CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

CERPEN : MAAFKAN AKU (TAMAT)

[Copy link]
Post time 30-6-2014 09:06 AM | Show all posts
Suspen ni Ipo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2014 12:02 PM | Show all posts
BAB 12


MEI LIN pandang sekitar bilik di wad 7 hospital bahagia itu.  Ada dua buah katil dandua buah meja. Pandangannya beralih pula ke suatu sudut berhampiran tingkap yang ditutup dengan jeriji tebal. Seorang gadis yang agak muda sedang berdiri di situ sambil merenung keluar tingkap. Entah apa yang difikirkan.

“Ni katil awak.”

Mei Lin hanya mengangguk sambil memerhati pekerja perempuan yang berpakaian serba putih berlalu pergi. Dia mula duduk di atas katil yang ditunjukkan tadi.  Matanya masih memerhati gadis yang termenung di tepi tingkap.

“Hmm..muda lagi perempuan ni…kesian…”

Seketika kemudian dia bangun dan berjalan perlahan ke arah gadis tadi. Gadis itu menoleh kepadanya. Wajah masam gadis itu jelas ketara. Kemudian gadis itu  memandang ke luar tingkap semula. Entah apa yang gadis itu lihat di situ.

Mei Lin turut terjenguk-jenguk mencari apa yang menarik perhatian gadis itu dari tadi. Tiada apa yang menarik. Hanya beberapa orang perempuan yang sedang berlari dan menyanyi di sekitar taman yang dihias dengan pokok-pokok bunga segar di sekeliling taman. Dia cuba menghampiri gadis itu sambil tersenyum. Gadis itu mula senyum kepadanya. Mereka berbalas senyuman. Makin lama semakin lebar, akhirnya mereka berdua mula ketawa.  Makin lama semakin kuat. Gadis itu terguling-guling atas lantai sambil menghentak kaki.

“Kau siapa?”Tiba-tiba gadis itu sergah dengan kuat. Wajahnya mula serius. Dipandang Mei Lin yang masih ketawa.

“Kau tak kenal aku?” Mei Lin masih ketawa.

Gadis itu hanya geleng. Terpinga-pinga. Tiba-tiba ada seorang gadis  tercegat di sebelahnya. Dia pandang pula sekitar bilik. Bilik yang sudah hampir enam bulan dihuninya seorang diri.Tiba-tiba petang itu dia sudah berteman. Dipandang atas bawah gadis yang mirip wajah gadis cina. Huh! Selekeh geleber minah ni!!

“Aku Michelle Yeoh, pelakon terkenal Hong Kong!” Mei Lin mula ketawa terbahak-bahak.

Gadis itu pandang Mei Lin yang ketawa macam orang gila. Pelakon Hong Kong?? Ah! Aku tak percaya! Dia segera rapat dengan Mei Lin dan tarik rambut Mei Lin yang panjang mengurai.

“Hoi! Minah perasan! Kau bukan Michelle! Kau budak cina bodoh! Biul!” Gadis itu tolak Mei Lin dengan kuat sehingga tercampak ke dinding.

Terduduk Mei Lin ditolak gadis kecil molek itu. Dia gosok punggung yang terasa sakit. Rambut pula dibetulkan semula. Mahu saja dia balas tindakan gadis itu tapi dibiarkan saja. Dia bangun perlahan dan duduk semula atas katilnya. Dia pandang gadis itu yang menarik-narik rambut sendiri dengan riak wajah bengis. Mei Lin hanya memerhati gelagat gadis itu yang ternyata sudah hilang akal. Sekejap menangis,sekejap ketawa. Sekejap baring, sekejap bangun meloncat-loncat atas katil gaya gimnastik sambil ketawa mengekek.

“Hoi! Apa kau gelak???” Gadis itu jeling tajam ke arah Mei Lin.

Mei Lin masih ketawa dan seketika kemudian dia bangun menghampiri katil gadis itu.

“Hai! Saya Kajol! Kau nama apa??” Mei Lin perkenalkan lagi dirinya. Kali ini nama pelakon Bollywood pula.

Gadis itu semakin tajam menjeling ke arah Mei Lin. Bibirnya diketap kuat. Kemudian tak semena-mena dia ketawa semula.

“Kajol? Tadi kau kata kau Michelle! Nanti aku fikir siapa aku …hah!!!  Aku Pretti Zinta!” Kali ini senyumannya manis dengan mata sengaja dikelip-kelip.
Mei Lin turut senyum. Memang sah rakan sebiliknya pandai bermain watak.

“Hai Pretti! ”Mei Lin menghulurkan  tangan untuk salam perkenalan. Nyata gadis yang menggelarkan dirinya Pretti itu sudah semakin gila. Matanya tajam merenung tubuh gadis itu. Desis hatinya, Zura…kau sekarang dalam genggaman aku!

