CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: uniq61

Penyakit KAYAP

[Copy link]
Post time 22-9-2014 07:13 PM | Show all posts
ipes2 posted on 22-9-2014 07:04 PM
no, once u dah kene CP, u dah immune dah to VZV forever.
tapi, VZV yg dtg dlm badan u masa u kene ...

Bukan ubat..ubat tu yg u gtau td..just brand dia hovid..ntahla..u mst lg tau sbb u doc kan..just masa i amik ubat n dosage yg sama tp diff brand,i dpt rasa the diff..or maybe masa tu sakit i kdg2 kuat or x kot..

Tp kan,my mom penah g klinik la sbb kayap..doc x penah bg acyclovir tu..lepas i bg nama ubat tu,baru doc bg..n elokla mak i..nape yer..ada ubat lain ke selain acyclovir tu?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 07:18 PM | Show all posts
miz_hanne posted on 22-9-2014 07:13 PM
Bukan ubat..ubat tu yg u gtau td..just brand dia hovid..ntahla..u mst lg tau sbb u doc kan..just m ...

ada ubat lain, tapi cukuplah dgn acyclovir tu;
yes, if reactivation u tak teruk, symptoms u tak teruk la; so, masa ni, amik ubat cepat la baik, kurang sakit.
if reactivation teruk, amik ubat yg sama pon mugkin lambat pulih jugak.
for pain with PHN, kita pakai painkillers eg pregabalin etc etc
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:29 PM | Show all posts
ipes2 posted on 22-9-2014 07:18 PM
ada ubat lain, tapi cukuplah dgn acyclovir tu;
yes, if reactivation u tak teruk, symptoms u tak  ...

Byknyer terms i xtau..hahaha..hopefully i xkan kena lg la..just nak gain knowledge dr u..so that bila org lain kena i blh tlg..sbb ramai org yg i tau suka amik ubat traditional..but i ni lebih suka n percaya kt doc..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 07:37 PM | Show all posts
miz_hanne posted on 22-9-2014 07:29 PM
Byknyer terms i xtau..hahaha..hopefully i xkan kena lg la..just nak gain knowledge dr u..so that b ...

kalau ubat tardisional really works, sure dah lama kita maju hi hi..semua nya dari Allah..tapi Dia ada methodology nye.. jadi, Dia buatlah ubat ubat sebagai melawan penyakit..Dia dah kata gitu; so kita kena cari la ubat yg betul.
u tak yah tau pon all these terms, faham about the illness cukuplah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:03 PM | Show all posts
Tu la..i ni apa2 mmg g hosp dlu la..traditional tu kira 2nd choice la..sbb selalu sgt skng dah jd ngarut..mcm i kena kayap tu la..smpai ckp kena buatan org yg suka kt i la..sape la nak suka i cmtu skali..bukan miss world pun..haha..pastu siap nak mandikan plak..sejak dr tu,i mmg lg la x percaya sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah kena cmpak or chicken pox dr kecik smpai skg umur pn da 25
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2014 11:09 PM | Show all posts
ijannaruto posted on 23-9-2014 12:52 AM
Tak pernah kena cmpak or chicken pox dr kecik smpai skg umur pn da 25

campak is German Measles dan di negara semacam malaysia, bayi are vaccinated against it; VZV causing chicken pox tho is endemic and will continue to be.
if u kene chicken pox at this age, you might get a really bad one, and also each of its pox can cause u a scar; kalau u kene byk, maka byk la scars u.. masa budak budak CP ni mild je and the scars will heal sebab our skin cells muda lagi masa tu.

i had mine at 19 and it was really terrible for me
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 posted on 23-9-2014 11:09 PM
campak is German Measles dan di negara semacam malaysia, bayi are vaccinated against it; VZV causi ...

