nadiah membuka matanya. Dilihat ada tali halus dan botol yang tergantung di sebelah kanannya lalu memaksa tangan kanannya tidak boleh digerakkan. Di sebelah kirinya kelihatan Faris tengah mengerjakan solat lantas Nadiah cuba mengingati apa yang terjadi dan dengan pantas juga tangan kirinya diletakkan di atas perutnya.


“Something is not right…I’m bleeding. Sweetheart I don’t want to lose our baby”, tangis Nadiah apabila terkenang apa sebenarnya berlaku sebelum dia tidak sedarkan diri.


“Sayang…”, tegur Faris lalu duduk disisinya.


“Our baby?”, tanya Nadiah dalam sedu sedannya.


“Alhamdulillah…anak kita selamat. Jangan fikir banyak-banyak ok…just rest”, pujuk Faris dengan menyeka airmatanya. Ucapan syukur Nadiah lafazkan apabila Faris menyakinkan bahawa kandungannya selamat dan perlahan-lahan dia terlena kembali.


*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 10:44 PM | Show all posts

Sedang Faris membelek akhbar hari ini loceng pintu rumahnya berbunyi dan tetamu yang hadir seperti sudah diduga kehadiran mereka. Kedua orang tua Nadiah termasuk ibu tirinya sekarang berada bersama dengannya.

Kedatangan mereka disambut mesra oleh Faris dan sekali pandang dapat Faris tafsirkan bayangan kerisauan di raut wajah ayah mertuanya. Salam dihulur disambut lalu menjemput mereka masuk. Perkara pertama yang ayah mertuanya bertanya sudah tentu perihal Nadiah begitu juga dengan ibu tiri Nadiah.


“Nadiah macam mana?” tanya Maria sebaik saja masuk ke rumah. “Risau ibu dengar bila dapat tahu dia masuk hospital dah lah kami jauh masa tu”, ujar Maria lagi. Memang jelas kerisauan di wajah mereka berdua yang secara kebetulan baru saja sampai dari Kuching kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu Nadiah di sana.


“Alhamdulillah ibu…Nadiah dan baby tak ada apa-apa cuma lepas ni kenalah kurangkan segala aktiviti”, jawab Faris dengan senyuman bagi meringankan kerisauan mereka. Oleh kerana ibu Nadiah juga ada di atas lalu Faris menjemput mereka naik akan tetapi ayah mertuanya menyuruh Maria saja yang naik dahulu kerana dia mahu bercakap sekejap dengan Faris. Setelah Maria hilang dari pandangan, Faris pula yang berdebar menantikan apakah yang ingin dicakapkan oleh ayah mertuanya. Bukannya mereka tidak pernah bersembang sebelum ini namun di hari ini ada sedikit kelainan yang dirasakan oleh Faris.


“Are you ok?” tanya Dato” Malek membuatkan Faris memandang tepat ke arahnya.


“Saya ok saja Daddy. Mula-mula tu panik lah jugak tapi kalau saya tak boleh kawal keadaan tentu Nadiah lagi panik. Alhamdulillah tak ada apa-apa”, jawab Faris panjang lebar dengan diperhatikan oleh ayah mertuanya. Berdebar sudah dada Faris apabila melihat renungan lelaki itu. Dengan rasa pasti Faris dapat mengagak ada makna yang tersembunyi di sebalik pandangan dalam yang diberikan oleh ayah mertuanya.

Tatkala lelaki berusia separuh abad itu mengambil dan menggenggam tangannya lalu mengucapkan terima kasih Faris hilang arah dan punca. Beria benar ayah mertuanya mengucapkan terima kasih kerana sudi menikahi Nadiah, menyayangi dan menjaganya dengan penuh cinta dan kasih.


“Kenapa ni Daddy?” tanya Faris kebingungan dengan membalas pegangan tangan ayah mertuanya. Bertambah binggung apabila ayah mertuanya tunduk membisu. Seketika kemudian bersungguh-sungguh pula ayah mertuanya memohon maaf dan mengatakan bahawa tidak pernah dia menyangka dan menduga ada lelaki sebaik Faris yang sangat penyabar dengan segala kerenah anak perempuannya itu.


“Mummy dah bagi tahu segalanya kat Daddy. Pernikahan kilat kamu berdua dan juga Nadiah yang tidak dapat menerima kenyataan yang dia mengandung”, jelas Dato’ Malek satu persatu beriring senyum.


Penjelasan itu menjelaskan segalanya kenapa ayah mertuanya tadi beria benar hendak bercakap dengannya dahulu. Sungguh dia tidak menyangka bahawa rahsia yang disimpan kemas terkeluar akhirnya kerana ketakutan yang Nadiah rasakan.


“Your dinner mem” kata Faris sambil meletakkan dulang makanan di atas meja sebelah katil.


“Awak masak bubur ni ke?” tanya Nadiah. Sekadar senyuman Faris berikan dengan pertanyaan itu dan apabila Nadiah kata bubur itu kelihatan lazat sekali dan baunya juga sudah cukup membuat dia terliur.


Dari segi luarannya Nadiah dapat dilihat sebagai beruntung kerana ada dua orang ibu dan juga dua orang ayah yang menyayangi dan mengambil berat akan hal dirinya. Walaupun sehingga bergelar isteri Nadiah masih memandang serong terhadap ayah tirinya, Faris yakin di satu sudut yang berlainan lelaki itu ada perasaan simpati terhadap anak tirinya. Adakalanya Faris terasa pelik juga kerana Nadiah dengan jelas rapat dan mesra dengan ibu tirinya berbanding dengan ibu sendiri.


“Kalau saya masak nanti awak muntah pulak. Ibu yang bawa tadi” kata Faris sambil mengacau bubur ayam yang masih panas.


“Suapkanlah, baby dah lapar ni” kata Nadiah dengan manja.


Apabila rahsia tidak lagi menjadi rahsia sesuatu yang pernah terbit di hati Faris untuk bertanya ayah mertuanya begitu ringan hendak di utarakan akan tetapi keadaan sekarang membuat Faris teragak-agak untuk bertanya.


“Nadiah adalah segalanya bagi saya daddy. Saya minta maaf kerana merahsiakan hal ini tetapi sejujurnya dia adalah anugerah buat saya. Kami dipertemukan dalam masa dan waktu yang tepat dan saya yakin dia adalah jodoh yang terpilih buat saya. Tidak terniat dan terlintas langsung untuk saya mempermainkan dirinya”, panjang penjelasan Faris dan dengan itu dirasakan terlepas beban yang ditanggung.


Ucapan terima kasih yang dihulurkan ayah mertuanya disambut senyuman walhal segalanya itu tidak perlu. Kelemahan Nadiah adalah kekuatan untuknya dan dia juga berharap kelemahan dirinya menjadi sandaran untuk Nadiah menilai kehidupan dengan lebih baik. Sesingkat usia perkahwinan mereka Nadiah telah memberikannya kebahagiaan dan juga menguji sejauh mana kejujuran yang dihulurkan itu ikhlas ataupun tidak. Keyakinan Faris bahawa ujian tetap akan datang dan tidak akan berhenti selagi bernama manusia dan dengan setiap ujian dan dugaan akan mematangkan mereka lalu mengecap bahagia yang sempurna.


Benar sungguh dengan segala apa yang pernah didengarkan dari teman-teman tentang keikhlasan dan yang dipelajari sedikit sana dan sedikit sini di majlis ceramah dan syarahan agama. Walaupun dilambung ombak sekalipun, bersama dengan keikhlasan, kesyukuran, usaha dan kasih sayang diterapkan jalan penyelesaian yang terbaik akan diperolehi. Perbualan serta luahan dari hati ke hati siang tadi bersama bapa mertuanya membuka lagi mata dan hati Faris tentang hakikat kejujuran.


“Daddy banyak lakukan kesilapan di dalam rumahtangga walaupun Maria bukan penyebab utamanya. Daddy sering bercerita tentang masalah Daddy kepadanya dan Mummy juga tahu hubungan kami di waktu itu akan tetapi Nadiah terlalu remaja untuk memahami segalanya. Nadiah dewasa sebelum waktunya kerana berada ditengah-tengah kemelut kami, kedua ibu bapanya”  keluh Dato’ Malek membuka cerita lama.


“Sebab itukah Nadiah dihantar ke England? Nadiah selalu cakap dia ke England untuk memudahkan proses perceraian Mummy dan Daddy”, tanya Faris ingin kepastian tentang tuduhan Nadiah terhadap kedua ibu bapanya. Alasan ataupun tuduhan itu sering Nadiah sebutkan setiap kali mereka membuka kata dalam sessi luahan rasa sejak sebelum bernikah lagi. Anggukan ayah mertuanya membuat Faris kehilangan kata-kata.


“We lasted another 2 years while Nadiah was there. Kami tetap berusaha untuk menyelamatkan keadaan akan tetapi apalah gunanya bersama tapi tidak sekata”, ujar Dato’ Malek seketika kemudian membawa Faris mengenang kembali kata-kata Nadiah selama ini dan lebih-lebih lagi semasa mendapat tahu dirinya hamil.


“Kehilangan” adalah perkataan yang Nadiah takuti kerana selepas kematian arwah neneknya dia ditemani dan dijaga oleh arwah atok di England. Keinginan arwah atok untuk pulang ke tanahair seketika adalah kepulangan hakiki apabila arwah atoknya meninggal dua minggu sekembalinya dari England.


Di remang petang itu Faris bertafakur meniti kembali rentetan bualannya bersama ayah mertuanya dan sebaik mungkin mengingati sikap Nadiah selama ini. Sekali lagi keyakinan Faris letakkan bahawa memperisterikan Nadiah dalam satu perkenalan singkat bukan satu kesilapan, ia sekali lagi anugerah.


“Daddy berterima kasih kepada Faris kerana sudi terima Nadiah sebagai isteri. It’s a big risk but you take it very well son. Daddy bersyukur Faris hadir dalam family kami. Terima kasih kerana telah kembalikan Nadiah dalam keluarga ini. Sekarang Nadiah dah banyak berubah ke arah lebih baik” kata Dato’ Malek sambil memegang bahu Faris. Mereka berpandangan dan tersenyum.


