CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

CERPEN : MAAFKAN AKU (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 22-6-2014 01:31 PM | Show all posts
BAB 3


SEMINGGU berlalu. Lisa masih meneliti keputusan akhir ujian ke atas nasi lemak minggu lepas. Ternyata, nasi lemak yang dihantar Jabatan Kimia memang tercemar dengan bakteria bahaya. Memang patut mangsa yang makan nasi lemak itu meninggal pada hari yang sama juga.Sedikit saja toksin dari bakteria itu, boleh membunuh hanya dalam masa lima jam. Inikan pula toksin yang sengaja diletak dan sudah tentunya dalam jumlah yang boleh membunuh dalam masa kurang dari dua jam!

“Lisa, dah siap report tu?” Amri  duduk di depan  meja Lisa.

“Dah!” Lisa hulur sekeping kertas yang sudah siap dicetak.


Amri amati laporan yang dihulur Lisa. “Err..betul ke kau buat  antisera test ni?”

“Betul la! Aku ikut prosedur..SOP tu. Both antisera tu positif, Inaba dan Ogawa!” Lisa jeling Amri yang ragu-ragu dengan kredibilitinya menjalankan analisis.

“Hmm..okey! Nanti aku bagi kat bos.”Amri senyum sambil mengenyit mata pada Lisa.

Lisa jeling  Amri yang mula menggatal. Kalau tidak kerana dirinya terikat dengan kontrak di syarikat itu, sudah lama dia tukar kerja. Dia hanya melihat Amri berlalu pergi menuju ke bilik Harry.

“Macam mana bakteria tu boleh ada kat nasi lemak..tak ada pulak pada ikan bilis dalam sambal..” Lisa masih memikirkan  hasil ujian tadi. Setahunya ikan bilis adalah makanan yang mudah tercemar dengan bakteria bahaya itu kerana ia adalah hasil dari laut.

Tiba-tiba telefon di mejanya berdering.

“Hello! Ya..sudah keluar. Sekejap lagi kami faks.” Lisa letak telefon.

Panggilan dari Puan Noreen  tadi membuatkannya semakin tertanya-tanya.Ternyata bahan bukti kes yang diterima memang serius.  Dia bergegas keluar dari bilik dan berjalan  laju menuju ke bilik Harry.




COME IN!”

Lisa buka pintu perlahan-lahan bila mendengar suara Harry menyuruhnya masuk. Kelihatan Amri sedang berbincang dengan Harry. Wajah masing-masing kelihatan serius.

Lisa,come! We’ve to talk!” Harry melambai  ke arah Lisa.

Err..bos, tadi Puan Noreen nak result. Dia minta fakskan dulu.” Lisa berdiri di sebelah Amri.

I know. She just called me. Come, have a seat.” Harry pandang Amri supaya memberi satu kerusi kepada Lisa.

Lisa duduk di kerusi sebelah Amri. Dia pandang Amri dan Harry silih berganti. Suasana senyap seketika.

Lisa, Amri, I think we have to discuss with Puan Noreen.” Harry memainkan jari jemarinya sambil memandang serius ke arah Lisa dan Amri.

“Bos, results kita tak betul ke?” Lisa pandang Harry yang kelihatan serius.

“Tak..result ok. Tadi Puan Noreen  ada e-mel, kemungkinan kita kena pergi ke Jabatan Kimia petang ni. I tengah tunggu reply dari Puan Noreen. Once I dah dapat confirmation dari dia, I nak you two ikut sekali.” Harry renung Lisa dan Amri.

Lisa dan Amri saling berpandangan.  Wajah ketua mereka begitu serius. Mereka mula minta diri ke bilik masing-masing.

Last edited by Ipo on 22-6-2014 01:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2014 01:41 PM | Show all posts
PULANG dari Jabatan Kimia tadi, Lisa masih tidak percaya.  Perjumpaan tertutup dengan Puan Noreen di Jabatan Kimia siang tadi cukup membuatkan darahnya tersirap.Ternyata nasi lemak yang menjadi bahan bukti kes, adalah punca utama kematian seorang lelaki muda berusia lingkungan dua puluhan. Ada beberapa pegawai polis turut sama berada di situ semasa perbincangan tadi di bilik Puan Noreen.

Namun bukan bahan bukti yang menyebabkan dia terkedu dan tersentak. Lelaki yang menjadi mangsa itu sebenarnya yang mengganggu otaknya.  Setelah melihat sendiri foto yang ditunjukkan Puan Noreen, jantungnya mula berdegup.Jelas di foto itu, wajah seseorang yang cukup dikenalinya.

Kes yang diterima bukan kes  keracunan biasa yang selalu terjadi bila kebersihan tidak diambil berat. Dari apa yang dibincangkan tadi,kes itu sebenarnya telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Nasi lemak yang dimakan oleh lelaki itu sengaja diletakkan sesuatu. Dan foto lelaki itulah yang membuatnya merasa tidak senang duduk.

Pening! Matanya mula berpendar-pendar.Lelaki yang pernah merayu cintanya dulu kini sudah mati. Ashraf mati dibunuh!!

Last edited by Ipo on 22-6-2014 01:51 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 04:07 PM | Show all posts
LANGKAH Lisa lemah menuju ke bangunan makmal. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Berita yang didengar di bilik mesyuarat di Jabatan Kimia dulu masih terngiang-ngiang di cuping telinga. Sungguh dia tidak sangka, Ashraf, cinta pertamanya sudah pergi meninggalkan dunia ini. Apa yang lebih menyedihkan, Ashraf pergi dengan membawa hati kecewa.

"Ashraf..aku doakan roh kau mendapat rahmat Allah.." Lisa meraup muka.

Langkahnya diatur perlahan. Dia melabuhkan punggung di kerusi. Surat khabar yang diambil dari bahagian penyambut tetamu tadi ditatap seketika.
Berita kematian Ashraf sudah terpapar di dada akhbar. Tanpa sedar air matanya mengalir perlahan. Leka membaca berita kematian Ashraf di dada akhbar. Dia terkejut bila mendengar telefon berdering nyaring. Gagang telefon diangkat perlahan.

“Kau Lisa kan?”

“Ya, saya!” Lisa senyum. Memang sudah jadi tabiatnya bila menjawab telefon untuk senyum walaupun dia tahu pemanggil bukannya nampak senyuman yang diukir.

“Kenapa kau degil sangat? Jauhkan diri kau dari Imran!”

“Kau siapa?” Lisa mula resah.

“Tak perlu tahu siapa aku. Baik kau berhati-hati. Ingat!”

Gagang diletak. Lisa kaget. Inilah  kali pertama dirasakan dia seolah-olah  berada di alam lain. Terasa jantungnya sudah berhenti berdegup. Suara pemanggil tadi seperti suara yang pernah dikenalinya dulu.  Ah! Tak mungkin! Takkan dia nak cemburukan Imran. Dia cintakan Ashraf.

“Lisa, kenapa ni? Muka kau pucat!” Amri tiba-tiba tercegat di sebelahnya.

Lisa masih tidak percaya. Otaknya masih berfikir pemilik suara yang cuba memberinya amaran. Jauhkan dari Imran?? Fikirannya mula kusut. Apa perempuan itu hendak dari aku sebenarnya??

“Lisa!! Hello!!” Amri tinggikan suaranya.

“Haa..err…kau panggil aku ke?” Lisa mula tersedar.

Eihh!Kau ni mengelamun! Apasal muka kau pucat? Siapa call tadi tu?” Amri tarik kerusi dan duduk di depan  meja Lisa.

Lisa masih kelu. Pertama kali dia mengalami situasi begitu. Otaknya masih ligat memikirkan kata-kata perempuan tadi.

Err..tak ada siapa. .client je..” Lisa masih tunduk. Mamat ni pun sama jugak! Suka menyibuk hal aku!

“Nanti, bos nak jumpa. Fasal kes semalam. Kemungkinan besar kau dan aku kena beri keterangan fasal ujian tu.”Amri mula bangun bila melihat Lisa seperti acuh tidak acuh melayannya.

Last edited by Ipo on 22-6-2014 04:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 04:12 PM | Show all posts
AMRI hanya mampu merenung Lisa dari jauh. Wajah putih kemerahan Lisa mula kelihatan pucat. Mahu saja dia bertanya masalah yang dihadapi Lisa. Sejak Lisa menjadi warga makmal di situ, hatinya sudah terpaut pada pandangan pertama. Sikap Lisa yang mudah senyum dan senang dibawa berbincang begitu menambat hatinya. Dan semestinya wajah Lisa yang manis dengan tahi lalat terletak di sebelah kanan atas bibirnya menambahkan lagi keayuan  wajah Lisa.

“Alangkah bagusnya jika kau milik aku…”Amir mengeluh.

Dia segera menyusun sampel yang diterima semalam. Sesekali dia menjeling Lisa yang masih kebingungan. Entah apa yang mengganggu fikiran gadis itu. Mungkin panggilan telefon tadi .Dia mengagak sendiri.

“Nik, nanti buat environment control ya. Buat sekali dengan swab test. Minggu lepas keputusan tak berapa bagus.” Amri senyum pada pembantu makmalnya. Dia belek fail kawalan kualiti  makmal.

“Abang, kak Lisa tu kenapa? Dari tadi Nik tengok dia macam takut je..pucat muka..” Nik mula bertanya Amri.

“Entah..biarlah.  Datang bulan la tu..” Amri sengih.

Nik turut senyum. Dia kagum dengan Lisa dan Amri bila bekerja. Walaupun mereka berdua asyik bertekak sepanjang masa tapi dalam hal kerja mereka boleh bertolak ansur, kerja mereka tidak pernah tertangguh. Siap dalam  masa yang ditetapkan.





LISA mula buntu. Pening. Pening dengan kes kematian Ashraf. Pening dengan panggilan yang tidak disangka tadi. Semua yang dibuat pada hari itu dirasakan serba tidak kena. Akhbar di atas meja ditatap lagi. Wajah Ashraf  jelas terpampang di situ.

“Lisa, kalau kau tak sihat, kau ambik je mc. Menyemak je kau duduk melangut macam tu!” Amri jeling Lisa yang masih termenung dari tadi. Jarum jam bulat di dinding sudah hampir ke angka dua belas  tengah hari.

Lisa mendongak ke arah Amri yang tersengih depan pintu bilik. Menyemak??Eiii!!!

“Aku okeylah!” Lisa mengetap bibir.Sakit hati bila berbicara dengan seniornya. Dia terus bangun menuju ke bilik analisa.

“Hoi! Nak ke mana tu? Dah waktu makan la cik Lisa oi!!” Amri jeling Lisa yang terkocoh-kocoh ke  arah bilik analisa.

Lisa pandang jam di tangannya.  Dia senyum sendiri. Dipandangnya pula Amri yang masih tercegat di situ sambil melemparkan senyuman sindir.

“Aku lunch dululah!” Lisa segera buka baju makmal dan cepat-cepat  keluar dari situ.

