CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16750|Reply: 131

CERPEN : MAAFKAN AKU (TAMAT)

[Copy link]
Post time 22-6-2014 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Nak tepek satu lagi cerita masa ipo mula2 cuba menulis (Sebelum cerita bulan posa nanti..)..maaf kalau cerita ni pun pasal bidang belajar yg sama..kalau muak..boleh muntahkan...
*Nay...cerita ni dah lama masak..hasil peram dulu
selamat membaca..



LISA mengetuk meja dengan hujung jari. Helaian kertas berupa surat permintaan untuk ujian analisis yang diterima dari bahagian  forensik tadi cukup membuatkan kepalanya pening dan mata berpendar-pendar. Ditatap pula sebungkus nasi lemak  yang telah dimasukkan  dengan kemas dalam plastik beg  tanpa ada sedikit ruang untuk udara bernafas di dalamnya. Tertera jelas tulisan di atas pelekat kuning ‘BUKTI UTAMA KES’.Surat iringan di tangannya dibaca dengan hati-hati. Ayat demi ayat.

“Hmm....” Lisa masih berfikir.

Pening!Bahan uji kaji yang diterima hari ini cukup berlainan. Tidak pernah terfikir olehnya yang dia akan menjadi sebahagian dari pasukan penyiasat. Bungkusan nasi lemak direnung lagi.

“Lisa,kau fikir apa?” Amri duduk di sebelah Lisa.

“Amri…bila kau sampai?” Lisa sedikit terkejut bila Amri, rakan sekerjanya tiba-tiba sudah tercegat di muka pintu. Dia jeling jam di tangan, sudah hampir sembilan pagi.

“Baru je..err..kau fikir apa sampai berkerut kening?” sekali lagi Amri melontar soalan.

Lisa pandang Amri yang semakin dekat dengannya. Tangan Amri mula merayap menyentuh tangannya. Cepat-cepat dia mengelak, tangannya diletak bawah meja. Kadang-kadang terasa rimas dengan sikap Amri yang terlalu mendesak. Ah! Tak ingin aku bercinta dengan teman sepejabat! Choi!!

Amri hanya senyum. Dia tahu setiap kali dia ingin menyentuh tangan mulus Lisa,itulah tindakan yang Lisa lakukan. Seolah-olah tangannya penuh dengan Staphylococcus.

“Aku hairan..mengapa sampel ni dihantar ke makmal kita?” Lisa masih merenung bungkusan nasi lemak. Tangannya sengaja dimasukkan dalam poket baju makmal.

“Sampel?”Amri pandang Lisa dengan wajah berkerut.

“Ni…”Lisa tuding  ke arah sudut meja panjang.

Amri berpaling mengikut arah jari telunjuk Lisa menghala. Sebungkus nasi lemak dalam plastik yang dibalut kemas dan bertanda bahan bukti.

Err..siapa hantar?”

“Jabatan Kimia.” Lisa melihat pula surat iringan yang dihantar bersama dengan nasi lemak tadi.

“Kenapa pula dia orang hantar sini? Bukan  ke dia orang juga ada makmal sendiri?” Amri renung wajah Lisa yang masih kebingungan.

Lisa hanya angkat bahu. “Aku rasa dia orang nak double check!”

Amri mengusap dagu dengan hujung jari. Dalam hatinya tertanya-tanya tindakan Jabatan Kimia berbuat demikian. Dia jeling Lisa yang masih merenung surat dari tadi.   Wajah Lisa diamati perlahan. Ada riak resah.

Lisa sesekali pandang Amri yang merenungnya dari tadi. Apa kena mamat ni??

“Lisa,kau rasa kes apa? Keracunan?” Amri  turut berkerut.

“Entah! Mungkin juga.” Lisa segera mengemas kini borang yang diterima dan dicatat segala butiran penting di dalam  buku log.

Amri hanya pandang Lisa yang mula menulis tanpa menghiraukan kehadirannya di situ.Dia mula berlalu pergi setelah menyedari Lisa tidak pernah ingin mesra dengannya.

Lisa sesekali menjeling ke arah Amri yang sedang termenung di dalam bilik analisa yang hanya dipisahkan dengan dinding cermin. Dia cepat-cepat tunduk bila menyedari Amri masih memandangnya. Amri,teman sekerja yang sudah lama menghuni makmal bahagian kajian bakteria.Seingatnya, sejak mula-mula dia diterima masuk ke situ, Amri sudah berkhidmat lebih dua tahun.

