CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

CERPEN : MAAFKAN AKU (TAMAT)

[Copy link]
Post time 27-6-2014 01:15 PM | Show all posts
Po...

Macam ada potensi nak jadi CerPAN je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 02:21 PM | Show all posts
ada juga mistiknya ipo...suka2....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 02:31 PM | Show all posts
Ipo dn rasuk berpisah teda..

smbung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 01:45 AM | Show all posts
ipo..ipo...best....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 09:35 PM | Show all posts
Ipo posted on 27-6-2014 12:18 PM
SAIFUL hanya melihat Imran di sebelah yang masih diam membisu sepanjang perjalanan ke rumah Ustaz Fi ...

sambungan pleaseeee
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo dan kawan2 semua..selamat menyambut ramadhan besok..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-6-2014 02:15 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 27-6-2014 12:45 PM
di saat dunia makin moden... manusia makin melakukan perbuatan yg syirik ini...

memang ada benda2 ni la ni..malah makin menjadi2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 02:16 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 27-6-2014 01:00 PM
Baru ade kesempatan nak baca cerpen ni...teruskan ipo....

baca jer masa terluang..kalau tak ada masa..jeling2 jer citer ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2014 02:16 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-6-2014 01:15 PM
Po...

Macam ada potensi nak jadi CerPAN je...

haha...tu la Nicki..

Ipo tak reti la nak pendekkan kalau terus tulis kat sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 02:17 PM | Show all posts
woddy posted on 27-6-2014 02:21 PM
ada juga mistiknya ipo...suka2....

ingatkan nak buat cerita biasa sa je..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 02:17 PM | Show all posts
awanjingga posted on 27-6-2014 02:31 PM
Ipo dn rasuk berpisah teda..

smbung lagi...

rasuk merasuk tu..mesti ada kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 02:18 PM | Show all posts
nallepooh posted on 28-6-2014 01:45 AM
ipo..ipo...best....

baru mula cerita ni nallepooh..tak tahu apa lagi citer seterusnya..

entah2 melalut lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 02:19 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 28-6-2014 09:35 PM
sambungan pleaseeee

momod dah sound dah suruh sambung..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 02:19 PM | Show all posts
cegitu posted on 28-6-2014 10:25 PM
Ipo dan kawan2 semua..selamat menyambut ramadhan besok..

selamat berpuasa jugak cegitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 11:40 PM | Show all posts
BAB 10


LISA letak telefon bimbitnya. panggilan dari Saiful tadi cukup membuat hatinya merasa tidak keruan. Apa yang disampaikan oleh Saiful tadi seperti mimpi. Tidak mungkin Imran dianiaya. Siapa yang dengki dengan Imran? Azura?

"Zura...dia pernah beritahu aku yang Imran tu gila." Lisa masih memikirkan kata-kata Azura semasa di tasik dulu.

Album di atas meja dicapai perlahan dan halaman demi halaman dibelek. Kenangan semasa di universiti dulu bersama Azura, Ojie, Imran, Ashraf dan juga Azran. Dalam diam Azura mencintai Ashraf. Ashraf pula tidak pernah membalas cinta Azura. Lisa melepaskan keluhaa seketika. Matanya tertancap pada wajah Ashraf. Lelaki itulah yang telah mencuri hatinya buat pertama kali dan lelaki itulah juga yang terpaksa dilupakan kerana tiada restu orang tua. Lisa pandang pula pada foto Imran yang tersenyum di sebelah Ashraf dan Azran.

"Im...aku harap kau ikhlas cintakan aku. Aku terima kau kerana aku terluka dengan Ashraf dan sekarang, Ashraf dah tak ada. Ashraf...maafkan aku..maafkan aku.." Lisa memeluk album itu dengan perasaan sebak. Titis jernih mula menitis di pipi.

Album diletakkan kembali ke atas meja. Selimutnya ditarik sehingga ke paras dada. Esok, dia perlu jenguk Imran.