Amri senyum melihat Lisa yang sudah menggelabah. Tu la..menung lagi!
Last edited by Ipo on 22-6-2014 04:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 04:19 PM | Show all posts
“OJIE, pagi tadi aku terima call pelik.” Lisa suap nasi. Semasa keluar tadi, sempat dia mengajak rakan sekerjanya keluar makan tengah hari bersama. Ojie, salah seorang ahli kimia yang sentiasa tersenyum. Happy go lucky!

“Pelik?” Ojie pandang Lisa sekilas.

“Ya..perempuan tu marah-marah kat aku.Siap bagi warning supaya aku jauhkan diri dari Imran.” Lisa teringat kata-kata perempuan yang menelefonnya pagi tadi.

“Kenapa dia bagi warning? Imran tu ada perempuan lain ke?” Ojie mula sengih.

“Kau ni..aku serius la. Kalau aku dapat tahu Imran tu ada perempuan lain..siap dia, aku sumbat dengan Salmonella!” Lisa senyum.

“Sampai hati kau nak bunuh Imran dengan Salmonella..tak baik tau! Baik kau sumbat je dengan Clostridium botulinum tu,biar semua toksin masuk dalam urat saraf dia!” Ojie mula ketawa.

“Ceh! Aku ingat kau marah aku ..rupanya kau nak sumbat lagi banyak toksin!” Lisa turut ketawa. Terhibur dengan sikap Ojie yang suka bergurau.

“Lisa, aku dengar kau dengan Amri kena bagi keterangan kat mahkamah, betul ke?” Ojie mula meneguk limau ais.
Lisa angguk.

“Kes apa sampai kena pergi mahkamah?”Ojie masih pandang Lisa.

“Minggu lepas aku terima sampel nasi lemak. Rupanya nasi lemak tu dah diletak sesuatu…aku sedih la Ojie..” Lisa mula teringatkan Ashraf.

“Sedih? Takkan kerana nasi lemak kau nak sedih? Biar betul!” Ojie sengih lagi.

“Kau ni! Bukan nasi lemak tulah! Ashraf..kau ingat tak?” Lisa habiskan air suam.

“Ashraf…Ashraf yang selalu kacau  kau dulu tu ke? Mamat gila bayang tu?” Ojie sengih. Dia mula membayangkan semula bagaimana Ashraf begitu obses dengan Lisa masa di universiti dulu.

Lisa angguk.

“Dia dah mati kena racun. Nasi lemak tu la yang menjadi bahan bukti kes tu.” Lisa terbayang wajah kacak Ashraf  yang begitu gilakannya dulu. Perasaan sebak mula terasa.

“Mati??? Err..kau biar betul  Lisa.Baru  minggu lepas  dia pergi rumah Zura!” Ojie terkejut. Wajah cerianya tadi bertukar pucat.

“Rumah Zura? Buat apa dia kat situ?”Lisa pula terkejut mendengar kata-kata Ojie. Setahunya Ashraf tidak pernah sukakan Zura. Zura  yang tergila-gilakan Ashraf tapi tidak pernah berbalas.

Ojie angkat bahu.

Err..kau ingat tak tarikh Ashraf pergi ke rumah Zura?” Lisa mula teringat tarikh nasi lemak yang tertera di bungkusan plastik yang diterima dulu.

“Kalau tak silap aku…20 April..ya..betul! Hari tu aku jumpa Ashraf kat KLCC, aku sempat tegur dia.Katanya dia nak ke rumah Azran, ada majlis hari jadi. Azran kan abang Zura!” Ojie teringat kembali saat dia berjumpa dengan Ashraf.

“20 April??” Lisa terkejut.

“Kenapa?”

“Nasi lemak yang aku uji tu pun diambil pada tarikh sama!..pukul empat petang.” Lisa mula teringat borang yang dihantar oleh Jabatan kimia.

“Jadi?” Ojie renung mata Lisa.

“Aku rasa ada sesuatu yang tak kena..” Lisa berkerut kening. Dia mula curiga.

Err..kau tak tahu kat mana nasi lemak tu diambil?” Ojie mula pelik.

Lisa geleng. “Kat borang tu hanya tulis masa dan tarikh saja.”

Lisa dan Ojie masing-masing terdiam.

“Kau ingat  siapa agaknya yang  kejam sangat nak bunuh Ashraf tu?” Ojie pandang Lisa yang masih termenung berfikir sesuatu.

“Entah! Ni yang aku pening ni..aku takut polis syak aku je..mana tahu!”Lisa mula rasa tidak senang. Banyak surat cinta yang Ashraf kirim kepadanya masih disimpan kemas dalam kotak dan diletak di bawah katil.

Hish! Kau ni..takkanlah polis nak tangkap kau! Logik la sikit!” Ojie senyum.

“Dahlah! Dah pukul satu ni..nanti nak solat zuhur pulak.” Lisa mengajak Ojie beredar dari restoran.

Mereka berdua terus menuju ke makmal semula yang terletak di tingkat satu bangunan pejabat.

Last edited by Ipo on 22-6-2014 04:23 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 04:45 PM | Show all posts
BAB 4


PETANG Ahad. Lisa pandang sekitar tasik. Ramai pengunjung yang datang beriadhah di situ. Sesekali dia jeling jam tangan. Hampir lima petang.  Lehernya dipanjangkan ke arah tempat parkir kereta. Kereta Pesona Imran masih belum kelihatan. Mana Imran ni??

Semalam dia sudah berjanji dengan Imran untuk joging bersama-sama di tasik itu. Selesai solat Asar tadi, dia bergegas menaiki LRT, bimbang Imran akan menunggunya lama di situ. Kalau memandu, sudah sah dia akan tersangkut dalam kesesakan jalanraya nanti.

“Mana pulak Imran ni? Takkan dah lupa?”Lisa jeling lagi jam di tangannya. Sudah lebih lima petang.

“Dah lama tunggu?” Imran tiba-tiba muncul di belakang Lisa.

Lisa geram .  Nasib baik Imran hanya lewat sepuluh minit,kalau sejam mahunya dia racun Imran, lumat-lumatkan muka Imran.

“Kenapa lambat?” Lisa mula bangun dari bangku.

“Tadi ada kemalangan sikit..” Imran senyum.

“Kemalangan? Ada luka?” Lisa liha tImran atas bawah.Di belek-beleknya baju dan seluar sukan di tubuh Imran. Tidak ada yang koyak. Tidak ada darah.

“Bukan sayalah..on the way tadi saya lihat ada kemalangan, jadi jalan jam la sikit.”Imran terus mengajak Lisa berlari mengelilingi tasik.

Lisa hanya mengikut Imran berlari bersama-sama. Sesekali mereka akan berhenti rehat.

“Im, kita rehat jap.” Lisa duduk bersila atas rumput mengadap tasik yang luas.

Imran turut duduk di sebelah Lisa. Wajah gadis kesayangannya ditatap lama. Lisa manis dengan tudung merah jambu lembut,sepadan dengan baju sukan dan seluar yang dipakai.

“Im, awak masih ingat Ashraf?” Lisa pandang Imran yang tidak berkelip memandangnya.

Imran masih merenung Lisa.

“Im!”

Haa..err..apa dia?” Imran mula tersedar.

“Fikir apa? Saya tanya tadi..awak inga tlagi tak Ashraf?” Lisa mula geram melihat Imran yang tidak mengendahkan pertanyaannya.

“Ashraf? Kenapa? Dia masih kejar awak ke? Saya rasa nak bunuh je mamat tu kalau dia kacau awak lagi! Tak reti –reti !” Imran mula berubah rona  wajah.

“Simpan jelah  cemburu buta awak tu.. dia dah tak ada.” Lisa sapu daun kering yang melekat pada seluarnya.

“Dah tak ada? Dia pergi mana?” Imran pandang Lisa dengan riak terkejut namun dalam hatinya lega. Lega kerana tiada lagi saingannya dalam merebut cinta Lisa.

“Bukan pergi mana..dia dah mati!” Lisa jeling Imran yang masih terkial-kial dengan kata-katanya tadi. Nama je belajar engineering..biul macam Mr. Bean!

“Mati???” Imran  membeliakkan mata. Dia pandang Lisa, mana tahu gadis itu cuba bergurau dengannya kerana selama ini Lisa tahu sikapnya yang cemburu buta bila ada lelaki cuba mengurat Lisa.

Lisa mengangguk lemah.  “Tapi…”

“Dia sebenarnya dibunuh!” Lisa menyambung lagi kata-kata yang terhenti tadi.

“Macam mana awak tahu dia dibunuh?”Imran tenung mata Lisa yang masih memandang ke tengah tasik.

“Saya baca di surat khabar.” Lisa pandang Imran. Dia sebenarnya tidak boleh melanggar prinsip kerjanya jika melibatkan kes seperti itu. Itu sudah jadi kes polis dan itu yang diberitahu oleh Puan Noreen dan juga pegawai polis semasa perbincangan dulu.

“Macam mana dia mati? Kenapa saya tak tahu?” Imran renung lagi Lisa di sebelah yang mula sugul.

“Kena racun…” Lisa tunduk. Air matanya mula menitis. Dirasakan dosanya pada Ashraf terlalu banyak. Setiap kali lelaki itu ingin mengajaknya keluar,kata-kata kesat selalu keluar dari mulutnya. Namun itu semua hanyalah lakonan supaya Ashraf membencinya. Ashraf pula tidak sedikit pun ambil hati dan tidak pernah putus asa menagih cintanya. Apa yang dia lakukan dulu ada sebabnya. Walau hati sendiri terluka.

“Lisa..awak menangis ke? Sepatutnya awak happy sebab at least dia tak lagi kacau awak! Dan saya juga tak sakit hati.”Imran cuba pegang bahu Lisa.

Lisa cepat-cepat mengelak. Padanya tidak semudah itu dia bersentuhan dengan lelaki selagi tiada ikatan sah yang menghalalkan tindakan itu. Imran juga sudah tahu sikapnya yang satu itu walaupun kadangkala terbabas juga. Dia pernah terpeluk Imran semasa cuba melarikan diri dari dikejar anjing dulu. Tak sedar, Imran sudah tercegat di depannya. Tak sempat nak mengelak.

Err..maaf..”Imran segera minta maaf.

“Saya menangis bukan kerana tu..saya sedihsebab saya tak sempat nak minta maaf. Saya banyak dosa dengan Ashraf.” Lisa masihsugul.

“Lisa..saya kan bakal tunang awak…kenapa awak masih fikirkan lelaki lain?” Imran seolah tidak puas hati dengan sikap Lisa yang tiba-tiba merana seolah-olah  Ashraf itu adalah kekasihnya.

Lisa diam. Dia pandang Imran yang mula cemburu.

“Awak ada perempuan lain ke?” Lisa teringat panggilan telefon dari seorang perempuan tempohari.

“Apa awak merepek ni? Perempuan mana pula ni..” Imran picit dahi.

