CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satriastendet

DYMM Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan

  [Copy link]
Post time 9-5-2015 07:00 AM | Show all posts
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tiba di Masjid Sultan Azlan Shah untuk menunaikan solat Jumaat, semalam. Ketibaan baginda disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir -









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2015 07:47 AM | Show all posts
Mengikut sejarah Ibu Almarhum Raja Alang Iskandar bernama Raja Che' Busu telah berkahwin dengan Raja Kechil Tengku Ahmad yang kemudiannya menjadi Sultan Muda Ahmad. Almarhum Teja Raja Alang Iskandar berkahwin dengan Che' Kenuda dan mendapat seorang putera, Sultan Idris Murshidul-'adzam Shah, Sultan Perak ke-28.

Pada masa Almarhum menjadi Bendahara di Kuala Teja, Baginda mengutip hasil dan khazanah serta cukai di atas segala barang-barang yang masuk dan keluar di Kuala Sungai Kinta. Kutipan itu dilakukan setahun sekali, iaitu kutipan keluarga yang dinamakan "BENAN KELUAR".

Baginda menghantar seorang suruhannya dari keturunan Orang Kelar yang berasal dari Lambor bernama Alang Laut Bin Tok Monen atau Tok Nara, pergi ke kampung-kampung mengutip cukai 50 sen sekeluarga dengan membawa "BAUR" iaitu Keris Kuasa Raja.

Lanjutan daripada itu Alang Laut digelar Panglima Teja iaitu Orang Besar Enam Belas dan penolongnya Tok Muda Lahab (Tok Rusa).

Makam Almarhum Teja terletak di Kuala Teja, Mukim Gopeng dan Teja kira-kira 3km ke selatan Pekan Kecil Kota Bharu. -

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tiba bersama Tuanku Zara Salim ke makam Mahrum Teja di Kota Bharu, Gopeng. -










Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
they look happy and sgt mesra..
sultan nazrin wajahnya x lekang senyuman
manis sentiasa
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 12:05 PM | Show all posts
Terima kasih atas gambo2 yg marbeles....x jemu tengok, boleh terasa kehebatan walaupun hanya menatap gambo

sultan n sultanah paling hebat abad ini
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 01:29 PM | Show all posts
Hari ini Ahad, 10 Mei, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim akan menyambung Istiadat Menziarahi Makam -

Pagi ini baginda berdua akan menziarahi satu batu peringatan dan 10 makam Almarhum-Almarhum Sultan Perak. -

Selepas baginda berdua menziarahi batu peringatan Almarhum Sultan Mansur Shah di Masjid Kota Lama Kanan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Tuanku Zara Salim akan ke Kampung Gedung Siam di Sayong bagi menziarahi makam Sultan ke-24, Almarhum Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah (1865-1871). -












Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 01:34 PM | Show all posts
Ketibaan Sultan Nazrin dan Tuanku Zara di makam Sultan ke-24, Almarhum Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah (1865-1871).







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2015 01:36 PM | Show all posts
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara tiba di makam Sultan ke-27, Almarhum Sultan Yusof Sharifuddin Mudzafar Shah (1886-1887) yang terletak di Masjid Sayong Tengah, Kuala Kangsar.

Makam Sultan Yusuf adalah makam terakhir yang diziarahi Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak pagi ini.




Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 02:14 PM | Show all posts
My observation, setiap kali acara lawatan, dr afifi nih mesti ade di samping sultan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2015 02:30 PM | Show all posts


KUALA KANGSAR: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, antara 570 tetamu jemputan khas berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, di Istana Iskandariah, malam tadi.

Turut menyerikan majlis santapan diraja itu ialah keberangkatan Raja-Raja Melayu, antaranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Jamalullail. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, antara kenamaan yang turut hadir.


