CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57034|Reply: 148

Tidak pandai bergaul dan tak ada kawan

[Copy link]
Post time 12-3-2014 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Saya sekarang dipindah ke jabatan baru, bermakna saya perlu menyesuaikan diri di tempat baru.
Oleh sebab hanya saya seorang saja pekerja baru bermakna saya perlu menyertai kumpulan pekerja yg sudah lama berada di sana dan hubungan sesama mereka sudah pun akrab. Oleh kerana saya seorang yang pendiam dan tidak pandai bergaul, saya sukar diterima oleh mereka. Mereka rata-rata  bukanlah jenis yg senyap seperti saya. Hanya saya seorang saja yang pendiam di jabatan saya.

Sekarang sudah 3 bulan saya berada di jabatan baru, sehingga kini saya tidak dapat berkawan dengan mereka. Saya ada memulakan perbualan, tapi ada antara mereka seperti kurang berminat untuk bercakap dengan saya. Itu tidaklah menghairankan kerana mereka sudah maklum dengan sikap pendiam saya ni. Dan, mungkin bagi mereka saya bukanlah seorang yang menarik, senang cakap, saya membosankan. Lagipun berkawan dengan saya tidak memberi kepentingan kepada mereka (pada pendapat saya)

Saya bukan tidak mahu bercakap, saya cuma tidak ada topik utk diperbualkan. Mulut ini teringin nak berkata-kata, tapi kebiasaannya dan selalu terjadi, apa yg saya perkatakan tidak menarik perhatian mereka. Sebagai contoh, saya mengatakan bekalan air semakin kurang.Dan mereka menjawab, sekadar ya dan tahu  tentangnya, maka topik itu terhenti begitu saja, tak sampai 10 saat pun. Contoh kedua, saya bertanya bila due date untuk menghantar satu laporan, mereka menjawap tarikh pada sekian-sekian, dan setakat itulah topik perbualan, tak sampai 10 saat pun. saya juga ada mendengar mereka mengumpat yang saya tidak pandai bercakap. selepas tahu tentang umpatan itu, saya berasa mengalah dengan keadaan ini dan tidaklah terdesak untuk berkawan lagi, tapi sampai bila saya jadi begini?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 11:18 PM | Show all posts
ko bawa lah makanan...duduk sama2 makan, borak dengan depa...
boleh cakap hal ehwal semasa ka...movie ka...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 11:29 PM | Show all posts
Kasihan, sure rasa tak selesakan....bosannya tak de kawan kat office..

I tak tau..tapi i mudah dapat kawan coz orang kata i mesra alam..

actually i sentiasa senyum pada semua orang dan wish derang..good morning..good afternoon..
dan kalau derang pakai baju cantik...cakap lah cantik baju you..beli kat mana..?
once a while beli lah makanan yang boleh you kongsi dengan kawan2 pejabat....
kalau ada sesiapa perlukan pertolongan..you tawarkan pertolongan..
bila orang bercerita you tumpukan perhatian..
you know simple things like that..tak susah pon...cuma ikhlaskan hati dan lapangkan dada bila buat semua tu..

after a while derang akan rasa selesa dengan you...
trust me derang akan okay dengan you...
All the best

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 11:55 PM | Show all posts
Senyumlah dgn mereka.  Cukup.  Asalkan kau tak sombong dgn org, tak salah pun jadi seorg yg pendiam.   Org yg pendiam itu lebih baik dari org yg suka berbicara yg bukan2.  Jadilah seorg pendiam yg elok akhlaknya, yg menggunakan lidah yg dikurniakan Allah itu hanya utk mengeluarkan mutiara2 yg berhikmah.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." ( Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)

Hikmah diam:

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 12:14 AM | Show all posts
dear tt, ko lelaki ek?
kat ofis ko rata2 lelaki ke perempuan?
bagi aku, asal ko selesa, masa kerja, kerja ja, takyah banyak cakap pun takpa, kalau rasa nak sembang, masuk porem haa

ok, aku respon pada persoalan ko sekarang. ko senyum je, takyah terlampau mesra, kang cakap banyak, tak kena gaya, dosa pun banyak. kalau selisih dengan sapa2 ofismate tu, senyum, tanya khabar sekali sekala, tolong kalau bantuan diperlukan.
kalau nak ambik hati, antaranya puji baju lawa, bawa makanan sekali sekala, tapi bagi aku, lebih baik tak terlampau mesra alam kat tempat kerja, kalau konflik nanti naya. baik ko ambik pendekatan sederhana je dengan semua.
dari senyuman, selalunya permulaan terjalinnya ikatan. jadi, mulakan dengan senyuman, jangan sengih pulak, kang ada yg pikir ko lain
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 12:16 AM | Show all posts
Genkidesuka posted on 12-3-2014 11:55 PM
Senyumlah dgn mereka.  Cukup.  Asalkan kau tak sombong dgn org, tak salah pun jadi seorg yg pendiam. ...