“Kalau awak ada perempuan lain, baik awak berterus terang. Jangan seksa hati saya.” Lisa jeling Imran yang kelihatan seperti orang bersalah.

“Lisa..kenapa ni..kita datang sini kan nak joging. Awak melalut benda lain ni kenapa?” Imran tenung mata Lisa. Hatinya mula tidak sedap hati.

"Sudahlah..tak ke mana perbualan kita ni." Lisa tunduk. Ranting di kakinya dikuis-kuis.

"Lisa..saya sayang awak dan saya bersyukur awak pilih saya dari Ashraf walaupun saya tahu saya tidak kaya macam Ashraf tetapi saya ikhlas cintakan awak. Keluarga saya pun sudah tahu hubungan kita. Kalau boleh saya nak halalkan hubungan ni secepat mungkin." Imran pandang Lisa yang masih menguis ranting di atas rumput.

Lisa mendongak. Dia memandang Imran seketika. " Im..saya harap awak tidak sia-siakan hidup saya."

"Sebab tulah saya nak kita mengikat ikatan yang sah secepat mungkin. Saya tak nak awak terlepas ke tangan orang lain.." Imran menatap Lisa, mengharap pengertian dari gadis itu.

Lisa tunduk semula.

"Saya akui, saya cemburu bila setiap kali awak sebut nama Ashraf. Saya tidak dapat kawal perasaan saya. Setiap hari saya merasa tertekan kerana saya tahu Ashraf boleh buat apa saja demi untuk mendapatkan awak. Ashraf anak orang ternama." Imran berkata sugul.

"Im..saya tak pandang semua tu. Yang penting, restu dari keluarga." Lisa mengesat air mata. Menutur kata-kata itu mengingat kembali perhubungannya dengan Ashraf yang tidak mendapat restu keluarga dulu.


Last edited by Ipo on 22-6-2014 04:51 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-6-2014 04:54 PM | Show all posts
DARI jauh, Azura memerhati Imran dan Lisa yang leka berbual di tepi tasik. Hatinya mula sakit bila melihat Lisa begitu mesra dengan Imran. Sakit bila melihat babak manja Imran dengan Lisa.Kerana Lisalah, Ashraf  meninggal! Kerana Lisalah juga  Ashraf kena bunuh!

“Lisa..jaga kau! Kau dah bunuh kekasih aku!” Azura menggenggam tangannya sekuat hati sambil mengetap bibir.

“Zura! Kau tengok apa?” Ain cuit bahu Azura.

Azura berpaling. Ain sudah tercegat di sebelahnya. Dia menoleh semula ke arah Lisa dan Imran.

“Tak ada apa..kau ke mana tadi?” Azura mula menukar topik.

“Aku ke tandas kejap. Jomlah joging!”Ain tarik tangan Azura.

Azura masih sakit hati. Matanya tepat memandang Lisa yang bahagia dengan Imran.

“Zura..kau kenapa? Sekejap sedih..sekejap marah..” Ain pandang teman sepejabatnya.

Azura berhenti berlari. Dia mula melabuhkan punggungnya di atas rumput. Ain pula terpaksa ikut rentak Azura yang mula sugul.

“Zura..kenapa ni..” Ain pegang bahu Azura yang mula menangis.

“Ashraf..”

“Kenapa dengan Ashraf?” Ain mula bingung bila melihat Azura menangis begitu.

“Dia dah tak ada Ain..” Zura mula peluk Ain.

Ain mula bingung. Wajah Azura sudah berubah. Dibiarkan saja gadis itu memeluknya begitu.

“A..apa maksud kau Zura?”

“Ashraf..dia dah meninggal..” Azura semakin erat memeluk Ain.

Ain terkedu mendengar kata-kata gadis itu.  Dia menggosok perlahan belakang Azura, cuba menenang kan tangisan gadis itu yang semakin kuat.

“Ain..aku sayang sangat kat Ashraf..walaupun aku tahu dia tak pernah balas cinta aku. Aku tahu dia cintakan perempuan lain tapi aku tetap terimanya sekiranya perempuan tu menolak cintanya.” Azura menyeka air mata yang laju menitis ke pipi.

“Zura..bila dia meninggal?” Ain mula sedih dengan berita yang tidak diduga.

“Minggu lepas..kali terakhir aku bersamanya , masa dia datang ke rumah aku atas jemputan abang aku.” Azura tunduk. Wajah kacak Ashraf masih terbayang di ruang mata.

Ashraf, kawan baik abangnya sendiri.Mereka sama-sama belajar di universiti yang sama.  Sikap Ashraflah yang membuatnya begitu kasih dan cinta. Ashraf  anak Datuk Mokhtar yang terkenal di kota Kuala Lumpur, tidak sedikit pun dia sombong  atau bangga dengan dirinya. Sikap itulah yang menyebabkan Zura mula menaruh kasih pada Ashraf.

Ain diam. Tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan Zura tika ini. Siapa yang tidak sedih jika orang yang disayangi tiba-tiba pergi buat selamanya.

“Yang aku tak boleh terima..Ashraf mati kerana dibunuh!” Zura mengetap bibir sambil menjeling Lisa dan Imran yang masihb erdua di sudut tepi tasik.

“Hah! Kena bunuh?” Ain terkejut.

Zura tunduk.

“Kau jangan main-main Zura! Aku tak percaya!” Ain mula bingung dengan kata-kata Azura.

“Sudah keluar surat khabar. Dia diracun!” Azura peluk tubuh. Pipinya masih basah dengan air mata yang tidak putus mengalir.

“Diracun?” Ain sekali lagi terkejut.Masih tidak percaya.

Azura tunduk semula. Air matanya semakin laju menitis ke pipi.

“Siapa yang racun?”

“Aku tak tahu….” Azura mula teresak-esak. Tubuh Ain dipeluk lagi.

“Sabarlah Zura..sedekah Fatihah banyak-banyak..” Ain cuba meredakan tangisan Azura.

Dia sendiri tidak percaya dengan berita yang baru didengar. Semuanya dirasakan seperti sebuah drama. Walaupun dia tidak pernah kenal siapa Ashraf tetapi dari cerita Azura ternyata Ashraf seorang lelaki yang setia pada cintanya. Sehingga kini dia tidak tahu siapa cinta hati Ashraf. Azura sendiri tidak pernah sebut nama perempuan yang Ashraf cinta.
Dan kini dia baru tahu yang Azura begitu mendambakan cinta Ashraf.  Ashraf yang kini sudah pergi mengadap Ilahi buat selamanya.

“Jomlah kita balik. Dah pukul enam setengah ni.” Ain pujuk Azura.

Azura hanya angguk. Mereka berdua mulamelangkah ke arah kereta.

Last edited by Ipo on 22-6-2014 05:00 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 05:22 PM | Show all posts
PULANG dari tasik tadi, Ain rebahkan tubuh di sofa. Kepalanya disandarkan pada sofa. Dia cuba mengingati semula kata-kata Azura tadi. Masih tidak percaya dengan berita yang baru didengar dari gadis itu siang tadi.  Selama ini Azura begitu mencintai Ashraf.Hampir setiap hari, cerita Ashraf lah yang selalu menjadi topik utama dan menjadi tadahan telinganya di pejabat. Ashraf itu. Ashraf ini. Kadang-kadang terasa muak tetapi dilayankan saja cerita teman sepejabatnya itu. Azura mudah tersentuh dan mudah juga merajuk. Rasa kasihan mula menebal dalam hatinya memikirkan  Azura kini seperti patah sayap. Hilang semangat.

"Kesian Zura..tak sangka Ashraf sudah meninggal. Kalau aku la, mahunya aku meraung tak ingat dunia.." Ain melepaskan keluhan. Dia kemudian menapak naik ke bilik.

Di dalam bilik, sekali lagi Ain termenung di birai katil. Masih memikirkan apa yang didengar tadi. Terasa bagai mimpi. Bimbang juga Azura akan mengambil jalan singkat dan bertindak di luar kawalan.

“Ain! Kau fikir apa?” Lisa senyum. Dia jenguk bilik Ain di sebalik pintu yang terbuka sedikit.

“Bila kau balik?”

“Baru je..aku kan ada date hari ni.” Lisa senyum lagi.

Date? Dengan baju sukan macam ni?” Ain pandang Lisa atas bawah.

“Aku pergi joging la..tak kuasa aku nak pergi date di taman bunga ke..tengok wayang ke..eiii!! Bukan aku!!” Lisa duduk sebelah Ain atas katil.

Ain ketawa. Dia memang sudah faham dengan sikap Lisa yang tidak suka romantik.

“Kau fikir apa tadi sampai berkerut seribu dahi kau?” Lisa sengih.

“Tak ada..pasal kawan ofis aku..” Ain tunduk semula.

“Kenapa dengan dia?”

“Cintanya tak kesampaian..lelaki yang dia cinta tu dah meninggal.” Ain pandang Lisa yang seperti berminat dengar kisah Azura.

“Meninggal? Sakit ke apa?” Lisa mula mengemaskan kedudukan silanya.

“Bukan sakit tapi…” Kata-kata Ain terhenti di situ.

“Tapi apa? Kemalangan?”

Ain geleng. “Kena bunuh!”

“Hah! Kau biar betul Ain. Kena tembak ke kena tikam?” Lisa semakin ingin tahu.

“Kena racun..”

Lisa terdiam. Kena racun?? Ah! Takmungkin kes Ashraf!

“Kenapa Lisa? Kau macam pucat je?” Ain pegang bahu Lisa yang terdiam dari tadi.

Err…tak ada apa..” Lisa cuba senyum.

Ain diam. Dia pandang Lisa yang mula berkerut kening seperti ada sesuatu yang disembunyikan darinya.

Err..macam mana kawan kau tu sekarang?  Tentu dia sedih kan?” Lisa pegang tangan Ain. Kalau dia di tempat kawan Ain, dia juga akan merasa perkara yang sama.

Ain tunduk.

Lisa turut sugul.Fikirannya mula memikirkan sesuatu. Siapa kawan Ain? Siapa kekasih kawan Ain? Segala-galanya berputar ligat dalam kotak fikirannya.

Last edited by Ipo on 22-6-2014 05:24 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2014 07:03 PM | Show all posts
BAB 5



AMRI periksa semua laporan makmal untu khari itu. Laporan tentang nasi lemak yang diuji seminggu yang lalu masih dilihat dengan teliti. Tadi Harry sudah memberi keputusan untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis jika diminta berbuat demikian.

“Amri, macam mana kes tu?” Lisa pandang Amri yang begitu tekun meneliti laporan ujian.

“Hmm..nampaknya kita kena bekerjasama dengan pihak polis. Polis masih menyiasat kes ni.” Amri garu kepala.

“Polis??” Lisa mula menggelabah.

“Ya! Kenapa, kau takut?” Amri pandang Lisa yang mula pucat.

Err..apa kata pihak polis?” Lisa mula serius.

