CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2774|Reply: 8

Hormati Insiden MH370, Mahdi Moudini Tangguh 'Illusion Show' di KLIA

[Copy link]
Post time 3-4-2014 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest

Mahdi Moudini bersama tiga trofi anugerah Tokoh Merlin yang diterimanya.
Kredit foto: Suhaizul Izhar.

Ahli silap mata tersohor, Mahdi Moammer Moudini, 35, terpaksa menangguhkan hasratnya mahu membuat satu pertunjukkan 'Illusi Menghilangkan Diri' di beberapa buah negara seluruh dunia. Penangguhan tersebut ekoran tragedi kehilangan pesawat MH370.

Menurut Mahdi, sekiranya projek meganya itu mahu direalisasikan, ia perlu melibatkan lokasi lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kapal terbang juga beberapa lapangan di luar negara.

Tetapi selepas mengambil kira sensitiviti juga rasa hormat dan simpatinya terhadap seluruh ahli keluarga para penumpang pesawat yang terlibat, ahli silap mata yang pernah diangkat sebagai 'Ahli Silap Mata Iran Terbaik 2012' ini terpaksa melupakan sementara impiannya itu sehinggalah insiden itu selesai.

"Satu impian yang saya ingin realisasikan ialah membuat pertunjukkan illusi menghilangkan diri secara live. Pada persembahan saya nanti orang ramai melihat saya menaiki kapal terbang untuk ke negara lain. Menariknya, di saat kapal terbang itu hendak berlepas (take off), dalam sekelip mata saya sudah berada di negara yang hendak saya tuju. Kemudian ke negara lain lagi dengan cara yang sama.

"Sebenarnya saya sudah fikir idea dan merancang mahu membuat pertunjukkan ini sejak enam tahun lalu. Saya jangkakan saya mahu merealisasikannya dalam tahun ini. Namun memikir sensitiviti disebabkan Malaysia sekarang berdepan dengan krisis tragedi MH370, saya menangguhkan dulu hasrat saya itu. Tetapi saya tetap merealisasikannya satu hari nanti.

Sekarang saya hanya menunggu masa yang sesuai. Kalau pun saya tidak dibenarkan membuat pertunjukkan itu di Malaysia, saya akan membuatnya di negara lain", katanya kepada Malaysian Digest ketika ditanya mengenai impiannya yang masih belum terlaksana sehingga kini.


Aksi Mahdi membuat pertunjukkan silap matanya bersama dua selebriti, Betty Banafe dan Anahita Bakavoli.

Ahli silap mata kelahiran Iran ni ditemui pada majlis penganugerahan beliau sebagai 'Tokoh Merlin' untuk kali ketiga sekaligus beliau diangkat sebagai "Best Illusionist in Malaysia 2014', bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.

Anugerah berprestij itu diberikan kepada Mahdi kerana banyak sebab dan salah satunya adalah kerana sumbangan beliau mempromosikan Malaysia selama ini.

Turut hadir bagi menyampaikan anugerah tersebut ialah Presiden ahli silap mata berpretij dunia, International Magician Society (IMS), Tony Hasini. Pemberian anugerah tersebut merupakan kali ketiga dari IMS.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai anugerah yang diterimanya itu, bapa kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa syukurnya dan menyifatkan ia sebagai satu lagi kejayaan terbesar dalam hidupnya sebagai seorang ahli silap mata.

Lain-lain tokoh ahli silap mata yang telah dianugerahkan pengiktirafan sama sebelum ini seperti David Copperfield, Criss Angel, Siegfried, Roy, Pen and Teller, Tabary, Jeff McBride, Rocco dan Bill Malone.

Sementara berkongsi serba sedikit mengenai perjalanan kariernya, Mahdi berkata dia dilahirkan dalam keluarga ahli silap mata yang mana datuknya, Ibrahim Moudini dan bapanya Ismail Moudini merupakan ahli silap mata terkenal di Iran.

Kehadirannya di Malaysia pada tahun 1998 adalah secara kebetulan kerana mahu membuat visa untuk melancong ke Jepun. Ketika itu sebagai menyara hidup dalam beberapa di sini, dia membuat petunjukan magisnya di tepi jalan. Namun siapa sangka, dengan kelebihan pandai membuat silap mata, beliau ditawarkan membuat pertunjukkan di Hotel Corconde selama tiga bulan. Sejak itu, beliau mula jatuh hati pada Malaysia kerana keindahan tempat dan keramahan masyaratkat di sini. Sehingga hari ini, kata Mahdi, Malaysia sudah dianggap seperti negara keduanya.


Mahdi Moudini bersama isteri dan anak-anaknya.

"Saya dilahirkan dan membesar dalah keluarga ahli silap mata. Datuk dan ayah saya seorang ahli silap mata berjaya di Iran. Jadi saya adalah genarasi ketiga. Adik perempuan saya juga ahli silap mata dan dia sekarang tinggal di Dubai.

"Ketika itu usia saya 18 tahun. Lepas saja khidmat negara, saya dan kawan saya teringin benar mahu ke Jepun. Tapi kami perlu Kuala Lumpur dahulu untuk memohon visa. Jadi bila sampai di sini, sambil menanti visa siap, saya membuat pertunjukkan di jalan setidak-tidaknya dapatlah menambah duit belanja. Tapi pada satu hari seorang individu memperkenalkan diri sebagai pengurus hotel Concorde dan menawarkan saya membuat pertunjukan di hotel itu selama tiga bulan........................................................


http://www.malaysiandigest.com/h ... n-show-di-klia.html



Last edited by adik^manis on 3-4-2014 09:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 01:07 PM | Show all posts
dia ni wat show kat genting ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 03:03 PM | Show all posts
xpnh dgr nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 04:30 PM | Show all posts
houdini jadi moudini lak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 05:12 PM | Show all posts
cam pernah dengar
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 09:29 AM | Show all posts
Tak famous lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2014 12:09 PM | Show all posts
Tak terkenal kat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 12:59 PM | Show all posts
Tak terkenal sebab kita bukan into Magic Show sangat.
Tak caye tengok yang menang anugerah tu. Tak semua familiar, tapi bg peminat Magic show...mereke terkenal.
David Copperfield, Criss Angel, Siegfried, Roy, Pen and Teller, Tabary, Jeff McBride, Rocco dan Bill Malone.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2014 02:19 PM | Show all posts
tersohor?

aler.. xkenal pong
and dia ni india ke? tp mcm muka kena bleach
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.075658 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list