i like, well said!
aku tertarik dgn nick ko, kyo genki desuka?


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-3-2014 12:25 AM | Show all posts
chaoyunjie posted on 12-3-2014 11:18 PM
ko bawa lah makanan...duduk sama2 makan, borak dengan depa...
boleh cakap hal ehwal semasa ka...mov ...

........masa makan, saya sorang je yg tak bercakap. yg lain bercakap....nak menyampuk, saya tak pandai.

pendek kata, saya tak pandai berbual.

bagi orang lain, berbual adalah perkara mudah, tak perlu dipelajari pun.

bagi saya, berbual adalah perkara yang paling sukar.

sedih, nampak sangat saya berbeza dan pelik dari orang lain.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 12:30 AM | Show all posts
mrsLucky posted on 12-3-2014 11:29 PM
Kasihan, sure rasa tak selesakan....bosannya tak de kawan kat office..

I tak tau..tapi i mudah da ...

kalau mendengar org berbual memang lah tak susah.

kalau ada orang buat lawak, saya ketawa jer..

tapi kalau nak berbual tu, susah la...lagi pun suara saya semulajadi kurang jelas, tak nyaring. bila berada dalam kumpulan ramai, susah saya nak masuk line, tapi kalau dalam kumpulan kecil, contoh dalam dua tiga org tu, boleh sikit. sebab mereka pun selalu kumpul ramai-ramai, dah serasi, saya tak dapat nak bergaul dgn mereka yg dah serasi. lain lah kalau ada pekerja yg baru masuk dgn saya. mudah sikit..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2014 12:38 AM | Show all posts
doubleA posted on 13-3-2014 12:14 AM
dear tt, ko lelaki ek?  
kat ofis ko rata2 lelaki ke perempuan?
bagi aku, asal ko selesa, masa k ...

betul tu, kena senyum......tapi dah masuk 3 bulan dah. takkan senyum jer....

lelaki dan perempuan sama banyak dlm ofis.

masalahnya tak selesa, tapi busykan diri dgn kerja, kalau x busy pun, cari kerja supaya nampak busy.

atau pura-pura tengok hp utk hilangkan ketidakselesaan.

sebelum ni saya positif je, tapi lepas dengar umpatan tu.....tak terfikir pulak mereka ada pandangan mcm tu...sebelum ni ada masalah yg sama di jabatan yg lama, tapi bila ada pekerja baru yg masuk...saya tak ada masalah sbb org baru masuk tu pun perlukan member.senang la nak kawan.tapi sekarang di jabatan baru, saya seorang je yg pindah masuk...

tapi buat masa ni, saya fokus dengan kerja je .... tapi ada masanya, hal ni menganggu fikiran.

saya tak banyak kawan actually, baik di luar pejabat pun. saya tak pandai bergaul.

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpe walaupun ko x pandai cakap, sekurang2nye ko kacak. Bersyukurla ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 12:48 AM | Show all posts
sobsob posted on 13-3-2014 12:45 AM
Xpe walaupun ko x pandai cakap, sekurang2nye ko kacak. Bersyukurla ye.

tak, itu nick name je.

saya tak kacak.

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 12:52 AM | Show all posts
jejakakacak posted on 13-3-2014 12:38 AM
betul tu, kena senyum......tapi dah masuk 3 bulan dah. takkan senyum jer....

lelaki dan perempu ...