“Jauh sangat termenung tu kenapa”, tanya Nadiah membuatkan Faris tersentak.


“Lahh kenapa tak makan lagi ni”, soal pula Faris apabila melihat bubur di depan Nadiah masih tidak diusik.


“Nak makan macam mana? Tukang suap termenung jauh”, usik Nadiah dengan senyum melirik.


*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 10:47 PM | Show all posts

Sudah 3 hari Nadiah menghabiskan masa di dalam bilik dan di atas katil saja. Berjalan hanya sekadar untuk ke bilik air. Segala pergerakan untuk keluar dari bilik ini dihalang dan dikawal rapi oleh Faris. Majalah dan buku yang berserakan kini sudah menyemakkan matanya.


“Kalau macam ni untuk seminggu boleh jadi gila jugak agaknya?” tanya Nadiah di hati apabila mundar mandir di dalam bilik tidurnya. Hatinya melonjak-lonjak untuk keluar dan turun ke bawah akan tetapi bodyguard yang seorang tu akan sentiasa mengawasi pergerakannya. Cuti sakit Nadiah masih ada seminggu lagi dan pemeriksaan dengan doktor tadi mengesahkan segalanya dalam keadaan baik.


“Alhamdulillah”, bisik hati kecilnya dan mengurut perlahan perutnya dengan penuh kasih.


“Nadiah from now on, jangan nak stress lagi, jaga kandungan tu. Nadiah jangan layan perasaan risau atau apa-apa yang tidak menyenangkan. Everything will be fine. Just enjoy the pregnancy. Jangan buat kerja-kerja berat buat masa ni”, kata-kata nasihat daripada ibu dan ibu tirinya menjadi ingatan Nadiah dan yang paling Nadiah suka apabila ibu tirinya berkata “suruh Faris buat segala kerja rumah” lalu tersembul muka Faris di pintu bersama ayahnya.


“Nasib badan…” sampuk Faris yang baru saja masuk ke dalam bilik dengan Dato’ Malek. Berderai ketawa semua yang ada termasuk Nadiah.


Bermula di saat itu Nadiah sedar bahawa kandungan ini terlalu bermakna buatnya dan ia melambangkan cinta kasihnya bersama Faris. Zuriat yang dikandung adalah benih kasih mereka berdua yang makin mekar dari hari ke hari walaupun mereka berdua telah diuji dengan kehilangan. Kasih sayangnya kepada janin di dalam rahimnya makin terserlah dan mungkin juga serinya terpancar di wajah.


“Alahai cantiknya mummy hari ni”, puji Kak Asma sebaik saja Nadiah melangkah masuk ke pejabat dengan mengenakan baju mengandung untuk kali pertama. ‘Mulai sekarang jaga diri baik-baik…jangan asyik ingat kerja saja…jangan biarkan perkara aritu berulang”, pesan Kak Asma pula walhal ini bukanlah hari pertama Nadiah balik bekerja sejak keluar hospital.


Kejadian dua bulan lalu memberi kesedaran kepada Nadiah yang dia boleh kehilangan anak yang dikandung sekelip mata saja. Bermula dari situ kepada semua orang Nadiah berjanji akan jaga diri baik-baik termasuklah dirinya sendiri. Tak larat juga dengar leteran Mak Su apabila datang menjaganya selama seminggu waktu itu. Sememangnya tidak Nadiah sangka Mak Su sanggup berkorban masa dan tenaga untuknya dan Faris.


“Kamu ke Faris ke semua anak Mak Su…kalau arwah masih ada sekalipun selagi Mak Su mampu mesti Mak Su datang tengok kamu. Mak Su tak ada kakak jadi bila nikah ngan Pak Su kamu dialah kakak dialah mak buat Mak Su. Tak terbalas jasa Mak Su kat dia”, luahan hati Mak Su terhenti di situ apabila tidak mampu lagi menahan sedihnya.


Titisan airmata Mak Su mengenangkan arwah ibu Faris mendatangkan sedih di hati Nadiah juga. Mana tidaknya sudahlah dia tidak berkesempatan bertemu dengan arwah, cerita Mak Su pula yang amat dan terlalu berterima kasih dengan arwah menandakan eratnya hubungan keluarga serta ipar duai yang ada. Di masa yang sama sempat juga Nadiah menyuluh dirinya sendiri apakah nanti dia mampu berbuat demikian untuk Kak Long dan Kak Ngah serta dua orang adik lelakinya.


Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, Nadiah dan Faris semakin meniti bahagia. Sedar tak sedar usia kandungan Nadiah sudah lima bulan dan perutnya sudah mula kelihatan. Semakin lama semakin Nadiah merasai kehadiran bayi yang dikandungnya. Menurut pemeriksaan yang dilakukan semalam, proses pembesaran bayinya sihat dan Nadiah amat bersyukur kerana dia semakin sihat dan tidak juga ada apa-apa masalah dengan bayi yang dikandungnya.


“Kenapa monyok saja ni” kata Faris lalu memeluk pinggang Nadiah semasa Nadiah hendak bersiap ke pejabat.


“Hmm seluar dan baju dah banyak tak muat” jawab Nadiah sambil mengeluh.


“Lah susah apa, time to shop new wardrobe lah mummy” jawab Faris sambil tangannya mengusap lembut perut Nadiah. Dapat Nadiah rasakan Faris semakin teruja seperti dirinya juga apabila melihat kandungannya semakin membesar. Selepas ujian ultrasound dan scan tempohari rasa tidak sabar untuk melihat wajah anak mereka pula timbul.


Deringan whatsapp mengejutkan Nadiah ketika membelek baju yang hendak dipakai yang kesemuanya sudah sendat dan ketat. Hampir gugur jantungnya melihat gambar yang tertera. Terjelepuk Nadiah di atas kerusi berdekatan dengan debaran yang kuat lalu beristighfar berkali-kali untuk melegakan segala rasanya.


“Bloody hell”, sumpah Faris sebaik saja Nadiah menunjukkan apa yang diterima. Sepantas kilat juga Faris memeluk dirinya dan mententeramkan kegetaran yang dialami. Sudah terlalu lama mereka berdua bersabar di dalam keadaan ini dan cuba sedaya upaya untuk tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah akan tetapi di hari ini Faris sudah naik hantu dan tidak lagi memikirkan hubungan jiran tetangga dan keluarga yang ada.

Walaubagaimanapun segalanya itu tidak menghalang Nadiah dan Faris untuk menikmati hujung minggu dengan ceria. Mereka tetap meneruskan rancangan yang telah dibuat dengan berjanji akan melupakan tentang segalanya dan memenuhi hari ini bersama dengan membeli belah.


Sememangnya hari yang menyeronokkan apabila segala tenaga yang ada digunakan dengan baik. Mereka berdua bukan saja membeli belah akan tetapi bertembung dengan Azlan dan Hisham lalu makan tengahari bersama.


“Darling…awak percaya ke mamat berdua ni straight?” tanya Nadiah dengan selamba kepada Faris di hadapan Azlan dan Hisham.


“Bagus jugak kalau they tak straight boleh saya isi borang”, gurau Faris lalu meledak tawa 3 lelaki itu dan Nadiah hanya mampu membuntangkan matanya dan mengetap bibir.


Ucapan tahniah dan kegembiraan Azlan dan Hisham untuk dirinya dan Faris amat ikhlas dirasa dan hubungan persahabatan yang terjalin di antara Faris dan dua orang kawan karibnya membuat Nadiah selesa untuk membicarakan masalah yang sedang mereka hadapi. Temujanji telah diaturkan pada hari Rabu hadapan untuk mereka sama-sama berbincang langkah seterusnya.


“Mummy…daddy bagi green light untuk beli baju mummy saja…baju baby kemudian, lambat lagi”, kata Faris lalu menarik tangan Nadiah apabila masih lagi hendak masuk ke kedai yang menjual barangan bayi.


“Dah penatlah tu”, usik Nadiah pula apabila Faris mencebik bibirnya dan memegang kaki yang keletihan.


Tiba-tiba muka Nadiah berkerut dan memegang perutnya sewaktu mereka berhenti untuk masuk ke sebuah cafe. Apabila menyedari keadaan Nadiah mereka diberi keutamaan lalu Faris segera bertanya kenapa dan mengapa. Wajah kebimbangan Faris terserlah namun Nadiah masih menahan rasa yang ada dan tidak dapat untuk berkata. Setelah rasa itu reda senyuman Nadiah hulurkan kepada suami yang kekeliruan.


I think I just felt our baby first kicks” kata Nadiah dengan teruja. Berubah terus wajah Faris bertukar menjadi kecewa kerana terlepas peluang untuk merasa tendangan pertama anak mereka.


“Janganlah merajuk daddy…there will many more to come”, pujuk Nadiah dengan menghulurkan tangannya. Ketika Faris menyambut dan menggenggam tangan Nadiah datang seorang pelayan untuk mengambil pesanan mereka. Senyuman pelayan tersebut Nadiah sambut dengan senang kerana dialah juga yang memberikan keutamaan tempat duduk kepadanya tadi.


“Alhamdulillah…semoga anak mummy membesar dengan sihat dan terima kasih memberi rasa tendangan pertama tadi”, bisik Nadiah di hati sambil tangannya mengusap perut yang tiba-tiba dirasanya menggunung.


“I love you sweetheart”, bisik Nadiah pula kepada Faris.


*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 10:49 PM | Show all posts

Menumpukan perhatian kepada kerja adalah salah satu cara Nadiah mengatasi kelesuan dan fikiran yang kadang-kadang terganggu apabila mengingatkan perbuatan Aisyah terhadapnya dan Faris. Demi menjaga etika guaman tiada sebarang perintah mahkamah akan dikeluarkan melalui Malek and Co. Dengan bantuan Azlan dan Hashim serta whatsapp yang dikirimkan oleh Aisyah kepadanya dan Faris, penyiasatan mula dijalankan dan masih diteruskan bagi mengukuhkan bukti sebelum tuduhan dibuat.


