CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

Rozita Ibrahim TIDAK lagi BERPURDAH

  [Copy link]
Post time 26-4-2014 01:39 AM | Show all posts
Siapa kah dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2014 01:42 AM | Show all posts
ada ramai peminat justin bieber yg x kenal rozita....

Sendayu Tinggi yang diasaskan oleh Pn.Rozita Ibrahim yang menganggap kecantikan luaran sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin kepuasan mutlak tetapi sebaliknya kecantikan dalaman akan melahirkan kecantikan luaran yang lebih sempurna.


Pn. Rozita ingin mendorong perempuan mendekati perubatan ramuan yang dibawa 1001 jenis properti yang telah digunakan sejak berkurun.

Diawali dengan diri sebagai ujikaji sehingga menubuhkan syarikat pada tahun 1997 dan memiliki luas sekitar 1999.

Kosmetik Sendayu Tinggi dikaji secara terperinci untuk memproduksi kosmetik yang benar-benar memenuhi citarasa dan kesesuaian kulit perempuan di Malaysia.

Nama Lengkap: Rozita Bte Ibrahim
Tempat lahir: Sungai Besar, Selangor
Model: Honda Boon Siew
Bapa Pekerjaan: Guru Sekolah Agama
Pekerjaan ibu: Surirumah
Bilangan Anak: 5 Orang
Adik-Beradik: tertua dari 6 beradik

Rozita Ibrahim adalah contoh klasik dari kehidupan miskin dan kesulitan untuk kesulitan, namun akhirnya mencapai kejayaan cemerlang menerusi Sendayu tinggi, syarikat yang diasaskannya sendiri. Yang diduga, satu ibu dan juga penoreh getah dapat merubah hidupnya dan membangun imperium pantas berjuta juta Ringgit dan memberikan kesempatan untuk bekerja dan perdagangan kepada orang lain.

Rozita untuk dirinya sendiri, tidak mudah untuk mencapai tahap sekarang dinikmatinya. Bay bay banyak hidup dan kehidupan saya terpaksa diharunginya sebelum menempah dengan kemuliaan Sendayu Tinggi. Mentah di usia 18 tahun, dia juga terpaksa berkahwin dan menempuhi perceraian dan anak yang sama dalam membesarkan anak-anak. Lebih seram lagi, salah satu anak-anak mereka jatuh sakit dan mati tanpa mendapat perawatan sewajarnya.

Pada saat kesukarannya, berbagai bidang pekerjaan diceburinya untuk menyara diri dan keluarga mereka, tetapi hasilnya tidak seberapa. Akhirnya, dalam keadaan terdesak, dia menghabiskan beberapa ratus Ringgit akan dimulai perumusan kesihatan berasaskan herba. Untuk menguji keberkesanan produk, ia mampu menambah beban mereka sendiri dan mencoba produk ciptaannya yang bernama Sendayu Tinggi.
Sekarang, semua adalah sejarah. Pada hari ini, produk yang ada di antara produk-produk High Sendayu sering menjadi fokus masyarakat di Malaysia. Bahkan, menghasilkan hasilan Sendayu tinggi kini memiliki tempat di pasar, termasuk di luar Brunei, Singapura, dan banyak lagi. Pada tahun 2005 hanya terdapat 2.000 pengedar lebih sah. Beberapa pengedar Sendayu tinggi sekitar Kuala Lumpur juga mengatakan mencatat penjualan sampai mencecah RM1 juta sebulan.

Rozita mengakui bahwa hidup adalah dinikmatinya sekarang adalah hasil dari ketabahannya menghadapi segala rintangan dan keperitan hidup selama ini.

Sumber: Terjemahan dari artikel Rozita Ibrahim & Sendayu Tinggi Skor dalam Karir.

