CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

OBESITY: ask your questions here..

[Copy link]
Post time 22-10-2014 01:41 PM | Show all posts
Salam.. saya pun morbid obese.. berat 100kg++
Slip disc jugak l5-s1, jatuh kat ofis.. dah buat fusion pun so sekarang part wolverine..huhu
Ironicnya masa memula dulu dlm tahun 2010 camtu dah start sakit2 belakang.. Working environment memang mengadap pc 8-5pm. Masa tu lagi berat, dalam 120kg gitu (tinggi 160cm). I start high protein diet, kira kalori diet, fast walk at least 30km per week. Turun berat dalam 40kg dalam masa 2 bulan - seriously. But then berat dah dalam 70kg, I hit plateau. Memang down sangat2 sebab my target is 65kg.. Lagi 5kg je lagi.. dekat 1 tahun nak turunkan 5kg tu tak dapat2 jugak. Frust menonggeng + my back pain tak hilang pun.
By end 2012 dah give up. Berat tak turun, back pain makin kerap so I buat conclusion back pain bukan sebab weight. Masa tu tak tau lagi ada slip disc until end 2013, jatuh kat opis. Buat MRI baru tau PID l4l5s1. Sekarang ni dah obese balik.. Nak exercise macam dulu memang tak la.. jalan 30 minit pun dah kejang kaki. Diet la jugak, tapi makan lyrica (ubat tahan sakit) selera datang balik.. huhu
Tengah mencari2 jugak apa yg boleh dibuat untuk kurangkan berat ni. Dah la saya ni jenis kaki kecik, upper body lagi besar..kesian kat pinggang berbesi tu.. cadang nak beli elliptical bike. At least gerak jugak la sendi2 kaki ni..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2014 03:45 PM | Show all posts
ikmanurz posted on 22-10-2014 01:41 PM
Salam.. saya pun morbid obese.. berat 100kg++
Slip disc jugak l5-s1, jatuh kat ofis.. dah buat fusi ...

wslm ikmanurz,
research have shown that overzealous target will only cause frustration and rebund to previous weight.
research also shown that any weight loss that is quick or rapid, will be interpreted by the brain as an insult to the body so the brain, via the hypothalamus, will work hard so that the body will regain its previuos weight.
very many research have shown that the best, maintainable weight that one could lose and maintain, is 10% peak weight.
So, if someone is 100kg, the weight that he can lose and maintain easily is 90.
if you were 110 kg and lost 40kg, that is way too much. your body, cells, brians, enzyme systems and hormones as well as feeding behaviour will work very hard to get this weight all back; the body thinks you were starved in the desert or something.. you see, brain ni bukan ada mata pon, dia tak nmpk your plan.

suggestion for you: lose 2.2lbs a week, mcm 1 kg gitu. after dah hilang 10kg, ie work real hard to maintain this new weight for 12 months. No starvation, ... starvation akan hanya activate our primitive survival instinct utk tambah balik weight yg hilang. any rapid weight loss eg 40kg dalam masa 2-3 tahun tu, akan di rasa oleh your brain..dia akan activate balik rasa lapar dan taste for food etc.

dalam ceramah yg i bagi kat pt, kita bagitau depa kita nak depa hilang 5-10% je dan maintain; and this is exactly what my prof pon kata jugak.

any building built quickly or in a hurry, will never last.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 03:07 PM | Show all posts
Hmmm bagusnya insan2 terpilih macam ipes2 dan storyboard ni...
tak kedekut ilmu....
Seronok I baca info from you all....

Anyway I baru join kelas Yoga... sebab lately weight dah bertambah....
What do you think, Yoga class boleh kuruskan badan taK? (sbb I malas nak jogging)
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 01:39 AM | Show all posts
salam everybody.. lama tak menjeguk kat sini.. rutin harian but i jadi bz.. minggu ni baru ada free sket, jadi boleh la singgah di sini..

Hi rain, pasal kelas yoga nie x sure kalau ianya membantu dalam mengurangkan weight.. sebab as long as i know yoga banyak focus pada meditasi (banyak melibatkan brain relaxing dan kurang melibatkan pergerakkan yang exstrem)..

