CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40656|Reply: 137

ubah wajah atau tidak

[Copy link]
Post time 13-2-2014 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Dunia hiburan sememangnya penuh cabaran. Selain perlu bersaing dari segi bakat, selebriti juga harus pandai menjaga penampilan mereka memandangkan industri ini begitu diskriminasi terhadap mereka yang tidak mempunyai rupa dan bentuk tubuh yang menawan.

Benar atau tidak, namun itulah hakikatnya. Demi bersaing dengan selebriti baru yang lebih jelita, terdapat beberapa artis yang nekad menjalani rawatan kecantikan wajah. Sama ada membuat rawatan wajah (facial) secara rutin mahupun suntikan kolagen, botox atau pembedahan plastik. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kecantikan mereka.

Biarpun pendekatan ini tidak dibicarakan secara terang-terangan oleh selebriti terbabit, namun tindakan mereka itu tetap menjadi buah mulut masyarakat yang sentiasa memerhatikan penampilan mereka. Berikut GUA senaraikan beberapa selebriti yang pernah didakwa 'buat muka'. Ada di antara mereka ini tidak berselindung tentang rawatan wajah mereka, tetapi ada juga yang bermati-matian menafikannya.

1. Raja Ema

Kecantikan wajah pelakon dan penyanyi, Raja Ema Raja Ibrahim, 46, sejak dari dulu tidak dapat dipertikaikan lagi. Anak kepada pelakon veteran Allahyarham Yusni Jaafar ini, mempunyai bentuk wajah yang begitu manis ketika usia remajanya.

Setelah lama menyepi, Raja Ema telah membuat kemunculan semula dengan wajah yang lebih muda dari usianya. Wanita ini mengakui dia membuat rawatan ‘threadlifting’ untuk mengekalkan kecantikannya. Namun, kejujurannya mendapat kecaman hebat daripada peminat. Walaupun dikritik, namun Raja Ema tetap positif dengan menganggap setiap wanita mahu nampak muda dan dia tidak terkecuali.



2. Rita Rudaini

Anak kelahiran Kangar, Perlis ini merupakan bekas finalis Dewi Remaja 98/99. Sewaktu awal kemunculannya, bentuk wajah Rita Rudaini, 38, agak bujur dan mempunyai dagu yang tajam. Mungkin ketika itu Rita masih gadis dan susuk tubuhnya masih kurus. Seiring peningkatan usia, bentuk wajah Rita ketika ini agak berbeza.

Mungkin kematangan Rita serta berat badannya yang bertambah sejak melahirkan anak sedikit sebanyak mempengaruhi wajahnya yang semakin jelita. Walaupun wanita ini tidak terkecuali dikatakan membuat rawatan kecantikan wajah, namun GUA tidak dapat memastikan kebenarannya. Yang pasti ibu kepada dua orang anak ini sering menjadi perhatian lensa setiap kali berjalan di karpet merah.



3. Zahida Rafik

Pelakon Zahida Rafik yang popular menerusi filem 'Mami Jarum', sememangnya memiliki wajah jelita memandangkan pelakon ini merupakan anak kacukan Melayu-Pakistan.

Namun, ketaksubannya untuk mengekalkan kecantikan memakan dirinya sendiri apabila wajahnya kelihatan semakin pelik dan menakutkan. Akui menyesal membuat suntikan kolagen, Zahida berusaha untuk mengembalikan keaslian wajahnya sehingga terpaksa berhabis ratusan ribu ringgit.



4. Anuar Zain

Jejaka kelahiran Melaka, Anuar Zain, 44, sentiasa menjadi kegilaan ramai wanita kerana memiliki wajah yang sungguh tampan. Pada usia 40-an, Anuar tidak ketinggalan untuk mengekalkan ketampanannya dengan mengamalkan pemakanan sihat dan menjalankan rawatan kecantikan wajah.

Walaupun begitu, kata Anuar, rawatan yang dijalankan tidak melibatkan botox, sebaliknya hanya rawatan ‘reshaping’ wajah. Selain itu jejaka ini juga mengambil suntikan vitamin C secara berjadual bagi memastikan tubuh badannya sihat bertenaga.



5. Fazura

Gadis jelita kelahiran Pahang, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura mula mencuri perhatian melalui lakonannya dalam 'Gol & Gincu'. Wajah manis serta gaya pakaiannya sering menjadi bualan kerana Fazura merupakan antara artis yang memang bijak bergaya. Namun, terdapat sesetengah pihak yang mempertikaikan perubahan wajah pada Fazura yang kelihatan ketara pada bahagian hidung.





6. Adira

Mendapat jolokan 'Snow White Malaysia', Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi menjadi bualan hangat apabila perubahan warna kulitnya kelihatan begitu berbeza berbanding di awal kemunculannya. Pelbagai spekulasi dilemparkan terhadap Adira kerana dia dikatakan terlalu putih sehingga ada pihak yang menggelarnya sebagai Michael Jackson.



7. Kilafairy

Biarpun masih hijau dalam bidang seni namun anak gadis Rohana Jalil ini sering dibelenggu dengan pelbagai kata –kata provokasi yang mengatakan kecantikan bibir pelakon filem 'Karak' itu bukan asli. Bagaimanapun, pemilik nama Syakila Nisha Jangir Khan atau Kilafairy  ini enggan ambil pusing dan memilih untuk memekakkan telinga sahaja.