Alamak takutnya!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 02:44 AM | Show all posts
anak aku skarang diserang chicken pox nie.. mula2 si abang (6 tahun).. tak berapa teruk.. sekarang berjangkit pada kakak pulak (4 tahun).. yang ni teruk. habis muka dia.. yang paling takut kalau berjangkit pada si adik (6 bulan).. aku tau ada vaksin untuk virus VZV nie.. tapi aku call semua klinik berhampiran, semua out of stock.. yang ada satu klinik pakar kanak2 nie.. hopefully aku sempat dapatkan dos tu sebelum orang lain..

btw, aku n spouse dah pernah kena CP ni masa zaman kanak2 kami.. so, memang betul kata orang.. penyakit nie seumur hidup sekali aje..

doc ipes2, biasanya bape lama masa untuk recover dari CP nie? Untuk pengetahuan, anak yang tengah kena nie, start jangkitan hari ahad lepas.. buat masa nie, hanya bagi pracetamol untuk kebahkan panas badan dia dan sapukan calomite..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 05:03 AM | Show all posts
storyboard posted on 24-9-2014 02:44 AM
anak aku skarang diserang chicken pox nie.. mula2 si abang (6 tahun).. tak berapa teruk.. sekarang b ...

biasanya once u dapat VZV tu, dia diam jap dalam badan u seminggu dua, pas tu yg dapat prodromal illness lebih kurang 5-7 hari, ie rasa tak sehat dan macam kena flu, batuk batuk..masa ni u contagious habis;once u dapat blisters dia, ie pox dia tu keluar, u r no longer contagious; tapi org kat mesia, biasanya masa tgh ada pox di la dikurung nyer budak budak..sian, padahal, masa ni budak tu dah tak contagious sgt dah..sebelum pox tu kuar yg contagious sgt nyer.

bila pox kuar, u dpt illness dia 1 week gituh; pastu sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 05:24 AM | Show all posts
petua orang rua-tua, minum air kelapa.. bila first dia kena tu, ada bagi dia minum air kepala and the next day, semua bintil2 tu keluar..  one more question, dalam keadaan sekarang - 4 hari lepas infection, boleh tak bawak dia keluar ie buat aktiviti, g shopping complex ke taman mainan ke..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2014 10:14 AM | Show all posts

2 Kaedah Merawat Penyakit KayapPosted by Encik Oktant at Khamis, Januari 14, 2010
Saya mula mengenal penyakit kayap ni semasa tinggal di asrama dulu. Itupun sebab ada seorang rakan yang mengalaminya. Kesian juga saya tengok keadaan beliau. Tapi tak dapat nak tolong sebab tak tahu langsung cara nak merawatnya.


Tapi beberapa hari lepas, saya ada baca petua untuk mengubati penyakit kayap. Terdapat 2 kaedah tradisional yang boleh anda gunakan sekiranya berdepan dengannya.



Kaedah Pertama:


1. Anda ambil 10 duri pokok kekabu.



Gambar Pokok Kekabu - wikipedia.org


2. Lepas tu, asahkan duri itu sehingga terkeluar cecair yang agak pekat. Tadahkannya dalam satu bekas.


Gambar Duri Pokok Kekabu - florawww.eeb.uconn.edu


3. Kemudian, sapukan cecair duri pokok kekabu tadi pada bahagian kayap di anggota badan anda.


Buatlah petua ini berulang kali sehingga kayap anda sembuh.



Kaedah Kedua:


1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.


Gambar Keladi Candik (Keladi Merbah) - smkclifford_lestari @ photobucket.com


2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.


3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.


Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.



Macamner dengan ubat kayap di atas? Harap anda yang dijangkiti kayap dapat mencuba petua ni. Jika tak keberatan, sila kongsikan hasilnya di ruangan komen @ ulasan ya. Saya amat menghargainya walaupun satu ayat.



Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/01/2-kaedah-merawat-penyakit-kayap.html#ixzz3ECAtaRkF
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2014 10:15 AM | Show all posts
Apa itu kayap?? dan petua mengubatinya

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.


Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.


Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.


Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.


Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.


Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.


Jenis-jenis kayap.

Selain kayap ular,
Kayap api2
Kayap tompok
Kayap selendar
Kayap harimau
Kayap bersambung (umur pendek)


Simtom-simptom bila terkena penyakit ini? Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.

Contoh kayap ular menyerang dibelakang badan



Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.


Bagaimana mengubatinya??


Petua 1.

Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.



Petua 2.

Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.



Petua 3.


Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.

Petua 4. (Untuk kayap setompok).


Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.



Petua 5.


Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.



Petua 6.


Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.



Petua 7


Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.

Petua 8.


Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.



Petua ke 9.

1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.

2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.

3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.
Pantang larang ketika sakit ini.

Jangan makan makanan berminyak.
Buah tempatan tak boleh makan.
Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
Tak boleh kena sabun.
Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
Tak boleh makan makann yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)



Last edited by uniq61 on 24-9-2014 10:22 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2014 10:16 AM | Show all posts
Daun Cili Boleh Mengubati Penyakit Kayap

Baru-baru ini saya mendapat lagi petua baru dari seorang pembaca. Saya rasa petua ini menarik kerana jarang mendengar orang menggunakan daun cili bagi mengubati penyakit.

Dahulu saya sering terkena kayap.. orang tua kata kayap ular.. cara untuk mengatasinya.. Saya gunakan daun cili dan kapur makan..
Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap.
Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Kiriman Email dari;  mawardah_25 @ yahoo.com



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2014 10:18 AM | Show all posts
PENYAKIT KULIT KAYAP DAN BEDAK SEJUK...
Penyakit kayap atau shingles adalah penyakit yang
disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali
varicella-zoster virus, atau VSZ.

Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan
chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya
akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak
semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah
seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan
pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.
Simptom2 terkena penyakit kayap ialah pesakit akan alami
sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit . Bahagian
kulit juga akan rasa gatal2, geli2, terasa panas seperti
terbakar, rasa macam nak demam, tekak rasa loya, pening
berpanjangan, hilang selera makan dan timbul ruam2 panas.




Penyakit kayap
pada bahagian belakang
badan







Selepas beberapa hari, bahagian kulit dijangkiti penyakit
kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam
panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih
dan mula menjalar.

Penyakit kayap ini boleh menjangkiti mana2 bahagian
kulit tubuh kita samada bahagian badan, mata , ketiak
mahupun bahagian hidung.

Jenis2 penyakit kayap :

1) Kayap Ular
- paling merbahaya dan boleh membawa maut
- boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan
- kayap jenis menjalar / melilit ( merebak )
- boleh terjadi dimana2 bahagian badan
- bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang
  sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada
- ada juga menyerang bahagian dada saja
- boleh menyerang bahagian urat saraf ' rasa ' . Lazimnya
  ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut
  lengkaran urat saraf ‘ rasa ’.
- keadaan kulit boleh melecet, pedih serta sakit
- ambil masa juga untuk sembuh diantara beberapa hari ke
  minggu, ada yang sehingga bertahun2 disebabkan faktor
  usia

Lain2 jenis kayap :

1) Kayap melukut
2) Kayap jagung
3) Kayap api2
4) Kayap setompok
5) Kayap selendar
6) Kayap harimau
7) Kayap bersambung (umur pendek)

Pantang larang bila terkena penyakit kayap :



1) Ada pendapat mengatakan cepat2 jumpa doktor atau pakar
    perubatan untuk nasihat dan rawatan . Ada juga mengatakan
    cuma jumpa pakar rawatan tradisional. Jadi ikut yang mana
    terbaik.
2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar
    untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian
    dengan bahagian kulit.
3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas ( contoh jemur
    di luar rumah dibawah terik matahari atau yang baru digosok)

4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah
5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh
    merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta
    ubat untuk kurangkan rasa gatal2.
6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu
    dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.
7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari
    mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni
    akan dijngkiti pula.
8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan
    kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin,
    makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang
    rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.
9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/
    berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
10) Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng
      sebarang benda pun.

Antara petua2 lain boleh dicuba :

1) Sapu dengan BEDAK MUNTAH BELUT untuk keringkan /
    kecutkan kayap tu dan seterusnya menghilangkan
     parut kayap tu
2) Sapu dengan alor vera
3) Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka
    ke bahagian kulit terkena kayap tu
4) Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau
   ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur . sapukan
   dibahagian kulit terkena kayap.
5) Gunakan daun pokok duit2. Ditumbuk hancur , ambil
    daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat
    dijangkiti kayap tu . Jika boleh, dibengkungkan semalaman.
6) Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan
    bedak sejuk (tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH
    BELUT ) dan tempekkan pada tempat kayap itu.
7) Gunakan daun bunga melur , Pucuk daun buah delima ,
    Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas
    di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan
    bedak sejuk ( tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH
    BELUT ) dan di bancuh pekat. Kemudain di sapu atau tampal
    atau tempekkan pada tempat kayap tu .
8) Gunakan ubi larut. Di gosokkan pada simen atau lesung batu,
    ambil pati nya dan sapu di tempat kayap tersebut.
9) Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur
    dicampur dengan kembang semangkuk