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:42 AM | Show all posts
dh jd trademark dh jantan kurang perkasa tue punye sore kephit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:43 AM | Show all posts
Daripada seorang penoreh getah, kini beliau telah berjaya dan berkembang maju hingga mampu mendirikan sebuah empayar perniagaan yang besar. Sematan pepatah "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat" meninggalkan kesan yang amat mendalam di jiwanya. Menurut wanita ini, dunia beliau pada hari ini memberikan satu kepuasan. Apa yang dikecapi hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang. Jika dahulu beliau hanya mampu menangis dan berdoa, sifat semulajadi wanita, tetapi kini ikhtiar,ikhtikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri mengubah persepsi diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri dari belengu. Inilah yang cuba Rozita sampaikan kepada wanita lain dan tidak salah jika kita mempunyai semangat kental yang sama seperti beliau.

Sebelum bergelar usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Ita, terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri. Beliau yang kini hampir mencecah umur 40 tahun telah berpisah dengan suami dan alami perkahwinan dan penceraian yang menyakitkan. Beliau menamatkan zaman gadis dalam usia terlalu muda dengan lelaki pilihan keluarga. Dalam usia itu, Rozita tidak berpeluang memikirkan tentang kerjaya. Hidupnya banyak dihabiskan untuk keluarga di samping membantu suami dengan menoreh, membekalkan makanan dan membuat kontrak perladangan pada pendatang asing serta menjalankan perniagaan kedai runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua Musang. Tragedi buruk berlaku ketika menyara anak yang berumur 3 bulan bilamana terpaksa menggantikan susu dengan air sirap kepada bayinya. Anak kedua pernah sakit dan lumpuh serta terpaksa menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubatinya. Sayangnya arwah anak saya tidak berpeluang merasai kesenangan. Dia pergi kerana tidak mendapat rawatan terbaik.
Keputusan berpisah dengan suami pertama menyebabkan dia dipulaukan oleh keluarga. Justeru itu, dia membawa diri ke kota dan mencuba pelbagai jenis pekerjaan untuk menampung empat orang anaknya. Operator pengeluaran, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran dan pekerja di syarikat jualan langsung pernah dijawatnya. Apa yang pasti, wanita tabah ini sentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita kental. Baginya, keperitan dan penderitaan hidup adalah "buah tangan" termahal dijadikan landasan untuk terus melangkah. Barang kemas yang sedikit sebanyak terpaksa digadaikan sebagai modal. Akhirnya bermodalkan RM400, dia memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi herba. Beliau sanggup menjalankan ujikaji dengan menggemukkan badannya sendiri sebanyak 3 kali dan akhirnya berjaya menurunkan semula.

Jika diajak berbicara mengenai ibu tunggal, pada mulanya saya tidak yakin dengan status ini namun anak-anak menjadi iltizam hidup saya untuk terus berdiri. Saya bangun dan berjanji menjadi ibu dan bapa yang baik buat anak-anak saya. Oleh kerana dahulu saya kekurangan limpahan kasih sayang namun saya belajar dari pengalaman dan kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan saya dan empat orang anak saya sekarang. Kejayaan saya kini berdasarkan kepada kekuatan prinsip dan sentiasa mahu memperbaiki diri.....itulah visi hidup saya. Tanpa visi dan prinsip, maka tiada apa yang boleh dimegahkan dalam peribadi diri.

Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, Rozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yang kian popular, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi yang dahulunya Sendayu Tinggi Corporation sudah pun mempunyai 9 anak syarikat di bawahnya. Jumlah pengedar beliau lebih dari 2000 orang termasuk di Brunei dan Sigapura. Bukan setakat perniagaan menjual herba semata namun wanita ini lebih suka mendekatkan diri dengan masyarakat dengan berkongsi pelbagai petua kecantikan , pantang larang, kebahahgiaan rumahtangga serta membina keyakinan diri untuk wanita. Puteri sulungnya juga turut mempunyai syarikat sendiri dalam bidang tekstil. Apabila disentuh dengan matlamat dalam perniagaan, Rozita menjelaskan:

Dunia perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa digenggam. Dalam konteks perniagaan, pasti ada keuntungan pun begitu, saya ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna. Apa yang saya perolehi, saya salurkan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, orang tua, dan anak yatim. Bagi saya itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Saya sayangkan masyarakat dan saya juga ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama ialah saya mahu mewarnai masyarakat, wanita dan ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek.