Takpr lah TT, as long as derang x pulaukan you...
You buat jer kerja you...dan berkawan dengan derang cam besa...
I percaya one day you besa dengan sikap derang dan derang boleh accept cara you...
Slowly you boleh blend in...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 01:20 AM | Show all posts
aku suke kawan dgn orang yang pendiam, terutama untuk persahabatan jangkamasa yang lama. sebab orang pendiam ni tak banyak masalah. berbanding berkawan dgn orang yg kuat bercakap, banyak sangat kerenah. bayangkan jelah berkawan dengan manusia banyak mulut ni untuk jangkamasa yang lama. mesti banyak kes berlaku.

oh yer, hati2 kalau TT jumpe orang kelate. sebab orang kelantan selalu melabelkan orang pendiam sebagai bodoh. mungkin sebab pemikiran diorang belum terbuka lagi dengan dunia luar.

tapi TT jangan risau, orang yg pandai dan bijak takkan cakap orang lain bodoh, sebaliknya memberi nasihat. kalau diorang cakap TT bodoh, maknanya diorang la yg bodoh.







Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 01:33 AM | Show all posts
jejakakacak posted on 13-3-2014 12:48 AM
tak, itu nick name je.

saya tak kacak.

salah satu masalah orang kacak kadang2 terlampau merendahkan diri. tak percaya bila org puji yang diri tu ada rupa. ataupun kadang2 orang kacak ni selalu nak kontrol hensem depan perempuan. supaya nampak diri tu 'mahal' dan 'high class'. akhirnya jadi pendiam tak bertempat.

cuba jadi perangai semulajadi, maksudnya jadi diri sendiri. takyah malu atau kontrol sgt. tapi perangai yg buruk tu kena la buang... macam terlalu pendiam.

kalau TT dpt jdi orang yg happening, berpengaruh, baru TT tahu perbezaan yg besar langit dan bumi antara jadi pendiam atau happening + berpengaruh. takdelah susah sgt kalau nak jadi manusia yang happening + berpengaruh kuat sebenarnya.... terutama sekali kat tempat baru, sebab orang sekeliling tak kenal lagi perangai TT yg sebenar. so masa itulah TT kena 'corakkan' perangai TT di mata mereka semua. good luck










Last edited by Pailang on 13-3-2014 01:36 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
tt lelaki ke? ok je lelaki yg pendiam, cuma mmbosankan la skit... tp rasanya klu kena dgn topik yg tt minat n byk pengetahuan, mesti ok je sembang kan..

biarla pendiam pun.. pot pet sgt rimas plak..

sorila tt, i xtau nk nasihat sbb teman idup i pun pendiam n x pndai sembang.. jenis pendengar yg baik je...

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 02:43 AM | Show all posts
baik kau hantar resign letter dan berniaga..

buat apa yg kau suka..

adam cm kau juga lone ranger..


now adam happy ada kawan dalam cari forum, kawan bisnes, kawan hobi, kawan jalan2..

jgn terikat dgn kehidupan yg u xsuka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2014 02:45 AM | Show all posts
Pailang posted on 13-3-2014 01:33 AM
salah satu masalah orang kacak kadang2 terlampau merendahkan diri. tak percaya bila org puji yang  ...

hurm..

masalah org kacak atau terperasan kacak ni rumah dia banyak cermin..

sibuk fikir diri sendiri cm bagus..

jd pecahkan cermin satu rumah..

dan jd orang biasa2 je..

susah wei kalau ada masalah perasan..

takut jd over emotional dispress button..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 02:56 AM | Show all posts
Pangkalan Udara Butterworth        04-3144505

adam call tp xjawab.. mungkin bukan ofis hour.. fikir 24 jam tentera kerja rupanya ofis hour juga..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:19 AM | Show all posts
jejakakacak posted on 13-3-2014 12:25 AM
........masa makan, saya sorang je yg tak bercakap. yg lain bercakap....nak menyampuk, saya tak pa ...

bukan ko sorang je, aku kalau makan pun tak reti aku nak bercakap....
kalau bercakap, terus hilang selera makan....
lagi satu, ramai kata aku makan slow...

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 08:33 AM | Show all posts
Pailang posted on 13-3-2014 01:20 AM
aku suke kawan dgn orang yang pendiam, terutama untuk persahabatan jangkamasa yang lama. sebab orang ...

patut la puak kelate dok  selalu gaduh ngan aku.depa nak sabit aku xda punca dan sebab,depa pakai senior ngan supervisor depa.pun xleh buat apa juga,xda punca,xda pasal,ha ha

jadi diam bagus,diam pikir mai keja buat keja,cukup masa balik.masa keja jangan buat salah,tu adalah punca dan sebab siapa2 kan guna buat alasan nak tekan dan bikin ang lg susah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.074056 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list