CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6023|Reply: 12

[Penerbit] ** ROMAN BUKU **

[Copy link]
Post time 1-3-2014 09:45 AM | Show all posts |Read mode


ROMAN: Raikan Kepelbagaian Genre
ROMAN merupakan perkataan bahasa Melayu, maksudnya novel. Ya, novel. Sebagai rumah penerbitan Malaysia, ROMAN meraikan kepelbagaian genre dalam industri novel khususnya genre thriller, seram, dan cinta - kesemuanya dengan citra dan citarasa moden..
APA KEISTIMEWAAN ROMAN?
Sebuah kedai buku online yang meraikan kepelbagaian genre. Dengan sistem yang memudahkan pengguna, ROMAN menyajikan pelbagai naskhah kegemaran anda dengan pembelian secara online yang lebih cepat, efisyen dan santai.
INGIN MENULIS BERSAMA KAMI?
1- Novel berbahasa Melayu. Laras bahasa, terpulanglah. Gaya Dewan pun boleh. Gaya urban pun boleh. Asalkan orang teruja kalau baca.
2- Sekitar 40,000 hingga 60,000 patah perkataan.
3- Genre? Bebas, asalkan moden. Oh ya, moden tidak semestinya urban. Kalau kirim cerita tentang jejaka tampan membanting tulang di kampung pun kami akan pertimbangkan. Kami alu-alukan novel cinta, thriller, seram bahkan apa saja!
4- Kirimkan sinopsis dan tiga bab pertama ke
nizambakeri@roman.com.my

Laman web
http://roman.com.my/index.php?route=common/home

FB
https://www.facebook.com/romanbuku




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2014 09:45 AM | Show all posts

Sinopsis
Timbalan Pendakwaraya Raeddigelar The Hangman dan Undertaker kerana tidak pernah tewas dalam perbicaraan. Adani, pelukis masyhur di seluruh dunia.Walau buta sejak lahir akibat kecacatan genetik, dia mampu melukishanya dengan menggunakan deria rasa.Takdir Ilahi mempertemukan mereka.
Segalanya berubah apabila Raed mengendalikan kes Datuk Buyong, bekas menteri yang dituduh membunuh seorang pelacur kelas atasan.Buat kali pertama, Raed tewas dan kematian Datuk Buyong beberapa hari kemudian menjadikan Raed sebagai suspek utama. Dia dituduhdan dibicarakan.
Di hari perbicaraan, Raed diculik.Polis sangka itu helah lalu dia diburu.Penculiknya memberi syarat paling sukar.Bunuh tiga orang dalam masa tiga hari, atau nyawa Adani jadi pengganti.Siapakah tiga mangsa Raed? Siapakah yang menculiknya?Benarkah dia yang membunuh Datuk Buyong?Bagaimana harus memburu, andai diri diburu? Bersama Raed, MENGEJAR AJAL.


Sinopsis
Nahas kapal terbang ketika Marsyanda sedang belajar di New York meragut nyawa seluruh ahli keluarganya. Dia keseorangan pulang ke Malaysia selaku pewaris sah syarikat ayahnya, Biotechgen.Namun dia memilih menjadi selebriti, lalu terjun kedunia lakonan.
Dalam kemasyhuran,seorang peguam muncul menyampaikan satu amanah. Kotak kayu berukir diterima dengan kemusykilan. Sejak itu dia diganggu memori silam tentang Adib, lelaki misteri yang muncul dari hutan di pinggir kediaman.
Siapa Adib sebenarnya?Apa kandungan kotak yang diterima oleh Marsyanda? Kenapa mereka perlu bersatu tenaga menghadapi bencana angkara manusia serigala? Ini cinta dalam perang. Ini cinta tak  terhalang.


Sinopsis
Mikail Mohamed, film projectionist panggung wayang di Suria, KLCC, bangunan agam kebanggaan negara.Sepanjang 5 tahun bekerja di panggung, Mika punya partners in crime, Barak, Kechik, Afiqdan Zack. Mereka berlima tembolok punya filsuf cinta yang sama iaitu cinta mereka terhadap filem dan sinema.



Last edited by chaoyunjie on 1-3-2014 09:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2014 09:45 AM | Show all posts

Sinopsis
Hadi sudah bosan dengan hubungan Papa dan Mama yang berantakan. Menyendiri lebih baik.
Kehadiran dua insan serentak, Putih dan Azman, menambah rencah hidup yang hampir bertitik. Seorang sering muncul dan sering juga hilang secara tiba-tiba. Seorang lagi sibuk mencari ibu  yang entah di mana.
Kemalangan terjatuh dari tangga memberikan Hadi kemampuan menyuluh kisah silam penuh noda. Lalu saban hari dia menjejak dosa-dosa silam penuh cerita dengan sebelah tangan yang punya kuasa luar biasa. Dia mengenali semula siapakah sebenarnya Papa dan Mama. Kemunculan Azman dan Putih juga dicari punca.
Mampukah Hadi menerima segala rahsia yang diketahui? Adakah dia mempunyai kekuatan, menurut JEJAK DOSA, langkah demi langkah?



