CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jamilah

cinta si kalut

[Copy link]
 Author| Post time 12-6-2014 02:28 PM | Show all posts
bismillah

episod 5

"ko masak apa tu cha? wanginya bau. terjaga terus aku" shikin memuncungkan mulut comelnya sambil menghidu hidu sekeliling.
"aku goreng nasi jer la. nasi goreng kampung cili padi pedas berdentum. haaa apa macam nama? agak agak boleh masuk blog ko tu tak?"
"hahaah boleh boleh, nanti up sket trafic aku.. boleh dapat iklan nuffnang. ko jangan risau, 2 persen untuk kau" shikin menjenguk kuali. ya allah berselera sungguh nampaknya nasi goreng kampung nama panjang masakan aisha. Aisha memang pandai memasak. setiap sentuhan tangan dan sudip dari aisha tidak pernah menghampakan. menurun bakat nenek aisha yang merupakan pengusaha restoran thailand di utara tanah air. Nenek aisha atau dipanggil Tok, berasal dari yala, selatan thailand dan berkahwin dengan datuknya yang dipanggil tokwan, berasal dari kedah. so boleh bayang tak rupa aisha? ada la ala ala aishah keturunan mahsuri tu.

"eh, ko masak banyak banyak ni nak buat apa?"
"aku nak bawak pegi umah damia. aunty misha nak rasa nasi goreng kampung versi pedas berdentum ni. untuk damia aku dah gorengkan yg tak pedas." ujar aisha.
"rajinnya kau. nak mengorat aqil kena urat mak dia dulu ye tak" sambil mencucuk pinggang aisha
"pala otak ko ngorat urat aduh aku sakit urat." latah aisha seraya sudip ditangan mendarat ke atas kepala shikin.
"adoiiiiiiiiii...... sakit la weh.. abis rambut aku kena nasi goreng ko ni" shikin menggosok2 kepalanya. rasakan.. sapa suruh cucuk pinggang minah latah ni masa ada benda di tangan. memang bahaya.
"jahat la ko ni shikin. aku taknak tinggalkan nasi untuk ko. masak sendiri. " rajuk aisha...
padan muka kan.. jenuh shikin memujuk aisha untuk mendapatkan sepinggan nasi goreng. nasib baik aisha ni makan pujuk orangnya...


************************************************

sesampai di rumah aunty misha, aisha terus ke dapur. bibik membantu aisha menyiapkan hidangan nasi gorengnya. bibik telah pun menggoreng telur mata kerbau untuk dijadikan kawan kepada nasi goreng.
"sedapnya bau nasi ni aisha. macam mana kamu buat?"
"alah bik ni, bik lagi otai masak. malu jer aisha nak citer pasal masak masak ni dengan otai" tersengih sengih aisha.
"apa otainya. bik pun masih perlu belajar masakan malaysia. kalau masakan minang ya memang bik terror.." bibik terus ke kabinet dapur. dibukanya pintu salah satu kabinet dan mengambil sebuah buku nota dan pen. tudia, bibik ni memang pantas. "resepinya aisha?" ujar bibik yang sudah bersedia dengan notanya.

"senang je bik.. bawang merah, bawang putih, ditumbuk, dengan segenggam cili padi. terpulang bibik nak pedas yang macam mana. kalau berdentum, guna cili padi kampung ya bik.., goreng ikan bilis secukup rasa. angkatkan dan ketepi kan.. gorengkan telur. jangan dikacau sampai hancur sangat ya. kacau sikit2 saje.
kemudian bibik tumis bahan tumbuk tadi.. sampai betul2 garing. nasi dicerai2kan, letak garam dalam nasi tu. gaul rata.. lepas bahan tumis tu dah garing, bik masukkan nasi, goreng goreng. biar ada bunyi ceng ceng tau bik, baru terasa makan gorengan kat kedai eheheheheh.."
"haha ya sangat la kamu ini.. lagi lagi" gesa bibik
"sabar bik.. bila nasi dan bahan tumis dah sebati, bik boleh masukkan bahan yg diketepikan tadi. gaul rata, siap... mudah kan bik"
"wah mudah bangat ni. terima kasih non"

Semua telah berada di meja makan. alkisahnya minggu lepas aisha bawak bekal nasi gorengnya ke rumah aunty misha tatkala mengajar damia. bau nasi goreng tersebut membuatkan aunty misha teringin nak merasa. takkan nak diberi bekas yang dah dimakan. maka aisha berjanji dengan aunty misha akan membawanya minggu ini.
kebetulan Ebrahim juga ada dirumah pagi itu. tak senang duduk aisha bila melihat ebrahim juga akan menyertai mereka bersarapan.

