|
DYMM Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan
[Copy link]
|
|
Sultan Nazrin sebak sambutan rakyat, pengalaman pertabalan memberi penginsafan
KUALA KANGSAR 17 Mei- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menzahirkan perasaan sebak dengan kehadiran rakyat sempena pertabalan Baginda sebagai Sultan Perak ke-35.
Dalam titah ucapan Istiadat Menutup Kerja yang sekaligus menandakan istiadat pertabalan Sultan Perak ke-35 selamat disempurnakan, Sultan Nazrin menzahirkan penghargaan kepada rakyat.
"Beta dan Raja Permaisuri amat menghargai kehadiran rakyat jelata yang telah keluar beramai-ramai, bersedia menahan panas matahari dan bersedia dibasahi hujan menyambut keberangkatan Beta di sepanjang perjalanan darat dan sungai.
"Di setiap tempat Beta berdua berziarah dan di setiap majlis yang diadakan; ada di antara mereka mendukung bayi kecil dan ada di kalangan mereka terdiri dari warga tua yang sudah uzur. Kehadiran rakyat jelata adalah hadiah amat berharga kepada Beta dan Raja Permaisuri," titah Baginda penuh sebak.
Titah Istiadat Menutup Kerja berlangsung di Istana Iskandariah Bukit Chandan di sini hari ini yang turut dihadiri Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Sementara itu, Baginda bertitah istiadat pertabalan yang ditempohi baginda memberi penginsafan terhadap tiga perkara.
"Pertama, darjat dan jawatan di dunia adalah sementara sifatnya, setiap insan akan dikembalikan kepada asal usul kejadiannya oleh ALLAH yang Maha Pencipta, dari tanah kita dicipta kepada tanah kita kembali.
"Kedua, setiap seorang Sultan terdahulu telah berjasa dan masing-masing mencipta sejarah pemerintahan. Oleh itu, Sultan yang terkemudian tidak wajar bersifat membesar diri, membelakangi mereka, tetapi wajib mengambil pengajaran dari pengalaman Sultan terdahulu untuk dijadikan pedoman," titah Baginda.
Sementara keinsafan ketiga adalah pengalaman menjejak kaki di Beting Beras Basah dan pengalaman menziarahi makam-makam telah mengimbas peristiwa silam mengenai susah payah sultan-sultan terdahulu dengan kemudahan yang sangat terbatas, mengasaskan sebuah negeri dan pemerintahan.
"Kejayaan Marhum-marhum itu membangunkan sebuah negeri berdaulat, negeri beraja-rakyat bersultan yang warganya terdiri daripada segala lapisan rakyat yang begitu pelbagai tetapi hidup bersatu di bawah payung naungan pemerintahan seorang Sultan.
"Jasa bakti Marhum-marhum itu tidak harus dimusnahkan. Pada hari ini adalah menjadi tanggung jawab besar hamba-Mu ini untuk memberikan payung naungan pemerintahan yang dapat menyatukan rakyat yang berbilang agama, berbilang kaum, berbilang budaya dari pelbagai latar belakang sosial, ekonomi, politik dan usia agar terus kekal bersatu, hidup dalam harmoni dan saling bekerjasama memakmurkan negeri Perak Darul Ridzuan," titah Baginda. -UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok majalah 3 malam ni pkul 9
ada pasal pertabalan Sultan Perak |
|
|
|
|
|
|
|
TATU Sempena Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke 35
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik warna baju RN...
cuba fokus kat gambar TZ kat dinding tu jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat klcc (kot) jumaat lepas. shopping buku
Credit
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aku tertarik kat bentara baju hitam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
eh bkn klcc u.. i met him dkt gardens..sorang2 je jalan..mmg i berdiri tgu kete dkt jockey parking garden..dia trun dr kete lalu depan i...ya Allah terpegun n speechless k..tk tau nk tegur ape..dia tgk senyum n tunduk jalan...aku? kaku je kat situ...hahahah sgt handsome.....rupanya g mph,..ingt dia ada meeting sape2 sbb sorang2 no body guard k...respect habis dgn raja sorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
suka sgt couple ni..handsome, lawa & sama2 educated..anak2 pon comelll sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya chuols dpt tgk depan2
iols tingin nak tgk SN depan2. dari dulu sampai skg SN nampak segak jah
harap2 satu hari nanti iols dpt terserempak dgn SN mcm chuols jumpa aritu
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya chuols dpt tgk depan2
iols tingin nak tgk SN depan2. dari dulu sampai skg SN nampak segak jah
harap2 satu hari nanti iols dpt terserempak dgn SN mcm chuols jumpa aritu
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya chuols dpt tgk depan2
iols tingin nak tgk SN depan2. dari dulu sampai skg SN nampak segak jah
harap2 satu hari nanti iols dpt terserempak dgn SN mcm chuols jumpa aritu
|
|
|
|
|
|
|
|
hamekkkk sampai 3 kali post secara tak sengaja |
|
|
|
|
|
|
|
excited ye uols smpai 3 posting hahahha
ye tergamam uols..iols nk tegur dlm kepala fk aku nk sebut tuanku hai ke patik suka tuanku cewah...semua tk terkeluar....tgk tk berkedip mata...hambik ko..dia mcm malu sbb iols tenung heols tp mmg hensem n mmg berkarisma..tinggi kemas jalan dgn penuh gaya.. tertib semualah...pakai pulak baju putih suar khaki yg coklat susu tu lagi la nmpak dia soft
|
|
|
|
|
|
|
|
tuanku zara mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis dari 1988 hingga 1990 serta mewakili Perak dalam renang antara 1981 hingga 1987. Zara Salim Davidson merupakan bekas perenang Perak. Zara juga mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah dan peminat sukan lasak.
|
|
|
|
|
|
|
|
TZ ex-main convent (SMK Convent Ipoh)... one of the top girls schools in ipoh & also perak, main rival to main convent is MGS Ipoh...
michelle yeoh pun ex-main convent ipoh, tp super senior TZ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak bulan Ramadan ada tak lagi program Sultan berbuka puasa ke masjid-masjid daerah.
Dulu masa SN muda-muda sebagai Raja Muda Perak dalam tahun 80-an..ada SN melawat masjid di daerah2 mcm Hulu Perak. Berebut org kampong nak bersalam dgn anak raja yg tinggi lampai, hensem..hidung mancung...mmg ciri2 raja yang berkarisma. |
|
|
|
|
|
|
| |
|