CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 29-8-2014 04:39 PM | Show all posts
“Dey..macchiiaaaa!”

Suara nyaring Kumar benar-benar menjengkelkan Qusyairi. Namun dia tidak membalas dengan kata. Hanya mengangkat kening sebagai bertanya ‘Kenapa?’

“Apa pasal, dey? Dari tadi aku tengok, sana termenung …sini termenung…” Soal Kumar.

Qusyairi membalas dengan senyum sumbing.         

“Cinta hati sudah lari?” Kumar menelah.

Qusyairi menggelengkan kepala. “Apadaa….”

“Cinta hati? Si Qi ni mana ada cinta hati, Kumar oi. Nak tegur awek pun gigil…”  Mat Noh yang berdiri di sebelah Kumar turut menyampuk dan kemudian Qusyairi digelakkan.

Qusyairi memutarkan biji mata.

“Aku tahu, ni mesti pasal Puan Azlina panggil kau tadikan?” Mat Noh menembak soalan. Qusyairi mengambil masa tiga saat sebelum mengangguk tanda ‘Ya’.

Iya, dia memang begitu orangnya. Pendiam dan jarang bercakap. Lebih suka menjawab soalan dengan bahasa tubuh. Pernah juga diperli dek rakan taulan yang suaranya itu sangat ‘Emas’. Sikap penyegannya telah jatuh dalam kategori ‘melampau’ kalaupun bukan kronik.         

“Yang korang bersidai kat tempat aku ni, kenapa? Dah takde kerja? Nampak dek Puan Azlina, baru korang tau.” Barulah Qusyairi bersuara.

“Hello…macha! Makan timelah. Itu Transformer punya Robot pun ada masa rehatlah dey.” Tempelak Kumar.

Makan? Qusyairi melihat jam di skrin komputer. Sudah pukul 12:30 tengahari rupanya.

“Jom. Kita makan.” Ajak Mat Noh. Bahu Qusyairi di tepuk dua kali. Qusyairi mengangguk. Setelah mengemas mejanya serba sedikit dan memadamkan system komputernya, Qusyairi bangun lalu menyertai Kumar dan Mat Noh.


Last edited by Nicki_Meow on 2-9-2014 01:20 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2014 02:15 PM | Show all posts
Baca prolog aje dah rasa teruja @Nicki_Meow ...

ni memang realiti...ramai yang excellent on paper, tapi fail bila buat presentation.
Bab politik pejabat juga...orang lain yang buat kerja, orang lain yang dapat nama.

Semoga qi berjaya. Ok, nak bab seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 10:46 PM | Show all posts
check-in... ;)

Macam syok je citer ni Nicki.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:32 AM | Show all posts
Setelah bertanyakan makcik wiki, iols juga merasakan amariya itu satu  sistem. Tak pun amariya masuk ke dlm sistem alpha secara x sengaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 12:56 PM | Show all posts
sapp73 posted on 30-8-2014 02:15 PM
Baca prolog aje dah rasa teruja @Nicki_Meow ...

ni memang realiti...ramai yang excellent on paper ...

Ai pun salah seorang yg fail bila kena buat public speaking

Thanks for reading Sapp. Taktaulah camna hasil cerita ni nanti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 12:57 PM | Show all posts
GincuPurple posted on 30-8-2014 10:46 PM
check-in... ;)

Macam syok je citer ni Nicki.

Mungkin lebih kepada I yg Syok Sendiri?

Thanks for reading Gincu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-9-2014 01:03 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 2-9-2014 11:32 AM
Setelah bertanyakan makcik wiki, iols juga merasakan amariya itu satu  sistem. Tak pun amariya masuk ...

Mungkin....

Akan tiba masanya apabila semua planet-planet di cakrawala ini berada dalam satu jajaran. Tatkala itu berlaku, maka terbukalah pintu-pintu alam sakti yang selama ini terkunci. Dan kemudian...turunlah dia ke bumi....

Dia...

Makhluk yang bernama...


















Bumblebee......


  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 01:05 PM | Show all posts
BAB 2

Restoran Periuk yang terletak berhadapan dengan Wisma Alpha itu sekali lagi menjadi pilihan mereka untuk menjamu selera. Banyak pilihan lauk-pauk yang sedap dan harganya sangat berpatutan. Tambahan pula, anak Kak Tipah yang bernama Khatijah, pemilik Restoran itu boleh membuatkan makan tak kenyang-kenyang, bak kata Mat Noh.

