CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7

[Copy link]
 Author| Post time 29-7-2015 10:08 AM | Show all posts
AISYA bergegas menuju ke bilik rawatan. Dia pasti adiknya sudah pun berada di situ. Tadi dia sudah maklumkan pada adiknya yang dia akan lambat sampai di hospital. Tak sangka bertemu pula seorang yang iras Darwis. Hampir-hampir dia ingin menegur lelaki itu tadi. Langkahnya diatur laju ke bilik Dr. Roslinda. Sejak adiknya dirawat di hospital itu, doktor itulah yang menjaga adiknya sehingga kini.

"Boleh saya masuk?" Aisya menjenguk  bilik Dr. Roslinda.

"Masuklah.." Senyuman terukir di bibir Dr. Roslinda.

Aisya melangkah masuk dan bersalam dengan Dr. Roslinda. Dia kemudian merapati adiknya yang sedang baring di atas katil dengan wajah masih berbalut. Adiknya baru sahaja menjalani pembedahan dua minggu lepas dan hari ini balutan itu akan dibuka.

"Rina apa khabar?" Aisya menyentuh lembut tangan adiknya yang masih terbaring di situ.

Rina hanya mengangguk. Aisya berpaling pula pada Dr. Rosinda bertanyakan keadaan adiknya yang sudah membuat rawatan susulan kali ketiga. Dia merasa lega kerana adiknya tabah menghadapi semua itu. Dia faham perasaan Rina yang sarat menanggung derita dan luka di muka itu adalah tanda memori hitam dalam hidupnya. Syukurlah ada orang yang selamatkan Rina ketika itu.

"Aisya, nampaknya adik awak ni dah sembuh. Parut di muka tu akan hilang jika disapu krim ni. Ambil masa sikit." Dr. Roslinda tersenyum puas sebaik balutan di muka Rina dibuka. Pembedahan demi pembedahan dilakukan dan akhirnya ianya membuahkan hasil yang cukup memuaskan hatinya.

"Alhamdulillah.." Aisya dengan linangan air mata memeluk erat tubuh Rina. Wajah Rina sudah kembali elok dan yang lebih mengejutkannya, ianya sudah berubah dari wajah asal.

"Err..doktor, wajah adik saya ni..macam dah.." Aisya terhenti kata-kata. Lama wajah Rina diperhatikan.

"Ya..sebab terlalu banyak torehan di muka dan kami terpaksa mengubahsuai sikit wajahnya. Jangan panik. Kalau dalam Islam pun, tak salah kerana kita bukan sengaja mengubah ciptaan Allah tapi ini adalah untuk memperelokkan wajah adik awak saja, untuk kebaikan dia. Lainlah pembedahan plastik yang sengaja mengubah ciptaan asal." Terang Dr.Roslinda, bahu Aisya disentuh lembut.

"Oh..terima kasih doktor." Aisya mula tersenyum.

Aisya dan Rina sama-sama keluar dari bilik rawatan dan mengambil ubat di kaunter sebelum pulang ke rumah makcik mereka di Petaling Jaya.



PUAN LEE tidak dapat menahan sebak. Tubuh Rina didakap penuh kasih. Air mata menitis lembut ke pipi. Dia tahu betapa Rina menanggung seksa sekian lama. Wajah gadis itu ditatap lama.

"Aunty happy untuk kamu. Kamu sudah cantik. So beautiful." Kedua pipi Rina dikucup lembut.

Aisya turut sebak. Dia mengalihkan wajahnya ke arah halaman rumah. Tidak sangka dia mempunyai ibu saudara yang cukup baik walaupun berlainan agama. Puan Lee Jun Lian adalah adik arwah ibu. Ibu bernikah dengan lelaki Melayu. Hanya dia saja satu-satunya adik arwah ibu yang masih ada. Selepas kematian kedua orang tua mereka, mereka menumpang berteduh dan menumpang kasih di rumah itu. Syukur, anak-anak lelaki Puan Lee juga menerima mereka dengan baik.

"Aisya...Rina...cepat siap. Kita nak ke satu tempat.." Ujar Puan Lee pada kedua anak buahnya.

"Ke mana aunty?" Rina pula bertanya.

"Adalah..kakak kamu ni, ada orang berkenan." Lebar senyuman Puan Lee saat menutur.

"Siapa??" Aisya pula terkejut.

