CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hasell

[Dunia] INDEX SAHAM MCDONALD COCA-COLA MENJUNAM ANGKARA KONFLIK GAZA-ISRAEL

[Copy link]
Post time 3-8-2014 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kah..kah..yg golongan siblis ni sakit hati apapasal..biarlah depa nak boikot pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2014 03:28 PM | Show all posts
soalan saya...apa kata Anwat?..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 03:37 PM | Show all posts
annehuda posted on 1-8-2014 04:15 PM
drpd makan prosperity burger lg best makan oblong. tp gitulah rakyat malaysia ni bile makan bersos d ...

bajet lidah sama dgn kokesen
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 03:50 PM | Show all posts
Gunakan kuasa pengguna boikot produk Israel
2014/08/03 - 15:27:22 PM Cetak Emel Kawan

PUTRAJAYA: Pengguna di Malaysia boleh memberi tekanan kepada ekonomi Israel dengan bertindak memboikot barangan yang dikaitkan dengan negara berkenaan secara besar-besaran.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata sudah tiba masanya pengguna beralih kepada produk alternatif atau tempatan memandangkan tindakan memboikot sukar dilakukan berikutan permintaan yang tinggi terhadap produk mereka di Malaysia.
"Ini adalah masa yang sesuai untuk menggunakan produk alternatif atau produk tempatan untuk memberi mesej protes yang tegas terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tempatan baru-baru ini supaya memboikot barangan dan produk berhubung kait dengan Israel bagi mengurangkan kekejaman dan kerakusan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Nadzim berkata pengguna di Malaysia boleh memulakan tindakan boikot itu tetapi ia mesti mendapat sokongan yang kuat daripada orang ramai demi memastikan misi untuk melemahkan ekonomi Israel dapat dilakukan.

"Pengguna tempatan harus mencontohi rakyat di negara Korea dan Jepun apabila mereka mengutamakan produk dan barangan tempatan dari semua aspek antaranya dari segi penggunaan bahasa kebangsaan, kenderaan dan pelbagai perkara lain," katanya.

Sehubungan itu, pengguna tempatan khususnya generasi muda tanpa mengira agama dan bangsa harus mempunyai kesedaran betapa pentingnya tindakan boikot itu sebagai isyarat protes terhadap Israel agar menghentikan kekejaman mereka ke atas rakyat Palestin, katanya.
Bekas Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Shaani Abdullah berkata usaha untuk memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel adalah seumpama berjihad (berjuang) di medan peperangan tetapi bezanya ia tidak membabitkan senjata.

"Tindakan boikot oleh pengguna ini mampu memberi impak maksimum dalam memberi tekanan kepada Israel dengan cara melemahkan ekonomi mereka.

"Bagaimanapun, ia merupakan cabaran untuk dilaksanakan di Malaysia kerana produk-produk berkaitan Israel ini sangat popular dan digemari oleh pengguna tempatan khususnya generasi muda," katanya.

Tindakan boikot itu hanya akan berjaya sepenuhnya sekiranya ia mendapat sambutan yang baik daripada pengguna di seluruh negara, katanya.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 04:04 PM | Show all posts
yahudi CI sudah tak senang duduk..boikot,boikot,boikot
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Humbangkang McDee dlm lubang tangki najis buat selama-lamanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2014 04:15 PM | Show all posts
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Sekadar simpati

Pengurusan McDonald's Malaysia antara pihak yang mula merasa bahang daripada gerakan boikot sebagai bantahan terhadap kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin. Minggu lalu, pengurusannya mengeluarkan pernyataan khas sebagai rintihan kepada rakyat Malaysia supaya terus menyokong syarikat itu atas faktor dan realiti tertentu.

Awang tidak berhajat mengeruhkan keadaan. Walaupun hanya sebahagian kecil umat Islam mengambil langkah boikot untuk sementara itu, ia memberi kesan. Seorang pegawai MCDonald's mengeluh sambil berharap Israel mengambil kira kesan daripada kekejamannya terhadap kepentingan pihak lain di seluruh dunia. Itu suara orang kecil, apakah Israel peduli?

Berbalik kepada pernyataan tersebut, McDonald's menegaskan pihaknya tidak terbabit serta menyokong mana-mana kegiatan politik, keganasan dan penindasan di seluruh dunia. Ia diakhiri dengan ungkapan: "McDonald' s bersimpati terhadap mangsa yang tidak bersalah dalam mana-mana tragedi kemanusiaan." Sekadar bersimpati sahaja? Apa yang berlaku di Gaza, bukan tragedi kemanusiaan biasa, kekejamannya sangat dahsyat. Berilah kenyataan lebih keras agar McDonald's Malaysia benar-benar membawa sentimen majoriti rakyat Malaysia. Barulah yang rata tidak dikatakan bukit, yang busut bukan disangka gunung.