Sebelum santapan diraja bermula, Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak bergambar dengan tetamu kenamaan di Balai Istiadat Kecil istana berkenaan. Majlis Santapan Diraja itu diserikan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah dan Chakra Khan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 02:35 PM | Show all posts









Kredit : bruneiroyalfamily
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 02:36 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 03:32 PM | Show all posts
Pada pukul 3 petang ini baginda berdua akan melawat lapan lagi makam Almarhum Sultan-Sultan Perak termasuk makam ayahanda Sultan Nazrin, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam DiRaja Bukit Chandan, Kuala Kangsar -

Makam-makam yang diziarahi adalah:

1. Makam Sultan ke-26, Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II (1874-1876).

2. Makam Sultan ke-28, Almarhum Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916).

3. Makam Sultan ke-29, Almarhum Sultan Sultan Abdul Jalil Karamatullah (1916-1918).

4. Makam Sultan ke-30, Almarhum Sultan Iskandar Shah (1918-1938).

5. Makam Sultan ke-31, Almarhum Sultan Abdul Aziz Almustasin Billah Shah (1938-1948).

6. Makam Sultan ke-32, Almarhum Sultan Yussuff Izuddin Shah (1948-1963).

7. Makam Sultan ke-33, Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Allahi Shah II (1963-1984).

8. Makam Sultan ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (1984-2014).

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 04:13 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
KDymm Sultan Nazrin dan Dymm Tuanku Zara Salim

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 08:31 PM | Show all posts


Suasana muram ketika Sultan Nazrin, Tuanku Zara ziarah makam Sultan Azlan
Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA dan MOHD. HAZLI HASSAN

KUALA KANGSAR 10 Mei - Suasana muram menyelubungi Permakaman DiRaja Bukit Chandan ketika Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menziarahi makam Almarhum Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Ziarah pertama terhadap makam ayahanda Sultan Nazrin itu dilakukan baginda berdua sejak ditabalkan sebagai Sultan dan Raja Permaisuri Perak ke-35.

Turut serta dalam Istiadat Menziarahi Makam itu adalah dua anakanda baginda, Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.


Baginda sekeluarga tiba kira-kira pukul 3.05 petang. Istiadat dimulakan dengan majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin Imam Masjid Ubudiah, Mohd. Helmi Ibrahim.

Baginda sekeluarga kemudian menziarahi makam-makam Almarhum Sultan-Sultan Perak yang dimakamkan di Permakaman DiRaja Bukit Chandan dengan diakhiri di makam Almarhun Sultan Azlan.

Baginda sekeluarga turut menziarahi makam adinda Sultan Perak, Raja Ashman Shah.

Sultan Nazrin kelihatan sugul ketika Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti membaca doa di makam Almarhum Sultan Azlan dan Raja Ashman.

Sementara itu pada sebelah pagi, Baginda berdua turut menziarahi dua makam Almarhum Sultan-Sultan Perak yang terletak di Gedong Siam, Sayong dan Masjid Sayong Tengah, Kuala Kangsar di Kuala Kangsar

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut menziarahi Batu Peringatan Sultan Perak ke-2, Almarhum Sultan Mansur Shah (1549-1577) di Masjid Kota Lama Kanan.

Sultan Mansur dikatakan ghaib semasa menunaikan solat Jumaat pada tahun 1577 di masjid tersebut. - UTUSAN ONLINE -
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 07:25 AM | Show all posts



ramainya orang berdiri sebelah Tuanku kat singgahsana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2015 10:24 AM | Show all posts
cute sgt2 anakanda2 sultan perak
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:04 AM | Show all posts
cantik anak lelaki dan pompuan dia.pipi mcm sultan nazrin tembam gitu.muka ikut mak
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:34 AM | Show all posts
Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim diteruskan lagi hari ini dengan Istiadat Menziarahi Makam Almarhum Sultan-Sultan Perak terdahulu.

Sultan Nazrin menziarahi makam Sultan Perak Ke-4, Sultan Tajul Ariffin di Pulau Semat Manong, kira-kira 22 kilometer dari Ipoh.

Selepas itu, baginda berdua menziarahi makam Raja Sulong Ibni Almarhum Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah di Kampung Tepus, Belanja.
..............................








Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 11:35 AM | Show all posts
bianglala replied at 11-5-2015 11:34 AM
..............................







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.123289 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list