CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

CERPEN : MAAFKAN AKU (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 22-6-2014 11:24 PM | Show all posts
sambungan seterusnya..minggu depan je la..

balik kampung!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak nangisssss.... smalam gigih baca arrissa.. nak sambung arini tetiba naik rp8.. aaaa nangisss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2014 11:50 PM | Show all posts
jamilah posted on 22-6-2014 11:32 PM
Nak nangisssss.... smalam gigih baca arrissa.. nak sambung arini tetiba naik rp8.. aaaa nangisss

ya ker...ala...nanti ipo suruh momod turunkan balik RP tu ya..sebab nak kuar novel tu..

nanti ipo bagi satu naskhah untuk jamilah..(amboih pujuk nih..) Last edited by Ipo on 23-6-2014 12:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah ye ke.. camtu tgu novel ipo la.. support kawan2 heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 12:02 AM | Show all posts
jamilah posted on 23-6-2014 12:01 AM
Wah ye ke.. camtu tgu novel ipo la.. support kawan2 heheh

tunggu ya...tapi ipo dah suruh Nay tarik balik RP tu sampai minggu depan je..

lepas tu dah tak boleh baca dah... Last edited by Ipo on 23-6-2014 12:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 08:32 AM | Show all posts
Thrillnya cite ni Ipo... takut plk nak teruskan bacaan... jgn lupa sambung ya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2014 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengkiu2.. hr ni cuti. Jom katamkan hewhewhew
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 01:25 PM | Show all posts
wah ala2 csi...beshh..

ni da jadik novel ka ada bab2 pulok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 09:18 AM | Show all posts
best...suka citer macam ni..

Ipo ..bila nk smbung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 12:07 PM | Show all posts
terbaik ipo....hiihih..suka2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 10:10 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 23-6-2014 08:32 AM
Thrillnya cite ni Ipo... takut plk nak teruskan bacaan... jgn lupa sambung ya...

jangan takut zamzam

citer biasa je ni...cinta dan pembunuhan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 10:12 AM | Show all posts
mat_krai posted on 24-6-2014 01:25 PM
wah ala2 csi...beshh..

ni da jadik novel ka ada bab2 pulok?

hahaha...entah la mat_krai

cerpen la dulu (buat masa ni..malas nak sambung dah..)

tp nak letak bab jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 10:13 AM | Show all posts
awanjingga posted on 25-6-2014 09:18 AM
best...suka citer macam ni..

Ipo ..bila nk smbung lagi...

baru hari ni buka pc cari ni..heheh

nanti tepek lagi citer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 10:13 AM | Show all posts
woddy posted on 25-6-2014 12:07 PM
terbaik ipo....hiihih..suka2..

tak der seram citer ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 11:28 AM | Show all posts
BAB 9


IMRAN masih berfikir. Kata-kata Lisa siang tadi memang tidak masuk akal. Ashraf meninggal kerana dibunuh dan dia dituduh sebagai pembunuh tanpa usul periksa. Mundar mandir lagi Imran di biliknya. Dia perlu jernihkan keadaan. Lisa tidak boleh menuduhnya membuta tuli tanpa bukti yang kukuh. Puas difikirnya semula kejadian di rumah Datuk Harris. Majlis hari lahir Azran yang disambut meriah dengan aneka juadah terhidang termasuklah nasi lemak. Ya, itulah antara menu yang masih diingatinya dan ketika itu dia memang berbual dengan Azran dan Ashraf.

"Gila! Siapa yang nak dajalkan aku??" Jerit Imran. Rambutnya dicengkam kuat.

Dia capai kunci kereta. Dia perlu berjumpa Azura. Gadis itulah yang telah meracun fikiran Lisa sampai Lisa menuduhnya membunuh Ashraf! Ini memang kerja gila! Kereta dipecut laju menuju ke destinasi. Sebaik tiba di destinasi, Imran segera menghubungi Azura. Dia perlu berdepan dengan gadis itu yang mula mengganggu kehidupannya dengan Lisa.

"Sanggup dia racun fikiran Lisa dan tuduh aku yang bunuh Ashraf." Imran mengetap bibir. Dia genggam stereng kereta dengan kuat. Hatinya sudah membuak-buak.

Setengah jam kemudian, dia melihat dari cermin sisi keretanya. Kereta BMW hitam milik Azura sudah mula memasuki kawasan tempat letak kereta tasik itu. Imran keluar dari perut kereta dan mula menghampiri Azura yang juga sudah keluar dari kereta. Senyuman sinis di wajah gadis itu jelas kelihatan. Imran melangkah semakin dekat. Azura dilihat masih seperti dulu. Rambut paras bahu dan hanya mengenakan solekan nipis. Seluar jeans dan blaus biru tersarung kemas di tubuh gadis itu.