Sambil makan, sambil berbual. Qusyairi mengambil kesempatan untuk bercerita tentang pertemuannya dengan Puan Azlina pada pagi tadi. Walaupun pada awalnya, dia teragak-agak tetapi akhirnya, dia buka cerita. Mat Noh dan Kumar, rakan yang paling rapat dengannya di Alpha Tech. Mana tahu, fikiran bernas dan pendapat mereka boleh dijadikan panduan. Tetapi, Qusyairi tidak memaklumkan tentang Kumar yang turut mendapat perhatian Puan Azlina. Bimbang akan menimbulkan rasa kurang senang dan pelbagai spekulasi bukan-bukan pula nanti.

Entahlah. Bukanlah Qusyairi mahu menolak tuah. Bila tiba-tiba saja Puan Azlina mengatakan, dia layak untuk jawatan SSE, itu sudah kira bagus. Kiranya, nampaklah juga yang dia ada potensi untuk maju. Cuma, untuk membuat pembentangan kertas kerja itu yang masalah. Memang dia mempunyai masalah keyakinan diri yang kronik.

Teringat pula semasa hadir ke temuduga untuk bekerja di Alpha Tech. Sudah tidak terkira berapa kali dia ke bilik air. Sudah tak tahu berapa ribu kali dia berselawat. Menggigil, tak usah sebutlah. Dah serupa terkena Demam Kepialu. Mujurlah dia berjaya melalui temuduga itu dengan lancar walaupun ada juga beberapa kali tergagap.

Dan atas sebab itu, walaupun sudah lima tahun bersama Alpha Tech, Qusyairi tidak mahu mencuba nasib ditempat lain. Setia dengan Alpha Tech walaupun adakalanya, terasa ada ketidakpuasan hati dengan cara kerja Pengurus Projek, Encik Hamidi. Dia tak berapa sanggup untuk melalui sesi temuduga lagi.

“Qi…”

Kenangan lalu bersepai. Suara Mat Noh mematikan lamunan. Qusyairi mengangkat muka memandang Mat Noh.

“Aku macam tak percaya Puan Azlina tu boleh senyum. Dia dah kenapa?” Mat Noh menyambung kata. Qusyairi memutarkan biji mata. Punyalah panjang lebar dia bercerita, senyuman Puan Azlina pula yang Mat Noh kisahkan.

“Mana aku tahu. Dah dia nak senyum, takkan aku nak larang…” Balas Qusyairi. Mat Noh sengih manakala Kumar masih tekun meneruskan suapan.

“Rileklah, Qi. Macam stress sangat aku tengok kau ni.” Nada suara Mat Noh sedikit serius. Qusyairi diam saja, tak membalas.

“So, apa lagi Puan Azlina cakap?” Kumar yang sudah selesai menjamu selera, menyampuk setelah mengelap mulutnya dengan tisu.

“Itu ajelah yang dia cakap. Deadline untuk hantar proposal tu dua bulan dari sekarang. Kalau pass evaluation, then aku kena buat…” Qusyairi telan air liur. “Presentation. Depan. Client.” Perlahan saja suara Qusyairi ketika ini.

Mat Noh mengangguk manakala Kumar diam memberi tumpuan. Mereka tahu masalah Qusyairi bukan mengenai system yang perlu dibuat dalam masa dua bulan. Tapi masalah kurang keyakinan diri Qusyairi yang agak kronik itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2014 01:18 PM | Show all posts
“Aku yakin aku boleh buat proposal tu dalam masa dua bulan. Masalah aku cuma…korang tau lah. Nak buat presentation. Nak cakap dengan orang pun aku problem. Inikan pulak nak buat presentation.” Qusyairi mengeluh sedikit.