KAREKTOR

Sejak kecil tidak pandai duduk diam.
Dalam erti kata lain agresif

Suka berfikir dan mencari
idea-idea yang mencabar

Suka buat kejutan dan membuktikan
bahawa, Jika orang lain tak boleh, saya boleh.

Tiada apa yang tak menjadi
sekiranya tidak mencuba

Sumber: sendayu-tinggi.com
Profil Lengkap Syarikat Sendayu Tinggi
SENDAYU TINGGI HOLDINGS SDN. BHD.
Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd. mempunyai 9 buah anak syarikat iaitu Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd, Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd, Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn Bhd, ST Advertising Agency Sdn. Bhd, C Max Exhibition & Promotion, Sendayu Tinggi Logistics (M) Sdn Bhd, Ethnique Food Industries Sdn Bhd, ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd. Sendayu Tinggi juga telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional iaitu Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd.

SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN. BHD.
Telah beroperasi pada awal tahun 1999. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja mempunyai kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN. BHD.
Mula beroperasi pada pertengahan tahun 1999 dan mengekalkan konsep yang sama iaitu produk berasaskan herba. Syarikat ini ditubuhkan kerana perkembangan yang memberangsangkan pada produk keluaran yang lalu dan permintaan yang tinggi ke atas produk kosmetik ini. Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd masih boleh memonopoli pasaran kosmetik kerana kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keberkesanan produk Sendayu Tinggi.

ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN. BHD.
Hasil revolusi daripada Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd, Sendayu Tinggi menubuhkan sebuah lagi anak syarikat yang menumpukan kepada bidang tatarias wanita iaitu ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn Bhd mula bernaung di bawah Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd sejak September 2003 yang lepas.

ST ADVERTISING AGENCY SDN. BHD.
ST ADVERTISING AGENCY SDN. BHD. beroperasi pada pertengahan tahun 2003. Ia dilihat sebagai sebuah perniagaan yang mempunyai potensi di dalam membantu mempromosikan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. Syarikat ini ditubuhkan adalah untuk membantu memperkenalkan produk keluaran Sendayu Tinggi di seluruh Malaysia malahan turut memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.

C MAX EXHIBITION & PROMOTION
C Max Exhibition & Promotion ialah satu anak syarikat yang bernaung di bawah Syarikat Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd. Ia memberi tumpuan kepada program-program yang berbentuk penglibatan produk seperti pameran, roadshow, promosi atau rancangan television.

ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
Ethnique Food Industries Sdn Bhd menghasilkan produk makanan tradisional tempatan dari suku kaum tertentu yang berbentuk segera dan telah dipekkan. Antara produk makanan yang telah dijual seperti ikan pekasam, telur asin, bahulu, kuih bangkit dan serunding. Produk ini telah dipasarkan di pasaran tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.

SENDAYU TINGGI PROPERTIES & MANAGEMENT SDN. BHD.
Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn Bhd ditubuhkan pada 30hb Jun 2003. Ia menguruskan perkara berkaitan dengan segala aset syarikat seperti bangunan, rumah kedai dan lain-lain lagi.

SENDAYU TINGGI LOGISTIC (M) SDN. BHD
Sendayu Tinggi Logistic (M) Sdn. Bhd. juga merupakan salah satu anak syarikat Sendayu Tinggi Holdings (M) Sdn. Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2003. Tujuan penubuhan anak syarikat ini ialah untuk memudahkan proses pengangkutan barang-barang Sendayu Tinggi dan penghantaran produk serta bahan mentah ke tempat-tempat yang diperlukan.

SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN. BHD.
Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd. juga dikenali sebagai Zeeta Herb’s Manufacturing (M) Sdn. Bhd. Ia merupakan pengilang produk herba milik Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. Kilang pemprosesan herba ini telah memperolehi lesen pengilang bertaraf GMP daripada Bahagian Amalan Perkilangan Baik (APB) daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK).
KISAH KEJAYAAN PENGASAS PRODUK SENDAYU TINGGI : PUAN ROZITA IBRAHIM
Puan Rozita Ibrahim adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu Tinggi. Bila membaca kisah kejayaan beliau, kita pasti akan mendapat motivasi kerana walau apa jua latar belakang kita, jika kita berusaha, pasti akan mendapat kejayaan. Jom baca artikel dibawah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:43 AM | Show all posts
Puan Rozita Ibrahim adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan jenama Sendayu Tinggi. Bila membaca kisah kejayaan beliau, kita pasti akan mendapat motivasi kerana walau apa jua latar belakang kita, jika kita berusaha, pasti akan mendapat kejayaan. Jom baca artikel dibawah.