HAMPIR lima petang. Usai kerja, Lisa segera menaiki LRT menuju ke Kampung Kerinchi. Dia perlu jumpa Imran. Apa yang disampaikan oleh Saiful malam tadi, masih terngiang-ngiang di telinganya sehingga dia tidak betah untuk menumpukan pada kerja. Tiba di apartment Vista, Lisa menapak perlahan ke rumah sewa Imran. Tadi, dia ingin mengajak Ojie sekali tetapi Ojie pula ada hal lain. Terpaksalah juga dia datang sendiri ke situ.

Pintu rumah Imran diketuk seketika. Tiada jawapan. Sekali lagi Lisa mengetuk pintu. Kali ini pintu mula dibuka. Tersenyum Imran melihat kekasih hati berdiri di muka pintu.

"Lisa...ada apa?" Mesra sapaan Imran pada Lisa.

"Im..saya dengar awak tak sihat. Betul ke?" Lisa mula bertanya perihal malam tadi.

"Sayang juga awak kat saya ya. Hmm..ada la sikit-sikit. Awak dari mana ni?" Imran pandang Lisa yang cantik berbaju kurung biru dan tudung putih dengan corak bunga ros kecil dililit kemas menutupi rambut.

"Awak kan bakal tunang saya, nanti kalau saya tak ambil tahu, awak merajuk pula."" Lisa mula mengukir senyum.

"Tahu tak apa...eh, berbual kat sini saja, masuklah!" pelawa Imran.

"Err..tak apalah Im. Saiful mana?" Lisa cuba jenguk ke dalam rumah. Tiada kelibat Saiful di situ.

"Dia keluar kejap tadi. Katanya nak ke kedai tomyam tu." Imran senyum. Dia pandang Lisa atas bawah.

Lisa tunduk. Imran dilihat sudah melihatnya tidak berkelip. Dia mula berdebar-debar. Sudahlah datang seorang diri ke rumah orang lelaki bujang yang tiada hubungan mahram.

"Lisa..saya sayang awak."

Lisa tersentak. Tiba-tiba Imran pegang tangannya dan merenung tajam ke arahnya. Dia cepat-cepat lepaskan pegangan tangan Imran.

"Err..Im, elok kita berbual di kedai mamak saja. Saya tunggu kat sini.." Lisa jauhkan sedikit dari Imran. Dia mula menggelabah melihat perlakuan Imran yang sudah berlainan.

"Sayang..marilah.." Imran semakin dekat.

Lisa sudah pucat. Watak Imran yang dikenali dulu sudah berubah. Imran di depannya kini bukan Imran yang dikenalinya dulu. Dia mengundur beberapa tapak. Imran dilihat semakin dekat.

"Lisa..awak tak sayang saya ke?" Imran semakin dekat. Bahu Lisa dipegang kuat.

"Im..awak ni kenapa?" Lisa tepis lagi tangan Imran yang ternyata sudah berlainan.

Imran terus tarik tangan Lisa dan merangkul pinggang Lisa rapat kepadanya. Wajah gadis itu ditatap lama. Hati dan perasaannya membuak-buak.

"Im..apa awak nak buat ni? Lepaskan saya!" Lisa cuba menolak tubuh Imran bila tindakan Imran sudah semakin melampau.

"Saya sayang awak..hiburkan saya.." Imran semakin kuat memeluk Lisa yang sedang meronta ingin lepaskan diri.

Pang!!

Imran menggosok pipinya yang terasa pedih ditampar Lisa tadi. Dia pandang gadis itu yang sudah menahan marah. Terus saja tubuh Lisa dirangkul lagi. Sekali lagi Lisa menampar pipi Imran.

"Imran!!" Jerit Lisa dengan kuat. Geram dengan tindakan melampau Imran tadi.

"Kau akan jadi isteri aku juga nanti, jadi apa salahnya aku nak bermesra dengan kau!"

Lisa terkedu. Apa yang keluar dari mulut Imran tadi membuatkannya tergamam. Nyata itu bukan Imran! Bukan!!

"Im...mengucap Im! Mengucap!!" Lisa tolak tubuh Imran sehingga tersandar Imran di dinding.

