CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39234|Reply: 232

[Isu Kek Untuk Keknis]Siti Saleha Kesal Difitnah Hairul Azreen

[Copy link]
Post time 16-10-2014 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Hairul Azreen Ditegur Fitnah Pembuat Kek


Hairul Azreen mendakwa kek istimewa hari jadi untuk Hanis Zalikha tidak sampai pada selepas ditempah.

PETALING JAYA: Seorang pembuat kek iaitu Siti Saleha Idris, 34, menegur sikap buruk pelakon Hairul Azreen kerana memuat naik gambar kek di Instagram miliknya dengan kapsyen tuduhan dan fitnah.

Siti Saleha berkata, perbuatan Hariul Azreen itu bukan sahaja mencalarkan reputasinya tetapi dikesalkan apabila dia tidak tahu kisah sebenar disebalik hal berhubung kek tersebut.

"Hairul telah mengambil gambar kek di Instagram saya lalu dimuat naik di Instagram miliknya dengan kapsyen yang berunsur fitnah, saya gagal menyiapkan kek untuk Hanis Zalikha.

“Perkara itu ternyata tidak benar kerana pada 9 Oktober lalu kira-klira pukul 6 petang saya dihubungi oleh seseorang yang mahu saya membuatkan kek berbentuk barbie doll  dengan segera dan ia perlu dihantar ke satu lokasi dua jam kemudian.

“Bagaimanapun saya terpaksa menolak tempahan itu kerana masa diberikan terlalu singkat. Saya juga tidak ambil apa-apa deposit,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.



Gambar kek yang dimuat naik Hairul menimbulkan kemarahan pengikutnya terhadap pembuat kek yang dituduh tidak bertanggungjawab.


Terdahulu Hairul Azreen, 26,  menerusi laman Instagram miliknya pada 10 Oktober lalu telah memuat naik gambar kek dengan kapseyn kecewa kerana tempahan kek sempena ulang tahun kelahiran kekasihnya, Hanis Zalikha, 24, gagal disiapkan.

Dalam pada itu Siti Saleha berkata, dia turut difahamkan kek ulang tahun itu seharusnya dibuat oleh pembuat kek lain namun ia tidak dapat disiapkan kerana perkara tertentu.

"Saya rasa mungkin Hairul sendiri tidak tahu hal sebenar kerana tempahan itu dibuat oleh orang lain yang mana saya difahamkan saya adalah individu kedua yang diminta membuat kek berkenaan.

"Apa yang saya kesalkan tindakan dia ‘mencuri’ gambar rekaan kek di Instagram saya itu dengan kapsyen berunsur fitnah telah menjejaskan reputasi perniagaan  sehinggakan saya terpaksa padam komen negatif daripada peminatnya," ujar Siti Saleha.


Jelas Siti Saleha, dia juga sebelum ini pernah memberi tajaan kek untuk hari jadi beberapa artis tempatan termasuk Adi Putra dan Izreen Azminda tetapi tidak ada apa-apa masalah berlaku kerana mereka membuat tempahan awal.

"Saya tidak ada masalah jika dia (Hairul) mahu saya sponser kek tersebut namun perlu ada cara iaitu dengan membuat tempahan sebulan atau seminggu awal supaya mudah untuk saya buat persiapan," ujarnya.



Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Sementara itu, seorang lagi peniaga kek yang dikenali sebagai CanDiva turut meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu melalui wakilnya mengambil sikap acuh tidak acuh dalam urusan tempahan kek berkenaan.

Jelasnya, Hairul gagal membayar deposit yang sepatutnya sehingga dia tidak dapat menyiapkan kek istimewa itu pada hari diminta.

"Saya kesal apabila pihak Hairul yang membuat tempahan kek itu seperti tidak serius, ketika diminta bayar deposit ada sahaja alasan yang diberikan.

"Jadi kami tidak buat apa-apa untuk tempahan itu, namun pihak kami sudah beritahu awal-awal kepada mereka jika tidak ada deposit maka kami tidak akan buat," ujarnya.


Sementara itu, pelakon Hairul Azreen ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2014 04:28 AM | Show all posts
perembes posted on 20-10-2014 08:52 AM
Bgitu gigih annee berniaga.. Sesenang je royani kata dia pungut Anne di pasar mlm.. Karat pun kata ...

