CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 32980|Reply: 66

Penyakit KAYAP

[Copy link]
Post time 19-9-2014 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Penyakit KAYAP


                               Penyakit Kayap pada peringkat serius.


Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ.Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.





Selepas jangkitan beberapa hari, bahagian kulit kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih dan mula menjalar.

Kawasan jangkitan:
mana2 bahagian kulit tubuh kita samada bahagian badan, mata , ketiak mahupun bahagian hidung

Simtom-simptom dijangkiti kayap:
- berasa nak demam
- tekak rasa loya
- pening berpanjangan
- badan dijangkiti ruam panas
- badan rasa sengal
- hilang selera makan
- pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan untuk jangkitan yang lebih teruk
- pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
- kulit juga akan rasa gatal2
- kulit rasa geli2
- kulit terasa panas seperti terbakar
- timbul ruam2 panas

Jenis2 penyakit kayap:
1) Kayap Ular
2) Kayap melukut
3) Kayap jagung
4) Kayap api2
5) Kayap setompok
6) Kayap selendar
7) Kayap harimau
8) Kayap bersambung (umur pendek)

Kayap Ular
- paling merbahaya dan boleh membawa maut
- boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan
- kayap jenis menjalar / melilit (merebak)
- boleh terjadi dimana2 bahagian badan
- bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada
- ada juga menyerang bahagian dada saja
- boleh menyerang bahagian urat saraf ‘rasa’
- Biasanya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’. Bila ini terjadi, seseorang akan merasa pening2 dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata. Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah masaalah ‘conjunctivitis’.
- keadaan kulit boleh melecet, gatal2 dan pedih serta sakit
- ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor usia

Pantang larang bila dijangkiti penyakit kayap:
1) Cepat2 jumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat dan rawatan. Boleh juga jumpa pakar rawatan tradisional.
2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian dengan bahagian kulit.
3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas (contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau yang baru digosok)
4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah
5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta ubat untuk kurangkan rasa gatal2.
6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.
7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni akan dijngkiti pula.
8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.
9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
10) Tak boleh dengar orang goreng lauk dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
11) Bila kayap dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab jika bahagian kulit belum betul2 kering ia akan terluka dan kembali merebak.


Aloe vera atau Lidah buaya. Mujarab dalam merawat penyakit kayap.


Petua2 rawatan boleh dicuba:
1) Sapu dengan lendir daun aloe vera
2) Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka ke bahagian kulit terkena kayap tu
3) Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun cili serta campurkan sedikit kapur. Sapukan dibahagian kulit terkena kayap.
4) Gunakan daun pokok duit2. Ditumbuk hancur, ambil daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat dijangkiti kayap tu. Jika boleh, dibengkungkan semalaman.
5) Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan bedak sejuk (tanpa pewangi) dan tempekkan pada tempat kayap itu.
6) Gunakan daun bunga melor, Pucuk daun buah delima, Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di blender dan di campurkan dengan bedak sejuk (tanpa pewangi) dan di bancuh pekat. Kemudian di sapu atau tampal atau tempekkan pada tempat kayap tu .
7) Gunakan ubi larut. Di gosokkan pada simen atau lesung batu, ambil pati nya dan sapu di tempat kayap tersebut.
8) Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur dicampur dengan kembang semangkuk
9) Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk. Sapu pada tempat yang kena kayap tu.
10) Gunakan garam bukit (rock salt)
Cara merawat
ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. Amalkan 2-3 kali sehari sebelah pagi dan malam.
Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul)
11) Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah. Seterusnya, keluarkan air dari batang pokok keladi tu dan sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
Sambil2 berubat tu, cuba dapatkan juga air penawar dari pakar perubatan tradisional. Biasanya air penawar ni disediakan berpandukan kepada ayat2 suci al-quran.
Semasa sedang berubat tu, selalu2lah berdoa kepada Allah agar sembuh cepat. Insyallah boleh sembuh
harianblogger


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 09:37 PM | Show all posts
sakit woo kena kayap nie .
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 05:51 AM | Show all posts
shingles ni reactivation of checken pox nyer virus je; varicella zoster tu dok dalam nerve after it caused you chicken pox; then, after 5-20 years, dia keluar balik jadi shingles tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 01:39 PM | Show all posts
Malikmalika posted on 19-9-2014 09:37 PM
sakit woo kena kayap nie .

