CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 38429|Reply: 75

Menjaga Kucing Yang Dijangkiti Sporo

  [Copy link]
Post time 19-2-2015 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 12-5-2020 04:51 AM

Assalamualaikum semua
Thread ni diwujudkan khas buat pemilik2 kucing yang kucingnya telah dijangkiti sporo..
asalnya, nak terus bercerita di thread KISAH KUCING DAN AKU.. tapi thread tu pon macam makan masa sikit nak update sebab sibuk dengan kelas yang banyak giler.. so mungkin terdapat beberapa pembaca yang kecewa sebab cerita separuh jalan dan terpaksa tunggu lama.. Maaf di atas kesulitan

Di sini, aku nak kongsikan beberapa tips nak menjaga kucing2 malang nih dengan baik dan insyaAllah sehingga sembuh ..
Tips nih daripada pengalaman aku sendiri dan buat pengetahuan semua, kucing nih hanyalah kucing tumpang dan sedang bunting.. Alhamdullilah dia memilih aku sebagai tuan belaannya..

Tips yang pertama..
sebagai tuan kucing yang budiman, kita kena kenal pasti macam bentuk fizikal luka tuh..
Secara umumnya,luka akibat sporo lebih cenderung kepada keadaan luka yang berkawah.. luka tuh selalunya semakin membesar dan susah nak kering dan sembuh.. selalunya orang-orang kampung, kucing yang luka sikit2 akibat gaduh tuh deorang sapu ubat gamat jaa, insyaAllah akan sembuh dalam masa seminggu.. tapi luka akibat sporo takkan sembuh dengan ubat biasa..

2nd..
Bila dah letak ubatpon macam taknak sembuh ja luka tuh, jangan buat hairan pulak.. tu lah Sporo yaa abang abang dan akak akak sekalian.. dah tau luka tu taknak sembuh, jangan jadi macam aku nih haa, makin tak sembuh makin berdegil letak ubat gamat lagi..
jadi keputusan yang bijak yang boleh korang buat ialah bawak si kucing tuh pergi vet..InsyaAllah diorang ada sediakan bekalan ubat untuk penyakit nih.. Lagi cepat korang bawak si kucing pergi vet, peluang untuk sembuh lebih tinggi okayy.. penting tau, jngan ambil ringan.. kalau berjumpa dengan vet lebih membantu.. dia boleh sarankan berapa dos nak bagi makan ubat, berapa kali nak bagi makan ubat.. tambah tambah kalau kucing bunting..kalau bunting, jangan sebrang rawat.. nanti mati anak kucing tuu kesian diaa tauu.. untuk lebih informasi jumpa lah vet yaaa ..

3rd..
Kemungkinan korang dah bawak si kucing pergi vet.. Jadi ni tips untuk menjaganya di rumah.. Melalui pengalaman di vet, dokter akan terangkan kenpa boleh jadi sporo dan ubat apa yang perlu ambil, macam mana cara raawatan, macam mana cara nak bagi makan ubat (tablet) dan sebagainya..
ubat yang dibekalkan kepada aku ialah ketoconazole dan krim hijau gelap.. taktau apa nama krim tuhh sebab vet goverment, dia tak boh label pulak..

**Aku edit balik bb pemakanan kucing, melalui info yg baru sangat fresh aku dapat tadi ikan rebus is bad for cats.. berikutan lagi katanya ikan ada parasit n parasit2 nih lah yang selalu menggugurkan bulu2 kucing anda.. Beside, you should try ayam rebus lahh.. aku ada baca kat mana tah ayam rebus better than ikan rebus.. lagipon kalo bagi ikan rebus bulu2 kucing tuh akan nampak berkilat.. Kesimpulan nya, hiraukan ikan rebus and go to ayam rebus.. I'm so sorry about the lost info yg ikan rebus tuh the best lah bla bla bla semua.. sebenarnya, info about ikan rebus is the best tuh aku ambik dr tok aku (nenek).. setiap kali aku main2 ngan kucing dia si Tam, bulu tuh tak gugur langsung padahal aku pakai baju yg cerah jaa, kalo pakai baju hitam kot lah tak nmpak kata bulu tuh luruh ka apa kann.. lagipon bulu tam nih gebu n kalo dok bawah matahari mmng berkilat.. aku pon galak lah gi tanya petua kat tok, dia hbaq yg dia bg makan ikan rebus sejak kecik lagi, so aku pon try n berjaya buat anak2 kucing aku.. tapi mengikut mod yg bagitahu, lama2 baru akan nampak keguguran tuh, skarang tak lagi.. Nanti korang baca comment mod boocik04 kat bawah yaa, itu dah ditolong terangkan panjang lebar dah tuhh..