“Yeah, Bro. That is your biggest problem.” Kali ini, Kumar berkata. Qusyairi senyum sedikit. Apabila Kumar serius, dia lebih suka berkata dalam Bahasa Inggeris. Sehingga kini, Qusyairi kurang mengerti kenapa. Mungkin berbahasa Inggeris ketika serius itu membuatkan Kumar kelihatan lebih kacak seperti Ajay Devgan…

“But as they said, no pain, no gain. If you really want this position, you have to do something, bro…”

“Aku cakap tadi dengan Puan Azlina. Macam mana kalau aku tolak jawatan ni? Puan Azlina jawab, kalau aku tolak maknanya aku dah hampakan dia.” Tutur Qusyairi.

“Qi, ini peluang kau untuk naik. Takkanlah sebab kau takut nak buat presentation, kau sanggup tolak jawatan ni.” Mat Noh berkata. “Kalau Puan Azlina yang offer aku, memang awal-awal aku cakap aku sanggup. Tak ada nak fikir tiga, empat kali dah…”

Qusyairi diam. Wajah Mat Noh dan Kumar dipandang bergilir-gilir.

“Lagipun, aku rasa lagi eloklah kau yang naik dari si Rafi yang naik. Aku tak bolehlah nak kerja dengan si Rafi tu. Rasa macam nak maki…” Mat Noh menyambung kata, nada geram terluah. Qusyairi dan Kumar terus ketawa.

“Mesti ada sebab kenapa Puan Azlina beriya-iya pilih kau. Kalau aku pun, antara kau dengan Rafi, baik aku pilih kau. Kerja pun rajin. Tak suka menyusahkan orang…” Sambung Mat Noh.

“Kau ni, mahu bodek ke? Jawatan tu pun, dia belum dapat lagi, sudah mahu bodek.” Soal Kumar pada Mat Noh. Mat Noh tergelak. Tahu yang Kumar Cuma bergurau. Qusyairi menggelengkan kepala.

“Don’t worry, bro. Aku yakin, kau boleh buat. Chill, okay?” Kumar menepuk bahu Qusyairi. Qusyairi telan air liur.

“Apa-apahal pun, kitaorang akan support kau. Jangan risau sangatlah.” Mat Noh turut memberikan sokongan moral. Qusyairi terangguk-angguk. Tersenyum nipis kali ini. Sedikit terharu dengan sokongan moral dari kawan-kawan.

“Thanks.” Perlahan saja ucapan Qusyairi.

***
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2014 04:06 PM | Show all posts
Ketika waktu menunjukkan hampir ke satu lima belas minit tengahari, Qusyairi, Kumar dan Mat Noh telah kembali semula ke pejabat. Mereka kemudiannya berpecah untuk kembali ke tempat kerja masing-masing.

Tidak sampai beberapa meter dari mejanya, telinga Qusyairi pantas menangkap suara-suara berbual-bual. Suara itu dia cukup kenal. Dia lantas menyegerakan langkah.

“Ala…you tu yang sombong. Bila I tegur, you tak nak pandang pun.” Sekali lagi, Qusyairi terdengar suara yang sama berkata-kata. Suara Rafi.

Apa si Rafi buat kat tempat aku?


Sungguh dia kehairanan. Kening terangkat. Jika memerlukan sesuatu atau hendak bertanyakan sesuatu, Rafi selalunya akan memanggil menggunakan intercom ataupun hanya menerusi AlphaChat. Memang jaranglah Rafi hendak pergi ke tempatnya. Tidak ada kepentingan untuk bercampur dengan orang-orang sepertinya.

“You ni…Shida. Garang sangat. I saja nak berbual dengan you. Kitakan jarang bertegur sapa…”

“Rafi, kau tak tegur langsung pun aku tak kisahlah. Aku pun tak tahu kenapa hari ni kau baik hati nak tegur aku. Dah buang tebiat? By the way, kalau kau datang sini cuma nak berborak kosong, baik tak payah. Aku busy ni, busy! Tak ada masa nak layan kau.” Jawab Shida, di mana meja kerjanya terletak di sebelah meja Qusyairi.

Rafi ditempelak. Qusyairi nyaris terlepas gelak. Memang selayaknyalah Rafi ditempelak Shida. Citarasa Rafi pada wanita memang tinggi. Kalau tak berkulit cerah, wajah persis peragawati, memang tak mungkin Rafi mahu menegur sapa, apatah lagi berbual panjang. Dan Shida itu jatuh dalam kategori yang berlawanan dari citarasa Rafi. Tapi, pada Qusyairi, Shida itu comel saja orangnya walaupun berkulit hitam manis. Dan Shida juga adalah salah seorang ahli kelab 'Anti Rafi'.