Mmg sakit gila..dlu darah naik smpai 240 sbb sakit sgt2 n merana..jgnla kena lg..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 06:35 PM | Show all posts
miz_hanne posted on 20-9-2014 01:39 PM
Mmg sakit gila..dlu darah naik smpai 240 sbb sakit sgt2 n merana..jgnla kena lg..

betul tu , mahu seminggu dua kena . tahan jelah kena pantang kat kampung . bau makanan mcam ayam bakar pun berdenyut2 je . tapi betul ke orang cakap kalau kena kayap tak kena campak dah ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 07:59 PM | Show all posts
Malikmalika posted on 20-9-2014 06:35 PM
betul tu , mahu seminggu dua kena . tahan jelah kena pantang kat kampung . bau makanan mcam ayam b ...

Mmg hazab kan klau kena..dlu kena masa study jauh dr fmly..x dpt ubat kg..beli ubat 3 hari dah dlm rm250 kot masa tu..tp doc mmg bg mc 2 minggu..sbb kena teruk..x sure psl campak tu..sbb skng dah umo 29 n lom penah kena lg..hopefully mmg xkan kena la..abis nak jaga kulit nnt klau kena..huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2014 11:28 PM | Show all posts
miz_hanne posted on 20-9-2014 07:59 PM
Mmg hazab kan klau kena..dlu kena masa study jauh dr fmly..x dpt ubat kg..beli ubat 3 hari dah dlm ...

hahaaha harap2 tak kena la campak . ubat kampung apa lagi sembur sirih pinang la . cepat la kering . orang yang berubat tu panggil kayap katak . nasib tak kena kayap ular .
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 01:45 PM | Show all posts
Malikmalika posted on 20-9-2014 11:28 PM
hahaaha harap2 tak kena la campak . ubat kampung apa lagi sembur sirih pinang la . cepat la kering ...

Ohh..ye ke..masa i kena tu study kt luar semenanjung..ada la hep ni g bawak berubat..org tu ckp kena buatan org n kena dia mandikan..mampus esok i xnak g lg..lain plak citer nnt..tu yg g hosp je..tu pun doc tu ckp hosp kerajaan x bg ubat tu..kena beli sendiri..dah la student masa tu..i kena kayap apa xtau..ular kot..sbb naik dr atas lutut n menaik smpai ke belakang pinggang..

mak i selalu kena kayap..xtau nape..tp dia kena yg skit2 la..mcm setompok je..tp besar skit la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 04:14 PM | Show all posts
miz_hanne posted on 20-9-2014 01:39 PM
Mmg sakit gila..dlu darah naik smpai 240 sbb sakit sgt2 n merana..jgnla kena lg..

dah muda muda lagi dah kene kayap? biasanye, Varicella Zoster Virus (VZV) ni akan re-activate as shingles ie kayap, bila immunity org tu turun; eg masa org tu kene Flu, bila dah tua, atau ada sakit sakit lain. Memang la sakit kayap ni; if kene kat dermatome yg lalu atas chest, org akan ingat dia kene heart attack sebab sakit sgt; lepas tu, kalau tak di treat cepat cepat dgn acyclovir atau gancyclovir, maka dapat lah pst-herpetic neuralgia (PHG), sakit yg berterusan di tempat shingles dulu tu.. teruk PHG ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:48 PM | Show all posts
ipes2 posted on 22-9-2014 04:14 PM
dah muda muda lagi dah kene kayap? biasanye, Varicella Zoster Virus (VZV) ni akan re-activate as s ...

Dah nak kena kan..huhu..nak kurangkan dosa kot..hehe..tp dia keturunan x?sbb i ni byk persamaan ng mak..n mak i mmg dr muda selalu kena..tp yg mcm tu la..setompok je..i je kena teruk..hopefully xkan kena lg la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:49 PM | Show all posts
ipes2 posted on 20-9-2014 05:51 AM
shingles ni reactivation of checken pox nyer virus je; varicella zoster tu dok dalam nerve after it  ...