Bermula detik perkenalan itu, Mei Lin semakin rapat dengan Azura. Makan bersama. Bermain bersama. Kadang-kadang ke tandas pun bersama. Azura pula semakin senang dengan Mei Lin. Tidak henti mulutnya bercerita kisah hidupnya sejak dimasukkan ke situ.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 12:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:09 PM | Show all posts
DI PENJURU bilik, matanya liar memandang gadis yang suka dipanggil Pretti Zinta. Dia merenung gadis itu lama. Masih memikirkan waktu dan cara yang sesuai. Nyata Pretti Zinta Malaysia itu seorang yang bijak. Bila dekat, dia seakan tahu gerak geri dan bahasa tubuh orang yang berada dekat dengannya. Sesekali Mei Lin mengusap dagu mencari idea. Sudah seminggu dia di situ. Tugas yang perlu diselesaikan dalam masa sebulan. Nak tak nak dia kena bereskan segala-galanya tanpa ada sedikit pun rasa curiga dari gadis itu.

“Lama-lama aku kat sini boleh jadi biul otak aku yang macam Einstein ni!!” Mei Lin merungut sendiri.

Mei Lin mula bangun mendekati Azura yang masih merenung keluar tingkap sama seperti hari-hari terdahulu. Tepat jam lima petang, Azura akan tercegat di tepi tingkap sambil memintal rambut dengan hujung jari telunjuk. Lama dia merenung keluar.

“Pretti..ada benda best ke kat luar tu?” Mei Lin turut melihat pemandangan di luar.Semua masih sama.

Azura a.k.a Pretti Zinta  berpaling.  Tiada suara keluar dari bibirnya. Riak wajahnya cukup membingungkan. Kemudian dia merenung kembali ke luar tingkap.

Err..kau tak ingat abang kau ke? Tak pun mak kau atau ayah kau?” Mei Lin mulakan misinya.

Azura  berpaling semula. Wajah Mei Lin ditatap perlahan. Dia mula melihat tubuh Mei Lin dari atas ke bawah. Dari bawah keatas. Banyak kali sampai terteleng-teleng.

“Aku siapa ek?”tiba-tiba Azura bertanyakan namanya sendiri.

Mei Lin sengih. Dia sengaja membiarkan Azura begitu. Dari sumber-sumber yang diperolehinya, Azura hanya berpura-pura menjadi gila. Azura sengaja berlagak bodoh dan gila supaya segala kegiatannya tidak mudah terbongkar. Dia mesti mengatur strategi bijak dan halus sehingga gadis itu sendiri mengaku.

“Kau kan Pretti Zinta!” Mei Lin  senyum.

Azura sengih.Rambutnya dipintal lagi dengan hujung jari. Dia angguk-angguk sambil tersenyum.

Mei Lin duduk semula di katilnya. Dia hanya memerhati Azura yang nyata masih tidak menyedari tujuannya ke situ. Sepanjang seminggu itu dia berusaha untuk mendapatkan  pengakuan dari mulut gadis itu sendiri. Dia jeling jam, sudah lima setengah petang. Azura masih di situ. Otaknya ligat berfikir, cara terbaik untuk menamatkan semua itu. Nyata tugasnya kali ini dirasakan terlalu sukar. Semua tugasan yang diberi sebelum ini dapat diselesaikan dengan baik. Tapi kali ini dia terpaksa ambil masa.

“Aku kena hati-hati..nyata gadis ni bijak. Tapi aku dapat rasa yang dia mungkin pura-pura jadi gila.” Mei Lin jeling Azura yang duduk termenung di tepi tingkap.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 12:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:21 PM | Show all posts
KINI sudah hampir tiga minggu berlalu. Rancangan Mei Lin hampir ke penghujungnya.  Segala gerak geri Azura diperhatikan setiap masa. Bila saja tengah malam, Azura akan menulis sesuatu di dalam sebuah buku berkulit hitam. Buku itu disimpan dalam bawah tilam. Nyata ada sesuatu yang disembunyikan gadis itu.

Perlahan Mei  Lin mengambil buku itu bila setiap kali Azura ke tandas. Dia baca segala yang ditulis oleh gadis itu. Nyata Azura  tidak gila. Setiap apa yang berlaku dicatat dengan terperinci. Kisah dari zaman universiti sehinggalah dia dimasukkan ke situ.

Dalam diam Mei Lin membawa masuk sebuah pita rakaman kecil dan disorok di dalam tilam. Segala perbualannya dengan Azura dirakam.

“Masa makan!Keluar semua!” Suara penjaga di situ mula menjerit.

Mei Lin pandang Azura yang baru keluar dari bilik air.

“Pretti! Jom makan!”Mei Lin tarik tangan Azura.

Azura hanya mengikut.  Mereka berdua menuju ke dewan makan bersama pesakit lain sambil dikawal oleh petugas.  Masing-masing beratur mengambil makanan. Mereka berdua mula mencari tempat duduk.

“Kajol, siapa pakwe kau?” Tiba-tiba Azura bertanya .

Mei Lin pandang tidak berkelip. Gulp!..

“Pakwe? Aku mana ada pakwe?” Mei Lin ketawa.

“Hmm…lelaki..kala rindu menyapa, hati mula berbunga. Kala benci menjelma, hati mula bernanah…” Azura sengih.

Mei Lin hanya senyum.  Sejak dia menghuni sebilik dengan Azura, banyak puisi yang puitis keluar dari mulut mongel gadis itu.  Kecewa, sedih, gembira semuanya bersatu di jiwa gadis itu.

“Makanlah!” Mei Lin hulur pinggan nasi kepada Azura. Dia senyum. Kali ini, dia nekad. Masanya sudah suntuk. Hanya tinggal kurang dari seminggu saja lagi dia perlu selesaikan segala-galanya.