tempat makan perlu bersih dan air minuman dia sentiasa bagi air yang bersih.. kenapa aku boldkan bab minuman? Sbb aku antaranya yng cuai bab ni.. jadi korang jngan jadi macam aku .. jangan tunggu sampai 3 hari baru tukar air baru, kesian diaa.. akibatnya, meow nih pergi minum air yg bertakung atas tanah.. i mean, air kotor errr.. bagi air baru setiap kali bagi dia makan..bekas makanan pun perlu cuci setiap kali sebelum nak bagi makan tuhh..
makan pulak mesti fresh, jangan disimpan lama baru bagi.. tak baik tau kita makan makan elok, kita sihat.. dia sakit tapi kita bagi makanan lama, dia lagi sakit.. ohh ohohh satu lagi, elakkan bagi dia makan segala tulang balang tuhh.. tak kisah lah tulang ayam ke tulang lembu ke ikan ke, semua tak elok okayy..

**haiihhh panjang pulak tips nomber tiga nihh..takpe aku ringkaskan..

dari segi kesihatan, kucing tu perlu dikurungya tuan2 dan puan2.. jangan jadi macam aku.. kesian punya pasal diri aku yang merana.. bila dah luka berair aku biarkan kucing tuh masuk dalam rumah, golek sana golek sini.. kesiannn~.. tu je aku cakap kalau mama marah aku sebab tak kurung dia..
sebenarnya, penyakit nih boleh berjangkit, melalui sentuhan dan udara.. jadi lebih baik kurung yaa.. lagi satu aku perhatikan kalau aku kurung, luka tuh lebih cepat sembuh dan aku amat2 berpuas hati.. tapi silap aku, luka tak betul2 sembuh aku biarkan dia keluar jalan2..tak sampai 2 hari, luka naik pulak, tapi lagi terok daripada pertama kali..pening kepala peningggg..!
                                                                                                                  
oleh itu, nak pastikan luka tuh betol2 sembuh,korang perlu perhatikan perkembangan luka tuh.. dari berkawah, berair hingga dah kering kemudian, lekukkan kawah semakin berkurang berkurang dan berkurang sehingga menjadi keruping kudis yang kecil akhirnya jatuh dengan sendirinya keruping tersebut sehinggalah tumbuh kembali bulu2 menutupi kawasan yang bersejarah tersebut.. bila dah tumbuh bulu dah barulah korang boleh kompemkan yang kucing korang dah sembuh dan bebas nak lepaskan dia nak main nak gomoi dan sebagainya,takda halangan dahh [happy ending]..

tapi jangan leka sangat, selalulah perhatikan apa kucing korang buat, (sbb aku tak kerja boleh lah aku bnyak luang masa dekat dia) kawal pemakanannya.. sebab walaupon dah sembuh, kebarangkalian untuk berjangkit semula masih ada.. contohnya macam kucing aku.. penat tau nak hadap sampai 2 kali pekara yang sama, pening kepala, kuss semangat..

okay seterusnya, jikalau anda dibekalkan ubat berbentuk tablet, mesti korang susah hati kann?

