CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yatt_takez

[2016] ROCK BRO [ROCK 3] - 27 Oct 2016

[Copy link]
 Author| Post time 2-10-2016 03:38 PM | Show all posts
teaser 5


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2016 03:42 PM | Show all posts
Edited by yatt_takez at 2-10-2016 03:56 PM

jijo dgn ella



link : https://www.facebook.com/rockbroforever/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2016 03:56 PM | Show all posts


36 You, Alef Fush and 34 others



Comments






Mamat Khalid Cik man cari makan jadi bomoh artis tapi scene ni dibiang sbb durasi yg panjang
Like · Reply · August 25 at 8:06pm

link : https://www.facebook.com/rockbroforever/



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2016 03:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2016 04:16 PM | Show all posts
Khir Rahman titis air mata, bawa watak Jijo masuk Islam                                                                                OLEH AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

PETALING JAYA, 30 Sept — Khir Rahman begitu sedih ketika melakonkan watak Jijo Alfonso Pareira Abdullah dalam filem “Rock Bro” hingga air matanya mengalir tanpa disedari.                        Pelakon itu menganggap watak tersebut, yang diangkat kisah benar, begitu menyentuh hati dan meninggalkan kesan mendalam kepadanya.
                        “Sebenarnya watak Jijo sangat sadis, apabila dia bertemu kemuncak hidupnya.
                        “Saya sendiri tertanya-tanya dan pernah berbincang dengan pengarah, kenapa watak ini perlu dikembangkan, [Jijo] memeluk Islam dan kemudiannya pergi seperti itu,” katanya.
                        “Babak paling memberi impak kepada saya, ketika Jijo memeluk Islam,” kata Khir kepada ProjekMMO sewaktu ditemui pada majlis pratayang filem itu kelmarin.
                        “Hendak cerita pun naik bulu roma. Apabila kita menghayati watak yang ingin bertemu kesucian [Ilahi], saya bayangkan seperti satu pintu yang terbuka dan tidak boleh dibuat-buat.
                        “Malah apabila ustaz lafazkan kalimah syahadah, perasaan ketika itu lain.
                        “Memang kalau diikutkan, pengarah ada berpesan suruh menangis tetapi ketika melakonkannya, saya tidak ingat tapi [air mata] berderai jadi sendiri.”

Watak Jijo dalam filem pertama trilogi “Rock” (2005) diilhamkan pengarahnya Mamat Khalid berdasarkan kisah pemain gitar kumpulan Drop Out.                        Mamat sendiri menganggotai kumpulan itu, ditubuhkan pada 1980, sebagi pemain keyboard.
                        “Rock” menceritakan kumpulan muzik mengejar cita-cita untuk menjadi ternama. Sekuelnya “Rock Oo” (2013) mengisahkan kejayaan kumpulan rock meneruskan perjuangan muzik.
                        “Rock Bro,” ditayangkan hujung bulan depan, pula memaparkan era kejatuhan irama rock sewaktu berdepan kesukaran, termasuk kemasukan genre baru dalam industri tempatan.
                        Dalam filem tersebut, Khir membawa watak pemain bass dan ketua kumpulan Rimba Bara yang pernah muncul sebagai kumpulan popular rock era 1980-an.
                        Ia dianggotai Slash Haji Tapah (lakonan Pekin Ibrahim), Black (Norazmi Bahron), Zul Kapan (Sofi Jikan) dan Dio (Amirul Affendi).
                        Pada awal 1990-an, Jijo jatuh cinta dengan Ella (Amy Juliet) selepas bertemu di King Studio di sini. Namun cintanya tidak berbalas, lalu Jijo berhenti bermain muzik dan pulang ke kampung.

Lelaki ini kemudian menjadi pengusaha ikan masin di Perak. Selang beberapa tahun, Jijo mengambil keputusan memeluk Islam sebelum maut dilanggar lori pada 1999.       
                Khir, atau nama sebenarnya Khairulizam Abdul Rahman, 43, berkata watak yang dibawanya bertujuan mengimbau nostalgia yang dilalui pemuzik dan peminat rock tempatan.
                        “Dulu Mamat ada kumpulan rock dan seorang ahli itulah Jijo. Kalau tengok dari filem pertama ‘Rock,’ dia sudah berikan penghormatan kepada Jijo dari sekian tahun ke sekian tahun.
                        “Watak Jijo [kini] sudah tidak ada lagi. Memang sedih, tapi saya pun setuju untuk ditamatkan sebagai trilogi terbaik di Malaysia,” katanya.
                        Sementara itu, Mamat berkata filem terakhir dalam trilogi “Rock” mengingatkan keperibadian mereka yang meminati rock pada waktu itu.
                        “Sesiapa yang betul-betul rockers, dia akan faham cerita ini kerana kisahnya memang dekat di hati mereka, menampilkan perasaan rockers dengan kekasih, kematian dan ketuhanan.
                        “Memang banyak penceritaan yang hendak disampaikan tetapi dalam satu filem tidak cukup kerana Rimba Bara mewakili pengalaman dan harapan rockers zaman 1980-an,” katanya.
                        Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd akan muncul di pawagam bermula 27 Oktober ini.