Azura hanya pandang nasi lemak dalam pinggan. Sesekali dia senyum. Seketika kemudian dia ketawa.

“Kau nak bunuh aku ke?”Azura beliakkan mata.

Mei Lin tergamam. Tiba-tiba Azura berkata begitu. Dia cuba buat selamba dengan melemparkan senyuman manis.

“Pretti..mana ada..aku kan Kajol! Kawan baik Pretti Zinta! Mana boleh bunuh kawan sendiri?”Mei Lin senyum. Cuba mencari titik permulaan pembongkaran kebenaran.

“Ni apa? Nasi lemak ni! Kau bagi kat aku nasi lemak yang ada racun! Kau nak bunuh aku ke??”Azura jeling Mei Lin.

Mei Lin semakin senyum.  Sengaja dia hulur nasi lemak dengan harapan Azura mengingati semula kejadian dulu.

“Mana ada racun?Kau nampak ke aku letak racun?” Mei Lin pandang Azura yang menjeling tajam ke arahnya.

“Ada! Kau letak bakteria bahaya dalam nasi ni! Sama macam Zura letak dalam nasi lemak Ashraf! “Azura renung tajam Mei Lin di sebelahnya.

“Siapa Zura?”Mei Lin cuba menduga otak Azura.

“Zura? Kau tak kenal Zura? Dialah yang telah bunuh Ashraf! Dia sengaja letak bakteria berbahaya dan fitnah pula Imran. Kononnya Imran yang buat semua tu!”Azura pandang Mei Lin.

Mei Lin angguk.“Ashraf tu siapa pulak?”

Azura mula menangis.Dia menangis semahunya. Terus dipeluk Mei Lin  di sebelahnya.

Mei Lin pula sudah mula mendapat petunjuk dari kes itu.

“Kajol…aku sayang sangat kat Ashraf. Aku cintakan dia tapi disebabkan perempuan tu, Ashraf tolak cinta aku. Ashraf menderita.  Aku tak sanggup lihat dia menderita memujuk, merayu cinta perempuan tu. Jadi jalan terbaik, aku racun dia dengan bakteria bahaya. Aku fitnah Imran..aku nak balas dendam.Perempuan tu tamak! Ashraf dan Imran, dua-dua dia nak! Kali ni  biar dia putih mata!” Azura menahan sendu.

“Habis tu..macam mana kau boleh ada kat sini?”Mei Lin menunggu reaksi Azura. Pengakuan Azura sekejap tadi amat dinanti-nantikan olehnya.

“Aku tahu..lambat laun kebenaran akan terbongkar. Jadi aku berpura-pura jadi gila. And..here I am. Kat tempat bodoh ni! ” Azura mula ketawa. Dia terpaksa korbankan hidupnya demi Ashraf walaupun terpaksa menjadi gila!

Mei Lin pura-pura terkejut. “ Jadi…kau tak gila la?”

Azura angguk. Dia letak hujung jarinya di bibir memberi isyarat pada Mei Lin agar tidak bercakap dengan kuat. Matanya liar memandang pekerja hospital itu yang berkawal di muka pintu.

“Kalau kau tak gila,mengapa kau masih di sini?” Mei Lin renung mata Azura.

“Setiap dua minggu aku kena menjalani pemeriksaan otak dan poligraf. Setakat ini, pihak polis dan pihak hospital percaya yang aku gila.” Terang Azura. Kali ini nada suaranya serius. Azura yang waras! Bukan lagi Azura yang gila. Terasa lega bila dapat luahkan semuanya. Dia jeling gadis cina di sebelahnya. Gadis itu dilihat masih terpinga-pinga. Dia senyum. Dah gila, memanglah blur!

“Tapi..aku tak faham..Imran kan sudah dipenjarakan. Dah sah dia yang bersalah kerana ada bukti kukuh ..cap jari dan ujian DNA semuanya menuding Imran.”Mei Lin masih menduga Azura.

“Memang betul! Setakat ni cap jari dan ujian DNA yang menyebabkan Imran masuk penjara. Tapi polis masih samar tentang bakteria tu. Maksud aku, macam mana bakteria tu boleh berada dalam nasi lemak Ashraf!” Azura senyum. Puas bila pihak polis tidak memanjangkan siasatan ke atas sumber bakteria.

"Eh, yang kau asyik tanya hal ni kenapa? Kau dah jadi polis pulak ke? Aku gurau je la! Kau percaya kata-kata aku tadi?" Azura ketawa berdekah-dekah. Dia sengaja bersikap begitu. Mei Lin dilihat semakin serius bertanya. Dia perlu berhati-hati.

“Aku ni semua boleh jadi. Kau nak aku jadi doktor pun boleh!" Mei Lin turut ketawa macam orang gila. Dia tahu, Azura tentu akan mengsyakinya nanti. Jalan terbaik, ketawa sampai pecah perut!


"Pandai jugak kau ya! Aku pun teringin nak jadi doktor! Suntik orang!" Azura ketawa lagi.