"Kawan baik aunty. Dah,siap cepat. Kita dah nak bertolak ni."

Aisya masih tergamam di situ. Dia pandang Rina yang sudah tersenyum simpul di sebelahnya.

"Kak Sya..tahniah." Terus saja dipeluk tubuh Aisya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 10:36 AM | Show all posts
lahhh... mak dia nak jodohkan aisya ngn danny.. tapi sebenarnya pompuan yg gila yg darwis siasat tu pompuan yang sama jadi mangsa danny n the geng...


betul tak ipo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 10:43 AM | Show all posts
# 6



DATIN SUHAILA sungguh teruja bertemu kawan lama yang sudah lama tidak bertemu. Mereka berpelukan seketika di muka pintu. Sungguh gembira menyambut kedatangan Puan Lee Jun Lian yang ternyata masih cantik seperti dulu. Matanya jatuh pada dua orang gadis dan seorang anak muda di sisi Puan Lee Jun Lian.

"Ni..anak-anak you ke semua ni?" Bersinar mata Datin Suhaila melihat wajah-wajah di sisi Puan Lee.

"Nii anak buah I, Aisya dan Rina dan ini anak lelaki bongsu I, Lee Wah Chai." Puan Lee mula perkenalkan seorang demi seorang.

"Oh..alhamdulillah. Cantik dan kacak semuanya..masuklah!" Pelawa Datin Suhaila.

"Mana  Datuk Lukman?" Puan Lee melihat sekitar ruang tamu. Tiada kelibat suami Datin Suhaila mahupun anak-anak bujang perempuan itu.

"Oh, suami I ada hal sikit. Anak-anak I, sekejap lagi akan balik. Suami you?" Jelas Datin Suhaila pula bertanya.

"Sorrylah Suhaila, husband I pun ada hal. Dia outstation kat Jerman dua minggu." Puan Lee pula tersenyum. Dia sudah biasa dengan kesibukan suaminya sebagai ahli perniagaan berjaya. Urusan perniagaan tidak mengira masa.

Mereka berbual seketika sementara menunggu hidangan disiapkan di ruang dapur.  Aisya hanya memerhati sekitar rumah besar dan cantik milik Datin Suhaila. Terkesima melihat keindahan rumah mewah itu. Tidak layak untuknya menjadi menantu rumah itu. Dia dan Rina pula sudah tiada orang tua. Hanya Puan Lee saja yang menjaga mereka selama ini dan dia sudah berkira untuk mengambil Rina tinggal bersamanya nanti selepas segalanya selesai. Walaupun Puan Lee begitu berat melepaskan Rina yang sudah dianggap seperti anak sendiri, tambah lagi Puan Lee tidak mempunyai anak perempuan. Jadi kasihnya pada Rina tidak berbelah bagi.

"Aisya.."

Aisya menoleh perlahan ke arah suara memanggil namanya. Datin  Suhaila sedang tersenyum manis padanya. "Ya Datin?"

"Terima kasih kerana sudi datang. Dah lama aunty sukakan Aisya  tapi Aunty tak naklah paksa. Soal hati tak boleh paksa. Cuma, aunty harap Aisya dapat menjadi menantu Aunty. "Datin Suhaila mengusap lembut jemari Aisya. Wajah ayu gadis itu ditatap lembut. Sejak pertama kali melihat gadis itu ketika dia sedang berbual dengan Puan Lee, dia sudah tertarik pada tingkah sopan Aisya. Tambah lagi wajah ayu gadis itu dengan rambut mengurai melepasi bahu.

"Err..Aunty..saya bukan menolak tapi berilah saya masa untuk fikir dan kenal anak Datin dulu. Jika kami serasi dan ada chemistry, insyaAllah jodoh tak ke mana." Aisya cuba menjawab sebaik mungkin. Dia tidak mahu melukakan hati mana-mana pihak. Walaupun ketika ini, hatinya sudah diberikan pada Darwis.

"Alhamdulillah..lega aunty dengar. Jom, makanan dah siap tu." Ajak Datin Suhaila pula. "Sekejap lagi anak-anak I join."

Mereka melangkah pula ke ruang dapur. Hidangan di atas meja makan sudah tersedia. Masing-masing mengambil tempat duduk. Aisya dan Rina duduk bersebelahan.

"Mama.."