"nanny nanny.. huaaaaaaaaaa" tiba tiba jeritan damia kedengaran.
"ya allah, damia, kenapa kamu makan nasi nanny.. nasi kamu kan yang ini" sambil menunjukkan pinggan minie mouse kesayangan damia.
"pedas nanny.. huaaaaaaaa" kuat tangisan damia.. kelam kabut aisha mengambil air oren yang berada diatas meja tersebut lalu menyuapkan damia. menggeleng geleng damia meronta.
"jom jom kedapur. kita makan choclate ya. " aunty misha lantas mendukung damia. terkaku aisha berdiri melihat damia berlalu ke dapur. seketika dia merasa bersalah. "tapi, eh bukan salah aku pun. damia yang tersalah makan."

"hah, apa kamu termenung tu aisha" tepukan lembut dibahu aisha mengejutkan nya. nasib baik kali ni dia tak melatah. kalau tidak, tak tahu lah. makin meluat agaknya ebrahim pada aisha. eh, diam je ebrahim ni kan.

"ya allah bertuah budak ebrahim ni. dia habiskan nasi goreng mama. tinggal ni je?? budak bertuah." melongo aisha memandang pinggan yang hampir kosong. yang tinggal cukup2 untuk sepinggan saja.
"ala mama, cukup la tu. mama kan diet. mana boleh makan nasi banyak pagi pagi ni. ebrahim nak pegi gym ni. see u ma" ebrahim mendaratkan bibir seksinya ke dahi damia yang berada di dukungan aunty misha, dan kemudian mencium pipi aunty misha. kemudian beralih pandangan ke arah aisha, sebelum mengenyitkan matanya dan angkat ibu jari..
"erkk gluppp.. erkk.. dup dap dup dap.." hoi aisha, laki orang tu....

"alahai aisha, kamu nak makan apa ni. aunty suruh bibik masak apa2 untuk kamu ya. budak bertuah ni kalau ye pun sedap, tak ingat orang lain." bebel aunty misha.
"takpe aunty, saya boleh je makan nasi goreng damia. ok je. banyak juga tu. damia tak habis rasanya." padahal dalam hati, "aku kempunan la.. aku masak sedap tahu tak.. huaaaaaaa. memang adik beradik ni suka dera aku tau"

*****************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2014 03:10 PM | Show all posts
hahahahha... terbaek TT... makin menarik cite ni... go aisha...go aishaa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 09:57 PM | Show all posts
cik kalut ni mana??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 12:38 PM | Show all posts
episod 6

Pagi itu, seperti biasa Aisha terkocoh kocoh untuk ke dewan peperiksaan. Ini merupakan kertas terakhirnya untuk semester itu. Petang esok Aisha dan Shikin akan bercuti ke melaka, di rumah nenek Shikin. Pertama kali Aisha akan kesana atas desakan Shikin. Beria ria benar dia mengajak Aisha bercuti bersamanya ke rumah neneknya dan merancang untuk membawa Aisha berjalan jalan disekitar bandaraya bersejarah itu.

"Peperiksaan dimulakan sekarang" tegas suara pensyarah kecil molek yang berada dihadapan Aisha. almaklumlah, aisha ni skema orangnya. Meja yang paling hadapan dipilihnya.
"Bismillahhirrahmanirrahim..." Aisha memulakan pertarungan terakhir untuk subjek Data communication and networking. Helaian demi helaian semakin penuh dengan tulisan tangan Aisha yang sangat comel secomel tuannya. Yakin dengan jawapan yang diberikan, Aisha adalah pelajar pintar tapi suka last minit. nasib baiklah dia dikurniakan otak yang cerdas.

"Alhamdulillah. siap dah.. " Aisha terus mengemas barangan miliknya, mengangkat tangan kepada penjaga dewan peperiksaan dan berlalu keluar.
"hurayy... satel.. " riang Aisha berjalan keluar menuju ke cafe. dia sudah berjanji dengan shikin untuk bertemu di cafe.