"Ishhh macam mana aku nak bagi kucing nih makan ubat.. aku pon susah nak makan ini kan kucing, lagilahhh~"

haaaaa, jngan risau.. kalau selalu kena cakar2 kena gigit, boleh rujuk di internet cara yang betul nak bagi deorang makan ubat dngan berkesan okay .. tapi ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi..
nawaitu aku nak terangkan cara2 dan teknik2yang betul nak bagi makan ubat tapi agak susah nak describe kat sini memandngkan aku ahli baru forem, taktau selok belok forum nih, taktau macamna nak upload gambar atau bagi link.. maaf di atas ketidaktahuan aku.. jadi aku terpaksa susahkan korang untuk cari lagi di pakcik google..

tapi aku nak terangkan sikit manalah tahu kalau2 korang faham..

kaedah1: selalunya aku akan potong ubat kepada dua(atas panduan doktor. Saiz dos berbeza mengikut saiz kucing anda, nakkan kepastian? Jumpalah vet n mintak pendapat) kemudian biarkan meow duduk depan aku dan aku duduk melutut dibelakang dia.. kiranya paha aku dah kunci dia takleh bergerak.. mukanya menghadap kehadapan.. ( alaaa, macam situasi kita dengan doktor gigi tuhh, doktor duduk belakang pesakit ) tangan kanan pegang ubat,tangan kiri tekan bahagian tepi mulut dia, otomatik akan terbuka mulutnya,koyak sikit dan tolak ubat tu masuk dalam, jangan letak terlalu keluar sbb ubat tuh pahit nanti dia ludah balik.. rugi nanti membazir.. tapi bukan senang sebb dia akan cakar balik.. sbb apa aku cakap tak senang? Pertama, Korang kena berhati2 kat luka dia jangan bagi kena kulit korang. Kedua, buatnya tak da sapa yang teringin nak tolong korang pegangkan kucing time korang nak bagi makan ubat? Haaa jadilah macam aku,sampai masa nak bagi makan ubat, takdak sapa hingin nak tolong aku pegangkan si meow. Maka, bertungkus lumuslah aku seorang diri.. kesian akuuu~ oleh itu wujudlah kaedah 2

kaedah2: ambik kain, sebaiknya kain batik ke yang dah tak guna tuh yang besar lah kalau kucing korang besar.. kemudian ambik kucing..main2 dengan dia sampai dia bertenang. Pastu golekkan dia atas hamparan kain tadi.. bungkuskan dia macam baby.. biar keluar kepala jaa.. bungkus kena bungkus kemas dan kuat sbb nnt dia menendang nak melawan dan sebagainya.. bila agak2 dia tak boleh bergerak letak dia betul2 dengan kepala korang means,korang bersila kemudian letak dia atas sila korang tuhh.. muka dia menghadap muka kita, macam biasa tekan tepi mulot dia dan masukkan ubat..
cara nih lebih selamat sebenarnya sbb tak kena cakar n kalau takda orang nak tolong pegangkan pon korang boleh buat sendiri dengan cool.. tapi ada kelemahannyaa... kelemahan?? Yaa, korang ingat aku kata luka tuh boleh berjangkit? Itulah kelemahannya, bila kita bungkus mungkin air luka dia terlekat di kain, kemudian, nak bagi makan ubat lagi, kita ambik bungkus lagi, kuman dekat kain tu mungkin akan terkena luka yang baru nak sembuh tuhh.. semakin lama berulang ulang.. mmng takda kesan lah ubat tuh, yang nak jadi baik semakin burok pulakk.. oleh itu, kena selalu basuh kain tuhh.. tapi kalau buatnya sehari kena makan ubat 3 kali? Tak ke haru?

Ohh,untuk kucing yang bunting pulak, aku nasihatkan selalulah bawak pergi cek dan vet akan bagi vitamin untuk kucing korang, untuk kuatkan hati sbb hati kucing bukan macam hati manusia mmpu tapis toksik bagai.. kucing aku dapat vitamin dalam bentuk cecair so aku tak pening kepala nak bagi dekat meow.. aku baca dalam internet yang ketoconazole ini tak leh bagi kepada kucing yg bunting.. tapi lepas aku gi tanya vet dia kata takpa, takdak efek.. jadi aku cool lah walaupun kucing aku keguguran sekor anak.. mungkin bukan rezeki dia, tapi yang dua ekor lagi sihat belaka [yeaayy]..
oh oh oh, lagi satu.. kalau nak hancurkan ubat dan masukkan dengan makanan, hummmm yang ni kena mintak advise doktor dulu.. sbb ada sesetengah ubat tak sesuai buat dengan cara ni..
tapi ini kucing aku, kalau kucing korang aku pon tak tahulah macam mana keadaan kucing korang dan sebagainya, jadi kalau sayangkan kucing anda, kalau nakkan kepastian, jumpalah vet..

dan tips yang terakhir iaitu yang keempat..
selain daripada usaha dari segi rawatan moden, anda jugak boleh doakan semoga kucing anda cepat sembuh.. "Hahaha.. ingat orang ka nak doa doa? mengarutlahh~ " Mengarut??Mana ada mengarut, betul lahh.. walau apa pun agama kita,Tuhan sentiasa mendengar kita, jangan lupa tuhh.. Kucing jugak makhlukNya,takkan dia nak aniaya makhluknya? Fikirkann dan tawakal seadanya..