“Lisa!You ada terima sampel dari Jabatan Kimia?” Tiba-tiba Harry sudah tercegat di muka pintu.

Lisa mendongak. “Ya ada. Kenapa bos?”

You hold that sampel first. I need to make a clarification with Puan Noreen!” Harry senyum dan terus berlalu pergi.

Lisa angguk. Dia mengurut dada. Nasib baik dia tengah sibuk buat kerja ketika itu.Kalau tadi dia tengah  termenung atau  melayan facebook, tidak fasal-fasal kena marah percuma saja! Sempat dia jeling Amri yang tersenyum memandangnya dari tadi. Dia mula menggelabah bila Amri mula melangkah ke arahnya.

Harry,lelaki Cina yang  hampir separuh abad umurnya dan juga seorang bos yang begitu tegas bila bekerja tapi tidak pernah memberi tekanan kepada pekerjanya. Ayat yang sering menjadi trademark Harry ‘ You can enjoy as long as you settle your work!’. Ayat itu juga sudah menjadi trademarknya sendiri.Lisa senyum sendiri.

“Bos nak apa tadi?” Amri senyum.

“Dia suruh hold sampel tu.” Lisa jawab acuh tak acuh.

“Kenapa dia tak tanya aku? Kenapa kau?” Amri seolah tidak puas hati.

Lisa hanya angkat bahu. Dia tahu sejak dia mula menjejakkan kaki ke situ, Amri seperti tidak puas hati dengannya. Kadang terasa pelik juga bila Harry lebih percayakan dia dari Amri. Sepatutnya Amri yang dipilih untuk mengendalikan kes seperti itu kerana dia lebih senior, lebih tahu selok belok analisa. Dia
mula merasa rimas bila menyedari Amri sering memerhatikannya. Mungkin Amri tidak puas hati dengan situasi yang dilalui.

“Lisa,kau jangan  nak berlagak pandai. Aku lebih tahu dari kau!” Amri mula memberi amaran. Jelas di wajahnya ada riak tidak puas hati. Sebenarnya dia mula sakit hati dengan sikap Lisa yang dirasakannya mula menunjuk-nunjuk.

“Kau kenapa? Kalau  kau  nak sangat analyse sampel tu, kau buatlah!” Lisa lempar borang di tangannya ke arah Amri. Habis bertabur di atas lantai. Dia mengetap bibir. Sikap Amri memang menyakitkan hati.

Amri renung Lisa yang mula marah-marah. Dia kutip semula borang dan letak di atas meja Lisa.  Kali ini dirasakan  khidmatnya tidak penting. Dia segera ke bilik Harry.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 01:26 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 11:59 AM | Show all posts
Ipo edit lahh weii berpinar mata ni... semua duk lekat jer perkataan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 12:04 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 11:59 AM
Ipo edit lahh weii berpinar mata ni... semua duk lekat jer perkataan

dah edit Nay...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 12:05 PM | Show all posts
Ipo posted on 22-6-2014 12:04 PM
dah edit Nay...

ada sambungan tak ... x sabar ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 12:05 PM | Show all posts
dah besarkan pun ...hehehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 12:05 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 12:05 PM
ada sambungan tak ... x sabar ni

ada...tapi ni cerpen je Nay..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2014 12:06 PM | Show all posts
Nay...cerita ni dah lama masak..hasil peram dulu
selamat membaca..


awal2 dah gtau tu sebelom  sempat nay nak tanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 12:06 PM | Show all posts
Ipo posted on 22-6-2014 12:05 PM
ada...tapi ni cerpen je Nay..

nak novel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2014 12:07 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 12:06 PM
awal2 dah gtau tu sebelom  sempat nay nak tanya

bertindak cepat sebelum momod tegur...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 12:07 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 12:06 PM
nak novel

ala Nay...nanti ipo fikir ok?..kalau dah masuk tenagh citer..boleh tukar kan cerpen ke novel?..macam gadis kebaya merah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 12:09 PM | Show all posts
Ipo posted on 22-6-2014 12:07 PM
bertindak cepat sebelum momod tegur...

haha.... nay okay jer

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 12:10 PM | Show all posts
Ipo posted on 22-6-2014 12:07 PM
ala Nay...nanti ipo fikir ok?..kalau dah masuk tenagh citer..boleh tukar kan cerpen ke novel?..mac ...

boleh jer... hehe sibuk suh orang wat novel cerpen sendiri pon x mampu kembangkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 12:12 PM | Show all posts
“BOS! Kenapa Lisa yang handle sampel tu? That’s a very serious case! I don’t think she can handle it.” Amri mula meluahkan rasa tidak puas hati.

