CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22066|Reply: 52

[Penerbit] ILHAM PENA

[Copy link]
Post time 23-3-2014 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...aku ni forumer baru di sini. Selama ni jadi pembaca je...suka baca ruangan buku dan sastera ni walaupun aku ni latar belakang sains.


Nak perkenalkan novel dari keluaran penerbit baru ILHAM PENA




Last edited by mijot on 16-7-2014 11:37 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2014 07:36 PM | Show all posts
Ni sinopsis novel Beb! Akhirnya Aku Dilamar!

“Beb…kau sungguh bertuah. Aku jugaklah yang masih terkontang kanting. Mr. Baseball cap aku tu masih menjadi misteri. Sampai sekarang ni aku tak jumpa dia. Aku rindu la kat dia beb…”– FELISHA

FELISHA, gadis lincah yang meminati seorang senior yang digelar Mr. Baseball Cap sejak di universiti, tidak lagi pernah bersua sejak pulang ke tanahair.

““Itu mama jangan risau. Bila tiba masanya nanti, Riz akan jumpa juga dengan calon isteri Riz dan Riz akan kenalkan dengan mama.” – Haih….manalah Ms. Specky yang aku suka dulu tu. Sampai sekarang tak pernah jumpa lagi. Dah kena telan bumi agaknya..lenyap terus! Mana nak cari dia ni. - FARIZ

FARIZ, seorang jurutera berjaya, masih belum melupakan Ms. Specky. Gadis pertama yang telah mencuri hatinya sejak di alam pengajian tanpa gadis itu sedari. Sikap selamba dan tidak betah dengan hal perempuan menyebabkan rasa itu tidak pernah terluah sehingga kini. Siapa sangka, hati batu Fariz akhirnya menjadi cair. Dalam diam dia mencintai Felisha walaupun sering bertekak. Sejak bila...dia sendiri tidak pasti. Yang pasti, gadis itu mesti dimiliki.

“Betul ke awak nak nikah dengan saya?”
“Kenapa? Tak boleh?”
“Awak sendiri tahu kan. Awak tak suka saya dan saya tak suka awak. Jadi kenapa nak teruskan jugak?”

Ternyata semua itu bukan senang dan mudah. Banyak kejadian yang tak terduga hadir dalam  hidup Felisha. Pengkhianatan dan dendam kesumat yang hampir-hampir meragut mahkota wanitanya!
Dapatkah Fariz bertemu semula Ms. Specky yang dicari selama ini? Berjayakan Felisha memiliki Mr. Baseball Cap?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 10:08 PM | Show all posts
mesti fariz tu mr. baseball cap
ms. specky tu felisha

aku bukan x mau beli novel keluargan penerbit baharu. tapi aku takut x best. rugi 20 ringgit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2014 12:35 AM | Show all posts
AKU, DIA & SOMTAM



SINOPSIS:

Pertemuan pertama di gerai somtammengheret Anis dan Imran ke arah perkenalan yang tak diminta. Anis, gadiskampus yang menjadi penujal somtam di kampung bercita-cita ingin seorangpeniaga yang berkaya.
“Sini ada somtam?”
Imran, anak orang berada yangsombong dan suak berfoya-foya begitu benci pada gadis bertudung disebabkabkekecewaannya dulu.
“Awak ingat dengan tudung baiksangatkah? Hipokrit!”
Namun, takdir menentukansegalanya.  Anis dan Imran terpaksabernikah kerana tindakan bodoh Imran sendiri. Lantas Imran membuat satuperjanjian dalam pernikahannya.
“Jika awak setuju atau dipaksabersetuju, maka awak kena ikut syarat yang telah saya tetapkan”
Bermulalah kisah rumahtangga yangdibina atas dasar paksa dan terpaksa. Impian Anis untuk memiliki seorang suamiyang boleh sama-sama menuju  jalan kesyurga hancur berkecai walaupun Imran adalah insan pertama yang  berjaya mencuri hatinya.
Perkenalan di alam maya taksengaja antara Anis dan Jay telah membuka ruang untuk Anis mengenali lelaki itu yang mula kembali ke jalan Allah setelahlama hanyut dibawa arus dosa. Ciri yang dicari selama ini dari seorang lelaki.Anis nekad ingin berpisah dengan Imran dan menerima Jay.
Siapa Jay?
Siapa pula gadis idaman Imran?
Semua persoalan menjaditeka-teki... sehinggalah...
Last edited by Ipo on 28-7-2014 01:07 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 12:43 AM | Show all posts

Novel dari penerbit yg terkenal pun , xsemua menarik.ada yg xbest.rasa rugi je beli novel dari penerbit terkenal pun.apasalahnya bg peluang kepada penerbit baru kan.penerbit yang terkenal pun bermula dari penerbit biasa jugak.