**Tapi walau apapon, anda lebih bijak membuat keputusan.. iktiarkan yang terbaik untuk kucing anda adalah penting.. dan aku yakin, banyak lagi kaedah yang boleh digunakan.. sama ada nak atau taknak saje

Rasanya itu sahaja.. mungkin ada kekurangan yang aku tak nampak, korang bagitau lahh jngan segan pulak.. mungkin ada point2 yang korang nak tahu tapi aku tak bagi tahu korang tanya lahh..

Nota kaki : jujur aku cakap nak bagi makan ubat memang susah.. dah berapa kali aku fedup tapi alhamdullilah aku masih usahakan jugakk.. aku gembira tengok perubahan Meow aku, semangat Meow aku untuk terus hidup walaupun dah dijangkiti terok.. inikan aku nak bagi makan ubat hanyalah pekara yang kecil tapi aku mudah fedup.. Pendek kata semua, jangan sesekali fedup korang takkan menyesal membela kucing macam ni di samping dapat pengalaman yang pahit manis suka dukaa.. pasti ada balasan yang baik untuk korang.. jangan lupa, makhluk Allah yang tidak berakal, sentiasa mendoakan kita.. ingat! Mereka adalah antara ahli2 syurga..

Sebenarnya, kehadiran kucing macam nih adalah sebahagian daripada ujianNya unuk kita.. Dia nak tengok kita nih kedekut ka? Kita nih ego ka? Kita nih menunjuk2 ka? Kita nih hipokrit ka?Banyak lagi tuan2 puan2 maksud tersirat daripada ujian yang hanya sebesar mata jarum.. Sebelum nak buang kucing tersebut, atau nak put to sleep kucing tersebut, atau melepaskan tanggungjawab tersebut, beringatlah.. Allah dah simpan ”hadiah” untuk kita yang membantu sesama makhluk.. Tapi yang tidak tersengaja terPTS kucing mereka, takpa, aku faham..dulu2 bukan ada kemudahan internet dan sebagainya, mungkin kurang pendedahan.. hnya Allah yang tahu dan yang lepas biar dah lepas moga tidak berulang lagi..
USAHA ITU PENTING YA KAWAN- KAWAN

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 05:34 PM | Show all posts
Kenapa kecik sangat teks nya.










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 05:41 PM | Show all posts
helmiex replied at 19-2-2015 05:34 PM
Kenapa kecik sangat teks nya.

ehh kecik kaa? sorry lahh, sini nampak besar jer, jap edit lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 05:48 PM | Show all posts
haihhh tiga kali edit dah, memula semua tulisan jadi rapat, edit lagi.. then, tulisan nampak kecik pulak, edit lagii, then tak da perenggan pulak ?!! arghhh mati kutu aku
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 09:21 PM | Show all posts
Edited by hoye at 19-2-2015 09:24 PM

nak jaga kucing ade jangkitan sporo xperlu bg makanan special, xperlu bg air masak, xperlu layan lebih daripada manusia dari manusia. pembaca jgn salah faham lak dgn penulisan TT ni. maksud tt kita perlu buat benda2 ni atas sebab belas kesian semata2, bukan atas dasar nak sembuhkan penyakit sporo.
benda2 tu semua xkan boleh sembuhkan dia, yg sembuhkan penyakit kucing tu bila kita bg dia ubat dan bila kita dengar dan patuh cakap veterinar, sedangkan doktor pn xde ckp benda2 camtu perlu dilakukan, so kita xperlula buang masa nk beri special care memadai madai sampai buang masa konon utk sembuhkan kucing tu sbb doktor lebih tahu dari kita kalo doktor xde suruh buat benda tu, maknanya xperlu, melainkan atas belas kasihan, tp bukan utk menyembuhkan penyakit.