“Hasil ujian ke atas nasi lemak yang kita dapat tu sama dengan keputusan dari Jabatan Kimia. Kita kat sini hanya uji nasi lemak saja tapi kat Jabatan Kimia, mereka buat ujian ke atas nasi lemak dan juga usus dari perut mangsa.” Amri masih menatap laporan.

Lisa terlopong. Bermakna Ashraf  telah termakan nasi lemak yang tercemar dengan Vibrio cholerae yang melebihi had.

Err..maknanya jabatan forensik dari hospital telah mengenal pasti usus mangsa dicemari dengan Vibrio?” Lisa pandang Amri yang sedari tadi memicit dahi.

“Ya, hasil autopsi adalah Vibrio cholerae strain 01 sama dengan keputusan makmal kita.”

Lisa terdiam. Dalam fikirannya memikirkan bagaimana nasi lemak itu boleh tercemar dengan bakteria yang boleh membunuh itu. Bakteria terkawal itu hanya boleh didapati di tempat tertentu saja. Itu pun setelah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa. Tidak semua makmal boleh memiliki bakteria itu sesuka hati. Setahunya, hanya tiga makmal saja di Malaysia yang boleh menyimpan bakteria berbahaya itu sebagai kultur rujukan untuk analisa.

“Lisa, mengelamun lagi kau ni!” Amri ketuk meja dengan pembaris.

Lisa mula tersedar dari lamunannya sebentar tadi.

“Kau cakap apa tadi?” Lisa segera pandang Amri.

“Tapi aku pelik..takkan sebab nasi lemak tu je. Lagipun, orang lain yang turut makan nasi lemak tu..takkan tak sakit perut?” Amri usap dagu.

“Hmm..ya tak ya juga. Kau tahu tak nasi lemak tu diambil dari mana?” Lisa mula mencungkil dari Amri.

“Setahu aku…dari rumah Datuk Harris. Bos bagi tahu aku”

Lisa terperanjat. Dia pandang Amri yang begitu tenang memandangnya dari tadi. Bermakna betul sangkaannya dulu. Nasi lemak itu diambil dari rumah Azura. Azura Datuk Harris!

“Takkan Zura tu nak dajalkan Ashraf pula. Dia kan cinta separuh mati kat Ashraf tu..” Lisa berkata sendiri. Pening bila memikirkan kes Ashraf.

“Kau fikir apa?” Amri tenung Lisa yang mula berkerut kening.

Err..tak..nasi lemak tu dibuat sendiri ke atau ditempah dari mana-mana restoran?” Lisa pula menyoal Amri seperti seorang anggota polis penyiasat.

“Tentulah tempah! Kau ni pun! Otak letak mana? Kan dibungkus dengan daun pisang tu!” Amri luku kepala Lisa.

Lisa jeling tajam ke arah Amri. “Hoi!Tak boleh cakap elok sikit ke? Cakap dengan mulut bukan dengan tangan!”

Sorry..aku tak sengaja..terketuk kepala kau..hihhii” Amri sengih.

“Banyaklah kau punya terketuk!” Lisa mula masam. Dia ketuk kepala Amri dengan pembaris berkali-kali.

“Hoi! Cukuplah tu. Aku ketuk kepala kau sekali je!” Amri menahan dengan tangan.

Lisa mula mencebik.

“Kau marah ke? Lagi kau marah, lagi aku suka! Cantik!” Amri mula kenyit mata.

“Perasan! Pandai kau ubah topik eh?”Lisa ambil laporan dari meja Amri.

“Mana ada aku ubah topik? Ni..aku masih tak faham…kalau nasi lemak tu ditempah, mesti semua  nasi lemak tu terkena dengan Vibrio. Semua akan rasa sakit perut, cuma dalam kes mangsa ni..mungkin nasi lemak dia yang paling banyak bakteria tu!”Amri masih melontarkan teorinya.

“Encik Amri oi! Vibrio ni tak kira sikit ke banyak! Kalau dah ada tu..sekejap je boleh sakit perut tau! Silap hari bulan boleh mati!” Lisa jeling Amri yang tersenyum begitu.

“Saja aku nak test kau! Pandai jugak rupanya kau ni ya!” Amri sengih lagi.

“Tapi kenapa Jabatan Kimia tak hantar semua bungkusan nasi lemak?” Lisa mula terfikir kata-kata Amri.

“Mungkin dia orang dah hantar semua.Nasi lemak yang kita terima tu mungkin nasi lemak yang dimakan oleh mangsa.”Amri turut pandang laporan di tangan Lisa.

“Hmm..maknanya nasi lemak orang lain semuanya okey, tak tercemar. Hanya nasi lemak yang dimakan mangsa je yang tercemar.” Lisa turut membuat teori sendiri.

Masing-masing diam seketika. Menelah dengan teori sendiri. Lisa masih memikirkan bagaimana Ashraf boleh termakan nasi lemak tercemar itu.Tentu ada seseorang yang sengaja letak bakteria itu ke dalam nasi lemak yang dimakan oleh Ashraf. Bagaimana orang itu boleh dapat bakteria terkawal itu? Dan mesti orang itu tahu gerak geri Ashraf selama ini. Ke mana Ashraf pergi dan di mana Ashraf selalu lepak. Segala-galanya bermain di benaknya.

Telefon berdering. Lisa mengangkat gagang dan menjawab seketika. Seketika kemudian dia letak semula gagang telefon.

“Siapa call? Pucat je muka kau?” Amri senyum.

“Polis! Mereka suruh aku ke balai lusa.Kau pulak esok!” Lisa telan air liur.

“Polis? Mereka nak apa lagi? Kita kan dah bagi keterangan bertulis hari tu!” Amri garu kepala.

Lisa angkat bahu.

Last edited by Ipo on 22-6-2014 07:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 07:28 PM | Show all posts
MUNDAR-MANDIR Lisa di dalam bilik. Habis kerja tadi dia terus pulang ke rumah. Hatinya tidak keruan. Janjitemu dengan Imran juga terpaksa dibatalkan. Kes keracunan itu yang membuat fikirannya tidak tenang sekarang ini. Lusa, dia dikehendaki ke balai polis untuk memberi keterangan tentang kes itu.

"Aduh..macam mana ni? Aku dahlah tak pernah ke balai polis ni." Lisa mundar-mandir lagi.

Dia kemudian menapak ke katil. Telefon bimbitnya dicapai dari atas meja kecil sebelah katil. Nombor Imran dicari. Usai menelefon lelaki itu, Lisa mula bersiap-siap dan mencapai kunci kereta menuju ke sebuah restoran mamak yang terletak tidak jauh dari rumah sewanya.


SAMPAI di restoran itu, kelihatan Imran sudah tersenyum kepadanya. Dia segera menapak ke arah Imran. Tudung bawal yang sempat dipakai tadi diselempangkan di kiri kana bahu. Hanya tudung itu yang sempat dicapai dari dalam almari tadi. Dia hendak segera ke restoran itu.

"Maaf Im. Saya terlambat sedikit." Punggungnay dilabuhkan di kerusi berhadapan dengan Imran.

"Tak apa.." Imran pandang Lisa atas bawah.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke?" Lisa turut melihat dirinya.

"Tak ada apa..cantik seluar awak."Imran sengih.

Lisa perhatikan lagi. Ya Allah! Baru dia perasan, seluar tidur kain kapas yang dipakainya. Tadi dia hanya tukar baju tidur dengan kemeja lengan panjang saja.

"Err...saya nak cepat tadi.." Lisa mula merasa malu. Dia rapatkan kedua pahanya sambil tunduk.

"Hmm..nasib baik seluar tidur panjang. Kalau pakai seluar paras lutut tadi...free je saya tengok." Imran sengih lagi.

Lisa pandang Imran yang mula menggatal. Tak kuasa melayan mamat di depannya itu. Nanti melalut benda yang bukan-bukan.

"Awak ni, otak biru!" Lisa mencebik.

Imran ketawa pula.

"Awak..saya ada hal penting nak beritahu ni." Lisa terus ke tujuan asal.

"Apa dia? Awak dah bersedia nak bernikah?" Imran kenyit mata.

"Ke situ pulak. Bukanlah! Saya nak beritahu..lusa saya kena pergi balai polis. Awak temankan saya boleh tak?" Lisa pandang Imran dengan wajah merayu.

"Balai polis? Buat apa? Awak kemalangan ke? IC awak hilang ke?"Imran sudah panik.

"Bukanlah..saya kena beri keterangan." Lisa menjawab malas.

"Keterangan? Pasal apa?" Imran tercengang.

"Ada la..tak boleh beritahu kat awak. Saya nak awak temankan saya saja. Boleh tak?" Pujuk Lisa lagi.

"Hmm....kalau saya temankan awak, awak nak balas dengan apa?" Sekali lagi Imran kenyit mata.

Lisa muncung. Seriau setiap bercakap dengan Imran yang selalu bersikap seperti itu. "Saya belanja awak makan, nak?"

Imran sengih. Dia faham renungan mata Lisa tadi. Tentu gadis itu sudah merasa takut dengan kata-katanya tadi. Ah! Aku bukan sejahat itu hendak mengambil kesempatan pada perempuan.

"Ok..saya nak awak bukan saja belanja tapi saya nak awak temankan saya sepanjang hari. Macam mana?" Imran sekali kenyit mata.

Lisa menelan liur. Sepanjang hari?? Gila ke apa mamat ni? "Err...ok..tapi kalau saya tahu awak ambil kesempatan, siap awak!"

Imran ketawa mengekek. Muka Lisa sudah pucat. "Kalau saya nak ambil kesempatan, dah lama dah saya buat. Masa awak peluk saya dulu lagi.."

Lisa terdiam. Rupanya Imran juga masih ingat kejadian dia dikejar anjing dan terpeluk Imran dulu. Malunya yang amat masa itu!



Last edited by Ipo on 22-6-2014 07:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 07:48 PM | Show all posts
LISA lega. Imran sudi menemaninya ke balai polis lusa. Malam itu dia dan Imran menikmati hidangan malam dengan penuh berselera. Imran sesekali memerhati Lisa yang mula berselera menjamah makanan. Apa yang diberitahu Lisa tadi, dia sudah tahu sebenarnya. Dia juga kena hadir di balai polis untuk soal siasat pada hari yang sama dengan Lisa. Sekarang ini dia juga buntu untuk beritahu Lisa perkara yang sebenar.

"Lisa..awak sayang saya tak?" Imran pandang Lisa yang sudah mendongak memandangnya.

"Kenapa tanya macam tu?"

"Tak ada apa..saya dapat rasa, saya ni hanya pilihan kedua awak. Saya dapat rasa yang awak sebenarnya cintkan Ashraf kan?" Imran berkata perlahan.

Lisa diam seketika. Apa yang dikatakan oleh Imran tadi memang benar tetapi dia sudah melupakan semua itu. Mengapa lelaki di depannya ini mengungkit semula apa yang ingin dilupakan dari kamus hidupnya?