“Alhamdulillah”, sebaik saja menghabiskan suapan yang terakhir dan memerhatikan Ira yang seolah-olah tidak terusik makanan di pinggannya. “Apa yang dimenungkan tu…tak baik tau depan rezeki”, tegur Nadiah apabila melihat Ira yang sebenarnya termenung.


Majlis pernikahan dan perkahwinan Ira hanya seminggu sahaja lagi dan hampir setiap hari Ira merungut banyak perkara yang masih tidak selesai. Walaupun sudah jenuh Nadiah menasihatkannya supaya jangan terlalu memikirkan hal majlis tapi lebih mementingkan kesihatan dan persediaan mental serta fizikal sebagai bakal isteri ia disambut tawa oleh Ira setiap kali.


“Aku ni bagi nasihat sebab aku dah melaluinya” nasihat Nadiah kepada Ira apabila kawannya itu selalu sangat berkata yang kepalanya hampir pecah memikirikan pasal urusan-urusan yang masih belum selesai. Melihatkan keadaan Ira sudah Nadiah jangka yang kawannya ini sebenarnya dalam kerisauan sehingga menjadi panik.


“Trust me Ira, everything will be fine” nasihat Nadiah. Banyakkan berzikir bawak bertenang Insha’Allah semuanya akan berjalan lancar.


“Ewahh dah cakap macam ustazah pulak kau ni. Tapikan aku patut ikut cara kau dulu redah saja cinta lepas kawin…aku tengok kau happy jer…masalah dugaan tu biasalah”, kata Ira sejurus selepas Nadiah memberikan nasihat.


Gelak tawa Ira bagaikan sukar berhenti apabila Nadiah bercerita panjang lebar bahawa apa yang dicakapkan itu adalah melalui pengalaman sendiri sehinggalah perutnya yang sudah membusung itu kerana limpahan kasih yang tidak bertepi. Pesan Nadiah lagi bahawa segalanya adalah tanggungjawab termasuk hubungan suami isteri, kerana itulah kita dihalang untuk bercerita mengenainya. Hubungan itu bukan sekadar memuaskan keinginan dan kehendak akan tetapi ada susur galur yang perlu dipatuhi supaya tidak terkeluar dari landasan.


“Kau jangan tak datang pulak majlis aku” kata Ira mematikan syarahan Nadiah.


“Insya Allah, aku dan Faris datang” jawab Nadiah sebelum mereka beredar dari restoran tengahari itu.


Oleh kerana tidak ada apa yang hendak dikejarkan dan masih punya waktu mereka berjalan-jalan disekitar pusat membeli belah Bangsar lalu Nadiah menarik tangan Ira untuk masuk ke kedai Mothercare. Bebelan Ira sejak semalam masih berbunyi tidak puas hati kerana terkilan Nadiah tidak dapat menjadi pengapitnya langsung terhenti dan melopong pula melihat pakaian bayi dan kanak-kanak yang semuanya comel belaka.

Sehelai sundress berwarna kuning air dan bereben di bahu yang menangkap mata Nadiah tadi kini di tangan dan bagaikan sayang hendak dilepaskan. “Jangan pandai-pandai beli barang baby sekarang”, pesanan Faris mengganggu angan-angan Nadiah.


“Eh cutenyaaa dress ni”, kata Ira lalu membelek dan mengambil dress di tangan Nadiah. “Tapi baby kau ni perempuan ke?” tanya Ira pula dengan kerutan di kening. Hanya senyuman dan anggukan Nadiah berikan kepada Ira. Hatinya sudah tidak keruan untuk membeli baju tersebut akan tetapi bimbang juga untuk melanggar perintah Faris.


“Kalau kau berkenaan baik kau beli saja…mana tahu esok lusa dah habis. Balik nanti kau soroklah baju nie…jangan sampai Faris nampak dan jumpa”, beria benar Ira meracun fikiran Nadiah dan akhirnya membawa baju itu ke kaunter bayaran.


Alangkah terkejutnya Nadiah apabila melihat Faris sedang membelek dua pasang sundress yang dibelinya hari itu. “Aduhh macam mana pulak dia boleh jumpa nie”, tanya Nadiah sambil menggarukan kepalanya. Hanya bergerak sedikit saja pasti Faris sudah tahu kehadirannya kerana baju yang Faris gosok tadi belum digantung ke dalam almari.


“Ini baju sapa?” tanya Faris yang masih membelek 2 pasang sundress bayi berwarna kuning dan pink.


“Baju untuk baby lah” jawab Nadiah teragak-agak dan perlahan juga.


Seperti bertih mulut Faris selepas itu bertanya bila Nadiah beli dan kenapa dibeli terlalu awal. Hanya senggeh Nadiah beri dan memaut lengan Faris yang masih asyik membelek baju tersebut lalu tersipu-sipu malu apabila Faris mendekatkan tanda bahawa baju tersebut untuk bayi berusia 6 bulan.


“Tak apalah nanti bila baby 6 months boleh pakai”, jawab Nadiah tegas untuk menutup malu yang ada.


Tawa mengusik Faris selepas itu tidak henti kerana Nadiah sudah tidak sabar menanti kelahiran anak mereka dan suruh cepat besar. Seketika kemudian Faris pura-pura merajuk pula kerana sekarang dirinya dah macam orang gaji, kena kemas rumah, gosok baju, mop lantai, masak dan macam-macam lagi tapi tak ada pun orang nak kasihan dan belikan baju.


Usik mengusik dan tawa mereka terhenti apabila kedua-dua telefon bimbit mereka berbunyi serentak. Tidak Nadiah tahu apa sebenarnya yang Faris terima kerana wajah Faris tiba-tiba menjadi merah seolah menahan marah. Dengus geram dan marah Faris tidak berapa jelas dipendengaran Nadiah kerana suaminya itu terus melangkah keluar dari bilik.


Lambat Nadiah membuka inbox kerana bimbang siapakah pengirimnya. Akan tetapi Nadiah melepaskan nafas lega apabila pesanan diterima daripada Azlan untuk berjumpa esok kerana ada hal penting untuk dibincangkan. Sebaik Faris melangkah masuk semula dan sebelum sempat Nadiah membuka mulut Faris memintanya duduk dan menghulurkan beberapa helaian kertas.


“She’s gone mad”, ujar Faris apabila menyedari Aisyah membuat superimpose photoshop dirinya mengandung dan Faris memegang perutnya. Tahap kemarahan Faris sudah memuncak dan Nadiah cuba menenangkannya kerana esok mereka akan bertemu Azlan dan Hisham untuk berbincang hal ini.


*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 10:50 PM | Show all posts

Terlalu payah dan teramat sukar untuk Faris mempercayai setiap butir lapuran yang dibaca. Tidak juga mampu Faris untuk merungkai kata didalam situasi begini. Selain bersyukur bahawa Nadiah tidak dicederakan tidak ada apa lagi yang boleh Faris buat kecuali merasa simpati kepada seorang kawan dan juga kepada keluarganya.


“What will be our next step”, tanya Nadiah mematikan lamunan Faris di malam itu. Hanya keluhan yang Faris berikan kerana hasil siasatan masih belum lengkap dan apa yang lebih membimbangkan Faris adalah keselamatan Nadiah. Sikap tidak ambil peduli Nadiah dengan perbuatan, perlakuan dan tindakan Aisyah selama ini, mungkin akan menimbulkan kekacauan yang lebih dalam untuk Aisyah bertindak liar dan di luar jangkaan. Lapuran awal yang diserahkan oleh Azlan dan Hisyam kepadanya tadi menunjukkan Aisyah telah tiga kali dimasukkan ke hospital kerana tekanan perasaan. Keadaan Aisyah dilapurkan genting dan bergantung kepada ubat bagi mengelakkan dirinya resah sejak 6 bulan yang lalu.


“Saya nak awak lupakan hal ni untuk sementara dan buat senarai barang-barang yang hendak dibeli. Lagipun next week awak dah 7 bulan. We also need to start thinking about the baby’s room” kata Faris.


Senyum senggeh Nadiah terserlah dan tanpa teragak-agak terus mencapai ipadnya di atas meja tepi katil lalu dihulurkan kepada Faris. Kata orang sediakan payung sebelum hujan, begitulah juga dengan Nadiah. Oleh kerana dikelilingi rakan dan kawan tidak terkecuali dua orang kakak ipar yang sentiasa bersedia untuk membantu, senarai lengkap sudah tersedia hanya menanti lampu hijau dari suaminya saja.


Terkejut Faris apabila melihat Nadiah sudah menyenaraikan barang-barang bayi yang hendak dibeli, lengkap dengan jenama dan harganya sekali.


“Well researched” kata Faris meneliti sebahagian daripada senarai yang ada.


“Sudah semestinya…saya kan kawin dengan financial consultant”, jawab Nadiah dengan manja dan mengada-ngada juga apabila bermain mata dengan Faris.


Andaian Faris bahawa Nadiah mendapat khidmat nasihat kedua orang kakaknya tidak salah kerana satu dua jenama yang ditulis Nadiah adalah kegemaran kakak-kakaknya dan sering dikirim setiap kali Faris keluar negara lebih-lebih lagi kalau ke benua Eropah.


Tersenyum Faris apabila melihat kembali senarai itu. Kalau dikenang dan diingat semula apa yang terjadi 3 bulan lepas, tidak sangka Nadiah sudah tidak sabar menanti kelahiran bayi mereka. Di masa itu Nadiah seperti hilang akal apabila mendapat tahu dirinya mengandung sehingga tercetus perang dingin di antara mereka.

Teringat pula Faris kepada whatsapp yang Nadiah kirim semasa mereka bertemu janji. Melihat kembali dua gambar baby cot yang berlainan warna sudah Faris tahu di waktu itu Nadiah telah dapat menerima kandungannya. Hatinya menjadi sayu apabila memerhatikan Nadiah dari jauh membelek katil tersebut dan mengambil gambar sekali.

