CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11502|Reply: 20

sakit tapak kaki

[Copy link]
Post time 12-12-2014 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Sakit Tapak Kaki – Punca & Cara Atasi





Anda seorang kaki ‘shopping’ dan mampu berdiri dan berjalan berjam-jam lamanya? Jika ya, sememangnya kaki anda merupakan anugerah yang paling berharga. Namun begitu, lama-kelamaan kaki anda akan hilang kekuatannya, sama ada dimamah usia atau tidak dijaga kesihatannya. Berapa jauh dan lamanya kita berdiri dan berjalan boleh juga memberikan kesan terhadap kesihatan kaki kita terutama jika kita telah mempunyai sejarah kesakitan kaki sebelum ini seperti pernah terseliuh atau patah.
Anda boleh mengalami kesakitan kaki di bahagian tapak kaki belakang atau dikenali plantar fasciitis, di bahagian depan kaki (metatarsalgia) atau sakit kaki yang menjalar hingga ke bahagian betis atau kaki hadapan anda atau dikenali shin splint.




Tapak kaki kita mempunyai saraf yang menghubungkan dengan organ-organ tertentu di badan kita. Urutan refleksologi adalah salah satu rawatan berkesan untuk mengubati masalah sakit tapak kaki.
Faktor Sakit Tapak Kaki


Banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit kaki seperti :
* Bentuk kaki yang leper dan rendah lengkungan bahagian dalam kaki atau dikenali Pes Planus
* Bentuk kaki yang mempunyai lengkungan dalam yang tinggi yang dikenali sebagai Pes Cavus
* Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan tapak kaki atau bertumit tinggi
* Selepas kecederaan seperti patah atau terseliuh
* Berat badan yang berlebihan seperti mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30 kilogram meter persegi (kg/m2)
* Melakukan aktiviti di tempat yang keras tanpa kasut yang sesuai seperti melakukan joging di jalan berturap tar dengan memakai kasut sukan taekwando


Cara Mengatasi Sakit Tapak Kaki
Bagi mengatasi sakit kaki, anda perlu mengetahui faktor-faktor penyebab sakit kaki terlebih dahulu dan cara bagaimana anda dapat mengatasinya dengan :
# Kekalkan berat badan dengan pemantauan BMI normal sekitar 18.5 hingga 25 kg/m2
# Tidak memakai kasut bertumit tinggi atau sekurang-kurangnya tumit kasut tidak melebihi 1 inci
# Memilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti fizikal anda seperti lembut dan fleksibel pada tapak kasut serta mempunyai penyokong di bahagian lengkungan dalam dan lengkungan lintang di hadapan kaki
# Anda perlu memiliki sepasang tapak kasut atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki yang boleh digunapakai pada semua kasut anda jika sekiranya anda telah mempunyai banyak kasut dan tidak ingin membazir dengan membeli kasut lain
# Lakukan senaman kaki mengikut panduan ahli fisioterapi anda dengan senaman regangan plantar fascia dan senaman kekuatan otot kaki
SUMBER: kesihatan.info




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 02:41 PM | Show all posts
Sakit tapak kaki boleh disebabkan dua keadaan iaitu Plantar fasciitis atau Heel Spurs. Dua keadaan yang berbeza tetapi perbezaannya adalah sangat sedikit dan saling berkaitan sehingga sukar untuk ditentukan. Kedua-dua keadaan ini boleh dipulihkan dengan menjalani rawatan fisioterapi sakit tapak kaki
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 02:39 PM | Show all posts
kalau sakit di bahagian tumit saja?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 02:50 PM | Show all posts
izzah_mia replied at 9-7-2020 02:39 PM
kalau sakit di bahagian tumit saja?

awok ada calcaneal spur kah izzah
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 02:53 PM | Show all posts
ipes2 replied at 9-7-2020 02:50 PM
awok ada calcaneal spur kah izzah

bukan saya dr ipes tapi abah. lately ni dia mengadu tumit sakit.
calcaneal spur tu apa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:57 PM | Show all posts
izzah_mia replied at 9-7-2020 02:53 PM
bukan saya dr ipes tapi abah. lately ni dia mengadu tumit sakit.
calcaneal spur tu apa ye?

ni ha dalam pic ni.
with age, inflammmation kat area itu boleh buat calcium to be deposited there, foriming a spur dekat situ.
pergi lah buat xray.. if takde spur, then mungkin plantar fasciitis sahaja

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2020 09:29 AM | Show all posts
ipes2 replied at 12-7-2020 08:57 PM
ni ha dalam pic ni.
with age, inflammmation kat area itu boleh buat calcium to be deposited there ...

tq dr ipes. nanti sy akan bawak abah pegi xray.
any recommended supplement?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 07:31 PM | Show all posts
@izzah_mia

boleh juga survey omega guard by shaklee atau apa apa brand yg bersesuaian. Kalsium pun membantu.. but lebih elok tanya dr apa terbaik and sesuai utk abah awak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 02:18 PM | Show all posts
adila39 replied at 13-7-2020 07:31 PM
@izzah_mia

boleh juga survey omega guard by shaklee atau apa apa brand yg bersesuaian. Kalsium pu ...

tq adila. memang kena tanya doc sebab abah ada 3 serangkai i.e kolestrol, kencing manis, darah tinggi.
khamis ni ada appointment kat klinik kesihatan...akan bagitau doctor pasal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2020 09:01 PM | Show all posts
izzah_mia replied at 14-7-2020 02:18 PM
tq adila. memang kena tanya doc sebab abah ada 3 serangkai i.e kolestrol, kencing manis, darah tin ...