aku pernah ade dua ekor anak kucing yg sakit camni dulu. dua2 kena kat hidung. yg sekor tu dah tahap kritikal, bengkak dia mmg besar dan mengerikan, dia punya bengkak bukan main besar mcm nak pecah dah hidung kucing tu, siap bernanah, melecet, berair, berdarah, bernafas pun ade bunyi2. badan penuh ngan taik2 sampai berpuluh lalat hurung. kucing ni dulu dia xdpt bersihkan badan dia sbb tiap kali dia nk jilat bulu dia akan kena kt hidung dia, sbb tu hidung dia makin melecet dan makin teruk. mak bpk aku bodoh, kuat menipu aku. aku suruh dia bawak gi hospital dia wat dek je. bila dah terlambat, bila kucing tu kritikal baru nk bawak, dah terlambat. pastu ubat pn dia xbagi. pastu tipu aku kata dah bg. bodoh. sbb tu la kucing tu dah mampos skrg. semua benda nak aku je beri tunjuk ajar, sampai adik aku pn aku yg didik, bukan dia. mak aku ni pn ade mcm2 penyakit contoh cam batu karang, buah pinggang belah kanan terpaksa dibuang. tp lepas kena buang bukan dia berusaha utk cegah penyakit tu, tp dia lagi galak makan makanan sampah sampai penyakit batu karang dia berulang 2-3 kali. pastu ade penyakit kaki, tp dia xsapu ubat. bila dah sakit sbb xsapu ubat, sibuk salahkan takdir, marah2 bapak aku kenapa dugaan datang kat dia. bodoh kan? ubat xnak guna, mmg la xkan sembuh. pastu bila sakit tau pulak marah org, marahkan takdir. yg jd mangsa bapak aku. bapak aku pn same bodoh gak, tp mak aku lebih bodoh. saje nk luahkan perasaan sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih tolong terangkan hoye..
Moga takde salah faham ya kawan2..
Hoye nak luahkan perasaan, dipersilakan.. disini kan ada tt yang selalu membaca .. heheh..
Alahhh awak nihhh, janganlah panggil deorang bodoh.. biasa lah orang berumur, macam orang tua saya, deorang tak suke ikut zaman moden, maksud saya, tak suka dari semua segi.. jadi susah sikitlah tapi nak buat macam mana, sabar aje hehehh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2015 12:56 PM | Show all posts
salam..sy ada pengalaman jaga meow sporo..yg 1st jumpa mmg dh teruk sgt2..rasa dh 80-90% teruk..siap bunyik2 mcm org semput...

sy bwk g vet...doc kata kene PTS....dh teruk sgt,rasanya thn 2012 ....terpaksa la sy buat...

2nd, thn lepas...pun sama jugak..bwk g vet kt misi gojes tu...dh bg ubt liver,intraconazole semua....tp dia dpt btahan seminggu je....

dlm erti kata lain...andai ada meow kalau skt pun lukanya...cepat2lah bwk g vet....insyallah boleh baik.....mcm razif rescuer tu..dia bnyk gak jaga meow sporo ni....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2015 08:46 PM | Show all posts
seroja_luvU replied at 23-2-2015 12:56 PM
salam..sy ada pengalaman jaga meow sporo..yg 1st jumpa mmg dh teruk sgt2..rasa dh 80-90% teruk..siap ...

Wsalam, okay lah tuu awak usaha juga bawakan dia pergi cari ubat.. kalo dah terok sangat, saya pasti keputusan yg terbaik walaupon terpaksa ialah PTS..
kalo dah terok giler, saya pon tak berani nak ambik risiko sedangkan yang luka kecik pon risiko untk berjangkit dah tinggi.. kann??