“White or brown”, tanya Faris tiba-tiba membuatkan Nadiah terkejut dan ketawa selepas itu apabila melihat Faris termangu.


“Haihh tak sangka suami saya ni suka juga mengelamun”, kata Nadiah dalam tawanya yang belum henti lalu mencapai telefon di tangan Faris. Tawa kecil Nadiah bertukar senyum melirik apabila melihat gambar yang masih Faris simpan.


Sememangnya jauh Faris berangan dan mengelamun tadi kerana melihat cahaya gembira di wajah isterinya tidak mungkin akan Faris lupa saat mereka bertemu. Pesanan dan peringatan Nadiah tentang segala kekurangan dirinya sebelum mereka menikah tidak pernah Faris pertikaikan. Segalanya diikuti dengan arus yang ada…marah, rajuk, manja, kecil hati dan sebagainya telah mereka lalui dan kini mereka menanti saat kelahiran anak sulong mereka, benih kasih dan cinta yang disemai.


Walaupun demikian Faris masih menghadapi satu lagi kesukaran yang pasti akan mengambil masa yang lama, hubungan Nadiah dengan ibu kandung dan ayah tirinya. Sehingga hari ini setelah hampir 9 bulan mereka berumahtangga, membentuk hati Nadiah untuk itu masih ada liku. Lentur Nadiah hanya seketika dan akan datang kembali setiap kali ibunya cuba memberi cadangan ataupun menguruskan sesuatu untuk mereka.


“Dinner is served sweetheart”, datang Nadiah memeluk bahunya lalu mematikan segala fikiran.


“Thank you darling”, ucap Faris bersama ciuman di pipi apabila melihat spaghetti olio aglio terhidang, salah satu daripada makanan kegemarannya dari airtangan isteri tersayang.


*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 10:52 PM | Show all posts

Keresahan, kegusaran serta geram dan sakit hati sudah mula menghantui hidup Nadiah apabila ibunya sudah mula buang-buang cakap hendak dia berpantang di rumahnya. Sebelum itu pula mummy sering saja menaikkan darahnya dengan asyik bertanya tentang persiapan menyambut kelahiran bayi nanti. Perasaan kurang senang Nadiah dengan campur tangan ibunya tidak mungkin diluahkan kepada Faris kerana akan panjang leteran dan tazkirah suaminya itu.


Kedatangan mummy ke rumah mereka pada petang Ahad itu benar-benar meresahkan Nadiah. Perasaan tidak senang Nadiah makin menjadi-jadi apabila ibunya tidak henti-henti bertanya tentang persiapan mereka suami isteri untuk menyambut kelahiran bayi mereka. Di satu saat Nadiah sudah merasakan bahawa ibunya sudah terlebih landasan serta masuk campur urusan peribadinya bersama Faris.


Kebetulan semasa ibunya sampai mereka baru sahaja balik dari membeli belah barang-barang bayi. Tergesa-gesa Nadiah menyimpan barang-barang yang dibeli lalu disuruh Faris juga berbuat demikian. Walaupun dengusan Faris kedengaran, Nadiah tidak memperdulikannya dan menarik pula beg di tangan Faris apabila suaminya itu masih berlengah.


Bak kata orang tidak sempat lagi menarik nafas dan duduk, mummy sudah bertanya tentang persiapan mereka berdua lagi. Gurauan mummy yang mengatakan perut Nadiah nampak lebih besar walaupun baru seminggu mereka tidak berjumpa meledakkan suhu kemaharannya. Terlalu cepat darah Nadiah menyirap dengan celoteh ibunya itu dan ditarik nafas lalu dilepaskan perlahan demi menyabarkan diri supaya tidak tercetus sebarang pertelingkahan, lebih-lebih lagi mata Faris tidak henti-henti menjeling ke arahnya.


“Ini mummy nak tanya, Faris dan Nadiah dah fikir ke nak berpantang kat mana dan siapa nak jaga baby nanti?” tanya Mummy sebaik sahaja Faris menghidangkan minuman. Belum sempat rasa marah yang mula-mula surut, ibunya telah membuatkan darahnya naik lagi.


“Kami dah booking for maid mummy” jawab Nadiah ringkas.


Jawapan Nadiah mendapat usulan dari mummy supaya Nadiah berpantang saja di rumahnya dan tidak perlu mengambil pembantu rumah kerana pembantu di rumahnya sudah sedia ada. Usulan yang kedua membuat Nadiah melenting terus apabila selepas pantang dan kembali bekerja ibunya yang hendak menjaga anaknya nanti.


“Kenapa sekarang mummy sibuk nak jaga Nadiah. Nak jaga cucu? Banyak masa mummy sekarang? Tak payah lah mummy susah-susah. Nadiah dan Faris dah uruskan semuanya, maid dan confinement lady. Mummy tak payah risau lah” kata Nadiah dengan nada yang agak kasar.


“Terima kasih mummy. Biar kami berbincang dulu ya” kata Faris cuba meredakan keadaan yang tegang. Nadiah memandang ke arah suaminya dengan muka menahan geram.


Sebaik sahaja ibunya pulang, mood Nadiah terus menjadi tidak elok dan serba tak kena. Hatinya benar-benar sakit dengan cadangan ibunya itu. Terus saja dia mengurungkan diri di dalam bilik. Perasaan marah itu berpunca kerana dia merasakan ibunya makin cuba masuk campur dalam urusan rumahtangganya dan Faris pula masih tidak memahami kenapa dan mengapa keadaan sentiasa tegang di antara mereka dua beranak.

.
“Ini saya nak cakap sikit. Berapa kali saya dah pesan, jangan kurang ajar dengan orang tua kita. Walaupun kita tak suka atau tak setuju dengan mereka, berdosa meninggikan suara dengan ibu bapa” tegur Faris dengan tegas dan berusaha menahan marah.


Lama Nadiah mengurungkan diri di dalam bilik dan asyik mundar mandir bersama perasaan marah yang masih tersimpan. Sedang hati yang berperang cuba ditenangkan tiba-tiba perutnya terasa sangat sakit. Mujur Faris masuk ke dalam bilik dan membawanya ke katil.


“Kenapa mummy suka buat saya stress? Dari dulu sampai sekarang dia nak control hidup saya. Saya rimas. We have made our plan. Why she has to ruin it?” kata Nadiah dengan sedih.


“Sayang, tolong jangan stress. Not good for you and the baby” pujuk Faris sambil membelai lembut rambut Nadiah. Dalam sakit yang masih kuat, sempat pula Nadiah mengadu kepada Faris yang bayi dalam kandungan aktif sangat hari ini dan membuatkannya berasa penat.


Sepanjang petang itu Nadiah hanya berbaring sehinggalah hampir senja baru terasa kurang sakit perutnya. Awal tadi dia bimbang juga kalau-kalau sakit yang dirasa adalah sakit hendak bersalin. Jujurnya dia rasa amat tertekan dengan segala cadangan mummy sehingga menggangu emosinya. Ligat fikiran Nadiah mencari jalan keluar kerana dia memang tidak mahu berpantang di rumah ibunya. Kelesaaan dan ketenangan fikiran akan hanya dirasakan berada dirumah sendiri dan berharap sangat Faris memahami kekusutan yang sedang dialami.


*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2014 10:54 PM | Show all posts

Hari berganti hari dan kedegilan Nadiah memaksa Faris memikirkan jalan keluar yang terbaik. Seolah sudah dijangkakan perkara ini akan berlaku, termenung Faris bertanya diri apakah yang terbaik untuk mereka semua.


“Aku tengok kau sugul saja sehari dua ni? Nadiah tak sihat ke? By the way when is she due?” tanya Ridzwan semasa mereka sama-sama makan tengahari di hari itu. Didalam keterpaksaan Faris meluahkan apa yang terbuku di hatinya lalu memberitahu Ridzwan jawapan yang telah ada didalam fikirannya sejak seminggu lalu.


“Dalam hal macam ni, kau kenalah timbangkan sebaik-baiknya. Ini bersangkut soal dua hati yang kau kena jaga dan walaupun sebaik mana kau faham dan cuba faham perasaan isteri kau tu, luka yang tertanam di hatinya tak mungkin sembuh hanya kerana perkahwinan ini dan juga anak yang bakal dilahirkan. She’s been hurt and she’s hurt as a child” panjang lebar pendapat Ridzwan membawa Faris memikirkan kembali segalanya.


Melihatkan kesugulan Nadiah masih ada, Faris memintanya berehat sahaja di rumah namun Nadiah masih berkeras hendak ke pejabat. Alasan Nadiah jika dia keseorangan di rumah dia akan lebih tertekan.


Sebaik mungkin Faris berharap tidak menemui jalan buntu kerana jujurnya dia sendiri lebih suka jika Nadiah berpantang di rumah mereka dan dia juga tidak mahu menyusahkan ibu mertuanya untuk menjaga anak mereka kelak. Akan tetapi dia tidak boleh mementingkan diri sendiri sekarang ini dan seboleh-bolehnya tidak mahu ibu mertuanya berkecil hati nanti.


“Kenapa sikit sangat makan ni?” tanya Faris apabila melihat Nadiah tidak menghabiskan nasi di dalam pinggannya.


Jawapan yang Nadiah beri adalah tidak lapar dan acuh tak acuh tidak perlu untuk difikirkan panjang lebar kerana sudah Faris faham dengan perangai isterinya.


“Kenapa lah awak suka siksa diri? Boleh tak kalau jangan difikirkan sangat. Setiap masalah ada jalan keluarnya…Insha’Allah” pujuk Faris dengan lembut dan berhati-hati.


“Awak cakap senang lah. Yang menanggungnya saya” balas Nadiah.


Tidak pernah terniat di hati Faris untuk terus membiarkan Nadiah menanggung bebanan perasaan begini. Ada betulnya cakap Ridzwan bahawa hati Nadiah terluka sebagai seorang anak. Walaupun dia cuba bahagia luka itu tetap dalam dan sembuhnya tetap berparut.