Ada cara x nak elakkan dr berulang?eg ada certain mknn ke yg kena amik or elakkan?or ada vaksin ke..just asking..tq
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:11 PM | Show all posts
takde genetic issue dalam ni (ie tak de effect keturunan ke apa); chicken pox org akan kena sekali je seumur hidup; org yg kata dia kene chicken pox dua kali tu, maksud nyer salah satu dari diagnosis yg dia dapat tu tak tepat la. byk jugak benda yg mimic chicken pox ni.

takde usul pemakanan juga; there isn't much that u can do in terms of diet or activities yg boleh elakkan shingles ie kayap ni.

chicken pox, di Negara barat, biasanya ada "pesta"; ie kalau musim panas bila sekolah cuti, org org di taman perumahan akan bawak anak2 depa ke tempat budak yg kene chicken pox if anak anak depa tu dah umur yg ok eg 4-5 tahun etc.

sebabnya, chicken pox masa ni mild je; if kene chicken pox masa bayi, mmg teruk; if kene chicken pox bila dah dewasa, sgt teruk; if bila umur 40-50, ada chan boleh fatal
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:18 PM | Show all posts
mak selalu kene? ish, betul ke kayap? sakit tau kene selalu selalu;.. maybe benda lain; tgk la dalam google images ni, search under "shingles"..
aha, Allah nak uji u or untuk ampun dosa or untuk bagi kebaikan sebagai ganti, amen; SyafaqAllah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:25 PM | Show all posts
miz_hanne posted on 22-9-2014 04:49 PM
Ada cara x nak elakkan dr berulang?eg ada certain mknn ke yg kena amik or elakkan?or ada vaksin ke ...

takde genetic issue dalam ni (ie tak de effect keturunan ke apa); chicken pox org akan kena sekali je seumur hidup; org yg kata dia kene chicken pox dua kali tu, maksud nyer salah satu dari diagnosis yg dia dapat tu tak tepat la. byk jugak benda yg mimic chicken pox ni.

takde usul pemakanan juga; there isn't much that u can do in terms of diet or activities yg boleh elakkan shingles ie kayap ni.

chicken pox, di Negara barat, biasanya ada "pesta"; ie kalau musim panas bila sekolah cuti, org org di taman perumahan akan bawak anak2 depa ke tempat budak yg kene chicken pox if anak anak depa tu dah umur yg ok eg 4-5 tahun etc.

sebabnya, chicken pox masa ni mild je; if kene chicken pox masa bayi, mmg teruk; if kene chicken pox bila dah dewasa, sgt teruk; if bila umur 40-50, ada chan boleh fatal

mak selalu kene? ish, betul ke kayap? sakit tau kene selalu selalu;.. maybe benda lain; tgk la dalam google images ni, search under "shingles"..
aha, Allah nak uji u or untuk ampun dosa or untuk bagi kebaikan sebagai ganti, amen; SyafaqAllah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:36 PM | Show all posts
ipes2 posted on 22-9-2014 05:25 PM
takde genetic issue dalam ni (ie tak de effect keturunan ke apa); chicken pox org akan kena sekali ...

Selalu jgk i google psl kayap ni..n mcm sama ng my mom kena la..xdela selalu..tp klau 2 thn sekali mcm selalu je i rasa since kayap ni bukan selalu org kena..mmg my mom sakit la..dia pun guna ubat traditional jek..

betul ke kalau dah kena kayap ni xkan kena chicken pox?rasanyer my hsbd penah 2 times kena n mmg agak teruk dia kena..i saje je ckp maybe sbb dia ada twin n twin dia x kena,tu sbb dia kena 2 times..hahaha


ot jap..u doctor ke..boleh la i tny mcm2 klau doc..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:48 PM | Show all posts
miz_hanne posted on 22-9-2014 05:36 PM
Selalu jgk i google psl kayap ni..n mcm sama ng my mom kena la..xdela selalu..tp klau 2 thn sekali ...

