View: 2021|Reply: 34
|
[Tempatan]
Cadangan rasionalisasi minyak RM1.80 seliter, kuota 120 liter sebulan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran meneliti dan memperhalusi skim 'diskaun' yang diperkenal Icash Global Rewards dalam kaedah pemberian subsidi minyak.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kaedah yang diperkenalkan itu lebih kepada memberi subsidi untuk kumpulan sasar yang amat memerlukan bantuan, dan tidak kepada semua seperti sekarang.
"Syarikat ini berjaya menyahut seruan kerajaan untuk program inovasi bagi kaedah penstrukturan program subsidi minyak negara yang selama ini dicari-cari," katanya merujuk kepada kumpulan perbincangan yang diwujudkan Perkasa untuk meneliti keberkesanan cadangan Icash Global Rewards.
"Bagi rakyat biasa yang dahagakan bantuan dan menghadapi kos sara hidup yang sentiasa meningkat, sistem ini menawarkan cadangan pembelian minyak RM1.80 seliter untuk kuota 30 liter seminggu atau 120 liter sebulan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur di sini hari ini.
Tambahnya, pembelian yang melebihi kuota akan dikenakan harga RM2.10 seperti yang dicadangkan.
"Bagi pemilik kenderaan yang berkemampuan, mereka dicadangkan membeli minyak RON95 dengan harga tanpa subsidi iaitu RM2.86.
"Manakala bagi kenderaan bukan milik warganegara, mereka dicadangkan harga yang berpatutan tetapi masih rendah daripada harga jualan di negara masing-masing," ujarnya.
Dalam pada itu, tambah Ibrahim, harga minyak diesel bagi kenderaan logistik juga dapat diturunkan.
"Kita harap ia dapat diturunkan ke tahap paling minimum, contohnya RM1.50 seliter.
"Secara logiknya, ia dapat menurunkan harga barang dan keperluan harian termasuk tambang pengangkutan bas, feri, bas sekolah, dan lain-lain," ujarnya.
Katanya lagi, kaedah yang diperkenalkan itu membolehkan kerajaan mendapat penjimatan RM9.85 bilion setahun, sekali gus menghapuskan ketirisan, penyelewengan dan penyeludupan bahan bersubsidi.
"Kerajaan juga tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan kerana iCash akan menanggung semua kos, termasuk mengeluarkan kad 1Malaysia," tambahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Icash Global Rewards - apahal nak go thru company dorman ni? Gomen tak boleh handle ka?
BTW, 120 liter per month duduk KL is pure BS. Kelisa kokak aku pun seminggu sedut 60 liter |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila pula si katak ni tahu pasal penjimatan? Bukan dia baham semua yang lintas depan mata? |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang katak bangang ni tahu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kereta sekarang..sebulan 3x refuel...dah lebih 15liter dari kuota |
|
|
|
|
|
|
|
mikasa posted on 30-9-2014 11:37 PM
Kalau kereta sekarang..sebulan 3x refuel...dah lebih 15liter dari kuota
that means u r using more than the average person
so you wont get a subsidy for the excessive usage
simple
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi aku percaya benda ni dalam kajian je nampak elok
nak laksanakan nanti camne? pakai IC ke???
nanti ada la kes hilang ic sebab bagi pinjam kat orang lain yang kuotanya dah abis |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku cara yang paling elok untuk agihkan subsidi minyak ini tanpa kos yang tinggi ialah dengan jangan bagi subsidi minyak terus
tapi tambahkan jumlah BR1M
bagi aku BR1M adalah kaedah direct subsidi yang terbaik setakat ini, terus ke golongan sasar |
|
|
|
|
|
|
|
tiada subsisi + BR1M + GST
bagi aku formula di atas ialah formula ekonomi terbaik
tahniah najib
orang yang buta ekonomi takkan paham |
|
|
|
|
|
|
|
claim office ler |
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 1-10-2014 03:23 AM
claim office ler
pakar ekonomi kaki pelacur
|
|
|
|
|
|
|
|
AHMADVW posted on 1-10-2014 03:50 AM
pakar ekonomi kaki pelacur
siapa? anwart?
|
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke kad I-Cash?? IC dah tak cukup 'smart' kah??
Pun gitu, aku menyokong dgn cadangan RM1.80 utk 120 liter sebulan. Mungkin 150 liter lebih adil. Selain itu, kuota khas patut juga diberi semasa perayaan (mungkin extra 50 liter).
Ianya juga akan menggalakkan pemandu beralih kpd kereta yg lebih kecil, efisyen dan mengurangkan pencemaran dan pembaziran sumber tenaga.
Dan ianya secara tak langsung menghukum mereka yg punya kereta CC besar spt Vellfire. Mereka byk duit tapi mereka consume paling byk petrol. Mana aci bayar harga minyak yg sama dgn org tak berduit pakai Kancil. |
|
|
|
|
|
|
|
tekoyong posted on 30-9-2014 11:50 PM
tiada subsisi + BR1M + GST
bagi aku formula di atas ialah formula ekonomi terbaik
Itu formula nak beli undi org yang susah je.
Formula aku tiada subsidi (termasuk projek-projek yang tiada manfaat dan agensi yg takde faedah), tiada BR1m, tiada GST.
Tak perlu buang duit untuk penguatkuasaan dan pemantauan.
BR1m ni manfaat dia pada aku tak long term.
Better buat infra yang long term yang boleh tingkat produktiviti dan pendapatan penduduk.
Contoh sambungkan LPT daripada Kuala Terengganu ke KB dan Siam.
Ekonomi boleh meningkat, jimat masa dan petrol, pelancongan meningkat.
|
|
|
|
|
|
|
|
kluangman posted on 1-10-2014 04:00 PM
Itu formula nak beli undi org yang susah je.
Formula aku tiada subsidi (termasuk projek-projek ...
ini strategi serampang dua mata dan win-win situation la
rakyat dapat duit, kerajaan dapat undi
sambil pancing undi, sambil tingkatkan kesejahteraan rakyat
simple sungguh, bikin highway je dah settlekan semua masalah??
delusi ni bro...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg aku nampak pak menteri boleh kaut duit dr i cash.
Takkan bg free servis... |
|
|
|
|
|
|
|
kluangman posted on 1-10-2014 04:00 PM
Itu formula nak beli undi org yang susah je.
Formula aku tiada subsidi (termasuk projek-projek ...
aki sokong...elok buat infra yg meningkatkan ekonomi...bukannya memambahkan lagi infra kat bandar walhal kat luar bandar punya laa tiada pembangunan..majukan dan banyakkan lagi bandar setelit supaya bandar berkembang..buka bertumpu ke pusat bandar sahhaja..Jalan di perluaskan ke kawasan pendalaman barulah menjadi pemangkin pembangunan...bukan hanya tertumpu di pantai barat saja...
|
|
|
|
|
|
|
|
kereta aku kurang pakai 50 liter seminggu...dalam 200 liter paling kurang.....hadoi laa...nak buat sesuatu biar cerdik sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pada owner kereta yg kuat pakai minyak |
|
|
|
|
|
|
| |
|