Ini petikan yang i dapat dari salah satu sumber yang i baca:

"Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik"


Harap ini membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 01:41 AM | Show all posts
Ini antara tips untuk membantu mengurangkan berat badan:

Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

1.Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

2.Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana
1. nafsu makan akan bergelora dan
2. metabolisma badan akan menurun.

3.Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!

4.Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda.

5.Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya?

6.Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

7.Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

8.Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.

9.Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

10.Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 01:44 AM | Show all posts
Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.


1.Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

2.Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan?

3.Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.

4.Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.

5.Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.

6.Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.

7.Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).

8.Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.

9.Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.

10.S.e.k.s sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti s.e.k.s adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2014 01:46 AM | Show all posts
Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.


1.Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.

2.Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.

3.Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.

4.Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

5.Dapatkan suplemen multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

6.Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 12:32 PM | Show all posts
kalau lepas beranak..let say normal....bukan c-sect..bila ye boleh start buat senaman kardio...3rd months dah boleh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2014 03:59 AM | Show all posts
storyboard posted on 27-10-2014 01:46 AM
Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen  ...

i like this post; its helpful. tapi i tak boleh endorse mana mana product. good guide in here. well done SB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 04:02 AM | Show all posts
siputsedut posted on 27-10-2014 12:32 PM
kalau lepas beranak..let say normal....bukan c-sect..bila ye boleh start buat senaman kardio...3rd m ...

Siputsedut, eh tu kira lambat dah tu; doctors encourage to keep fit as soon as possible; be active as soon as possible.
a few, 2-3kg of the final ones after beranak tu are quite difficult to shift.. tapi bleh je
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 07:33 AM | Show all posts
ipes2 posted on 28-10-2014 04:02 AM
Siputsedut, eh tu kira lambat dah tu; doctors encourage to keep fit as soon as possible; be active ...

dari pengalaman anak first..biasa luka fully kering agak lambat...almost sebulan baru kering...then after that terus boleh start cardio ke? mcm ngeri plak rasanya my friend ckp doktor dia check dlu..make sure luka kering dan check perut jugak..tp masa tu dia dah 3 months...so after 3 months dia terus masuk gym...ke saya patut start dengan yang light2 brisk walking dlu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:33 AM | Show all posts
nak tanya la cam ner nak target berat yg nak diturunkan cam rancangan kt tv tu... tah apa tah rancangan tu nyer tajuk... dia kasi target... contoh 1st dia suh kurangkan 5kg... pas tu dlm masa 3 bln turunkan 10kg... pas tu turukan lagi 5 kg... etc... cam ner eh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:49 PM | Show all posts
WawaRaRa posted on 28-10-2014 11:33 AM
nak tanya la cam ner nak target berat yg nak diturunkan cam rancangan kt tv tu... tah apa tah rancan ...

setiap individu mempunyai karektor/sifat tersendiri.. u leh measure sendiri perubahan badan u. ada orang senang gain weight, ada pulak yang susah nak reduce.. cuba dulu control pemakanan dan monitor berat badan secara weekly basis.. tengok bape banyak reduction base on food control. dari situ dah boleh target bape kg yang u nak dan bape lama masa yang diperlukan. disiplin tu amat penting ya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 04:46 AM | Show all posts
siputsedut posted on 28-10-2014 07:33 AM
dari pengalaman anak first..biasa luka fully kering agak lambat...almost sebulan baru kering...the ...

