|
MEMANAH WARISAN / SUNNAH MEMANAH / MEMANAH TRADISIONAL (MALAY ARCHERY)
[Copy link]
|
|
Demi minat, buat sendiri anak panah
Oleh Alzahrin Alias
zahrin@bh.com.my
MENGUMPUL dan bermain panah tradisional memberi kepuasan peribadi kepada Aswat. - Foto Adi Safri
WALAUPUN publisiti kurang meluas, namun sukan memanah tradisional semakin menarik minat golongan muda untuk menjadikan ia sebagai amalan gaya hidup sihat.
Ia sudah menjadi satu kebiasaan kini kerana ramai yang menjadikan sukan ini sebagai koleksi pada dinding rumah, selain ada yang sanggup membina lapang sasar di kawasan bukit sekitar rumah sendiri.
Tidak kurang juga yang mengumpul busur, anak panah, mata panah selain aksesori memanah yang lain hanya kerana minat yang mendalam dalam sukan memanah tradisional ini.
Salah seorang anak muda yang terpanah hatinya jatuh cinta dengan sukan ini adalah Mohd Aswat Kidam, 31, yang bukan saja minat sehingga menjadi pemanah tradisional negara tetapi turut memiliki koleksi memanah yang unik.
Aswat yang mula berkenalan secara serius dengan aktiviti ini sejak tahun 2011, berkata memanah dan berkuda adalah impiannya sedari zaman sekolah lagi namun terdapat kekangan untuknya aktif dalam sukan ini.
ANTARA busur panah yang dimiliki oleh Mohd Aswat Kidam. - Foto Adi Safri
JENIS mata anak panah. - Foto Adi Safri
"Sukan memanah ini memerlukan belanja agak besar jadi zaman belajar dulu mana ada cukup duit nak beli dan bermain. Bila mula bekerja tahun 2010, saya tanam niat untuk buat perkara yang idamkan ketika kecil.
"Saya mula belajar berkuda sehinggalah bertemu dengan seorang guru dalam sukan memanah tradisional, Sheikh Fuad yang mula mengajar mengenai memanah dan berkuda.
"Sejak itu saya tidak menoleh lagi ke belakang, walaupun ramai yang cakap kos main dua sukan ini mahal tapi saya sanggup harungi kepuasan," katanya.
Kumpul ikut kemampuan
Setelah yakin dengan minatnya ini, Aswat mula membeli beberapa keperluan memanah seperti busur dan alatan lain.
Ketika itu dia banyak membeli barangan yang biasa sesuai dengan kemampuan dan statusnya sebagai 'orang baru' dalam sukan ini.
ANTARA mata panah yang dimiliki oleh Mohd Aswat Kidam. - Foto Adi Safri
ASWAT mula berkenalan secara serius dengan aktiviti ini sejak tahun 2011. - Foto Adi Safri
Namun kerana minat dan tekad, Aswat mampu mengatasi kebanyakan pemanah lain sehinggalah dia memenangi beberapa pertandingan dalam dan luar negara.
"Memanah tradisional sebenarnya bukan saja dekat negara kita, tapi seluruh dunia. Itu menyebabkan saya terasa nak dapatkan semua jenis busur dan anak panah dari negara luar.
"Sejak menyertai pertandingan di Turki pada tahun 2012, saya mengumpul pelbagai jenis busur dan anak panah. Selepas itu kumpul pula aksesori memanah yang lain seperti cincin dan mata anak panah.
"Memang tidak dapat dinafikan harga barangan ini sangat tinggi tambahan pula hampir 90 peratus barangan ini datang dari luar negara," katanya.
Buat sendiri jimat kos
Disebabkan kekangan kos, Aswat terfikir untuk membuat sendiri koleksi memanah seperti anak panah, mata anak panah dan cincin.
Latar belakangnya sebagai graduan seni reka halus, menyebabkan dia sentiasa kreatif dalam menghasilkan koleksi yang diminatinya.
ANTARA aksesori memanah oleh Mohd Aswat Kidam. - Foto Adi Safri
"Kos pun dapat dijimatkan. Saya buat sendiri rekaan sebelum pinjam bengkel rakan-rakan yang aktif dalam seni untuk menghasilkan pelbagai jenis koleksi berkaitan panah.
"Kalau mata anak panah ini banyak dibuat daripada besi tetapi bagi cincin pula daripada tanduk atau kayu yang tahan lama. Kena rajin dan gigih buat benda ini baru menjadi.
"Awal-awal dulu banyak kali buat tapi tak menjadi. Saya jadikan itu sebagai pengalaman dan apa yang salah kita perbaiki hingga mampu menghasilkan produk yang terbaik," katanya.
Siapa sangka dari hanya minat mengumpul dan membuat sendiri koleksi memanah ini turut memberikan pendapatan sampingan kepada Aswat apabila mula mendapat permintaan daripada peminat sukan memanah yang lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari http://pemanah.net/
ASWAT mendapat bimbingan Sheikh Fuad, seorang guru dalam sukan memanah tradisional. - Foto Adi Safri
INFO Mohd Aswat Kidam
Umur: 31 tahun
# Busur termahal pernah dibeli olehnya berharga lebih RM5,000
# Mata anak panah buatannya mampu dijual dengan harga ribuan ringgit
# Mahir dalam menunggang kuda sambil memanah
# Menjadi antara pemanah tradisional profesional negara dan banyak memenangi pertandingan memanah tradisional tempatan
# Pertama kali memasuki pertandingan antarabangsa di Kejohanan Memanah Tradisional di Amasya, Turki dan mendapat tempat ketiga
- Berita Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
The 15th World Horseback Archery Championship, Sokcho South Korea (27/8/2019 - 1/9/2019)
http://www.whaf.net
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemanah Melayu (Malay Archer)
Artwork : Krulz Pineartz (Krul Nzm)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|