Sambil2 berubat tu, cuba dapatkan juga air penawar dari pakar
perubatan tradisional. Biasanya air penawar ni disediakan
berpandukan kepada ayat2 suci al-quran. Semasa sedang
berubat tu, selalu2lah berdoa kepada Allah agar sembuh cepat.
Pilih lah mana2 petua2 / cara rawatan yang bersesuaian seperti
dicatitkan di atas untuk rawatan penyakit kayap tu ,
amalkan sekerap yang boleh, insyallah penyakit kayap yang
dialami akan sembuh secara ansuran.
Yang penting perlu ingat ialah bila kayap tu dah kering, jangan
dikupil pula parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau
bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan
kembali merebak. Jadi berjaga2 la ya...



http://diari-alya2.blogspot.com/2012/01/penyakit-kulit-kayap-dan-bedak-sejuk.html





Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 10:28 AM | Show all posts
ijannaruto posted on 23-9-2014 11:13 PM
Alamak takutnya!!

Try la g amik vaksin..tp klau dah umo cmni boleh amik lg ke vaksin?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 03:27 PM | Show all posts
sy umur 24 tapi sakit kayap ni dari kecik. atleast setahun saya akan kena sekali. paling teruk kena 2 kali setahun.

ni dah 2014 bulan sembilan. awal tahun hari tu dah kena sekali. harap hujung thun ni tak kena lagi. dan tahun2 hadapan tak kena dah. sebab kayap tu tempat sama je dari kecik. kat bibir atas mulut. sbb tu sy sensitif pada bahagian tu. taknak garu sgt. tak nak biar ada jerawat. taknak ada luka. sbb akan trigger jd kayap.

kayap ialah satu sakit yang sangat sakit. dan memang rasa nak meraung kalau kena. seminggu sahaja untuk tempoh demam dan sakit dan gatal dan pedih dan ya allah. minggu kedua utk tempoh pengeringan. minggu ketiga parut kelihatan. minggu keempat baru betul2 sembuh.

semoga tak kena lagi. shuh shuh main jauh jauh. aku benci kau kayap.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 05:27 PM | Show all posts
aerolz posted on 24-9-2014 03:27 PM
sy umur 24 tapi sakit kayap ni dari kecik. atleast setahun saya akan kena sekali. paling teruk kena  ...

X berparut or berkesan ke kt tmpat kena tu..i amik masa bertahun nak hilangkan kesan tu..maybe sbb kena teruk sgt kot..
skng ni ada 1 je kesan yg tinggal..maybe x boleh hilang kot sbb yg ni dlu bila dia bersambung tu yg jd besar tu..nasibla x nampak sgt..
doc kt atas ni kan dah bg ubat apa perlu amik..just nnt klau kena g klinik mintak dr doc la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 06:32 PM | Show all posts
aerolz posted on 24-9-2014 03:27 PM
sy umur 24 tapi sakit kayap ni dari kecik. atleast setahun saya akan kena sekali. paling teruk kena  ...

hmmm..tu macam 'cold sores' je ie Herpes Simplex Virus-1 yg buat tu; ie HSV1.
typical sgt dekat lips; different to Chicken Pox (VZV) or Shingles (reactivation of VZV).
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 06:45 PM | Show all posts
storyboard posted on 24-9-2014 05:24 AM
petua orang rua-tua, minum air kelapa.. bila first dia kena tu, ada bagi dia minum air kepala and th ...

boleh je cuma sometimes org sekeliling tak suka kita bawa anak yg baru lepas kene chicken pox.. berbeza kot dari di negara barat where u have pesta chicken pox; also if just few days after poxes tu kuar, your child may still be weak n tired
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.185752 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list