hmm chinrub chinrub; I tak practice in obstetrics; or gynaecology. by the word luka, do you mean from episotomy? if its episiotomy, then, really its good to have that healed dulu. in terms of how your body will handle the rigours of exercise, I tak pulak tahu if there is any restrictions of when to start.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai  ipes2 hai storyboard..saya sekarang tgh dlm program penurunan berat badan..saya senam memang tak tentu..maksud nya saya shari tu bodyjam hari lain bodycombat body attack..zumba..xtentu..kalau xda kelas saya main treadmill..pun x lama..dalam 30minit..kalau malas gak..pegi sauna.kalau rajin saya buat squat burpee jumping jack push up sit up utk 3set d rumah..dah dekat 7 minggu saya ikut senam macam itu..pastu pasal diet saya memang kira kalori..kalori saya dlm 1800 intake shari..tapi saya cuba x ambik 1800 shari..kadang2 kurang..dalam masa 7 minggu tu saya turun berat 4.9kg..
Persoalan saya yang pertama..kenapa..ada orang yang senaman macam saya dia (perempuan)lebih cepat turun berat badan..ada tu sampai 23 kg.
Kedua ..supplement apa yang sesuai untuk kurang kan berat badan utk perempuan
Ketiga ..ambilan air sharian brp..?saya pernah terbaca kalau 25 kg sama dgn 1liter air..atau kita mesti ikut jernih air kencing kita..?
Keempat ..senaman apa yg boleh mengecilkan bahagian punggung?
Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 03:04 AM | Show all posts
i try jawab semampu yang boleh.. ada beberapa point kat sini:

1. program penurunan berat badan. ok, rahsianya ialah kadar metabolisme badan seseorang.. semakin tinggi metabolisme, kuruslah orang tu dan sebaliknya.. ingat! kunci nya adalah metabolisme badan..


2. senaman.. senaman perlu untuk membakar kalori dan mengelakkan kalori ditukarkan kepada lemak.. pelbagaikan bentuk senaman.. jangan stick pada satu jenis dan buat jadual dalam bentuk bulanan.. katakan bulan ni buat zumba, bulan depan tukar kepada bodycombat,next kepada jogging dan treadmill.. kalau mampu, lakukan HIIT sebab pembakaran kalori untuk HIIT lebih efisen berbanding hanya berjogging. dan jangan lupa senaman berat seperti mengangkat dumbell.

3. pemakanan..
  - banyakkan minum air masak. air masak adalah nuetral, ianya takkan mengemukkan seseorang malah air suam membantu meneutralkan asid dalam badan..
- minum teh hijau. teh hijau juga membantu meninggikan metabiolisme badan.
- kurangkan pengambilan gula dan garam
- banyakkan minum kopi. kafien membantu meningkatkan metabolisme badan
- kurangkan makanan bergoreng..
- lebihkan makanan berserat seperti oat,buah-buahan,sayuran dan beras merah

4. pola pemakanan .. kerapkan makan kerana kerap makan membantu badan memproses makanan dengan lebih teratur, jadi sistem badan tidak berkerja dengan berat dan ini membantu meningkatkan lagi metabolisme badan..

5. tido yang cukup.. tido cukup membantu badan untuk berehat dan membaikpulih tisu2 dan otot yang rosak selepas senaman... ianay juga adalah waktu yang baik untuk sistem badan berada dalam keadaan rileks..


Last edited by storyboard on 1-11-2014 03:07 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2014 01:55 PM | Show all posts
kalo nak jumpa Doktor Ipes ,kena buat appoinment tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 06:39 PM | Show all posts
storyboard posted on 1-11-2014 03:04 AM
i try jawab semampu yang boleh.. ada beberapa point kat sini:

1. program penurunan berat badan. o ...

Thank you SB, for the answer.
Sorry Orix I tgh ber cruise ni; keje nyer makan je..alhamdulillah halal mkn atas kapal ni.
Zaujah i pi la gym and buat la zumba..I bergolek je.. sgt tak patut.. tapi  bila ship ni stop kat ports, i memang menapak ke semua tempat, nak bakar calories
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 06:40 PM | Show all posts
storyboard posted on 1-11-2014 03:04 AM
i try jawab semampu yang boleh.. ada beberapa point kat sini:

1. program penurunan berat badan. o ...

owh, Ergonjes yg I patut address tadi; maaf I address Orix by mistake.
Wallahu alam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 07:06 PM | Show all posts
suhaila75 posted on 3-11-2014 01:55 PM
kalo nak jumpa Doktor Ipes ,kena buat appoinment tak?

maaf suhaila saya tak practice in Mesia. Last edited by ipes2 on 3-11-2014 07:07 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061824 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list