Sinopsis

SURAYA, personaliti TV 13, sering mendapat nota misteri mengenai figura rama-rama. Satu hari Suraya membaca berita mengenai Ryzal , seorang pelakon terkenal tanah air yang hilang dan dipercayai sudah meninggal dunia. Secara tiba-tiba, Suraya bertembung dengan Ryzal yang tidak mampu dilihat orang lain kecuali dia!

Suraya terpaksa menerima kehadiran Ryzal sama ada suka ataupun tidak kerana Ryzal mahu Suraya membantu dalam usaha mencari jasadnya yang hilang.

Mampukah Suraya memenuhi permintaannya? Siapakah yang bertanggungjawab atas kehilangan Ryzal? Apa pula kaitan nota figura rama-rama yang sering diterima dan TEMAN ROH tanpa diundang itu?
Last edited by chaoyunjie on 1-3-2014 09:58 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2014 09:46 AM | Show all posts


Sinopsis
Instagram dan Facebook adalah fenomena. Narkisa selfie merebak menjadi budaya. Namun tidak semua sukakan budaya itu. Bencinya meluap menjadi dendam. Dendam yang menukarnya menjadi pembunuh. Daripada stalker kepada pembunuh gila.
Di dunia nyata, seorang pembunuh gila sedang mencari mangsanya. Skala homisidal menjadi masaker. Tiada sesiapa pun yang berani berkumpul di suatu tempat beramai-ramai.
Di balik kegelapan siri pembunuhan itu, terselit sebuah dunia simbolik yang memaparkan makna di sebaliknya. Dunia di mana narkisa adalah kehidupan, dunia di mana tsunami buku melanda, dunia di mana kematian tidak menjengah.
Nisa dan Risa, kembar, namun hati berbeza. Mereka punya konflik. Punya dunia masing-masing. Yang berbeza asalnya namun bertaut di hujungnya.
Biodata
LOKMAN HAKIM ialah jurutera awam lulusan ijazah UiTM yang bosan akan hidup nomad pekerja pembinaan. Berjinak-jinak dengan dunia muzik pada asalnya, menyertai band black metal, nu metal & alternatif rock selaku multi-instrumentalis amatur sebelum beralih angin kepada bidang penulisan setelah jemu menelaah bahan bacaan fiksyen dan faksyen yang tidak berkesudahan.



Last edited by chaoyunjie on 8-4-2014 01:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 01:43 AM | Show all posts
ko ada beli ke buku roman nih @chaoyunjie ..cam menarik jer..apa yg best?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 09:23 AM | Show all posts
arisa_imamura posted on 27-4-2014 01:43 AM
ko ada beli ke buku roman nih @chaoyunjie ..cam menarik jer..apa yg best?

sempat beli & baca Mengejar Ajar & FOBIA je...

Mengejar Ajal tu not bad juga....tp aku suka karya PECAH lg....
Fobia so-so je...sbb antologi cerpen...aku kureng sket bab2 cerpen ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2014 12:29 PM | Show all posts
chaoyunjie posted on 27-4-2014 09:23 AM
sempat beli & baca Mengejar Ajar & FOBIA je...

Mengejar Ajal tu not bad juga....tp aku suka kar ...

lebih kurang cam buku fixi je ni. pecah tu pulak aku tak leh masuk..atau mmg aku takleh terima tulisan khairulnizam bakeri selamanya..takleh hadam la ayat2 dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 03:55 PM | Show all posts
arisa_imamura posted on 27-4-2014 12:29 PM
lebih kurang cam buku fixi je ni. pecah tu pulak aku tak leh masuk..atau mmg aku takleh terima tul ...

gaya tulisan dia bernada sikit...
mungkin ko ble cuba yg lain2 dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2014 10:00 AM | Show all posts
Dah baca Mengejar Ajal.

Jalan cerita, bolehlah. Compare dengan Pecah, best Pecah lagi.

Ada tiga bahagian. Bila masuk bahagian dua, slack sebab 'Raed' dah tukar jadi 'aku'. Tapi 'sudut pandang' aku tu tak kekal. Berterabur bila baca.

Cerita macam tak complete. Tak ada kepuasan bila baca. Cuba nak wujudkan teka-teki tapi point sangat lemah.

   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 02:21 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-4-2014 10:00 AM
Dah baca Mengejar Ajal.

Jalan cerita, bolehlah. Compare dengan Pecah, best Pecah lagi.

ya, aku setuju...tiada kepuasan bila membaca mengejar ajal...
rasa mcm x cukup lg...

cuma kali ni penulis membawa watak wanita buta dalam karyanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 12:56 AM | Show all posts
chaoyunjie posted on 27-4-2014 03:55 PM
gaya tulisan dia bernada sikit...
mungkin ko ble cuba yg lain2 dulu...

ha itu lah yg aku tak minat style tulisan knizam ni..spoil je rasa..tulis elok2 tak leh ke pastu dia byk guna perkataan yg rare. tak kose nak selak kamus
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
hai hai
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
hai hai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.060557 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list