You two..both of you will handle that case!  You can proceed the test now. I just received email from Puan Noreen.” Harry hulur sekeping kertas kepada Amri.

Amri melihat emel yang baru dicetak oleh bosnya sekejap tadi. E-mel dari Puan Noreen yang mengesahkan sampel yang dihantar untuk di analisa. Dia segera beredar dari situ.

“Amri, Lisa ada?” Sufian terkocoh-kocoh mengejar Amri yang terburu-buru ke biliknya.

“Ada, kenapa?” Amri berpaling.

“Ni..keputusan analisa yang dia nak tadi. Dah siap!” Sufian senyum sambil menghulurkan sekeping kertas tulisan tangan.

Amri mengamati keputusan yang dihulur Sufian. “Hmm….bacaan  merkuri tinggi,melebihi had yang dibenarkan.”

Dia pandang Sufian yang sudah berlalu pergi. Sufian, seorang ahli kimia yang sudah hampir lima tahun menjadi warga makmal di situ. Segala kerjanya begitu teliti. Dia menjadi orang kepercayaan Harry dalam mengkaji setiap sampel penting yang diterima terutama dari pelanggan yang berpengaruh.

“Baik aku tanya Lisa..” Amri bergegas ke bilik Lisa bersama keputusan yang diterima sebentar tadi.





LISA masih di meja. Surat dari JabatanKimia dibaca lagi. Hatinya masih tertanya-tanya. Sesekali dia melihat pula nasi lemak yang masih di  atas meja panjang.

“Lisa! Kenapa kau tak letak nasi lemak tu dalam peti sejuk?” Amri pandang Lisa bila melihat bahan bukti masih di situ.

Lisa pandang Amri yang sudah tercegat depannya. “Kan kena tunggu arahan bos!”

“Dah boleh proceed..ni results merkuri untuk sampel semalam.” Amri jeling Lisa sambil menghulurkan keputusan makmal.

Err..dah boleh proceed ke?” Lisa mula tercengang. Tadi Harry menyuruhnya supaya tidak berbuat apa-apa sehingga diberitahu kelak.

“Yalah! Yang kau termenung dari tadi tu kenapa? Kau telah rosakkan bahan bukti tahu tak? Universiti mana kau belajar ni, biarkan sampel macam tu?” Bertubi-tubi soalan dari Amri. Dia berdiri di depan Lisa sambil cekak pinggang.

“Yang kau nak marah-marah ni kenapa?Sampel tu kan baru je sampai! Belumpun satu jam!” Lisa ketap bibir. Nampaknya Amri sudah berani menengking.

“Kau tu, suka sangat berlengah! Cepat buat!” Amri cekak pinggang.

Test apa?” Lisa mula sakit hati. Hatinya mula panas melihat Amri menyinga begitu. Macamlah aku ni buat salah besar!

“Tak ada mata ke? Kat borang tu kan ada tulis!” Amri membeliakkan mata.

Lisa ambil borang tadi. Dia amati satu persatu catatan di borang itu.

Sample: Nasi Lemak
Sampling date and time: 20 April 2012 : 04 05 pm
Parameter :Salmonella, Staphylococcus aureus, Vibrio spp

Lisa segera menghampiri meja panjang.Tangannya dibasuh dengan Dettol dan dikeringkan sebelum memakai sarung tangan.  Nasi lemak atas meja diambil dan dibawa ke bilik analisa. Dia sempat jeling Amri yang merenungnya dari tadi.

“Huh! Sengih macam nasi lemak ni jugak! Dah busuk! Berbau!” Lisa mula geram. Tangannya lincah menyediakan bahan-bahan untuk analisa. Biosafety Cabinet Class II dipasang seketika bersama dengan lampu UV.  Sedikit alkohol disapu pada permukaan Biosafety Cabinet, tempat untuk membuat ujikaji nanti. Segala prosedur dan teknik aseptik dibuat dengan teliti untuk mengelak cross contamination.