Aisya yang baru hendak menyuap nasi ke mulut, mendongak ke arah pintu masuk ke ruang dapur. Tergamam melihat lelaki yang berdiri di situ. Darwis??

Darwis pula terhenti langkahnya sebaik matanya terpandang Aisya, gadis pujaan hatinya. Lama mata mereka bertaut.

Danny di sebelah Darwis pula hanya menyiku lengan abangnya yang sudah terdiam di muka pintu. Lengan Darwis ditarik dan mereka mula melabuhkan punggung di kerusi sebelah mama.

Rina turut terdiam. Tidak sangka dia akan bertemu semula wajah itu. Wajah yang terpahat kukuh di hatinya sejak kejadian itu. Terasa manis jus guava yang diminum tadi sudah bertukar pahit.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 10:45 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 29-7-2015 09:36 AM
lahhh... mak dia nak jodohkan aisya ngn danny.. tapi sebenarnya pompuan yg gila yg darwis siasat tu  ...

wah...pandai la Nay..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 11:19 AM | Show all posts
DI MEJA MAKAN, masing-masing menikmati juadah tengahari. Banyak lauk dihidangkan. Darwis pula sesekali menjeling Aisya. Sejak melihat Aisya sewaktu melangkah masuk ke ruang dapur, hatinya sudah berdebar-debar. Apakah Aisya yang dipilih mama sebagai calon isteri Danny? Siapa pula gadis di sebelah Aisya? Sarat benaknya dipenuhi persoalan dan teka-teki.

Aisya juga masih berteka teki. Adakah Darwis yang ingin dijodohkan dengannya atau lelaki yang duduk di sebelah Darwis? Memang wajah mereka agak seiras. Dia mengangkat muka dan anak matanya tertancap pada Danny yang tidak berkelip memandangnya. Dia tunduk semula.

Usai menjamu selera, mereka dijamu pula hidangan pemanis mulut di ruang tamu sambil berbual mesra. Aisya perasan riak Darwis sudah berlainan. Lelaki itu juga merenung tajam ke arahnya. Sejak di ruang dapur lagi, Darwis seperti ada sesuatu yang ingin dikatakannya.

"Oh ya..yang mana satu anak you yang nak dijodohkan dengan Aisya?" Tanya Puan Lee, matanya terarah pada Darwis dan Danny. Dia tahu Datin Suhaila mempunyai anak lelaki kembar yang tidak seiras tetapi setelah melihat sendiri, Darwis dan Danny agak seiras.

"Danny...dia yang I nak jodohkan dengan Aisya ni. Darwis dah ada kekasih hati." Datin  Suhaila senyum sambil menjeling Darwis dan Danny.

Terus saja Aisya mendongak melihat Darwis. Lelaki itu hanya tunduk dari tadi. Matanya beralih pada Danny. Apakah lelaki ini yang dia hantar mesej dulu? Sejak dia diperkenalkan dengan Danny tadi, hatinya sudah berdetik tentang hal itu. Selama ini dia hanya tahu nama saja dan tidak pernah kenal wajah lelaki yang ada dalam senarainya yang diberikan oleh lelaki misteri.

Danny terpana melihat Aisya. Sejak pertama kali melihat gadis itu tadi, hatinya terdetik. Jika inilah gadis yang ingin mama jodohkan, dia terima dengan hati terbuka. Inilah pertama kali dia merasa satu perasaan yang sukar digambarkan.

Darwis tunduk memandang lantai marmar. Kini dia sudah yakin, Aisya lah gadis yang menjadi pilihan mama. Perasaan serba salah kembali bersarang. Untuk dia menentang, bimbang Danny pula akan berubah sikap. Begitu sukar untuk dia memujuk Danny supaya kembali ke pangkal jalan dulu dan jika dia menentang hal ini, tidak sanggup dia melihat Danny kembali semula ke jalan hitam.

"Oh...ok lah tu. Sama padan..I dont know the correct words. Orang kata bagai sireh dibelah dua?" Jawab Puan Lee pula.

Datin Suhaila tergelak kecil. "You ni..tak berubah sejak dulu. Peribahasa ke laut! Bukan sireh dibelah dua, bagai pinang dibelah dua."

