CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kEk_KeL@d|

RaBun di CEREKARAMA

[Copy link]
Post time 26-1-2004 04:53 PM | Show all posts

ermm

bagi aku drama ni boleh tahan... walaupun kekadang agak lambat difahami, mungkin sbb beliau first time buat movie/drama/etc selain iklan, jadi nampak lambat mesej dlm citer ni...

memula aku tak paham mengenai rabun ni.. tp last-last aku paham ikut persepsi aku sendiri... bg aku citer ni lebih kepada kepercayaan kita atau kemesraan sesama jiran... mcm Mak Inom ngan Pak Atan citer pasal jiran dia org tu, kebanyakan tersalah tafsir..

bagi Mak Inon, jiran sebelah yg suka mengusir kucing tu bukan sbb dia tak suka ngan kucing tu, cuma dia tak suka kucing tu membuang najis merata-rata.. sapalah yg tak nakkan rumahnya bersihkan?.. kalau Mak Inon bagi inisiatif nak bertegur sapa ngan jiran sebelah tu, apalah salahnya.. dapatlah dia kenal hati budi, atau sebab mengapa jiran tu buat cam tu..

samalah jugak Pak Atan.. dia ingat org yg dia tegur tu Mr Tan.. tp bini/org gaji Mr Tan.. lagipun Pak Atan mmg dah rabun, susah lah nak nampak kan?.. kalau dia g dekat lagi, atau pergi melawat rumah sebelah, boleh lah dia kenal...

daripada mencarik inisiatif utk bermesra dgn jiran dgn lebih nekad lagi, dia org leh percaya 100% pd Yem & Cik Nor.... bg dia org tiada yg lebih patut dipercayai selain dr keluarga sendiri... dan tak sangka keluarga sendiri yg menyusahkan mereka...

bagi aku, part Mak Inon ngan Pak Atan tu mmg best.. sbb bg aku, bermesra sampai ke tua..buat apa risau pasal apa org kata... sbb dah halal.. sepatutnya yg tak halal tu sptnya yg lebih dirisaukan...

mcm org kita, yg rabun, tgk benda baik, nampak benda buruk... dan kita senang sgt menilai 100% dr pandangan pertama.. nilah salah satu kerabunan paling nyata manusia sampai kekadang tertipu bila saat-saat terakhir..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2004 05:08 PM | Show all posts
citer2 macam nih banyak persepsi bleh buat.. selalunya pengarah serah kat penonton nak buat pesepsi sendiri ikut pengalaman dan penerimaan masing-masing... lain orang lain fikirnye..;)

tapi untuk permulaan, ok lah RABUN nih.. next time mungkin bleh kurangkan sket RABUN cerita nih kot..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2004 09:46 PM | Show all posts
Beginilah....tak perlu tengok kutipan terkumpul Cinta Kolestrol kat pawagam pun takper...tengok sahajalah reaksi peminat filem Melayu kat forum nie...kita dah tahu kenapa Dato Yusof ngan Prof razak suka buat filem2 laku jutaan ringgit...

BTW....dalam sebilnagan member yg komen kiat sini....aku rasa ramai juga mempunyai pandangan yg cool giler....cam GadisKampung ngan Alin.....memang betul konsep Rabun ialah merabunkan semua orang....filem ini sebenarnya simple...dan tak berat pun...just tunjuk cerita org2 biasa spt kita tengok gelagat diorang dari jauh...kadang2 kita tengok lama2 kan...so..sebab tu kamera rakam lama2.....unik apa......

Kalo takde angin masakan pohon bergoyang...kalo takde special masakan filem nie sampai ke Italy......kalau anda mahu benar2 memhami konsep Rabun, cuba baca review yg aku paste kat bawah nie...:-


---------------------------




Ulasan Filem Rabun oleh : Nizam Zakaria

Tatkala menonton Rabun, tiba-tiba saya menerima beberapa SMS dari rakan-rakan terdekat. Ada yang telah mengingatkan saya agar menonton filem ini dan tatkala menonton, lebih banyak SMS yang saya terima yang rata-ratanya memuji filem Melayu yang terasa agak asing bagi mereka (dan juga saya) kerana mutunya yang tinggi.