Lisa mula mengambil sedikit nasi dan kuah sambal dengan spatula yang sudah dinyahkumandan dimasukkan ke dalam  botol yang mengandungi cecair makanan untuk pembiakan bakteria. Piring petri yang sudah siap kemudiannya diletak dalam inkubator.

“Kalau nasi lemak ni dah contaminated dengan bakteria, esok dah boleh nampak pertumbuhan bakteria ni..” Lisa berfikir sendiri.

“Dah siap?”

Lisa menoleh. Amri sudah tercegat di sebelahnya. Dekat.

“Kau ni kan!” Lisa semakin geram. Amri dirasakan sengaja dekat dengannya. Pipinya hampir menyentuh pipi Amri. Gila bayang! Mahu saja dia tenyeh dengan kulat Aspergillus niger yang dibiakkan minggu lepas. Biar hitam melekat kat muka Amri.

Amri sengih. Dia puas setiap kali melihat Lisa marah begitu. Lagi kau marah lagi aku nak sakat!

Last edited by Ipo on 22-6-2014 01:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 12:26 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 12:10 PM
boleh jer... hehe sibuk suh orang wat novel cerpen sendiri pon x mampu kembangkan

cerpen Nay tu wajib sambung tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 12:30 PM | Show all posts
BAB 2


LISA baring atas katil.Fikirannya masih kusut. Sakit hati dengan Amri yang suka membulinya. Teringat borang dari Jabatan Kimia siang tadi. Hatinya semakin berdebar bila memikirkan keputusan analisa yang bakal diketahui esok. Dia jeling telefon bimbit disebelah bila nada dering mula berlagu mendendangkan irama lagu Korea dari drama kegemarannya Full House‘ I Think I Love You’ .

“Hello” Lemah nada Lisa menjawab telefon.

“Kenapa ni?” Suara di hujung talian mula bertanya.

“Tak ada apa..jadi ke nak keluar hujung minggu ni?” Lisa teringat janji temu pada hari Ahad nanti.

“Jadilah. Macam mana boleh tak jadi.. rindu karat pula saya nanti!”

Lisa mula ketawa mendengar kata-kata jejaka pujaannya di hujung talian. Hatinya mula ceria. Segala resah semua hilang dibawa angin. Terlupa seketika segala kerisauan dan sakit hati di makmal siang tadi.

“Okey! Tempat biasa kan?” Lisa menguntum senyum.

“Ya..okey sayang. Sayang  awak sangat-sangat!”

Lisa letak telefon bimbitnya di tepi bantal. Tidak sabar menunggu hari Ahad tiba. Imran…




HAI LISA, happy nampak! Tadi bukan main lagi suram macam lampu stor tu..” Ain senyum melihat teman serumahnya berkhayal dari tadi.

“Kau ni Ain…tak adalah ..aku happy sebab hari Ahad ni nak jumpa buah hati.” Lisa senyum lagi. Ada ke nak samakan denagn lampu stor di rumah mereka yang suram tu.

Lisa pandang Ain, teman serumahnya yang sudah dua tahun bekerja di sebuah syarikat insurans.

“Hmm..Amri tu macam mana?” Ain duduk sebelah Lisa.

“Macam mana apa?” Lisa berkerut kening mendengar kata-kata Ain sebentar tadi.

“Yalah..dia kan suka kat kau..” Ain senyum.

“Eh, kau ni, aku kan dah ada Imran!”Lisa mula tidak senang dengan soalan Ain.

“Lisa..pada akulah..Amri tu lebih baik  dari Imran  tu. Amri tu baik, handsome..hmm..” Ain mainkan jarinya di dagu. Masih memikirkan ciri-ciri yang ada pada Amri.

“Entah-entah kau yang sukakan dia tak?”Lisa mula usik Ain.

“Aku kan dah bertunang! Kau biar betul!”Ain melemparkan senyuman.

“Mana tahu..  kau nak pasang lebih!” Lisa sengih.

Ain baling bantal ke arah Lisa. Mereka berbalas baling bantal.

“Dahlah! Tak kuasa aku layan mamat perasan  tu!” Lisa mula terbayang sikap Amri yang suka membulinya di makmal.

Ain senyum. Dia minta diri untuk ke biliknya semula.

Lisa memandang Ain yang mula berlalu pergi. Kata-kata Ain tadi  tidak sedikit pun menggugat perasaan kasih dan sayangnya pada Imran. Walaupun Imran hanyalah pilihan kedua. Lisa senyum hambar bila dirasakan hatinya masih pada pilihan pertama tapi tidak mungkin menjadi kenyataan. Dia segera mematikan suis lampu.