Suasana di ruang tamu dipenuhi gelak ketawa Datin Suhaila dan Puan Lee sedangkan yang lain hanya diam membisu. Hanya Danny yang tersenyum sendiri melihat ketawa mama dan Puan Lee. Matanya beralih pada Aisya dan Rina. Dari tadi dia perasan Rina asyik memandang ke arahnya tidak berkelip. Ingin saja dia bertanya gadis itu.

Aisya tunduk. Kini dia sudah tahu, bukan Darwis yang ingin dijodohkan dengannya tetapi lelaki yang ditemui di hospital tadi. Rina pula masih memandang tajam pada Danny. Dia tak akan benarkan kakaknya bernikah dengan lelaki itu. Baginya kak Aisya tidak layak untuk lelaki durjana itu. Kak Aisya lebih layak mendapat lelaki yang baik.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 01:07 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 29-7-2015 12:26 PM


delete.....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2015 01:31 PM | Show all posts

Bolehhhhhhh... tapi sila pindah ke rumah lain...

ps: momod malas nak tabur kacang.. sibuk tabur tacang kat open hs raya
abis raya nnt momod tabur tacang sini pulok.. mati lah kene hempuk ngan nay
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 02:44 PM | Show all posts
haihh.pah gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 02:51 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 29-7-2015 01:31 PM
Bolehhhhhhh... tapi sila pindah ke rumah lain...

ps: momod malas nak tabur kacang.. sibuk tabu ...

Hamboiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 06:24 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 29-7-2015 12:31 PM
Bolehhhhhhh... tapi sila pindah ke rumah lain...

ps: momod malas nak tabur kacang.. sibuk tabu ...

hahah..aku sambung je la kat sini...
nanti aku shortcut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 06:24 PM | Show all posts

hmm..pah gitu mung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 06:58 PM | Show all posts
Aisya tidak betah berada di ruang tamu. Dia minta izin untuk ke anjung rumah di luar. Rasanya lambat lagi Puan Lee akan pulang melihatkan wanita itu rancak berbual dengan Datin Suhaila. Pandangannya dilepaskan ke arah halaman rumah yang cukup luas. Yalah, rumah Datuk Lukman, ahli perniagaan yang berjaya di Kuala Lumpur. Tidak sangka Darwis adalah anak kepada Datuk Lukman. Selama perkenalannya dengan Darwis, lelaki itu tidak pernah berlagak dan sentiasa merendah diri.

"Sya.."

Lamunan Aisya terganggu. Dia menoleh perlahan ke arah kiri. Darwis sedang menapak ke arahnya, tiada senyuman diukir untuknya.

"Kecil dunia ni.." Aisya berkata sugul sebaik Darwis sudah berdiri di sebelahnya.

"Tak sangka juga, awak adalah calon yang mama saya carikan untuk Danny." Satu keluhan kecil dilepaskan dengan nafas berat. Darwis turut membuang pandang ke arah halaman rumahnya yang terhias indah dengan pokok hijau yang dijaga rapi oleh mama. "So, awak terima?"

Aisya kembali menoleh ke arah Darwis. Wajah lelaki itu ditatap seketika. Tiada jawapan dilontarkan. Dia kembali mengalih pandang ke arah halaman rumah.

"Saya tahu..saya tidak sekacak Danny. Kami kembar tak seiras. Kalau awak terima Danny, saya faham." Nada Darwis sudah perlahan.

"Bila saya cakap yang saya terima?" Cepat saja Aisya mencelah.

"Dari kata-kata awak tadi. Awak cakap awak tak menolak dan ingin kenal dulu." Balas Darwis. Kali ini dia langsung tidak memandang Aisya.

Aisya tidak menjawab kata-kata Darwis. Memang itupun kata-katanya tadi pada Datin Suhaila tapi tidak bermakna dia setuju. Dia hanya mengambil hati wanita itu sahaja. Berbahasa dengan orang yang lebih tua.

"Saya minta diri dulu." Aisya tidak mahu berlama berdua di situ. Semakin lama, semakin sesak jiwa. Dia segera mengatur langkah menuju ke ruang tamu semula. Apa pula kata Puan Lee dan Datin Suhaila nanti melihat dia berdua dengan Darwis sedangkan Danny yang ingin dijodohkan dengannya.

Langkahnya terhenti. Mata tertancap pada Danny dan Rina berbual di satu sudut di kolam renang. Riak serius di wajah Rina jelas terpamer.