Dalam menghadapi masalah ini sebaik mungkin Faris tidak mahu berkeras dan menggunakan kuasa vetonya akan tetapi keadaan makin memaksa. Pendekatan yang paling mudah adalah untuk membuat Nadiah sedar bahawa anak mereka akan lebih selamat apabila berada didalam jagaan neneknya. Pasti nanti tumpuan mereka terhadap kerja juga tidak akan terganggu yang sentiasa risau serta bimbang keselamatan bayi yang masih kecil di rumah hanya bersama pembantu.


“Sebagai suami awak saya nak awak pegi minta maaf dengan mummy kerana berkasar dengannya tempohari. Lepas tu kita bagi tahu mummy, awak akan berpantang di rumah sahaja. Mummy boleh datang ke rumah kita tiap-tiap hari kalau dia mahu”, ujar Faris satu persatu.


Senyum yang Nadiah lemparkan menampakkan seri wajahnya semula akan tetapi Nadiah pasti akan terperanjat dengan cadangannya yang kedua.


“Wait…I am not finish”, sambung Faris apabila Nadiah sudah memberikannya flying kiss dan ucapan terima kasih yang berjela. Tergamam Nadiah apabila Faris mengangkat tangannya tanda meminta dia mendengar dahulu kata-kata selanjutnya.


“Pasal baby, mummy akan jaga baby bila awak balik bekerja nanti. Kita akan hantar baby dengan maid sekali ke rumah mummy” sambung Faris.


“Apa?? Awak nak mummy jaga anak kita?” jerit Nadiah tanda tidak setuju.


“Jadi, awak lebih percaya tinggalkan anak dengan maid? Macam tu?” tanya Faris keras dengan memandang tepat ke wajah isterinya yang sudah memasamkan muka. “Kalau awak masih berdegil…saya akan gunakan sepenuh kuasa veto saya sebagai suami dan ayah kepada anak kita; awak berhenti kerja. Duduk rumah jaga anak with daily helper. No full time maid”, kata Faris satu persatu dengan tegas.


“Look Nadiah, dalam hidup ini tak ada semua benda yang kita nak akan kita dapat. You’re a lawyer, you should know better the art of negotiations. We have to settle somewhere in between” terang Faris lagi apabila Nadiah masih membatukan diri.


*****


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2014 10:55 PM | Show all posts

Menanti hari makin membuat Nadiah berdebar dan juga masih tidak mahu bercuti awal walaupun telah disarankan oleh ibu dan ibu tirinya. Selepas berjumpa ibunya dua hari yang lalu untuk memberitahu keputusan mereka serta memohon maaf di atas kekasarannya, Nadiah meniti hari dengan cuba melupakan segala perkara silam.


“Sayang…I know it is not easy. You’ve been hurt and I’m not in your shoes but saya tetap berdoa semoga awak dan mummy tidak akan terus begini. Saya jugak harap awak dapat berusaha membuang rasa takut dan kehilangan dalam diri awak tu. Insha’Allah kita akan didik anak-anak kita nanti dengan penuh kasih sayang dan bekalkan mereka dengan pelajaran agama serta tunjuk ajar yang baik. Saya percaya awak akan jadi seorang ibu yang baik, yang penyayang, lemah lembut serta mampu menjaga dan membimbing anak-anak kita ke jalan yang diredhai Allah. Ingatlah bahawa saya sayangkan awak, rumahtangga ini, anak yang bakal lahir ini dan saya akan sentiasa berusaha menjadi suami dan ayah yang terbaik, sepertimana saya dididik dan pesanan arwah kedua orang tua saya akan saya pegang hingga akhir hayat, Insha’Allah”, menitis airmata Nadiah dengan setiap kata yang diucapkan Faris. Sesungguhnya lelaki ini tidak pernah jemu memberikannya nasihat, teguran dan tunjuk ajar bersama kasihnya yang melimpah. Airmata Nadiah dikesat juga dengan penuh kasih sebelum Faris memeluknya sehinggalah dia terlena sampai ke subuh.


“Nadiah tak nak ambik cuti ke? Berehat kat rumah?” tegur Kak Asma sebaik saja dia melangkah masuk ke pejabat pagi itu. Alasan yang diberikan sama juga seperti alasannya kepada Faris, duduk di rumah dia akan fikir macam-macam dan jadi stress.


“Akak bukannya apa, tengok Nadiah dah sarat benar ni, lagipun sejak mengandung Nadiah aktif mesti senang bersalin nanti”, kata Kak Asma terus membawa Nadiah teringat kata doktor yang merawatnya dua hari yang lepas. Nasihat Dr. Delailah untuk dia berehat di rumah dan berkemungkinan dia bersalin awal diingat kembali lalu mendatangkan kecut perut dan debar di hatinya.


Makin bertambah kecut perut Nadiah apabila Kak Asma mentertawakan dirinya kerana berkata dia belum bersedia lagi nak bersalin, walhal semua orang dikelilingnya sudah berkata kalau baby nak keluar tak akan ditunggu seminitpun. Terngiang-ngiang kata-kata serupa daripada Kak Long, Angah, ibu dan juga rakan-rakan di pejabat membawa Nadiah dilanda resah dan tidak tentu arah. Sempat Nadiah berbisik di hatinya supaya anaknya tidak dilahirkan minggu ini, “macam lah minggu depan ada bezanya”, fikir Nadiah sendiri.


Oleh kerana tidak mahu memikirkan sangat tentang perbualannya dengan Kak Asma, Nadiah seperti biasa malam itu memasak serba ringkas dan mengemas dapur selepas itu, walaupun dilarang oleh Faris. Apabila kedegilan Nadiah tidak dapat dilentur Faris membantu di mana yang boleh.


Menjelang pukul 9.30 malam rasa sakit seperti siang tadi datang kembali. Tidak Nadiah beritahu sesiapa bahawa perutnya asyik memulas dan belakangnya telah terasa sakit sejak petang tadi. “Ya Allah berilah hambaMu ini kekuatan dan dapat menahan sakit ini serta hindarkan kebimbangan di hati suami ku”, doa Nadiah berkali-kali dengan harapan rasa sakit itu akan hilang.


Demi menghilangkan sakit yang semakin kuat dan kerap Nadiah beristighfar tidak henti yang akhirnya menjerit juga memanggil Faris.


“Contraction ke? Are you in labour?” tanya Faris dengan kerut di muka mengalahkan dirinya yang menahan sakit.


“Darling…how could I know…yang saya tahu sekarang saya sakit. Please…please jangan cakap saya nak beranak sekarang ni”, bebel Nadiah panjang disambut tawa oleh Faris.


“We are going to the hospital now!” kata Faris lalu mencempung Nadiah walaupun Nadiah menghalang.


Terdengar di telinga Nadiah lafaz Bismillah di bibir Faris sebaik saja enjin kereta dihidupkan. Doa yang tadi meminta sakitnya hilang kini berganti supaya Allah mempermudahkan perjalanannya ke hospital dan juga semasa proses melahirkan nanti. Genggaman erat jari jemari Faris kembali memberinya rasa selamat dan bisikan Faris supaya terus beristighfar dan selawat membuat dia lupa di mana dia berada sehinggalah tangisan seorang bayi kedengaran.


“Alhamdulillah…thank you sayang”, bisik Faris di telinganya bersama kucupan di dahi. Usapan lembut Faris di rambut dan pipinya membawa sakit yang tak terkira tadi beransur kurang.


“Congratulations…it’s a girl’, kata Dr. Delailah beberapa minit kemudian. Selepas itu Nadiah tidak sedar apa-apa cuma imbasan Dr. Delailah menyerahkan bayi mereka kepada Faris.


Idea Asal : Ally


Olahan bersama : Ally and Sanaa – September 2013


Disclaimer: Hakcipta terpelihara. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Nama dan tempat juga adalah khayalan penulis dan tiada sangkut paut kepada sesiapa yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Sebarang cetak di luar blog ini adalah dilarang. Terima kasih.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 08:12 AM | Show all posts

Chapter 6

Bunyi orang bergerak perlahan hinggap di telinganya yang masih dalam keadaan mamai. Berkelip-kelip matanya memandang keadaan sekeliling yang begitu asing baginya dan terasa seperti orang yang telah tidur terlalu lama. Asyik matanya memerhati sekeliling fikirannya juga berlegar-legar meniti peristiwa sebelumnya.

“Aku kat mana ni? Hospital ke?” tanya Nadiah pada dirinya setelah menangkap bayang seorang jururawat berdekatan dengan pintu seraya tangan terus memegang perutnya. Tangannya membuat satu pusingan dan Nadiah pasti perutnya telah kempis seolah kembali seperti sedia kala.

Di antara sedar dan tidak, di antara pasti dan nyata, ingatan Nadiah terus kembali kepada peristiwa beberapa jam lalu. Kesakitan yang dialami dan perasaan takut yang menyelubungi dan tindakan suaminya, Faris bergegas membawanya ke hospital serta genggaman kuat tangan mereka lalu terdengar tangisan seorang bayi.

Selepas itu yang hinggap dipendengaran Nadiah adalah Dr. Delaida mengatakan ia seorang bayi perempuan dan usapan serta ucapan terima kasih Faris menyusul kemudian. Jururawat yang berada disekelilingnya sibuk mengemas alatan di bilik bersalin itu dan kepenatan serta sakit bertarung lenyap begitu sahaja apabila seorang bayi yang dibaluti sehelai selimut berwarna putih dibawa kepadanya.

Di saat dan minit pertama memerhatikan bayi yang bergerak perlahan dan mata yang terbuka luas dan kemerahan, menitis airmata Nadiah perlahan-lahan. Seorang lelaki yang tidak pernah meninggalkan dirinya sejak tadi menguntum senyum apabila Dr. Delaida berkata bahawa bayi mereka boleh diqamatkan sebentar nanti. Tiada kata yang dapat diungkap, tiada bicara yang dapat menggambarkan perasaan mereka berdua di kala itu. Bayi yang comel kembali berada didalam dakapannya setelah mendengar suara ayahnya buat kali pertama dan hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya setiap kali memandang wajah bayi tersebut. Yang pasti dan nyata dalam segala dugaan yang dihadapi kini dia adalah seorang ibu.