Pada hemat saya, Rabun arahan dan tulisan Yasmin Ahmad merupakan sebuah filem yang ringkas, senang difahami dan dalam masa yang sama, mempunyai nilai seni yang tinggi. Filem ini tak ada watak perempuan gemuk yang ditertawakan kegemukannya, watak "bad-boy" bermotor besar yang kacak (atau "bad-boy" yang sebenarnya nampak macam "gay-boy"), watak perempuan cantik yang lemah segala-galanya yang selalu sahaja teraniaya dan para penjahat dari entah berapa jenis sindiket yang mampu membuatkan Malaysia kelihatan lebih ganas dari New York atau Miami. Filem ini sekadar menceritakan tentang pengalaman dua orang pesara dari kota, Pak Atan (M. Rajoli) dan Mak Inom (Kartina Aziz) yang mahu menghabiskan masa persaraan mereka di kampung.

Seperti kebanyakan orang-orang kota yang terputus hubungan mereka dengan kampung, Mak Inom mempunyai persepsi romantik tentang keadaan di kampung. Di dalam fikirannya, kampung mewakili segala-galanya yang baik dan keadaan di bandar adalah sebaliknya. Kerinduan kepada ketenangan (yang mungkin hanya wujud dalam alam fantasinya sahaja) telah membuatnya mengambil keputusan untuk pindah ke rumah arwah bapanya di kampung (kalau tak salah saya di Muar).

Hubungan di antara Pak Atan dan Mak Inom bolehlah dikatakan bahagia walaupun agak eksentrik. Walaupun sudah agak berumur, mereka masih lagi mampu menunjukkan rasa sayang di antara satu sama lain dan perkara ini pastinya akan menimbulkan rasa pelik bagi sesetengah penonton.

Kemudian, diketengahkan lagi beberapa watak yang eksentrik. Seperti watak Elvis (Ho Yuhang), kontraktor berbangsa Cina yang nampak lucu walaupun beliau tidak perlu banyak bercakap dan Yem (Irwan Iskandar), anak muda dari kampung yang berjiwa besar mahu berkahwin walaupun tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Pandangan Mak Inom tentang keadaan di kampung berkecai apabila beliau ditipu oleh Yem. Di tambah lagi apabila Yem cuba membalas dendam dan melakukan beberapa perkara yang menyusahkan hidup Pak Atan dan Mak Inom di kampung.

Seperti yang saya jelaskan tadi, filem ini ringkas, tetapi padat dengan cerita setiap watak yang diketengahkan. Pengarah Fotografi, Keong Low pandai bermain dengan naratif visual yang banyak menggunakan "long shot" yang kadangkala kamera langsung tidak digerakkan sama sekali. Dengan suntingan cekap oleh Affandi Jamaludin, adegan-adegan ini nampak menarik walaupun, teknik ini sukar untuk membuatkan penonton melihat lakonan para pelakon secara dekat. Teknik ini sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada filem Monster lakonan Charlize Theron di mana kebanyakan adegan dalam filem ini dilakukan dengan medium dan long shot yang menimbulkan suasana tenang dan tenteram dalam sebuah filem yang tragik. Tetapi jika difikirkan secara tema filem ini, mungkin Yasmin ingin menimbulkan keadaan "rabun" di kalangan penonton. Kita tidak dapat melihat mimik muka para pelakon secara dekat, seperti Pak Atan, kita terpaksa menumpukan perhatian kita kepada apa yang ingin disebutkan oleh para pelakon dari melihat gerak-geri mereka.

Tema "rabun" ini saya rasa agak dalam. Jika kita perhatikan, Mak Inom pada mulanya rabun terhadap keadaan di kampung, yang difikirkannya berbeza dari keadaan di kota (akhirnya beliau mendapati, keadaan di kedua-dua tempat ini tidak banyak berbeza). Yasmin tidak mahu menyogok konsep rabun yang cuba diketengahkan ini. Saya pasti, dia mahu penonton berfikir sendiri apakah makna sebenar "rabun" yang ingin disampaikannya.