“Janganlah sombong sangat.” Suara Rafi bertukar nada. Mendatar kali ini.

“Aku tak sombong. Cuma hairan. Yang kau sibuk mencemar duli kat sini, kenapa? Mana ada perempuan cantik kat sini…” Balas Shida. Kali ini, kata-kata Shida benar-benar lucu. Qusyairi ketawa. Shida dan Rafi menoleh ke arahnya. Ketawa Qusyairi perlahan-lahan pudar, berganti dengan batuk pura-pura.

“Ekhem…” Qusyairi memandang Rafi lalu menyoal.  “Kau buat apa kat tempat aku?”

“Rileklah. Saja nak berbual dengan Shida.” Jawab Rafi sambil senyum yang pada Qusyairi, sengaja dibuat-buat.

“Sudahlah Rafi. Tak pernah-pernahlah kau saja nak berbual dengan aku. Mesti ada sebablah ni kau saja datang sini…” Shida menyampuk. Dari nada suaranya, jelas benar yang dia kejengkelan. Qusyairi tersengih lagi. Secara tiba-tiba, pandangan beralih ke meja. Fail projek yang tertera nama Tresna Bank membuatkan Qusyairi sedikit gelisah.

“Kau nak apa, Rafi?” Soalan dari Qusyairi agak keras kali ini. Sengihnya hilang. Rafi diam, sepertinya menyembunyikan sesuatu.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, boleh tak kau bangun? Aku nak buat kerja ni. Nanti, kalau Puan Azlina nampak, bising pulak dia.”

“Oh, takut perempuan sihir tu nampak?” Ketawa sinis terkeluar dari mulut Rafi. “Pandai kau ambil hati boss sekarang ni?”

Belakang Puan Azlina, macam-macam gelaran kau bagi. Depan-depan, mulut manis! Qusyairi merengus. Kata-kata itu hanya bergema dalam hati, tak terluah secara lisan.

“Aku bukan macam kau.” Balas Qusyairi. “Sekarang, boleh bangun?” Pinta Qusyairi, agak tinggi suaranya kali ini. Rafi senyum penuh makna. Dia terus bangun, meninggalkan tempat itu. Qusyairi pandang pada Shida seketika.

“Kenapa si Rafi tu?” Qusyairi bertanya.

“Entah. Sewel apa agaknya…” Jawab Shida, siap mencebik bibir.

“Dia nak mengurat kau kot, Shida?” Sempat Qusyairi bergurau.

“Kalau betullah dia nak mengurat aku, harus aku mandi bunga, okay? Mintak dijauhkan…”

Qusyairi ketawa kecil. Shida menggelengkan kepala. Qusyairi kembali memandang kepada Fail Projek Tresna Bank. Fail itu kelihatan tak terusik namun rasa sangsi mula timbul.

“Shida.” Panggil Qusyairi. “Rafi datang sini nak apa, sebenarnya?”

“Aku tak taulah, Qi. Bila aku balik dari lunch, aku nampak dia duduk atas kerusi kau. Pelik gak aku. Bila aku tanya, dia jawab…saja jeeee….”

“Dia ada usik apa-apa barang atas meja aku tak?” Soal Qusyairi lagi. Entah kenapa, menjadi paranoid pula memikirkan apa tujuan sebenar Rafi datang ke tempatnya.

Shida geleng. “Sorrylah, Qi. Serius aku tak perasan.”

“Tak apalah, Shida.” Balas Qusyairi. Perbualan mereka mati. Qusyairi membelek fail di jari. Perlahan-lahan, dia melabuh duduk lalu mula mentelaah profail Tresna Bank.

Dalam masa yang sama, otaknya mula bekerja. Jawatan Senior Software Engineer terbayang dalam fikiran.
Last edited by Nicki_Meow on 8-9-2014 08:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:40 PM | Show all posts
Rasanya Qusyairi (SSE bertauliah) ni nanti akan tercampak ke bumi Amariya..speku awal2..biar pung tak kena..

next Nicki.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 12:58 PM | Show all posts
Dulu2...kita pom macm qi...darah gemuruh...tp kita jenis gigil tak ingat...tp, sejak menghadiri banyk kursus yg perlukan public speaking...barulah ada berani nak cakp depan sikit2 lah...

