View: 6706|Reply: 100
|
[Tempatan]
{6} Laki teruk didera bini singa sebab lapar ! pic bini singa -59#
[Copy link]
|
|
21 April 2014
Sebanyak 10 jahitan di kepala selain lebam seluruh badan. Itulah ‘harga’ dibayar seorang lelaki berusia 51 tahun selepas menjadi mangsa belasahan teruk isterinya hanya kerana mangsa terlewat membeli juadah sarapan.
Lebih malang mangsa yang menetap di sebuah rumah di Jalan Ipoh di sini, turut dihalau sehelai sepinggang dari kediaman mereka oleh isterinya yang berusia 30-an awal pagi kelmarin.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang tidur dikejutkan isterinya sebelum mangsa diarahkan membeli sarapan.
“Mangsa segera masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
Bagaimanapun, isterinya itu terus mendesak mangsa supaya cepat kononnya dia terlalu lapar.
“Lelaki terbabit memberitahu isterinya supaya bersabar sementara dia selesai mandi.
Bagaimanapun wanita terbabit bertindak memaki hamun mangsa,” katanya.
Sumber itu berkata, wanita yang berang kemudian bertindak memecahkan pintu bilik air berkenaan sebelum meluru masuk dan memukul suaminya itu dengan kayu.
“Ketika itu, mangsa hanya mampu merayu supaya tidak dipukul.
“Mangsa dikatakan berjaya melarikan diri sebelum bertindak mengurung diri di dalam satu bilik di rumah berkenaan kerana bimbang terus dibelasah isterinya itu,” katanya.
Menurutnya, suspek bagaimanapun bertindak menendang dan memecahkan pintu bilik berkenaan sebelum memukul suaminya itu menggunakan kayu.
“Wanita berlagak samseng itu hanya berhenti memukul mangsa selepas melihat kepala suaminya itu dipenuhi darah.
Mangsa yang berada dalam kesakitan kemudian dihalau dari rumah didiami itu,” katanya.
Sumber berkata, mangsa terpaksa akur dengan arahan isterinya itu kerana bimbang dipukul selain rumah didiami itu sudah dinamakan atas nama wanita berkenaan.
“Susulan itu mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas tidak tahan dipukul sejak setahun lalu.
Mangsa mendakwa sudah tiga kali membuat laporan polis akibat didera isterinya sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.-myMetro
p/s aku dapat hidu bini singa ramai dlm CI...
Last edited by tongkatwaran75 on 21-4-2014 01:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
p/s aku dapat hidu bini rimau ramai dlm CI...
pernah dongar tak ...bini rimau mengaum ... |
|
|
|
|
|
|
|
Berbinikan pengkid kah pokcik ni? Hrmm kesian |
|
|
|
|
|
|
|
selalu dengar pasal bini aje kena dera bila laki lapar..
sesekali baca lelaki pulak jadi mangsa.. best gak |
|
|
|
|
|
|
|
Dok imagine isteri dia ni badan size besar....sbb gagah sgt tendang pintu bagai
And si suami badan kurus kering....
Maybe lah kot kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah mangsa adalah laba sutun kering? |
|
|
|
|
|
|
|
Jln shj laki tu beli sarapan...ada BF muda naik rmh..tak payah pakai tongkat ali.....hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
awat pak cik x lawan... |
|
|
|
|
|
|
|
awat pak cik x lawan... |
|
|
|
|
|
|
|
keturunan bangsawan barangkali... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pokcik lemah serba serbi... |
|
|
|
|
|
|
|
menjad posted on 21-4-2014 07:21 AM
awat pak cik x lawan...
fonen kot. mcm sekor forumer ci tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesianlah pakcik tu.. bini byk makan sarang tebuan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sian pakcik, xpe pakcik sekali sekala kene baru ler betul ayat
susah senang bersama ye |
|
|
|
|
|
|
|
nih mesti bukan sbb kes lambat beli makanan aje ni
mesti wife tu banyak memendam dh tu
kalau x, xkan leee bleh naik minyak camtu |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah pakcik umur 51 gigih nk kawen ngan pompuan umur 30an. kan dah tak terdaya melawan |
|
|
|
|
|
|
|
isterinya yang berusia 30-an rumah didiami itu sudah dinamakan atas nama wanita berkenaan.
kalo si lelaki ni pernah kawin ..sblom kawin ngan pompuan ni
gerenti bini terdahulu tu ngah bacer berita ini
beringat la semua kaum lelaki kalo rasa nak kawin pompuan muda..
ambik kisah ni sebagai ikhtibar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|