Btw,dah baca novel ni..komen..menarik!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 11:48 PM | Show all posts
bird77 posted on 28-3-2014 12:43 AM
Novel dari penerbit yg terkenal pun , xsemua menarik.ada yg xbest.rasa rugi je beli novel dari pen ...

Terima kasih..kerana baca novel ni Last edited by Ipo on 7-6-2014 07:34 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-4-2014 02:31 PM | Show all posts
DUDE! I'M GETTING MARRIED




“Tak sangka rupanya kau bekas tunang aku. Jadi memang betullah kataAcik. Aku dah jatuh cinta dengan bekas tunang aku tanpa aku sedar…”  - JAI.
IKHWAN HARRIS a.k.a JAI,  mencintai seorang gadis dalam diam namuncintanya terpaksa dilepaskan  bila menyedarisahabat sendiri turut menyukai gadis yang sama. Rasa kecewa semakin parah bilamengetahui gadis itu adalah  bekastunangnya tujuh tahun dulu.


“Kau tahu tak..adik aku dah lama suka kau tapi kau tak pernah balas.Susah sangat ke nak bagi hati emas kau tu kepada dia?” -  ACIK
DANIEL HAKIM a.k.a ACIK , sahabatJai, kecewa bila segala rancangannya punah kerana sikap Jai yang tidak pernahmenghiraukan  perasaan adiknya yang selamaini menaruh hati pada Jai.

“Kalau rasa terpaksa, tak payah awak nak menipu diri sendiri. Sayafaham kalau awak tak suka saya.” – KOCI
FARID a.k.a KOCI, tidak pernahserik dengan sikap berfoyanya dengan perempuan terutama perempuan cantik. Semuaitu ada sebabnya. Dia pernah dihina oleh gadis yang diminati sejak zamansekolah dulu. Sejak itu perempuan yang didekatinya dipermainkan untuksuka-suka. Namun, sikapnya mula berubah bila bertemu adik Acik.

JAI terpaksa menerima pilihanorang tuanya setelah kecewa. Pertunangan Koci putus di tengah jalan keranakejadian memalukan. Acik putus kasih setelah gadis yang dicintai pergi buatselamanya  dalam satu kemalangan yangsengaja dirancang menyebabkan adik kesayangannya hilang ingatan saat ingindinikahkah.
Namun, takdir mengatasisegalanya. Perancangan Allah melebihi semuanya. Dapatkah mereka mengecapinikmat hidup berumahtangga yang diredhai Allah? Bahagiakah Jai, Koci dan Acikmenjalani kehidupan setelah apa yang berlaku?
Last edited by Ipo on 28-7-2014 01:09 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 08:30 AM | Show all posts
menarik... boleh buat koleksi ni... thanks for sharing this info...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2014 08:29 AM | Show all posts
novel ipo ke ni?boleh cari..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 09:05 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 17-6-2014 08:30 AM
menarik... boleh buat koleksi ni... thanks for sharing this info...

@Zamzam2013      


@asfaz

boleh beli online..bulan posa ada diskaun 30% untuk pembelian 3 novel

https://www.facebook.com/IlhamPenaPublishing
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 12:33 AM | Show all posts
Ipo posted on 6-7-2014 09:05 AM
@Zamzam2013      

iman fadhia?yg tu yea..


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 07:28 AM | Show all posts
Ipo posted on 23-3-2014 07:36 PM
Ni sinopsis novel Beb! Akhirnya Aku Dilamar!