"Aku nak kau!!"

Lisa panik. Imran dilihat ingin menerkam ke arahnya. Dia cuba mengelak bila Imran ingin memeluknya sekali lagi.

"Imran!!"

Pantas Lisa berpaling. Saiful sudah tercegat tidak jauh dari muka pintu rumah sewa Imran.

"Pul..tolong aku. Imran sudah gila!" Lisa segera mendapatkan Saiful.

Saiful mula membaca ayat yang diajar oleh Ustaz Firdaus. Imran yang terduduk di situ mula tunduk. Dia cengkam rambutnya dengan kuat. saiful menggeleng. Nampaknya Imran masih belum sembuh sepenuhnya lagi.

"Pergi!" Jerit Imran.

"Lisa..lihatlah Im tu. Macam nilah keadaan dia sejak akhir-akhir ni." saiful menggeleng-geleng.

Imran bingkas bangun dan menghampiri Lisa dan Saiful.

"Lisa..baik awak balik. Balik! Saya tak nak awak jadi mangsa saya." Imran pandang Lisa dengan mata merah.

Lisa pandang Saiful dan saiful turut memberi isyarat supaya dia mengikut saja apa yang dikatakan oleh Imran tadi.

"Maaf..siapa Imran bin Mohamad?"

Serentak mereka bertiga berpaling. Dua orang pegawai polis sudah tercegat di sebelah mereka.

"Saya encik. Ada apa encik?" Imran merapati kedua polis itu.

"Sila ikut kami ke balai. Encik ditahan atas kes kematian Encik Ashraf bin Datuk Muzaffar. Cap jari sudah dikenal pasti. Ia adalah milik encik Imran." Slaah seorang pegawai polis itu mula menggari kedua tangan Imran.

Lisa dan Saiful saling berpandangan dan tercengang mendengar tuduhan ke atas Imran. Imran dilihat sudah dibawa pergi ke balai.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 11:51 PM | Show all posts
SEMINGGU berlalu. Lisa termenung. Sejak Imran ditahan di lokap, dia nekad untuk berhenti kerja dan memulakan hidup baru di tempat lain. Jauh dari segala-galanya. Amri pula masih mengharapkan cintanya dibalas.

“Amri, maafkan aku kerana tidak hiraukan cinta kau. Hati aku dah mati untuk lelaki.” Lisa sapu air mata.

Akhbar di tangannya ditatap lagi.  Sungguh dia tidak sangka, lmran sanggup melakukan perkara terkutuk itu. Memang benar kata-kata Azura, Imran memang gila! Hatinya mula sebak memikirkan  kematian Ashraf . Cinta pertamanya yang terpaksa dikorbankan demi menjaga maruah. Dirinya tidak sanggup dihina dan dicerca keluarga Ashraf. Segala-galanya dirasakan bagai mimpi.

“Im..maafkan aku kerana terpaksa putuskan hubungan kita…” Lisa sapu lagi air mata yang mengalir.

“Zura.maafkan aku.. kerana Ashraf, kau menderita. Bukan salah aku..bukan juga salah Ashraf kau jadi begini...” Lisa tatap lagi berita di dada akhbar.

“Ashraf..maafkan aku kerana terpaksa tolak cinta kau…semoga roh kau dirahmatiNya..” Lisa semakin sebak.

Keratan akhbar dilipat dan disimpan dalam kotak kecil


ZURA senyum. Hatinya puas. Lega.Dendamnya selama ini terbalas juga. Berita di dada akhbar ditatap lagi.

‘Kes pembunuhan Ashraf Datuk Muzaffar sudah selesai. Polis telah berjaya menangkap pembunuh yang  telah meracun mangsa dengan bakteria berbahaya. Mangsa dikatakan dibunuh di rumah kenalannya semasa majlis hari jadi  pada 20 April 2012. Mangsa telah mati akibat bakteria berbahaya yang berlebihan yang didapati dalam nasi lemak yang dihidangkan ketika majlis tersebut.’