Macam yg awak kata, bagi ubat macam mana pon kalo nak mati, mati jugak..
mana boley halang sume tuu.. janji kita usaha sahaja, itu yang penting

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 08:43 AM | Show all posts
apa yang sy nak katakan kat sini memang xkena dengan persoalan kat benang tt ni....cuma sy nak bgtau....sy hanya suka kucing yang besar...bulu lebat dan agak sombong...kikiki....xde ke sape2 nak bagi sekor?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 09:27 AM | Show all posts
sy ada..tu yg kt gmbr tu.bdk tu la...si itam..betina tp bru je di mandulkn...skrg ngah mbesarkn bdn.hobi dia mkn telur stengh msk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 07:03 PM | Show all posts
iameone replied at 25-2-2015 08:43 AM
apa yang sy nak katakan kat sini memang xkena dengan persoalan kat benang tt ni....cuma sy nak bgtau ...

hahaha, kucing sombong nape? kucing tuh dahlah sombong, susah nak buat kawan lak tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Reids replied at 26-2-2015 07:03 PM
hahaha, kucing sombong nape? kucing tuh dahlah sombong, susah nak buat kawan lak tuhh

Suka kucing mcm tu..buat jual mahal kalau kita panggil dia...lg suka kita nak kacau dia...kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 01:12 PM | Show all posts
Just in time u bukak thread ni coz kucing i pun baru disahkan sporo minggu lepas.

Sporo dia kena dkt bahagian testis dia. Kucing I jantan, dah vaksin and dah mandulkan..bahagian telur yang dibuang tu pulak kena sporo.

it started 3 weeks ago..bila I notice something is wrong dkt bahagian tu.. dia membengkak and i whatsapp my vet pictures..vet suruh dtg klinik cpt2.. I hantar kucing I kt klinik 1 week untuk vet monitor.

Lepas 1 week..tmpt membengkak tu pecah and berair.. vet hantar balik dkt I and bg iodin + topical cream untuk sapu. yelah..at that time ingatkan luka biasa je. I sapu hari2..tp x elok2 jugak..malah makin teruk. sebab krim tu gatal..kucing I jilat2 tempat tu sampai berdarah2 kadang. luka makin teruk.

Again, I whatsapp vet gambar latest luka kucing I untuk his 2nd opinion. Dia suruh bawak klinik sebab takut suspect sporo. masa ni dah seminggu kucing tu dgn I.

before I fly to manila last week for work - I anta kucing I and follow up dgn vet status sporo ke tak. 1st test sporo, assistant vet yang buat. Dia test and result negative. Vet tak puas hati and dia test sendiri. pastu dia confirm sporo.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 01:24 PM | Show all posts
I balik from Manila hari Khamis, next day Jumaat I amik kucing I from vet.

I dibekalkan dengan ubat intraconizole sebanyak 30 biji and disuruh bagi ubat tu setiap hari...1 pil 1 hari. I baru start kasi sabtu lepas..sekarang tgh monitor progression luka tu.. I notice sbb luka tu kt testis and since testis dkt dgn ekor..now kat ekor dah tumbuh luka kecik. tambah pulak kucing I suka jilat luka tu..geram I..I mintak vet e-Collar. I start pakaikan dia e-Collar since yesterday..sekejap2 I tgk dah tertanggal e-Collar tu. Last2 I ikat ketat sikit baru tak tertanggal.

I baru je beli lamisil krim dekat farmasi hari ni. Balik nanti I akan sapukan dekat luka kucing I tu. Since I terer (hihi..puji diri sendiri) bagi kucing makan pil..I takde masalah masukkan pil dlm mulut kucing. I agree dgn u bab kene kurung dia dalam sangkar.. bila I tak kurung I tgk luka tu makin teruk plak jadinya.. bila kurung Ok sikit lah.

Soalan I :
1) Lamisil tu nak sapu berapa hari sekali ?

2) Macam mana kucing nak makan and minum guna e-Collar ? sebab tgk cam susah je dia nak makan and minum. I kerja and kuarantin kucing I dalam sangkar kat rumah. Risau pulak kucing I dehydrated masa I takde kat rumah. I bukak e-Collar tu bila I bagi dia makan which is 2 kali sehari. tapi I geram sangat sebab lepas dia habis makan..mesti dia jilat luka tu..I cepat2 pakaikan dia e-collar balik.

3) Vet I tak bekalkan vitamin hati..is it wajib actually ?

