CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12210|Reply: 109

[Jenayah] Blogger Blogserius Obefiend Di Denda Komen Jelik Terhadap Agong

[Copy link]
Post time 15-8-2014 02:11 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Seorang blogger hari ini didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghantar komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong melalui Twitter.
           
        Hakim Zulqarnain Hassan mengenakan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Effi Nazrel Saharudin, 35, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa kes disebut semula hari ini.
           
        Beliau turut memerintahkan Effi Nazrel yang turut dikenali sebagai "10befiend" dalam akaun Twitternya menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan itu, jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.
           
        Pada 5 Jun lalu, blogger itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menghantar komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam akaun Twitternya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
           
        Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah kondominium di Taman Puncak Desa, Kepong dekat sini masing-masing pukul 11.21 pagi dan 11.23 pagi pada 1 Jun 2013.

        Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut subseksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
   
       Terdahulu, peguam Syaredzan Johan yang mewakili Effi Nazrel memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda memandangkan anak guamnya yang bekerja sebagai 'tech-writter' atau wartawan portal teknologi hanya bergaji RM3,000 sebulan dan perlu menanggung keluarga.
           
        "Selain itu, pengakuan bersalah OKS (Orang Kena Saman) telah menjimatkan masa dan kos mahkamah serta OKS menyesali serta berjanji untuk lebih berhati-hati dalam menghantar sebarang komentar," katanya.
           
        Timbalan Pendakwa Raya Nazrul Nizam Mohd Zameri berkata sekiranya OKS dikenakan hukuman denda, pihaknya memohon jumlah denda yang dikenakan bukan sahaja memberi peringatan kepada OKS tetapi juga kepada masyarakat. - Bernama

Read here: Read here:http://www.sinarharian.com.my/se ... a-rm10-000-1.308126 Last edited by GhostWalking on 15-8-2014 06:20 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2014 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Obe ke? Tahniah la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2014 02:18 PM | Show all posts
anishacute posted on 15-8-2014 06:16 AM
Obe ke? Tahniah la...

Aah Obe huhuuhhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2014 02:19 PM | Show all posts
Pengguna Twitter Effi Nazrel hina Agong didakwa di mahkamah



CYBERJAYA – Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan. Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.
Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point. Agong is just a puppet. Down with monarchy. A waste of rakyats money” dan “Soalan serius.
Rakyat bayar elaun dan istana agong. Technically speaking he works for us. So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu.

Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hashimah Hashim dan Noor Zalizan Lazarous di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.
Tertuduh yang hadir pada prosiding tersebut diwakili oleh peguam bela, Syahredza Johan. – Bernama

Sumber: http://malaysianreview.com/59267/pengguna-twitter-effi-nazrel-hina-agong-didakwa-di-mahkamah/


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai perati je blog mamat ni... jantan mulut puaka ni.. merasalah kali ni.. tahniah sekali lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2014 02:23 PM | Show all posts
Budak Melayu BODOH. Agong tu la yang akan selamatkan bangsa Melayu daripada orang cine jadi perdana menteri. how stupid
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
love his writting so much. talented guy. keep it up good work obefiend.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2014 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk kesian ke nk tepuk tangan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
adeh...lelaki melayu insult agong orang cina juga nak di kait bersama. kesian...melayu bila miskin pun salahkan cina. yang sabenar malas n kurang cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
fuyupoktek posted on 15-8-2014 02:24 PM
Nk kesian ke nk tepuk tangan

Uols Tepok bontot sambil buat muka sedih.. lagi kuattepok lg bagus sambil keluar air mata..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:26 PM | Show all posts
so hati2 bil nak tweet atau up status fb....

10k leh p korea 3 kali okehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
anishacute posted on 15-8-2014 02:19 PM
Ai perati je blog mamat ni... jantan mulut puaka ni.. merasalah kali ni.. tahniah sekali lagi..

ko perati pastu wtp?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:27 PM | Show all posts
so hati2 bil nak tweet atau up status fb....

10k leh p korea 3 kali okehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:27 PM | Show all posts
blog heols ni makin sendu je tgk....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut posted on 15-8-2014 02:26 PM
ko perati pastu wtp?

Kuat mencarut mamat ni.. ai perati je sambil beristifar cari pahala..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2014 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
anishacute posted on 15-8-2014 02:28 PM
Kuat mencarut mamat ni.. ai perati je sambil beristifar cari pahala..

biasa je bgi aku. cara penulisan die sgt best.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau pun nk setuju dgn statement dia... Tp ada masa mamat ni mmg annoying.. Dulu rajin gak baca blog dia .. After a while aku rasa loya lak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:32 PM | Show all posts
kena jugak akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 02:38 PM | Show all posts
kikuri posted on 15-8-2014 02:27 PM
blog heols ni makin sendu je tgk....

blog serius yg bodo tu ke?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.080094 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list