CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1811|Reply: 4

Betulkah Islam Menipu Orang Untuk Masuk Islam?

[Copy link]
Post time 7-2-2015 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim)

[Betulkah Islam Menipu Orang Untuk Masuk Islam?]

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Islam apabila orang memeluk Islam dari menjampi, menipu, memaksa dan sebagainya. Saya boleh mendatangkan dalil dari Quran & Sunnah namun kali ini saya ingin gunakan 'common sense' & kita ambil tuduhan bahawa Islam menipu dan memaksa orang masuk Islam.

Biasanya objektif seseorang individu atau organisasi menipu atau memaksa orang lain menyertai mereka adalah mendapatkan manfaat duniawi seperti mendapat harta mereka yang ditipu namun andai dilihat secara logik dan 'common sense', apa yang Islam dapat dengan kononnya menipu orang di pedalaman Borneo atau di semenanjung untuk memeluk Islam sedangkan apabila mereka memeluk Islam, kami mesti membimbing mereka serta memberikan Zakat kepada mereka. Siapa yang berikan wang dan siapa yang menerima manfaat kewangan sekarang?

Islam tidak pernah dan tidak perlu menipu orang untuk memeluk Islam kerana tugas kami hanya menyampaikan agar kami tidak dipertanggungjawabkan di akhirat kenapa kami tidak menyampaikan. Konsep yang mudah difahami untuk mereka yang ada 'common sense'... If you do have common sense-lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2015 12:17 PM | Show all posts
ya ke? di malaysia ada yg masuk islam  dan kahwin ...bila anak2 mereka besor....boleh di gelar bumi.. dan masuk umno...itu  lah hakikatnya

ada seorang india masuk islam...skg keluar tv bising sana dan sini sebab nak mempertahankan hak bumi  ..hehehheeee

ustaz kasim  beri ceramah berbaur perkauman sebab apa?? nak masuk politik ka??

islam ini macam politik...sabab itulah militant sedang berusaha utk jadi dunia islamic....bila islam sudah jadi one world...maka mereka sendiri perang

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 08:00 PM | Show all posts
by Obelisk

Islam tidak pernah dan tidak perlu menipu orang untuk memeluk Islam kerana tugas kami hanya menyampaikan agar kami tidak dipertanggungjawabkan di akhirat kenapa kami tidak menyampaikan.


Tetapi apa yg kamu menyampaikan itu sesuatu yg tak ada berfaedah kpd kamu sendiri.

Pernah juga aku menbaca surat khabar di mana seseorang ustaz pernah menjadi penagih dadah semasa remaja, duduk beberapa tahun dlm sekolah pemulihan, bila keluar menjadi uztas dan kemudian pergi ke kawasan pendalaman dan negara lain spt India utk menyampaikan agama Islam.

Apa gunanya orang spt ini menyampai Islam? Siapa orang2 macam ini? Doktor? Lawyer? Ahli Saintis? Tak ... bekas penagih dadah yg lari dari tanggungjawab duniawi dan kini berkhayal bahawa sekiranya dia menipu orang lain masuk Islam, kononnya dia itu akan dipandang alim.

Ada juga yg berlagak alim semata2 kerana nak orang ramai mengangkatnya menjadi tokoh masyarakat yg kononnya menperjuangkan Islam. Contoh si Mawi dgn Siti Nurhaliza itu. Satu dapat orang tua pangkat Datuk (Si Siti) dan yang lagi satu (Mawi) hentak di mana. Orang2 macam ini menjadi tokoh agama kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sephiroth replied at 8-2-2015 08:00 PM
by Obelisk



Inilah susah kalau bagi orang dungu pegang agama.
Kadang2 orang bukan agama Islam pun pandang rendah pada agama Islam sebab orang Islam xjaga maruah sebagai muslim. Memang merosakkan kesucian agama.

Lebih2 lagi melantik individu yg kurang bijak dan bukan ahlinya diangkat menjadi seseorang yg penting dalam aktiviti keagamaan. Bertambah dungu lah imej Islam di mata dunia disebabkan perkara begini.

Saya tidak menolak apabila orang bukan Islam menghina dan merendahkan Islam disebabkan apa yg orang Islam sendiri tunjukkan dewasa ini. Kelemahan dalam menyampaikan agama, keperibadian yg tidak melambangkan sebagai Islam sebenar, dan kekejian cara hidup orang Islam yg merosakkan akidah sendiri.

Harapan saya agar orang beragama Islam kembali lah pada tuntutan agama sebenar, jauhkan huru hara dan janganlah bikin onar. Kerana sesungguhnya Islam kini hanya pada nama. Hanya tinggal nama. Tapi tidak pada ruhani.

Kita pun sedar terdapat agama luar masing2 menganutinya. Saya berharap agar penganut agama bukan Islam juga menghormati agama Islam. Janganlah kerana individu tertentu yg buat onar, agama dipersalahkan. Ini atas diri sendiri. Bukan agama, sbb agama tidak mengajar kerosakan.

Saya harap semuanya jelas, janganlah diprovokasikan lagi isu2 seumpama ini kerana orang yg memprovokasikan agama adalah pengkhianat agama yg dianutinya sendiri. Juga mengkhianati penganut agamanya sendiri kerana kedunguan nya sendiri yg tidak reti membezakan kesucian keagamaan dan salah penganut itu dalam beragama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:28 AM | Show all posts
by leahsphinx

Kadang2 orang bukan agama Islam pun pandang rendah pada agama Islam sebab orang Islam xjaga maruah sebagai muslim.


Silap itu. Kamu sepatutnya menjaga maruah kamu sbg manusia bermoral dulu sebelum kamu mengangkat diri kamu sbg pengikut agama mana2.

Seorang atheist pernah menanyakan satu soalan kpd saya semasa saya berdebat dgn mereka di halaman atheist. Persoalan yg dia tanya (dan saya menterjemahkan di sini) adalah - "Kamu perlu agama ke utk menjadi manusia yg baik? Tanpa agama, kamu tak tahu ke macam mana nak jadi manusia yg baik?" Persoalan dia, walaupun berunsur sindiran, ada juga kebenarannya.

Kalau seseorang itu mengatakan dirinya manusia yg patut kpd Undang2 tetapi bila keadaan darurat dia pergi mencuri, merogol ataupun melakukan perbuatan yg bercanggah dgn Undang2, adakah dia itu seorang manusia yg patut kpd Undang2? TIDAK - dia seorang hipokrit.

Sama juga dgn seseorang yg menganggap dirinya alim kerana dia sembahyang 5 kali sehari ataupun berpuasa ataupun berzakat. Apa gunanya dia buat semua ini kalau dia tak pernah melakukan kerja2 berfaedah kpd masyarakat umum? Ingat - sembahyang dan berpuasa itu adalah utk meningkatkan pahala masing2 dan zakat itu utk menunaikan hukum yg ditetapkan. Utk masyarakat umum - apa dia buat?

Saya berharap agar penganut agama bukan Islam juga menghormati agama Islam. Janganlah kerana individu tertentu yg buat onar, agama dipersalahkan.


Selagi ada penganas yg bermaharajalela dgn nama agama kamu ataupun individual2 spt ISMA dan Perkasa serta PAS yg berkhayal mengenai Hudud, KAMI TETAP AKAN LAWAN. Kerana itu hak kami utk menpertahankan cara hidup dan kebebasan kami.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054313 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list