Mei Lin pandang Azura sambil ketawa. Dia puas hati dengan pengakuan Azura sebentar tadi. Pita rakaman dalam poket seluar dimatikan. Kali ini dialega. Tekaannya benar. Azura hanya berpura-pura jadi gila. Namun jelas dilihat Azura seperti orang hilang akal bila berbicara soal Ashraf. Jiwanya meracau.Sekejap dia waras, sekejap dia ketawa seorang diri.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 12:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 12:25 PM | Show all posts
watak baru... hhmm... polis ke? atau orang suruhan imran... hhmmm... musykil2... jd CSI lah plk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:35 PM | Show all posts
BAB 13



HAMPIR lima bulan berlalu. Perbicaraan kes Imran sudah pun bermula. Lisa  melangkah perlahan ke bilik bicara di ruang mahkamah. Dia duduk di sebelah Puan Aishah, ibu Imran. Haji Mohamad, ayah Imran pula duduk di sebelah Puan Aishah.

“Makcik dan pakcik sihat?”

Puan Aishah angguk.”Lisa, maafkan kami. Kami faham kalau Lisa putuskan hubungan dengan Imran.”

“Makcik..sudah lah.Lisa pun menyesal sebenarnya. Mungkin jodoh kami tak ada. “ Lisa pegang bahu Puan Aishah yang mula sebak.

Semua yang hadir mula bangun bila hakim mula mengambil tempat. Kelihatan Imran sugul di kandang tertuduh. Keadaannya sudah berbeza.Imran segak dengan rambut pendek dan kemas dalam suit kemeja. Lisa jeling pula sekeliling. Agak ramai juga yang hadir yang turut berminat dengan kes Imran. Di sudut bilik, kelihatan beberapa orang wartawan sudah siap sedia dengan kamera masing-masing.Perbicaraan dimulakan dengan angkat  sumpah dari tertuduh.

“Sila beritahu hadirin siapa nama penuh awak?” Soalan pertama dari peguambela yang dilantik oleh ayah Imran sendiri.

“Saya Imran bin Haji Mohamad.” Imran mulakan bicara.

“Tanggal 20 April 2012, awak telah dituduh membunuh Ashraf Datuk Muzaffar dengan cara meracun makanan yang dimakan oleh Ashraf. Betul?” Soalan kedua peguam bela.

“Betul!”Ringkas jawapan Imran.

“Sila beritahu mahkamah bagaimana awak dituduh membunuh Ashraf?”

“Pada hari kejadian, saya sedang berehat  di rumah dan saya menerima panggilan dari Azran untuk menjemput saya ke rumahnya petang itu sempena majlis harijadinya. Saya mula keluar dari rumah pada jam dua petang dan sampai di rumah Azran lebih kurang pukul dua setengah petang.”Imran mula mengingati semula kejadian pada 20 April 2012.

“Boleh terangkan bagaimana awak kenal dengan Azran?”  Soalan seterusnya diajukan kepada Imran.

“Azran adalah kawan baik saya semasa sama-sama belajar di universiti dulu. Kami ambil kursus yang sama, kejuruteraan.”

“Bagaimana pula dengan mangsa? Maksud saya Ashraf?”

“Dia juga kawan baik saya sama seperti  Azran. Kami bertiga berkawan sejak dari  tahun pertama di universiti.”

“Jadi kamu bertiga memang rapat?” Peguambela berkerut kening.

"Ya!"Imran angguk.Dia jeling di sudut kiri bilik, Azran dan keluarganya khusyuk mendengar perbicaraan. Keluarga Ashraf juga turut hadir.

“Yang Arif, izinkan saya memanggil seorang saksi.”Peguam bela  pandang pula ke arah Hakim.

Azran dipanggil sebagai saksi pertama dalam perbicaraan kes bunuh Ashraf. Dia melangkah perlahan ke kandang saksi selepas mengangkat sumpah.

“Sila kenalkan diri awak.”

“Saya Azran Datuk Harris.”

“Apa hubungan awak dengan tertuduh?”

“Kami kawan baik sejak di universiti.”

“Boleh awak terangkan ciri-ciri yang ada pada tertuduh?”

“Dia seorang yang peramah, suka bergurau, senang dibawa berbincang dan juga seorang yang romantis dengan perempuan!”Azran senyum sambil memandang Imran di kandang tertuduh.

Suasana gamat seketika bila Azran menyebut ‘romantis’. Azran sempat jeling ke arah Lisa yang duduk di sebelah ibu Imran. Kelihatan wajah Lisa sudah mula merah. Hakim pula mula mengetuk beberapa kali  bagi meredakan suasana di dalam bilik bicara.

“Maknanya tiada ciri-ciri yang menjurus kepada sikap dendam?”

Azran angguk. “Ya. Setahu saya, dia tidak pernah berdendam dengan siapa  pun”

“Okey, masa kejadian, awak berada di mana? Maksud saya di ruangan mana di rumah awak?”

“Ketika itu saya sedang berbual dengan Ashraf di sofa di ruang tamu. Kemudian Imran datang dan menghulurkan sebungkus nasi lemak kepada Ashraf.”Azran mengingati kembali saa tmereka bertiga berbual di ruang tamu.


Last edited by Ipo on 30-6-2014 12:39 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2014 12:41 PM | Show all posts
“Adakah nasi lemak ini?” Peguam bela tunjuk paparan di skrin besar.

Azran mengamati gambar yang tertera di skrin. “Saya tak berapa pasti. Boleh besarkan lagi gambar tersebut?”

Gambar di skrin dibesarkan. Jelas kelihatan darah pada daun pisang.