Israel dan boikot

Antara perkembangan menarik perhatian Awang ialah kenyataan Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid yang mengakui bahawa kempen boikot terhadap negara itu akan menjejaskan ekonominya. Kepada sesiapa yang mengandaikan bahawa memulaukan produk, jenama dan perkhidmatan Israel tidak akan berjaya, ternyata salah. Beberapa maklumat tidak rasmi, menjadi bukti. Israel misalnya telah kerugian lebih AS$4 bilion ekoran kempen boikot yang sebenarnya sudah pun berjalan terhadap isu penempatan haram Yahudi di Tebing Barat hinggalah kepada serangan tentera Israel di Gaza. Makin banyak pihak mengambil langkah memulaukan Israel terutama selepas Pertubuhan Pengajian Amerika (ASA) menggantung kerjasama dengan institusi pendidikan Israel yang menyokong dan beroperasi di penempatan haram Yahudi. Banyak firma Barat dalam pelbagai sektor mengambil langkah atas asas moral. Bank terbesar Jerman, Deutsche (DB) telah menyenarai hitam Hapoalim Bank milik Israel. Mesejnya bukan semua di Barat menyokong kegilaan Israel menindas rakyat Palestin.

Ada lagi banyak petunjuk . Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mungkin mengenakan sekatan penerbangan ke Tel Aviv. Industri pelancongan Israel terjejas ekoran boikot oleh syarikat pelancongan terbesar Jerman, TUI selain amaran Jabatan Negara AS. Kempen BDS (boikot, lupus, sekatan) ke atas produk dan perniagaan Israel sejak 2005 semakin mendapat sambutan. Chile kurangkan hubungan perdagangan dengan Israel. Rangkaian perniagaan Britain, John Lewis mengurangkan perdagangan dengan syarikat Israel, Soda Stream.

Artis terkemuka seperti Pink Floyd, Massive Attack dan Faithless enggan membuat persembahan di Israel. Di samping itu, John Legend, Rihanna, Selena Gomez dan Zayn Malik turut membantah kezaliman rejim Zionis. Pemain bola sepak QPR, Joey Barton lantang kritik Israel. Sebelum ini bintang Portugal, Christiano Ronaldo enggan bertukar jersi dengan pemain pasukan Israel kerana tidak mahu bersekutu dengan pembunuh rakyat Palestin. Rangkaian pasar raya terbesar Britain, Tesco tidak lagi menjual produk Israel. Tokoh dunia, Stephen Hawking turut boikot sidang pengajian Israel. Antara gereja terbesar di AS, Gereja Presbyrian henti pelaburan di Israel dan syarikat yang berurusan dengan rejim Zionis.

Apakah gelombang sentimen yang sama ini, yang suatu ketika pernah menjatuhkan rejim aparteid di Afrika Selatan, akan mampu melenyapkan 'kekebalan' Israel? Awang tidak pasti tetapi yang makin jelas boikot dan tekanan ekonomi - biarpun mengambil masa - boleh meruntuhkan keangkuhan, kejahatan dan kezaliman Israel.

AS dan dunia Arab

SOKONGAN berterusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Setiausaha Negara, John Kerry kepada Israel sehingga mengakibatkan lebih 1,650 rakyat Palestin terutama kanak-kanak dibunuh, adalah amat memalukan . Kini Israel bermaharajalela dengan gencatan senjata dicabuli. Adakalanya Awang tertanya-tanya tidakkah Obama dan Kerry membaca kitab agamanya yang melarang kekejaman sesama manusia. Apa guna bercakap tentang moral, agama, keadilan dan kebebasan jika anda berdua bersubahat meragut nyawa ribuan orang awam tidak berdosa. Bayangkan jika anak-anak AS dibunuh kejam tanpa perikemanusiaan?

Awang berharap Obama dan Kerry dapat petunjuk daripada tuhan agama yang mereka anuti untuk membetulkan kesilapan. Hujah kononnya Israel berhak menyerang Gaza bagi mempertahankan diri, tidak boleh diterima. Jika serangan itu mahu dihalalkan maka serangan Al Qaeda terhadap orang awam termasuk insiden 11 September 2011 yang mengorbankan lebih 3,000 orang juga boleh diberi kewajaran. Ini kerana Al Qaeda boleh bersandar kepada hujah mahu menuntut keadilan dan pembelaan termasuk ke atas masyarakat Palestin yang ditindas oleh Israel dengan sokongan AS buat sekian lamanya. Takrifan keganasan dalam konteks dunia mesti dinilai semula dengan mengambil kira tindakan keganasan Israel dan penguasaan Yahudi ke atas pentadbiran AS.