Hidup ini ada penawar dan racun

WANITA ini mengakui pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.

Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.

Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Rozita Ibrahim mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya.

Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Kepada wartawan RAHANA MD dan jurugambar MOHD. SHAHARANI SHAIBI, Rozita berkongsi sedikit pengalaman hidupnya di ibu pejabat Sendayu Tinggi yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.


1. Boleh ceritakan sedikit apakah yang mendorong anda untuk berubah?

ROZITA: Kesusahan yang melingkari hidup sejak kecil. Dek kerana kemiskinan yang diwarisi daripada keluarga, saya hidup serba kekurangan. Saya dikahwinkan dalam usia belasan tahun dengan lelaki yang bukan daripada golongan senang menjadikan kepayahan yang terbeban berganda.

Di sisi suami, saya menoreh getah dan menjalankan perniagaan kedai runcit namun kami tetap susah.

Jodoh kami tidak lama, di mana akhirnya membawa saya ke kota dan membuat macam-macam kerja daripada kerja kilang, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran hinggalah ke perniagaan jualan langsung. Terasa lapang sedikit tetapi saya mahu lebih berjaya kerana enggan hidup melarat lagi.

2. Justeru, apakah yang anda lakukan seterusnya?

Selepas menjalani episod duka yang berterusan saya mengambil keputusan menghasilkan perniagaan sendiri. Alam semula jadi paling hampir dengan kehidupan saya sejak kecil dan saya akui pernah menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubat anak kedua yang sakit dan lumpuh semasa saya hidup susah.

Bermodalkan RM400 saya mulakan perniagaan dengan menjadikan herba sebagai sandaran. Untuk meyakinkan pelanggan, saya gemukkan badan, kemudian makan dan amalkan produk yang dijual dan hasilnya memuaskan. Saya lakukan sebanyak tiga kali dan mula menjual dari rumah ke rumah. Sambutan yang diterima menggalakkan dan mendorong saya menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada awal tahun 2000 dengan menyewa kedai di Plaza Majlis Perbandaran Klang.

3. Apakah anda berpuas hati dengan hasil yang dicapai ketika itu?

Syukur, seperti yang direncanakan, perniagaan saya berkembang maju dan sambutan terhadap produk Sendayu Tinggi amat menggalakkan terutama produk pelangsingan badan. Kebetulan ketika itu kebanyakan masyarakat kembali menggunakan produk warisan nenek moyang terutama herba yang sekali gus meningkatkan jualan.

Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan dan dugaan, saya mengambil keputusan meluaskan empayar. Kini Sendayu Tinggi Enterprise menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd..

4. Apakah yang mendorong anda untuk terus mencipta kejayaan?

Anak-anak menjadi iltizam untuk saya terus berjuang meningkatkan pencapaian pendapatan dan ekonomi. Saya pernah menjadi wanita yang hanya mengikut perintah melakukan pelbagai pekerjaan tetapi apabila saya bangun dan berjalan, saya tidak akan menoleh lagi. Saya berjanji kepada anak-anak untuk menjadi ibu yang baik kerana dahulu saya kurang limpahan kasih sayang. Namun, saya belajar daripada pengalaman. Kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan selama-lamanya.

5. Apakah yang anda kongsi dengan masyarakat?

Berkongsi ilmu kecantikan melalui konsep herba di samping menerapkan dalam diri mereka agar berusaha gigih dan tidak putus asa. Selain menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan, saya turut menyalur sumbangan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Walaupun wang ringgit tidak mampu menandingi nilai kasih sayang tetapi saya dapat menggembirakan mereka. Saya sayangkan masyarakat dan ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama saya kini mahu membantu mereka terutama ibu tunggal yang susah atau sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pengedar Sendayu Tinggi untuk meningkatkan pendapatan.