Im..saya sudah pilih awak. Itu bermakna, awak keutamaan saya. Tak ada istilah pilihan pertama atau kedua. Awak ni kenapa? Tiba-tiba tanya soalan macam ni?" Lisa berkerut kening.

"Saya bukan apa..setiap kali saya ajukan soal nikah, awak seperti mengelak. Nampak sangat awak tak suka saya dan terpaksa sukakan saya." Imran pandang Lisa yang mula tunduk.

Lisa masih tunduk. Memang dia terima Imran kerana kecewa dengan cintanya terhadap Ashraf yang tidak kesampaian. Cinta tanpa restu keluarga, tidak mungkin bahagia. Biarlah dia memliih Imran walaupun dia tahu Imran adalah sahabat baik Ashraf.

"Awak..saya bukan tak nikah tapi saya masih belum bersedia untuk itu. Beri saya masa sedikit lagi." Ujar Lisa yang masih belum reda kecewanya apatalagi sekarang ini Ashraf sudah tiada di dunia ini. Perasaan bersalahnya masih ada pada lelaki itu.

"Awak tunggu apa lagi? Ashraf? Dia sudah tiada Lisa. Atau..awak sudah ada lelaki lain?" Imran merenung tajam ke arah Lisa yang sudah mendongak semula ke arahnya sebaik mendengar kata-katanya sebentar tadi.

"Apa awak cakap ni?" Lisa mula tidak sedap hati.

"Kalau awak sukakan Amri tu..saya faham tapi saya tak akan lepaskan awak begitu saja. The best man win!" Imran mengetap bibir.

"Mengarutlah! Saya tak pernah ada perasaan pada Amri tu." Lisa kembali menjamah makanan.

Imran turut menyambung menikmati makanan yang dipesan. Usai makan, mereka mula pulang ke rumah masing-masing.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 08:45 PM | Show all posts
PULANG dari bertemu Imran tadi, Lisa berkurung dalam bilik. Dia mula merasa serba tidak kena. Imran tiba-tiba mengungkit kisahnya dulu. Saat dia ingin melupakan semua itu, Imran seolah mencungkil semula semuanya. Telefonnya berdering kuat. Lisa hanya menjeling. Malas dia hendak melayan panggilan telefon malam-malam. Deringan itu dibiarkan berhenti sendiri.

"Siapa pulak call aku malam-malam ni? Dah la aku ni gabra nak jawab soalan polis ni." Lisa mula baring. Dia memandang ke arah siling putih biliknya. Lama dia memikirkan apa sebenarnya yang berlaku. Semakin difikir, semakin bingung jadinya. Siapa yang dendam pada Ashraf sebenarnya? Kenapa Ashraf dibunuh?

"Pelik aku...takkan dia nak bunuh diri? Telan bakteria merbahaya tu? Gila ke apa?" Lisa masih berfikir.

Telefon bimbitnya berdering lagi. Dia mencapai malas. Tiada nama yang terpapar di skrin. Malas Lisa menjawab. Dbairkan saja sehingga deringan berhenti sendiri. Dia bingkas bangun. Album di atas meja dicapai. Perlahan dia membelek album kenangan bersama Ashraf. Tanpa sedar, air matanya menitis perlahan  ke pipi. Foto Ashraf diusap lembut. Lisa cuba pejamkan mata. Kenangan bersama lelaki itu dulu masih segar dalam ingatan.

Lamunan Lisa terhenti dengan bunyi deringan telefon bimbitnya sekali lagi. Kali ini dia terus menjawab.

"Hello!" Agak tinggi suara Lisa.

"Hei perempuan! Aku nak kau menyesal seumur hidup kau! Kau jangan ingat kau boleh hidup bahagia dengan Imran!"

Lisa tergamam. Talian sudah putus. Telefon bimbitnya terlepas dari genggaman tangannya. Terkedu mendengar suara perempuan yang menghubunginya tadi.

"Dia nak apa sebenarnya??" Lisa menjerit seketika. Geram dengan gadis itu yang ternyata mula mengugutnya.
Sekali lagi telefonnya berbunyi tapi kali ini ada nada teks mesej masuk. Dia baca perlahan.

'Aku akan pastikan kau terima balasannya!'

Lisa hempas telefon bimbitnya ke atas katll dengan kuat. Dia meraup muka. "Aku tak takut!" jerit Lisa semakin kuat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 08:56 PM | Show all posts
BAB 6



LISA melangkah berhati-hati masuk ke balai polis. Tadi dia terima mesej dari Imran. Lelaki itu tidak dapat menemaninya ke situ. Tak apalah..mungkin Imran juga banyak kerja di pejabat. Langkahnya diatur perlahan. Dia menuju ke meja depan sebaik melangkah ke ruang pejabat polis itu yang agak luas. Di situ dia menyatakan tujuannya ke situ.

“Cik Lisa duduklah dulu.Nanti saya panggil.” Seorang pegawai polis perempuan menyuruh Lisa ambil tempat duduk sementara menunggu gilirannya disoal.

Sesekali Lisa melihat sekeliling.Mukanya mula pucat. Inilah pertama kali dalam hidupnya dipanggil untuk soalsiasat. Semalam giliran Amri. Sebelum itu, dia hanya memberi keterangan secara bertulis mengenai keputusan ujian yang dibuat ke atas nasi lemak.

“Cik Lisa, silakan!”

Lisa bangun dan berjalan mengikut pegawai polis itu ke sebuah bilik.

“Tuan, cik Lisa sudah bersedia.”Pegawai polis itu membuka pintu dan mengarahkan Lisa supaya masuk ke bilik.

Lisa senyum dan terus mengatur langkah masuk ke bilik soal siasat. Langkahnya terhenti. Kaget. Matanya tepat memandang ke arah lelaki yang duduk di penjuru meja panjang. Matanya beralih pula ke arah seorang gadis yang cukup dikenalinya.

“Cik Lisa, sila duduk.” Seorang pegawai polis berpangkat inspektor senyum kepadanya.

Lisa angguk.  Dijeling sekilas tag nama di baju pegawai polis itu. Inspektor Hashim. Matanya beralih pula pada dua orang yang masih diam. Masing-masing berpandangan  antara satu sama lain.

"Awak Lisa Hani binti Sabri?" Inspektor Hashim mula menyoal.

"Ya saya." Lisa menjawab ringkas. Dia masih pucat. Tuturnya agak kelam kabut.

"Kerja di mana?"

"Saya kerja di makmal ALK Sdn Bhd."

Inspektor Hashim angguk-angguk dan mencatat sesuatu di atas kertas.

“Cik Lisa kenal mangsa?” Inspektor Hashim mula menyoal topik sebenar.

Lisa cuma angguk.

“Berapa lama cik Lisa kenal?”

“Sejak di universiti..maksud saya sudah lebih lima tahun.” Lisa jeling pada gadis yang merenung tajam ke arahnya.

“Selama cik Lisa kenal dengan mangsa,apakah ciri yang dapat cik Lisa beritahu mengenai mangsa?”

“Maksud encik? Karakter Ashraf?” Lisa mula bingung dengan soalan yang diaju.

“Ya!”

“Apa yang saya tahu, Ashraf seorang yang periang, suka bergaul dan ramai kawan.” Lisa jeling lagi pada gadis itu.Muka gadis itu sudah mula berubah merah.

“Apa hubungan cik Lisa dengan mangsa?”

Lisa mendongak ke arah pegawai polis yang berkumis nipis. Ada tahi lalat di tepi bibir. Eh! Sama pula tahi lalat polis ni..Seketika kemudian dia tersedar bila polis itu mula berdehem.

“Kawan biasa..” Lisa cepat-cepat tunduk. Rona mukanya sudah merah. Malunya! Macam mana aku boleh tiba-tiba senyum kat polis tu! Adoi!! Dia jeling pula lelaki di hujung meja. Masam mencuka!

“Bila kali terakhir cik Lisa jumpa dengan mangsa?”

Err..tak pasti..saya rasa tiga minggu lepas. Itu pun secara tak sengaja.” Lisa mula mengingat kembali pertemuannya dengan Ashraf di sebuah kedai buku di bandar K.

Lisa pandang pula lelaki di hujung meja lagi sekali. Wajah lelaki itu pula yang mula berubah. Ada riak cemburu.

“Apa hubungan cik Lisa dengan lelaki di sana?” Inspektor Hashim menuding ke arah lelaki di hujung meja.

“Err..dia..kawan saya juga..sama macam mangsa.” Lisa jeling sekilas.

“Kawan? Kawan macam mana tu?”

Lisa pandang Inspektor Hisham yang mula senyum.

Err..dia..dia bakal tunang saya.” Lisa mula tunduk. Tidak berani memandang lelaki di hujung meja yang merenung tajam kepadanya.

“Apa pula hubungan cik Lisa dengan gadis di sana?” Kali ini Inspektor Hashim menuding pula ke arah gadis  di sebelah lelaki di hujung meja tadi.

Lisa menoleh. “ Dia kawan sekolej saya.”

“Berapa lama cik Lisa kenal mereka?”

“Lima tahun lebih..” Lisa pandang pula Inspektor Hashim.

“Apa pula hubungan cik Lisa dengan Azran?”

“Azran…dia hanyalah kawan biasa. Saya tak berapa kenal sangat..saya hanya kenal dia sebagai abang kepada gadis itu.”Lisa tuding ke arah gadis di sebelah lelaki di hujung meja.

“Pernah keluar berdua dengan Azran?”

Lisa pantas mendongak. Matanya luas memandang Inspektor Hashim yang selamba bertanya soalan itu.

“Keluar dengan Azran?” Lisa mula terkejut. Seingatnya dia keluar beramai-ramai dengan Azura, Azran, Imran dan Ashraf pada malam terakhir di universiti dulu sebaik mereka habis peperiksaan akhir.

“Ya atau tidak?” Inspektor Hashim mula tegas.

“Ya tapi..” Lisa jeling lelaki di hujung meja.

“Bermakna cik Lisa juga pernah keluar dengan abang gadis itu?” Inspektor Hashim berdiri di depan Lisa. Dari tadi dia asyik mundar-mandir di depannya.

“Ya tapi kami keluar beramai-ramai.”Lisa cuba betulkan keadaaan.

“Termasuk mangsa?”

Lisa angguk.

“Kami difahamkan cik Lisa seorang ahli mikrobiologi. Boleh cik Lisa terangkan macam mana bakteria bahaya dikendali?”

Lisa mula gelisah. Baru dua hari lepas dia memberi keterangan bertulis kepada pihak polis. Hatinya mula gelisah. Entah-entah dia syak aku yang racun Ashraf!Argghh!!!

“Kami kena memohon dari pihak berkuasa sebelum membeli sebarang bakteria bahaya dari pembekal.”

Inspektor Hashim angguk. “Berapa lama proses itu diambil untuk mendapatkan bakteria bahaya itu?”

“Terpulang pada stok sedia ada.Selalunya dalam masa  seminggu sudah dapat tapi kalau stok tak ada, akan ambil masa selama sebulan atau lebih.” Lisa penuh yakin menjawab.