Hopefully semua ok and under control ya , nnt update tau after check up
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 11:08 AM | Show all posts
adila39 replied at 16-7-2020 09:01 PM
Hopefully semua ok and under control ya , nnt update tau after check up

semalam abah ada inform doc dekat klinik kesihatan pasal sakit tapak kaki & sendi kaki. doc takde suruh buat xray or bagi ubat.
just inform suruh pakai kasut tapak lembut.

saya tak dapat masuk klinik...kalau masuk saya sure akan tanya doc tu takkan cakap macam tu je kot.


Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 11:18 AM | Show all posts
izzah_mia replied at 17-7-2020 11:08 AM
semalam abah ada inform doc dekat klinik kesihatan pasal sakit tapak kaki & sendi kaki. doc takde  ...

ala sian,

klinik kesihatan usually tak akan buat semua tu, unless after few visits. And kena pastikan kadang kadang di klinik kesihatan yg bertugas is a medical assistant / officer and doktor selalunya ada roaster dia waktu pagi atau petang dia akan masuk klinik. Since is a klinik kesihatan selalunya hanya jenis sakit batuk demam dan yang tidak severe.

I suggest, if you rasa perlu. Pergi ke klinik swasta , sis duk mana ya? tengok mana mana klinik yang rasanya harga tidak terlalu mahal. Klinik klinik ni rates berbeza ikut klinik owner tu tapi selalunya harga masih lagi mengikut peraturan.

Jumpa doktor tu , sis ikut ayah masuk and beritahu masalah sakit tumit ni dah lama dan berlarutan. Minta doktor keluarkan refer letter ke hospital besar dan bukan klinik kesihatan.

So barulah boleh buat pemeriksaan menyeluruh. Andai kata ada rezeki lebih, pergi mana mana hospital private. Cari private hospital yang 50 bedded, maknanya its a private hospital tapi kapasiti yang kecil ...so kemungkinan harga masih berpatutan. Pegi kaunter cik bapa saya ada sakit tumit dan saya ingin ke outpatient clinic - kos boleh standby dari rm500-rm750 tgk area.


Ni antara kaedah u boleh buatla.  Nanti update lagi ok


@epis2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 11:21 AM | Show all posts
izzah_mia replied at 17-7-2020 11:08 AM
semalam abah ada inform doc dekat klinik kesihatan pasal sakit tapak kaki & sendi kaki. doc takde  ...

oh ya, atau boleh juga cuba pergi ke kedai kasut yang khas untuk sakit sendi ..dia akan measure kaki and tumit ayah dan akan recomend jenis kasut yang sesuai..kos it can be rm200-450 tgk brand kasutla. mak sy pun pakai kasut khas siap ukur utk elak sakit tumit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 11:29 AM | Show all posts
adila39 replied at 17-7-2020 11:21 AM
oh ya, atau boleh juga cuba pergi ke kedai kasut yang khas untuk sakit sendi ..dia akan measure ka ...

adila..boleh tau brand apa tu?
ada plan nak belikan abah medifeet tapi better yg customize punyakan so that akan ikut kaki kita sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 11:32 AM | Show all posts
izzah_mia replied at 17-7-2020 11:29 AM
adila..boleh tau brand apa tu?
ada plan nak belikan abah medifeet tapi better yg customize punyak ...

ala lupa nnt kalau i pegi eon big tu sy snap. tp brand apa pun xkisah so long dia ukur
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2020 03:48 PM | Show all posts
erm.. saya yg umur 35 ni pun sakit di belakang tumit. kadang2 bagun pagi2 rasa nyilu..
kalau seharian berjalan, lagi la sakit.. malam2 sapu minyak angin la jawabnya..
rasanya sebab berat badan naik kot huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2020 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
zuliana29 replied at 21-7-2020 03:48 PM
erm.. saya yg umur 35 ni pun sakit di belakang tumit. kadang2 bagun pagi2 rasa nyilu..
kalau sehari ...

kadang kadang ya.. bila berat terlebih tumit sakit sikit.

Rasa sakit tumit ini disebabkan oleh gelung tisu penghubung dari tumit ke jari kaki mybe bengkak ataupun ada keradangan. Dekat tumit kita ni ada satu tisu yg support berat badan kita. Kan tumit kita pun ada tulang.... laaaa apa nama i pun x sure. But lets assume disebabkan berat terlebih... so mybe boleh mula. menjaga pemakanan.. and exercise.. hopefully lelama x sakit dah ya.

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2020 11:06 PM | Show all posts
zuliana29 replied at 21-7-2020 03:48 PM
erm.. saya yg umur 35 ni pun sakit di belakang tumit. kadang2 bagun pagi2 rasa nyilu..
kalau sehari ...

achilles tendinitis ke tu
atau hanya friction
saya pernah kena, main bola dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2020 11:08 PM | Show all posts
izzah_mia replied at 13-7-2020 09:29 AM
tq dr ipes. nanti sy akan bawak abah pegi xray.
any recommended supplement?

saya tidak sure supplements boleh bantu ke tidak; jika ianya plantar fasciitis / calcanela spur / achilles tendinitis, kena ada cara tertentu untuk treat. if osteoarthritis (OA), pun ada cara tertentu, walaupun Dona (glycosamine) dikata supplement yang elok untuk OA
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2020 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by addamnor at 28-7-2020 12:06 AM
ipes2 replied at 23-7-2020 11:08 PM
saya tidak sure supplements boleh bantu ke tidak; jika ianya plantar fasciitis / calcanela spur /  ...


Stage 1 or 2 OA : viatril ( dosage : 1500 mg / day) or piascaledin  ( soy based )
Trial of two months, if not working, just stop it.
May add injection viscosupplement
Stage 4; absolute indication for TKR

No supplement is practised in case of calcaneal spurs/ plantar fasciitis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.074190 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list