Saya cukup senang dengan penggunaan para pelakon dari berbilang bangsa untuk melakonkan watak-watak mereka. Filem ini benar-benar menampakkan keadaan sebenar di Malaysia. Yang lebih menarik lagi, watak seorang apek yang dilakonkan orang seorang pelakon India. Keadaan integrasi kaum yang sememangnya wujud, dipaparkan dengan jujur.

Lakonan para pelakon cemerlang. Ingin juga saya memuji bahagian pemilihan pelakon yang saya dapati cukup sesuai melakonkan watak-watak yang diberikan kepada mereka. Sebagai contoh, watak Elvis lakonan Ho Yuhang amat-amat lucu dengan cara lakonannya yang penuh bersahaja.

Sedikit mengecewakan adalah beberapa adegan yang saya rasa telah ditapis. Sebagai contoh, adegan Mak Inom mandi bersama Pak Atan di kampung dan Mak kepada Yem yang memeluk bantal peluk di atas katil dengan rasa penuh kerinduan. Apabila bahagian-bahagian (serta beberapa cebisan dialog) dipotong, perkara ini akan menimbulkan sedikit kekeliruan di kalangan penonton. Jadi saya rasa, sebaik-baiknya filem ini ditonton mengikut "director's cut"nya dari versi TV yang telah kita tonton minggu lepas.

Rabun adalah sebuah filem yang serba sederhana. Tak ada plot yang hebat-hebat dan mengelirukan. Saya sering berpendapat bahawa sesuatu yang bersifat seni tidak sepatutnya kabur, dan Yasmin ternyata berjaya membuat sesuatu yang bernilai seni tetapi yang dapat diterima oleh ramai. Ibu saya sendiri, ternyata seronok tatkala menyaksikan Rabun.

Saya berharap, ramai lagi pembikin filem-filem Melayu yang akan celik mata serta hati mereka untuk membuat filem-filem berkualiti seperti Rabun yang bersandarkan skrip yang kuat serta visual yang indah. Kudos buat Yasmin kerana telah menghasilkan sebuah karya yang indah. Sebuah karya yang saya pasti akan menjadi pemangkin kepada filem-filem Melayu bermutu di masa yang terdekat ini!

Rating: 4/5


[ Last edited by GAIA on 26-1-2004 at 09:50 PM ]
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 27-1-2004 12:57 AM | Show all posts
dah mmg jadi mentaliti ownag melayu..bila cuba membuat kelainan dan owang tak

menerimanya..maka dikatakan pemikiran owang sempit..

jagan kita jadi syok sendiri..dan mengatakan karya atau idea tu best tanpa

menerima pandangan odien..odien ramai dan majoriti..dan bila kita berhujah..of

koslah majoriti menang..thats a fact

so jgn la nak buat alasan bila owang tak terima filem atau karya kita , kita nak

labelkan owang salah ramai..pengkaryalah bersalah..sendiri mau ingatlah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2004 08:52 AM | Show all posts
So...jgnlah salahkan bang Usop n the gang pasal bagi kat korang filem2 cam tu...sbb itu yg korang nak , secara separa sedar....u all love him very much...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2004 09:29 AM | Show all posts
MENYESAL AKU TAK TENGOK CERITA NIIIIIIIIIIIIIIIIIIiii



Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
garlicunion This user has been deleted
Post time 27-1-2004 09:33 AM | Show all posts
sokong dude....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2004 10:05 AM | Show all posts
rasanya,hanya sesetengah orang jer dapat menerima konsep filem nih...sebab ia lebih kpada pemahaman dan pemerhatian yang teliti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2004 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by CBR600 at 2004-1-26 11:02 AM:
Pendapat aku...cerita ni memang HAMPAGAS...Yang kesiannya mak aku..Berlari2 kat TV sebab nak kejar slot cerekarama nih ...tengok promo macam best..tapi HAMPEH sampai pagi orang tua tu mengutuk ceri ...