“Padan muka kau Imran! Aku puas  sangat tengok kau masuk penjara! Mampuslah kau dalam tu!” Azura senyum lagi. Kali ini sudah sampai ke telinga.

Ditatap lagi berita yang cukup membuatkan hatinya puas. Ayat demi ayat dibaca lagi. Keratan berita itu digunting dan disimpan dalam album.

“Imran..maafkan aku. Aku terpaksa jadikan kau kambing hitam. Aku sengaja letak bakteria bahaya tu dalam nasi lemak. Aku sengaja lukakan tangan kau dengan pisau. Nasi lemak tu aku sengaja suruh kau bagi kat Ashraf!” Azura mula ketawa. Dijeling sarung tangan yang dipakai masa majlis hari jadi abangnya dulu. Ketawanya semakin panjang.

“Lisa, maafkan aku. Kau terpaksa putus dengan Imran. Sekarang kau rasa betapa sakit dan deritanya hati yang terluka bila kau sendiri kehilangan Imran dan Ashraf keduanya sekali!” Azura ketawa sambil hentak-hentak kaki ke katil.

“Ashraf, maafkan aku. Aku terpaksa racun kau! Aku tak sanggup lihat kau derita kerana Lisa dan aku tak sanggup menderita melihat kau derita!” Azura mula menangis tersedu-sedu.

Ditatap lagi keratan akhbar yang siap diletak kemas dalam album. Kali ini ayat terakhir dibaca…

‘Azura, anak gadis Datuk Harris dikatakan telah mengamuk selepas dua hari pembunuh ditangkap. Kini dia dirawat di sebuah hospital akibat cuba membunuh diri dengan menoreh tangan sendiri dengan sebilah pisau. Kecelaruan fikirannya dikatakan ada kena mengena dengan mangsa’

Seketika kemudian Azura diam semula. Ayat itu dibaca sekali lagi. Ketawanya mula  nyaring memecah keheningan bilik di wad 7 Hospital Bahagia.
Hahahahaaha!! Puas hati aku!!!Hahahaha!!

Last edited by Ipo on 29-6-2014 11:54 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2014 12:04 AM | Show all posts
HARI demi hari berlalu. Lisa meneruskan hidupnya dengan menyibukkan diri dengan kerja di tempat baru. Semalam Saiful ada menghubunginya dan menyatakan Imran mungkin akan dibebaskan kerana kedua orang tua Imran mengemukakan kes prima facie. Bermakna, akan ada bukti baru yang menyokong keterangan pihak pembela.

"Aku harap kau tak bersalah Im.." Lisa lipat keratan akhbar di tangannya. Berita tentang kes Imran yang akan dibicarakan semula setelah tiga bulan berlalu.

Lisa masih termenung di bilik. Sudah hampir tiga bulan sejak kejadian hitam itu, diatidak  lena  tidur. Sudah tiga bulan juga dia tidak pernah menjenguk Imran dan Azura.  Cintanya pada Imran masih ada.Rasa kasihan yang mendalam terhadap Imran dan Azura membawanya kembali kepada kenangan yang begitu menyakitkan. Sejak kejadian itu,fikirannya selalu terganggu. Bingung dengan apa yang terjadi. Imran di penjara. Azura pula di hospital bahagia.

“Lisa, kau fikir apa?” Suzy mendekati Lisa.

“Hmm..aku teringat kisah dulu. Aku bingung.”Lisa tunduk. Wajahnya sedikit gusar.

Lisa pandang Suzy yang duduk di sebelahnya. Sejak berpindah di rumah sewa baru, itulah teman serumah yang dia ada. Teman serumah yang bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pasar raya di kota S nyata seorang gadis yang amat sabar. Dia tidak pernah mengeluh bila hanya mendapat kerja sebagai pembantu jualan yang selayaknya disandang oleh pemegang sijil SPM walaupun Suzy seorang graduan lulusan Sains Komputer. Namun satu yang menjadi tanda tanya. Kehidupan Suzy sungguh mewah. Rumah yang disewa sebanyak seribu ringgit sebulan itu hanya didiami oleh mereka berdua saja. Dia hanya perlu bayar tiga ratus sahaja. Selebihnya Suzy  yang bayar. Pernah dia hulur lima ratus ringgit setiap bulan tapi Suzy hanya mengambil tiga ratus sahaja darinya. Mungkin Sue anak orang kaya…fikirnya sendiri. Tidak mahu menuduh yang bukan-bukan.