RINA tidak berkelip memandang Danny. Dia tahu, Danny tidak perasan siapa dirinya yang sebenar. Wajahnya sudah berubah hampir 80 peratus hasil dari pembedahan itu. Syukur, Dr. Roslinda begitu teliti dan maher dalam melakukan pembedahan wajahnya dan dia cukup berpuas hati dengan hasil pembedahan itu walaupun tidak seperti asalnya.

"Awak kembar ke dengan Aisya?" Danny mulakan bicara.

"Tak, saya adik dan Aisya kakak saya." Rina menjawab tegas. Matanya tidak lepas dari menatap anak mata Danny. Tika ini sudah menggelegak darahnya, menyirap seluruh badan.

"Oh I see. So, awak ni kacukan ke?" Soal Danny lagi.

"Ya..mak saya orang Cina dan ayah saya orang Melayu." Rina melayan pertanyaan Danny. Dia hanya menunggu lontaran soalan berkenaan tempat pengajian saja.

"Patutlah putih cantik dan mata sikit sepet." Danny bergurau sambil menguntum senyum. Wajah Rina ditatap sebentar. Gadis itu mempunyai kecantikan tersendiri. Tidak sama seperti Aisya.

"Awak suka ke kakak saya?" Sengaja Rina bertanya.

"Entah. Baru first time jumpa. Kenapa?"

"Kakak saya berhak dapat lelaki yang baik, maksud saya yang terbaik. Dia yang jaga saya masa saya sakit dulu. Dia berkorban banyak benda untuk saya. Sama juga aunty Jun Lian. Dialah satu-satunya makcik saya yang kami ada. Kami dah tak ada mak ayah. Jadi, saya nak yang terbaik untuk kakak saya." Rina melepaskan nafas seketika. Terasa berat untuknya meluahkan semua itu di depan Danny.

"Ya..saya faham maksud awak tadi. Saya sedar, saya bukan lelaki yang baik. Saya rasa, Aisya tu sesuai untuk abang saya, sayang, abang saya sudah ada kekasih hati." Danny mula mengeluh.

"Kalau awak faham baguslah kerana saya tak akan biarkan kakak saya merana nanti." Rina mengetap bibir.

Pantas Danny mendongak ke arah Rina. sejak tadi dia asyik melihat ikan-ikan koi berenang di dalam kolam. "Maksud awak?"

"Awak akan tahu satu hari nanti." Rina segera mengatur langkah meninggalkan Danny sendirian di situ.

Puan Lee mula minta diri. Aisya dan Rina juga minta diri bersama anak lelaki Puan Lee. Darwis hanya memandang Aisya dari anjung rumah. Dia juga serba salah. Aisya ingin dijodohkan dengan Danny sedangkan Aisyalah yang ingin dikenalkan dengan ibunya nanti. Malah tadi mama bertanyakan hal itu, dia hanya mampu tersenyum. Tidak mungkin dia beritahu mama tentang Aisya.

"Abang..saya rasa Aisya tu lebih sesuai untuk abang.." Danny sentuh bahu Darwis.

"Apa kau cakap ni? Jangan nak ubah cerita. Mama dah beritahu pada Aisya tadi." Darwis menangkis kata-kata Danny.

"Dari pandangan mata abang tadi, saya tahu, abang suka pada Aisya. Aisya tu yang abang selalu sebutkan?" Teka Danny pula.

"Dahlah..kejap lagi abang nak jumpa Joe. Dia ada maklumat pasal satu kes jenayah ni." Darwis senyum tawar. Dia melangkah ke kereta. Joe sedang menantinya di sebuah restoran.


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 07:29 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-7-2015 06:58 PM
Aisya tidak betah berada di ruang tamu. Dia minta izin untuk ke anjung rumah di luar. Rasanya lambat ...

aku tersangatlah sakit hati.Rina,tlg jgn maafkn lelaki tu.Ni pasal maruah kau.Sampai dia masuk neraka,kau takkanmaafkn dia.  Aku skit hti bca part ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 06:47 AM | Show all posts
Ipo, xde update baru?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 11:25 AM | Show all posts
#7


DARWIS melihat skrin telefon bimbitnya. Foto Aisya ditatap sejenak. Wajah ayu gadis itu tidak pernah lekang dari benaknya dan kini gadis itu bakal menjadi adik iparnya sendiri. Terasa begitu kecil dunia ini. Siapa sangka, gadis yang mama berkenan itu adalah Aisya. Jemarinya menyentuh skrin dan satu persatu foto Aisya diperhatikan.

