CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12965|Reply: 64

Nurul Wahab Buat Ibu Mertua Menangis

[Copy link]
Post time 20-11-2014 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tidak mudah untuk bergelar seorang wanita
apatah lagi memikul tanggungjawab besar
selaku isteri kepada suami tercinta dan ibu
kepada anak-anak yang dikasihi. Namun, bagi
penyanyi Nurul Wahab, kesempatan menjalani
kehidupan berumah tangga merupakan satu
nikmat baginya.

Perasaan disayangi dan menyayangi antara
dia, suami dan anak-anak merupakan saat
berharga bagi Nurul. Sedang hamil enam
bulan, anak keduanya hasil pernikahan
dengan Eric Depp, Nurul berkongsi
pengalamannya bakal bergelar ibu buat kali
ketiga.

“Kali ini saya alami alahan yang agak kuat
berbanding kehamilan yang dulu. Biasalah
setiap kehamilan pun lain pengalamannya.
Ketika mengandungkan Zachery dahulu, tak
ada alahan pun yang saya alami. Tapi kali ini
saya cepat penat dan mudah rasa mengantuk.
Selain itu juga, saya juga alami ‘morning
sickness’ yang agak teruk."

Mengakui emosinya turut senang terganggu,
Nurul memilih untuk sentiasa bersikap positif
kerana bagi pelantun 'Aku Cinta Aku Rindu
ini', kawalan emosi amat perlu bagi
mengelakkan diri berasa tertekan. Selain itu,
pengambilan makanan tambahan seperti
vitamin juga memainkan peranan penting di
samping rehat yang cukup.

GUA turut bertanyakan ibu kepada Ayu dan
Zachery ini sama ada inginkan anak lelaki
atau perempuan kali ini. Tidak meletakkan
sebarang pilihan, Nurul menganggap
kehamilan kali ini merupakan satu pemberian
yang tidak ternilai baginya.
“Sejujurnya saya tak ada nak anak lelaki ke
atau perempuan. Bagi saya, Alhamdulillah
Allah dah beri saya rezeki anak. Ada
pasangan yang menunggu lama untuk
mendapatkan zuriat dan saya bersyukur atas
nikmat ini."


Kejutan Tak Menjadi
Cerita Nurul lagi, hasrat dia dan suaminya
untuk memberi kejutan kepada keluarga
suaminya di Perancis akan berita
kehamilannya tidak kesampaian apabila
keluarga suaminya itu terlebih dahulu
mengetahuinya.


“Mula-mula nak beri kejutan semasa saya
pulang menziarahi mereka di Perancis bulan
September lalu. Tapi sepupu Eric terlebih
dahulu memberi ‘hint’ pada keluarga suami di
sana. Saya dah agak yang kejutan ni tak akan
jadi bila ibu mentua mesej saya dekat Skype
sebelum ke sana 'Jumpa anda berempat’.
Setibanya di sana, mereka semua menyambut
kepulangan kami dengan ucapan tahniah dan
ibu mentua saya sendiri menangis sebab
terlalu gembira dengan berita ini," tambah
penyanyi berusia 37 tahun ini.


Bercakap mengenai perkembangan dunia
seninya, Nurul memberitahu sudah pun
mempunyai perancangan untuk aktif tahun
hadapan. Tahun 2015 juga bakal menyaksikan
anak seni ini meraikan ulang tahun ke 20 nya
bergelar seorang penyanyi. Mengakui rindu
untuk kembali beraksi di pentas, Nurul yang
kini memberi fokus kepada keluarga akan
membuat kemunculan khas sebagai
penyampai trofi di Anugerah Industri Muzik
(AIM) 21 yang akan diadakan 6 Disember ini.
“Insya-Allah, saya akan kembali aktif dalam
bidang nyanyian tahun hadapan selepas saya
selesai melahirkan dan menguruskan pantang
saya. Lagu-lagu dah ada dan perbincangan
dengan komposer pun dah selesai cuma
menunggu keputusan akhir dibuat. Siapa yang
terlibat dan bagaimana konsep album itu,
kena tunggu sampai pengumuman seterusnya
dari masa ke semasa," ujar Nurul.
Sebelum mengakhiri perbualan, GUA sempat
bertanyakan Nurul akan rahsia beliau
kelihatan cukup anggun dan ceria walaupun
sedang hamil. Bagi Nurul, sentiasa positif
dalam kehidupan dan berbuat baik kepada
semua orang merupakan antara sikap yang
membolehkannya menjalani kehidupan yang
gembira.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la.. Die pun dah x de mak bapak. Bole la tumpang bermanja
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 01:56 PM | Show all posts
apa produk terbaru nurul ni..dah lama rasanya aku baca  citer2 dia mengandung jer..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:02 PM | Show all posts
suka je nurul ni..nampak humble jek...laki dia masyukk ooh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:02 PM | Show all posts
sekarang dah jadi nurul depp
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Menangis terharu. Congrats nurul depp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2014 02:13 PM | Show all posts
nurul dan ajai dalam kenangan
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:23 PM | Show all posts
tomet05 posted on 20-11-2014 02:13 PM
nurul dan ajai dalam kenangan

dulu konon pasangan paling bahagia.. apekan daya tiada jodoh berpanjangan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 02:26 PM | Show all posts
mesti nurul ni terrer ckp france..best nye dpt sll p paris..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:53 PM | Show all posts
skrg ni dh nmpk nurul pnye kebahagiaan..kte sendiri dpt rsekan happines die...aku doa moga happines beliau berpanjangan...

maklumlah...sepanjang perkahwinana dlu...mmg sume org tau kot perangai ajai..komposer-artis baru..phm2 je la yea...bertahun2 nurul makan hati..sbb perangai ajai...

nw...nurul dh bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:54 PM | Show all posts
Aku rasa, aku mcm penah baca jer atikel ni..
dejavu kah??
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:58 PM | Show all posts
suka tengok nurul ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:04 PM | Show all posts
bagus la tu..seronok sangat kalu dapat buat ibu menangis terharu

feeling dia sangat dalam
seronok
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:17 PM | Show all posts
mesti Anak_Misi pon tumpang bahagia, ini tak asyik tumpang bahagia tengok pingu je. kakak sendiri so-so je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:18 PM | Show all posts
mengandung lg ke??..tahniah nurul depp
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg baik pasti akan dpt pasangan yg baik jua..dia mmg wanita yg tabah.. Mcm cite dongeng pulak kn..at the end hidup bahagia bersama jejaka impian..ewahh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 03:28 PM | Show all posts
Madel posted on 20-11-2014 02:54 PM
Aku rasa, aku mcm penah baca jer atikel ni..
dejavu kah??

Bukan dejavu kot..

sebab ade ayat2nya tu macam kopipes dr blog Nurul tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:30 PM | Show all posts
untonglahhhh..

disayang family in law..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
achicha posted on 20-11-2014 03:28 PM
Bukan dejavu kot..

sebab ade ayat2nya tu macam kopipes dr blog Nurul tu..

Khen..

Rasa nya part ayat yg mak mertua nangis tu..iols dah penah baca..
Kekonon nurul nak wat suprise tu,
..tu rasa nya wktu 1st baby kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 03:39 PM | Show all posts
dua2 passport anak simpan elok2 eh nurul
bukan ape
sebagai langkah berjaga2
masa bahagia ni la kena selalu berwaspada
bukan ape
langit tidak selalunya cerah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068292 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list