“Ya. Saya pasti.Masa tertuduh beri nasi lemak kepada mangsa, saya perasan jarinya luka dan darah dari lukanya terkena daun pisang tu.” Kini Azran mula jelas.

Peguam bela itu berpaling pula ke arah Imran. “Boleh awak jelaskan di mana awak dapat nasi lemak itu?”

“Masa tu saya berada di tempat hidangan di sebuah meja makan di ruang dapur. Tujuan saya ke dapur adalah untuk menolong Zura membawa juadah ke ruang tamu. Zura  menghulurkan sebungkus nasi lemak kepada saya untuk diberi kepada mangsa.”Imran pandang peguam bela yang khusyuk mendengar setiap butir bicaranya.

“Siapa Zura?”

“Dia adik kepada Azran.”Imran pandang Azran di kandang saksi.

“Menurut saksi,jari awak luka masa awak hulur nasi lemak kepada mangsa. Boleh terangkan kepada mahkamah bagaimana pula jari awak boleh luka?”

“Masa saya menolong Zura di dapur, dia sedang memotong buah. Tiba-tiba buah tu terpelanting jatuh atas tangan saya. Pisau di tangan Zura terkena jari saya.”

“Baiklah. Itu saja Yang Arif!” Peguam bela mula duduk di tempatnya.



KALI ini Pendakwa raya pula mula mengajukan soalan kepada tertuduh.

“Masa awak di dapur, adakah awak pasti nasi lemak itu yang diberi oleh Zura?”

Imran angguk. “Ya! Saya pasti!”

Imran teringat darah yang mengalir dari lukanya telah terkena daun pisang nasi lemak itu.

“Selepas awak ambil nasi lemak itu dari tangan Zura, adakah awak dengan sengaja meletakkan bakteria bahaya  ke dalam nasi lemak itu?”

“Saya bantah Yang Arif!” tiba-tiba peguam bela bangun.

“Bantahan diterima!” Hakim pandang pendakwa.

“Dari sumber yang dipercayai, saya dapat tahu awak mencintai gadis yang sama dengan gadis yang mangsa cinta, betul?” Pendakwa raya renung Imran.

“Saya bantah Yang Arif!”Peguam bela bangun lagi membantah hujah pendakwa yang dirasakan tiada  kena mengena dengan kes itu.

“Yang Arif, saya rasa hujah saya relevan.” Pendakwa raya cepat-cepat membela hujahnya.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 12:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 12:42 PM | Show all posts
hhmmm... makin menarik plot cite ni TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2014 12:44 PM | Show all posts
Hakim membenarkan pendakwa raya terus menyoal tertuduh.

“Awak dan mangsa mencintai gadis yang sama, betul?”

Imran pandang Lisa sekilas. Kemudian dia angguk. “Betul..”

“Jadi awak mempunyai motif yang kuat untuk membunuh mangsa!”

“Tapi saya tak sekejam itu untuk membunuh kawan sendiri. Lagipun saya tahu, gadis itu memilih saya.” Imran mula tidak puas hati bila menyentuh kisah cintanya.

Perbicaraan ditangguhkan hingga ke minggu depan. Imran dibawa ke lokap semula. Lisa dan keluarga Imran mula keluar dari bilik bicara. Masing-masing dengan telahan sendiri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:47 PM | Show all posts
BAB 14


PERBICARAAN kali kedua sudah bermula. Hadirin mengambil tempat duduk masing-masing. Lisa masih setia dengan perbicaraan kes Imran. Walaupun hatinya sudah hambar terhadap lelaki itu, namun perasaan bersalah dan simpati masih menebal.  Dia pandang sekitar bilik. Semakin ramai yang ingin mengikuti kes bunuh Ashraf. Matanya melekat pada seseorang yang duduk di sudut bilik.

“Buat apa dia kat sini?” Lisa masih merenung wajah yang cukup dikenalinya.

Semua mula berdiri bila hakim mula duduk di tempatnya. Imran mula mengambil tempat di kandang tertuduh.

“Kenyataan awak dalam perbicaraan lepas, awak mengaku yang awak cintakan gadis yang sama dengan gadis yang mangsa cinta. Boleh awak bagi tahu mahkamah siapa gadis itu?”Pendakwa raya mula menyambung soalan yang tertangguh minggu lepas.

“Lisa.” Imran pandang Lisa dan mula tunduk.

“Boleh awak tunjuk yang mana satu Lisa dalam bilik ni?”

Imran menuding ke arah Lisa yang sedang duduk di sebelah ibunya.

“Awak Lisa?”Pendakwa raya pandang pula ke arah Lisa.

Lisa mula terpinga-pinga. Perlahan-lahan dia bangun dan memperkenalkan diri. Dia duduk semula selepas disuruh oleh pendakwa raya.

“Yang Arif! Saya minta izin untuk menyoal cik Lisa.”

Lisa tersentak. Aduh!Haru macam ni!!Dia bangun perlahan dan mula angkat sumpah di kandang saksi.

“Sila beritahu nama penuh cik!”