Beberapa minit yang berlalu dalam meniti saat getir dan bahagia itu, Nadiah sudah terjaga dengan segarnya dan memerhati sekeliling.

“Hai sayang, dah bangun pun. How’re you feeling?” tanya Faris sebaik sahaja membuka pintu bilik

“I’m fine. Awak pergi mana tadi?” tanya Nadiah sambil membetulkan duduknya. Terasa sedikit nyilu dengan pergerakan itu membawa Faris membetulkan bantal supaya Nadiah dapat bersandar dengan selesa.

“Saya call mummy dan daddy, bagi tahu mereka nombor bilik. Insha’Allah mereka akan datang melawat kejap lagi” ujar Faris memberi penjelasan tanpa diminta. “Lepas tu saya pergi tengok baby kejap” kata Faris seterusnya membawa Nadiah mengambil tangan Faris untuk melihat jam di tangan suaminya itu.

“Dah berapa lama saya tidur? How’s our baby? Dia ok tak? Nangis tak?” bertalu-talu Nadiah bertanya bersama rasa terkilan di hati kerana tidur yang lama. Tawa nakal Faris membawanya menggigit bibir.

“Don’t worry my dear Princess, our little princess is doing just fine. Sama macam mummy dia tidur tak ingat dunia” kata Faris bersama tawa yang masih bersisa. Usapan lembut jari jemari Faris di pipinya untuk memberi keyakinan membawa Nadiah memuncungkan bibirnya bila usikan Faris berterusan.

Dalam melayan kerenah Faris pintu biliknya diketuk dan seorang jururawat menyorong anak mereka masuk kerana sudah sampai masa Nadiah menyusukan bayinya. Perasaan gementar yang menyelubungi seluruh jiwa Nadiah sebentar tadi berubah menjadi tenang apabila bayi yang berusia belum sehari itu terkial-kial mencari puting susunya walaupun telah diajukan.

Naluri keibuan bagaikan ajaib apabila dengan tekun anak itu menyedut susu dengan mata yang terpejam. Disamping itu jururawat tadi memberikan tunjukajar serta serba sedikit nasihat dan apa yang patut dilakukan dan keadaan akan berubah dari hari ke hari mengikut kemahuan bayi nanti.

“Tak ada seorang wanitapun dalam dunia ini terus pandai jaga anak…semuanya belajar dari hari pertama anak dilahirkan. Jangan terlalu memikirkan nasihat orang-orang yang datang melawat nanti…dengar dan ambil perhatian serta ubah suai yang mana perlu” kata-kata Kak Asma beberapa hari yang lalu Nadiah ingati apabila jarinya mengurut perlahan bayi yang sedang enak menyusu.

“Sudah-sudah lah tu tenung baby. You scare her” usik Faris lagi selepas Nadiah tidak berhenti menatap wajah anak mereka walaupun selepas menyusu. “Kesian kat daddy…dah tak ada orang nak pandang”, gurau Faris lagi dan melonjak sedikit apabila cepat jari jemari Nadiah hendak mencubitnya.

“So, what is her name?” tanya Nadiah lantas mematikan gurauan yang ada.

Senyum dan senggeh Faris telah dapat Nadiah duga bahawa suaminya itu dan ayah kepada anak mereka masih tidak membuat keputusan. Sepantas kilat Nadiah mengetap bibirnya menahan geram apabila Faris memberi ciuman nipis di bibirnya bagi menahan dirinya dari terus membebel.

“Dah lama saya suruh awak cari dan pilih nama yang sesuai. Sampai sekarang awak tak boleh decide?” bebel Nadiah kepada Faris sebaik saja dia dapat bersuara semula. Ketukan di pintu mematikan perbualan mereka kerana jururawat yang bertugas mahu mengambil bayi semula.

*****

Entah kenapa pada sebelah malamnya mata Nadiah agak sukar untuk terpejam. Rentetan kehadiran kedua ibubapanya serta ibu dan bapa tirinya asyik bermain di mata. Pertanyaan semua sudah pasti pada nama bayi yang baru dilahirkan dan Nadiah membiarkan saja Faris menjawab pertanyaan mereka.

Mata Nadiah asyik melirik kepada jam di dinding dan sesekali kepada Faris yang lena dalam tidurnya. Kelihatan tidur Faris tenang dan simpati pula Nadiah melihat suami yang tidur di atas kerusi sudah dua malam berturut-turut. Doa Nadiah semoga esok dia dibenarkan pulang walaupun telah dikejutkan dengan berita bahawa pembantu rumah mereka tidak akan datang sehingga penghujung bulan hadapan.

“Please calm down princess. Jangan risau dan panik, kita discuss bila balik rumah nanti” pujuk Faris bagi menyakinkan Nadiah bahawa masalah itu akan dapat diatasi dengan baik.

Kerisauan Nadiah langsung hilang apabila dilewat malam itu sekali lagi merenung wajah comel bayinya menyusu. Seiras pandang terbayang di mata Nadiah wajah Faris semasa kecil kerana itulah dirasakan di saat ini. Jarinya mengusap pipi lembut anaknya dan setelah tiga kali menyusukan keselesaan telah tercipta. Sedikit sebanyak pesanan Kak Asma dituruti supaya rajin berselawat dan berzikir kepada anak, lebih-lebih lagi semasa berada di dalam pangkuan ketika menyusu atau mahu menidurkan kerana di masa ini anak berada rapat dengan kita.

“Comelnya baby ni, mulut cute macam mulut Nadiah” kata Maria sambil membelai lembut pipi cucunya itu.

“Jangan becok macam mak dia nanti sudah lah” gurau Dato’ Malek pulak.

Tersenyum Nadiah di kesamaran biliknya apabila dengan perlahan mengucup dahi anaknya sebelum diserahkan kembali kepada jururawat yang bertugas di malam itu.

“Sweetheart…thank you for all your support throughout the pregnancy and during labour. Awak semangat saya. Kalau awak tak ada saya tak tahu lah apa jadi kat saya semalam. kata Nadiah kepada suaminya sebaik sahaja tetamu-tetamu mereka pulang. Usapan mesra dan manja Faris serta renungan matanya amat dalam lalu Faris memberi kucupan di dahinya.

“Terima kasih kerana sudi mengandung dan melahirkan zuriat saya. Semalam adalah ujian berat untuk saya apabila melihat awak bertarung nyawa dan memberi saya kesedaran bahawa tanggungjawab saya lebih besar sekarang. Doa dan harapan saya semoga anak ini akan mengeratkan lagi kasih sayang kita berdua dan untuk kita sentiasa mensyukuri pemberian yang amat berharga ini” kata Faris penuh makna. Senyuman terukir di kedua bibir mereka sebelum Nadiah terlena kembali.

Diam tak diam sekarang Zara Aina sudah berusia 2 minggu dan Faris juga sudah kembali bekerja setelah bercuti semenjak anak mereka dilahirkan. Ucapan tahniah yang diterima tidak putus-putus akan tetapi sebakul buah-buahan dan barangan bayi yang sampai di hari ini amat memeranjatkan Nadiah. Walaupun Nadiah tidak keseorangan di rumah namun debar hatinya hanya Allah yang tahu. Sepantas itu juga Nadiah menghubungi Faris dan mengirim sms kepada kedua kawan karibnya, Azlan dan Hisham.

Deringan loceng pintu membawa Nadiah berlari turun sehingga dijerit oleh mummy dan makcik Soadah yang datang untuk mengurutnya. Panjang istighfar Nadiah sebaik tahu bahawa yang datang tadi adalah Makcik Soadah walaupun pandangan yang diberikan ibunya penuh dengan tanda tanya.

*****


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 08:15 AM | Show all posts
“She is so beautiful just like her parents baris kata yang tertera di atas sekeping kad Faris tatap dan baca sambil menggengam tangan Nadiah yang masih sejuk walaupun telah diurut tadi. Tangan Nadiah dikucup berkali untuk memberi keyakinan kepada isteri yang masih didalam ketakutan bersama permohonan maaf kerana Nadiah terpaksa hadapi segalanya ketika berpantang. Terbit rasa sesal di hati Faris kerana berkongsi kelahiran Zara Aina di instagram dan twitternya walaupun sudah mengetahui apa yang dia dan Nadiah lalui sebelum ini.

“Apalagi yang Faris tunggu?” jeritan Dato” Malek bergema di segenap ruang bilik pejabatnya apabila Faris memberitahu keadaan yang menghimpit Nadiah dan dirinya serta tidak terkecuali Zara Aina.

Segala tindak tanduk ayah mertuanya menjadi perhatian Faris ketika orang tua itu membelek setiap perkataan didalam lapuran lengkap yang disediakan oleh Azlan dan Hisham. Tanpa perlu banyak bicara Nadiah dan Zara Aina harus dan mesti berpindah daripada rumah mereka sekarang walaupun kawalan keselamatan sudah tersedia. Rumah yang difikirkan selamat oleh semua adalah rumah ibu Nadiah kerana rumah itu tidak pernah terakam di mana-mana laman sosial milik mereka berdua akan tetapi dibantah oleh ayah tiri Nadiah kerana di antara mereka tidak mungkin dapat membaca tindakan Aisyah selanjutnya. Alasan yang diberikan Rashid adalah kerana Rahimah adalah ibu Nadiah dan secara logiknya seorang anak akan bersama ibunya dalam apa jua keadaan.

Anggukan kepala yang diberikan oleh Azlan, Hisham dan juga Dato’ Malek sudah dapat dimengertikan oleh Faris. Sudah pasti kesemua yang ada bersetuju dengan ramalan serta tafsiran Rashid, ayah tiri Nadiah. Setakat ini masalah yang ada belum sampai ke pengetahuan ibu dan juga ibu tiri Nadiah. Keselamatan Nadiah dan anak mereka menjadi keutamaan Faris dan sanggup lakukan apa saja asalkan mereka tidak diapa-apakan oleh Aisyah.

