View: 11824|Reply: 77
|
Bila penyanyi rock ke masjid...
[Copy link]
|
|
SATU ketika dahulu, dia merupakan pengurus kepada kumpulan rock termasuk Loving Born, XPDC, Damasutra dan Real XPDC.
Siapa sangka, hidayah ALLAH SWT yang diterima pada 2007, berjaya menempatkan pemilik nama sebenar, Badry, ini ke jalan yang diredai.
Tahun demi tahun, akhirnya penghijrahan itu membuatkan Eddy berhasrat mengajak rakan-rakannya bersama dalam program dakwah.
Menurut Eddy, satu ketika dahulu, dia berjaya mengumpulkan kelompok peminat untuk kumpulan rock menerusi kelab-kelab yang ditubuhkan.
Kini, tiba masanya untuk dia menggunakan peluang yang ada untuk mengajak semula kalangan peminat berkenaan dalam menyokong aktiviti dakwahnya.
"Satu masa dahulu, saya akui, saya banyak membawa 'jiwa' mereka dalam mendekati muzik dan hiburan.
"Namun, kini saya terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada mereka agar kembali ke jalan ALLAH SWT melalui program dakwah di masjid ini.
"Bukan ceramah biasa, dalam program ini, saya akan menjemput penyanyi yang pernah berada di bawah pengurusan saya untuk turut serta," katanya.
Bakal diadakan di masjid seluruh negara, Eddy mengharapkan kerjasama daripada masyarakat untuk menyokong program ini.
"Program ini masih dalam perbincangan dan saya mengharapkan ianya dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.
"Kemungkinan besar ceramah jelajah ini akan dimulakan di kawasan utara ataupun di Lumut, Perak.
"Dalam ceramah itu, saya akan menjemput seorang atau sekumpulan penyanyi rock untuk bercerita mengenai perjalanan hidup dan penghijrahan mereka," katanya lagi.
Cari pendapatan sampingan
Umum tahu, ramai dalam kalangan penyanyi rock kini sukar menjana pendapatan di dalam industri.
Namun, jelas Eddy yang juga pemilik agensi pengendali umrah, program ini merupakan platform penyanyi berkenaan untuk mendapatkan mata pencarian sampingan.
"Perlu diingatkan, program ini bukanlah program yang memikirkan keuntungan semata-mata.
"Saya tidak akan mengenakan bayaran ke atas diri saya kerana ini adalah usaha dakwah saya sendiri.
"Namun, bila ada jemputan untuk artis, berilah imbuhan kepada mereka agar dapat membantu dalam kos sara hidup," katanya lagi.
Janji Eddy, ceramah agama ini juga tidak akan dicemari dengan unsur-unsur politik yang boleh mengakibatkan ketegangan dan fahaman politik masing-masing.
"Ini adalah ceramah agama dan juga kesedaran kepada masyarakat mengenai penghijrahan. Ia tidak akan dicemari dengan hal-hal politik.
"Usaha saya adalah lebih tertumpu kepada golongan rakan-rakan di usia 30-40 an untuk kembali ke jalan yang benar," jelasnya.
Last edited by cef_gango on 14-4-2014 04:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Buang yg keruh amik yg jernih demi anak....semua org ada wat silap...hàrap mereka berdua belajar dari kesilapan ...dan memulakan idup baru |
|
|
|
|
|
|
|
rindu la tu nk bersenggama. hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Saya perlu mulakan langkah terlebih dahulu, sejak tiga hari lalu saya cuba hantar mesej pesanan ringkas kepadanya dan luahkan perasaan sayang saya pada dia.
ini sudah bgs...usaha tanpa jemu...
moga bertaut kembali..
maknanya EF aware la benda ni... |
|
|
|
|
|
|
|
tebalnya eyebag anak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- posted on 14-4-2014 03:56 PM
rindu la tu nk bersenggama. hihi
bukan ada cawangan gamma lain ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang posted on 14-4-2014 04:20 PM
tebalnya eyebag anak dia.
rindu kat maknya...
kita doa je yg terbaik buat mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
Momooooddddd............................TOLONG SOLEX benang ni!!!!
Kasi mangga ketat-ketat plus potong 50 kredit kat TT yang
gila membuka benang baru tanpa membuat rujukan
terlebih dahulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
hamboih kemain jerit cam nk runtuh bgnunan
sakit hati bebenor bunyi nyer .......
|
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- posted on 14-4-2014 03:56 PM
rindu la tu nk bersenggama. hihi
aku pun rasa cm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 posted on 14-4-2014 04:22 PM
Momooooddddd............................TOLONG SOLEX benang ni!!!!
Kasi mangga ketat-ketat plus pot ...
Sorry tumpang tanya..
kenapa xboleh post mcm ni eh???
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga kasih bertaut kembali.. amin |
|
|
|
|
|
|
|
tengah_bosan posted on 14-4-2014 04:43 PM
Sorry tumpang tanya..
kenapa xboleh post mcm ni eh???
bukan tak boleh tp sbb thread ni dh ade dah.
skrang porem cari dah tak boleh nk merge kan thread so nak tak nak kalau ade thread duplicate mcm ni terpaksa la disolex.
|
|
|
|
|
|
|
|
tengah_bosan posted on 14-4-2014 04:43 PM
Sorry tumpang tanya..
kenapa xboleh post mcm ni eh???
post ni dah ada... tak perlulah nak post smp 3-4 kali...
sbb tu nak mntk momod solex
|
|
|
|
|
|
|
|
sorry mod! aku da edit baik2 punya |
|
|
|
|
|
|
|
NAT_11 posted on 14-4-2014 04:22 PM
Momooooddddd............................TOLONG SOLEX benang ni!!!!
Kasi mangga ketat-ketat plus pot ...
erkkk cepat je nk hukum orang.. cuba la bawak bertenang..
|
|
|
|
|
|
|
|
barang yagn lama jangan dikenanng |
|
|
|
|
|
|
|
apehal ni???
bace tajuk & 1st post citer lain
tetibe kt bawah pasal EF EE EA pulak
konpius mak nak |
|
|
|
|
|
|
|
cef_gango posted on 14-4-2014 04:41 PM
aku pun rasa cm tu
abeh tu sbb ape lagi kan, hihi dia tgk erra makin pedih plak lpas dh berjanda. itu yg tak tahan je tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|