“Saya  Lisa Hani binti Sabri.” Lisa berkata dengan suara tersekat-sekat. Inilah pertama kali dia disoal di dalam mahkamah. Tangannya mula sejuk. Dahinya  berpeluh walaupun berada dalam bilik pada suhu 16 darjah celcius.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 12:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 12:48 PM | Show all posts
org yg salah takkan terlepas mcm tu saja... hukum karma... what u did u get back... betul tak TT?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:49 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 30-6-2014 12:48 PM
org yg salah takkan terlepas mcm tu saja... hukum karma... what u did u get back... betul tak TT?

amboih,...laju nya zamzam beri komen..

hukum karma memang mcam tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:53 PM | Show all posts
“Apa hubungan cik Lisa dengan tertuduh?”

Lisa tergamam.  Terasa lidahnya sudah keras. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan pendakwa raya.

Err…dia..bekas kekasih saya..” Lisa mula gementar. Dia pandang Imran di sebelah. Kelihatan wajah Imran mula berubah.

“Jadi awak sudah putus hubungan dengan tertuduh?”

Lisa angguk.“Ya”

“Kenapa awak putuskan hubungan dengan tertuduh?”

“Saya..saya dah tawar hati bila dapat tahu dia seorang pembunuh.”Lisa jeling lagi Imran. Nyata wajah Imran semakin merah.

“Boleh cik Lisa terangkan sikap tertuduh?”

“Dia seorang yang sangat ambil berat,  emm…penyayang dan juga kuat cemburu.” Lisa mula tunduk. Dia tahu keterangannya itu sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan para juri nanti.

“Jadi tertuduh seorang yang kuat cemburu?”

Lisa angguk.“Ya”

“Jadi di sini saya boleh andaikan dengan sikap cemburu yang kuat itu adalah sebab utama kenapa tertuduh membunuh mangsa. Tertuduh tahu yang mangsa  juga mencintai cik Lisa. Jadi dengan cara membunuh mangsa, cik Lisa tidak lagi diganggu. Nyata tertuduh mempunyai motif yang kuat untuk membunuh mangsa. ”Pendakwa raya pandang ke arah para juri.

Lisa masih tunduk. Tidak sanggup memandang Imran. Dia tahu perasaan Imran ketika ini.

“Itu saja Yang Arif!” Pendakwa raya mula mengambil tempat duduk semula.

Lisa pula kembali ke tempat duduknya.

Peguam bela mula bangun. “Yang Arif! Izinkan saya memanggil seorang lagi saksi.”

Hakim angguk.

Lisa pandang ke arah seorang gadis yang cukup dikenalinya berjalan ke arah kandang saksi. Sue???

“Sila kenalkan diri awak.”

“Saya Suzy Lee Chong.” Suzy mula perkenalkan diri. Dia pandang Imran dan mula senyum.

“Apa hubungan awak dengan tertuduh?” Soal pendakwa raya.

“Saya kenal tertuduh lima tahun lalu di sebuah kedai komputer.”

“Boleh beritahu berapa rapat awak dengan tertuduh?”

Last edited by Ipo on 30-6-2014 12:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:58 PM | Show all posts
“Saya kenal dia sebagai seorang sahabat. Dia banyak bantu saya menyelesaikan masalah study saya.Err..saya ambil jurusan Sains Komputer.”

“Boleh beritahu sikap tertuduh?”

“Dia seorang yang baik hati dan sangat ambil berat.” Suzy pandang lagi Imran.

“Macam mana dengan sikap cemburu seperti  dalam keterangan cik Lisa tadi?”

“Setahu saya dia tak pernah cemburu membabi buta. Tak logik la kalau tak ada rasa cemburu langsung. Teman wanitanya seorang yang cantik. Sudah tentu dia ada rasa cemburu.Macam encik, mesti encik cemburu kalau ada orang pandang isteri encik dan  cuba mengurat isteri encik!”Suzy sengih.

Seluruh bilik mahkamah itu gamat dengan ketawa hingga terpaksa Hakim mengetuk meja beberapa kali.

Peguam bela hanya tersenyum. Pandai juga gadis ini berkata-kata.

“Jadi maksud awak di sini sikap cemburu tidak boleh dijadikan motif dalam kes ini?”

Suzy angguk.

“Saya diberitahu yang awak ada bukti untuk menolak dakwaan yang tertuduh adalah bersalah, betul?”

Sekali lagi Suzy angguk. “Ya!”

Pita rakaman kecil diletakkan di atas meja Hakim oleh peguam bela.  Pita rakaman itu dimainkan dengan pembesar suara.

Lisa tergamam.Terkedu. Tidak sangka Azura sanggup memfitnah Imran dan lebih mengejutkan Azura sanggup membunuh Ashraf!

“Jelas dalam pita rakaman ini, pengakuan dari Azura iaitu adik Azran yang juga turut sama berada di majlis itu pada 20 April 2012.”

“Saya bantah Yang Arif! Pengakuan itu tidak boleh diguna pakai. Azura sekarang dirawat dihospital sakit jiwa. Segala keterangan dari pesakit mental tidak diambil kira!”Pendakwa raya mula membantah.

Hakim membenarkan bantahan.

“Yang Arif!Jelas pengakuan Azura tidak dibuat-buat. Semasa rakaman dibuat Azura serius berbicara.” Peguam bela pandang hakim.

“Terangkan kepada mahkamah apa yang sebenarnya berlaku masa di wad?” Peguam bela mula menyoal semula Suzy.