“Why can’t we issue warrant to arrest?” tanya Rashid kepada Azlan. Penerangan Azlan dan Hisham diamati oleh semua dan merasa kesal kerana tindakan yang boleh diambil sekarang hanyalah mengeluarkan tuduhan terhadap Aisyah yang punyai risiko tinggi kerana mungkin membawa Aisyah bertindak ganas. Lapuran lengkap keadaan mental Aisyah masih belum diterima. Kebingungan serta kebuntuan sudah menghimpit Faris sehingga memaksa Faris berkerja dari rumah.

Tatkala menceritakan segala kekusutan hatinya kepada Ridzwan amatlah terperanjatnya dan sungguh tidak disangka Aisyah yang dikenali sebagai seorang gadis sederhana dan punya pendidikan agama berubah sehingga hilang kewarasan diri. Sempat juga Ridzwan mengimbas kembali kisah mereka semasa di kampus dan baru di hari ini juga Faris menceritakan bagaimana hubungan mereka berakhir.

Mengimbas kembali segala cerita kepada Ridzwan tidak mengubah kerisauan, kebimbangan dan ketakutan yang dihadapi. Seperti juga Ridzwan perubahan Aisyah sehingga tahap ini sungguh tidak disangka dan dari segala bukti siasatan yang telah dibuat dan diperolehi, kemewahan menjadi puncanya. Keinginan dan kemahuan Aisyah mengecapi dunia kemewahan telah memusnahkan hidupnya sendiri.

Keluhan berat Faris lepaskan apabila memandang sayu anaknya yang baru berusia sebulan lena tidur dan Nadiah dengan penuh simpati dan sedih. Kedua mereka adalah anugerah Allah paling indah dalam hidupnya dan Faris sedar tanggungjawab yang dipikul maha berat kerana mereka adalah amanah Alllah kepadanya. Dengan penuh kasih Faris memberi ciuman kepada mereka berdua lalu berjanji kepada diri akan mempertahankan segalanya dengan kudrat yang ada.

*****

Dari tempat dia berdiri senyum meniti apabila asyik memandang si isteri melayan puteri mereka. Kebanggaan berputik di hati Faris kerana semakin hari Nadiah semakin cekap menjaga anak dan mengurus dirinya juga. Walaupun masih berpantang Nadiah tidak selemah yang dipandang. Terkenang kembali Faris titik pertemuan mereka dan juga kejujuran Nadiah menceritakan tentang keburukan dan kelemahan diri sendiri sebelum menjadi isteri. Kesemua itu sudah hampir setahun berlalu. Hanya tinggal 2 minggu saja lagi mereka akan menyambut ulangtahun pertama perkahwinan mereka dan di masa itu Zara Aina binti Ahmad Faris genap berusia dua bulan.

“Awak masih belum decide nama anak kita lagi ke?” tanya Nadiah dengan mengetap bibir menahan geram.

“Hmm…adalah dua tiga yang saya dah shortlisted” kata Faris lalu menghulurkan ipadnya kepada Nadiah. Di dalamnya tersenarai tiga nama yang menjadi pilihannya;- Zara Atiqah = puteri yang berani, Zara Aina = puteri bermata cantik dan Ameera Sofia = puteri yang menawan.

Setelah berhari-hari akhirnya Zara Aina menjadi pilihan mereka berdua dan ternyata mereka gembira dan bahagia memilih nama itu.

“Zara Aina our little princess”, kata Faris lalu meletakan anaknya yang sudah lena tidur dipangkuan. Sebaik meletakkan Aina, perasaan Faris dilanda resah kembali. Perkara yang menghantui kehidupan mereka masih belum berakhir dan Faris berusaha untuk tenang dalam meniti dugaan ini.

Walaupun begitu Faris tidak mahu perkara yang satu itu menghantui dan merosakkan segalanya kerana niat dan hasrat untuk membuat kenduri aqiqah Aina masih belum terlaksana. Setiap kali Faris cuba untuk merancang ada saja gangguan yang datang. Di sebalik itu pula usulan bapa mertuanya untuk membuat kenduri doa selamat bagi mereka semua di rumahnya masih dipertimbangkan. Sehingga semalam Nadiah tidak keberatan sekiranya hendak dibuat di rumah daddy sebagai menghargai niat murni mereka. Lagipun di rumah itu Nadiah membesar dan juga dinikahkan.

Pelukan lembut di pinggang dan melekapnya Nadiah di belakangnya seperti membaca gusaran hati dan fikiran yang berkecamuk. Pertanyaan Nadiah kenapa dia asyik termenung sehari dua ini membawa Faris berpusing lalu memberi ciuman di ubun-ubun isterinya. Tanpa perlu banyak berbicara mereka sudah masak dengan hati dan perasaan masing-masing dengan masalah yang satu ini.

Gangguan Aisyah berhenti selama dua minggu apabila kedua mereka menghentikan aktiviti di instagram dan twitter akan tetapi muncul kembali semalam dengan gambar Nadiah gemuk dan hodoh selepas bersalin. Paling menyakitkan hati Faris apabila Aisyah mengirimkan gambar mereka berdua bersama caption berbulan madu. Disamping itu juga Aisyah masih menghantar hadiah untuk Zara dan juga Nadiah yang sudah semestinya dengan niat untuk membuat Nadiah marah dan hilang akal.

Makin erat pelukan Faris kepada Nadiah apabila meniti semua perkara yang Aisyah lakukan kepada mereka semenjak hari raya lagi. Usapan dan belaian lembut yang Nadiah berikan tetap tidak dapat melegakan kesemua kekusutan hati dan fikirannya buat masa ini. Hanya yang pasti Faris tidak akan mengaku kalah kepada seorang wanita yang sudah rosak jiwa dan akhlaknya.

“Sayang…sejak kebelakangan ini saya nampak awak tak lagi perang dingin dengan mummy. Harapnya ini berterusan sampai bila-bila” tiba-tiba Faris berkata sambil mengusap lembut rambut Nadiah sekaligus meleraikan layanan perasaan mereka. “Thank you”, sambung Faris sebelum Nadiah sempat menyampuk.

“You actually observe it!” jerit Nadiah. “Saya berusaha dengan sebaik mungkin for the sake of our little girl”, sambung Nadiah beriring senyum dan mereka saling berpandangan.

“Now you understand that every mother wants the best for her kids” kata Faris lagi sambil memandang tepat ke arah muka isterinya.
Sepantas ayat ditutur senyuman kelat Nadiah membuatkan Faris tertanya-tanya apakah yang berada didalam isi hati isterinya itu. Doanya semoga hubungan ibu dan anak itu akan menjadi lebih baik selepas kehadiran Aina di dalam hidup mereka.

*****




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 08:19 AM | Show all posts
Kehadiran ramai tetamu semenjak Zara Aina dilahirkan membuatkan hari-hari yang dilalui oleh Nadiah tidaklah begitu sunyi. Walaupun ditemani oleh ibunya sepanjang Faris keluar bekerja, dalam sesuatu masa Nadiah cuba mengelak untuk bercakap ataupun bersembang. Pada awalnya mungkin mudah kerana keadaan diri yang masih lemah, namun sekarang apabila sudah mencecah dua bulan, mummy sudah mula membuka mulut tentang perancangan keluarga, bertanya berapa orang anak yang diinginkan, bila rancangan nak beranak lagi serta hal remeh temeh yang sudah mula menaikkan suhu didalam badannya.

Kesudian Mak Su datang menjaganya telah meringankan sedikit bebanan perasaan yang ada, akan tetapi entah macam mana tersasul juga Nadiah bertanyakan hal keluarga Aisyah kepada orang tua itu.

“Mereka tu orang biasa-biasa saja…tapi Mak Su dengar Aisyah tu kerja besar, pangkat besar dan gaji banyak katanya”, jawab Mak Su macam endah tak endah. “Eh tapi kenapa Nadiah tanya? Budak Aisyah tu ganggu Nadiah dan Faris ke?” tanya Mak Su pula dengan penuh kerutan di dahi.

Segala bual bicara mereka terhenti apabila mummy masuk ke dapur untuk memberitahu hendak pulang. Sejak Mak Su ada bersamanya hampir seminggu yang lalu, baru hari ini ibunya datang menjengah dan nasib baik juga Mak Su tidak bertanya macam-macam tentang kehidupan Nadiah semasa kecil dan remaja. Apa yang Nadiah sedari aura Mak Su dengan mummy tidak secantik aura Mak Su dengan ibu tirinya.

“Anak daddy baik tak hari ni”, tanya Faris kepada Aina yang sedang leka menyusu. “And how is the mummy?”, Faris bertanya pula kepada Nadiah dengan satu ciuman di dahi.

“Anak daddy mestilah baik…tengoklah siapa mummy dia”, jawab Nadiah dengan senggeh panjang kepada Faris yang mencebik bibir.

Perbualan yang sedikit dengan Mak Su membawa resah di hati sehinggakan bergurau dengan Faris sebentar tadi terasa hambar. Cuaca pula sejak siang tadi mendung dan hujan renyai serta lebat bersilih ganti.

“Kenapalah hujan sering membawa berita untuk ku”, keluh Nadiah. Tangisan hatinya tidak dapat diuraikan buat masa ini. Melayan kerenah Aina juga tadi dengan lelehan airmata. Tiada kata yang lebih baik selain “la illaha illallah…”allahu akbar…subhanallah dan alhamdulillah” membasahi bibirnya. dan teramat bersyukur apabila mengenangkan betapa bertuah dirinya dengan segala pemberian Yang Maha Esa.

Walaupun masih terlalu sukar untuk Nadiah membuang keperitan perceraian ibu bapanya dan hidup seorang diri di England serta hubungan yang masih janggal dengan ibu sendiri, Nadiah tetap merasakan dirinya bertuah dengan segala pemberian yang ada. Amat Nadiah syukuri hidupnya tidak menaruh sebarang hasad dengki terhadap orang lain dan hatinya tidak diusik untuk membuat perkara-perkara yang mungkin merosakkan diri sendiri. Segala marah, sakit hati dan kebencian yang bertapak mampu dibuang dengan nasihat dan kasih sayang yang tidak kunjung padam daripada arwah atok, nenek dan sekarang daripada suaminya sendiri. Sesungguhnya Faris tidak pernah jemu memberi nasihat sejak awal lagi.