"Kau nak apa jumpa aku kat sini?" Azura pandang Imran yang mula mendekatinya.

"Apa yang kau dah buat pada Lisa?" terus saja Imran bertanya hal itu.

"Buat apa?" Azura berpura-pura tidak faham sedangkan  dalam hatinya dia mula berpuas hati. Nampaknya Lisa sudah bergaduh dengan Imran.

"Kau jangan nak berpura-pura! Kau yang racun fikiran Lisa kan? Kau basuh otak Lisa supaya Lisa percaya yang aku adalah pembunuh Ashraf! Eh! Otak kau dah senget ke apa?" Imran bercekak pinggang.

Azura ketawa seketika. Dia kemudian merenung tajam ke arah Imran yang masih tidak berkelip memandangnya. Wajah lelaki itu ditatap seketika.

"Ashraf diracun dan racun tu ada dalam nasi lemak yang kau beri pada dia. Kau tak ingat?" Azura senyum sinis. Ketawanya masih bersisa.

"Memang aku beri nasi lemak tu pada Ashraf tapi nasi lemak tu kau yang bagi pada aku. Kau tak ingat?" Imran melontar soalan sama kepada Azura.

"Kau jangan nak berdolak dalik la Imran. Aku tahu sejak dulu kau tak suka pada Ashraf kan? Kau dengki dengan Ashraf sebab Ashraf cintakan Lisa dan sebenarnya, Lisa tu pun cintakan Ashraf. Kau saja yang terhegeh-hegeh pada Lisa. Jadi, kau ada motif untuk bunuh Ashraf supaya kau dapat Lisa!" Azura membalas dengan nada tinggi.

"Aku tak sejahat tu nak bunuh kawan baik sendiri! Lagipun, Lisa yang balas cinta aku dan dia tinggalkan Ashraf dengan rela hati. Aku tak paksa Lisa! Jadi, tak ada motif untuk aku hancurkan Ashraf! Entah-entah kau yang bunuh Ashraf. Kau gilakan Ashraf dan Ashraf tak pandang pun pada kau." Imran mengetap bibir. Jelas dia melihat wajah Azura sudah berubah.

"Aku cintakan Ashraf dan aku tak akan bunuh orang yang aku cinta!" Azura semakin geram. Matanya sudah bulat memandang Imran.

"Aku nak kau tarik balik kata-kata kau tu. Lisa sekarang ni nak putus dengan aku." Imran beri amaran.

Azura ketawa lagi. Imran dilihat sudah kemerahan mukanya.

"Kau terimalah nasib kau esok. Pihak polis sudah dapat mengesan pemilik cap ibu jari di daun pisang pada nasi lemak yang jadi bahan bukti kes." Azura masih ketawa. Puas hatinya kini.

"Apa aku cakap ni?" Imran pula terpinga-pinga.

"Kau akan masuk lokap!" Azura mula buka pintu kereta.

"Hei Perempuan! Dengar sini!" Belum sempat Azura masuk  ke dalam kereta, Imran sudah pegang kedua bahu Azura. Gadis itu tersandar di tepi kereta.

Azura terkedu.

"Dengar sini! Aku tak bersalah! Aku akan pastikan kau yang masuk lokap! Bukan aku!!" Imran cengkam pula kedua pipi Azura dengan kuat. Geramnya sudah meledak.

Azura hanya diam. Dia tidak hairan dengan tindakan Imran. Imran tidak boleh buat apa-apa padanya. Kalau Imran cuba buat sesuatu, dia akan jerit sekuat hati. Ramai yang datang beriadah di tasik itu.

"Lepaskan aku. Ni tempat awam. Aku akan koyakkan baju aku dan aku akan jerit yang kau cuba rogol aku. Kau nak aku buat macam tu??" Azura berkata sinis. Dia senyum.

Perlahan Imran alihkan tangannya dari pipi Azura. Dia tendang kereta Azura. Azura dilihat sudah mula masuk ke dalam kereta dan menderum laju meninggalkan kawasan tasik.

"Aku tak akan berdiam diri! Aku tak bersalah!!" jerit Imran.  