“You are my sun shine, my only sun shine" deringan telefon bimbit aisha bernyanyi riang, seriang pemunya telefon tersebut.
"assalamualaikum" bukan main control suara aisha bila nombor tidak dikenali menelefonnya.
"hai.. ini balai polis shah alam ke? saya nak buat report. ada orang dah mencuri hati saya. tiap tiap malam saya termimpikan dia, saya tak dapat nak lupakan dia, saya rasa saya kena kawin dengan dia ni. camne ni inspektor aisha. boleh tak cik inspektor tolong saya" laju suara pemanggil berkata kata tanpa sempat aisha dapat mencelah sedikitpun.
"hah???? " aisha menggaru garu kepalanya. blur sebenarnya.
"cik inspektor, tolong lah saya. jom kita keluar dating." pemanggil tersebut masih terus mengusik.
"awak ni siapa ha? saya letak phone ni nanti" Aisha mula meradang. main main pulak. dah la panas ni.
"ala garangnya.. tadi elok je tersengih sengih sorang sorang. cuba pandang sini kejab"
"sini mana? atas? bawah? depan ke belakang?" sombong sungguh aisha..
"sini sayang..." bisik suara tadi, tapi.................. bukan didalam telefon, di tepi telinga aisha. boleh bayang tak apa reaksi spontan aisha?
"opocot sayang kau lah sorang sorang." tudia. keluar dah latah nenek kebayan kampung dusun pinang.
Tergelak besar Aqil dengan telatah Aisha. Nasib la bukan yang halal, kalau tak dah dipeluk peluk aisha yang comel dan kalut tu. Aisha kelihatan bengang tapi tatkala mata terpanah dengan renungan aqil, terus menunduk dan merah wajahnya. Aqil tersenyum. Aduh sungguh aku jatuh cinta.

"sorry awak. saje usik awak. comel sangat tau awak ni." Aqil memulakan perbualan setelah lebih 60 saat mereka terdiam.
" jahat la awak ni. suka betul buat saya macam tu. " Rajuk aisha. eleh, nak merajuk pulak. mengada ngada kan.
" alaa.. jom saya belanja awak minum nak? panas panas ni best pekena ABC makcik bedah tu. " muncung bibir Aqil menunjuk warung makcik bedah. Tertelan telan air liur aisha mendengar ABC dikala kepanasan ni. "nak ke taknak ni. malu lah" bisik hati kecilnya.
"jom" Aqil menepuk bahu aisha yang asyik memandang kearah banner ABC Special Mak Bedah. tanpa banyak kata, aisha mengekor aqil ke sebuah meja kosong berhampiran dengan lokasi drama akasia melatah tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 12:38 PM | Show all posts
"wah dating ya... “ sergah Shikin yang baru selesai paper Server side Java Programming nya. Pheww kertas maut yang buat dia tidak tidur malam selama 2 hari demi mentelaah. Orang suka bertangguh memang begini lah gayanya. Nescafe, Ali café jadi sahabat baik selama waktu peperiksaan.
Aisha yang sedang enak menghirup ABC bersama kekacang yang enak hamper tersedak. Cepat cepat Aqil menghulurkan segelas air kosong kepada Aisha.
“ya allah, ko ni shikin. Nasib tak tercekik aku. “ Shikin hanya menyerigai.
“nak sikit, sedapnya panas panas camni. Eh.. ni siapa?” shikin menarik kerusi disebelah aisha, dan selamba mengambil mangkuk ABC aisha. Aisha cuma merelakan saja perlakuan teman baiknya itu.
“hye. Saya Aqil. Bopren Aisha.” Uuhukk uhukkk… tersedak terus Shikin. Aisha melopong memandang wajah selamba Aqil.  Eii mamat ni. Suka suka je kata aku gepren dia.
“Memandai je.. aku mana ada boipren lah. Kalau ada, kau la orang pertama tahu. “ aisha membalas kenyataan Aqil.
Shikin, hanya memandang Aisha dan Aqil silih berganti.  Eh sepadan la diorang ni. Muka ada iras iras.
“ok jer kalau korang kapel. Sepadan je aku tengok. Elok la ko ajak Aisha ni kapel cepat2 Aqil. Naik rimas aku tgk blur dia. Kot kot lepas korang kapel dia lebih berhemah dan bertatasulisa. “ potpet shikin.
“cakap pun tak betul lagi, ada hati nak suruh orang kapel2. Tatasusila lah. Suka hati ko je nak cakap apa kan” sempat Aisha menyiku Shikin. Merah padam muka Aisha bila di usik begitu.
Semakin terpaut hati Aqil pada Aisha. Biarpun gadis itu tak secantik Emilia qistina, ratu university mereka, tapi Aqil merasakan sesuatu bila mengenangkan Aisha si kalut. Kuch kuch ho ta hai la sepertinya.
“tak tahu lah orang tu sudi ke tidak. Orang sini tunggu je orang sana kata sudi” Aqil mencuba nasib.
“saya dah lama tak minum air Sudi. Sedap jugak kan air tu. Kenapa la stop pengeluaran air sudi. Boleh jugak kita ingat ingat kat arwah sudirman. Alfatihah” terus Aisha menadah tangan dengan mulut terkumat kamit membaca Fatihah.
Shikin dan Aqil berpandangan, lalu tercetus ketawa kuat antara mereka. Aisha buat tak tahu saja padahal jantung, paru paru sedang giat menlakukan kerja kerja pengepaman seperti tiada hari esok.
Aqil bangun dari kerusinya, dan mengambil begnya. Sebelum bergerak, sempat aqil berbisik kepada Aisha, “saya tunggu jawapan awak ya. Saya tahu awak faham apa maksud saya. Saya dah jatuh hati pada awak. Ill call u later sayang.”
Dup dap dup dap dup dap dup dap dup dap………
Setelah Aqil berlalu, shikin pantas menarik lengan aisha yang sedang ternganga. “hoi, tutup mulut. Apa dia ckp kat ko.. cepat la gitau.. sampai nganga ni.. dia cakap apa???” gesa shikin.
“aaa.. jom balik bilik.” Aisha terus bangun dah berlalu..
“alaaa chaaaaaaaaa.. “ jerit shikin sambil mengejar aisha.