Jeritannya bergema di ruang yang sempit itu. Terlalu payah raungan itu mahu berhenti dan rontaan yang makin mengganas memaksa suntikan diberikan. Hanya keluhan yang terkeluar daripada bibir Faris dan Nadiah apabila meniti kembali apa yang terjadi siang tadi. Perasaan kasihan, sedih, simpati dan juga kecewa tidak mampu memulihkan satu jiwa yang telah musnah.

“She’s been out of job for the past 3 years. She won the legal suit against her for breach of trust making her the rich lady overnight but left her broken hearted; she found out you were married and track you down and her fiance dumb her only three weeks before their wedding day. After knowing Nadiah is your wife, she track her as well and the fact Nadiah comes from a well to do family and background determine her to win you back. Reason being rich girl never attracts you and she believed Nadiah lured you into marriage”, itulah ringkasan siasatan Azlan dan Hisham terhadap Aisyah tempohari. Terlalu payah untuk Nadiah menelan segala fakta dan bukti bahawa Aisyah bertindak sejauh ini setelah mengetahui Faris menikahinya dan makin Nadiah tidak faham kenapa dan mengapa kemewahan dikejar sehingga memusnahkan sebuah kehidupan.

Pada awalnya Nadiah tidak mahu terlalu memikirkan kenapa dan mengapa Aisyah berlaku demikian, namun rupanya senyap dan diam Nadiah telah merasuk lagi jiwa Aisyah lalu demi rumahtangga yang dibina, demi anak yang dikandung Nadiah dan demi kerjayanya juga telah memaksa Faris menyiasat dan mencari segala bukti dan sekarang apabila anaknya sudah berusia 2 bulan sejarah Aisyah sejak perpisahan mereka dan kenapa telah diketahui.

Mentari pagi yang menyinar mencerahkan hatinya yang dilanda gundah beberapa bulan kebelakangan ini. Panggilan telefon yang diterima semalam berlagu riang di telinganya sehingga hampir gagal melelapkan mata. Temujanji di Trattoria Tanzini amat dinanti-nantikan dan membilang hari.


“Cik Aisyah…jemputan makan malam berdua malam esok jangan lupa ya”, berkata suara manis seorang setiausaha di hujung talian. Hanya mengenalkan dirinya sebagai Alicia seminggu yang lalu, gadis itu menghubunginya lagi semalam mengingatkan temujanji di hari ini. Detik jam yang berlalu dirasakan terlalu lambat lalu Aisyah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah lebih awal dari biasa.


Hatinya makin berdebar-debar dan setiap helaian gambar dibelek bersama dengan setiap helai pakaian yang ada. Gambar-gambar yang dicetak dari instagram serta twitter milik Nadiah Malek dan juga Faris diperhati dengan teliti. Matanya teramat peka melihat gaya dan lentuk Nadiah di bahu Faris serta pelukan Faris di pinggang wanita itu. Walaupun matanya sudah bernanah melihat gambar-gambar percutian mereka di Pulau Gaya, Australia dan Jakarta akan tetapi satu gambar mampu membawanya membunuh wanita tersebut.


Anggun berseri di saat pernikahannya dengan busana renda putih susu serta sebentuk cincin di jari membuat Aisyah membaling gelas di tangan. Seraya itu terdengar tangisan menjadi ratapan membawa Aisyah mendakap sehelai pakaian yang menyerupai busana Nadiah di hari itu. Sejak terjumpa laman sosial milik Nadiah dan Faris segala apa yang ditulis oleh pasangan itu membawa Aisyah menjejak kaki diseluruh pelusuk Kuala Lumpur mencarinya. Tidak kurang juga Aisyah meredah benua untuk mendapat sesuatu yang diinginkan. Setelah penat berusaha Aisyah yakin akan dapat menggenggam Faris kembali dan menoreh luka di hati Nadiah sebagaimana wanita itu telah merobek hatinya.


Dengan penuh rasa tidak sabar Aisyah berada di perkarangan Tanzini tepat jam 7 malam walaupun temujanjinya adalah pada jam 8 malam. Suasana penuh romantis membawa Aisyah mencipta ceritanya dengan senyum tidak henti apabila seorang pelayan membawanya ke meja yang ditempah khas oleh Faris.
Detik jam yang berlalu membawa Aisyah makin resah di tempat duduknya kerana Faris masih tidak muncul dan pelayan di dalam restoran sudah mula memandang serong terhadapnya. Demi menjaga maruah diri Aisyah pura-pura sibuk melayari dan bermain dengan telefonnya apabila bayangan seorang lelaki di kejauhan berjalan masuk dengan sekuntum bunga di tangan membawa hatinya melonjak riang.


Langkah yang diambil oleh lelaki tersebut tidak terlepas daripada pandangan Aisyah sehinggalah matanya melihat lelaki itu memberi ciuman di bibir kepada seorang wanita. Sekuntum mawar merah dihulurkan kepada wanita berkenaan lalu dicium. Gerak geri dan gelagat pasangan itu diperhati dan terus menjadi perhatiannya. Tangannya sudah menggenggam erat gelas yang ada bagi mengawal cemburu dan sakit hati yang datang. Lampu disekeliling dan berdekatan dengan meja pasangan tersebut dipadamkan dan hanya diterangi oleh 3 batang cahaya lilin semasa makanan mereka dihidangkan.

Seluruh anggota badannya telah beku dan makin beku apabila melihat lelaki tersebut bermain dengan jari jemari wanita berkenaan bersama usapan manja. Tidak kurang juga dengan usikan kaki di bawah meja. Gelak tawa yang tidak kedengaran namun beraksi manja menyalakan api kemarahan di telinga dan matanya, lalu gelas yang digenggam dihempaskan.

“Dentuman dan bersepainya kaca yang berselerakan memusnah dan menamatkan kewarasan seorang hamba Allah di mukabumi ini”.

Tidak mampu untuk Nadiah meneruskan bacaan di dalam diari milik Aisyah. Sudah hampir seminggu diari tersebut diserahkan kepadanya oleh Khalilah, sepupu Aisyah selepas kejadian Aisyah mengamuk di Trattoria Tanzini. Kejadian tersebut memaksa keluarga Aisyah membayar gantirugi sebanyak RM20 ribu ringgit kerana telah mencederakan seorang pelayan dan juga seorang pelanggan di restoran tersebut. Tanpa dakwa dakwi mereka membayar tuntutan saman tersebut bagi menutup malu dan aib yang telah Aisyah lakukan dan juga hilangnya kewarasan anak gadis mereka.

“Saya nak mintak maaf banyak-banyak dengan Nadiah kerana percaya bulat-bulat cerita Aisyah yang Nadiah merampas Faris daripadanya” kata Khalilah dengan sebak.

“Jap… siapa yang Aisyah nak jumpa kat Tanzini? Atau ini semua bayangan dan imaginasi dia saja?” tanya Faris kekeliruan. “Apakah sememangnya Aisyah stalked instagram serta twitternya dan Nadiah dari awal dulu?” tanya Faris lagi kerana semuanya bagaikan mimpi belaka dan cara tulisan Aisyah seperti orang menulis cerita. Segala tanda tanya Faris menjadi tanda tanya Nadiah juga.

Bersama dengan pertanyaan yang silih berganti tanpa jawapan akhirnya membawa Faris mencampakkan telefon bimbitnya, mengurut mukanya dan mengucap panjang. Tidak Nadiah tahu dengan siapa Faris bercakap sebentar tadi, cuma meneka mungkin Azlan ataupun Hisham akan tetapi tekaan Nadiah salah. Melalui seorang penyiasat persendirian yang bekerjasama dengan Azlan dan Hashim perkara terbaru yang ditemui adalah segala gerak geri Faris di pejabat diketahui oleh Aisyah dengan mengupah seorang kerani bahagian kewangan dan pertemuan Aisyah dengan Faris di Changi Airport setelah sekian lama tidak berjumpa sebenarnya dirancang.

Dengan rakus juga Faris mencapai semula diary Aisyah mencari kembali lembaran lain yang mungkin tercatit satu dua perkara sehingga menjadikan Aisyah hilang pertimbangan diri.

Masih ada yang perlu dicari bagi menyelesaikan isu-isu tuntutan yang lain akan tetapi tidak ada satupun yang mungkin dapat mengubat jiwa Aisyah. Sedih dan sesal yang bertapak di hati Faris adalah kerana tidak menyangka Aisyah berdendam dengannya dan menyalahkan perpisahan mereka berpunca dari dirinya dengan alasan tidak jujur dalam perhubungan.

Genggaman erat jari jemari Mak Su memberi sedikit kekuatan kepada Nadiah buat masa itu. Tidak henti-henti Mak Su beristighfar mendengar setiap patah kata Khalilah dan memujuk juga wanita itu supaya bersabar dan bertenang, jangan lupa kepada Allah dan memohon bantuan serta kekuatan dariNya.

“Janganlah asyik termenung dan menangis. Kesianlah kat kami ini”, datang Faris menegur dengan Aina didalam kendongan. Begitu jauh Nadiah memikirkan segalanya sehingga renggekan Aina hendak susu tidak didengari.

“Sorry sayang, mummy jauh mengelamun tadi”, ujar Nadiah lalu mengambil Aina daripada Faris. “Dah lama ke dia menangis?” tanya Nadiah dengan cemas. Gelengan kepala Faris meredakan hatinya dan memohon maaf kerana terbawa-bawa dengan apa yang mereka lalui siang semalam.

“Semoga segalanya menjadi panduan dan iktibar untuk kita meneruskan kehidupan dan mendidik anak-anak kita nanti”, kata Faris lalu mengesat airmatanya yang masih bersisa.

*****

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.097962 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list