yer ker??
rasanya,time tua2 macam tuh ler kita mengeratkan kasih sayang suami isteri....tak salahkan?? selain beribadat,lagipun suami isteri gak..bukan orang lain...ada orang tuh,bila dah tua,dah kureng kemseraan sesama suami isteri,kan?? betul tak.....?? ko plak bila dah tua,macam mana...??? tanak panggil bini/laki engko "sayang"?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2004 11:00 AM | Show all posts

GAIA

eh sori ye, aku nyer pm takleh, aku pon tak tau nape. mmg takleh nak pm, so terpaksa jwb kat sini jek.

takpe, letak kat sini lagi ramai org leh respon, cuma aku letak kat situ sbb dah local tv sume kat situ. no hal lah! ;)
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2004 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 2004-1-27 11:00:
eh sori ye, aku nyer pm takleh, aku pon tak tau nape. mmg takleh nak pm, so terpaksa jwb kat sini jek.

takpe, letak kat sini lagi ramai org leh respon, cuma aku letak kat situ sbb dah local tv  ...

aku rasa ko takleh send PM sebab dah terlebih limit kot...cuba delete beberapa msg dalam inbox ko, kemudian cuba send PM..rasanya boleh kot...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2004 11:30 AM | Show all posts
Ulasan Filem Rabun Oleh : Fairul Nizam Abdullah

"Andai dipisah lagu dan irama., lemah tiada berjiwa... hampa". Lirik lagu ini terngiang-ngiang di telinga saya (termuat juga sebagai soundtrack filem ini ) tatkala saya mula menulis ulasan filem ini. Ini kerana saya melihat Pak Atan dan Mak Inom umpama lagu dan irama, yang saling melengkapi antara satu sama lain. Tanpa mereka juga, pasti Rabun hilang jiwanya kerana filem ini membicarakan tentang kehidupan dan persekitaran mereka.

Filem ini bergerak berlandaskan hubungan Pak Atan dan Mak Inom. Mereka adalah pasangan tua yang berada di lewat senja kehidupan namun masih amat romantik. Mereka memanggil diri masing-masing dengan nama timangan seperti sayang, baby dan juga mandi bersama. Saya akui ada sedikit kejanggalan menonton kemesraan mereka di awal filem namun lama kelamaan, saya sedar kejanggalan itu wujud kerana jarang sekali dapat melihat pasangan-pasangan tua di Malaysia sebegitu romantik.

Pak Atan, mengalami masalah rabun dan kencing manis. Mak Inom pula masih sihat wal'afiat. Pak Atan seorang yang pendiam dan pasif manakala Mak Inom, gemar bercakap dan agresif (lihat saja cara pemanduannya yang ala-ala Michael Schumacher). Kontra bukan? Namun perbezaan inilah yang menyebabkan hubungan mereka menjadi begitu istimewa.

Istimewa kerana jika dilihat luarannya, nampak yang Pak Atan sudah tidak berupaya lagi untuk menguruskan keluarganya. Malah, adegan makan di permulaan cerita yang mana Pak Atan dengan terbukanya mengatakan dia telah di Queen Control oleh Mak Inom amat bermakna sekali bagi saya. Ini kerana ketika inilah, khalayak diberikan opsyen untuk menilai perhubungan mereka.

Jika dilihat sekali imbas, seakan benar apa yang telah dikatakan oleh Pak Atan. Dia sudah tidak boleh memandu dan selalu disuruh itu dan ini oleh Mak Inom. Tetapi, pendapat saya ialah Pak Atan melihat itu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai suami untuk membantu Mak Inom. Begitu juga dengan Mak Inom. Walaupun dia seorang yang agresif, namun masih lagi memerlukan Pak Atan sebagai pelindungnya. Ini dilihat ketika adegan Mak Inom enggan membenarkan Pak Atan pergi mencari si pengacau yang menebang pokok kerana dia takut ditinggal berseorangan!