link : http://www.themalaymailonline.co ... ak-jijo-masuk-islam

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
yatt_takez replied at 2-10-2016 04:16 PM
Khir Rahman titis air mata, bawa watak Jijo masuk Islam                                                                                OLEH AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

PETA ...

Watak jijo tu bukan islam rupanya ingatkan melayu muslim sebelum ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2016 03:14 PM | Show all posts
rock datang lagi..rock bruuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2016 11:08 PM | Show all posts
Tayangan Perdana Trailer #ROCKBRO bersama Khir Rahman & Mamat Khalid


link : https://www.facebook.com/tontonMY/videos/1246582382038716/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2016 09:46 PM | Show all posts
Rimba Bara - Sekelip mata kau berubah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 08:14 AM | Show all posts
Sinopsis
‘Rock Bro!’ diceritakan melalui naratif Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman ini era rock telah berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik rap dan hip hop pada awal 90-an.

Kumpulan Rimba Bara sudah lama tidak membuat persembahan menyara hidup sebaliknya lebih memberi fokus pada kerja-kerja sambilan selain mengambil tawaran gig di tapak ekspo tani, yang mana bayaran diterima dalam bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran dari penganjur. Inilah liku-liku hidup seorang rocker yang memperjuangkan muzik rock. Kadangkala ada yang kecundang di tengah jalan, apabila Zul Kapan (Soffi Jikan) mula beralih arah dan menyertai kumpulan rap, 4URU.

Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Jijoe terlalu sayang Ella sehingga sanggup meninggalkan kehidupan rocker-nya untuk menjadi seorang kontraktor kelas F sebagai bukti yang dia benar-benar sayangkan Ella dan mahukan hidup yang lebih terjamin. Ini membuatkan Rimba Bara mula goyah dan terjadilah konflik antara mereka.

Apa kesudahan kisah cinta Ella dan Jijoe? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas ini?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 08:17 AM | Show all posts
cite rock yang last...lepas ni aku dok ulang2 je la cite nih...

cite ni aku dok ulang pun tak penah rasa boring..

sume watak best..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 08:18 AM | Show all posts
kalau korang igt balik dialog jijo masa diorang tunggu pak man kat umah lapo...si zul kapan bersilat

jijo sabarkan zul kapan..
dia kata..sabar zul..sabar...aku yang baru masuk islam ni pun kene sabarrr....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 10:55 AM | Show all posts
watak zack dengan amy mat piah memang xde ke dlm rock bro??
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 03:05 PM | Show all posts
skystrike replied at 6-10-2016 10:55 AM
watak zack dengan amy mat piah memang xde ke dlm rock bro??

xder...huhuhuuhuh...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 01:05 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 10-10-2016 01:08 PM

konsert kat medan gopeng bak kata arwah ayahaku  kata dulu.. dulu2 harussani kalo dtg bagi ceramah kat masjid umah aku mesti dia komplen bising konsert kat medan gopeng sbb dekat dgn rumah dia.ella dia sebut ila....

tapi aku tetap nak amy matpiah jugakk
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 02:32 PM | Show all posts
wah x sabar nak nonton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2016 05:14 PM | Show all posts
Dalam teaser 4 tu ada Amy Mat Piah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 05:15 PM | Show all posts
aduhaiii ... tak sabar weh nak tunggu filem ni...
baca pasal Zul Kapan join group hip hop pun dah tergelak... belum tengok lagi...  kehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 10:35 AM | Show all posts
zaman rock berakhir
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 10:40 AM | Show all posts
RED 666 replied at 2-10-2016 05:19 PM
Watak jijo tu bukan islam rupanya ingatkan melayu muslim sebelum ni

Orang Serani....


saya ada ramai kawan serani hidup serupa macam orang melayu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.569939 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list