4) kesian lak tgk dia pakai e-Collar..cam terseksa sgt..tapi kalau x pakai dia akan jilat and berpotensi tinggi untuk spread ke area lain bila dia groom bulu dia. macam mana u uruskan pemakaian e-Collar ? 24 jam ke or ada masa2 u tanggalkan ?

In Sporo case, I think we all have to be CRUEL TO BE KIND for our love ones to survive..mmg rasa terseksa tgk dia kena kuarantin and pakai e-Collar tu tapi kena buat jugak untuk dia baik.

Harap dapat jawab soalan2 I...mekaseh!


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 01:24 PM | Show all posts
Deleted. Terpost 2 kali pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 01:29 PM | Show all posts
Oh tapi risau pulak sporo ni boleh berjangkit dgn organ2 dalaman sebab my cat jilat2 luka kat testis dia tu sebelum dia confirm sporo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2015 07:20 PM | Show all posts
cikrosienona replied at 2-3-2015 01:24 PM
I balik from Manila hari Khamis, next day Jumaat I amik kucing I from vet.

I dibekalkan dengan ub ...

1) Lamisil tu nak sapu berapa hari sekali ?
-Lamisil tuh dalam bentuk cream kaler ijau ka? kalo cream yang saya dan awak dapat adalah cream yang sama, saya sapu 2 kali sehari (pagi malam)
tapi kalo bukan cream yang sama, it doesnt matter lah, majoriti cream mmng disapu 2 kali sehari..

2) Macam mana kucing nak makan and minum guna e-Collar ? sebab tgk cam susah je dia nak makan and minum. I kerja and kuarantin kucing I dalam sangkar kat rumah. Risau pulak kucing I dehydrated masa I takde kat rumah. I bukak e-Collar tu bila I bagi dia makan which is 2 kali sehari. tapi I geram sangat sebab lepas dia habis makan..mesti dia jilat luka tu..I cepat2 pakaikan dia e-collar balik.
- saya tak guna e-collar sbb saya tak kerja lagi jadi masa saya begitu terluang dengan kucing so boleh perhatikan dia.. tapi nih mugkin boleh try kot.. e-collar tu try awak terbalikkan, maksud saya letakkan collar tu secara belawanan, bahagian mlut collar tuh kat leher dia n bahagian mulut kolar yg lebih besar tuh mengarah ke badan dia.. i think mungkin kucing awak susah nak bengkokkan badan dia untuk jilat luka tuh, lama lama dia akan give up lah..

3) Vet I tak bekalkan vitamin hati..is it wajib actually ?
-kalo pergi ke blog lain pon banyak yang cakap vitamin ni penting jugak.. ubat yg dibekalkan tuh sebenarnya kuat.. saya kasi kat kucing ubat tuh n dia macam lali sikit.. duduk diam, kerja tidoq jaa, makin lama makin badmood.. bila pergi cek lagi n bagi vitamin kat dia, lepas dia berak or kencing dah nampak ceria mulalah nak main itu ini.. so mungkin awak boleh tanya pendapat vet awak lagipon dia yang rawatkan kucing awak kann? sbb dia lebih tahu macam mana tahap kucing awak.. kalo dia kata tak payah, its okay lahh.. tapi kalo awak rajin mintaklah vitamin untuk persediaan lagipon 30 bijik ubat nak bagi makan, banyak jugak tuhh..

4) kesian lak tgk dia pakai e-Collar..cam terseksa sgt..tapi kalau x pakai dia akan jilat and berpotensi tinggi untuk spread ke area lain bila dia groom bulu dia. macam mana u uruskan pemakaian e-Collar ? 24 jam ke or ada masa2 u tanggalkan ?
-ini berdasarkan rujukan dari blog blog lain, deorang cakap sentiasa pakaikan.. sbb kita pon tak tahu bila masa dia nak bersihkan bulu2 dia.. kalo dia jilat diam diam cmna? haaaa, jadi awak pakaikan aje 24jam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 07:25 PM | Show all posts
cikrosienona replied at 2-3-2015 01:29 PM
Oh tapi risau pulak sporo ni boleh berjangkit dgn organ2 dalaman sebab my cat jilat2 luka kat testis ...