“Macam mana cik Lisa kendali bakteria itu bila sudah terima?”

Lisa senyum hambar. Huh! Macam auditor pulak polis ni! Semua nak tahu! Teringat setiap tahun makmalnya akan diaudit mengenai kualiti dan kecekapan pekerja menjalankan analisis. Itulah antara soalan popular yang selalu ditanya oleh auditor.

“Saya akan catat segala butir keterangan mengenai bakteria itu di dalam buku khas untuk kultur bakteria.Kemudian bakteria itu akan disimpan dalam bahagian beku di dalam peti sejuk sebelum di harvest. Maksud saya, bakteria tu, kena dibiakkan dalam medium yang sesuai dan dibuat dalam keadaan aseptik iaitu bebas dari sebarang kuman di persekitaran. Kami guna Biosafety Cabinet Class II untuk semua bakteria bahaya.” Sekali lagi Lisa menjawab dengan penuh yakin.

“Okey…maknanya bakteria itu dikawalselia dengan baik dan teratur mengikut prosedur ISO?”

Lisa angguk sambil senyum. Pandai juga polis ni….punyalah panjang lebar aku terang kat dia..bisiknya sendiri.

“Hmm..mangsa didapati diracun dengan bakteria bahaya. Jadi ada kemungkinan ia datang dari makmal cik Lisa?”

Lisa terkejut. Dahinya mula berpeluh. Apa aku nak jawab ni…aduiiii!!!

“Tak mungkin tuan. Bakteria itu disimpan di tempat selamat dan ditandakan dengan simbol biohazard. Maksud saya hanya pihak berkenaan saja dibenarkan kendalikan bakteria itu. Dalam makmal saya, hanya saya dan seorang lagi microbiologist dibenarkan mengendalikan bakteria tersebut.” Lisa mengurut dada.

“Hmm…” Inspektor Hashim mengusap kumis nipisnya. Sesekali dia jeling Lisa yang masih memandangnya. Senyum.

“Dari keputusan bahan bukti, seratus peratus bakteria yang dikesan adalah dari jenis…jenis Vibrio cholerae strain 01…maknanya kemungkinan bakteria ini diseludup atau dicuri dari suatu tempat adalah tinggi.” Inspektor Hashim belek laporan ujian makmal.

Lisa hanya diam. Terasa dirinya akan disalahkan kerana makmalnya adalah salah satu makmal yang dibenarkan pihak berkuasa untuk membeli kultur bakteria bahaya itu. Dahinya semakin berpeluh. Riak mukanya mula gelisah dan pucat. Wait! Aku tak buat apa-apa kesalahan! Buat apa aku nak takut! Lisa..kau mesti yakin!! Hatinya berperang sendiri.

“Jadi di sini..cik Lisa mungkin orang ke tiga dalam senarai suspek kami.”

Lisa mula pucat. Senarai suspek? Siapa lagi yang  jadi suspek? Kala itu terasa seperti berada di dunia lain. Dia pandang gadis dan lelaki di hujung meja. Masing-masing tunduk.

“Tapi tuan..saya ada alibi untukmembuktikan yang  saya tak bersalah. Hari kematian mangsa, saya berada di makmal.” Lisa mula berani pertahankan diri.

“Saya tak kata cik Lisa ni bersalah.Jangan salah faham.” Inspektor Hashim mula senyum. Pucat juga muka budak ni..

“Baiklah! Cik Lisa boleh pergi. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan tadi”

Lisa terus bangun dan segera beredar dari situ. Sempat dia jeling kepada lelaki dan gadis yang masih diam di situ sebelum keluar dari bilik itu. Kakinya laju melangkah ke arah kereta. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta. Badannya disandarkan pada kerusi.

Ya Allah! Mengapa aku pulak termasuk dalam senarai suspek? Mengapa Imran dan Zura disoal sama? Sejak bila Imran berbaik dengan Ashraf? Siapa pulak suspek ke empat? Abang Zura???

Bermacam-macam soalan mula menerjah benaknya. Enjin kereta dihidupkan dan terus dia memandu laju menyusuri jalan yang penuh sesak.

Last edited by Ipo on 22-6-2014 09:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 09:09 PM | Show all posts
SEKALI lagi Lisa mundar mandir di biliknya.Sejak pulang dari balai polis tadi, dia terus ke rumah. Fikirannya sudah bercelaru.Kusut. Satu persatu babak di bilik soal siasat tadi bermain di otaknya.Imran dan Azura turut sama dipanggil untuk soalsiasat. jelas di wajah Imran ada riak cemburu tadi. Azura pula tidak berkelip memandangnya. Imran tidak dapat menemaninya ke situ. Enath-entah Imran sudah berpakat dengan Azura.

“Ah! Aku tak percaya..” Lisa mula baring.  Tangannya mencapai bantal peluk.

“Masuk!”

Lisa pandang  pintu bila dengar ada ketukan di pintubiliknya.

“Lisa, macam mana? Polis soal apa tadi?” Ain mula duduk sebelah Lisa.

Lisa bangun dan duduk bersila. Dia pandang Ain yang begitu teruja ingin tahu kesudahan kes itu.

“Tak banyak..dia tanya aku kenal ke tak dengan mangsa..tu je..” Lisa masih bingung. Fikirannya masih tertumpu pada lelaki di hujung meja tadi.

“Kau…kau kenal ke? Siapa?” Ain semakin dekat dengan Lisa.

“Kenal..dia satu universiti dengan aku dulu..”Lisa sugul.

“Satu universiti? Siapa Lisa?” Ain seperti tidak sabar mendengar jawapan dari Lisa.

“Ashraf.” Lisa tongkat dagu. Sikunya diletak atas paha.

“Ashraf???” Ain beliakkan mata.

“Kenapa? Kau kenal ke?” Lisa pula pandang Ain dengan riak terkejut.

“Jadi…kau ni..” Kata-kata Ain terhenti di situ.

“Kenapa dengan aku?” Lisa mula resah bila Ain tidak menghabiskan kata-katanya sebentar tadi.

Ain terdiam. Kini dia tersepit antara Azura dan Lisa. Azura, teman sepejabat yang sama-sama bekerja mencari rezeki sejak dua tahun lalu. Lisa pula teman serumah yang sudah tiga tahun menghuni rumah sewa setingkat itu. Dia pandang Lisa yang masih memandangnya dengan wajah keliru.

Err..Ashraf tu cintakan kau kan?” Ain cuba mencungkil rahsia yang disimpan oleh Azura.

“Macam mana kau tahu?” Lisa semakin keliru.

“Ya Allah!” Ain meraup mukanya. Dia tunduk. Rupanya selama ini perempuan yang dimaksudkan Azura adalah teman serumahnya sendiri.

“Kenapa Ain?” Lisa goncang bahu Ain.

“Kau kenal Zura?” Ain mula gelisah.

“Zura? Maksud kau  Azura Datuk Harris?” Lisa terkejut.  Wajah Ain ditatap dalam.

Ain angguk.

“Macam mana kau kenal Zura?” Lisa pula aju soalan kepada Ain.

“Dia satu tempat kerja dengan aku.” Ain pandang Lisa yang mula gelisah.

“Ya Allah! Betapa kecilnya dunia ni..”Lisa tepuk dahi.

“Jadi Zura tu satu universiti dengan kau?” Ain masih keliru.

Lisa angguk. “Ya, kami sama-sama menginap di kolej yang sama. Ashraf pula pula sekelas dengan Imran dan Azran, abang Zura.”

Ain ternganga mendengar kata-kata Lisa.  Kisah cinta tiga segi antara mereka berempat sudah bertukar tragedi.

“Sebenarnya kami berempat dulu sangat rapat. Imran dan Ashraf berkawan baik dengan abang Zura. Imran dan Ashraf  dua-dua meluahkan perasaan cinta kat aku.Zura pula cintakan Ashraf tapi Ashraf pula gilakan aku. Sehingga hari kematiannya,Ashraf tidak pernah jemu merayu cinta aku.” Lisa mula menangis.

Ain masih diam. Air mata Lisa laju menitis ke pipi.

“Aku sebenarnya cintakan Ashraf tapi kami tak setaraf. Ashraf anak datuk sama dengan Zura. Sedangkan aku pula hanya anak orang biasa. Jadi aku pilih Imran.” Lisa mula meluahkan kisah cintanya.

Kali ini Ain mula faham mengapa Zura begitu membenci Lisa. Persoalannya sekarang, siapakah yang sanggup membunuh Ashraf? Apakah motif pembunuh sebenarnya?

“Takkan sebab taraf kau tolak cinta Ashraf?” Ain seolah-olah  tidak puas hati dengan jawapan Lisa.

“Ain..aku rela undur diri demi Zura.Sejak Zura tahu Ashraf cintakan aku, Zura mula jauhkan diri dari aku. Lagipun,keluarga Ashraf juga tidak sukakan aku. Aku dihina. Siapalah aku…hanya anak seorang petani tapi aku bangga jadi anak petani. Ayah aku gigih mencari rezeki menyara hidup kami sekeluarga. Ashraf dan Zura pula tidak perlu berhempas pulas mencari wang, semuanya sudah tersedia. Imran pula, walaupun bukan anak datuk tapi  sekurang-kurangnya keluarga dia terima aku seadanya.” Lisa masih menangis.

“Lisa…sabarlah. Lagipun bulan depan kau dah nak bertunang dengan Imran. Fasal Zura tu biar aku yang selesaikan.”Ain cuba menenangkan Lisa.

Lisa peluk Ain dengan esak tangis yang panjang.


Last edited by Ipo on 22-6-2014 10:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 09:18 PM | Show all posts
BAB 7


LISA masih termenung. Segala apa yang berlaku di sekelilingnya begitu menyesak dada. Perempuan misteri yang memberi amaran, kematian Ashraf,  penyiasatan pihak polis, sikap Amri yang semakin menjadi-jadi, Imran dengan sifat cemburu buta, semuanya dirasakan telah menghempap otaknya.

“Lisa, kau ni termenung tak habis-habis!” Amri senyum.

Lisa jeling tajam. Aku tengah serabut otak, dia bergurau pula.

“Pihak polis telah hampir dapat mengenal pasti siapa pembunuh mangsa.” Amri mula duduk di depan meja Lisa.

“Mana kau tahu?” Lisa mula mendongak.Matanya terbuka luas.

“Bos yang bagi tahu aku. Semalam dia dipanggil oleh Puan Noreen. Kes ni dah jadi semakin rumit.” Amri renung Lisa yang mula terkejut.

“Apa yang bos bagi tahu kau?” Lisa semakin terdesak.

“Ada kesan cap jari dan hasil dari ujian DNA pada darah yang melekat pada daun pisang sampel nasi lemak.” Amri teringat Harry dipanggil lagi sekali oleh pihak Jabatan Kimia.

“Cap jari? Darah?” Lisa semakin tidak mengerti.