***********************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 12:39 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 12-6-2014 03:10 PM
hahahahha... terbaek TT... makin menarik cite ni... go aisha...go aishaa...

kadang2 mati idea hehehe... time kasih bagi support..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2014 12:40 PM | Show all posts
Ipo posted on 15-6-2014 09:57 PM
cik kalut ni mana??

heheh si kalut bz exam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 07:34 AM | Show all posts
where are u TT... bila nak ada entry ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 08:26 AM | Show all posts
hahahha...comel plak si aisha kalut memalut dah
sambung lg ye TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 09:29 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 20-6-2014 07:34 AM
where are u TT... bila nak ada entry ni...

zam.. episod 5 dah ada tu... hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 09:30 AM | Show all posts
yoozara posted on 20-6-2014 08:26 AM
hahahha...comel plak si aisha kalut memalut dah
sambung lg ye TT

inshaallah.. mencuri masa ni.. selit2 je mampu hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 10:06 AM | Show all posts
dh siap baca TT... terubat sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 10:23 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 20-6-2014 10:06 AM
dh siap baca TT... terubat sikit...

hehe..

so camne? aisha nak terima ke jual mahal dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 10:44 AM | Show all posts
jamilah posted on 20-6-2014 10:23 AM
hehe..

so camne? aisha nak terima ke jual mahal dulu?

haruslah kena jual mahal... aisha kan independent person... kena kuat & ego sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 10:49 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 20-6-2014 10:44 AM
haruslah kena jual mahal... aisha kan independent person... kena kuat & ego sikit...

hehehe baiklahhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 10:51 AM | Show all posts
jamilah posted on 20-6-2014 10:49 AM
hehehe baiklahhhhhhhhhhhhhhhhhh

maruah beb... aisha yg bijak pandai... jinak2 merpati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 11:58 AM | Show all posts
nasib baik tak kalut time exam..heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2014 12:30 PM | Show all posts
Ipo posted on 20-6-2014 11:58 AM
nasib baik tak kalut time exam..heheh

haahah jenuh tu kalau kalut time exam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 05:02 PM | Show all posts
jgn lupa sambungannya ya TT.... tak sabar dh ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 07:57 AM | Show all posts
maaf ya.. lamanya tertinggal.. TT tak sihat.. ulang alik spital siap kena buat MRI.. dah taip separuh hari tu.. inshaallah masa terdekat cuba satelkan episod 7 kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061666 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list