"Sya..." Terlepas nama Aisya dari bibir Darwis.

"Wah! Nak tembus skrin tu! Siapa tu? Awek ke?"

Darwis yang ralit menatap foto-foto Aisya tersentak bila bahunya ditepuk kuat. Dia segera menoleh. Joe sudah tersengih di sebelah. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam poket seluar. "Kau ni pun! Terkejut aku la!"

Joe melabuhkan punggung di kerusi. "Bila kau sampai?"

"Baru je. Aku sampai tadi, kau tak ada pun?"

"Aku sakit perut. Aku ke toilet membuang kejap." Sengih Joe sambil meraba perut sendiri.

"Patut la masa aku sampai, tak nampak batang hidung kau. Apa maklumat kali ni?" Darwis terus kepada tujuan utama dia ke situ berjumpa Joe. Dia teguk nescafe sejuk beberapa teguk.

"Kyle..dia kawan Danny kan?"

Terus Darwis mendongak." Kenapa dengan dia?"

"Kawan aku beritahu..Kyle mati di hospital." Joe berkata sugul.

"What? Kau pasti?Mana kau tahu? Dia sakit apa?" Bagai peluru, bertubi soalan Darwis kali ini.

"Aku dengar..dia ada syphillis. Kau tak tahu ke gaya hidup mamat tu?" Joe pula berkerut kening.

Darwis menggeleng. Mata masih menghala ke arah anak mata Joe. Sungguh dia tidak tahu menahu pasal itu. Danny juga tidak pernah bercerita tentang kawan-kawannya dulu.

"Dia jadi gay lepas kecewa dengan girlfriend dia. Aku dapat tahu pun selepas dia disahkan mati disebabkan penyakit tu. Kebetulan aku ada seorang kawan yang juga pernah berkawan dengan Kyle. Kyle mengamalkan hidup songsang selama ini." Joe menjelaskan perkara sebenar.

"Siapa kawan kau yang tahu pasal tu?" Darwis semakin bingung dengan berita yang disampaikan oleh Joe.

"Kau tak kenal. Apa yang aku tahu, ini kes cemburu. Kau jangan tak tahu, golongan lgbt ni, bila cemburu, mereka lebih teruk dari pasangan kekasih normal ni. Aku tak rasa yang Kyle tu mati disebabkan penyakit kelamin tu. Aku syak ada sesuatu yang tak kena." Ujar Joe lagi.

"Maksud kau?" Sekali lagi Darwis bertanya.

"Aku rasa Kyle dibunuh. Alasan penyakit tu adalah untuk menutup kes bunuh tu."

Darwis diam seketika, cuba menghadam kata-kata Joe. Tidak mustahil jika Kyle jadi mangsa bunuh kerana Kyle juga salah seorang kawan Danny yang menjadi mangsa dendam.

"Apa..kau rasa pembunuh tu orang yang sama yang dendam dengan Dr. Razif, Jeff dan Zamrul? Maksud aku..jika benar Kyle mati dibunuh.."Darwis pandang tepat ke anak mata Joe yang mula meneguk jus lemon yang baru tiba di meja. Jika benar Kyle dibunuh, bermakna hanya tinggal Danny sahaja lagi. Lambat laun Danny akan tahu juga nanti.

Joe menghabiskan separuh jus lemon dalam gelas. Dia sandarkan tubuhnya di kerusi. Satu keluhan berat dilepaskan. "Mungkin juga.."

Darwis senyap. Wajah lelaki di depannya dengan misai nipis dan raut wajah bersahaja milik lelaki itu ditatap untuk seketika. Setakat ini, apa jua maklumat yang disampaikan oleh Joe semuanya benar dan ada sumber yang boleh dipercayai.

"Aku rasa Danny perlu berhati-hati..setakat ini semua kawannya sudah menjadi mangsa." Joe cuba memberi nasihat pada Darwis.

"Kau rasa siapa yang dendam?" Darwis pula cuba menebak soalan itu kepada Joe.

"Mungkin orang yang pernah dianiaya oleh mereka ataupun orang tu ada simpan rahsia mereka..who knows?" Joe jongket bahu. Dia senyum hambar. Wajah Darwis sudah berubah rona.