AZURA menekan pedal minyak semakin kuat. Hatinya sudah membuak dan ingin saja meledak bila-bila masa. Ternyata Imran sudah gila! Dah jadi pembunuh, dia tuduh aku pula yang bunuh Ashraf! Memang Imran sudah gila! Kereta dipecut laju menuju ke suatu tempat. Dia perlu melakukan seuatu sebelum Imran membongkar semuanya.

"Lisa,kau tak akan bahagia dengan Imran!" Azura mengetap bibir.

Keretanya terus meluncur laju ke destinasi yang selalu ditujunya. Sampai di situ, keretanya diparkir di laman rumah papan yang agak usang itu. Kawasan sekitar situ juga seperti tidak terurus. Ah, dia sudah lali dengan semua itu. Azura bergegas masuk ke dalam rumah. Dia perlu cepat bertindak.  












Last edited by Ipo on 27-6-2014 11:37 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 11:57 AM | Show all posts
PULANG dari berjumpa Azura tadi, Imran terus menghubungi Lisa tetapi Lisa langsung tidak menjawab panggilannya. Berkali-kali dia cuba menghubungi Lisa. Dia lihat jam di pergelangan tangan. Sudah hampir maghrib. Imran bergegas  ke bilik air dan mengambil wudhuk. Hatinya yang panas terasa tenang bila berwudhuk begitu.

"Ya Allah..apa sudah jadi?" Imran meraup muka sebaik selesai menunaikan solat maghrib.

Lama Imran berteleku di tikar sejadah. Selama perkenalannya dengan Lisa, memang dia tidak sanggup melihat gadis itu menjadi milik lelaki lain. Malah, bila dia dapat tahu Ashraf juga menaruh hati pada Lisa, dia hanya mampu melihat dari jauh kedua insan itu bila keluar bersama-sama. Kemesraan Lisa dan Ashraf memang menyakitkan hatinya tetapi dia bukan perampas. Tambah lagi Ashraf adalah kawan baik sejak di kampus lagi. Entah kenapa Lisa mula menjauhi Ashraf.

"Im.."

Imran mendongak. Saiful sudah tersenyum di muka pintu.

"Boleh aku masuk?"

Imran mengangguk.

"Im..maaf. Aku nak tanya sikit. Kau dan Lisa tu dah putus ke?" Saiful melabuhkan punggung sebelah Imran.

"Mana kau tahu?" Imran tercengang.

"Tak adalah..semalam. Kau menjerit, meracau..aku rasa ada sesuatu yang tak kena." Saiful berterus terang.

"Semalam? Apa yang tak kena?" Imran sekali lagi tercengang mendengar kata-kata Saiful.

"Kau..kau macam nak buat benda jahat pada Lisa..kau menjerit-jerit seolah kau dirasuk.." Saiful berterus terang lagi.

"Oh.." Imran meraup muka. Dia tunduk. Dia juga perasan, sikapnya yang mudah marah terutama pada Lisa. Mungkin sebab itulah Lisa ingin putus dengannya dan yang lebih parah, Lisa menuduhnya membunuh Ashraf.

"Im..baik kau pergi berubat. Aku kenal seorang ustaz ni. Aku rasa kau dah kena sesuatu ni.." Saiful sentuh bahu Imran yang masih tunduk.

"Entahlah Pul..aku ni dah buntu. Aku baru jumpa Azura. Dia juga tuduh aku bunuh Ashraf dan dia cakap, pihak polis sudah mengenalpasti cap ibu jari. Dia kata, cap ibu jari tu..adalah milik aku." Imran meraup muka lagi.

"Kau biar betul Im. Takkan semudah itu kau dituduh bunuh Ashraf?" Saiful mula merasa kasihan pada teman serumahnya yang mempunyai masalah bertimpa-timpa.

"Aku tak bersalah Pul. Aku difitnah. Aku tak akan semudah itu menyerah kalah. Aku tahu, aku diperangkap." Imran mendongak dan memandang Saiful yang sudah berubah riak.

"Macam nilah..apa kata malam ni kau ikut aku jumpa ustaz tu.." Saiful beri cadangan.

"Hmm..baiklah." Imran mula bangun dan melipat sejadah.

Saiful turut bangun dan mereka berdua mula bersiap-siap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 12:15 PM | Show all posts
semakin rumit nampaknya situasi diorang ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2014 12:18 PM | Show all posts
SAIFUL hanya melihat Imran di sebelah yang masih diam membisu sepanjang perjalanan ke rumah Ustaz Firdaus. Suasana sunyi itu hanya dipenuhi dengan alunan nyanyian dari Anuar Zain dari corong radio.

