CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6095|Reply: 1

Pelacur Kelas Pertama: Buku bertinta air mata

[Copy link]
Post time 27-11-2014 07:52 PM | Show all posts |Read mode
Pelacur Kelas Pertama: Buku bertinta air mata22 September 2014 oleh IZMIL AMRI
oleh: Izmil Amri
Terbeliak mata juga membaca bahagian-bahagian awal Pelacur Kelas Pertama. Ada aksi-aksi yang sukar dibayangkan kepala. Tiada yang akan menyangka bahawa cerita yang begitu ‘grafik’ dan membuat meremang bulu roma ditulis seorang gadis bertudung labuh, berpurdah pula.
Mengandungi tiga cerita tentang tiga orang perempuan, Pelacur Kelas Pertama menghidangkan kisah sengsara Syuhada, seorang isteri yang tersepit antara keinginan keluarga dan kehidupannya bersuamikan seorang syaitan, serta dua lagi watak yang tidak kalah menarik ceritanya.
Kisah si Syuhada, menurut sang penulis Melati Rahim, adalah berdasarkan kisah benar seorang kenalan rapat. Ternganga juga ketika kita cuba menghadam tulisan yang buat meremang bulu tengkuk ini; yang ternyata benar-benar berlaku. Lebih-lebih lagi kerana syaitan yang memperisterikan Syuhada itu pula bergelar ustaz.
Sang ustaz laknat pula entah bagaimana gaya boleh pula punya hubungan tambahan dengan watak Adik, seorang pelacur yang dijual bapanya sendiri lantaran keadaan ekonomi yang menghimpit. Adik meninggal dunia kerana HIV, setelah bertahun lamanya melayan pelanggan sehingga ‘tiada lagi air mata’.
Watak ketiga dalam novel ini jauh datangnya dari Kyrgyzstan, sebuah negara yang punya budaya pelik menculik pengantin (boleh google benda ni). Di sana, kalau sang lelaki sudah berkenan dengan sang perempuan, maka bersiaplah sekalian ahli keluarga sebelah lelaki bikin kenduri besar-besar. Sang lelaki hanya perlu menculik bakal isterinya itu, dibawa secara paksa ke rumahnya untuk dipakaikan pakaian pengantin dan terpaksa menerima sahaja pernikahan itu.
Novel si Melati ini memang sedikit kucar-kacir kalau kita baca, dengan tiga watak berbeza dan jalan cerita bercampur-campur. Melati cuba menyampaikan realiti kehidupan dalam rumahtangga ibarat neraka, dengan gambaran yang begitu grafik tentang penderaan seksual seorang ustaz terhadap isterinya.
Bagi ramai orang, hal rumahtangga orang tidak perlu dicampuri. Hatta kalau bersilat laki bini dengan parang sekali pun janganlah diambil peduli. Pandang arah lain, pekakkan telinga. Oleh sebab itu orang biasa macam kita akan terbeliak mata membaca tulisan realiti gila yang dihasilkan Melati. Kerana selama ini realiti yang sebegitu tidak kita hiraukan.
Sewaktu diwawancara pendek tentang bukunya itu, Melati ditanya kenapa tajuk itu yang dipilihnya.
Diberi tajuk ‘Pelacur Kelas Pertama’ lantaran ayat si ustaz syaitan yang memuji layanan isterinya di ranjang yang baginya sama hebatnya dengan layanan pelacur kelas pertama.
Namun apa yang lebih penting dalam ulasan ini ialah untuk mempersoalkan kenapa buku Melati ini sudah kena ‘ban’ oleh beberapa kedai buku besar.
Novel pertama si Melati ini sudah tiga kali disunting dan ditapis supaya semua bahagian yang buat pembaca terkejut dicairkan. Pun begitu ia masih tidak berjaya melepasi penjaga-penjaga pintu toko-toko buku. Hairannya, mereka ini selamba sahaja menjual karya-karya aneh seperti 50 Shades of Grey yang ternyata berpuluh kali ganda lebih grafik berbanding tulisan Melati.
Adakah minda pembaca novel Melayu begitu mudah terganggu dengan tulisan separa-lucah tetapi suka pula membaca novel Inggeris dengan graviti kelucahan yang jauh lebih menggegarkan kepala?
Adakah pula masyarakat yang membaca novel Melayu seharusnya hanya membaca cerita yang penuh pura-pura sahaja, dan dijauhkan daripada kisah-kisah nyata meski pahit jalan ceritanya.
Benarkah pembaca novel Melayu hanya suka cerita-cerita yang entah apa-apa tajuk dan naratifnya; seperti yang punya kalimat karipap, cupcake, mamak, gangster, nakal dan yang sewaktu dengannya. Apakah juga benar bahawa selera pembaca novel Melayu tidak mampu menjamah karya yang membincangkan hal dalam kain? Walhal dalam kita tak sedar novel-novel cerita romen mat saleh sentiasa diulang cetak untuk mengisi rak-raknya yang cepat benar kosong.
Kenapa novel pelik-pelik seperti trilogi 50 Shades of Grey boleh laris jualannya, hatta sudah dibikin filem, tetapi Pelacur Kelas Pertama tak ada tempat pun di kedai buku?
Kerja menyekat-nyekat membuat tersangkut kreativiti penulis seperti Melati. Dan selalunya benda-benda yang disekat ini akan merebak ke tempat lain. Dalam keadaan yang lain pula, kreativiti penulis, yang menulis dalam Bahasa Melayu terutamanya akan terus terbantut begitu sahaja. Penyudahnya penulis akan bikin zine sendiri dan jual di pasar-pasar indie.
“Aku tulis buku tu aku menangis kot. Ada part-part yang aku menangis,” kata Melati ketika bercerita tentang Pelacur Kelas Pertama. Dan tangisan Melati bukanlah pula kerana dia ‘poyo’. Melati menangis kerana hakikatnya memang benar kisah tiga perempuan dalam novelnya ditulis dengan tinta air mata.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 08:35 PM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Tak payah baca novel tu pong takpe... Yang ni pong kucar kacir dah jugak...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.057065 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list