Boleh berjangkit tuh memang boleh, tapi kes2 macam nih pun dah dilabel amat jarang sekali..
kita cuma boleh berharap benda tuh semua tak kena kat kucing kita..

i taknah dengar lagi sporo kat testis, kesian kucing u.. cmna dia buat natural call?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 08:52 PM | Show all posts
Salam buat pembaca, terima kasih sbb baca coretan simple nih..

Buat perkabaran, Alhamdulillah Meow dah sembuh sepenuhnya..
Bulu2 dah mula tumbuh lebat kat luka luka lama dia..

Skrang Meow dah dibebaskan untuk berjalan jalan dalam rumah tanpa halangan.. Golek sana sini pon dah tak kisah dah.. Bukan apa tuhh, nampak sngat nak lepaskan rindu.. ahakss

Sekarang aku dalam usaha nak kurangkan keguguran bulu Meow, sbb dia baru ja berkenalan dengan ikan rebus.. Kesian Meow, bila dia takut bulu dia luruh umpama daun daun yang keguguran (cewaahhh).. boleh nampak kot kalo dia berjalan, sepanjang track dia ada bulu.. errkkk korang bayanglahh


Lastly, harapan aku, moga coretan yang tak seberapa tuh boleh dijadikan panduan kat korang..
kalo kucing korang kena sporo dua ka tiga kali kaa, cuba jangan give up okayy..
Aku setuju dengan kata kat seorang blogger..

kalo kita gagal, pengalaman tuh boleh dibuat pengajaran dan peringatan..

tapi kalo kita berjaya, ia akan jadi kenangan manis buat kita..



Kesimpulannya, aku makin sayangkan Meow aku..
Walaupon Meow takleh baca tapi aku nak jerit kuat kuat nihh..


MEOW!! I LOVE U !!!


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 12:31 PM | Show all posts
Reids replied at 2-3-2015 07:20 PM
1) Lamisil tu nak sapu berapa hari sekali ?
-Lamisil tuh dalam bentuk cream kaler ijau ka? kalo c ...


Thank you for your response. (Ceh macam official gila kan..hahaha)

1. Lamisil tu I beli kat farmasi. Kotak dia warna biru, krim warna putih bukan hijau and harga rm30. Dah 2 kali pakai so far. Semalam sekali sebelum tido and hari ni sekali pagi sebelum I pergi kerja. Agaknya sebab gatal sangat krim tu..Kucing I meow2 nak garu2. Dah la dia pakai e-Collar tu..dia nak jilat2 testis dia guna lidah tak sampai..dia jilat kon je . I rasa I nak stop sekejap la guna krim lamisil ni. Sebab according to Vet I, sporo kucing I baru di peringkat permulaan. Baru kena kat kulit je. belum masuk dalam darah or hidung lagi. Dia cakap there's nothing to worry..just ubat bagi makan hari2 tu je. I nak bagi pil je dulu and tgk progress macam mana. hari ni again successfully bagi kucing I makan ubat dengan jayanya..smooth process! hehe

2. I tgk kucing I ni dah redha pakai e-Collar tu. Bila I sarung je kat kepala dia..dia diam je sampai I siap ikat tali. Cuma bila I sapukan krim tu dia menggelupur nak cabut e-Collar tu sebab gatal and nak jilat.

3. I dah tanya vet I pasal vitamin hati tu. Dia cakap dia pun tak tau pasal tu. Dia cakap ubat yang dia kasi tu akan effect buah pinggang bukan hati..tapi dalam jangka masa panjang bukan sekarang. So buat masa ni I tak bagilah.

4. Yes2..I mmg pakaikan 24 hours. Melainkan dia cabut e-Collar tu waktu I kerja and takde kat rumah..tu tak boleh cakap la kan.

5. Pasal nature call tu, dia nature call cam biasa je..takde effect apa2 pun kat dia. poo macam biasa, pee macam biasa. sporo dekat testis tu bukan keatas ke arah punggung or ke bawah ke  arah totey dia. sporo tu merebak ke kiri and kekanan instead. Nanti I tangkap gambar I upload sini.

Pagi2 I check testis dia..I tgk sporo tu berair and bertakung. last week tempat tu macam ala2 daging mentah..sekarang dah tak. Your cat macam ni jugak ke ?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.087508 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list