Awang melihat pendirian AS terus menyokong kezaliman Israel termasuk bantuan senjata sebagai suatu lagi pengkhianatan ke atas dunia Islam yang selama ini banyak menyokong kuasa besar itu sejak era Perang Dingin lagi. Begitu juga ketika AS bertindak balas keterlaluan ekoran peristiwa 11 September 2011 dan serangan ke atas Iraq yang mengorbankan ramai orang awam, banyak negara Islam dirayu menyokong Washington. Alasan bahawa Iraq diserang kerana pentadbiran Saddam Hussein mempunyai senjata kimia yang boleh membawa kemusnahan besar-besaran seperti yang digembar-gemburkan oleh AS, akhirnya ternyata tidak benar.

Kesilapan atau kesengajaan yang sangat besar implikasinya itu dalam sejarah dunia didiamkan oleh AS hanya kerana mangsanya - orang Islam dan negara Islam. Inikah balasan kepada sokongan umat Islam? Rakyat AS sepatutnya malu akan dosa pemimpinnya terhadap rakyat Palestin. Ia umpama barbarian, yang kalau pun tidak membunuh, suka melihat aksi manusia dibunuh dan dilapah dagingnya. Tetapi bukan sahaja kerajaan AS yang turut bersubahat membunuh rakyat Palestin, kerajaan negara-negara Arab pun sama bertanggungjawab. Kerana percaturan kepentingan yang sempit, kerajaan dunia Arab menggugat agama mereka sendiri. Lagi hina dan memalukan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... LAMAT#ixzz39JaMPQ6V
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 04:36 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 3-8-2014 02:35 PM
itu cuma pelaburan. Bukan sokongan .

Pelaburan coca cola di malaysia lagi hebat.  Siap ada ekui ...

Tentera Israel pun ada yang boikot coca-cola:
'There are always idiots who do immoral things. But they don’t represent the majority. I remember once when a soldier wanted to take a Coke from a store, and he was stopped by his fellow soldiers because it was the wrong thing to do.' sumber http://mondoweiss.net/2009/03/nyt-reports-israeli-soldier-returned-cocacola-to-store-in-gaza-after-his-mates-told-him-it-was-wrong.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2014 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak jadi jadi lah...
Aku x kira kepentingan org melayu dlm mcd (sebenarnya kecik dlm share Golden arches)
Aku x kira baper ramai anak muda melayu yg bakal ilang keja jadi crew cabuk mcd (yg mana pos ni leh carik kt tmpt lain dgn mudahnya)

Yg aku tau aku nak mcd berkubur
berkubur,
Zionis merempat dan mamposs... Last edited by ekmal_sorrow on 3-8-2014 04:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 05:08 PM | Show all posts
awang bahaya tu tali barut ameno yg di bayar.... klau x bayar, trus sokong pr
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:21 PM | Show all posts
Lagubestbest posted on 3-8-2014 04:36 PM
Tentera Israel pun ada yang boikot coca-cola:
'There are always idiots who do immoral things. But ...
'There are always idiots who do immoral things. But they don’t represent the majority. I remember once when a soldier wanted to take a Coke from a store, and he was stopped by his fellow soldiers because it was the wrong thing to do.'
Kat mana disebut boikot ? Itu kes askar nak curi coca cola tapi dihalang sorang askar lain

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest posted on 3-8-2014 04:36 PM
Tentera Israel pun ada yang boikot coca-cola:
'There are always idiots who do immoral things. But ...

Yg me faham
Dia halang kawan dia mencuri lah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:31 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 4-8-2014 01:27 PM
Yg me faham
Dia halang kawan dia mencuri lah...

biasalah tu sis ummah sunni mahu tunjukkan kebenaran ujung2 elohim bayar cash terus siap kantoi beliau sendiri tidak membaca.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
SissySembah posted on 4-8-2014 09:31 PM
biasalah tu sis ummah sunni mahu tunjukkan kebenaran ujung2 elohim bayar cash terus siap kantoi be ...

Tp... Citer gini pon masuk news? Apa yg dorg cuba nk tunjuk...??

dorg ni askar yg bermoral tinggi?   
Mcm mn wartawan leh hidu lak citer ni?... Sangat bau2 ikan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:50 PM | Show all posts
MFC malaysia fried chicken,menu seperti mc donald
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot...boikot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
matahari7001 posted on 1-8-2014 04:06 PM
memang orang atas ko bengap bangang ..kite gelakkan die hahahhahahaha.

Nak gelak juga..
Miahahahahahahanarimaungaumm
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Marrybrown bole mkn tak? Ke Yehudi jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 12:04 AM | Show all posts
Shabbaat Shalom...!!


Ini berita buruk buat warga cari yg sapport israel...sedih~!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 12:07 AM | Show all posts
boikot ni penting utk mendatangkan rasa gusar kpd company2 lain yg belum melahirkan sokongan kpd zionist.
company yg sedia ada pun nampak gusar.
sanggup beli iklan penuh satu muka surat nafi buat sumbangan kpd israel.
maknanya mmg ada kesan.  klu kedai tu lengang 6 bulan pun dah cukup.
sengsara nak menanggung kos operasi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.068359 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list