M. Rajoli sebagai Pak Atan memang hebat. Lakonan terbaik dari M. Rajoli yang saya pernah tonton. Mimik dan ekspresi muka yang diciptanya untuk Pak Atan sememangnya sukar untuk dilakonkan. Sebagai Pak Atan, dia membuktikan dia seorang pelakon yang versatil dan mampu membawakan apa jua watak yang diberikan. Mak Inom ditangan Kartina Aziz juga hebat tetapi tidak mengejutkan kerana mungkin saya sudah biasa melihat Kartina melakonkan watak yang sebegini.

Selain dari Pak Atan dan Mak Inom, watak yang benar-benar menarik minat saya ialah Yem, anak saudara Mak Inom. Saya menyukai watak Yem kerana ia berkembang seiring dengan cerita. Yem pada awal filem adalah anak muda yang baik dan pendiam. Yem di akhir filem pula adalah kaki ganja, penipu, pendengki (dan semua sifat buruk yang ada). Tahniah pada Irwan Iskandar atas lakonannya sebagai Yem.

Filem ini dari memang cemerlang dari segi visual. Ini tentunya tidak mengejutkan kerana ia datang dari Yasmin Ahmad, yang terkenal dengan iklan-iklan Petronasnya. Ada babak-babak dalam Rabun yang tidak memerlukan Yasmin bercerita menggunakan dialog tapi cukup dengan visual. Contohnya, babak Yem dipukul oleh Mak Inom. Apakah yang dibuat oleh Mak Inom sehingga Yem terlentang begitu? Dia mahukan khalayaknya berfikir dan membuat kesimpulan sendiri.

Yasmin juga masih kekal dengan stailnya yang gemar membicarakan tentang masyarakat majmuk di Malaysia. Kenapa Elvis tak mahu kahwin perempuan Melayu? Kerana takut disunat. Kenapa ada lagu Hindustan ketika Yem berangankan si Kiah? Kerana Hindustan sudah menjadi sinonim dengan masyarakat Melayu. Yasmin juga bijak menyentuh isu-isu seperti kemalasan, ketidakjujuran dan mementingkan diri sendiri yang banyak menjangkiti orang Melayu melalui filemnya.

Saya harus akui juga, inilah filem Melayu yang saya rasa senang mendengar dialognya. Tiada dialog skema yang selalu kita dengar di kebanyakan filem masa kini. Skripnya ditulis dengan begitu baik dan mewakili dunia realiti masa kini. Rabun saya kira membawa revolusi kepada filem Melayu dan melangkaui paradigma filem-filem yang wujud di Malaysia. Sememangnya, Rabun harus dilihat sebagai sinar untuk penonton-penonton filem di Malaysia, agar tidak terus Rabun menilai sesuatu filem...


AGak menarik pula ayat terakhir yg aku hilite tuh....Khas untuk para penonton di Malaysia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2004 11:37 AM | Show all posts
bagi aku org yg tak tahu sgt ni,

kiranya msg dia mcm 'don't judge a book by it's cover' lah ek?
agaknye la, tu yg aku nampak. pastu mmg la. rasanya yg tambah merabunkan lagi sbb byk part yg kene cut. sbb tu kita bertambah2 lah tak paham. sesetgh skrip tu kene cut, harapkan baca subtitle kat bawah je br leh paham apa yg diorg cakap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2004 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 27-1-2004 11:07 AM:
aku rasa ko takleh send PM sebab dah terlebih limit kot...cuba delete beberapa msg dalam inbox ko, kemudian cuba send PM..rasanya boleh kot...


hmm, tak taula, tp mmg dr awal aritu lagi mmg takleh, tapi takpe, nnt aku try sbb mmg byk pon yg aku tak delete lg hehe..

thanx!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2004 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 26-1-2004 21:46:
Beginilah....tak perlu tengok kutipan terkumpul Cinta Kolestrol kat pawagam pun takper...tengok sahajalah reaksi peminat filem Melayu kat forum nie...kita dah tahu kenapa Dato Yusof  ...