Itulah org tu dah lama berniaga, bukannya baru, dah mcm2 dia lalui nampaknya. Royani tu perasan lebih konon sbb dia lah momsbakery dikenali, mulot jahat kan nak jatuhkan bisnes org.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 09:27 AM | Show all posts
AshkieLa posted on 20-10-2014 02:36 PM
setuju bangat. bestfriend sangat tapi tak sanggup keluar duit. Dahlaa untuk dibuat makan plak buka ...

Agaknya bukan kek je free
makanan lain dan benda2 lain confirm org taja agaknya...
wakaka..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:53 PM | Show all posts
retis memang semua hadap tajaan eh? tadi kat ig faezah ilai pon siap tanya siapa nak sponsor baju untuk shooting..

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:40 PM | Show all posts
AshkieLa posted on 20-10-2014 02:36 PM
setuju bangat. bestfriend sangat tapi tak sanggup keluar duit. Dahlaa untuk dibuat makan plak buka ...

Bahaya woo kedekut2 ngan anak mak nani. Bakal dapat special mention macam husband kakak c hanis. Takut.....

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:29 PM | Show all posts
yg pasti sure pasni saleha ni dikenali, at good side bagus utk marketing bisnes nye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 03:25 PM | Show all posts
Taknak bayar sebab nak dapat tajaan kek la tuh .
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 02:36 PM | Show all posts
Santeira posted on 20-10-2014 10:53 AM
Cheapskate sungguh, nak kek best utk 'org yg disayang' tapi tak nak bayar. dasar retis cheapskate. : ...

setuju bangat. bestfriend sangat tapi tak sanggup keluar duit. Dahlaa untuk dibuat makan plak bukannya untuk benda2 yg akan dicampak selepas tu.
Itu pun nk berkira. Pastu nak busukkan nama orang lain... sendiri yg kena hencap. Dia ingat orang yg baca tak boleh dpt tau details mcm brape jam masa diperlukan, pukul brape baru nk call tempah, tak bayar deposit mintak free bagai semua tu agaknya.

hadaplaa ko keknis...dpt "bff" kedekut nak keluar duit dr poket sndiri untuk ko...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 01:25 PM | Show all posts
hairul dgn perangai bimbo mcm nie so out... sorry tak minat korang berdua....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:45 PM | Show all posts
adkah mamat ni artis bermasalah seterusnya lalu digam oleh media prima? eh mamat ni artis astero rupanyaa.... patut la tak femes sapa tgk asto ria tu lagi oiii i layan korea je
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:18 PM | Show all posts
mamat ni sejukkk...sebu... x sesuai ngan hanis...maap cakap, aku lagi sesuai...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 12:11 PM | Show all posts
alahai mamat ni..pointnya skrg..nk order kek sila buat bayaran deposit..tak bayo pepe, jgn bnyk ckp..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:53 AM | Show all posts
keknis bajet dia paling cun,paling hot, paling kaya di kalangann retis malaysia..meluat i
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:53 AM | Show all posts
Cheapskate sungguh, nak kek best utk 'org yg disayang' tapi tak nak bayar. dasar retis cheapskate.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Keknis tu kan maknye mak nani tu pandai buat kek, order kt mak nani jela huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:53 AM | Show all posts
dua2 hairul and keknis pun nampak fake..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 09:28 AM | Show all posts
Dl ms memula kenal hairul ni rs mcm jatuh centa je..haha...dhla kwn kt fb..pastu layan komen punye baik lg..kalao ade ape ape mesti dia pm...komen kt ig lagi...tp time tu x popular lagi...stil kapel ngn faralyna..ms open houz raya pn mak ayah dia invite...kire okay la kn time tu...tetibe bile dgr kaple ngn kek nis ni bnyk lak kontrobesi..kt fb pn x dilayan sgt fans or kwn...iols pn kekadang je like status dia..rs mcm dia dh berlagak la sikit...sorry la hairul...iols komen sbb dulu iols rs uols lg baik dr skrg even tak popular. Last edited by razeadel on 20-10-2014 09:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:20 AM | Show all posts
ape bengap jantan sekor ni...
nak buat kek barbie doll tu ambik masa 5 jam.
ko order nak 2 jam siap.
memang tak la...
order kek last minit. ko ingat ko sape?
semata mata utk pompuan tu ko nak bajet bagus.
yang peminat2 nye bodoh alam.
macam lalang. puiiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh sponsor le.. deposit pun xmau bayar... bayar kek pun xmampu ke... lenkali beli je kek pisang.. leh dapat sedozen lg... poyo ah.. pasal kek pun nak kecoh kat insta...puiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:02 AM | Show all posts
uissh..... mula2 baca tajuk aku ingt pelakon siti saleha tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.088601 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list