So Qi, kena pi kursus public speaking ler mohon kat Pn. Azlina atau Pn Azlina rekemen kan... huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mintak tolong sangattttt... janganlah lambakkan ngan citer tak siap dlm bod neh.. :Q
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-9-2014 01:05 PM
BAB 2

Restoran Periuk yang terletak berhadapan dengan Wisma Alpha itu sekali lagi menjadi pilihan ...

Restoran periuk ni kawan ngan restoran belanga ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 11:06 PM | Show all posts
Ipo posted on 2-9-2014 09:40 PM
Rasanya Qusyairi (SSE bertauliah) ni nanti akan tercampak ke bumi Amariya..speku awal2..biar pung ta ...

Hhhmmm.....   tepat sekali


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 11:08 PM | Show all posts
sellie003 posted on 5-9-2014 12:58 PM
Dulu2...kita pom macm qi...darah gemuruh...tp kita jenis gigil tak ingat...tp, sejak menghadiri bany ...

Iols sampai sekarang darah gemuruh Sellie. Nak buat public speaking memang tak le...

Hanya mampu di balik tabir.... sebab iols pemalu orangnya....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2014 11:11 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 7-9-2014 12:22 PM
Aku mintak tolong sangattttt... janganlah lambakkan ngan citer tak siap dlm bod neh.. :Q

Huu...Mod garang dah sound



InsyaAllah hingga ke noktah terakhir. Lambat dengan cepat aje....


Btw, restoran periuk dengan restoran belanga tu adik beradik tiri belah mak sedara....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 11:23 PM | Show all posts
BAB 3

Qusyairi tekun memandang skrin komputernya. Sekali pandang, umpama patung kerana sudah hampir 10 minit dia berada dalam posisi yang sama. Hanya matanya yang sekali-sekala terkedip-kedip. Sudah seminggu berlalu. Bermakna, dia hanya tinggal lagi tujuh minggu untuk menyiapkan program sistem sekuriti Tresna Bank.

Jika dibilang dengan kiraan hari, tujuh minggu bersamaan dengan 49 hari. Mungkin lebih elok kalau menggunakan kiraan hari berbanding minggu. 49 dengan tujuh, besar bezanya, bukan? Terasa ada lebih banyak masa…

Tak ada maknanya! Huh!

Satu hembusan nafas dilepaskan dari mulut. Kali ini, Qusyairi menggerakkan bahunya, menghilangkan lenguh.

Kadang-kadang, timbul rasa ragu dalam diri Qusyairi sama ada dia mampu atau tidak untuk menyiapkan sistem itu dalam tempoh yang diberi. Ini kerana sistem yang dikehendaki oleh Tresna Bank bukan calang-calang. Mereka mahukan satu sistem paling advance, sesuailah dengan reputasi mereka sebagai salah sebuah Bank ternama di Malaysia dan Asia Tenggara. Puan Azlina pula sangat cerewet tentang hal ini. Draft awal perancangannya ditolak mentah-mentah. Baru sebentar tadi dia diherdik dengan ayat ‘Come on, Qusyairi. You are waayyyyyy better than this!’ sedangkan baru lima minit dia membuat penerangan awal tentang sistem yang bakal direka.

Terasa sakit hati juga. Ikutkan hati, mahu saja Qusyairi membalas dengan ayat ' Kau buat sendirilah, senang!' Namun seperti biasa, dia lebih suka mendiamkan diri tanpa melawan.

Harinya pula menjadi lebih sibuk dari biasa walaupun kerjanya berkurangan. Puan Azlina telah mengarahkan Shida untuk mengambil alih dua projek di bawah seliaannya. Hanya tinggal satu saja projek yang perlu diuruskan untuk sebuah starikat pengiklanan . Oleh kerana implementasi projek itu hampir siap, Qusyairi tetap mahu meneruskan hingga tamat. Jika ikut kemahuan Puan Azlina, projek itu pun Puan Azlina mahu menyerahkannya kepada SE yang lain. Puan Azlina benar-benar mahu dia menumpukan perhatian pada projek Tresna Bank.