“Bingung?Kenapa?” Suzy kerutkan kening.

Lisa mula berbicara dari hatinya kisah pedihnya tiga bulan yang lalu. Sesekali dia mengesat air mata yang tumpah dengan hujung jari.


“Jadi..kau rasa Imran tu difitnah?” Suzy mendengar penuh khusyuk.

Lisa angguk.“Aku kesian kat dia. Aku rasa Zura yang fitnah dia. Mak Imran selalu call aku. Sue, ibu mana yang tak sedih kalau anaknya dituduh begitu.”

Suzy pandang Lisa tidak berkelip. Begitu hebat penderitaan yang terpaksa Lisa lalui.Kehilangan orang yang dicintai dan sahabat yang mengkhianati.

“Aku bingung Sue.  Apa yang harus aku buat?” Lisa pegang tangan Suzy. Air matanya mengalir laju.

“Hmm..aku pun tak pasti la Lisa. Apa kata kau ziarah Imran.” Suzy mula beri cadangan.

Lisa masih tunduk menahan sendu.

“Lisa, aku kena outsation sebulan. Bos aku suruh aku menghadiri kursus keusahawanan di  KK. Jadi, kau jaga diri kau baik-baik, okey!”Suzy pujuk Lisa yang masih menangis.

“Baiknya bos kau!” Lisa mula senyum.  Nyata Suzy seorang yang sangat ambil berat. Penampilannya pula sentiasa sopan. Setia dengan baju kurung walaupun tidak bertudung.

“Bos aku memang macam tu. Pekerja rendah macam aku ni pun dia suruh pergi kursus!” Suzy mula ketawa.

"Baiklah..kerja elok-elok tau!" Lisa senyum sebaik melihat Suzy sudah melangkah keluar dari biliknya.


Last edited by Ipo on 30-6-2014 12:06 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:10 AM | Show all posts
BAB 11


LISA melangkah perlahan ke pintu. Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki ke situ. Dia duduk di sebuah bangku sambil melihat sekitar bilik yang ada beberapa buah meja dan kerusi. Ramai pelawat yang datang menziarahi di situ.

“Ni pelawat awak!” Seorang pegawai penjara menunjukkan arah tetamu kepada  Imran.

Imran hanya mengangguk. Dia pandang pelawat yang dimaksudkan pegawai penjara tadi. Pelawat yang cukup dikenalinya. Gadis yang bertakhta di hatinya dulu kini sedang duduk di sebalik cermin yang memisahkan pelawat dari banduan.

“Cik hanya ada masa 15 minit saja.” Pegawai penjara itu pandang Lisa dan kemudian berlalu pergi. Gagang interkom diletak.

Lisa angguk.  Dia pandang Imran yang masih tercegat di ruang sebelah. Fizikalnya sudah berubah, kurus, berjambang dan rambut pula tidak terurus. Dia mengangkat gagang telefon interkom perlahan-lahan.

“Buat apa kau datang sini? Saja nak sakitkan hati aku?” Imran mulakan bicara dengan suara sedikit keras.

Lisa masih pandang Imran yang nyata sudah renyuk hati. Dia faham jika Imran menuduhnya begitu. Sejak  Imran ditangkap, dia tidak pernah jenguk atau bertanya khabar.

“Im..maafkan aku. Kau sebenarnya..” Lisa tidak dapat meneruskan kata-kata. Dia mula sebak.

“Aku pembunuh! Itu yang kau anggap selama ni bukan?” Imran pandang tajam ke arah Lisa.

Lisa diam.Airmata cuba ditahan dari mengalir. Dia pandang sekitar bilik. Masing-masing sibuk dengan tetamu. Ada yang senyum. Ada yang ketawa girang. Ah! Kenapa dengan aku???