Darwis tidak membalas kata-kata Joe. Apa yang keluar dari mulut lelaki itu memang benar. Itu juga yang diberitahu oleh Danny yang sudah berterus terang dengannya dulu sehingga membawa mereka ke Kampung Senduduk untuk bertemu dengan gadis itu sendiri tetapi kecewa. Gadis itu sudah meninggalkan kampung itu setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia.

"Wis, kalau benar Danny ada buat salah, aku harap dia sempat minta maaf sebelum apa-apa jadi pada dia. Aku bukan nak tuduh Danny tapi kalau ikut kronologi kes kematian kawan-kawannya dulu, itu bukan kematian biasa. Malah pihak polis pun tidak dapat membuat kesimpulan yang konkrit ke atas kes tu." Celah Joe, Darwis masih diam dari tadi.

"Ya..memang itu pun niat dia. Danny dah berterus terang kat aku. Aku kalau boleh nak Danny minta maaf..at least dia minta maaf dan alhamdulilah, Danny dah bertaubat dan berubah sekarang ni.." Wajah Darwis sudah berubah rona. Malu sebenarnya dengan tingkah laku adik kembarnya selama ini.

"Itulah bahananya bila bertindak tanpa memikirkan risikonya di kemudian hari. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jangan ingat hidup di dunia ni boleh sewenangnya menyakiti hati orang lain. Setiap dari kita ada perasaan, ada hati kecil yang bukannya buta. Maaf Wis, aku sudah tahu apa yang terjadi sebenarnya. Kyle sudah ceritakan segala-galanya pada kawan dia dulu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dan kawan dia tu dah ceritakan kat aku." Satu nafas berat dilepaskan usai menutur semua itu. Joe mengeuk jus lemon sehingga habis.

"Jadi..kau dah tahu semuanya?" Darwis terkejut.

Joe mengangguk lemah. "Sungguh aku tak dapat hadam semua tu. Sanggup mereka tu semua perlakukan gadis tu begitu sekali. Apa salah budak tu?"

Darwis terdiam. Kali ini dia malu berdepan dengan kata-kata Joe. Dia sebagai abang Danny, salah seorang yang terlibat dalam hal itu,merasa sungguh malu dengan tindakan Danny. "Jadi..perempuan tu mati ke hidup?"

Joe perlahan mengalihkan wajahnya ke arah Darwis. Wajah lelaki itu ditatap lama. Berkerut kening dan dahi melihat riak Darwis yang seperti tidak tahu sepenuhnya cerita sebenar di sebalik kejadian itu dulu. "Kalau dia masih hidup, kau rasa dia yang menjadi dalang dalam kes kematian kawan-kawan Danny tu?"

Darwis diam.

"Dan..kalau dia dah mati, kau rasa roh dia datang nak balas dendam?" Sekali lagi Joe melontarkan pertanyaan.

"Joe..apa sebenarnya yang berlaku pada perempuan tu?" Akhirnya Darwis merasa tidak senang duduk. Soalan Joe ternyata menjerat rasa membuak ingin tahu. Dari cerita Danny hanya setakat itu sahaja, apakah Danny rahsiakan apa-apa lagi darinya?



Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 01:24 PM | Show all posts

Ipo syggg.  aku dpt rsa..ada org len ni..
aku hrp danny mati.klo idup..hmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2015 05:54 PM | Show all posts
aku tension ngan iklan pepsi revive nih
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 06:16 PM | Show all posts
Ipo replied at 31-7-2015 05:54 PM
aku tension ngan iklan pepsi revive nih

cari jeles dgn kefofuleran ipo.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 06:56 PM | Show all posts
Ipo replied at 31-7-2015 05:54 PM
aku tension ngan iklan pepsi revive nih

Sila install adblock.. aku xpernah pon dpt iklan apa2 kat umah mahupon kat opis..
kat umah mmg ada install adblock tapi kat opis tadak pong..
mungkin network opis yg block kot

lagi satu cuba pasang pop up blocker. ada kat browser setting.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 09:41 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 31-7-2015 05:56 PM
Sila install adblock.. aku xpernah pon dpt iklan apa2 kat umah mahupon kat opis..
kat umah mmg ad ...

oh gitu ke?
nanti try buat..
iklan tu buat aku malas nak update..alasan baik punya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.080750 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list