6. Apakah rahsia kejayaan yang anda raih?

Ada racun dan ubat dalam diri sesiapa sahaja dan terpulang kepada kita memilihnya. Saya berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan yang menjadi santapan rohani dalam urusan perniagaan dan kehidupan. Saya percaya hidup ini umpama roda yang ada kala di bawah dan kemudian berada di atas, lantas semasa di puncak saya minta kepada Tuhan agar tidak lupa diri.

7. Apakah pencapaian terkini anda?

Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea.

8. Ke manakah hala tuju Sendayu Tinggi selepas ini?

Selepas berjaya memenuhi pasaran produk herba tradisional di pasaran Malaysia selama tujuh tahun, saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang berbentuk motivasi.
sumber : Utusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:45 AM | Show all posts

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Yang sangat saya hormati kepada semua tetamu yang sudi melawati Blog peribadi saya.

Sebagai mukadimah pembuka bicara, dengan rasa rendah dirinya saya perkenalkan diri. Rozita Ibrahim bukan seorang yang cerdik pandai berkelulusan tinggi tahap cendiakawan atau pakar Profesional dalam sesuatu bidang. Jauh sekali diri ini mempunyai sebarang pengiktirafan pendidikan.
Hidup saya hanyalah bersandarkan ilmu dari pengalaman, itulah universiti saya! Saya berusaha dengan tenaga empat kerat untuk melalui detik usia selagi masih bernyawa. Akal dan tenaga saya perah demi membina masa depan yang tak tahu penghujungnya. Saya merangsang kesungguhan jiwa mencari peluang sebagai bekalan untuk meneruskan kehidupan.

Saya pernah melalui perceraian, kemiskinan dan tekanan hidup yang amat sukar. Usia muda bergelar janda miskin tanpa kelulusan menyukarkan bagi saya mencari rezeki. Sehinggakan ingin menyuap makanan sehari sekali pun saya terpaksa berkira-kira.

Mendahulukan keperluan anak-anak seperti makanan, ubatan dan pelajaran mereka menjadi lebih utama dari kepentingan diri saya sendiri. Nikmat makan, pakaian dan keseronokkan hidup memang tidak ada untuk diri sendiri.

Saya sanggup mati, berkerja bersungguh-sungguh dan keluar berkerja, berlapar demi mereka. Saat itu tiada keluarga dan teman rapat bersama saat kedaifan. Hanya anak-anak kecil melihat suka duka yang saya lalui. Maha suci Allah yang bijaksana adil menguji hambaNya. Menciptakan saya dengan sifat yang sempurna tidak cacat anggota dan tidak pula cacat pemikiran. Sering memujuk diri dengan berpegang kepada slogan seperti dibawah.

Saya mencipta slogan dan memegang pepatah yang baik untuk motivasikan diri. Antaranya :

  • Hina besi kerana karat hina manusia kerana melarat.
  • Belajar bersyukur dan menerima takdir.
  • Bersyukur dalam apa jua keadaan.
  • Lapar? Minum air paip pun rezeki tak mati pun lagi.
  • Sihat – tak cacat pun rezeki.
  • Bersangka baik dengan Allah, kehidupan ini milik dia semuanya.
  • Jangan ikut rasmi lalang – makin kosong makin menegak.
  • Ikut rasmi padi makin tunduk makin berisi.
  • Tak mati dek puji – tak hidup dek keji.
  • Kaya jiwa kaya harta jangan kaya harta miskin jiwa!
  • Jangan takut apa manusia cakap. Hanya takut Allah SWT.
  • Rezeki datang dari Allah SWT bukan datang dari manusia.
  • Manusia menjalani takdir dan bukan mencipta takdir.
  • Kita tak tahu masa depan, sebab tu bersiap untuk tempoh masa depan.

Di blog sama ini terdapat 6 bahagian :

1- SEJARAH BONDA – memceritakan kisah hidup & perniagaan saya.

2- BICARA BONDA – merupakan  nasihat & renungan.