“Im! Aku tak bermaksud begitu. Aku tahu aku terburu-buru. Tapi semua bukti menuding kau!”Lisa meluahkan rasa yang terbuku di hati.

“Aku tahu..Zura yang perangkap  aku! Aku difitnah, Lisa! Dan kau..kau pula telan semua kata-kata Zura! Tidak sedikit pun kau percaya kata-kata aku! Apa! Jahat sangat ke aku ni hah!” Imran mula mengetap bibir.

Lisa dongak.Matanya terbeliak. Terkejut dengan kata-kata Imran.

“Maafkan aku Im. Aku bingung. Aku… “ Lisa tunduk.

“Huh! Senangnya kau cakap! Tak payah ambil tahu hal aku lagi! Aku mati ke, hidup ke, tiada kena mengena lagi dengan kau!” Imran terus panggil pegawai penjara dan beredar darisitu.

Lisa hanya memerhati Imran berlalu pergi. Hatinya mula sebak. Memang patut Imran menghamburkan kata-kata begitu kepadanya.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 12:12 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:14 AM | Show all posts
IMRAN duduk termenung di atas katil sambil bersandar pada dinding. Hidupnya kini musnah.  Fikirannya bercelaru. Kusut. Sudah tiga bulan dia menghuni bilik sempit yang hanya ada sebuah katil dan sebiji bantal. Kedatangan Lisa sebentar tadi  sebenarnya memberi sedikit keceriaan di hatinya. Sengaja dia bersikap kasar tadi.

“Maafkan aku Lisa…aku terpaksa  berkata begitu tadi.Aku tak sanggup menatap wajah kau…” Imran meraup muka. Kepalanya ditunduk sambil merapatkan kedua lutut ke dada.

Selama dia berada  situ, hanya orang tuanya saja yang datang menjenguk dan melawatnya. Tidak putus ibu dan ayahnya memberi kata semangat. Menurut mereka, kemungkinan kesnya akan dibuka kembali. Ayahnya telah failkan  kes rayuan ke mahkamah tinggi.Dan Lisa…hanya tadi muncul di depannya setelah hampir tiga bulan dia terperuk dalam sel kecil itu.

“Argghh!!!”Imran mula menjerit.

Terasa dunia tidak adil terhadapnya. Menghukum hanya kerana sebungkus nasi lemak! Tak adil!! Imran berpaling bila pegawai penjara mengetuk jeriji pintu biliknya.

“Awak ada pelawat! Saya beri masa 10 minit saja.”

Imran dibawa lagi ke bilik pelawat. Kali ini dia tersenyum. Pelawat yang dinanti-nantikan selama ini akhirnya muncul jua. Cepat-cepat dia mengangkat gagang interkom.

“Macam mana?”  Imran mula tidak sabar mendengar kata-kata dari pelawat itu. Sudah lama dia menanti khabar berita.

“Setakat ini ok!Aku dah buat sedikit kajian. Seperti yang dirancang, aku akan buat yang terbaik. Macam mana dengan upah aku?” Pelawat itu tersenyum.

Imran senyum.Dia merenung pelawat di depannya. Pelawat itu kemas berpakaian serba hitam.Jaket kulit tersarung menutupi baju kemeja T yang juga berwarna hitam. Rambut diikat tocang satu dan  diselitkan ke dalam topi. Wajahnya seakan wanita Cina dengan kulit putih melepak dan bermata sepet. Cantik juga dia ni…walaupun brutal! Imran senyum lagi.

“Upah kau jangan risau! Sebaik saja tugas kau selesai, aku bagi seratus peratus!” Imran sengih.

Pelawat itu turut senyum.

Perbualan mereka terhenti di situ. Imran kembali ke sel dengan perasaan lega.  Kali ini gilirannya pula untuk bertindak. Dia mula ketawa.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 12:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 07:13 AM | Show all posts
panjang sambungannya kali ini Ipo... bertambah misteri nampaknya kisah diorang ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.430686 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list