“Saya menyamar sebagai orang gila semata-mata untuk mencari kebenaran tentang pesakit bernama Azura.  Saya catat segala kelakuan Azura  semasa di sana. Nyata dia seorang yang berpura-pura gila. Dia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Satu lagi bukti yang boleh saya serahkan di sini.” Suzy mengeluarkan sebuah diari yang dicuri semasa berada sebilik dengan Azura.

Peguam bela mengambil diari dari Suzy dan diberi kepada Hakim.

Hakim mula menyemak setiap tulisan dalam diari itu. Dia mengangguk perlahan. Perbicaraan ditangguh lagi.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 01:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:02 PM | Show all posts
Ipo posted on 30-6-2014 12:49 PM
amboih,...laju nya zamzam beri komen..

hukum karma memang mcam tu..

menyelam sambil minum air TT... kerja sambil men 'CARI'... hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:03 PM | Show all posts
BAB AKHIR

LISA termenung lama.Tidak sangka teman serumahnya mengenali Imran. Patutlah selama ini Suzy selalu tidak lekat di rumah. Kehidupan mewahnya juga sudah mula terjawab. Dalam diam Suzy menjadi penyiasat tak bertauliah Imran.

“Lisa..kau marahkan aku ke?” Suzy menghampiri Lisa yang termenung atas katil.

Lisa pandang Suzy dengan wajah keliru.

“Kau mesti tuduh aku yang bukan-bukan. Aku sebenarnya hanya bersahabat dengan Imran. Maaf, kalau selama ini aku pura-pura tak kenal Imran. Aku kenal hati budi Imran. Atas dasar itulah aku tolong Imran. Imran berkeras nak bayar. Sebab itu aku mampu sewa rumah ni walaupun kerja aku tak seberapa.” Suzy renung Lisa. Dia sebenarnya gadis penyiasat persendirian. Kerjanya sebagai pembantu jualan hanyalah untuk menutup kerja sebenarnya saja.

“Tak…aku cuma tak sangka kau dengan Imran saling mengenali..” Lisa masih bingung. Keliru. Dunia dirasakan begitu kecil.

“Lisa, aku tahu tentang kau. Tak sangka pula kau jadi housemate aku kat sini.” Suzy senyum.

Err..Zura tu betul ke dia hanya berpura-pura jadi gila?” Lisa mula teringat keterangan Suzy minggu lepas.

Suzy angguk.

“Jadi..macam mana kau boleh keluar dari situ?”Lisa mula kerutkan kening.

“Aku upah satu keluarga Cina untuk mengambil aku semula dari hospital tu.” Suzy senyum lagi.

Lisa hanya  mengangguk lesu.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 01:04 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2014 01:07 PM | Show all posts
LISA mula rasa berdebar.Entah kenapa hatinya begitu gementar. Berdegup kencang. Hari ini perbicaraan terakhir kes bunuh Ashraf. Hari ini juga hari penentuan sama ada Imran menang kes rayuannya atau tidak.

Peguam bela mula mengutarakan  soalan. Sekali lagi Azran dipanggil sebagai saksi.

“Terangkan kepada mahkamah, dari mana Azura mendapat bekalan bakteria bahaya?”

“Sebenarnya saya yang menolong adik saya mendapatkan bakteria bahaya itu. Saya tidak tahu apa yang sebenarnya yang Azura ingin buat dengan bakteria itu. Saya hanya menolongnya mendapatkan bakteria itu dari seorang kenalan di sebuah makmal.” Azran mula tunduk.

“Awak tahu tak yang bakteria itu adalah di bawah kawalan pihak berkuasa?”

Azran angguk.“Ya! Saya tahu.”

“Jadi bagaimana bakteria itu boleh dibeli sesuka hati?”

“Dalam hal ini saya yang bersalah kerana telah membeli secara seludup dari seorang kawan.”Azran pandang Imran. Kelihatan wajah Imran berubah riak.

“Dari mana kawan awak dapat bakteria itu?”

“Dari sebuah universiti di Amerika Syarikat. Universiti tu ada membuat stok untuk semua bakteria bahaya.” Azran terpaksa berterus terang.

“Awak tahu tak itu adalah satu kesalahan menyeludup benda yang di bawah kawalan? Dan awak boleh disabit dua kesalahan di sini, iaitu menyeludup bakteria berbahaya dan juga bersubahat melakukan jenayah!”

Azran tunduk.Dia benar-benar tidak tahu tujuan Azura inginkan bakteria berbahaya seperti itu.  Mati-mati dia ingat Lisa yang memesannya dari Azura bila dia terdengar satu hari Lisa mengalami kesulitan untuk membeli stok bakteria berbahaya itu untuk ujian di makmal.

“Di sini, saya ada resit pembelian bakteria berbahaya dan juga kapsul atau lebih tepat dipanggil vial yang mengandungi bakteria Vibrio cholerae strain 01 yang sangat bahaya. Vial ini dijumpai dalam bilik Azura. Hasil ujian makmal,terdapat cap jari  Azura pada vial tersebut.” Peguam bela menayang kertas resit dan vial yang telah pecah yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik kepada para juri.

“Yang Arif! Izinkan saya memanggil seorang lagi saksi!” Peguam bela mengarahkan Azran ke tempat duduknya semula dan memanggil pula Lisa sebagai  saksi seterusnya.