bagi aku la, kalau tak suka tengok citer2 berat, tak semestinya penonton tu tak tau menilai, setengah2 org anggap filem tu sbg hiburan, bila satu hari dah penat memikir, mesti nak release tension, tiba2 kena tengok citer yg suruh kita berfikir lagi, adoi...bila diorang bagi komen yg kurang menyokong cerita tu, tak semestinya diorang anggap citer tu tak bermutu, bg penonton mcm ni, tak semestinya citer melayu je yg diorang kurang tengok, bagila citer dlm bahasa apa pun yg ala2 seni gitu, mesti kurang dpt sambutan, boleh katakan sumer citer ada mesej, cara penyampaian je yg mungkin berbeza, mcm citer yusop selam la, ada jugak mesej, cuma dia sampaikan dlm bentuk simple/komersil, sian dia...;);)
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2004 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 2003/10/09 10:07 AM:
yer ker??
rasanya,time tua2 macam tuh ler kita mengeratkan kasih sayang suami isteri....tak salahkan?? selain beribadat,lagipun suami isteri gak..bukan orang lain...ada orang tuh,bila dah tua,dah  ...


assalamualaikum......

Aku tak de hal dengan cerita ni....cuma aku beri pendapt jer...Ibu dan bapak aku pun dah tua dan pencen...Pendapat dari bidang seni memang berlainan dari orang2 biasa macam mak bapak aku....Lagipun daripada berjuta2 penonton TV3 tu berapa banyaklah yang boleh pikir macam mereka2 yang ahli pikir ni...Kalau dah orang tua aku sendiri dok merungut pasal cerita yang ntah apa2 tu.....apa aku nak buat ...takkan aku nak bawak diorang pergi jumpa Yasmin Ahmad minta penjelasan? Mak bapak aku pun very loving jugak but in another way ....bukan macam lakonan Mak Inom dengan Pak Atan tu....

Cuma aku nak tekankan kat sini kemesraan tu very subjektif..tak semestinya kita kena tunjuk dengan budaya panggilan yang macam Baby...Darling ataupun sayang...Kitapun boleh tunjuk dengan panggilan  "abahnya, Pak Ajinya,ataupun yang lebih bagus panggilan "abang" macam aku panggil hubby aku..

Cuma kekadang  kalau nak tayangkan cerita yang ala-ala sastera ni...tak adillah pada semua orang kerana bukan semua penonton malam tu sasterawan2 belaka...Bukannya nak menafikan orang melayu ni tak nak terima perubahan...tetapi didikan orang2 melayu kebanyakkannya yang menjadikan sesetengan mereka malu menyaksikan kemesraan terlampau pasangan suami isteri tu! Cuba kalau semua masyarakat melayu ni berfikiran terbuka macam mat Salleh tu...itulah pulak yang akan menambah masalah sosial.....

Pikir-pikirkanlah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2004 03:33 PM | Show all posts

ermm

ikut citarasa memasing... minor susah nak lawan major...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2004 03:59 PM | Show all posts
Menyentuh bab kemesraan ni...kekadang aku pelik gak tgk org kita ni. Bila tgk watak org muda yg tgh dating buat2 cam tu, boleh pulak diterima. Tapi bila tgk watak org yg dah kahwin buat cam tu takleh pulak nak terima.

Samala jugak cam bila org kutuk Nurul ngan Ajai sbb tunjuk kemesraan atas pentas, tapi bila penyanyi yg tak kahwin lagi nyanyi pegang2 cam tu no hal pulak. (Aku bukan peminat ajai n nurul...just nak point out the scenario je)
Reply

Use magic Report

seek1u This user has been deleted
Post time 27-1-2004 07:47 PM | Show all posts
Originally posted by CBR600 at 27-1-2004 02:55 PM:
assalamualaikum......

Aku tak de hal dengan cerita ni....cuma aku beri pendapt jer...Ibu dan bapak aku pun dah tua dan pencen...Pendapat dari bidang seni memang berlainan dari orang2 biasa macam ...

See......i'm right..hehe
Reply

Use magic Report

zacky This user has been deleted
Post time 27-1-2004 09:11 PM | Show all posts
not bad..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060431 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list