Last edited by Ipo on 22-6-2014 12:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 12:58 PM | Show all posts
Ipo posted on 22-6-2014 12:26 PM
cerpen Nay tu wajib sambung tau

lahh... nay release cerita baru dulu okay

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2014 01:19 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 12:58 PM
lahh... nay release cerita baru dulu okay

bila tu Nay?...haa..dah janji tu..kena tepek jugak ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 01:24 PM | Show all posts
PAGI lagi Lisa sudah terpacak di makmal. Pintu makmal dibuka perlahan.   Mejanya yang bersepah segera dikemaskan.Semalam dia tergesa-gesa pulang. Tidak sanggup tinggal berdua dengan Amri di makmal bila menyedari kedua pembantu makmal yang lain sudah pun pulang.

“Awal kau datang kerja hari ni?”

Lisa berpaling. Rupanya Amri sudah tercegat di muka pintu biliknya. Dia jeling jam bulat di dinding. Lapan lima belas minit pagi. Huh! Awal pulak mamat ni datang..selalunya dekat pukul sembilan baru nampak batang hidung!

“Kenapa?Tak boleh?” Lisa tidak sedikit pun memandang ke arah Amri. Dia masih mengemas mejanya yang berselerak.

“Tanya pun nak marah?” Amri sengih.

Lisa menjeling Amri dengan muka masam. Hampir setiap hari dia akan bergaduh dengan Amri. Dia segera ke bilik analisa bila teringat analisa yang dibuat ke atas nasi lemak semalam. Teruja ingin tahu keputusannya.

“Hmm..dah tumbuh..” Lisa senyum. Nyata tekaannya tepat bila melihat sudah ada pertumbuhan bakteria.

Dia terus memakai baju makmal dan membasuh tangan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Tompokan yang tumbuh nutrien pada piring petri dicalit sedikit untuk membuat pengecaman jenis bakteria dengan  melakukan prosedur gram staining. Tangannya lincah menyediakan slide smear untuk diletak bawah mikroskop nanti.

“Nampaknya gram negative..bermakna Staphylococcus aureus bukan penyebab kerosakan nasi lemak ni..” Lisa terus mencatat segala yang dilihat melalui mikroskop berkuasa 100x. Ciri-ciri bakteria yang didapati hari itu adalah gram negatif. Bermakna memang sah bukan Staphylococcus aureus yang mempunyai ciri-ciri gram positif dan selalu dikaitkan dengan keracunan makanan.

Lisa sambung lagi pemerhatiannya melalui mikroskop. Setiap bentuk dan ciri-ciri bakteria yang dilihat dicatat dan diambil gambar. Terbongkok-bongkok dia mengadap mikroskop yang diletak atas bench.Hampir berpinar mata melihat bentuk dan warna bakteria yang melalui mikroskop.

“Macam mana?”

Lisa berpaling, terkejut tiba-tiba Amri sudah berada di belakangnya. Menyampah betul mamat ni! Kalau aku undur sikit tadi, mahunya aku terpeluk dia ni! Hatinya mula geram.

Amri senyum.

Gram negative.” Pendek saja Lisa menjawab. Dia biarkan saja Amri berdiri disitu.

“Lagi?”

Lisa mula menoleh. Mukanya berkerut.Kelihatan Amri masih tersengih di situ. Tidak berganjak.

“Kau boleh sabar tak? Aku baru buat gram staining.” Lisa mula geram.

“Huh! Lembap! Kalau aku yang buat, aku dah dapat agak bakteria apa!” Amri mula cekak pinggang.

“Okey! Kau buatlah!” Lisa letak slide smear di tangannya dan terus ke mejanya semula. Berlagaklah  tu! Eii!!

Amri masih lagi senyum.  Dia menyudahkan kerja yang ditinggalkan Lisa tadi.  

Last edited by Ipo on 22-6-2014 01:27 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 01:24 PM | Show all posts
Ipo posted on 22-6-2014 01:19 PM
bila tu Nay?...haa..dah janji tu..kena tepek jugak ok

tengah susun atur ayat hahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 01:28 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 22-6-2014 01:24 PM
tengah susun atur ayat hahaha

bagus2...atur elok2 ya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.394492 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list