“Kau ingat tak bungkusan nasi lemak yang kita terima hari tu? Daun pisang yang digunakan tu ada kesan darah dan cap jari. Bahagian yang terkena darah tu telah dihantar ke bahagian forensik.”

“Macam mana ada darah kat daun  pisang?” Lisa semakin penasaran.

Amri angkat bahu. “Entah! Aku pun tak tahu.”

Lisa mula bingung.

Err..dah dapat kenal pasti darah siapa?” Lisa renung Amri.

“Belum didedahkan lagi. Dalam sehari dua ni, mungkin! Oh ya! Petang nanti, kita kena ke Jabatan Kimia bagi mengesahkan laporan ujian makmal kita kepada pihak polis. Menurut Puan Noreen,pihak polis akan hadir sama.” Amri mula bangun dan meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi.

“Kita? Berdua je? ” Lisa mula gelisah.

Amri angguk. Sebenarnya dia seorang yang pergi pun sudah memadai. Saja dia nak berdua dengan Lisa, gadis yang mula bertakhta di hatinya.

Lisa jeling Amri yang tersengih begitu.Bermakna dia dan Amri akan menaiki kereta berdua ke Jabatan kimia nanti. Eii! Menyampahnya!

Last edited by Ipo on 22-6-2014 09:20 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 09:28 PM | Show all posts
KERETA Amri meluncur laju menuju ke arah Petaling Jaya. Sesekali dia melihat cermin sisi. Kereta siapa ni..dari tadi ikut aku.Dia berkata dalam hati.  Dia sempat singgah di restoran berdekatan bila melihat jam sudah hampir satu tengah hari.

“Lisa, kita makan di sini dulu. Meeting tu nanti pukul 3 petang.” Amri mula mencari tempat letak kereta.

Lisa hanya mengikut. Kalau tak setuju sekalipun, bukan dia yang memandu kereta.

Mereka berdua bersama-sama menuju ke sebuah restoran mamak yang terletak di bawah bangunan pejabat.

Amri senyum melihat Lisa hanya mengikut ke mana saja dia pergi. Terasa seperti pasangan kekasih. Dia senyum sendiri.

“Lisa, makanlah.. Aku belanja!” Amri duduk sebelah Lisa di sebuah meja bulat.

Lisa hanya mengangguk tanpa senyuman di bibir. Seronok la tu! Bulan depan aku dah nak bertunang la! Bisik hatinya sendiri. Geram melihat sikap Amri yang tak pernah jemu mengurat.

Lisa dan Amri mula menikmati juadah tengahari bersama. Amri pula mengambil kesempatan menatap puas-puas wajah Lisa. Hatinya menjadi tidak keruan. Gadis itu mesti dimilikinya walaupun dia tahu, Lisa sudah ada teman lelaki.



“LISA!!”

Lisa dan Amri serentak berpaling ke arah suara kuat yang memanggil nama Lisa.

“Imran! Macam mana awak boleh ada kat sini?” Lisa mendongak, Imran sudah tercegat depannya sambil bercekak pinggang.

“Siapa jantan ni?” Riak wajah Imran sudah  berubah. Mukanya mula merah.

Amri terpinga-pinga. Seketika kemudian dia mula senyum. Oo..inilah bakal tunang Lisa..baran nak mampus!

“Boleh tak awak cakap elok sikit? Ramai orang tengok tau tak?” Lisa mula marah-marah.

“Ah! Saya apa peduli! Awak tu gatal! Berapa banyak jantan yang awak nak hah?” Imran seolah-olah sudah hilang pertimbangan.

“Imran!!!” sekali lagi Lisa menjerit.

“Lisa..sabar. Biar aku terangkan kedudukan sebenar.” Amri mula bangun.

“Hei! Tak ada perempuan lain ke kau nak kebas? Kenapa awek aku yang kau pilih?” Imran mula renung Amri .

“Imran..aku kawan sepejabat Lisa. Itu saja.” Amri cuba berhemah.

“Oh..really? jadi kaulah Amri yang selalu nak usik Lisa? Kau sedare tak, Lisa ni hak aku!" Imran masih bercekak pinggang.

"Saya tahu." Amri cuba kawal diri.

"Habis, korang berdua makan ka tsini..apa???” Imran  semakin menyinga.

“Imran! Awak dah melampau! Cemburu awak tu sudah jauh tau tak??” Lisa sudah muak dengan sikap cemburu Imran yang tak bertempat.

Pang!!

Lisa pegang pipinya. Terasa pedih ditampar Imran begitu. Dia jeling Imran yang sudah meluap kemarahannya.

“Awak..awak tampar saya?” Lisa mula menangis. Air matanya mula menitis.

“Imran! Bukan macam tu kau nak melepaskan marah kau!” Amri mula meninggikan suara.

“Kau jangan masuk campur urusan aku!”Imran mula beri amaran.

“Kalau dah tampar perempuan, itu dah jadi urusan aku!” Amri mula naik angin.

“Kau siapa? Tunang? Suami?” Imranjeling Amri .

“Aku bakal suami dia!” tiba-tiba terpacul keluar kata-kata itu dari mulut Amri. Erk..apa aku cakap ni! Amri mula garu kepala sambil sengih.

Lisa terkedu. Dia pandang Amri yang tersengih-sengih.

“Hei! Jangan nak perasan la! Bulan depan aku akan bertunang dengan Lisa!” Imran semakin menyinga.

Lisa mula gelisah. Tidak pernah Imran  bersikap begitu. Dia pandang pula Amri yang masih berdiri situ.

“Lisa! Balik!” Imran tarik tangan Lisa.

Lisa rentap tangannya sekuat hati. Dia lihat sekeliling. Semua mata tertumpu pada drama sebabak mereka.

“Balik!!” Imran pegang lagi tangan Lisa.

Amri terus tumbuk muka Imran bila Imran cuba menampar Lisa sekali lagi.

“Berhenti!”

Serentak Amri, Lisa dan Imran  berpaling. Azura sudah tercegat di belakang mereka.

Azura segera mendekati Lisa yang masih memegang pipinya. Tangan Lisa ditarik keluar dari restoran.

Amri dan Imran masing-masing tercengang. Amri mula mengejar Azura  danLisa. Azura dan Lisa sudah lenyap dari pandangan.



Last edited by Ipo on 22-6-2014 09:33 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2014 10:08 PM | Show all posts
IMRAN menekup muka. Apa yang berlaku tadi memang di luar kawalannya. Dia seperti tidak sedar apa yang sudah berlaku. Sebaik Lisa diheret oleh Azura tadi, dia melihat Azura tersenyum sinis padanya. Dia mundar mandir di bilik. Rambutnya dicengkam kuat. Sejak aknir-akhir ini dia sering merasa tidak senang dengan Lisa bila bersua muka. Perasaan cemburunya semakin menjadi-jadi tetapi bila tida bertemu muka, perasaan rindunya semakin menebal dan dia seolah seperti sediakala.

"Ya Allah..apa sudah jadi pada aku?" Imran cengkam lagi rambutnya.

"Hahahaha!!"

Imran mendongak. Terasa berdesing di telinganya suara orang ketawa kuat. "Siapa kau??"

Suara itu masih kedengaran. Imran semakin tidak mengerti. Dua minggu lepas, dia merasa seolah ada sesuatu yang menganggu fikirannya dan suara yang menganggunya setiap malam. Suara yang menyuruhnya bertindak tidak baik pada Lisa.

"Hahahahaha!! Kau kena hancurkan Lisa!!"

Imran mendongak lagi. Jelas di telinganya, suara itu menyuruhnya berbuat sesuatu. "Pergi!!!!!"

Jeritan kuat Imran didengar oleh rakan serumahnya yang berada di bilik sebelah. Bergegas Saiful masuk ke bilik Imran. Imran dilihat sudah terduduk di atas lantai di tepi dinding. Rambut Imran sudah kusut masai, sudah seperti orang sasau.

"Im! kau kenapa ni?" Saiful mendekati Imran yang sudah tunduk. Menangis di situ.

"Aku kata pergi!!!" Jerit Imran lagi. Semakin kuat.

Saiful terkedu. Apa yang dlihat di depan matanya kini bukan Imran. Imran bukan seperti ini! Dia harus berbuat sesuatu. Imran mungkin terkena sesuatu. Dia bergegas pula ke biliknya semula dan mula memasang ayat Ruqyah. Sebaik ayat-ayat Ruqya itu dipasang, Imran menggelepar di atas lantai sambil menjerit kesakitan sehinggalah Imran pengsan di situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 10:13 PM | Show all posts
SEMENTARA ITU, Azura dan Lisa masih di dalam kereta. Azura memandu laju meninggalkan restoran tadi. Lisa hanya melihat tingkah Azura yang tiba-tiba muncul di restoran itu tadi. Azura dilihat tidak mengendahkan sesiapa. Pandangannya ditumpukan pada jalan depan.

“Zura!” Lisa pandang Azura yang laju memandu.

Zura terus menekan brek dan berhenti di bahu jalan. Dia jeling Lisa yang dari tadi asyik memandangnya tidak berkelip.

“Kenapa kau ni?” Lisa sapu air matanyayang masih bersisa.

“Aku nak kau putus dengan Imran!” Azura renung mata Lisa. Dia pandang semula ke arah depan cermin sambil tangannya masih di stereng.

“Putus? Kenapa?” Lisa bingung dengan kata-kata Azura. Takkan kerana Ashraf sudah meninggal, Azura inginkan perkara yang sama berlaku  pada aku! Gila!

“Kau ikut je la cakap aku! Imran tu gila!” Tiba-tiba Azura meninggikan suara dan menuduh Imran.

“Apa? Kau kata Imran gila?” Lisa masih tidak faham.

“Tadi..dia tampar kau depan orang ramai! Bukan gila namanya??” Azura pandang Lisa semula.

“Kau kan tahu dia kuat cemburu!” Lisa masih pertahankan Imran. Dia faham perasaan Imran yang cemburukan Amri tadi.

“Aku tak nak Amri  jadi mangsa!”

Lisa tersentak.  “Mangsa? Maksud kau?”

Azura diam. Ternyata Lisa masih tidak mengerti. Dibiarkan saja Lisa berfikir sendiri. Dia terus memandu laju ke sebuah tasik.
Setiba di tasik, Azura terus  menarik tangan Lisa ke sebuah bangku. Di situ Azura mula berbicara. Sesekali Lisa menangis dan meraung. Mereka berpelukan..lama.

“Zura, macam mana kau tahu aku kat restoran tu?” Lisa mula bicara bila tangisannya reda.

“Ain yang call aku. Tadi sebenarnya aku bercadang nak ajak kau makan tengahari. Aku call kau..tak jawab. Aku call la Ain.” Azura pandang tasik.

“Ohh….” Lisa masih tunduk.

“Jadi..macam mana? Kau nak teruskan jugak ke?” Azura pandang mata Lisa.

“Entahlah Zura..tak sangka..” Lisa kuis daun yang jatuh atas bahunya.