Lisa berjalan perlahan ke kandang saksi dan mula mengangkat sumpah.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 01:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:10 PM | Show all posts
saya pulak yg berdebar TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:11 PM | Show all posts
“Cik Lisa! Saya difahamkan cik Lisa adalah seorang ahli mikrobiologi, betul?”

Lisa angguk.“Ya!”

“Sebagai seorang ahli mikrobiologi, boleh cik Lisa sahkan ini adalah vial tempat menyimpan bakteria berbahaya?” Peguam bela menghulurkan bahan bukti tadi kepada Lisa.

Lisa mengamati vial yang telah pecah. Masih ada tanda label pada vial tersebut. Vc-01. ”Ya, betul!”

“Boleh cik Lisa terangkan tahap patogen atau tahap dos yang ada pada bakteria tersebut yang boleh menyebabkan kematian?”

Vibrio cholerae mempunyai banyak strain tetapi bahan bukti ini adalah strain yang paling bahaya. Mengikut spesifikasi makanan yang boleh dimakan, kehadiran bakteria ini tidak boleh sama sekali wujud dalam makanan yang telah dimasak.Spesifikasi ini boleh dirujuk dari WHO specification dalam buku Akta Pemakanan.  Jadi jika terdapat walau sedikit pun iaitu dalam istilah mikrobiologi, cfu iaitu colony forming unit, seseorang yang termakan makanan yang tercemar dengan bakteria itu, dia akan mudah mendapat sakit dan sekiranya berlarutan akan menyebabkan kematian.” Lisa mula berdebar.

“Jadi maksud cik Lisa, bakteria itu tidak boleh ada langsung dalam makanan?”

Lisa angguk.”Ya..maksud saya dalam makanan yang telah dimasak.”

“Berapa lama seseorang itu ambil masa untuk sakit jika termakan makanan yang tercemar dengan bakteria ini?”

“Jika bilangan bakteria dalam kiraan cfu itu terlalu tinggi, tidak sampai satu jam seseorang itu boleh mati. Dengan simpton seperti muntah, pening, sakit perut akibat dari toksin yang dirembes oleh bakteria itu ke dalam usus.”Lisa pandang para juri yang kesemuanya tekun mendengar setiap butir bicaranya.

“Bermakna nasi lemak yang dimakan oleh mangsa mempunyai nilai cfu yang paling tinggi?”

Lisa angguk.”Ya!Hasil kajian dari makmal saya sama dengan hasil kajian makmal dari jabatan kimia iaitu lebih dari sembilan billion nilai cfu. Nilai yang sudah cukup untuk membunuh! Tapi kami laporkan sebagai TNTC iaitu too numerousto count.”

“Baiklah! Cik Lisa boleh duduk semula di tempat anda.” Peguam bela itu berpuas hati dengan keterangan dari Lisa.

“Yang Arif! Saya tak ada apa-apa soalan lagi.”Peguam bela mula duduk.

“Pendakwa raya,ada apa-apa soalan?”Hakim pandang pendakwa raya yang hanya mendengar hujah peguam bela dari tadi.

“Tidak ada Yang Arif!”

“Keputusan akan diumumkan selepas berhenti rehat sejam dari sekarang!”Hakim mengetuk meja dengan kuat.

Mahkamah bersurai sekali lagi.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 01:13 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:15 PM | Show all posts
SEJAM berlalu.Wajah masing-masing mula tidak sabar menanti keputusan mahkamah. Para juri telah sebulat suara mendapati  Imran tidak bersalah. Azura pula didapati bersalah kerana telah sengaja meracun Ashraf dengan bakteria Vibrio Cholerae strain 01 dan dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara. Azran pula di penjara selama setahun kerana dua kesalahan iaitu bersubahat mendapatkan bakteria berbahaya itu dan juga menyeludup bakteria tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Lisa pandang Imran yang meraup muka dari tadi. Nyata dia begitu lega mendengar keputusan mahkamah sebentar tadi.

“Lisa! Imran tak bersalah!”Puan Aishah peluk Lisa dengan erat. Dia kemudian berlari mendapatkan anak bujangnya dan terus mendakap erat Imran.

Lisa hanya memerhati Imran sekeluarga berpelukan begitu. Perlahan dia melangkah keluar dari bilik bicara. Baginya tiada apa lagi yang harus ditunggu. Imran telah bebas dari tuduhan membunuh Ashraf.  Azura pula akan dibawa dari hospital sakit jiwa ke penjara Kajang.

“Lisa! Tunggu!”Imran cepat-cepat menarik tangan Lisa.

Lisa rentap tangannya bila terasa cengkaman tangan Imran begitu kuat. Malu bila kedua orang tua Imran melihat mereka begitu.“Kau nak apa?”

“Lisa..aku masih cintakan kau. Aku harap kau sudi terima aku semula. Sekarang kau sendiri tahu yang aku tak bersalah. Lisa..please…”Imran mula merayu seperti Ashraf dulu.

“Im…kita dah putus. Aku yang putuskan hubungan kita. Remember?”Lisa tunduk. Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya ketika ini. Gembira, sedih, terharu…yang pasti cintanya pada Imran tidak sehebat dulu. Sudah hambar.

Please Lisa…”Imran masih merayu.

Lisa terus melangkah keluar dari situ meninggalkan Imran termangu sendiri.

Last edited by Ipo on 30-6-2014 01:17 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059995 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list