“Beb…kau sungguh bertuah. Aku jugaklah yang masih ...

menarik... nanti beli... thank for the info Ipo...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 07:30 AM | Show all posts
Ipo posted on 6-7-2014 09:05 AM
@Zamzam2013      

i like it... kena online kt rumah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 11:40 PM | Show all posts
aku tkrkan thread ni kepada thread penerbit ilham pena..
jadi segala perbincangan mengenai bku keluaran ilham pena boleh dibuat di thread ini.

sekian..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2014 12:08 PM | Show all posts
NOVEL terbaru..genre seram dan mistik, misteri, keluaran SEPTEMBER 2014

TAJUK : GADIS KEBAYA MERAH
ISBN : 978-967-12400-4-5





SINOPSIS :


Kudin yang sudah bosan dengan dunia kerjanya yang tidak bersempadan, mula mencari ketenangan di kampung sendiri yang sudah lama tidak dijenguk dan tinggal bersama nenek. Namun kepulangannya untuk mencari ketenangan dan jauh dari rencah hidup di kota juga tidak berhasil.  Kedatangan dua lelaki yang membawa berita kematian ayahnya dan dia menjadi waris untuk mengambilalih syarikat telah memaksanya untuk kembali mengadap dunia kota yang penuh liku.Sekembali ke kota semula, rupanya Kudin tidak keseorangan, dia mempunyai dua lagi adik perempuan, Kuyah dan Kusha.

Ditambah lagi dengan kes pembuangan mayat ke kampungnya dan jelmaan gadis kebaya merah yang ada kaitan dengan kematian ayahnya, turut membawa penghijrahan semula Kudin ke kota. Misteri mayat yang dijumpai di kampung itu belum lagi terbongkar, timbul pula kehilangan Anum dan Senah.Segalanya menjadi misteri dan sukar dirungkai sehinggalah pertemuan yang tidak diduga dengan Ana Dahlia yang turut menyiasat kes pembuangan mayat dan kehilangan Anum dan Senah. Dalam diam Kudin mencintai Ana Dahlia tanpa mengetahui siapa gadis itu sebenarnya. Namun cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Muncul pula Jai, Jo dan Chad, sahabat lama yang telah lama menghilang.

Pertemuan semula keempat sahabat itu semakin bertambah rumit bila mereka tercampak pula ke dunia bunian. Maka bermulalah dunia mistik mereka.

Siapakah jelmaan gadis kebaya merah yang sering muncul dan mengganggu penduduk kampung? Ke mana menghilangnya Anum dan Senah? Bisakah Kudin mencapai impiannya untuk memiliki Ana Dahlia setelah dia tahu siapa gadis itu sebenarnya? Semua persoalan terjawab bila misteri gadis kebaya merah dan punca kematian sebenar ayah Kudin terbongkar dan sepanjang penyiasatan  itu, tanpa sedar cinta mistik turut tersemai.



Last edited by Ipo on 23-9-2014 08:09 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 02:14 PM | Show all posts
Ipo posted on 19-8-2014 12:08 PM
NOVEL terbaru..genre seram dan mistik, misteri, keluaran SEPTEMBER 2014

TAJUK : CINTA MISTIK

tahniah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2014 11:50 AM | Show all posts
sellie003 posted on 25-8-2014 02:14 PM
tahniah...

terima kasih Sellie

tak tahu lagi apa sambutannya nanti..

tajuk nanti tukar semula ke Gadis Kebaya Merah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 03:02 PM | Show all posts
Ipo posted on 26-8-2014 11:50 AM
terima kasih Sellie

tak tahu lagi apa sambutannya nanti..

belum ada kat pasrn lagi ke? baru ura2 nak beli...

Suka lg tajuk Gadis Kebaya Merah...tajuk pom dah ada unsur2 mistik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 03:11 PM | Show all posts
sellie003 posted on 26-8-2014 03:02 PM
belum ada kat pasrn lagi ke? baru ura2 nak beli...

Suka lg tajuk Gadis Kebaya Merah...tajuk pom ...

belum lagi sellie..september nanti..mungkin pertengahan september
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 03:52 PM | Show all posts
Ipo posted on 26-8-2014 03:11 PM
belum lagi sellie..september nanti..mungkin pertengahan september

Ohh...sempt lgi bolh tukar...

Gadis Kebaya Merah ;~ mistik ada di mana2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.122136 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list