3- PETUA BONDA – merupakan teknik & rawatan.

4- RESIPI BONDA – ilmu masakan yang saya ada,

5- JEJAK BONDA – Seni, travel & idea.

6- FESYEN

Saya berusaha membetulkan niat dalam semua perbuatan dalam kehidupan seharian. Berfikir sebelum bertindak apakah tujuan sebenar haluan yang saya pilih. Kerana saya paling benci melakukan kesilapan. Ramai orang sempurna tapi sebenarnya mereka cacat kerana tidak menggunakan akal dan dirinya sepenuhnya.



http://rozitaibrahim.com/



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2014 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
muka cantik kasi tengok la. tausah tutup2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:46 AM | Show all posts



  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2014 01:48 AM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:49 AM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:52 AM | Show all posts
ARKIB : 18/04/2012

Rozita Ibrahim mengadakan sidang media berhubung produk Sendayu Tinggi yang dirampas Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Naziera Jaafar (kanan).


KUALA LUMPUR 17 April – Sebuah syarikat pembekal produk berasaskan kesihatan tidak menolak kemungkinan produknya disabotaj pihak tertentu sehingga dirampas Kementerian Kesihatan kerana disyaki mengandungi racun berjadual yang diharamkan.
Wakil syarikat itu, Naziera Jaafar berkata, pihaknya memperoleh bahan mentah sebagai ramuan produk mereka daripada pihak ketiga, sekali gus mendedahkan bahan mentah itu kepada unsur khianat pihak tertentu.
“Kami berasa kesal dan malu kepada Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. (Sendayu Tinggi) berhubung kejadian ini kerana produk ini adalah formulasi pengasas syarikat itu, Rozita Ibrahim yang memberi kepercayaan serta tanggungjawab kepada kami untuk mencari bahan mentah sebagai campuran minuman atas faktor kepakaran kami miliki.
“Oleh itu, saya mewakili syarikat pembekal memohon maaf kepada Rozita dan pengguna Sendayu Tinggi dan menegaskan Sendayu Tinggi tidak ada kena-mengena dalam perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan semalam merampas 170,000 peket minuman pelangsing di bawah jenama Sendayu Tinggi yang dipercayai mempunyai racun berjadual yang diharamkan.
Sementara itu, Rozita berkata, pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam proses pembuatan produk minuman pelangsing itu sebaliknya diserahkan kepada pembekal dan pakar pemakanan yang dilantik syarikatnya.
“Saya ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kita tidak akan melakukan sesuatu yang tidak masuk akal seperti mencampurkan racun berjadual ke dalam produk minuman pelangsing tersebut.
“Saya juga bersyukur apabila pihak pembekal pakar pemakanan itu tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar berhubung isu ini,” katanya.
Menurut Rozita, pihaknya akan membekukan jualan produk terbabit sehingga siasatan dijalankan Kementerian Kesihatan selesai yang dijangka dalam tempoh dua minggu.
Kata beliau, pihaknya juga memberi jaminan produk lain syarikat itu yang berada di pasaran selamat digunakan.
“Kita juga akan membuat analisis dan penyelidikan lebih terperinci ke atas produk yang dikeluarkan selepas ini walaupun melantik pembekal serta pakar pemakanan,” katanya.



UTUSAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:54 AM | Show all posts


tengokk...even pakai purdah, time bergambar sanggup tau bukak purdah.. i likkeeeeee kak rozitaaa che wan.. eh, bukan-bukan! ROZITA IBRAHIM ya kengkawan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:57 AM | Show all posts

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.



Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak(Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.


http://beautifulnara.com/


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:58 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:59 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2014 02:01 AM | Show all posts
ni bukan Rozita Ibrahim


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 02:01 AM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
toxicated posted on 25-4-2014 08:56 PM
eh duk google, jumpe gamba ni.
anak dia masa ni masih normal ke.
pastu hidung tak tinggi sangat.

laaaaa... dato terlajak laris tu anak dia ke.... muka cam artis nama engku ape ntah...

lain sgguh skrg..

patutla pandai bisnes cmni ,tgkla mak dia...

wah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 02:08 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.070759 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list