Dalam diam, Qusyairi sebenarnya terharu juga dengan keputusan Puan Azlina. Walaupun tidak benar-benar memahami kenapa Puan Azlina memilih dia sebagai calon pengganti Alvin, Qusyairi amat berterima kasih. Dalam ramai-ramai orang, dia calon pilihan utama. Oleh itu, dia perlu berusaha sebaik mungkin agar Alpha Tech berjaya memperoleh projek dari Tresna Bank. Tidak mahu mengecewakan Puan Azlina dan juga dirinya sendiri.

Kurang pasti berapa nilai sebenar tawaran dari Tresna Bank tetapi, Qusyairi yakin nilainya pasti tinggi. Mencecah ratusan ribu ringgit, mungkin? Atau jutaan?

Agak gerun juga memikirkannya.

Bagaimana kalau tak sempat siap?

Macam mana kalau tak sesuai?

Kalau Tresna Bank reject, macam mana?

Boleh ke aku buat ni?

Boleh ke aku bercakap depan orang ni?

Macam mana nak present depan client?

Seksi gila si Rabiatul hari ni. Duduk dalam aircond, tak sejuk ke pakai skirt pen…


“Eh…” Qusyairi terkebil-kebil. Tresna Bank dan segala perkara yang bersangkutan dengan itu telah berganti dengan imej Rabiatul. Entah bila masa pula Rabiatul bersandar di bucu mejanya. Cukup lima saat, Qusyairi pantas mengalih pandang terus ke skrin komputer lalu membetulkan cermin mata yang hampir melurut jatuh dari batang hidung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 11:27 PM | Show all posts
“Hai Qi.” Sapa Rabiatul sambil tersenyum manis.

“Hai..err…Rabiatul.” Balas Qi, turut tersenyum. Agak kekok apabila Rabiatul tiba-tiba datang menyapa. Maklumlah, selama bekerja di Alpha Tech, amat jarang sekali Rabiatul mahu menegurnya. Seingat Qusyairi, setahun adalah dalam tiga kali Rabiatul menyapa. Itupun hal-hal yang sangat penting sahaja.

“Ala…Qi. Janganlah panggil I Rabiatul.” Rabiatul seperti merungut.

“Eh? Habis tu, saya nak panggil apa?” Qusyairi kekaburan.

“Satu Alpha Tech ni panggil I Abby, tau? Apa kelas Rabiatul?” Jawab Rabiatul, siap mencebik.

“Oh. Okay.” Qusyairi menarik nafas sedikit. Bau wangian kuat yang dipakai Rabiatul mula membuatkan kepalanya sedikit pening. Entah jenama apa, Qusyairi kurang pasti pula. Serentak itu juga, hidungnya mula membuat hal…

“Hacchiuuumm.” Tak sempat mengelak. Qusyairi terbersin depan Rabiatul.

“Eeeuuuwwww…” Suara Rabiatul agak tinggi.

“Alamak. Sorry.” Mujur Qusyairi sempat menutup mulut dan hidung dengan tangan. Jika tidak, pasti nada suara Rabiatul lebih tinggi lagi. Sehelai tisu dicapai dari atas meja. Tangan dan hidungnya di kesat lalu terus dibuang ke dalam tong sampah. Setelah itu, Qusyairi kembali memandang Rabiatul yang ketika ini, membuat muka jijik.

Eleh! Macamlah kau tak pernah bersin. Qusyairi turut membuat muka menyampah yang tidak nampak pada pandangan mata kasar.

“By the way, Rabiatul…”

Rabiatul jegil mata bulatnya.

“Ehem…sorry. Abby…” Pantas Qusyairi membetulkan panggilan.  “Awak nak apa datang jumpa saya?” Soalan ditembak.

“Saja.” Jawab Rabiatul membuatkan kening Qusyairi terangkat.