“Kau fikirlah baik-baik..mungkin sehari dua ni polis akan tahan dia.” Azura pegang bahu Lisa.

“Zura, aku minta maaf kerana kau terluka sebab Ashraf….” Lisa tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“Sudahlah..dia pun dah pergi...” Azura kesat air mata. Dia jeling Lisa yang sugul. Lisa dipeluk erat.


Last edited by Ipo on 22-6-2014 10:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 10:59 PM | Show all posts
BAB 8


LISA masih tidak mahu percaya apa yang dikatakan oleh Azura semalam. Apa yang berlaku seperti kilat. Imran muncul dan menumbuk Amri. Azura  pula muncul dan menariknya pergi dari situ. Apa yang diberitahu oleh Azura ketika di tasik itu masih samar-samar baginya. Imran tidak seperti itu. Selama ini dia kenal siapa Imran. Biasalah, lelaki mana yang tidak cemburu bila mellihat kekasih hati berdua dengan lelaki lain tetapi semalam seolah tindakan Imran sudah melampau. Imran seperti dirasuk.

"Aku kena tanya Imran sendiri. Apa yang berlaku sebenarnya.." Lisa mula menghubungi Imran tetapi tidak berjawab. Dia menghubungi lagi sekali. Masih tiada jawapan.

Lisa duduk di birai katil. Dia menghela nafas seketika. Saat ini dia mula keliru. Azura dengan ceritanya tadi menuduh Imran yang jahat. Imran pula semakin hari semakin berubah sikap. Bertambah-tambah barannya.

"Tak apalah..esok aku akan jumpa dia lepas kerja." Lisa pujuk hati. Dia tidak mahu menuduh melulu tanpa bukti kukuh. Azura juga sudah lama tidak bersua muka, alih-alih gadis itu muncul tiba-tiba.

Lisa menapak keluar dari bilik dan lepak di ruang tamu. Dia berehat di situ. Ain, masih belum pulang dari kerja. Pipinya disogok perlahan. Kesan merah masih berbekas di pipi. Pedih bila ditampar Imran. Memang dia tidak sangka, Imran akan bertindak sejauh itu. Cemburu Imran sudah ke tahap melampau!

"Hai Lisa!"

Lisa menoleh. Ain sudah terpacak di muka pintu rumah sambil menanggalkan kasut. Ain dilihat menapak ke sofa dan duduk di sebelahnya. Dia letak beg tangan dan fail di atas meja sofa.

"Lambat kau balik?" Lisa menutup pipinya dengan tapak tangan.

'Ya..aku jumpa klien tadi. Alhamdulillah...hari ni lima orang ambil insuran." Ain sandarkan kepalanya di sofa.

"Oh..alhamdulillah.." Lisa senyum hambar. Matanya menala pada kaca tv.

Ain menoleh ke arah Lisa. "Yang kau pegang pipi kau dari tadi tu kenapa?"

"Err..tak ada apalah. Saja..aku nak pegang. Tak boleh?" Lisa cuba senyum.

"Tak adalah...lain macam je kau ni." Ain sengih. Dia mengalih pandang pada kaca tv semula.

"Ain..kau ke yang beritahu Zura yang aku ada di restoran tu?" Lisa mula teringat cerita Azura siang tadi.

"Beritahu apa? Kau pergi restoran mana?" Ain tegakkan badannya. Pertanyaan Lisa tadi seperti pelik.

Lisa tercengang. Dia pandang Ain yang kelihatan terpinga-pinga. Lama dia menatap wajah Ain. Memang Ain tidak tahu. Riak Ain jelas memberi jawapan itu.

"Jadi...kau tak tahu apa-apa?" Tanya Lisa lagi.

"Tahu apa?" Ain berkerut kening.

"Tadi...Imran mengamuk. Dia datang restoran dan serang Amri. Aku terkejut jugak la. Imran tiba-tiba naik angin.Cemburu buta!" Lisa masih pegang pipinya.

"Dia buat apa?" Ain pula panik.

"Dia tampar aku sebab tak nak ikut dia balik. Aku rasa pelik la. Imran tak pernah buat macam tu kat aku. Masa dia marah tadi, aku tengok matanya merah menyala. Seolah ada benda merasuknya." Lisa berkata lemah.

"Kau biar betul Lisa. Belum nikah lagi, dah pandai tampar kau. Esok-esok bila dah nikah, dia terajang pulak kau." Ain mengetap bibir.

"Ain..aku rasa itu bukan dia la. Imran yang aku kenal bukan macam tu. Lepas tu, Zura tiba-tiba muncul. Dah lama aku tak jumpa dia tahu. Contact pun tak. Aku terkejut jugaklah masa tu. Mana dia tahu aku ada kat situ bersama Amri pulak tu? Yang aku heran, dia kata dia call aku tapi aku tak jawab. tak ada pun missed call dalam handphone aku. Lepas tu dia cakap dia tanya kau, mana aku pergi. Kau ada call dia ke?" Lisa pandang Ain yang masih terpinga-pinga.

Ain menggeleng. "Tak ada..pelik.."

"Zura tuduh Imran tu gila. Dia suruh aku putus dengan Imran." Lisa menambah.

"Entahlah..aku pun tak faham.

"Bak sini aku tengok pipi kau tu." Ain mendekati Lisa yang masih menutup pipinya dengan tapak tangan.

"Ya Allah! Merah gila ni! Ni nak bunuh macam ni!" Ain belek pipi merah Lisa.

Lisa diam. Memang terasa pedih sampai sekarang.

"Memang patut pun Imran tu gila!" Ain mula marah-marah.

Lisa diam saja. Dia tahu Ain tidak akan betolak ansur dengan lelaki yang mengasari perempuan. Dia sudah masak dengan perangai Ain. Telefon bimbit Lisa berbunyi. Ada teks mesej masuk. Lisa baca seketika.

'Sayang..saya minta maaf. Saya tak berniat nak buat macam tu tadi. Maafkan saya..'

Mesej dari Imran itu dibaca dengan riak sugul. Lisa menghela nafas seketika. Ain dilihat sudah menjeling tajam ke arahnya. Dia faham dengan jelingan Ain.

"Aku rasa baik kau fikir banyak kali Lisa. Bulan depan kau nak bertunang. Kau buatlah solat istikharah. Minta petunjuk dari Allah." Ain berpesan sebelum menapak ke bilik.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 11:10 PM | Show all posts
LISA masih memikirkan apa yang harus dikatakan nanti. Lama dia menunggu Imran di tasik itu. Apa yang diberitahu Azura dan Ain semuanya berlegar di ruang fikiran saat ini. Malam tadi, dia juga sudah melakukan solat istikharah. Wajah Imran yang muncul. Dia buntu! Cukup buntu!

Imran dilihat sudah menghampirinya di tebing tasik itu. Lelaki itu melabuhkan punggung sebelah Lisa. Malam tadi, dia sudah menghantar mesej pada Imran.

"Lisa, sampai hati awak nak putuskan hubungan kita.” Imran pandang Lisa yang buat acuh tak acuh.Mesej yang diterima malam tadi cukup merobek hatinya.

Lisa diam.

“Cakap Lisa, apa salah saya! Kalau hal semalam tu..saya minta maaf okey! Saya tak boleh fikir masa tu!” Imran masih tidak puas hati melihat Lisa hanya diam.

“Sudahlah Im. Anggaplah kita tak ada jodoh. Saya sudah tahu semuanya. ” Lisa tunduk. Dia lempar ranting kayu ke tengah tasik.

“Tahu apa? Saya tak faham!” Imran terus bingung.

“Kau yang bunuh Ashrafkan?” Lisa terus hamburkan kata-kata yang cuba dipendamkan dalam hatinya. Hatinya sudah menjadi seperti  Bacillus thermophilus, perlukan suhu melebihi 200 darjah celcius baru boleh mati! Hatinya seolah sudah mati untuk Imran!

Imran tersentap. Bagaikan halilintar membelah langit. Kata-kata Lisa cukup membuat dirinya terkedu.

“Bunuh Ashraf??”

Lisa jeling Imran yang nyata berpura-pura tidak tahu apa-apa.

“Kau jangan nak berpura-pura! Bukti sudah cukup. Kau pembunuhnya! Kau cemburukan Ashraf. Dari dulu aku tahu..sanggup kau bunuh kawan baik kau sendiri!”

Imran terdiam. Tuduhan Lisa cukup membuat hatinya seperti ditikam-tikam.

"Lisa..apa kau cakap ni? Aku tak pernah buat macam tu!" Imran mula pertahankan diri.

"Sudahlah Im. Mungkin kita tak ada jodoh. Betul kata Ain. Kalau awak berani tampar saya, tidak mustahil selepas nikah nanti, awak buat lebih dari itu lagi." Lisa mengesat air mata.

"Lisa..itu bukan saya. Saya macam tak sedar masa tu. Percayalah!" Rayu Imran.

“Aku pergi dulu. Selamat tinggal!” Lisamula melangkah.

“Lisa! Tunggu!” Imran sempat tarik tangan Lisa.

“Kau nak apa lagi?” Lisa cuba lepaskan tangannya dari genggaman Imran.

“Macam mana kau tahu aku yang bunuh?”Imran mula merah muka.Dia perlu tahu perkara sebenar. Siapa yang merasuk fikiran Lisa sehingga Lisa menuduhnya sampai begitu sekali.

“Jadi kau mengaku yang kau bunuh Ashraf?” Lisa pandang tajam mata Imran.

“Lisa, aku bukan pembunuh. Aku tahu Ashraf tu cintakan kau dan kau pilih aku tapi aku tak sekejam itu sampai nak bunuh kawan aku sendiri!”

“Polis telah sahkan cap jari kau!” Lisa mula geram.

Imran terkejut. Matanya bulat mendengar kata-kata Lisa. “Kau cakap apa?”

“Kau ke rumah Zura kan pada hari kematian Ashraf?” Lisa mengetap bibir.

“Ya! Memang aku ke sana atas undangan Azran. Salah ke?” Imran semakin bingung.

“Ashraf mati sebab diracun dalam nasi lemak yang dia makan. Dan untuk pengetahuan kau, nasi lemak tu kau yang beri kat Ashraf!” Lisa mengulangi semula kata-kata Azura.

“Nasi lemak??” Imran cuba mengingati semula kejadian di rumah Azran. Nasi lemak itu dihulur oleh Azura kepadanya untuk Ashraf. Azura mewakilkannya sebagai tanda minta maaf kepada Ashraf.

“Ya! Kau racun Ashraf! Cemburu buta kau tu dah keterlaluan!” Lisa mula menitiskan air mata.

“Tapi aku…ahhh!!!” Imran bingung.

Lisa terus pergi meninggalkan Imran terpinga-pinga di situ.

Imran tunduk. Memang dia cemburukan Ashraf dan sekarang ini Amri tetapi dia tidak sanggup mengambil tindakan itu semata-mata kerana cemburu. Ahhh!!!!!Gila!!


Last edited by Ipo on 22-6-2014 11:13 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.072022 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list