chicken pox ni kita can get only once in our lifetime due to the nature of the virus tu; eg macam la jugak peluru yg dah ditembak, u cannot use again. so, chicken pox memang kene sekali je in a lifetime; shingles yes you can get many times; bunuh la virus tu from your mom dgn guna Acyclovir..bawak gi hospital bila masa nak kene (mom u akan rasa ada tingling sensation kat dermatomes yg dia selalu kene tu); sama tgh rasa tingling tu, amik acyclovir tu at least 5 days.. rasa nya TDS or more.

ha ha maybe each twin dah kene sekali sorang.. ha ha.. mana u nak tau sebab depa pon twins; depa pon kadang kadang lupa agaknya aku ni twin A or twin B..ha ha i melawak kejap. yes, i am a doctor; ok je, i cuba la jawab mana yg i tau..mcm VZV ni kira common knowledge la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 06:03 PM | Show all posts
ipes2 posted on 22-9-2014 05:48 PM
chicken pox ni kita can get only once in our lifetime due to the nature of the virus tu; eg macam  ...

Ok..so,betul ke klau i dah kena kayap,i xkan kena chicken pox?ada probability x org tu xkan kena chicken pox in their lifetime?my mom tu biasa la org tua ni..sakit lain dia rajin ke hosp..tp kayap dia ckp dah biasa..dia tahan jela..cuma yg early this year dia kena dia ckp sakit..

Betul ke kalau kayap ular tu klau bersambung boleh sebabkan kematian..kayap ni common knowledge ke..dlu i igt org ckp jenis sakit traditional..lepas i kena baru i tau ada ubat moden jgk..maybe i kurang membaca..huhu..tp pelik jgk sbb masa i dah teruk kena,i g hosp diorg xtau i sakit apa..maybe 3rd time kot baru doc tu  bg i type of medication yg i kena amik..

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 06:32 PM | Show all posts
miz_hanne posted on 22-9-2014 06:03 PM
Ok..so,betul ke klau i dah kena kayap,i xkan kena chicken pox?ada probability x org tu xkan kena c ...

ha ha so sorry that your docs tak dapat diagnose properly; well he or she should know...that is part of being a doctor. anyway, takde kene mengena la kalau bersambung boleh mati; tetapi, kayap ni dia akan kena satu dermatome je.. (google online to know what a dermatome is, images will help). if bersambung, maksudnyer ada 2 dermatomes la..maksudnyer org tu sgt teruk immunity nyer. org yg immunity teruk ni mudahla mati..kene selsema pon boleh merebak jadi pneumonia dan mati because of the pneumonia. so, kayap bersambung taklah cause death, tetapi is an indication that the patient has a very poor immunity.

no, if u dah kene CP, u wont get it again. if the VZV reactivates, ia akan reactivates as shingles.

makan acyclovir awal awal ok. tapi makesure doctor yg prescribe, jgn beli kot internet..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 06:59 PM | Show all posts
ipes2 posted on 22-9-2014 06:32 PM
ha ha so sorry that your docs tak dapat diagnose properly; well he or she should know...that is pa ...

Yup..ubat tu la yg doc tu bg i dlu..lepas mkn ubat tu mmg terus hilang je sakit..tp kena on time,klau lambat skit mmg i sakit..not sure sbb brand lain ke apa..even i amik dose yg sama,kesan dia lain i rasa..brand hovid tu buat i x sakit, brand lg satu tu i lupa..tp still i boleh rasa sakit dia..

ehh..klau i dah kena kayap,i akan kena cp x?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:04 PM | Show all posts
miz_hanne posted on 22-9-2014 06:59 PM
Yup..ubat tu la yg doc tu bg i dlu..lepas mkn ubat tu mmg terus hilang je sakit..tp kena on time,k ...

no, once u dah kene CP, u dah immune dah to VZV forever.
tapi, VZV yg dtg dlm badan u masa u kene CP tu akan hidup dalam nerve cells you forever also.. if immunity u turun, VZV tadi akan re-activate..jadilah shingles ie kayap. u will never again get CP.

Hovid? ubat apa tu? apa name chemical dia? brands takde kene mengena dgn efficacy ubat.. chemicals dalam tu ada kene mengena.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.080674 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list