“Saja? Biar betul awak ni.” Qusyairi menarik sehelai lagi tisu sebagai langkah berjaga-jaga. Hidungnya masih belum mampu menahan bau wangian Rabiatul. Dibuatnya terbersin lagi, harus ‘Eeeuuuuwww’ Rabiatul bertambah panjang dan nyaring. Last edited by Nicki_Meow on 13-9-2014 07:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 11:31 PM | Show all posts
“Tak adalah. Tadi I lalu. Lepas tu, I nampak you macam termenung aje. You ada masalah ke?” Rabiatul senyum ketika berkata. Sambil-sambil itu, matanya memerhatikan skrin komputer milik Qusyairi. Menyedari tingkah Rabiatul, pantas jari Qusyairi menekan butang minimize. Yang terpapar di skrin kini hanyalah gambar kucing kesayangan Qusyairi yang bernama Megatron.

“Masalah? Tak adalah. Banyak kerja…tu je…” Qusyairi menjawab sambil mengukir senyum nipis. Masih sangsi dengan kehadiran Rabiatul di mejanya secara tiba-tiba.

“Kerja apa?” Suara Rabiatul menjadi lunak dan manja.

“Kerja apa?” Qusyairi mengulang soalan dengan nada berbeza. “Kerja…macam biasalah.”

“Iyalah, kerja apa?”

“Kerja…err…buat sistem…untuk…” Ayat Qusyairi terhenti.

“Sistem…apa?” Soal Rabiatul. Perlahan-lahan, dia mendekatkan badan pada Qusyairi membuatkan Qusyairi mengundurkan kerusi ke belakang.

“Sistem…errr…” Kerusi terlanggar kubikel. Rabiatul senyum, matanya melirik tajam.Qusyairi seperti menahan nafas. Dan kemudian…

“Hacchiumm!”

“Eeeuuuwww!” Jeritan nyaring kedengaran lagi. “Teruklah you ni!”

Qusyairi tak terkata. Namun hidungnya yang gatal terasa kian lega.

“Sorry…Rabia..err…Abby…” Maaf dipohon. “Saya tak…”

“Urrgghhh…” Rabiatul segera meninggalkan tempat itu. Dia yang selalunya berjalan gemalai laksana peragawati di atas pentas kini berjalan menghentak seperti askar. Qusyairi hanya melihat Rabiatul sehingga gadis itu hilang dari pandangan.

Tisu ditarik lagi dari kotak. Qusyairi mengelap hidung dan mulutnya dengan tisu. Terdengar pula ketawa kecil di sebelah kanan. Qusyairi menoleh. Kelihatan Shida yang berjiran dengannya sedang terkekeh-kekeh ketawa sambil menutup mulut. Qusyairi akhirnya turut menggelengkan kepala dan tersengih sendiri.

“Kelakarlah…” Tutur Shida setelah tawanya hilang. Qusyairi angkat bahu.

“Aku perasan, sejak dua menjak ni, kau macam jadi perhatian orang….” Sambung Shida.

Qusyairi angkat kening. “Iya?”

Shida angguk. “Ingat tak, hari tu si Rafi tiba-tiba aje ajak borak. Hari ni, Abby pulak datang. Kenapa eh?”

“Entah.” Balas Qusyairi. Dia juga sedar akan perkara itu cuba tidak mahu berbincang tentangnya dengan lebih lanjut. Shida pula yang angkat bahu dan kemudian menyambung kerjanya yang terhenti sebentar tadi tanpa banyak soal. Antara perkara yang membuatkan Qusyairi senang berkawan dengan Shida ialah, sikap gadis itu yang tidak suka mencampuri urusan orang lain.

Qusyairi cuba untuk menumpukan perhatian kepada kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Sukar sedikit kerana kata-kata Shida mengenai sikap Rafi dan Rabiatul sedang bermain dalam fikiran. Tak dapat dinafikan, memang ada kepelikan di situ. Rafi dan Rabiatul memang rapat walaupun Qusyairi kurang pasti akan status sebenar hubungan mereka. Dan tiba-tiba saja, mereka seperti cuba berbaik-baik dengannya. Kenapa?

Mungkinkah ada kena-mengena dengan Projek Tresna Bank itu? Atau ada sebab lain?

Kesangsian sekali lagi menjelma. Tapi...kenapa? Ah!

Banyak ‘kenapa’ yang bermain dalam fikiran. Qusyairi akhirnya mengalah. Daripada melayan teka-teki dalam kepala, lebih baik dia memberi tumpuan pada kerja.

Lagi 49 hari…

Qusyairi kembali tekun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.627507 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list