"Im..kau kenapa ni?" Saiful mula merasa tidak sedap hati. Imran dilihat sudah berubah riak.

Imran masih diam. Kepalanya ditundukkan dan dia asyik memandang kakinya. Tidak mendongak atau berpaling sedikitpun pada Saiful yang masih memandu di sebelahnya.

Saiful mula curiga. Tingkah Imran sudah berlainan. Dia memecut laju keretanya menuju ke rumah Ustaz Firdaus. Dia perlu cepat sampai ke sana. Imran sudah dilihat semakin kemerahan mukanya. Mata Imran juga sudah merah menyala. Lagu alunan Anuar Zain tadi ditukar dengan CD ayat-ayat Ruqyah. Tidak semena-mena , Imran mula menjerit kuat. Saiful hampir melanggar batang pokok di bahu jalan bila dia membrek dengan mengejut. Wajah Imran sudah merah. Imran sudah meracau-racau! Cepat-cepat dia tutup CD. Imran masih mendengus kuat.

"Ah! Ni tak boleh jadi!" Saiful terus menekan pedal minyak semakin kuat menuju ke destinasi yang hanya tidak sampai satu kilometer sahaja lagi. Dia perlu cepat sampai, kalau tidak Imran akan mengamuk di dalam kereta.

Tiba di rumah Ustaz Firdaus, Saiful segera memapah Imran yang sudah lembik naik ke rumah ustaz. Imran dibaringkan di atas sofa.

"Maaf, ustaz..kawan saya sudah pengsan. Tadi dia meracau dalam kereta bila saya pasang ayat Ruqyah." Saiful pandang Ustaz Firdaus yang sudah tahu tentang kedatangan mereka di situ. Dia sudah maklumkan pada Ustaz Firdaus tadi sebelum bertolak.

"Tak apa..lain kali jangan pasang ayat Ruqyah dalam kereta. Nanti tak pasal-pasal kemalangan." Ustaz Firdaus pandang saiful yang sudah panik.

Saiful mengangguk-angguk.

Ustaz Firdaus mula membaca al fatihah sebelas kali, surah al ikhlas tiga kali dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w sebelum menghembus ke muka Imran yang masih pengsan di situ. Air yang turut dibaca itu juga direnjis ke muka Imran.

"Alhamdulillah..dia dah sedar." ustaz Firdaus senyum sebaik melihat Imran sudah mula buka mata.

"Aku kat mana ni?" Imran bingkas bangun. Dia pandang sekitar situ.

"Kau di rumah ustaz ni." Saiful turut senyum.

"Apa dah jadi pada aku?" Sekali lagi Imran bertanya. Dia masih terpinga-pinga.

"Imran, kau dirasuk tadi masa dalam kereta. Kereta aku terbabas sekejap tadi. Nasib baik dah dekat dengan rumah ustaz." Saiful menjelaskan perkara sebenar.

"Aku dirasuk??" Imran berkerut kening. Masih tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.

Saiful mengangguk.

"Ya..Imran dirasuk tadi. Nampaknya ada orang yang nak awak terseksa dan orang tu nak awak buat sesuatu yang jahat.." ustaz Firdaus pandang Imran tak berkelip.

Imran masih terpinga-pinga. Dia menekan dahinya yang terasa sakit dan mencengkam rambutnya semakin kuat.

Aarrrgghhhhhhh!!

"Pul, pegang tangan dia!" Pantas saja Ustaz Firdaus mengarahkan Saiful memegang kedua tangan Imran sementara dia pula memegang kedua kaki Imran yang mula menjerit kuat.

Terus dibaca beberapa ayat dan dihembus kuat ke arah Imran yang masih meronta ingin melepaskan diri. Imran pengsan sekali lagi.

"Orang yang nak aniaya Imran sedang berusaha sekarang ni. Kita kena buat pagar dan pendinding." Ustaz Firdaus pandang Saiful yang sudah pucat dan panik.

Setelah selesai semuanya, Saiful mula minta diri dan dia bersama Imran yang sudah sedar, mula menaiki kereta meninggalkan rumah Ustaz Firdaus. Sepanjang perjalanan, Imran tidak henti-henti beristighfar. Dia tidak sangka ada orang yang dengki padanya selama ini.


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 12:45 PM | Show all posts
di saat dunia makin moden... manusia makin melakukan perbuatan yg syirik ini...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 01:00 PM | Show all posts
Baru ade kesempatan nak baca cerpen ni...teruskan ipo....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.064635 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list