8. Hanez Suraya

Baru-baru ini timbul desas desus yang mengatakan Hanez Suraya meniru gaya penampilan Fazura. Sekali imbas memang tidak dinafikan wajah mereka kelihatan seiras. Bagaimanapun, mereka mempunyai personaliti yang jauh berbeza.

Hanez juga dilihat semakin bijak bergaya jika dibandingkan dengan penampilannya dahulu. Adakah semata-mata kerana teknik solekan atau sememangnya pelakon ini melakukan sesuatu kepada wajahnya? Lihat foto-foto yang GUA sertakan dan buat penialain anda sendiri!



9. Yana Samsudin   


Perubahan ketara wajah Yana Samsudin kelihatan ketara ketika kemunculannya di Anugerah Skrin 2013. Yana menafikan dia melakukan sebarang pembedahan pada bahagian hidung, sebaliknya menjelaskan teknik solekan membuatkan wajahnya kelihatan berbeza.

Selain itu, dia turut memberitahu yang dia membentuk semula gigi hadapan agar selaras dengan gigi taring dan secara tidak langsung menyebabkan tulang rahangnya berubah sekali gus menampakkan dagunya lebih runcing.



10. Nazim Othman

Penampilan kekasih Bella Daily ini juga dapat dilihat dengan ketara. Di awal kemunculannya dahulu, Nazim nampak seperti anak remaja yang tidak begitu bijak bergaya. Malah, personalitinya juga nampak malu-malu setiap kali bertemu pihak media.

Kini setelah lima tahun bergelar pelakon, penampilan Nazim jelas berbeza. Timbul desas-desus mendakwa Nazim juga tidak terkecuali daripada melakukan pelbagai rawatan kecantikan terhadap wajahnya. Sejauh mana kebenarannya, hanya empunya badan yang mampu memberikan komen.

Secara keseluruhannya dapat dilihat perubahan ketara selebriti Malaysia ketika di awal kemunculan dengan penampilan terkini mereka. Mungkin gaya serta solekan juga mampu membuatkan struktur muka kelihatan lebih cantik dan jelita.


http://www.gua.com.my/berita-artis/Ubah_Wajah_Atau_Tidak.html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 07:53 PM | Show all posts
1st..tp mmg yg disenaraikan tu 100% betul alter muka..tambah lagi beberapa artis lain...Erra fazira , umi aida..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 07:53 PM | Show all posts
rozita che wan..mak kila fairy..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 07:57 PM | Show all posts
sekarang smua buleh cucuk filler tuk jadi besar/panjang/ketat..ckap jah bahagian mana..xyah surgery..

tapi kompem akan mencapai Mokhsha seperti ini..






Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 07:57 PM | Show all posts




Kalau korang terror...cuba teka siapa artis wanita yg berselendang putih tu


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Yana samsuddin lawak..ubah gigi smpai efek rahang dan dagu rupanya.auta sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2014 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
starcity posted on 13-2-2014 07:57 PM
Kalau korang terror...cuba teka siapa artis wanita yg berselendang putih tu

A.aida ehh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Fake bukan stakat hidung.rambut pun palsu..mmg dasar fake
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 08:07 PM | Show all posts
toxicated posted on 13-2-2014 08:02 PM
A.aida ehh

Ya. pandai ko...
aku aritu baca paper Metro ada satu artikel apa ntah. kat situ ada gambar beberapa orang & salah sorang nya di tulis sebagai A. Aida.
aku tenguk lain benar rupa dia dalam gambar tu. sekali kat paper Metro arini keluar gambar A. Aida 2 keping yg aku post tu.
apasal nampak lain muka dia sekarang. ada iras pelakon Nur Albaniah pulak...dia buat muka gak ke...tapi cantik la
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
starcity posted on 13-2-2014 07:57 PM
Kalau korang terror...cuba teka siapa artis wanita yg berselendang putih tu


Zila Bakarin kan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
starcity posted on 13-2-2014 08:07 PM
Ya. pandai ko...
aku aritu baca paper Metro ada satu artikel apa ntah. kat situ ada gambar bebera ...

La..A Aida ke..ku ingat Zila Bakarin td..lain benor rupanya si A Aida..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 08:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 08:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 08:15 PM | Show all posts
dulu hidung berkelopak.. sekarang? tidak lagi!! perfek!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 08:15 PM | Show all posts
famri7 posted on 13-2-2014 07:57 PM
sekarang smua buleh cucuk filler tuk jadi besar/panjang/ketat..ckap jah bahagian mana..xyah surgery. ...

mcm owner nuriz cosmetics jaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 08:44 PM | Show all posts
ubah muka tp cantik takpe..jngn ubah muka tp buruk..jasmin hamid ubah muka tk?? dan tk lupa rozie othman...diaorang dua ni ada ubah muka tk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 08:50 PM | Show all posts
starcity posted on 13-2-2014 07:57 PM
Kalau korang terror...cuba teka siapa artis wanita yg berselendang putih tu

sekali tgk aku dah tau tu A.aida..senyuman dia senang nak kenal
yg anak2 besar tu anak dia ngan ameng ke

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 08:52 PM | Show all posts
kalo tak ubah muka bukan artis la namanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 08:53 PM | Show all posts
a aida ke tuh ,.. mang aih lain bebenor rupernyer ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasha aziz xmasuk.dalam list ke...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.103257 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list