CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3065|Reply: 14

Pelbagai Barang Dari Emas Di Seluruh Dunia

[Copy link]
Post time 15-7-2014 05:09 AM | Show all posts |Read mode
Emas dari dulu sehingga kini adalah simbol kemewahan, simbol taraf sosial, simbol kekayaan seseorang.. jika dahulu firaun membina menara emas, Abu Jahal menjual patung emas, Qarun mempunyai Gudang Emas, kegilaan mereka tidak terkubur bersama fizikal mereka didalam tanah, kegilaan itu tetap diwariskan anak cucu moyang mereka di zaman serba canggih ini. Berikut adalah barang2 mewah yang dihasilkan dari kegilaan manusia pada emas sebagai lambang kemewahan dan taraf sosial.


1. Posche 911 ini dimiliki oleh jutawan Rusia, bodinya dihasilkan dari 40 pound emas 24 karat, bahagian dalamnya dihasilkan menggunakan emas 22 karat, bodi, stering, rims, aci pintu juga dihasilkan menggunakan emas. Tempat paling selamat untuk parking kereta ini adalah di Bilik Kebal bank.


2. Nintendo wii ini dihasilkan dari emas 22karat dan berharga sekitar usd490k, sebelum ini ps3 dari emas pun turut dihasilkan dan dijual pada harga usd320k di amerika.



3. Basikal emas bersalut emas 22karat ini digunakan oleh James Bond dan dikenali sebagai Goldfixie


4. Gold Desert bertahtahkan emas ini dihasilkan oleh Stephen Bruce di Restoran miliknya Serendipity 3 atau lebih dikenali sebagai “Restaurant I Won’t Be Taking My Girlfriend to For Her Birthday” berharga sekitar usd25k, ia dihasilkan menggunakan emas 23karat, aiskrim dicelup emas 20karat, diamond dan truffle. (mengikut kajian, isotop emas boleh meningkatkan kesan kanser dalam darah)


5. Tandas termahal di dunia terletak di Hong Kong. Dibina  pada tahun 2001, seluruh tandas ini dibina menggunakan sebanyak 380kg emas 24karat dan 6200 gemstones. semua bahagian tandas dari mangkuk, pam, baldi pun dihasilkan dari emas, ia berharga HK $ 38 juta ketika dibina dan sekarang bernilai HK $ 80 juta.


6. Kotak PC dihasilkan dari emas dan platinum ini dihasilkan oleh Zeus Computer berpangkalan di Tokyo.  Kotak PC platinum (jupiter) berharga sekitar 80 juta yen (RM2.45m), manakala untuk kotak PC emas (Mars) berharga 60 juta yen (RM1.84m). Ia dilengkapi dengan 3Ghz Processor Core2 duo, GeForce 7200 dan 2G RAM.


7. Sstroller bayi bersalut emas ini dijual di Harrods dengan harga UK6000 (RM30k) ia dilengkapi dengan sistem bunyi dan kain baldu. Semua bahagian stroller termasuk roda, badan dan bumbung juga dihasilkan dari emas 24karat


8.  Tobias Wong, seorang designer yang mesra dipanggil “man who turn everything into object” telah mencipta item emas berbentuk kapsul dari emas 24karat, Menurut beliau, kapsul ini digunakan untuk menaikkan harga diri kita, dengan menelan kapsul ini anda baru saja menaikkan harga diri anda sebanyak RM1400.00. Kapsul ini boleh dibeli di internet.


9. Jika anda penulis ebook terkaya, pakar forex, dan seorang yang mementingkan kemewahan, anda boleh order dari Sakura Kazo di Jepun sebuah keyboard bersalut emas pada harga USD275 (RM900), keyboard ini disadur dengan emas 24karat dan tidak memerlukan driver untuk diinstall pada komputer dan menggunakan ruang USB untuk disambungkan ke komputer peribadi anda.

Banyak lagi barang dari emas telah dihasilkan, bila berkemampuan semua boleh jadi kenyataan ( Mision Impolsible ). Pelbagai lagi cerita menarik Emas


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2014 05:14 AM | Show all posts


Basikal Emas
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 07:22 AM | Show all posts
tak menahan betul makan kapsul emas boleh menaikkan harga diri
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:19 AM | Show all posts
makan ais krim tu sekali gus cam telan emas la kan? same gak dgn pil tu.... bahayakan emas nieyh, logam yang lembut senang masuk dalam darah, tu sebab lelaki tak boleh pakai... perempuan boleh pakai emas sebab perempuan tetiap bulan datang bulan, so darah tu akan di ganti dengan baharu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:25 AM | Show all posts
Ntah apa2 teori kapsul emas tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila mampu cm tu la
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-7-2014 02:20 PM | Show all posts
Emas Tulin Atau emas tiruan tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 11:12 AM | Show all posts
so kapsul emas tu boleh naikkan harga diri kita in what sense? kehormatan atau timbang kati?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 11:23 AM | Show all posts
kalau toilet emas tu blh tukarkan kita punya e'ek jadi emas, boleh la kumpul duit beli...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya eek kita mmg kadang2 dipangil emas @emmaisa
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
wow toilet pun emas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2014 10:46 PM | Show all posts
cuci jamban pun emas kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Toilet emas????! = kegilaan yang sejati

makan kapsul emas untuk naikkah harga diri???!! = lagi gila... nanti berak keluar masuk lubang tahi jua sia2

Berapa lah zakat derang ni kena bayar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2014 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohhhh dunia
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 07:08 PM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Kapsol emas tu paleng untong sebab lepas berak nanti kuar emas pulak...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064457 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list