CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1350|Reply: 6

[Politik] Siasatan Penglibatan Jho Low Dalam 1MDB - Pemuda Umno

[Copy link]
Post time 14-4-2015 04:06 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa agar siasatan terperinci dilakukan bagi menyiasat penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho di dalam 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB) selepas beliau melabelkan parti itu sebagai 'kaki putar belit' (spinmasters).

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Exco Pemudanya, Ibdillah Ishak mengkritik kenyataan Low dengan mempersoalkan sama ada ahli perniagaan itu sebenarnya berasa bersalah dalam kontroversi besar ini.

"Siapakah individu ini untuk berkata sedemikian? Apakah Jho Low benar-benar terlibat dan berasa bersalah dalam kontroversi besar ini?," soalnya.

Jho Low dalam satu temubual dengan majalah Euromoney mengkritik Pemuda Umno kerana cuba menyalahkan beliau sebagai punca kegagalan 1MDB.

"Ianya tidak masuk akal, orang Umno itu kaki putar belit (spinmaster). Mereka semua tahu perkara tersebut tidak masuk akal," kata Jho Low seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menggesa agar siasatan segera dilakukan terhadap penglibatan Jho Low dalam syarikat pelaburan yang dibebani hutang itu.

Menerusi Twitternya pada Selasa, Khairy berkata siasatan 1MDB perlu disegerakan dan kenyataan tersebut turut disokong Pemuda Umno yang turut mendesak agar penglibatan Jho Low disiasat.

"Saya berharap audit (terhadap 1MDB) boleh dilakukan secara telus dan tanpa melindungi kepentingan orang lain.

"Sekiranya Jho Low terbukti bersalah, tindakan perlu diambil. Tak perlu untuk fitnah pemimpin Umno apabila sedang berdepan masalah yang besar. Seolah-olah Jho Low mahu melepaskan tengkuk beliau sahaja," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2015 04:08 PM | Show all posts
Dalam senyap khairy cuba nak lagakan jibby dengan jho low

Man behind the gun...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 04:10 PM | Show all posts
tu dia sang labu dan sang labi sedang bercakaran, beli tiket wayang cepat2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 04:11 PM | Show all posts
eiman replied at 14-4-2015 04:10 PM
tu dia sang labu dan sang labi sedang bercakaran, beli tiket wayang cepat2.

Jgn lupa popcorn uols.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 04:19 PM | Show all posts
EJALTI replied at 14-4-2015 04:11 PM
Jgn lupa popcorn uols.....

pop corn standby uols
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 04:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2015 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Menggelabah lettew..duit dh lesap bilion2.pastu main tuduh sana sini
tulah puak2 ameno.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052101 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list